You are on page 1of 6

TEKS PENGACARA MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL

SEKOLAH KEBANGSAAN BEKELAM

(ALU-ALUAN)

Sirih berlipat sirih pinang,


Sirih dari Pulau Mutiara;
Pemanis kata selamat datang,
Awal Bismillah pembuka bicara.

Yang Berbahagia Tn Hj Ahmad b A.Bakar, Penolong Kanan 1 Sekolah Kebangsaan Bekelam.

Yang Berusaha Tn. Hj. Ismail b Daud, Penolong Kanan Kokurikulum Sekolah Kebangsaan
Bekelam.

Yang Berusaha Pn. Zaidah bt Daud, Penolong Kanan HEM, Sekolah Kebangsaan Bekelam.

Yang Dihormati barisan guru-guru Sekolah Kebangsaan Bekelam,

Serta Murid-murid yang dikasihi sekalian.

‫بسم هللا الرحمن الرحيم‬

‫السالم عليكم ورحمة هللا وبركاته‬

‫الحمد هلل رب العالمين والصالة والسالم على أشرف األنبياء والمرسلين‬

‫وعلى آله وأصحابه أجمعين‬

Selamat datang diucapkan, ahlan wa sahlan wa marhaban bikum, ke Majlis Pelancaran


Sambutan Maulidurrasul peringkat Sekolah Kebangsaan Bekelam bg tahun 2011 pada pagi
yang mulia ini.

Alhamdulillah, bersyukur kita kehadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnia serta
keizinanNya sekali lagi pada tahun ini kita dapat mengadakan Majlis Sambutan Maulidur
Rasul peringkat Sekolah Kebangsaan Bekelam sempena memperingati junjungan besar Nabi
Muhammad S.A.W.

Guru-guru serta murid-murid sekalian,

Objektif diadakan sambutan Maulidur Rasul ialah untuk mengembalikan ingatan kita umat
akhir zaman terhadap junjungan besar kita Muhammad Rasulullah saw. Dengan
mengingatinya akan menambahkan lagi perasaan cinta kasih kepadanya serta mengenang,
menghargai serta mengambil iktibar kisah suka duka perjuangannya. Walaupun sambutan
Maulidur Rasul ini adalah satu adat sahaja tapi ia adalah adat yang bersifat ibadah dan wajar
diteruskan, InsyaAllah.

(SELAWAT DAN PERARAKAN DI PADANG SKB)

Hadirin dan Hadirat sekalian,

Tema maulidur Rasul pada tahun ini ialah 1 Malaysia, 1 Ummah.

Pada sambutan hari ini juga, kita akan menyaksikan murid-murid dari setiap kelas akan
berararak sambil berselawat di padang Sekolah sebagai satu semangat dan perasaan cinta
terhadap junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w yang kita cintai.

Semua murid dan guru di minta bersedia untuk perarakan Maulidur Rasul.

(BACAAN DOA)

Tetak buluh panjang sepuluh,


Mari jolok sarang penyengat;
Angkat tangan jari sepuluh,
Doa dipohon biar selamat.

Bagi memberkati majlis pada pagi yang penuh barakah ini, majlis dengan segala
hormatnya, mempersilakan Yang Berusaha al-Fadhil Ustaz
_________________________________untuk menyampaikan bacaan doa.
Dengan penuh takzim, majlis mempersilakan.

(bacaan doa)

Amin, Ya Rabb al-‘Alamin.

Semoga dengan bacaan doa oleh beliau itu tadi majlis kita akan dapat berjalan dengan lancar
dan mendapat keberkatan daripada Allah S.W.T.

(BACAAN AYAT-AYAT SUCI AL-QURAN)

Majlis pada pagi yang berbahagia ini diteruskan dengan bacaan ayat suci al-Quran yang akan
disampaikan oleh_________________________________dan ditafsirkan oleh
___________________________________. Majlis mempersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Qari dan peterjemah atas bacaan ayat suci al-quran sebentar
tadi.
(UCAPAN PERASMIAN SAMBUTAN)

Buah langsat di tepi busut,


Mari dimuat di dalam peti;
Besar hajat kami menjemput,
Besar niat di dalam hati

Tibalah masa yang dinanti-nantikan

Majlis dengan segala sukacita dan hormatnya mempersilakan Yang Berbahagia


Tn. Hj. Ahmad b A. Bakar, Penolong Kanan 1 Sekolah Kebangsaan Bekelam untuk
menyampaikan ucapan, sekaligus merasmikan Sambutan Maulidur Rasul peringkat Sekolah
Kebangsaan Bekelam bagi tahun 2011.
Dengan penuh hormat dan takzim, majlis mempersilakan.

