You are on page 1of 26

LANGKAH-LANGKAH UTAMA PROSES PENGAMBILAN TANAH BAGI

MAKSUD AWAM DI BAWAH PERENGGAN 3(1)(a).

LANGKAH UTAMA PROSES RUJUKAN

1. Permohonan 1.1. Permohonan diterima daripada


pengambilan tanah. Kementerian, Jabatan Persekutuan dan
Jabatan Negeri. Permohonan daripada
Jabatan Persekutuan hendaklah melalui
Kementerian masing-masing.

1.2. Bagi pihak Kerajaan Persekutuan, Pekeliling


permohonan hendaklah dibuat oleh KPTG Bilangan
Ketua Pengarah Tanah dan Galian. 3/1979
Permohonan tersebut hendaklah
dikemukakan kepada PBN melalui
Pengarah Tanah dan Galian Negeri dan
dihantarkan salinan kepada SUK,
Agensi Pemohon, Pentadbir Tanah dan
Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan
Galian (JKPTG) Negeri.

1.3. Bagi Badan Berkanun Persekutuan yang Pekeliling PTP


dibenarkan mengambil tanah di bawah Bilangan
perenggan 3(1)(a) permohonan 1/2005
hendaklah dikemukakan kepada
Pengarah Tanah dan Galian dengan
salinan kepada Pentadbir Tanah
berkenaan.

1.4. Bagi permohonan dari Jabatan Negeri,


Pentadbir Tanah biasanya menerima
satu salinan permohonan. Salinan asal
dihantar kepada Pengarah Tanah
Negeri.

1.5. Bagi permohonan untuk Kerajaan Pekeliling PTP


Persekutuan, biasanya Pentadbir Tanah Bilangan1/2003
atau JKPTG Negeri mengambil tindakan
sebaik sahaja permohonan diterima
sungguhpun ia belum lagi menerima
arahan untuk berbuat demikian daripada
Pengarah Tanah Negeri.
LANGKAH UTAMA PROSES RUJUKAN

1.6. Permohonan yang dikemukakan Pekeliling PTP


hendaklah mengandungi dokumen- Bilangan1/2003
dokumen seperti berikut:

1.6.1. Jika permohonan dari


Kementerian dan untuk seksyen
4, hendaklah mengemukakan
surat berserta Lampiran A dan
jika permohonan untuk seksyen
8 kemukakan surat berserta
Lampiran B. Surat dan Lampiran
A atau Lampiran B hendaklah
ditandatangani oleh Agensi
Pemohon bagi pihak Ketua
Setiausaha Kementerian.

1.6.2. Jika permohonan dari Badan Pekeliling PTP


Berkanun dan untuk seksyen Bilangan1/2005
4, hendaklah mengemukakan
surat berserta Lampiran A dan
jika permohonan untuk seksyen
8 kemukakan surat berserta
Lampiran B. Surat dan Lampiran
A atau Lampiran B hendaklah
ditandatangani oleh Pengurus
Besar Badan Berkanun tersebut.

1.6.3. Tujuan pengambilan dinyatakan.

1.6.4. Pengesahan peruntukan yang


mencukupi untuk membiayai kos
pampasan dan lain-lain kos
pengambilan.

1.6.5. Pelan pengambilan tanah


disediakan dengan lengkap dan
mencukupi:
LANGKAH UTAMA PROSES RUJUKAN

a. Pelan pengambilan tanah


disediakan oleh perunding
berdasarkan pelan syitlitho
di Pejabat Tanah/ PA di
JUPEM atau Pelan
Susunatur yang telah
diluluskan oleh pihak
berkuasa perancangan
tempatan;

b. Kawasan yang terlibat


dengan pengambilan
ditandakan menggunakan
warna yang berlainan iaitu
warna merah untuk tanah
berimilik, kuning untuk
Tanah Kerajaan, hijau
untuk rizab hutan dan biru
untuk tanah rizab sungai;

c. Dinyatakan Nombor Lot/


PT;

d. Dinyatakan Mukim/ Pekan/


Bandar/ Seksyen, Daerah
dan Negeri; dan

e. Luas Lot/ PT, luas


kawasan yang hendak
diambil dan luas baki Lot.
1.6.6. Sijil Carian Rasmi/ Cabutan hak
milik yang terkini.

1.6.7. Ulasan dari Jabatan-Jabatan


Teknikal (JKR, JPBD & PBT).

1.6.8. Ulasan dari Jabatan Alam Sekitar


(jika perlu).
LANGKAH UTAMA PROSES RUJUKAN

1.6.9. Persetujuan Jawatankuasa Kerja


Tindakan Daerah atau
Jawatankuasa seumpamanya.

1.7. Permohonan yang diterima hendaklah


diklasifikasikan sebagai SULIT.

2. Pentadbir Tanah mengarah 2.1. Pelukis Pelan hendaklah menyemak


Pelukis Pelan menyemak sama ada butir-butir tanah seperti
tanah yang dipohon. nombor Lot atau nombor PT dan perihal
nombor hak milik betul atau tidak.

