You are on page 1of 4

Soalan 2

(a) menyediakan JSU yang lengkap bagi peperiksaan Pendidikan Islam


Sekolah Rendah

(b) huraikan kepentingan penggunaan JSu dalam membina soalan.

JSU didefinisikan sebagai jadual yang menggambarkan ciri sesuatu ujian dari
segi kandungannya iaitu konstruk (kemahiran) yang ditaksir, pemberatan tiap-
tiap konstruk, konteks, pemberatan tiap konteks dan taburan aras kesukaran.
JSU mengandungi maklumat kandungan ujian tentang topik-topik pelajaran.

Proses yang penting dalam merancang ujian ialah pembinaan Jadual


Spesifikasi Ujian (JSU) yang mengandungi maklumat tertentu bagi sesuatu
ujian. Pada tahap ini, kandungan sukatan pelajaran dianalisis untuk
menentukan pentingnya setiap tajuk/subtajuk dalam kandungan sukatan
pelajaran berkenaan. Pemberatan pada kandungan aras kemahiran adalah
berdasarkan lama masa mengajar dan kepentingan sesuatu kemahiran itu
diajar. Bentuk ujian yang hendak dijalankan adalah sama ada berbentuk
objektif, esei, amali, kertas kursus dan lain-lain. Bilangan item yang terdapat
dalam JSU adalah mengikut bentuk, kandungan dan aras kemahiran.

Ujian akan dibina secara sistematik. Dengan adanya JSU, ujian yang dibina
tidak sembarangan dan mempunyai fokus. Guru mempunyai panduan yang
khusus untuk membuat ujian sesuai dengan objektif ujian itu dilakukan.

Menjamin kesahan isi kandungan sesuatu ujian mengikut sukatan pelajaran.


Isi kandungan ujian tidak diragukan kerana JSU yang dibina adalah
berpandukan sukatan pelajaran dan huraian sukatan pelajaran yang
dikeluarkan oleh kementerian. Maka soalan yang dibuat selari dengan apa
yang dipelajari oleh murid.

Taburan tajuk adalah seimbang, dan pelajar diuji pada keseluruhan


kurikulum. Dalam satu subjek terdapat banyak tajuk di dalamnya. Maka
dengan adanya JSU, soalan akan merangkumi keseluruhan tajuk dan
bilangan soalan telah mengikut pemberat yang ditetapkan mengikut tajuk-
tajuk yang perlu ditekankan.

Taraf, mutu dan aras kesukaran ujian dapat dikekalkan dari setahun ke
setahun, walaupun  dibina oleh pembina yang berlainan.

Ia menjadi panduan kepada penggubal soalan dan pembina ujian.


3. Mengkaji Buku Panduan dan Rekod Pencapaian Penilaian Perkara Asas
Fardu Ain bagi UPSR, PMR dan SPM

Pengenalan
Perkara Asas Fardu Ain (PAFA) ialah beberapa perkara yang terpenting dari
Fardu Ain yang berkaitan dengannya, yang terkandung dalam Sukatan
Pelajaran Pendidikan Islam. PAFA hendak dipastikan supaya tiap-tiap murid /
pelajar benar-benar mengetahui, memahami dan boleh mengamalkannya
dengan cara yang betul dan sempurna sebagaimana yang ditetapkan oleh
syarak.
 
Pendidikan Islam Sekolah Rendah wajib dipelajari oleh setiap murid
Islam dariTahun 1 hingga Tahun 6. Pendidikan Islam menekankan
kemahiran asas yang perludikuasai oleh individu Muslim merangkumi
aspek keimanan, kemanusiaan,kemasyarakatan dan kenegaraan. Tumpuan
khusus mata pelajaran ini ialah :i .   P e n d i d i k a n   a s a s   t i l a w a h   a l -
Q u r a n .   P e m b e n t u k a n   a k i d a h   d a n   b i m b i n g a n   A s a s   F a r d h u   ‘ A i n i 
Pemupukan amalan Fardhu ‘Ain dan Fardhu Kifayah yang dituntut oleh 
Syariat
islam. Penerapan adab yang berteraskan Akhlak Islamiah ke dalam diri 
murid.Keempat-empat bidang ini hendaklah disampaikan dengan
berkesan.Penyampaian yang berkesan mampu menanam asas
keimanan dan membentuk murid-
murid agar mempunyai cita- cita yang tinggi, daya tahan, sema
n g a t   j u a n g ,   g i g i h berusaha dan mampu mengubah diri yang menyumbang
kepada asas tamadun masyarakat, bangsa dan negara

Definisi
PAFA ialah beberapa perkara yang terpenting daripada Fardhu ’Ain, yang
terkandung dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam, yang hendak
dipastikan supaya tiap-tiap murid benar-benar mengetahui, memahami dan
boleh mengamalkannya dengan cara yang betul dan sempurna sebagaimana
yang ditetapkan oleh Syarak

