You are on page 1of 22

1.

0 SINOPOSIS FILEM PAPADOM

Mengisahkan Saadom adalah seorang pengusaha kedai makan yang terlalu kuat bekerja
sehingga berjaya mengejar impian hidupnya, namun dia gagal dalam tanggungjawabnya
sebagai suami kepada Munira dan ayah kepada Miasara. Situasi ini berubah apabila Saadom
kehilangan isteri kesayangannya yang meninggal dunia dalam satu kemalangan ketika ingin
melihat anaknya menerima anugerah di sekolah selepas suaminya memberikan alasan sibuk
bekerja. Sebelum itu, Munirah sempat berpesan agar suaminya sentiasa menjaga anaknya
seperti mana menjaga kerjanya. Sejak itu Saadom tidak lagi seperti dulu, ke mana saja anaknya
berada dia sentiasa berada disisi. Sehinggalah saat berpisah dengan anaknya apabila Miasara
ditawarkan untuk melanjutkan pelajarannya di IPTA. Miasara tidak lagi mahu ayahnya
mengikutnya ke Kuala Lumpur dan mengugut akan berhenti belajar sekiranya tidak patuh
arahannya. Saadom akur dengan kehendak anaknya, namun di sebalik itu Saadom punyai
rancangan untuk memohon jawatan sebagai tukang kebun di IPTA tempat anaknya belajar agar
dapat sentiasa melihat anaknya.

2.0 PENGENALAN

Dalam filem Papadom, terdapat banyak prinsip psikologi sosial yang terjadi dalam situasi atau
individu yang digambarkan dalam filem tersebut. Antara lima prinsip psikologi yang dapat
dikenalpasti dalam filem Papadom ialah agresif, prejudis, hubungan kekeluargaan, perapatan
dan persahabatan.

Dalam filem Papadom terdapat beberapa adegan yang menunjukkan berlakunya tingkah
laku agresif. Agresif ialah sebarang tingkah laku yang dirancang untuk mencederakan orang
lain, iaitu tingkah laku yang harus dielakkan. Menurut Arnold Buss (1961), tingkah laku agresif
adalah sesuatu gerak balas atau tingkah laku yang memberi rangsangan berbahaya kepada
organisma ataupun sebarang gerak-geri yang memberi sesuatu suasana yang tidak selesa
kepada seseorang individu. Contohnya, seseorang yang suka menentang kawannya dan
menyebabkan kawannya menangis atau cedera.

Manakala, prinsip psikologi iaitu prejudis, diskriminasi dan stereotaip  mempunyai


konsep yang tersendiri dan saling berkaitan. Prasangka  memberi pengertian kepada satu
bentuk sikap yang ditujukan kepada ahli sesuatu kelompok. Sementara diskriminasi pula ialah
tindakan tingkah laku negatif yang ditujukan kepada ahli kelompok tersebut. Manakala,
stereotaip merujuk kepada kepercayaan negatif ke atas sesuatu kelompok.  Menurut Paplia dan
Olds (1985), prasangka dan diskriminasi wujud di kalangan manusia. Kedua-duanya berlaku
merentasi faktor bangsa ataupun kelompok etnik yang membawa kepada corak tingkah laku
seperti perkauman, anti semistisme, diskriminasi terhadap golongan tua, cacat, miskin, ataupun
jantina serta mereka yang mengamalkan cara gaya kehidupan yang tidak popular atau disukai.

Prinsip psikologi yang ketiga yang terdapat dalam filem Papadom ialah hubungan
kekeluargaan. Kamus Dewan edisi yang ketiga menyatakan hubungan adalah sambungan,
rangkaian dan perkaitan, dan talian. Manakala intim pula didefinisikan sebagai sangat mesra,
rapat, karib, perhubungan, dan persahabatan. Hubungan kekeluargaan merupakan hubungan
antara ibu bapa dengan anak, hubungan sesama anak-anak dan hubungan saudara mara dekat
atau jauh. Prinsip hubungan kekeluargaan yang difokuskan ialah hubungan ibu bapa dan anak.
Anak-anak ialah pengikat kasih sayang sesebuah keluarga. Maka tidak hairanlah jika hubungan
ibu bapa dan anak terlalu rapat.

Seterusnya ialah attachment atau perapatan. Perapatan merupakan hubungan kasih-


sayang yang berpanjangan dan kekal sepanjang hayat seseorang. Ia berfungsi untuk memberi
rasa selamat, selesa dan seronok kepada seseorang dalam perhubungannya dengan individu
lain. Oleh sebab perapatan awal, iaitu pada zaman kanak-kanak mempengaruhi hubungan
emosi individu pada masa akan datang, maka ibu bapa dan guru-guru mesti memahami
bagaimana perapatan mempengaruhi pembentukan emosi kanak-kanak.

Manakala, persahabatan merujuk kepada ikatan suci antara satu sama lain.
Persahabatan tidak mengira umur, bangsa, jantina, keturunan, pangkat dan agama.
Perhubungan ini terbentuk mungkin dengan beberapa sebab, antaranya ialah kawan
sepermainan sejak kecil, jiran, kawan sekolah, kawan seasrama dan sebilik. Hubungan ini juga
mungkin terjadi secara tidak sengaja atau perkenalan singkat di majlis atau kursus.

Kesimpulannya, dalam filem Papadom banyak diselitkan dengan prinsip atau tema
psikologi sosial yang dapat memberi sedikit kesedaran dan pengajaran dalam kehidupan setiap
individu terutamanya kepada setiap individu yang bergelar bapa.

  
3.0      KEAGRESIFAN

3.1 Keagresifan

Beberapa tema telah dikenalpasti di dalam filem filem Papadom. Antaranya ialah keagresifan
(aggression). Keagresifan yang boleh dilihat  dalam beberapa adegan filem Papadom. Antara
adegannya ialah ketika berada di padang bola ragbi. Sasha salah seorang satu dari watak filem
Papadom adalah ketua pasukan sorak. Hisyam merupakan teman lelaki Sasha dan juga
pengarah filem tentang ragbi pada waktu tersebut. Pada ketika itu, Hisyam sedang bercakap-
cakap dengan Miasara dan Yvonne yang merupakan pelajar baru di Uitm Shah Alam. Hisyam
telah memegang dan melihat  leher Miasara dan Yvonne. Sasha berasa marah dan cemburu
apabila melihat mereka dan berkata “Hei, freshie. Kan siang-siang I warning you yang Hisyam
boyfriend I. Yang you tu gatal sangat”. Kemudiannya kawan-kawan Sasha juga berkata “amboi-
amboi, jalangnya bunyi!”. Miasara menjadi marah apabila orang memanggil dia jalang.
Kemudiannya Sasha telah melemparkan sesuatu kepada Miasara kerana geram dan Miasara
pun marah dan melemparkan balik barang tersebut dan berkata “Ingat muka kau lawa sangat”.
Selepas itu, mulalah pergaduhan mereka dengan saling menarik rambut dan tolak-menolak.
Yvonne juga bergaduh sambil saling menolak dengan kawan-kawan Sasha.