2.2. Selepas mengesahkan butir-butir itu


Pelukis Pelan menandakan kawasan
yang diminta itu di atas syitlitho yang
berkenaan.

3. Pentadbir Tanah 3.1. Laporan Pegawai Petempatan /Penolong


mengarahkan Penolong Pegawai Tanah hendaklah meliputi
Pegawai Tanah/ Pegawai perkara-perkara berikut:
Petempatan membuat
laporan mengenai tanah itu. 3.1.1. apa yang ada di atas tanah;

3.1.2. apa yang ada di sekeliling tanah


itu;

3.1.3. anggaran nilai pasaran tanah itu;

3.1.4. kesesuaian untuk penggunaan


yang dicadangkan.

4. Jika pemberitahuan di 4.1. Kertas itu hendaklah meliputi perkara-


bawah seksyen 4 perkara berikut:
dikehendaki, Pentadbir
Tanah hendaklah 4.1.1. butir-butir pemohon;
menyediakan kertas bagi
pertimbangan MMK/ YAB 4.1.2. maksud pengambilan;
MB/ JKKT WP.
4.1.3. perihal kedudukan tanah (pelan
hendaklah disertakan);
LANGKAH UTAMA PROSES RUJUKAN

4.1.4. tuan punya berdaftar bagi tanah


itu;

4.1.5. ulasan daripada Jabatan-jabatan


berkenaan;

4.1.6. sebab-sebab mengapa


diperlukan pemberitahuan di
bawah seksyen 4.

4.2. Jika MMK/ YAB MB/ JKKT WP


bersetuju, Pentadbir Tanah
menyediakan Borang A di Jadual
Kedua APT 1960 dan
menghantarkannya kepada Pengarah
Tanah Negeri untuk tandatangannya
(kebiasaannya Borang A telah disedia
dan dikemukakan bersama kertas itu).
Selepas menandatangani Borang A,
Pengarah Negeri (State Director)
menghantarnya kepada Percetakan
Nasional Malaysia Berhad (PNMB)
untuk diwartakan.

5. Pemberitahuan notis dalam 5.1. Pentadbir Tanah hendaklah membuat seksyen kecil
Borang A disiarkan dalam pengumuman awam (public notice) 4(2) APT 1960
Warta Kerajaan. mengenai pemberitahuan itu mengikut
cara yang ditetapkan dalam seksyen
52.

5.2. Agensi pemohon memberitahu seksyen kecil


Pentadbir Tanah siapakah yang akan 5(1) APT 1960
memasuki tanah untuk menjalankan
kerja. Kemudiannya Pentadbir Tanah
menyediakan Borang B di Jadual
Kedua APT 1960 dan
mengemukakannya kepada Pengarah
Negeri untuk tandatangannya.
Pentadbir Tanah menghantar Borang B
yang telah ditandatangani oleh
Pengarah Negeri kepada pemohon.
LANGKAH UTAMA PROSES RUJUKAN

6. Dalam kes di mana 6.1. Pemberitahuan di bawah seksyen 4 seksyen kecil


pemberitahuan di bawah berkuat kuasa dua belas (12) bulan 4(3) dan 4
seksyen 4 telah dipohon, daripada tarikh pewartaan. APT 1960
pemohon mengesahkan
bahawa tanah itu adalah 6.2. Jika pada akhir tempoh dua belas (12)
sesuai. bulan itu, agensi pemohon merasakan
kajian tidak dapat diselesaikan dalam
tempoh tersebut, agensi pemohon
hendaklah membuat permohonan baru
untuk pewartaan semula.

7. Selepas agensi pemohon 7.1. Kertas itu hendaklah meliputi perkara- seksyen kecil
memutuskan kesesuaian perkara berikut: 7(a) APT 1960
tapak, Pentadbir Tanah
menyediakan kertas bagi 7.1.1. butir-butir pemohon; seksyen kecil
mendapat kelulusan MMK/ 7(b) APT 1960
YAB MB /JKKT WP untuk 7.1.2. maksud pengambilan;
mewartakan di bawah
seksyen 8. 7.1.3. pelan tanah dengan
menunjukkan juga bahagian
yang hendak diambil;

7.1.4. senarai tanah dalam Borang C di


Jadual Kedua APT 1960; dan

7.1.5. tanah-tanah yang lain yang


terlibat termasuk kawasan tanah
rizab dan tanah milik
Persekutuan;

7.1.6. anggaran nilai pasaran tanah itu;

7.1.7. sama ada pemohon mempunyai


peruntukan untuk membayar
pampasan;

7.1.8. ulasan daripada Jabatan-jabatan


berkenaan;
LANGKAH UTAMA PROSES RUJUKAN

7.1.9.sama ada perlu atau tidak tanah


itu diambil milik di bawah Sijil
Perakuan Segera.