Tujuan

Dalam melaksanakan PAFA terdapat 4 komponen utama iaitu Pendidikan asas


tilawah al-Quran, Pembentukan akidah dan bimbingan Asas Fardhu ‘Ain,
Pemupukan amalan Fardhu ‘Ain dan Fardhu Kifayah yang dituntut oleh Syariat
Islam dan Penerapan adab yang berteraskan Akhlak Islamiah ke dalam diri
murid. Kesemua komponen ini amat penting bagi melahirkan seorang murid
yang mempunyai jati diri unggul mengikut landasan syarak.
Tujuan utama pelaksanaan PAFA iala untuk mengenalpasti murid/pelajar
yang lemah dalam kefahaman dan amalan Perkara Asas Fardu Ain,
kemudian membimbing sehingga mereka dengan sendirinya faham dan
dapat mengamalkan dengan betul dan sempurna. Selain itu untuk
memastikan tidak terdapat sebarang keciciran dalam Perkara Asas Fardu
Ain. Dengan perkataan lain, menentukan kejayaan 100% murid dalam
perkara asas fardu ain. Ia juga dapat menimbulkan dan menyuburkan
keinsafan dan kerelaan yang positif untuk menghayati amalan kehidupan
sehari-hari kerana apa yang dipelajari merupakan amalan yang perlu
dilakukan dalam kehidupan murid.
Selain itu, tujuan pelaksanaan PAFA ini untuk membentuk keperibadian
manusia, melahirkan manusia yang dapat berinteraksi dengan lebih baik dengan
Pencipta alam dan alam itu sendiri. Oleh itu, murid-murid tidak rugi menguasai
kesemua mata pelajaran tersebut kerana bukan hanya belajar di sekolah tetapi
hingga ke peringkat tinggi sekali pun masih diperlukan. Pendidikan agama dapat
membantu murid-murid ataupun masyarakat dalam proses membentuk
kehidupan yang sempurna di samping dapat meningkatkan pengetahuan agama
dengan lebih mendalam untuk diaplikasi dalam kehidupan.
Pelaksanaan PAFA juga dapat menyumbang ke arah pembentukan muslim
dan mukmin yang berilmu, beriman, beradab, berakhlak mulia, berketerampilan,
bertanggungjawab, beramal soleh, dan bertakwa selaras dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Islam. Matlamat Pendidikan
Islam untuk menghasilkan Muslim yang berilmu, beriman, berketerampilan,
beramal soleh dan berakhlak mulia berdasarkan al-Quran dan al-Sunnah supaya
menjadi hamba dan khalifah Allah yang bertakwa dan menyumbang ke arah
mempertingkat tamadun bangsa dan negara.

Persediaan guru dalam melaksanankan ujian PAFA

Sebelum
- guru perlu mengedarkan buku panduan PAFA kepada murid untuk murid
mengetahui isi yang terdapat didalamnya seterusnya membuat
persediaan untuk penilaian.
- guru perlu mengikut masa dan tempat yang sesuai sebagai proses
penilaian biasa yang berbentuk formatif dalam pengajaran dan
pembelajaran
- guru perlu memberitahu murid tarikh untuk membuat penilaian untuk
memastikan murid bersedia secukupnya dengan soalan yang akan
ditanyakan
- Soalan dan jawapan tidak menjadi rahsia sebagaimana yang dicadangkan
dalam buku panduan.
Semasa

- guru perlu memastikan penilaian dijalankan secara lisan dan amali


mengikut kod-kod yang telah ditetapkan.
- Apabila murid sudah menguasai kod-kod yang ditetapkan, dia boleh dinilai
dengan kod-kod tahun seterusnya. Bagaimanapun, murid ini boleh dinilai
semula untuk pengukuhan.
- Guru perlu memastikan penilaian dijalankan secara lisan dan amali.
- Guru perlu memberi masa, peluang, dan bimbingan secukupnya kepada
murid untuk mengulang, dan membaiki kesalahan dan kelemahan. Usaha
ini diteruskan sehingga mereka dengan sendirinya faham dan dapat
mengamalkan sesuatu kemahiran dengan jaya, betul dan sempurna.
- Guru akan menanda ( / ) apabila murid menguasai sesuatu tajuk. Dalam
bidang ibadah pula tanda ( / ) apabila murid dapat mengamalkan sesuatu
kemahiran sekurang-kurangnya pada tahap keupayaan yang paling
minimum yang dikira sah dari segi syarak.
Selepas

- Guru perlu mengemaskini pencapaian murid dari semasa ke semasa


dalam borang pencapaian individu dan borang berkelompok. Catatan
tersebut merupakan rekod bagi proses dan keputusan penilaian yang
dicapai oleh murid.
- Guru perlu melaporkan keputusan penilaian menggunakan format
Penyata Prestasi yang disediakan dan diserahkan kepada Unit
Peperiksaan Jabatan Pelajaran Negeri.
- Proses pelaksanaan PAFA akan dipantau oleh Guru Besar/Pengetua dari
semasa ke semasa.
- Calon adalah diakui lulus PAFA apabila berjaya memahami dan
mengamalkan semua soalan yang ditetapkan.

You might also like