Selain adegan di padang bola ragbi, terdapat adegan agresif yang lain telah 
dikenalpasti. Agresif telah berlaku pada latar di mana Hisyam mempamerkan perlakuan
agresifnya kepada Saadom. Hisyam berkata dengan marah dan geramnya “Hoi, berzina ke?”.
Hisyam telah menolak dan memukul pak cik tersebut. Pelajar-pelajar lelaki yang lain telah
menolak Miasara dengan kuat lalu pengsan setelah melihat Miasara cuba menghalang mereka
daripada memukul pak cik tersebut kerana pak cik tersebut adalah ayah Miasara. Pelajar-pelajar
lain pun turut membelasah pak cik tersebut.

3.2 Perkaitan Psikologi Sosial

Berdasarkan kepada beberapa adegan yang dilihat dan dikenalpasti, prinsip Psikologi Sosial
yang boleh dilihat adalah keagresifan. Keagresifan didefinisikan sebagai tingkah laku secara
verbal atau fizikal yang bertujuan untuk mencederakan seseorang. Ahli psikologi telah
menyatakan dan melabelkan agresif mempunyai dua jenis iaitu agresif ‘ Hostile’ dan
‘instrumental’. Agresif ‘hostile’
muncul dari kemarahan, tujuannya adalah untuk mencederakan.  Agresif
‘instrumental’ bertujuan untuk mencederakan juga, tapi hanya untuk sesuatu tujuan.
Kekecewaan, kejengkelan dan serangan semuanya mudah menyebabkan seseorang berasa
marah. Perasaan marah merupakan satu daripada unsur yang penting untuk menghasilkan
keagresifan. Biasanya, seseorang yang berasa semakin marah akan bertindak semakin agresif.
Namun ada juga individu yang selalu berasa marah tetapi berkelakuan tenang, atau sekurang-
kurangnya bertenang dengan menggunakan akal dan tidak menunjukkan tingkah laku agresif.
Oleh itu, faktor untuk mengawal tingkah laku agresif sama penting dengan menimbulkan 
perasaan agresif. Pengetahuan lampau merupakan mekanisme penting untuk menentukan
manusia bertingkah laku agresif.

Prinsip Psikologi Sosial yang boleh dilihat adalah keagresifan. Keagresifan termasuk
dalam Psikologi Sosial dan dibuktikan dengan penemuan kajian seperti kajian Kenneth Dodge
dalam Azizi Yahya, Yusof Boon, Jamaludin Ramli, Jaafar Sidek Latif, Fawziah Yahya dan Amir
Hamzah Abdul (2010), menyatakan kanak-kanak yang reaktif keagresifan dan suka bertengkar
dengan rakan sebaya biasanya bertanggapan bahawa rakan-rakannya sentiasa bermusuhan
dengannya. Kanak-kanak ini didapati mudah marah dan membalas dendam tanpa berfikir atau
bertimbang rasa terhadap keberkesanan untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Kajian yang
lain adalah Dollard dan rakan dalam Azizi Yahya dan rakan (2010) memfokuskan bahawa
tingkah laku agresif ialah disebabkan oleh perasaan kecewa dan semua perasaan kecewa akan
menyebabkan tingkah laku yang agresif. Punca atau sebab kekecewaan datangnya dari luar diri
individu iaitu satu pengalaman atau respons yang subjektif apabila berhadapan dengan sesuatu
keperluan terhalang. Contohnya, seorang kanak-kanak gagal mendapatkan anak patung yang
telah terjatuh, perselisihan faham antara dua orang kanak-kanak.

3.3     Bukti artikel jurnal

Adegan agresif dalam filem Papadom bersesuaian dengan prinsip Psikologi Sosial. Dalam
adegan tersebut bapa Miasara menjadi agresif apabila ada orang menyerang dan memukul dia.
Oleh itu, salah satu pengaruh kepada keagresifan adalah aversive incident. Jenis aversive
incident seperti kesakitan, ketidakselesaan dengan panas, serangan atau kepadatan penduduk.
Individu yang diserang atau dihina oleh orang lain adalah sangat konduksif untuk agresif.
Beberapa kajian termasuklah satu di Osaka University oleh Kennichi Ohbuchi dan Toshihiro
Kambara dalam Myers (2010), memastikan serangan sengaja mencetuskan serangan balas.
Dalam sebahagian besar kajian tersebut, seseorang individu bersaing dengan yang lain dalam
konteks reaksi. Setelah setiap percubaan ujian, pemenangnya memilih berapa banyak kejutan
diberikan kepada individu yang kalah. Sebenarnya setiap orang memainkan lawan yang telah
diprogramkan, yang mana akan terus meningkat jumlah kejutan. Adakah peserta sebenarnya
memberi respon murah hati? Hampir tidak. Mengestrak “mata untuk mata” adalah respon yang 
lebih mungkin. Manakala, menurut kajian yang dijalankan oleh Leonard Berkowitz (1988) telah
menyatakan bahawa kekecewaan boleh menghasilkan kecenderungan untuk agresif hanya
apabila mereka ada permusuhan dan juga menimbulkan kesan negatif. Beliau telah menolak
bukti yang dinyatakan oleh Dollard, Doob, Miller, Mowrer, dan Scars iaitu kekecewaan
menghasilkan reaksi agresif dan hanya terkawal dan sengaja berkelakuan buruk yang
menimbulkan kemarahan diuji. Dalam adegan tersebut telah menunjukkan bahawa Sasha
kecewa dan marah apabila melihat teman lelakinya bersama dengan wanita lain dan
menjadikannya lebih agresif dari tingkah laku secara verbal dan fizikal.

         Justeru, keagresifan dalam prinsip Psikologi Sosial boleh dilihat dalam filem Papadom
seperti adegan Sasha bergaduh dengan Miasara dan juga adegan Hisyam menyerang rumah
pak cik tukang kebun dan memukul pak cik tersebut kerana salah sangka dan beranggapan
Miasara mempunyai hubungan dengannya serta tidak tahu pak cik Saadom tersebut adalah
ayah Miasara. Keagresifan  boleh berlaku apabila individu telah diserang oleh orang lain dan
individu tersebut akan menyerang balik dan boleh mencederakan orang lain. Tambahan juga
kekecewaan juga boleh menyebabkan kemarahan dan seterusnya kepada agresif.

4.0 PREJUDIS

4.1 Adegan atau Skrip

Dalam filem Papadom terdapat beberapa adegan yang menyelitkan unsur prejudis. Adegan
prejudis dapat dilihat apabila pada suatu ketika semasa sesi pendaftaran diri di universiti,
Miasara dan Yvonne telah berjumpa dengan seorang senior yang bernama Shasha. Shasha
yang memperkenalkan dirinya sebagai ketua bagi pasukan sorak di universiti tersebut dan
ketua bagi peminat fanatik Hisham Hashim yang merupakan seorang pelakon yang terkenal
merangkap teman wanita. Adegan prejudis dapat dilihat apabila Shasha mengajak Miasara
untuk menyertai pasukan sorak universiti tetapi dia tidak pula mengajak Yvonne untuk
menyertai pasukan tersebut.  Contoh dialog;

Shasha : “Petang karang, I nak you datang padang join team cheer leading I…You ni
sweet,  innocent and hot…memang sesuai join kitaorang”

Miasara. : “Tapi, saya tak pandai chile leading”

Shasha : “Oh no…tak ada orang yang berani cakap no dengan …Just be there…”

Miasara : “How to Yvonne?”