8. Apabila MMK/ YAB/ MB/ 8.1. Borang D di Jadual Kedua APT 1960
JKKT WP meluluskan disediakan oleh Pentadbir Tanah dan
pengambilan Pentadbir dihantarkan kepada Pengarah Negeri
Tanah mengambil tindakan untuk ditandatangan (biasanya
supaya pengisytiharan Borang D ini dihantar bersama
Borang D disiarkan dalam dengan kertas MMK untuk
Warta Kerajaan. pertimbangan PBN).

8.2. Selepas menandatangani Borang D,


Pengarah Negeri menghantarkannya
kepada PNMB untuk diwartakan.

9. Pengisytiharan dalam 9.1. Pentadbir Tanah hendaklah meminta Perenggan. 9(1)


Borang D disiarkan dalam agensi pemohon membuat penandaan (a)
Warta Kerajaan. (pegging) di atas tanah yang terlibat APT 1960
dengan pengambilan (melainkan jika
telah dilakukan dengan kepuasan
hatinya).

9.2. Pentadbir Tanah atau pihak berkuasa Perenggan 9(1)


pendaftaran yang berkenaan (b)
hendaklah membuat catatan APT 1960
cadangan pengambilan pada
dokumen hak milik daftar atau lain-lain
rekod yang sesuai.

9.3. Bagi maksud mentaksir amaun seksyen kecil


pampasan di bawah Jadual Pertama 9A(1)
APT 1960, Pentadbir Tanah APT 1960
hendaklah memohon daripada
Pengarah Perancangan Bandar dan
Desa Negeri mengenai maklumat-
maklumat berikut:

9.3.1. sama ada tanah tersebut di


dalam lingkungan kawasan
pihak berkuasa perancangan
tempatan.
LANGKAH UTAMA PERHATIAN RUJUKAN

9.3.2. Sama ada tanah tersebut


termasuk dalam apa-apa pelan
pembangunan.

9.3.3. Jika ada suatu pelan


pembangunan, kegunaan tanah
yang ditunjukkan dalam pelan
pembangunan bagi tanah
dijadualkan.

9.4. Pentadbir Tanah boleh (jika didapati Proviso


sesuai) mendapat ulasan bertulis seksyen kecil
nilaian daripada penilai bagi 12(1)
membantunya menentukan nilaian APT 1960
tanah sebelum membuat award bertulis
Borang G.

10. Penyediaan Borang E 10.1. Pentadbir Tanah mengarahkan seksyen


Jadual Kedua APT 1960. Pembantu Tadbir menyediakan Notis kecil10(2) APT
Siasatan dalam Borang E. 1960

10.2. Tarikh siasatan hendaklah tidak kurang seksyen-


daripada dua puluh satu (21) hari dari seksyen kecil.
tarikh notis Borang E ditampal dengan 10(1)dan 11(1)
perakuan bersumpah oleh Penghantar APT 1960
Notis.

10.3. Notis hendaklah disiarkan menurut


seksyen 52 dan diserahkan menurut
seksyen 53 atau 54 kepada mereka
yang disenaraikan di bawah seksyen
kecil 11(1)(a) hingga (d) serta
mendapatkan Bukti Penyampaian
Notis.

10.4. Hendaklah juga disampaikan notis itu Perenggan


kepada pemohon. 55(1)(a)
APT 1960
LANGKAH UTAMA PROSES RUJUKAN

10.5. Adalah diingatkan bahawa Pentadbir


Tanah tidak perlu mengemukakan
Borang D bersama Borang E kerana
jadual tanah pada Borang E adalah
sama dengan jadual pada Borang D.

11. Penyediaan Borang F 11.1. Jika perlu, Pentadbir Tanah seksyen kecil
Jadual Kedua APT 1960. hendaklah menyerahkan notis Borang 11(2) APT 1960
F kepada orang yang berkepentingan
untuk mendapatkan suatu kenyataan/
tuntutan bertulis.

11.2. Penyerahan Borang F hendaklah seksyen 11(2)


bersama dengan Borang E. APT 1960

12. Pengambilan milik tanah di 12.1. Jika perlu, dan telah diluluskan oleh seksyen 19 dan
bawah pengeluaran Sijil MMK/YAB MB, Pentadbir Tanah seksyen kecil
Perakuan Segera (Borang boleh mengambil milik tanah melalui 22(1) APT 1960
I). Sijil Perakuan Segera (Borang I).

12.2. Pentadbir Tanah hendaklah


menyediakan Sijil Perakuan Segera
dalam Borang I untuk ditandatangani
oleh Pengarah Negeri dan
dikeluarkan pada atau selepas lima
belas (15) hari daripada tarikh
penampalan notis Borang E.

12.3. Pentadbir Tanah hendaklah seksyen 19 dan


menyerahkan Borang K bersama seksyen kecil
dengan Borang I kepada penduduk 22(1) APT 1960
atas tanah itu, jika ia tidak dijumpai
dengan menampalkannya di atas
tanah.

