You are on page 1of 5

PENENTANGAN KAUM QURAISY DI MEKAH

 
Pengenalan
Semasa Nabi Muhammad menyampaikan seruannya secara sulit, tidak terdapat sebarang
bentuk penentangan yang ketara dari kaum Quraisy. Semasa seruan mula dijalankan
kepada keluarga Abdul Mutalib, penentangan hanya timbul daripada kalangan kaum
kerabat baginda sendiri. Kaum Quraisy yang lain pula menganggapnya sebagai masalah
dalaman keluarga Bani Hasyim yang boleh diselesaikan sesama mereka sendiri. Namun
setelah seruan secara terbuka dijalankan dan ia mendapat sambutan di luar dugaan dan
setelah Nabi Muhammad mula menyentuh soal-soal penyembahan dan ajaran nenek
moyang mereka, maka kaum Quraisy mula bimbang lantas mengadakan pelbagai usaha
untuk mebendung perkembangan Islam.
 
Sebab Penentangan
Politik
Dalam politik orang Arab khususnya politik kota Mekah, perebutan kuasa sudah menjadi
teras politik mereka. Hal ini dapat dibuktikan dan pentadbiran kota Mekah yang pada
mulanya dikuasai oleh Puak Amaliqah, kemudian oleh puak Jurhum, diikuti oleh puak
Khuzaah dan akhirnya puak Quraisy. Muhammad adalah dari kaum Quraisy yang
berketurunan Bani Hasyim. Bani-bani lain dari kaum Quraisy terutamanya Bami
Umayyah mahu kuasa pentadbiran Mekah berada di tangan mereka. Menerima ajaran
Islam seolah-olah mereka tunduk di bawah Bani Hasyim. Keunggulan peribadi
Muhammad yang terkenal sebagai seorang yang amanah dan mempunyai budi pekerti
yang tinggi membimbangkan bani-bani lain. Sekiranya Muhammad berjaya menjadi
pemimpin, mereka bimbang kuasa kepimpinan tersebut akan dipegangnya dan ini
menyebabkan bani lain tidak lagi berpeluang meletakkan diri mereka sebagai pemimpin.
Tanggapan ini timbul akibat dari kekeliruan orang Musyirikin tentang konsep kenabian
dan kepimpinan.
 
Ekonomi
Pengharaman berhala akan menyebabkan kedudukan musyirikin Mekah terjejas. Agama
Islam menentang penyembahan berhala kerana ia dianggap syirik. Pengharaman ini akan
menyebabkan pengukir patung, peniaga berhala dan juga penjaga Kaabah kehilangan
sumber pendapatan.
 
Penentangan orang musyirikin juga disebabkan agama Islam yang dibawa oleh Nabi
menentang penjualan hamba abdi. Orang musyirikin yang menpunyai kedudukan tinggi
biasanya memiliki hamba yang ramai, malah bilangan hamba dikatakan melambangkan
status seseorang. Mereka menggunakan tenaga hamba dengan percuma bagi membantu
dalam kegiatan ekonomi. Pengharaman hamba sudah pasti akan menjejaskan kedudukan
ekonomi mereka.
 
Orang musyirikin juga bimbang kedudukan Mekah sebagai pusat perdagangan, pusat
ibadat dan pusat kebudayaan akan terjejas dengan kedatangan Islam. Mereka percaya
Mekah maju disebabkan adanya patung-patung berhala yang diletakkan di sekeliling
Kaabah. Sekiranya patung-patung itu dibuang, mereka bimbang orang ramai tidak lagi
mengunjungi Mekah.
 
Sosial
Menurut Islam, manusia akan dibangkitkan semula untuk diberi pembalasan terhadap
perbuatan baik dan buruk yang dilakukan di dunia. Orang musyirikin yang sememangnya
sentiasa melakukan perbuatan buruk seperti berzina, membunuh anak dan sebagainya
takut akan pembalasan yang akan diterima nanti. Hal ini disebabkan mereka tidak faham
tentang konsep taubat dalam ajaran Islam.
 
Ajaran Islam mengganggap semua manusia adalah sama tanpa mengira bangsa atau
pangkat. Yang berbeza hanya dari segi ketaqwaannya. Menerima Islam bererti mereka
akan meletakkan taraf mereka sama dengan golongan hamba. Golongan musyirikin juga
menentang konsep persaudaraan Islam. Mereka turut menentang segala amalan sosial
yang dianjurkan oleh Islam seharian kerana ia bertentangan dengan kehidupan biasa
mereka.
 
