You are on page 1of 42

PENGENALAN PERLEMBAGAAN :

Perlembagaan merupakan undang-undang yang mengandungi peraturan serta


prinsip sebagai asas kepada pembentukan kerajaan dan juga panduan kepada
kerajaan untuk melaksanakan kuasa dan mentadbir negara

Perlembagaan sesebuah negara boleh wujud dalam bentuk bertulis dan juga
tidak bertulis. Perlembagaan Malaysia adalah contoh perlembagaan bertulis. Contoh
perlembagaan tidak bertulis ialah perlembagaan United Kingdom.

Perlembagaan menjadi asas penting untuk menjamin kesinambungan


pentadbiran dan kestabilan politik. Ia menjamin pentadbiran yang cekap, jujur, ikhlas,
telus dan adil serta menjamin taat setia rakyat yang tidak berbelah bagi kepada Negara.

Perlembagaan Malaysia

Perlembagaan Malaysia dikenali sebagai Perlembagaan Persekutuan. Ia


merupakan satu dokumen undang-undang bertulis yang telah dibentuk berasaskan
kepada dua dokumen terdahulu iaitu Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 dan
Perlembagaan Kemerdekaan tahun 1957.

Ia merupakan undang-undang tertinggi yang menjadi sumber dan punca kepada


semua undang-undang. Semua undang-undang lain hendaklah tidak bertentangan
dengan perlembagaan :

“Perlembagaan ini adalah undang-undang utama


 Persekutuan dan apa-apa undang-undang yang
 diluluskan selepas Hari Merdeka dan yang
  berlawanan dengan Perlembagaan ini hendaklah
 terbatal setakat berlawanan dengan itu”.
 
  Perkara 4(1)

Perlembagaan Persekutuan memberikan jaminan terhadap hak asasi dan


kebebasan rakyat dan keadilan sosial untuk semua kaum di negara ini. Selain itu ia
menjamin keadilan, kerjasama, kesepakatan dan kepentingan bersama antara
Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.
Sejarah Ringkas Perlembagaan Malaysia

Sejarah perlembagaan moden Malaysia bermula pada akhir abad ke 19, ketika
kerajaan British menguasai Tanah Melayu.

Kronologi ringkasnya adalah seperti berikut:

 1905 – sebuah badan perundangan pusat yang dikenali sebagai Majlis


Mesyuarat Persekutuan (MMP) ditubuhkan. Semua undang-undang yang
dibuat oleh mana-mana negeri mestilah bersesuaian dan tidak bertentangan
dengan undang-undang yang dibuat oleh MMP. Sungguh pun begitu MMP tidak
mempunyai kuasa ke atas hal ehwal agama Islam dan kedudukan Raja-raja
Melayu.
 
 1927 – melalui pindaan Perjanjian Persekutuan bagi anggota-anggota MMP,
MMP diberi kuasa untuk membuat undang-undang bagi seluruh negeri-
negeri Melayu Bersekutu. Raja-raja Melayu tidak lagi mengambil bahagian
dalam perbincangan MMP. Ini menjadikan kuasa kerajaan pusat menjadi kuat.
Sementara itu kedudukan Dewan Negeri diperkuat dan beberapa kuasa yang
dulunya dijalankan oleh Ketua Setiausaha (Pegawai British) diserahkan kepada
Dewan Negeri. Jawatan Ketua Setiausaha ditukar kepada Setiausaha
Persekutuan

 Di bawah Malayan Union pula, segala kuasa terletak di tangan gabenor


termasuk kuasa memberi ampun pada orang salah. Gabenor boleh
membatalkan segala keputusan yang dibuat oleh Majlis Perundangan. Majlis
Perundangan Negeri di setiap negeri pula hanya boleh membuat undang-undang
tentang perkara tempatan sahaja dan ia boleh dibatalkan oleh Majlis
Perundangan Malayan Union.

 1948 – Malayan Union dimansuhkan dan Persekutuan Tanah Melayu


ditubuhkan pada 2 Februari 1948. Majlis Perundangan Persekutuan
ditubuhkan di mana ia mempunyai kuasa membuat undang-undang.
Pesuruhjaya Tinggi pula mempunyai kusa veto (pembatal) untuk menghalang
rang undang-undang yang diluluskan oleh Majlis Perundangan Persekutuan.
Sementara itu Majlis Perundangan Negeri mempunyai kuasa yang terhad seperti
yang disebuat dalam Jadual Kedua bagi Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu
1948.
 