12.4. Bagi kes tanah yang terdapat seksyen kecil


bangunan di atasnya, setelah 20(a) dan (b)
mengambil milik tanah itu seperti APT 1960
langkah 12.3 di atas, Pentadbir Tanah
hendaklah menyerahkan notis Borang
J kepada penghuni bangunan dan
pemilik bangunan.
LANGKAH UTAMA PROSES RUJUKAN

12.5. Perkara-perkara lain yang perlu di


perhatikan ialah seperti mana di
dalam langkah 21 di bawah.
13. Siasatan pengambilan 13.1. Pentadbir Tanah mengadakan
tanah. siasatan pada tarikh yang ditetapkan
dalam Borang E.

13.2. Pentadbir Tanah hendaklah membuat Surat Pekeliling


siasatan penuh mengenai nilai tanah KPTG Bilangan
dan kemudiannya mentaksirkan 2/2005
amaun pampasan berdasarkan
kepada pertimbangan prinsip-prinsip
yang dinyatakan dalam Jadual
Pertama APT 1960.

13.3. Pentadbir Tanah hendaklah juga


menyiasat mengenai kepentingan
masing-masing bagi semua orang
yang menuntut pampasan atau siapa
yang pada pandangannya berhak ke
atas pampasan mengenai tanah itu.

13.4. Pentadbir Tanah hendaklah juga


menyiasat mengenai bantahan, jika
ada, yang dibuat oleh mana-mana
orang yang berkepentingan terhadap
keluasan tanah yang hendak diambil
atau yang telah diambil.

13.5. Siasatan mengenai perkara-perkara


di atas hendaklah mengandungi
perkara-perkara berikut:

13.5.1. berapakah harga yang


dituntut oleh tuan punya
atau lain-lain orang
yang berkepentingan bagi
tanah atau kepentingannya
dan apakah asas tuntutan
itu;
LANGKAH UTAMA PROSES RUJUKAN

13.5.2. adakah orang yang


membuat tuntutan
pampasan itu orang yang
berkepentingan seperti
yang ditakrifkan dalam
seksyen 2 APT 1960;

13.5.3. adakah lain-lain orang yang


berkepentingan; dan

13.5.4. adakah sebarang bantahan


daripada orang yang
berkepentingan terhadap
keluasan yang akan
diambil atau yang telah
diambil (di bawah Sijil
Perakuan Segera).

13.6 Pentadbir Tanah hendaklah mengkaji


kenyataan bertulis yang dikemukakan
berikutan dengan notis dalam Borang
F jika notis itu diserahkan. Beberapa
jawapan kepada soalan-soalan di
perenggan 13.5 di atas mungkin
diperolehi dalam kenyataan tersebut.
Kenyataan itu juga berguna untuk
mentaksirkan amaun pampasan.

13.7 Pentadbir Tanah boleh menggunakan


nilaian yang dibuat oleh JPPH atau
penilai berdaftar sebagai asas dalam
menentukan amaun pampasan.

13.8 Semua kenyataan yang diberikan


oleh orang yang berkepentingan atau
mana-mana saksi hendaklah dengan
bersumpah atau dengan pengakuan.
Pentadbir Tanah adalah diberikuasa
untuk mentadbirkan sumpah atau
pengakuan oleh seksyen kecil 13(1)
APT 1960.
LANGKAH UTAMA PROSES RUJUKAN

14. Catatan di dalam nota 14.1. Pentadbir Tanah hendaklah membuat


siasatan. catatan dalam nota siasatan
mengikut format yang disediakan
mengandungi catatan perkara-
perkara berikut:

14.1.1. nombor kes (nombor ini


merujukkan kepada projek
keseluruhannya – satu kes
mengandungi satu Lot/PT
atau lebih);

14.1.2. nombor siasatan


pengambilan (satu nombor
sepatutnya untuk satu
Lot/PT);

14.1.3. pegawai yang menjalankan


siasatan;

14.1.4. tanah yang terlibat berserta


nombor dan tarikh warta;

14.1.5. tuan punya yang berdaftar


dan bahagiannya;

14.1.6. catatan bahawa notis


Borang E telah disiarkan
dan diserah;

14.1.7. mereka yang hadir semasa


siasatan;
14.1.8. kenyataan daripada orang seksyen kecil
yang berkepentingan atau 14(1) APT 1960
daripada saksi dan
pertanyaan-pertanyaan oleh
Pentadbir Tanah;
LANGKAH UTAMA PROSES RUJUKAN

14.1.9. keputusan Pentadbir Tanah


mengenai amaun pampasan
yang diawardkan kepada
tiap-tiap orang yang
berkepentingan; dan

14.1.10. keputusan Pentadbir seksyen kecil


Tanah mengenai jumlah kos 14(5) APT 1960
termasuk fi penilai (jika
ada) yang dikenakan bagi
prosiding pengambilan,
siapa yang sepatutnya
mendapat bayaran kos
tersebut dan jumlah
pemberian bayarannya.

15. Kehadiran wakil/ pegawai 15.1. Pentadbir Tanah hendaklah seksyen55(2)


agensi pemohon semasa menentukan wakil pihak yang APT 1960
siasatan. memohon pengambilan tanah
mempunyai perakuan sebelum ia
dibenarkan hadir dalam siasatan
untuk mewakili pihak tersebut.