Agama Islam sangat bertentangan dengan ajaran nenek moyang mereka. Orang
musyirikin sangat kuat berpegang kepada tradisi nenek moyang atau sunnah. Mereka
bimbang jika mereka menerima Islam, mereka akan melanggar adat tradisi mereka dan
akan dimakan sumpah.
 
Golongan musyirikin menentang Islam kerana perbezaan dasar agama dan ketuhanan.
Islam ialah agama monteisme. Sebaliknya, kaum Quraisy menyembah tuhan-tuahn
berhala daripada pelbagai jenis dan bentuk. Malah mereka menganggap lagi bahawa
penyembahan berala ialah mendekatkan lagi diri kepada Allah.
 
Cara Penentangan
Perang Saraf
Orang musyirikin melemparkan pelbagai tuduhan terhadap Nabi dengan harapan
masyarakat Arab tidak terpengaruh dengan dakwah yang disampaikan. Mereka
mengatakan Nabi gila, penipu, ahli sihir dan tamak. Sungguhpun begitu, semua tuduhan
itu tidak memberi apa-apa kesan kepada Nabi, malah telah menimbulkan rasa ingin tahu
di kalangan masyarakat Arab. Mereka datang berjumpa dengan Nabi bagi memastikan
dakwaan itu benar atau tidak dan ini menguntungkan Nabi.
 
Menyeksa Nabi dan Orang Islam
Pada peringkat awal, seksaan hanya ditujukan kepada pengikut Nabi, terutamanya
golongan lemah seperti golongan miskin dan hamba. Antara yang paling teruk menerima
seksaan ialah Bilal Bin Rabbah. Beliau telah dijemur di tengah panas tanpa diberi makan
atau minum. Seksaan ini sedikit pun tidak mengubah pendirian beliau. Oleh sebab
seksaan ini tidak memberi kesan, mereka pun mulai menyeksa Nabi dengan meletak najis
di rumah Nabi, di sujut Nabi dan meletakkan duri di tempat yang dilalui Nabi.
 
Menawarkan Kekayaan
Orang musyirikin telah mengemukakan pelbagai tawaran bagi memujuk Nabi supaya
meninggalkan tugas-tugas dakwah. Antaranya termasuklah harta kekayaan, pangkat dan
wanita-wanita cantik. Nabi bukan sahaja menolak tawaran tersebut tetapi telah menjawab
dengan tegas sambil mengatakan,"Sekiranya orang musyirikin berjaya meletakkan
matahari di sebelah kiri dan bulan di sebelah kanan, tetapi Nabi tetap tidak akan
berganjak."
 
Meminta Kerjasama Abu Talib
Apabila semua tindakan yang diambil tidak berkesan, orang musyirikin menemui Abu
Talib dan meminta beliau menasihati Nabi. Permintaan tersebut tidak dipedulikan.
Mereka juga pernah meminta untuk menukarkan Muhammad dengan seorang pemuda
lain yang setanding dengannya.
 
Memulaukan Bani Hasyim
Orang musyirikin akhirnya mengadakan pakatan untuk memulau Bani Hasyim dan semua
umat Islam. Pemulauan ini dilakukan dalam tempoh 10 tahun. Dalam tempoh tersebut,
mereka enggan mengadakan sebarang perhubungan termasuklah jual beli, bercakap,
ziarah-menziarahi dan sebagainya. Orang-orang Islam telah mengalami penderitaan yang
teruk dan ketika inilah 2 orang pendokong kuat Nabi iaitu Khadijah dan Abu Talib telah
meninggal dunia. Pemulauan ini hanya dilakukan dalam tempoh 3 tahun kerana tidak
semua orang musyirikin bersetuju dengan tindakan tersebut.
 
Merancang Pembunuhan Nabi
Apabila orang musyirikin gagal menyekat usaha Nabi, mereka akhirnya bersepakat untuk
membunuh Nabi. Beberapa orang pemuda telah dipilih untuk melaksanakan tugas
tersebut. Rancangan ini telah diberitahu oleh Allah kepada Nabi melalui wahyu. Oleh itu,
pada malam rumah dikepung, Nabi ditemani oleh Abu Bakar telah keluar tanpa disedari
oleh orang musyirikin. Sebelum bertolak ke Mekah, Nabi dan Abu Bakar telah
bersembunyi di Gua Ihur selama 3 hari.
 
Memerangi Orang Islam
Setelah Nabi dan orang Islam berhijrah ke Madinah, orang musyirikin telah berasa tidak
puas hati. Oleh itu, mereka telah melancarkan serangan ke atas orang Islam. Terdapat 3
peperangan penting yang berlaku iaitu Perang Badar, Perang Uhud dan Perang Khadak
(Ahzab).
 