Terima Kasih diucapkan kepada Yang Berbahagia tuan atas ucapan perasmian yang
disampaikan tadi.

(PERSEMBAHAN NASYID)

Sekarang marilah sama-sama kita menyaksikan persembahan nasyid dari


kumpulan___________________________dengan lagunya yang
bertajuk_____________________.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada kumpulan


nasyid_____________________atas persembahan itu tadi.

(PERTANDINGAN SELAWAT)

Majlis diteruskan dengan Pertandingan Selawat Antara kelas. Pertandingan selawat ini
dimulakan dengan kelas ___________________________________.

Demikianlah sudah bacaan selawat yang disampaikan oleh setiap kelas.

(PENYAMPAIAN HADIAH)

Majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang. Dengan ini
dijemput___________________________mengiringi__________________________untuk
menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

Penyampaian hadiah di mulakan dengan pertandingan_______________________________.


Majlis berhenti rehat seketika sebelum acara seterusnya iaitu ceramah dimulakan.

(CERAMAH)

Yang Berbahagia Tn Hj Ahmad b A.Bakar, Penolong Kanan 1 Sekolah Kebangsaan Bekelam.

Yang Berusaha Tn. Hj. Ismail b Daud, Penolong Kanan Kokurikulum Sekolah Kebangsaan
Bekelam.

Yang Berusaha Pn. Zaidah bt Daud, Penolong Kanan HEM, Sekolah Kebangsaan Bekelam.

Yang Dihormati Penceramah


jemputan___________________________________,___________________

Yang dikasihi barisan guru-guru Sekolah Kebangsaan Bekelam,

Serta Murid-murid sekalian.

‫بسم هللا الرحمن الرحيم‬

‫السالم عليكم ورحمة هللا وبركاته‬

‫الحمد هلل رب العالمين والصالة والسالم على أشرف األنبياء والمرسلين‬

‫وعلى آله وأصحابه أجمعين‬

Alhamdulilah syukur kehadrat ilahi dengan limpah dan kurniannya sekali lagi kita dapat
berkumpul di dewan ini untuk meneruskan majlis ilmu sempena Maulidur Rasul iaitu
Ceramah.

Sebelum saya menjemput penceramah kita pada hari ini, ada eloknya jika saya membaca
biodata penceramah kita.

(baca biodata)

Di harap semua murid-murid dapat memberi tumpuan yang sepenuhnya kepada ceramah yang
akan disampaikan sebentar lagi.

Tanpa membuang masa saya menyerahkan majlis


kepada____________________________untuk menyampaikan ceramah yang
bertajuk___________________________. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada__________________________________atas ceramah yang


disampaikan sebentar tadi.
Diharap segala input yang disampaikan tadi dijadikan sebagai pedoman dan pengajaran
kepada murid-murid sekalian. Marilah sama-sama kita di bulan yang mulia ini menanamkan
azam yang lebih baik agar mendapat syafaat daripada Allah s.w.t.

Bila memandang ke muka laut,


Nampak sampan mudik ke hulu;
Bila terkenang mulut menyebut,
Budi yang baik ingat selalu

Sebagai tanda penghargaan kepada penceramah pada hari ini pihak majlis mempersilakan
yang berbahagia____________________________________________untuk menyampaikan
cenderahati sebagai tanda rasa terima kasih kepada penceramah.

Majlis dengan penuh takzim mempersilakan:

__________________________________________________untuk menerima
cenderahati.dipersilakan.

Terima kasih yang berbahagia___________________________________.

(BERSURAI)

Selesailah sudah Majlis Perasmian Sambutan


Maulidurrasul pada hari ini.

Kalau ada jarum yang patah,


Jangan disimpan di dalam hati,
Kalau ada silap dan salah,
Jangan disimpan di dalam hati.

Majlis dengan hormatnya menjemput __________________________________________


untuk mengiringi dan mempersilakan ____________________________________ dan guru-
guru ke dewan makan untuk menikmati hidangan juadah yang telah disediakan.

Sebelum bersurai marilah sama-sama kita membaca surah Al-Asr dan tasbih Kafarah.

Wabilahitaufiq.....................................................................

You might also like