 Sejak tahun 1948, setiap negeri Melayu mempunyai perlembagaan masing-
masing. Johor dan Terengganu telah pun mempunyai perlembagaan lebih awal
lagi, masing-masing pada tahun 1895 dan 1911. Ianya dipinda supaya sesuai
dengan kehendak Perjanjian Persekutaun 1948.
 
 Jun 1955 – pilihanraya pertama diadakan bagi memilih anggota-anggota
Majlis Perundangan Persekutuan – mengandungi 52 anggota yang dipilih, 34
anggota yang dilantik dan 12 pegawai kerajaan, dan seorang Pengerusi dilantik
oleh Pesuruhjaya Tinggi dengan persetujuan Raja-raja.
 
 Mac 1956 – Jawatankuasa Perlembagaan telah dibentuk yang diketuai oleh
Lord Reid. Jawatankuasa ini diberi tugas merangka Perlembagaan
Persekutuan bagi mewujudkan sebuah kerajaan pusat.Jawatankuasa ini
mula menjalankan tugasnya pada Jun 1956, dan telah menggemukakan
laporannya pada Disember 1956. Laporan ini dikaji, diteliti dan kemudiannya
digubal menjadi Perlembagaan Persekutuan.
 
 Pembentukan perlembagaan telah diluluskan pada 27 Ogos 1957 dan
dikuatkuasakan pada 31 Ogos 1957.

 Julai 1963 – Perjanjian Malaysia ditandatangani di London oleh kerajaan


British, Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak.
Mengikut perjanjian ini Parlimen British akan meluluskan satu undang-
undang untuk memberi kemerdekaan kepada Singapura, Sabah dan
Sarawak yang masing-masing akan mempunyai perlembagaan baru. Bagi
Persekutuan Tanah Melayu, Parlimen Persekutuan akan meluluskan satu
undang-undang yang dipanggil Akta Malaysia untuk meminda Perlembagaan
Persekutuan. Akta Malaysia ini telah diluluskan pada 26 Ogos 1963.

Kandungan Perlembagaan Persekutuan

Perlembagaan Persekutuan mengandungi 183 Perkara beserta dengan 13


Jadual. Bagi setiap perkara terdapat beberapa Fasal yang dijelaskan dengan terperinci
sebagai garis panduan perundangan dan kepentingan rakyat.

Perlembagaan Persekutuan juga mengandungi beberapa perkara yang tidak


boleh dipersoalkan seperti:
- agama Islam sebagai agama rasmi;
- kedududkan istemewa Raja-raja Melayu dan bumiputera di Sabah dan
Sarawak;
- kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan; dan,
- soal kerakyatan.
 

 Susunan Perkara-Perkara Dalam Perlembagaan:


 
    Perkara 1 hingga 4
    Negeri-negeri, Agama dan Undang-undang bagi       
    Persekutuan
 
    Perkara 5 hingga 13
    Kebebasan Asasi
 
    Perkara 14 hingga 22
    Kewarganegaraan (Bab 1 – Perolehan Kewarganegaraan)
 
    Perkara 23 hingga 28A
    Kewarganegaraan (Bab 2 – Penamatan Kewarganegraan)
 
    Perkara 29 hingga 31
    Kewarganegaraan (Bab 3 – Tambahan)
 
    Perkara 32 hingga 37 
    Persekutuan (Bab 1 – Ketua utama negara)
 
    Perkara 38
    Persekutuan (Bab 2 – Majlis Raja-Raja)
 
    Perkara 39 hingga 43C
     Persekutuan (Bab 3 – Pemerintah)
 
  Perkara 44 hingga 65
Persekutuan (Bab 4 – Badan-badan Perundangan Persekutuan)
 
  Perkara 66 hingga 68
  Persekutuan (Bab 5 – Acara perundangan)
 
  Perkara 69
  Persekutuan Bab 6 – Keupayaan terhadap harta, kontrak
  Dan guaman )
 