Cara Nabi Menghadapinya
Bersabar
Pada peringkat awal, Nabi meminta orang Islam supaya bersabar menghadapi tindakan
dari orang musyirikin. Mereka diminta jangan bertindak balas bagi mengelakkan
pertelingkahan yang lebih besar. Lagipun belum ada wahyu yang membenarkan orang-
orang Islam bertindak balas.
 
Membebaskan Hamba
Nabi menggalakkan orang Islam yang berharta untuk membebaskan hamba yang telah
diseksa dengan teruk oleh tuan-tuan mereka. Antara sahabat yang menyahut seruan ini
termasuklah Abu Bakar yang telah menebus dan seterusnya membebaskan Bilal Bin
Rabah dari tuannya Umayyah Bin Khalaf.
 
Berlindung di Bawah Orang yang Berpengaruh
Bagi mengelakkan peyeksaan orang musyirikin Mekah, Nabi dan orang-orang Islam telah
mendapatkan perlindungan dari orang yang berpengaruh dalam masyarakat Quraisy. Nabi
sendiri misalnya telah diberikan perlindungan oleh bapa saudaranya Abu Talib.
 
Berhijrah ke Habsyah
Apabila orang musyirikin menunjukkan penentangan yang semakin hebat, maka Nabi
mengarahkan orang-orang Islam supaya berhijrah ke Habsyah. Al-Najasyi yang
memerintah Habsyah ialah seorang pemerintah yang baik dan sanggup melindungi orng
Islam. Penghijrahan ke Habsyah dilakukan sebanyak 2 kali. Kali pertama berlaku pada
tahun ke-6 selepas kerasulan Nabi. Ia diketuai oleh Uthman Bin Affan. Seramai 10 lelaki
dan 5 perempuan terlibat. Pada tahun berikutnya, seramai 83 lelaki dan 18 perempuan
yang diketuai oleh Jaafar Abu Talib telah berhijrah ke Habsyah.
 
Berundur ke Taif
Sebelum berlakunya Bai'at Aqabah, Nabi dan anak angkatnya Zald Bin Harithah telah
pergi ke Taif untuk berdakwah kepada Bani Thaqif tetapi penduduk Taif mempunyai
hubungan yang rapat dengan orang Quraisy di Mekah. Oleh itu, mereka menolak mentah-
mentah dakwah yang disampaikan. Malah mereka mengupah kanak-kanak untuk
mencederakan Nabi.
 
Bai'at Aqabah
Setalah Nabi gagal menyampaikan dakwah di Taif dan kepada penduduk Mekah, Nabi
berusaha menemui orang-orang luar yang datang ke Mekah pada musim Haji. Hasilnya,
pada tahun 11 selepas kerasulan Nabi, Bai'at Aqabah I telah berjaya diadakan. Hal ini
diikuti pada tahun berikutnya dengan Bai'at Aqabah II. Melalui Bai'at Aqabah II, Nabi
dan orang Islam dijemput ke Yathrib (Madinah).
 
Hijrah ke Yathrib
Pada tahun ke-13 selepas kerasulan Nabi, Nabi bersama orang Islam telah berhijrah ke
Yathrib bagi mengelakkan tindakan yang lebih keras dilakukan oleh orang musyirikin
Mekah. Hijrah ini dilakukan secara bersembunyi. Dengan hijrah ini, peluang bagi orang
musyirikin untuk menghalang usaha penyebaran Islam gagal.
 
Perang
Setelah 2 tahun Nabi berhijrah, turun wahyu yang membenarkan orang Islam berperang
bagi mempertahankan diri dan agama. Oleh itu, di dalam Perang Badar yang berlaku
pada tahun 2 Hijrah, orang Islam telah mencapai kemenangan yang besar. Kemenangan
ini kemudiannya telah menyebabkan orang musyirikin melancarkan serang kedua pada 3
Hijrah yang berakhir dengan kekalahan tentera Islam. Pada 5 Hijrah, orang musyirikin
sekali lagi membentuk pasukan tentera bersekutu yang bukan sahaja melibatkan orang
musyirikin Mekah, tetapi juga golongan Yahudi, Munafik, kabilah-kabilah Arab kecil
seperti Bani Asad, Bani Salim, Bani Yasyjab dan sebagainya.
 
Rumusan
Nabi Muhammad menghadapi perjuangan yang sukat untuk mengembangkan Islam di
sesetengah masyarakat Quraisy yang mengagung-agungkan patung-patung berhala
mereka. Namun dalam tempoh hampir 13 tahun itu juga kaum Quraisy berasa amat sukar
untuk membendung perkembangan Islam walaupun mereka telah melakukan pelbagai
tindakan. Perjuangan Nabi Muhammad tidak pernah mengenal erti kejayaan.

You might also like