Shasha : “ Dia tu bukan orang kita, tak hot…macam abang penyek…”

Manakala, prejudis yang kedua dapat dikenalpasti iaitu lebih kepada unsur stereotaip.
Apabila Miasara dan Yvonne mula memasuki universiti, pada awal sesi pendaftaran lagi senior
mereka iaitu Shasha telah menunjukkan pandangan yang negatif ke atas pelajar baru seperti
Miasara dan Yvonne dengan mengelarkan mereka sebagai ‘Freshere’. Malah, adegan stereotaip
dapat dilihat lagi apabila Shasha memberi amaran kepada Miasara dan Yvonne supaya jangan
mengganggu teman lelakinya iaitu Hisham Hashim.

Adegan prejudis ketiga lebih kepada diskriminasi, di mana situasi yang berlaku apabila
Saadom datang ke sebuah kedai motosikal dengan berpakaian tukang kebun, pelayan kedai
tersebut seakan-akan memandang rendah dengan Saadom dan tidak memberi layanan yang
baik kepada Saadom. Namun, apabila Saadom mengeluarkan kad kredit, barulah pelayan kedai
tersebut memberikan senyuman dan melayan Saadom dengan baik.

Dalam filem Papadom ini, dapat dikenalpasti beberapa adegan yang menunjukkan
berlakunya prejudis yang mempunyai unsur-unsur stereotaip dan diskriminasi.

4.2 Perkaitan Psikologi Sosial


Sikap adalah kesukaan dan kebencian, iaitu penilaian terhadap dan reaksi ke atas sesuatu
objek, manusia, situasi, atau aspek yang lain termasuklah idea abstrak dan polisi sosial. Sikap
terbahagi kepada tiga komponen utama, iaitu kognitif, afekti, dan tingkah laku. Komponen
kognitif merujuk kepada pemikiran, kepercayaan, idea, fakta, dan pengetahuan terhadap ahli
sesuatu kelompok serta cara maklumat tentang ahli kelompok tersebut diproses, disimpan, dan
diingati semula. Komponen afektif melibatkan keadaan emosi yang positif atau negatif terhadap
sesuatu. Komponen ini merangkumi unsur hormat-menghormati, menyukai, dan simpati yang
merupakan perasaan emosi positif. Manakala, perasaan negatif melibatkan penghinaan, takut,
dan reaksi yang berubah-ubah. Komponen tingkah laku pula memperihalkan kepada niat untuk
bertindak dalam cara yang tertentu agar tingkah laku selari dan sikap.

Ahli-ahli psikologi mendapati ketiga-tiga komponen sikap tersebut memainkan peranan


dalam membentuk sikap manusia seperti prejudis, stereotaip dan diskriminasi. Prejudis
didefinisikan sebagai pandangan negatif mengenai ahli atau kelompok lain yang tersemat dalam
hati seseorang atau kelompok tertentu. Pandangan prejudis tidak diluahkan secara terbuka.
Lazimnya pandangan ini tidak berasaskan maklumat yang jelas, tepat atau mencukupi. Sikap
prejudis disalurkan dari satu generasi kepada generasi yang lain. Kesannya semakin mudah
dilihat apabila berlaku persaingan bagi mendapatkan sesuatu yang terhad sama ada dalam
aspek politik, ekonomi atau sosial. Prejudis merujuk kepada komponen afektif iaitu perasaan
atau emosi negatif yang dialami oleh individu yang prejudis. Emosi negatif wujud apabila
individu yang tidak disukai itu muncul di depan mata atau hanya memikirkan individu tersebut
sahaja.

Sementara diskriminasi pula merupakan tindakan tingkah laku negatif ditujukan kepada
ahli kelompok tersebut. Diskriminasi wujud dalam berbagai bentuk. Pada situasi paling
sederhana tingkah laku diskriminasi dapat dihindari. Walau bagaimanapun pada tahap yang
melampau, diskriminasi boleh mengakibatkan pergaduhan atau penganiayaan sesuatu
kelompok oleh kelompok yang lain. Diskriminasi merupakan komponen tingkah laku melibatkan
kecenderungan untuk bertindak secara negatif atau mempunyai niat untuk melakukan
keganasan terhadap ahli sesuatu kelompok. Apabila kecenderungan dan niat ini diterjemahkan
ke dalam tingkah laku nyata,maka munculnya tingkah laku negatif yang dikatakan diskriminasi.
         Manakala, stereotaip merujuk kepada gambaran dalam mental atau pemikiran yang
dicipta untuk sekumpulan manusia, masyarakat atau negara. Persepsi stereotaip bagi kumpulan
terjadi akibat daripada persaingan kumpulan. Kumpulan yang dipercayai mengancam status,
kuasa atau masuk kepada beraneka sumber selalunya dikatakan negatif. Stereotaip digunakan
sebagai alasan yang kuat untuk peminggiran dan permusuhan. Stereotaip merupakan
komponen kognitif yang melibatkan kepercayaan dan jangkaan terhadap ahli sesuatu kelompok
serta cara maklumat tentang ahli kelompok tersebut diproses, disimpan, dan diingati semula.

         Secara ringkasnya, prejudis, diskriminasi dan stereotaip saling berkaitan dan
mempengaruhi antara satu sama lain yang bersifat negatif.

4.3 Sokongan artikel jurnal

Merujuk kepada artikel  jurnal yang bertajuk “ Hubungan antara etnik di kalangan pelajar
sekolah menengah di sekolah luar bandar”, kajian oleh Amareson A/L Munusamy. Kajian ini
meninjau persepsi pelajar terhadap hubungan pelajar yang berbilang kaum di sekolah mereka.
Hubungan antara kaum berdasarkan empat aspek iaitu, perkongsian identiti, sikap prejudis,
sikap stereotaip dan kerapatan hubungan antara kaum. Kerapatan antara kaum ditinjau
berdasarkan aktiviti harian pelajar bersama-sama dengan kawan yang berlainan kaum. Persepsi
pelajar mengenai amalan-amalan di bilik darjah juga dikaji. Teori kitaran hubungan kaum dan
teori konflik menjadi asas kajian ini. Sampel kajian terdiri daripada 170 orang pelajar sekolah
menengah di kawasan luar bandar yang merangkumi 91 orang pelajar Melayu, 50 orang pelajar
India dan 29 orang pelajar Cina.

         Apabila merujuk kepada diskriminasi kaum, dapatan kajian menunjukkan tiada perbezaan
yang signifikan dari segi perkongsian identiti dan prejudis mengikut kaum.  Dapatan kajian
menyokong teori Kitaran Hubungan Kaum yang di kemukakan oleh Robert E. Park, 1921,
(dalam Martin N.Marger,1994) . Mengikut teori ini peringkat ketiga dalam Kitaran Hubungan
Kaum adalah fasa penyesuaian ( accomodation). Ini bermakna pelajar berlainan kaum berkongsi
ideologi yang tertentu, di samping itu wujud juga kerapatan hubungan di kalangan pelajar yang
berlainan kaum. Merujuk kepada filem papadom, sikap diskriminasi kaum mahupun prejudis
tidak berlaku kerana dapat dilihat dengan jelas apabila Saadom yang berbangsa Melayu, Alan
yang berbangsa Cina, manakala Ali yang berbangsa India dapat berkerjasama dalam
menguruskan peniagaan iaitu “Saadom Nasi Kandar” tanpa wujudnya prejudis dan diskriminasi.
         Manakala dari aspek stereotaip, dapatan kajian juga menunjukkan terdapat perbezaan
yang signifikan dari segi sikap stereotaip dan kerapatan antara kaum. Dapatan ini menunjukkan
masih terdapat lagi sikap stereotaip di kalangan masyarakat majmuk. Merujuk kepada filem
Papadom, stereotaip jelas kelihatan apabila Saadom yang memakai pakaian tukang kebun
semasa hendak membeli motorsikal, dipandang negatif oleh pelayan kedai motorsikal tersebut
kerana beranggapan Saadom tidak mampu untuk membeli motorsikal tersebut.