  Perkara 70 hingga 72
  Negeri-negeri
 
  Perkara 73 hingga 79
  Perhubungan Antara persekutuan dengan Negeri-negeri
  (Bab 1 – Bahagian kuasa-kuasa perundangan)
 
  Perkara 80 hingga 81
  Perhubungan antara Persekutuan dengan Negeri-negeri
  (Bab 2 – Pembahagian antara kuasa-kusa pemerintah)
 
  Perkara 82
  Perhubungan antara Persekutuan dengan Negeri-Negeri
  (Bab 3 – Pembahagian beban kewangan)
 
  Perkara 83 hingga 91
  Perhubungan antara Persekutuan dengan Negeri-negeri
  (Bab 4 – Tanah)
 
  Perkara 92
  Perhubungan antara Persekutuan dengan Negeri-negeri
  (Bab 5 – Pembangunan negara)
 
 Perkara 93 hingga 95
 Perhubungan antara Persekutuan dengan Negeri-negeri
 (Bab 6 – Tinjauan, nasihat Persekutuan kepada Negeri dan pemeriksaan mengenai
kegiatan Negeri)

Perkara 95A hingga 95E


 Perhubungan antara Persekutuan dengan Negeri-negeri
 (Bab 7 – Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan)
 
 Perkara 96 hingga 112
 Peruntukan-peruntukan Kewangan (Bab 1 – Am)
 
 
Perkara 112A – 112D
 Peruntukan-peruntukan Kewangan (Bab 2 – Pemakaian
 Bagi negeri-negeri Sabah dan Sarawak)
 
 Perkara 113 hingga 120
 Pilihanraya
 
 Perkara 121 hingga 131A
 Perhakiman
 
 Perkara 132 hingga 148
 Perkhidmatan Awam
 
 Perkara 149 hingga 151
 Kuasa-kuasa Khas Menentang Perbuatan Subversif dan
 Kuasa-kuasa Darurat
 
 Perkara 152 hingga 160B
 Am dan Pelbagai
 
 Perkara 161 hingga 161H
 Perlindungan Tambahan bagi Sabah dan Sarawak
 
 Perkara 162 hingga 180
 Peruntukan Sementara dan Peralihan
 
 Perkara 181
 Pengecualian bagi Kedaulatan Raja-raja
 
 Perkara 183 hingga 183
 Prosiding Terhadap Yang Di-Pertuan Agong dan Raja-raja

Beberapa Perkara Asas Perlembagaan


 Kedudukan Yang Di-Pertuan Agong (YDPA)
 

Perkara 32 menyatakan Ketua utama bagi Persekutaun ialah YDPA, iaitu seorang raja
yang dipilih daripada raja-raja sembilan buah negeri Melayu. Berdasarkan sistem Raja
Berpelembagaan, YDPA diberi kuasa memerintah Persekutuan. Namun begitu Perkara
39 dan 40 menyatakan bahawa baginda dikehendaki bertindak atas nasihat jemaah
menteri atau seorang menteri yang diberi kuasa dari jemaah menteri.

Perkara 41 pula menyatakan YDPA juga adalah Pemerintah tertinggi Angkatan


Tentera Persekutuan, sementara Perkara 42 pula meletakkan baginda mempunyai
kusa untuk mengampun dan menangguhkan hukuman terhadap orang yang telah
disabitkan oleh mahkamah tentera bagi kesalahan-kesalahan yang dilakukan di
dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Perkara 44 meletakkan baginda salah satu daripada tiga komponen badan


perundangan Persekutuan, iaitu Parlimen. Perkara 71 pula menyediakan peruntukan
bagi menjamin hak sesorang raja sesuatu negeri untuk mewarisi, memegang,
menikmati dan menjalankan hak-hak keistemewaan di sisi perlembagaan bagi sesorang
raja di dalam negeri itu.

 Perkara153 telah mengamanahkan baginda tanggungjawab untuk memelihara


kedudukan istemewa orang-orang Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak dan
kepentingan sah kaum lain.

 Perkara 122B menjelaskan bahawa kuasa melantik semua hakim Mahkamah


Persekutuan dan Mahkamah Tinggi adalah ditangan baginda atas nasihat Perdana
Menteri dan setelah berunding dengan Majlis Raja-raja.