15.2. Atas sebab yang mencukupi, seksyen 12(3)


Pentadbir Tanah boleh membuat APT 1960
penangguhan atau penundaan bagi
mana-mana siasatan dari semasa ke
semasa. Sebab penangguhan atau
penundaan itu hendaklah dinyatakan
di dalam nota siasatan.

15.3. Pentadbir Tanah boleh merujuk seksyen kecil


kepada mahkamah dengan Borang M 36(2) APT 1960
pada bila-bila masa atas
kehendaknya sendiri di atas sebab-
sebab berikut:

15.3.1.tafsiran sebenar atau kesan


apa-apa suratcara;
LANGKAH UTAMA PROSES RUJUKAN

15.3.2. orang yang ada hak atau


kepentingan pada tanah;

15.3.3. takat atau jenis hak atau


kepentingan;

15.3.4. pemberian pampasan bagi


hak atau kepentingan itu;

15.3.5. orang yang kepadanya


pampasan itu kena bayar;
dan

15.3.6. apa-apa kos siasatan di


bawah APT 1960.

16. Penyediaan Award Bertulis 16.1. Pentadbir Tanah menyediakan seksyen kecil
(Borang G). sendiri award bertulis dalam Borang 14(1) APT 1960
G.

16.2. Award itu hendaklah berdasarkan


kepada keputusannya mengenai
amaun pampasan yang dinyatakan
di dalam nota siasatan.

16.3. Borang G yang lengkap hendaklah seksyen 14(2)


difailkan di pejabat. APT 1960

16.4 Sekiranya pemilik meninggal dunia


tanpa wasiat atau Surat Kuasa Pekeliling
Tadbir belum diperolehi pampasan KPTG 1/92
hendaklah dibayar kepada ARB
sebagai pengganti penerima bayaran
pampasan tersebut.

17. Penyediaan Borang H. 17.1. Pemberitahu Pemberian Dan Seksyen 16


Tawaran Pampasan hendaklah APT 1960
dibuat dalam Borang H (jadual
tawaran pampasan adalah cabutan
daripada Borang G).
LANGKAH UTAMA PROSES RUJUKAN

17.2 Notis Borang H ini hendaklah seksyen 55(1)


diserahkan kepada setiap orang APT 1960
yang berkepentingan dan juga
kepada agensi pemohon.

18. Bayaran pampasan. 18.1 Pentadbir Tanah mengambil


tindakan untuk membayar amaun
pampasan kepada mereka yang
dinyatakan dalam Borang G apabila
menerima cek pampasan atau
menerima invois sekiranya bayaran
dibuat melalui Electronic Fund
Transfer (EFT) daripada agensi
pemohon.

18.2. Di dalam keadaan-keadaan di bawah


perenggan 29(1)(a), (b) dan (c) APT
1960, Pentadbir Tanah dikehendaki
mengambil tindakan untuk
mendepositkan jumlah award itu
kepada mahkamah melalui afidavit.

18.3. Pentadbir Tanah hendaklah


memastikan pemohon menghantar
invois Electronic Fund Transfer
(EFT) kepada Pentadbir Tanah
sebelum surat memberi tahu deposit
telah dibuat.

18.4. Pentadbir Tanah mesti


mengeluarkan notis bertulis kepada
orang yang berkepentingan
menyatakan bahawa wang
pampasan sedia untuk diambil.
LANGKAH UTAMA PROSES RUJUKAN

18.5. Pentadbir Tanah mesti membuat seksyen kecil


pembayaran caj bayaran lewat 8% 16(1) APT 1960
setahun sekiranya deposit
pampasan ke mahkamah atau
bayaran pampasan dibuat selepas
tamat tempoh tiga (3) bulan Borang
H diserahkan kepada orang yang
berkepentingan atau dari tarikh
taking possession of land melalui
pengeluaran Borang K kepada
penduduk di atas tanah (Sijil
Perakuan Segera) yang mana
terlebih awal tanpa menunggu orang
yang berkepentingan membuat
tuntutan caj bayaran lewat itu.

18.6. Pengurusan cek pengambilan


mengikut Pekeliling KPTG 3/99.

19. Bantahan ke mahkamah 19.1. Bantahan menggunakan Borang N seksyen kecil


oleh orang yang dan rujukan ke mahkamah oleh 38(5) APT 1960
berkepentingan. Pentadbir Tanah melalui Borang O.

19.2. Apabila menerima permohonan


untuk rujukan ke mahkamah dalam
Borang N, Pentadbir Tanah
hendaklah menyemak sama ada
orang yang berkepentingan itu layak
untuk membuat bantahan atau tidak
dan sama ada permohonan dibuat
dalam masa yang ditetapkan atau
tidak.