         Secara keseluruhan dapatan menunjukkan kerapatan hubungan antara kaum adalah di
tahap yang memuaskan, terdapat perbezaan yang signifikan dari segi persepsi pelajar Melayu
dan India mengenai kerapatan hubungan antara mereka dengan kelompok ras yang lain dan
terdapat juga perbezaan signifikan dari aspek sikap stereotaip antara pelajar Cina dan India.
Kecenderungan untuk bergaul antara kaum hanya berlaku berdasarkan aktiviti sewaktu masa di
sekolah sahaja dan jarang berlaku selepas waktu persekolahan. Amalan bilik darjah
menunjukkan bahawa budaya bilik darjah mengarah kepada pembentukan hubungan antara
kaum yang baik. Apabila merujuk kepada filem Papadom isu seperti prejudis, diskriminasi
mahupun stereotaip sememangnya masih ada ditunjukkan kepada segelintir ahli dalam
kumpulan. Namun, dalam aspek prejudis dan diskriminasi, mahupun stereotaip kaum tidak jelas
ketara, kerana dapat dilihat Saadom bersahabat baik dengan dua orang yang berlainan kaum
iaitu  kaum Cina dan  kaum India. Manakala, Miasara bersahabat baik dengan Yvonne yang
berbangsa Cina.

         Kesimpulannya, apabila melihat kepada prinsip psikologi sosial iaitu prejudis, diskriminasi
dan stereotaip memang wujud dalam masyarakat terutamanya yang berbilang kaum. Terdapat
banyak cara dapat disalurkan pandangan bagi mengatasi mengurangkan prasangka dan
diskriminasi. Kerjasama daripada semua pihak seperti pihak sekolah, media massa, mahupun
pihak keluarga memainkan peranan penting dalam memupuk sikap keterbukaan dan
penerimaan sesuatu kaum dalam lapisan masyarakat.

5.0 HUBUNGAN KEKELUARGAAN

5.1 Adegan atau skrip

Dalam filem “Papadom” ini ia banyak mengisahkan tentang hubungan kekeluargaan antara
Dom dengan isterinya, Mun dan anaknya Miasara. Pada awalnya hubungan kekeluargaan
antara mereka adalah sangat bahagia. Namun begitu, setelah beberapa tahun Dom banyak
menghabiskan masa dengan perniagaannya dan cuba memberikan yang terbaik untuk isteri dan
anaknya. Dom ingin mengubah hidup mereka sekeluarga dan tidak mahu mereka hidup susah
lagi. Setiap masa yang berlalu, beliau teringatkan akan isterinya. Dan selalu menyatakan
kepada isterinya “Mun abang rindu kat Mun”. Hal ini jelas membuktikan bahawa Saadom masih
bergantung pada isterinya dan isterinya selalu membantunya dalam menyelesaikan masalah
berkaitan dengan anak mereka iaitu, Mia.

         Setelah isterinya meninggal, Saadom telah mengambil peranan sepenuhnya sebagai
seorang bapa dan seorang ibu. Segala kelengkapan dan keperluan anaknya Mia telah diuruskan
termasuklah memasak, menghantar dan mengambil anaknya pulang dari sekolah, mengejutkan
anaknya ke sekolah, dan segala yang dilakukan oleh anaknya, beliau sentiasa berada di sisi
anaknya. Contohnya, ‘ kenapa papa kena ada dengan Mia 24 jam? Sebab ‘papa sayang Mia’. Di
sini menunjukkan bahawa bapanya terlalu menyayangi anaknya dan telah mengatur
sepenuhnya kehidupan anaknya. Beliau sanggup menghantar makanan pada anaknya apabila
tiba waktu rehat dan menyatakan bahawa makanan itu adalah lebih berkhasiat daripada apa
yang ada di sekolah anaknya. Walaupun diberi amaran oleh guru besar sekolah, beliau juga
nekad menunggu anaknya walaupun di luar pagar sekolah.

Selain itu, setiap masa apabila Saadom mempunyai masalah dan konflik dalam
hidupnya, isterinya muncul untuk membantunya. Contohnya semasa memandu untuk mencari
Mia setelah dia lari dari majlis kawan baiknya, isterinya muncul di sebelahnya sebagai jelmaan
Saadom dan memberikan nasihat kepadanya untuk tidak terlalu menyongkong anaknya.
Nasihat isterinya “Dom tidak boleh berbuat begitu, Mia dah besar bawalah dia duduk dan tanya
pendapatnya, ini tidak berbincang dan jangan mengikut perasaan macam firauan je”. Selain itu,
Saadom telah meminta maaf dengan Mia dan membuat perjanjian antara mereka berdua. “
jangan buat macam ni lagi ok, papa minta maaf ye, papa tak sepatutnya buat keputusan tanpa
bincang dengan Mia, Mia betul nak tinggalkan papa?. Hal ini jelas memberitahu bahawa
Saadom seorang yang mengambil berat tentang anaknya namun cara beliau adalah salah.
Namun begitu, beliau cuba untuk mengikut kemahuan anaknya untuk belajar di Kuala Lumpur.
Walaupun begitu, beliau tidak mahu berjauhan dengan anaknya kerana takut kehilangan
anaknya seperti beliau kehilangan isteri kesayangannya.
Saadom juga selalu memerhatikan tindakan anaknya dan ke mana sahaja anaknya
pergi. Namun begitu, isterinya melarang beliau berbuat demikian. Contoh dialog ialah “ takkan
awak nak skodeng semua pergerakan Mia?”. “Saadom memberitahu “saya tidak mahu dia
tersalah jalan dan takut perkara buruk akan berlaku padanya”. Melalui dialog ini, beliau terlalu
mengambil berat akan diri anaknya. Selain itu juga, semasa berada di atas pokok bersama
dengan salah seorang pelajar kolej tersebut iaitu Rahman, Rahman pun bercakap “saya tak
sangka ada ayah yang buat perkara tersebut terhadap anaknya, tapi saya bangga dengan pak
cik” . Hal ini membuktikan bahawa hubungan kekeluargaan yang tinggi terhadap anaknya dan
tidak mahu anaknya tersalah langkah dalam memilih hidupnya. Saadom juga memberitahu
kepada Rahman bahawa sukar untuk seorang bapa untuk meluahkan perasaan yang dia sayang
akan anaknya. Hanya dengan tingkahlakunya sahaja yang membuktikan bahawa beliau betul-
betul sayangkan anaknya. 