 Kedudukan Agama Islam


 

Perkara 3 Perlembagaan menjelaskan bahawa ugama Islam ialah ugama rasmi bagi
Persekutuan tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan bebas (Perkara 11).
Namun begitu hak-hak seseorang untuk mengembangkan agama boleh dikawal atau
disekat oleh undang-undang negeri, atau undang-undang Persekutuan bagi kes
Wilayah Persekutuan, jika pengembangan itu dibuat di kalangan mereka yang telah
menganut agama Islam – Perkara 11 (4).

 Kedudukan Bahasa Melayu


 

Perkara 152 (1) menguatkuasakan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan


Persekutuan. Bahasa ini secara automatisnya menjadi bahasa perantaraan untuk
digunakan dalam semua maksud rasmi. Maksud “rasmi” ditakrifkan oleh Perkara 152
(6) dengan makna “apa-apa jua maksud kerajaan sama ada kerajaan Persekutuan atau
kerjaan negeri dan termasuklah apa-apa maksud sesuatu pihak berkuasa awam”.

 Kedudukan Istemewa Orang Melayu


 

Perkara 153 Perlembagaan telah memaktubkan Hak Istemewa Orang Melayu dan
bumiputera Sabah dan Sarawak meliputi :

 perkhidmatan awam : Perkara 153 (2,3 dan 4)


 ekonomi : Perkara 153 (6)
 pelajaran: Perkara 153 (2,3 dan 4)
 Kedudukan Istemewa orang Melayu yang lain termasuklah peruntukan
Perkara 89 dan 90 – berhubung dengan tanah rizab Melayu.
 Hak-hak ini tidak boleh dipertikaikan dan ia dilindungi di bawah Akta Hasutan
1948 (Pindaan 1971).

 Kewarganegaraan
 

Apabila Perlembagaan 1957 maka dengan sendirinya negara mempunyai undang-


undang kerakyatannya yang selaras.Kewarganegaraan dalam Perlembagaan boleh
dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu:-

o Perolehan Kewarganegraan :

 Bahagian 3 Perlembagaan (Bab 1)

o Penamatan Kewarganegaraqan

 Bahagian 3 Perlembagaan (Bab 2)

o -Peruntukan Tambahan
 Bahagian 3 Perlembgaan (Bab 3)

Dalam Perlembagaan ada dua cara menyebabkan sesorang itu boleh hilang
kewarganegarannya:

-Perkara 24 menyatakan bahawa kerakyatan akan

 dilucutkan sekiranya mendapat kerakyatan    

 daripada negara lain

-Perkara 25 menyebut bahawa kerakyatan akan  

 dilucutkan sekiranya terbukti tidak setia kepada negara.

 KEBEBASAN HAK ASASI


 

Malaysia adalah sebuah negara demokrasi yang memberikan Kebebasan


Hak Asasi kepada seluruh warganegaranya  sebagaimana yang dijamin dalam  
Perlembagaan Persekutuan. Hak-Hak Asasi ini meliputi :
 

Perkara 5   : Kebebasan Diri

Perkara 6   : Kebebasan Ekonomi (hamba abdi dan buruh paksa)

Perkara 7   : Perlindungan daripada undang-undang Jenayah

Perkara 8   :  Hak Kesamarataan

Perkara  9  :  Hak Kebebasan Bergerak

Perkara 10 : Kebebasan Bercakap, berhimpun dan menubuhkan persatuan

Perkara 11  :  Kebebasan Beragama

Perkara 12  : Hak Mendapat Pendidikan

Perkara 13    : Hak Terhadap Harta


Catatan : Untuk kepentingan, kebaikan dan keselamatan negara keseluruahannya
haka-hak tersebut boleh disekat melalui antaranya:

 Perkara 149 – Perbuatan Subversif


 Perkara 150 – Kuasa-kuasa Darurat
 Perkara 159 – Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960
 Akta Universiti dan Kolej 1971 pindaan 1975
 Dan beberapa akta lain.

PETA MINDA BAGI KONSEP PERLEMBAGAAN :


Parlimen(3 badan) mendapat
kuasa dari Perlembagaan.

Undang-undang tertinggi Dikuatkuasakan pada 31


Malaysia. Ogos 1957.