19.3. Bagi orang atau badan yang seksyen-


berkepentingan yang ingin membuat seksyen kecil.
bantahan atas amaun pampasan 37(1), 37(3) dan
dan keluasan tanah, nilai award bagi perenggan
kepentingannya mestilah melebihi 38(3)(a) dan (b)
RM3,000. APT 1960
LANGKAH UTAMA PROSES RUJUKAN

Jika sekiranya nilai award bagi


kepentingannya adalah RM3,000
atau kurang orang yang
berkepentingan itu tidak layak
membuat bantahan mengenai
amaun dan keluasan tanah tetapi
masih boleh membuat bantahan bagi
perkara di dalam perenggan 37(1)(c)
dan (d) APT 1960 iaitu mengenai
orang yang menerima pampasan
dan pembahagian pampasan.

19.4 Pentadbir Tanah janganlah merujuk seksyen kecil


ke mahkamah jika deposit yang 39 (2) APT
dikehendakinya tidak dibayar dalam 1960
tempoh yang ditetapkan.

20. Bantahan ke mahkamah 20.1 Jika sekiranya jumlah award bagi lot
oleh agensi pemohon. tanah berkenaan melebihi RM15,000
di mana sebelum tamat tempoh
enam minggu daripada tarikh
penyerahan Borang H kepada
agensi pemohon atau jika semasa
tempoh tersebut agensi pemohon
membuat bantahan di bawah
seksyen 37(3), Pentadbir Tanah
hendaklah menahan pembayaran
25% daripada jumlah award.

20.2. Jika sekiranya dalam tempoh enam


minggu tiada bantahan dari agensi
pemohon, Pentadbir Tanah
hendaklah segera selepas tempoh
tersebut membayar pampasan 25%
yang ditahan itu.
LANGKAH UTAMA PROSES RUJUKAN

21. Mengambil milik tanah 21.1. Pemilikan tanah secara rasmi seksyen kecil
secara rasmi. hendaklah diambil jika ianya belum 18(a) dan 22
dilakukan di bawah perakuan segera. APT 1960
Pemilikan bukan di bawah perakuan
segera hanya boleh dilakukan pada
masa atau selepas penyerahan notis
Borang H kepada penduduk di atas
tanah. Walau bagaimanapun perlu
diingatkan sekiranya wang pampasan
belum dibayar sebelum tamat tempoh
3 bulan Borang H, dengan
pengeluaran Borang K kepada
penduduk di atas tanah caj bayaran
lewat 8% setahun akan dikenakan.

21.2. Mengambil milik tanah secara rasmi seksyen kecil


adalah bermaksud dengan 22(1) APT 1960
menyerahkan notis Borang K kepada
penduduk di atas tanah itu, jika ia
tidak ditemui dengan
menampalkannya di atas tanah itu.

21.3. Apabila mengambil milik, Pentadbir seksyen 22(3)


Tanah hendaklah menyerahkan satu APT 1960
salinan notis Borang K kepada pemilik
tanah berdaftar dan pihak berkuasa
pendaftaran.

21.4. Satu salinan Borang K adalah juga seksyen 55(1)


dikehendaki dihantarkan kepada (a) APT 1960
pemohon.

21.5. Memorial tanah telah diambil menurut seksyen 23


seksyen kecil 23(a) atau (b) APT 1960
hendaklah dibuat dalam dokumen hak
milik daftar atau lain-lain rekod yang
sesuai.
LANGKAH UTAMA PROSES RUJUKAN

21.6. Pentadbir Tanah hendaklah seksyen 24


mengambil tindakan untuk APT 1960
mendapatkan dokumen hak milik
keluaran dengan menyerahkan notis
Borang L kepada mana-mana orang
yang memilikinya jika ianya belum
dikemukakan kepadanya.

21.7. Bagi pengambilan sebahagian seksyen kecil


tanah, cukai hendaklah dipinda, jika 25(1) APT 1960
ada.

21.8. Bagi pengambilan sebahagian,


tanah itu hendaklah diukur semula.
PU hendaklah dibuat kepada pihak
JUPEM.

21.9. Apabila selesai pengukuran halus, seksyen kecil


cukai yang telah dipinda itu 25(2) dan
hendaklah dibuat pengiraan semula seksyen kecil
sebelum hak milik sambungan 26(1) APT 1960
disediakan dan didaftarkan. dan perenggan
166(1)(h),
seksyen 169,
170 dan
seksyen 174
KTN.

21.10 Jika tanah yang sebahagiannya seksyen kecil


diambil adalah dipegang di bawah 26 (3) APT
hak milik sementara, sempadan- 1960
sempadan yang ditunjukkan dalam
dokumen hak milik daftar dan
keluaran (jika ada) hendaklah
dipinda.

21.11 Jika terdapat perbezaan keluasan seksyen 28


mengenai tanah yang diambil, APT 1960
penyelarasan bayaran pampasan
hendaklah dibuat.
LANGKAH UTAMA PROSES RUJUKAN

21.12. Dokumen-dokumen berikut hendak-


lah dikembalikan kepada orang
yang mengemukakannya:

21.12.1. dokumen hak milik


keluaran bagi
pengambilan
sebahagian.