5.2 Perkaitan Psikologi Sosial

Perkaitan tema hubungan kekeluargaan dapat ditemui pada bab 11 dalam buku ‘Social
Psycology’ by David G. Myers tenth edition. Dalam psikologi sosial, keperluan untuk memiliki
merupakan satu motivasi dalam hubungan menuju kepada hubungan yang positif. Hubungan
kekeluargaan ini juga melibatkan hubungan kebergantungan antara bapa dengan anak iaitu
dengan Saadom dan Miasara dan Saadom dengan isterinya. Pengkaji telah membandingkan
hubungan semulajadi dan hubungan dalam cinta antara ibu bapa dengan anak, kawan-kawan,
dan pasangan menurut (Davis, 1985; Stenberg & Grajek, 1984). Elemen ini adalah melibatkan
pemahaman, menerima dan memberi sokongan, dan mempercayai antara satu sama lain.
Anak-anak ialah pengikat kasih sayang sesebuah keluarga. Maka tidak hairanlah jika hubungan
ibu bapa dan anak terlalu rapat. Anak sentiasa mengingati ibu bapa walaupun di mana mereka
berada. Berbalik pada filem ini, Mia selalu teringatkan ayahnya Saadom dan ibunya walaupun
telah lama meninggalkan mereka. Begitu juga dengan ibu bapa yang sanggup berkorban apa
sahaja demi anak-anak yang tersayang. Hal ini jelas pada watak yang ditunjukkan oleh bapanya
iaitu Saadom yang sangup berkorban apa sahaja termasuklah masa beliau banyak dihabiskan
dengan menjaga Mia dan sanggup bekerja sebagai tukang kebun bagi menjamin keselamatan
anaknya. Anak juga merupakan satu amanah yang telah dipertanggungjawabkan kepada ibu
bapa.
5.3 Sokongan artikel jurnal

Dalam jurnal ‘hubungan keluarga dari aspek komunikasi dan gaya keibubapaan oleh Che
Hasniza Che Noh’ menyatakan bahawa hubungan keluarga dalam kajian ini memberi tumpuan
kepada aspek gaya keibubapaan dan pola komunikasi keluarga. Selain itu, kajian ini melihat
kepentingan ciri anak dalam hubungan tersebut. Secara lebih khusus, kajian bertujuan
mengkaji hubungan keluarga dari aspek gaya keibubapaan dan pola komunikasi keluarga dan
juga hubungan ciri anak terhadap hubungan keluarga. Jurnal ini bersesuaian dalam hubungkait
antara tema hubungan kekeluargaan dalam filem Papadom ini kerana ia memaparkan gaya
keibubapaan iaitu terlalu mengongkong dalam diri anaknya supaya anaknya tidak berasa
terabai sebagaimana perasaan isterinya sebelum meninggal.  Perubahan yang berlaku ini juga
telah membawa perubahan kepada peranan ibubapa dan anak di mana akhir-akhir ini pengkaji
mula melihat bahawa anak turut mempengaruhi ibu bapa dan seterusnya hubungan keluarga.
Hoghughi (2004) menyatakan bahawa anak-anak sebenarnya bukanlah responden yang pasif
terhadap amalan keibubapaan. Mereka sebenarnya secara aktif membentuk tingkah laku
ibubapa mereka menerusi diri mereka sendiri. Oleh yang demikian, hubungan ibubapa dan anak
adalah satu proses transaksional. Menurutnya lagi, sekalipun apabila kanak-kanak tersebut
telah meningkat dewasa, sikap dan tingkah laku ibu bapa terhadap anak dipengaruhi oleh
persepsi mereka terhadap sikap anak-anak terhadap mereka.

         Sehubungan itu, satu kajian berkaitan telah dijalankan berdasarkan kepada Teori Sistem
Keluarga (Galvin dan Brommel, 1996). Berdasarkan kepada teori tersebut, hubungan keluarga
adalah bersifat menyeluruh dan melihat kepada interaksi dan saling bergantungan di antara
ahli-ahli di dalam sistem untuk mengekalkan keseimbangan dan kelangsungan sistem. Teori
Sistem Keluarga ini digunakan untuk menerangkan proses komunikasi yang berlaku dalam
keluarga. Selain itu, berdasarkan kepada Model Belsky (1984), kajian ini melihat hubungan di
antara ibubapa dan anak secara dua hala iaitu saling mempengaruhi di antara satu sama lain.
Belsky (1984) memberi tumpuan kepada aspek gaya keibubapaan di mana terdapat tiga faktor
utama yang akan mempengaruhi proses tersebut iaitu ciri ibu bapa, ciri anak dan konteks sosial
seperti hubungan perkahwinan, jaringan sosial dan pekerjaan. Kajian ini bertujuan melihat
hubungan keluarga dari aspek komunikasi keluarga dan gaya keibubapaan dan juga hubungan
di antara personaliti anak dengan gaya keibubapaan dan pola komunikasi keluarga. Empat
kategori personaliti yang dikaji iaitu ekstrovert, neurotik, psikotik dan dusta. Pola komunikasi
keluarga pula dikategorikan kepada dua iaitu orientasi perbualan dan orientasi konformiti,
manakala gaya keibubapaan dikategorikan kepada tiga iaitu permisif, autoritarian dan
autoritatif. Untuk melihat bagaimana anak mempengaruhi ibu bapa, kajian ini menggunakan

pembolehubah personaliti untuk menggambarkan ciri anak.

Menurut Ambert (2001) ciri anak dibahagikan kepada dua komponen iaitu demografi
dan personal. Ciri demografi termasuklah umur, jantina, urutan kelahiran, kumpulan adik
beradik dan kualiti rakan sebaya. Ciri personal pula termasuklah kesihatan fizikal, keupayaan IQ
dan tret personaliti. Kepentingan mengkaji ciri individu menurut Kochanska et al. (2004) adalah
kerana tret personaliti akan mempengaruhi tingkah laku individu dan kehidupan secara
keseluruhannya. Walaupun kajian ini hanya memberi tumpuan kepada pengaruh anak terhadap
ibu bapa, namun demikian ianya tidak menafikan peranan ibu bapa dalam mempengaruhi
kebanyakan aspek kehidupan anak-anak. Seperti yang telah ditunjukkan dalam teori dan juga
model yang digunakan dalam kajian ini, hubungan ibu bapa dan anak berlaku secara dua hala
dan transaksional iaitu saling mempengaruhi di antara satu sama lain.

Kesimpulannya, dapatan kajian ini menyokong Teori Sistem Keluarga dan Model
Keibubapaan Belsky yang menyatakan hubungan di antara ahli keluarga adalah berbentuk
secara dua hala, yang mana ibu bapa tidak sahaja mempengaruhi anak-anak malahan anak-
anak juga merupakan penyumbang aktif kepada ibu bapa dan seterusnya mencorakkan
hubungan keluarga yang dibina. Bigner (2002) misalnya melihat perhubungan di antara ibu
bapa dan anak merupakan proses dua hala. Anak-anak diiktiraf sebagai peserta aktif dan
penyumbang kepada perhubungan justeru itu setiap individu memberi kesan dan
mempengaruhi di antara satu sama lain. Ambert (2001) turut menyatakan kepentingan ciri ibu
bapa dan anak dalam mempengaruhi di antara satu sama lain kerana anak-anak sebenarnya
turut memberi impak kepada ibu bapa lebih-lebih lagi dalam keadaan dunia yang semakin pesat
dengan perkembangan teknologi ini, adalah sukar untuk ibu bapa memainkan peranan secara
menyeluruh di dalam perkembangan anak-anak di mana kuasa sosial seperti rakan sebaya,
media turut mempengaruhi anak-anak dan secara tidak langsung juga mereka akan
mempengaruhi ibu bapa.

