You are on page 1of 1

MODEL DAN TEORI PENGURUSAN TINGKAH LAKU

DEFINISI DAN KONSEP

Tingkah laku adalah sesuatu yang dilakukan oleh organisma. Manakala pengurusan
tingkah laku merupakan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran yang
diaplikasikan dalam pembelajaran akademik mahupun sosial.

Ini bermakna tanpa perubahan tingkah laku, pembelajaran tidak akan berlaku.
Dalam hal pembelajaran, perubahan tingkah laku menjadi kayu ukur bagi
menentukan samada organisma telah mempelajari sesuatu yang baru atau tidak dan
samada positif atau negatif.

Tingkah laku terbahagi kepada 2 iaitu tingkah laku wajar atau positif dan tingkah laku
tidak wajar atau negatif. Tingkah laku wajar merangkumi sikap ingin tahu, cepat
belajar, proaktif dan pintar cerdas. Manakala tingkah laku tidak wajar atau negatif
pula merangkumi distruktif, distruptif dan sikap bergantung

TINGKAH LAKU BERMASALAH NEGATIF

Tingkah laku distruktif :

Tingkah laku yang menunjukkan permusuhan nyata atau menunjukkan tingkah laku
fizikal ataupun lisan yang bertujuan menyakiti seseorang. Contohnya vandalism,
sengaja memotong barisan, bergaduh dan suka mengejek.

You might also like