21.13. Dokumen-dokumen berikut


hendaklah disimpan oleh pihak
berkuasa pendaftaran yang
berkenaan:

21.13.1. dokumen keluaran hak


milik tetap (sama ada
tanah diambil ke semua
atau sebahagian); dan

21.13.2. dokumen keluaran hak


milik sementara jika
tanah itu diambil
kesemuanya.

22. Permohonan 22.1. Bagi kes pemberimilikan agensi


pemberimilikan atau pemohon hendaklah menyediakan
perizaban. pelan pemberimilikan bersama
Jadual 1 KTN 1965.

22.2. Bagi kes perizaban agensi pemohon


hendaklah menyediakan pelan
perizaban dan kemukakan
permohonan perizaban.

22.3. Pelan untuk permohonan


pemberimilikan atau perizaban tidak
boleh menggunakan pelan
permohonan pengambilan tanah.
Hendaklah menggunakan pelan khas
untuk permohonan pemberimilikan
atau perizaban berdasarkan kepada
kelulusan oleh PBN dahulu.
LANGKAH-LANGKAH UTAMA PROSES PENGAMBILAN TANAH BAGI
MAKSUD AWAM DI BAWAH PERENGGAN 3(1)(b) DAN (c).

LANGKAH UTAMA PROSES RUJUKAN

1. Permohonan 1.1. Permohonan diterima oleh Pentadbir Tanah seksyen kecil


pengambilan tanah daripada Badan-badan Berkanun 3(2) dan kaedah
Perbadanan Negeri, Orang Perseorangan, 3. APT 1960
Perbadanan Persendirian yang ditubuhkan
di bawah Akta Syarikat 1965, Akta
Pertubuhan Koperasi 1948/1966, Akta
Parlimen dan Enakmen Negeri yang
disertakan dengan :

1.1.1. Kertas Cadangan Projek;.


1.1.2. Pelan susunatur dan pelan
pengambilan tanah.
1.1.3. Laporan awal penilaian tanah oleh
JPPH.
1.1.4 Fi dan deposit seperti yang ditentukan
dalam Kaedah Pengambilan Tanah
1998.

1.2. Deposit yang perlu dibayar ialah sebanyak


125% daripada anggaran harga pasaran
tanah yang diambil. Ianya perlu dibayar
dalam bentuk bank draf seperti berikut:

1.2.1. 50% dikemukakan bersama-


sama dengan permohonan.
1.2.2. 75% dikemukakan apabila pemohon
menerima terma-terma dan syarat-
syarat kelulusan yang dikenakan oleh
PBN.

2. Permohonan kepada 2.1. Pentadbir Tanah boleh menolak seksyen kecil


UPEN/Jawatankuasa permohonan yang tidak mematuhi peraturan. 3(5) APT 1960
Khas Pengambilan
Tanah Wilayah
Persekutuan Kuala
Lumpur (JKPT
WPKL).
LANGKAH UTAMA PROSES RUJUKAN

2.2. Pentadbir Tanah mengemukakan


permohonan kepada UPEN/JKPT WPKL jika
permohonan didapati teratur.

2.3. Jika tanah yang hendak diambil itu terdapat seksyen kecil
kelulusan pembangunan yang telah diberi 3(6) APT 1960
kepada tuan punya tanah berdaftar dan
tujuan pengambilan bukan bagi maksud
kemudahan awam, Pentadbir Tanah
hendaklah menolak permohonan tersebut.

2.4. UPEN/JKPT WPKL perlu menimbangkan seksyen kecil


permohonan berdasarkan aspek-aspek 3A(1) APT 1960
berikut:

2.4.1 Kepentingan awam;

2.4.2. Keupayaan dan kemampuan


pemohon untuk melaksanakan tujuan
pengambilan tanah;

2.4.3. Daya maju projek; dan

2.4.4. Kelulusan pembangunan yang diberi


kepada tuan punya tanah berdaftar.

2.5. Jika kelulusan pembangunan telah diberi seksyen kecil


dan tujuan pengambilan tanah adalah untuk 3A(2) APT 1960
kemudahan awam, UPEN/JKPT WPKL
hendaklah menentukan sama ada sesuai
bagi tuan punya tanah berdaftar mengambil
bahagian dalam projek yang melibatkan
pengambilan tanah.

2.6. Jika UPEN/JKPT WPKL berpuashati bahawa


adalah sesuai bagi tuan punya tanah
berdaftar mengambil bahagian dalam projek
berkenaan, UPEN/JKPT WPKL hendaklah
mengarahkan pemohon supaya berunding
dengan tuan punya tanah berdaftar
mengenai aspek-aspek berikut:
LANGKAH UTAMA PERHATIAN RUJUKAN

2.6.1. Terma-terma dan syarat-syarat yang


difikirkan sesuai.

2.6.2. Bentuk kerjasama dan urusan


komersial mengenai projek,
tetapi tidak terhad kepada equity
participation.