 
6.0 Perapatan

6.1 Adegan atau skrip

Berdasarkan drama Papadom, prinsip psikologi attachment atau perapatan telah dikenalpasti
iaitu wujud perapatan atau kemesraan antara bapa dan anak perempuan. Attachment atau
perapatan merupakan satu hubungan yang rapat dan mesra dengan orang-orang istimewa
dalam kehidupan individu tersebut. Perapatan yang dibentuk sejak kecil lagi sedikit sebanyak
akan membantu membentuk emosi dan mempengaruhi perkembangan emosi pada masa akan
datang. Hubungan emosi yang berbentuk kasih-sayang ini adalah berpanjangan dan kekal
sepanjang hayat. Melalui interaksi dengan ibu bapa seterusnya dengan ahli keluarga, rakan-
rakan, jiran-jiran, guru-guru dan masyarakat di sekeliling, gaya perapatan seseorang itu akan
terbentuk. Dalam filem Papadom, terdapat beberapa adegan yang menyelitkan unsur
perapatan. Adegan perapatan ini dapat dibuktikan dalam filem tersebut dimana wujud
perapatan antara anak dan ibu bapanya iaitu ketika Miasara baru dilahirkan. Prinsip psikologi
iaitu perapatan ini dipaparkan melalui watak Munira iaitu isteri Saadom yang memangku
Miasara yang berumur satu hari dalam pangkuannya. Perapatan ini dikukuhkan lagi dengan
kehadiran Saadom yang mengazankan Miasara yang berada dalam pangkuan ibunya. Di sini
dapat dijelaskan bahawa terdapat perapatan yang teguh iaitu kasih sayang yang kuat yang
mengikat seseorang kepada seseorang yang lain dimana kasih sayang Saadom dan isterinya
terhadap anak mereka iaitu Miasara yang berada dalam pelukan ibunya.

Selain itu, perapatan yang berlaku seterusnya adalah ketika Miasara berumur empat
tahun. Hal ini dapat dibuktikan dengan adegan Saadom yang masuk ke bilik Miasara dan
membawa makanan kegemaran Miasara iaitu papadom. Kedatangan Saadom ke bilik Miasara
telah disambut baik oleh Miasara lantas Saadom meminta maaf dan memujuk Miasara dengan
memberikan papadom kegemaran Miasara. Miasara amat gembira dengan kehadiran Saadom
yang membawa papadom kesukaannya dan mereka berdua makan papadom tersebut sambil
bergelak ketawa sehinggakan tidak menyedari kelakuan mereka diintip oleh Munira.

Seterusnya adalah perapatan Saadom dan Miasara ketika Miasara pengsan dan Saadom
membawa Miasara ke rumah tumpangannya dimana tempat Saadom menginap di UiTM
tersebut. Semasa Miasara sedar dari pengsan, dia memeluk Saadom dan Saadom membalas
pelukan anaknya itu serta mengusap lengannya Miasara sambil menangis. Disini wujud
perapatan antara kasih bapa dengan anaknya iaitu Miasara.

6.2 Perkaitan Psikologi Sosial

Perkaitan perapatan dalam psikologi sosial adalah dimana perapatan ini merupakan satu
elemen penting dalam sesebuah keluarga dimana ianya melibatkan kasih sayang antara ibu
bapa dan anak yang mana boleh mewujudkan satu hubungan yang lebih erat dan lebih mesra.
Kasih sayang antara anak dengan ibu bapa ini digambarkan melalui watak ibu bapa Miasara
yang terlalu menyayangi Miasara sehinggakan sanggup berkorban apa sahaja terutamanya
Saadom yang bersusah payah mengurus dan membesarkan Miasara sehingga ke peringkat
universiti.

         Terdapat dua jenis gaya perapatan iaitu ‘ equity’ bermaksud keadilan atau kesaksamaan
dan ‘self-closure’ yang bermaksud pendedahan diri. Berdasarkan teori perapatan, teori
psikologikal adalah digunakan untuk menerangkan dan menyiasat ramalan perhubungan emosi
antara dua orang individu. Menurut Bowlby, perhubungan perapatan adalah penting kepada
manusia untuk mengharungi kitaran kehidupannya dan tingkah laku perapatan
menggambarkan interaksi ‘dari buaian hingga ke liang lahad.

6.3 Sokongan artikel jurnal

Merujuk kepada artikel jurnal yang bertajuk “ Mother and Father Connectedness and
Involvement During Early Adolescence”, kajian oleh Randal D. Day dan Laura M. Padilla-Walker,
mereka menyatakan bahawa dalam (Lamb, 2004) kedua ibu bapa mempunyai hal masing-
masing dimana ibu lebih berhubungan tekal kepada tingkahlaku positif manakala bapa
berkonsisten kepada masalah tingkahlaku yang lebih bersifat kedewasaan. Cara didikan yang
dimiliki oleh ibu lebih kepada pembinaan kemahiran manakala bapa pula lebih memfokuskan
kepada pematuhan norma-norma.
         Menurut Randal D. Day dan Laura M. Padilla-Walker dalam (Hasting et al., 2007 dan
Williams & Kelly, 2005) menyatakan bahawa penglibatan bapa dalam melindungi dan
menentang tingkahlaku negatif, manakala ibu pula lebih konsisten berhubungan dengan
tingkahlaku positif.

         Kesimpulannya, perapatan merupakan satu elemen yang harus diterapkan dalam setiap
perhubungan dimana melalui perapatan ini, hubungan yang terjalin antara ibu bapa lebih erat
dan seterusnya mewujudkan sebuah keluarga yang bahagia.

7.0 Persahabatan

7.1 Adegan atau skrip

Dalam drama Papadom ini terdapat beberapa prinsip psikologi sosial yang dapat dikenalpasti,
antaranya persahabatan. Salah satu keistimewaan dalam filem ini adalah persahabatan yang
ditonjolkan meliputi semua kaum iaitu Cina, India dan Melayu. Hal ini dapat dibuktikan pada
permulaan filem ini telah menunjukkan nilai persahabatan, iaitu pada permulaan cerita ini
Saadom iaitu watak utama telah berkerjasama dengan kaum Cina dan India iaitu Alan dan Ali
bagi memajukan lagi perniagaan nasi kandarnya iaitu mereka sebagai rakan kongsi kepada
Saadom. Daripada rakan kongsi mereka bertiga telah bersahabat baik dan telah menjadi tempat
Saadom meluahkan masalahnya. Alan juga telah mengingati Saadom tentang hari jadi anaknya
Miasara ketika dia terlupa disebabkan kesibukan dengan kerja.

         Semasa penarikan balik tuduhan Saadom merogol Miasara, Alan dan Ali telah pergi ke
balai polis untuk mengikat jamin Saadom. Selain itu, bagi menunjukkan lagi nilai persahabatan,
pada akhir filem ini Saadom telah menyatakan kepada anaknya Miasara untuk pergi bercuti
bersama-sama dengan Alan dan Ali.

         Selain itu juga nilai persahabatan berbeza agama dan bangsa juga dapat dilihat iaitu
diantara Miasara dan Yvonne iaitu berbangsa Cina. Persahabatan ini juga dapat diperlihatkan
juga dipermulaan cerita juga. Persahabatan Miasara dan Yvonne bermula sejak disekolah
menengah lagi. Mereka sentiasa bersama-sama walau kemana sahaja mereka pergi. Mereka
telah mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan dan seterusnya bersama-sama
melanjutkan pelajaran ke Universiti Teknologi Malaysia (UiTM) dan juga dalam bidang yang
sama iaitu perfileman. Mereka juga ditelah ditempatkan dibilik yang sama semasa di asrama.
Semasa berlaku pergaduhan di padang sukan, mereka telah bergaduh bersama-sama dengan
watak protagonis iaitu Shasha kerana berebut seorang lelaki. Persahabatan Yvonne dan Miasara
dapat diperlihatkan bahawa mereka benar-benar mengenali antara satu sama lain. Hal ini dapat
ditunjukkan menerusi adegan yang akhir sekali dimana berlaku situasi Miasara sedar daripada
pengsan akibat dipukul dan ayahnya iaitu Saadom telah dibawa kepenjara kerana dituduh
merogol Miasara. Semasa ingin memberitahu keadaan yang sebenar kepada Prof. Balqis,
Yvonne telah memberitahu bahawa dia mengenali bapa Miasara semenjak sekolah lagi, bagi
mempertahankan kata-kata Miasara bahawa ayahnya tidak bersalah.

7.2 Perkaitan Psikologi sosial

Menurut Duck (1991) persahabatan adalah ikatan sukarela antara dua orang dan keatas
yang boleh dilihat tanpa kontrak yang bertulis antara mereka, sekiranya ada perlanggaran
boleh membawa kepada pembuburan perhubungan. Persahabatan tidak melibatkan tarikan
seksual (fahaman tradisi), tidak melibatkan keluarga dan egalitarian iaitu banyak persamaan.
Persahabatan dianggap lebih dekat daripada kumpulan walaupun ada pelbagai darjat keintiman
yang baik dalam persahabatan dan berkumpulan. Persahabatan boleh dianggap sebagai
merangkumi seluruh rangkaian yang sama. Kajian tentang persahabatan termasuklah dalam
bidang sosiologi, psikologi sosial, antropologi, falsafah dan zoologi.

         Nilai yang dapat ditemui dalam persahabatan menunjukkan kecenderungan untuk
menginginkan apa yang terbaik untuk orang lain, simpati dan empati, kejujuran, mungkin
dalam situasi dimana mungkin sukar bagi orang lain untuk bercakap kebenaran, terutamanya
dalam hal menunjukkn kesalahan seseorang rakan, saling memahami dan ada perasaan kasih
sayang antara satu sama lain, kepercayaan terhadap antara satu sama lain dan sebagainya.
Ciri-ciri persahabatan dapat dilihat seperti banyak bergantung kepada persekitaran individu,
juga bergantung kepada budaya dan status sosio-ekonomi, bersifat kepercayaan, tolong-
menolong, hubungan yang dipercayai dan menyenangkan, menghormati hal-hal peribadi,
memberikan kebaikan kepada kedua-dua pihak dan sebagainya.
Menurut Solono 1986, terdapat tiga fungsi persahabatan iaitu keperluan material.
Seseorang yang ada persahabatan saling bergantungan antara satu sama lain. Sekiranya salah
seorang daripada mereka mengalami kesusahan akan dibantu oleh ahli yang lain. Selain itu
juga dengan adanya sahabat kita dapat meminta sesuatu yang selagi ahli yang lain terdaya
untuk memberi pertolongan misalnya kewangan, barangan, perkhidmatan dan sebagainya.
Kedua, keperluan kognitif iaitu kehendak kepada stimulisi. Apabila kita bersama-sama sahabat
kita akan menempuhi semua pengalaman ketika kita bersama-sama kawan. Perlakuan kita juga
boleh dipengaruhi oleh sahabat. Oleh itu sekiranya sahabat kita seorang yang baik, maka
baiklah tingkahlaku kita dan sebaliknya. Ketiga, keperluan emosi. Ramai diantara kita
menjadikan sahabat adalah tempat meluahkan perasaan dan masalah apabila kita mengalami
tekanan. Biasanya seorang sahabat yang baik akan sentisa menjai pendengar yang baik di
antara mereka bagi meringankan beban yang ditanggung.

         Melalui filem ini dapat digambarkan nilai persahabatan yang ditunjukkan oleh watak.
Persahabatan yang terdapat dalam cerita ini mempunyai ciri-ciri sahabat yang baik kerana
mereka sentiasa menasihati antara satu sama lain untuk kebaikan. Walaupun dalam cerita ini
percampuran kaum, ini gambarkan di dalam sosial ini yang sebenar juga terdapat pelbagai
kaum dan ada yang bersahabat baik walaupun berbeza kaum. Persahabatan adalah penting
bagi seseorang individu kerana dengan adanya sahabat kita akan menjadi kuat, terpengaruh,
teman dikala susah dan senang dan sebagainya. Dengan adanya sahabat juga boleh
menghiburkan kita tatkala kita dalam kesedihan. Kegembiraan juga dapat dikecepi bersama-
sama sekiranya seseorang itu bersahabat. Sekiranya manusia tidak bersahabat mereka akan
hidup keseorangan tanpa orang yang boleh menghiburkan hati, tanpa orang yang boleh
berkongsi suka dan duka. Nilai persahabatan yang baik tanpa mengira kaum dapat dilihat
melalui kajian yang telah dibuat oleh pengkaji-pengkaji terdahulu.

7.3 Sokongan artikel jurnal

Hasil kajian yang dibuat oleh Carole R. Smith, Lev Williams dan Richard H. Willis dalam
kajian mereka terhadap kaum, jantina dan kepercayaan sebagai penentu terhadap penerimaan
persahabatan yang dibuat keatas 140 pelajar dalam khusus pengantar psikologi, dibahagikan
berdasarkan jantina, daerah dan tempat tinggal. responden Wisconsin diambil daripada
Universitiy of Wisconsin, responden Missouri pula berasal dari Harris Teachers College in St.
Louis dan Louisiana pula mengandungi responden dari Newcom College and Tulane University
in New Orleans. Dapatan kajian menunjukkan kesignifikanan terhadap kepercayaan daripada
bangsa dalam peringkat penerimaan persahabatan mereka. Persamaan jantina telah
menunjukkan tidak ada kesesuaian kepercayaan atau bangsa dalam kebanyakkan kes.