2.7. Pemohon hendaklah mengemukakan seksyen kecil


kepada UPEN/JKPT WPKL dalam tempoh 3A(4) dan
yang ditetapkan dalam Borang 3, laporan kaedah 6 APT
lengkap mengenai keputusan perundingan 1960
dengan tuan punya tanah untuk
membolehkan UPEN/JKPT WPKL
menentukan bentuk dan had penyertaan
tuan punya tanah berdaftar dalam projek
berkenaan.

2.8. Jika perundingan berjaya, UPEN/JKPT seksyen kecil


WPKL hendaklah memberhentikan urusan 3A(5) dan
pengambilan tanah dan Pentadbir Tanah kaedah 9 APT
hendaklah membayar balik deposit yang 1960
telah dibayar, tanpa bayaran faedah, dalam
tempoh tiga (3) bulan dari tarikh terima
permintaan daripada pemohon.

2.9. Jika perundingan telah gagal atau tidak seksyen kecil


mencapai sebarang keputusan dalam 3A(6) APT 1960
tempoh yang ditetapkan, UPEN/JKPT WPKL
boleh menimbangkan permohonan dan
membuat perakuan yang difikirkan sesuai:

Dengan syarat perakuan tersebut hendaklah


tidak sampai memaksa tuan punya tanah
berdaftar untuk menerima sebarang bentuk
penyertaan dalam projek berkenaan.

2.10. UPEN/JKPT WPKL hendaklah, setelah seksyen kecil


menimbangkan setiap permohonan, 3A(7) dan
mengemukakan permohonan tersebut kaedah 7 APT
dengan dokumen-dokumen berkenaan dan 1960
laporan perundingan, jika ada, bersama-
sama dengan perakuan kepada:
LANGKAH UTAMA PERHATIAN RUJUKAN

2.10.1. JKPT negeri dengan


menggunakan Borang 4 dalam
tempoh empat belas (14) hari dari
tarikh terima laporan
perundingan, dalam kes di
negeri; atau

2.10.2. Jawatankuasa Kerja Tanah


dalam kes di WPKL.

Dengan syarat jika JKPT WPKL membuat


perakuan kepada Jawatankuasa Kerja
Tanah, perakuan tersebut, jika berkaitan,
boleh mengenakan apa-apa syarat dan
sekatan kepentingan ke atas tanah seperti
yang diperuntukkan dalam KTN.

2.11. Jika tiada kelulusan pembangunan seksyen 3B APT


UPEN/JKPT WPKL hendaklah 1960
menimbangkan permohonan pengambilan
tanah berdasarkan kepada aspek-aspek
seperti berikut:

2.11.1. Kepentingan awam;

2.11.2. Keupayaan dan kemampuan


pemohon untuk melaksanakan
tujuan pengambilan tanah; dan

2.11.3. Daya maju projek.

Kemukakan permohonan dengan dokumen-


dokumen berkenaan bersama-sama
perakuan kepada JKPT, dalam kes di negeri,
atau kepada Jawatankuasa Kerja Tanah,
dalam kes di WPKL:
LANGKAH UTAMA PERHATIAN RUJUKAN

Dengan syarat jika UPEN/JKPT WPKL


berpendapat adalah sesuai atau perlu dari
segi kepentingan tuan punya tanah berdaftar
untuk mengambil bahagian dalam projek
berkenaan UPEN/JKPT WPKL boleh
mengarahkan pemohon supaya berunding
dengan tuan punya tanah berdaftar dan
seksyen 3A(3), (4), (5), (6) dan (7) adalah
terpakai dengan pengubahsuaian yang
mana perlu.

2.12. Setelah menerima permohonan daripada seksyen 3D APT


UPEN, JKPT negeri hendaklah menilai 1960
kesesuaian permohonan dan JKPT –
mengemukakannya kepada PBN dalam Jawatankuasa
tempoh tidak melebihi dua (2) bulan dari Khas
tarikh terima permohonan daripada UPEN, Pengambilan
bersama-sama dengan perakuan yang Tanah yang
difikirkan sesuai. dipengerusikan
oleh Setiausaha
Kerajaan Negeri

2.13. Perakuan JKPT negeri kepada PBN boleh, seksyen kecil


jika berkaitan, termasuk penetapan syarat- 3D(2) APT 1960
syarat dan sekatan kepentingan ke atas
tanah mengikut peruntukan dalam KTN.

2.14. Jika JKPT negeri gagal mengemukakan seksyen kecil


permohonan kepada PBN dalam tempoh 2 3D(3) APT 1960
bulan, PBN boleh mengarahkan UPEN untuk
mengemukakan permohonan bersama-sama
dengan dokumen-dokumen berkenaan,
laporan perundingan, jika ada, dan perakuan
UPEN.

2.15. Setelah menerima permohonan seksyen kecil


pengambilan tanah daripada JKPT atau
3E(1) APT 1960
UPEN di bawah seksyen kecil 3 D(3), PBN
boleh meluluskan atau menolaknya.
Tanah memulakan
tindakan prosiding
pengambilan tanah.

You might also like