 Subjek di Louisiana berkemungkinan cenderung untuk menerima kepercayaan yang


bersesuaian sebagai penghormatan dalam kepercayaan lain dalam kes orang Negro yang
dipersetujui. Walaupun hal ini harus dibuktikan bahawa kumpulan sterotaip tidak perlu
bergantung kepada faktor motivasi dan faktor kognitif. Beberapa dimensi kesamaan dalam
personaliti yang ditemui berkolerasi dengan persahabatan. Tarikan interpersonal telah ditemui
oleh Newcomb (1961) berkaitan dengan kesepakatan terhadap pelbagai isu sosial. Kurangnya
interaksi antara bangsa dan jantina adalah sesuatu yang mengejutkan. Di anggap bahawa
golongan yang berlawanan akan dinilai kurang diterima sebagai rakan daripada sama bangsa
dalam sesetengah responden. Hal ini memberi kesan yang kuat kepada subjek Negro kerana
perbezaan status antara kaum. Meskipun tidak ada responden yang menunjukkan korelasi
orang kulit putih mendiskriminasi perkauman sedangkan Negro berasa yakin terhadap
diskriminasi tersebut. Responden Wisconsin dan Missouri dari institusi pendidikan berkolerasi
baik antara penerimaan orang Negro dan orang kulit putih.

             Kesimpulannya, persahabatan mempunyai kualiti dan fungsi yang berbeza


dalam kitaran kehidupan. Dengan demikian, sifat dan pembangunan persahabatan tertentu
mungkin tertarik untuk perkembangan hidup. Individu yang bersahabat adalah individu yang
kuat kerana mempunyai kekuatan sokongan dalam hidup. Sahabat yang baik juga mengetahui
latar belakang rakan masing-masing untuk lebih mesra lagi. Walaupun terdapat jurang
perbezaan seperti bangsa, agama dan budaya tidak akan menjadi penghalang untuk berkawan
kerana sesuatu perhubungan yang baik tidak memandang perbezaan tersebut. Malah ada
setengah individu yang bersahabat berbilang kaum kekal sehingga ke akhir ayat. Keadaan ini
juga mewarnai lagi kehidupan kita kerana percampuran budaya membolehkan kita mengenal
antara satu sama lain.

8.0 PERBINCANGAN
Filem ini banyak memaparkan tema yang sesuai dengan pembelajaran psikologi sosial. Tema
yang dimaksudkan ialah tema prejudis, tema keagresifan, tema perapatan, tema kekeluargaan
dan tema hubungan. Kesemua tema ini terdapat dalam psikologi sosial. Dalam filem ini ia
banyak memaparkan kisah mengenai hubungan kekeluargaan antara bapa dengan anak dan
ibunya. Terdapat kisah suka dan duka ditunjukkan dalam filem ini. hubungan kekeluargaan
antara mereka bertiga tidak dapat dipisahkan. Buktinya, walaupun ibu Mia telah lama
meninggal, namun bapanya selalu menganggap bahawa isterinya selalu disampingnya dalam
menyelesaikan masalah yang dihadapinya. Selain itu, bapanya terlalu sayangkan anaknya. Hal
ini disebabkan sikap ayahnya yang ingin menebus kesilapan yang lalu kerana mengabaikan
anak serta isterinya kerana terlalu menumpukan kepada kerjaya beliau sebagai pemilik nasi
kandar.

         Selain itu juga, terdapat juga keagresifan yang ditunjukkan dalam filem ini. Ia
ditunjukkan oleh watak Shasha yang marahkan Mia kerana merampas teman lelakinya. Oleh
sebab itu, dia telah menyerang Mia di padang ragbi sambil diperhatikan oleh Hisham Hashim,
ketua bagi permainan ragbi dan terkebal kerana memiliki perwatakan yang menarik walaupun
sikapnya yang ‘playboy’. Sikap ini sebenarnya tidak ditunjukkan oleh pelajar berkenaan yang
boleh mencemarkan nama Universiti berkenaan. Faktor-faktor itu adalah dorongan dan galakan,
disiplin di rumah, hubungan mesra antara ibu bapa dan anak dan keluarga yang utuh. Namun
salah satu faktor yang menjadi penyumbang kepada salah laku pelajar ialah nilai kekeluargaan
yang semakin pudar dan rapuh dikalangan masyarakat kita hari ini. Nilai kekeluargaan ini amat
penting untuk pembesaran dan perkembangan emosi kanak-kanak

9.0 KESIMPULAN

Berdasarkan kepada kelima-lima tema yang dibincangkan dalam filem Papadom, dapatlah
disimpulkan bahawa tema agresif, prejudis, hubungan kekeluargaan, perapatan, dan
persahabatan adalah berkait rapat dengan kehidupan kita seharian dimana kesemua tema ini
mempengaruhi kehidupan kita seharian. Hal ini berikutan dengan adanya kajian lepas oleh
jurnal-jurnal yang menyokong tema-tema yang terdapat dalam filem Papadom tersebut.
         Seperti yang kita sedia maklum, prinsip-prinsip psikologikal yang dibincangkan di atas
merupakan salah satu cabang atau perkara yang sering berlaku dan berkaitan dengan
kehidupan kita seharian. Sebagai contoh hubungan kekeluargaan yang mana keadaaan tersebut
berlaku hampir kepada kehidupan seharian iaitu melalui hubungan kekeluargaan ini, manusia
akan mewujudkan satu perhubungan yang akan mempengaruhi perkembangan hidup
seseorang pada masa akan datang.

            Disini dapatlah disimpulkan bahawa, terdapat pelbagai prinsip psikologikal yang
terdapat dalam kehidupan kita seharian. Prinsip-prinsip ini mempunyai kebaikan dan
keburukannya yang tersendiri. Seseorang individu yang mempunyai informasi dan terdedah
dengan pengetahuan psikologi seharusnya bijak menilai dan memilih prinsip yang sesuai dan
mempraktikkan nilai-nilai tersebut dalam kehidupannya.

10.0 Rujukan buku

Amareson A/L Munusamy. (2006). Hubungan antara etnik di kalangan pelajar sekolah       
menengah di sekolah luar bandar. Jurnal pendidikan, 1-20.
Azizi Yahya,Yusof Boon,Jamaludin Ramli,Jaafar Sidek Latif,Fawziah Yahya dan Amir Hamzah
Abdul(2004). Psikologi Sosial. Johor: Universiti Teknologi Malaysia.

Berkowitz(1988). Frustrations, Appraisals, and Aversively Stimulated Aggression. Journal of


Aggressive Behavior,14, 3-11.

Carole R. Smith, Lev Williams & Richard H. Willis (1967). Race, Sex, And Belief as Determinants
of Friendship Acceptance. Journal of Personality and Social Psychology. Vol, 5, No, 2,         127-
137.

Che Hasniza Che Noh, Jurnal Hubungan keluarga dari aspek komunikasi dan gaya
keibubapaan: Fakulti Pengurusan dan Ekonomi Kolej Universiti Sains dan Teknologi
Malaysia (KUSTEM) Kuala Terengganu, Terengganu.

Myers,D.G.(2010). Social psychology.10th Edition.Amerika: McGraw-Hill Companies,Inc.

Randal D. Day and Laura M. Padilla-Walker, Mother and Father Connectedness and
Involvement During Early Adolescence: Journal of Family Psychology © 2009 American
Psychological Association 2009, Vol. 23, No. 6, 900–904

Amareson A/L Munusamy. (2006). Hubungan antara etnik di kalangan pelajar sekolah
menengah di sekolah luar bandar. Jurnal pendidikan, 1-20.

Rujukan internet

Psiko%20sosial/Friendship%20-%20Wikipedia,%20the%20free%20encyclopedia.htm 

http://www.dynamic-education.com/ipd/index...view&id=691

http://www.mesra.net/forum/lofiversion/index.php/t97484.html

You might also like