KONSEP
PERLEMBAGAAN

Digubal oleh Suruhanjaya Sumber segala


Reid. perundangan lain dalam
Negara kita.

Digubal berdasarkan 131


memorandum parti politik dan
pertubuhan di Tanah Melayu.

PETA MINDA BAGI UNSUR-UNSUR TRADISI PERLEMBAGAAN :


BAHASA MELAYU AGAMA ISLAM

bagai
Bahasa
agama
Melayu
rasmi
sebagai
Persekutuan.
bahasa rasmi kebangsaan.
raPerkembangan
rasminya agamabahasa-bahasa
Islam telah menjadi
lain adalah
agama
tidak
utama,
dihalang,
namun
atauorang
disekat.
bukan Islam juga bebas untuk menganuti dan mengamal
Bahasa Inggeris juga dijadikan sebagai bahasa kedua Malaysia.

UNSUR-UNSUR TRADISI DALAM PERLEMBAGAANMALAYSIA

KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG PEMERINTAHAN


MELAYU DAN BUMIPUTERA BERAJA
SABAH DAN SARAWAK

Raja mempunyai kuasa mutlak dalam setiap pemerintahan dan pentadbiran negeri dengan dibantu
dalam perkhidmatan awam,Institusi beraja
biasiswa, terus dikekalkan
pendidikan di bawah
dan kemudahan konsep raja berperlembagaan selaras dengan sistem de
asas.
Berdasarkan kepada konsep ini,
orang Melayu daripada diselenggara oleh orang bukan Melayu. raja-raja bertindak mengikut lunas-lunas perlembagaan yang telah
atan oleh orang Melayu ke dalam Rejimen Askar Melayu dengan pengecualian orang bukan Melayu.
A
PELG
SR
N
U
Garis masa sejarah penggubalan Perlembagaan sehingga penubuhan Malaysia :
Malayan Union

Malayan Union telah ditubuhkan pada 1 April 1946 selepas Perang Dunia II dan
merupakan sebuah gabungan Negeri-Negeri Melayu dengan Negeri-Negeri Selat
(tanpa Singapura) sebagai pengganti British Malaya.

Cadangan untuk rancangan Malayan Union diumumkan oleh Edward Gent,


Penolong Setiausaha Rendah Tetap bagi Tanah Jajahan British, buat pertama kali di
Parlimen United Kingdom pada Januari 1944. Wilayah-wilayah Borneo juga dimasukkan
dalam rancangan yang asal tetapi pemasukan itu kemudian dikeluarkan daripada
cadangan yang terakhir kerana merumitkan cadangan Malayan Union yang sudah
cukup susah ( sumber :Wikipedia Melayu, Ensiklopedia Bebas ).

Ciri-ciri utama

 Semua Negeri Bersekutu dan Negeri Melayu Tidak Bersekutu serta dua Negeri
Selat, disatukan.
 Seorang gabenor British yang dilantik oleh baginda Ratu England akan
mengetuai Malayan Union.
 Majlis Ekskutif dan Majlis Undangan Malayan Union dibentuk.
 Singapura diasingkan kerana kepentingannya sebagai pelabuhan bebas.
 Kewarganegaraan sama rata dengan prinsip jus soli menjadi asas kerakyatan
Malayan Union.
 Raja-Raja Melayu menjadi ahli Majlis Raja-Raja Melayu yang hanya
membincangkan soal agama islam dan adat istiadat melayu.
 Seorang Pesuruhjaya Negeri dilantik bagi setiap negeri sebagai ketua pentadbir.

PERLEMBAGAAN RAKYAT 1947

 Singapura disatukan dengan Tanah Melayu.


 Sebuah kerajaan pusat dan majlis-majlis negeri dipilih.
 Raja-Raja Melayu akan mempunyai kuasa sebenar dan bertanggungjawab
kepada rakyat.
 Kedudukan istimewa orang melayu dikembalikan.
 Adat istiadat dan agama Islam dikawal oleh orang Melayu.
 Merah dan putih menjadi warna bendera Tanah Melayu
 Bahasa Melayu hendaklah menjadi bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi.
 Pertahanan dan hal ehwal luar negeri haruslah menjasi tanggungjawab bersama
British dan Tanah Melayu.
 Warganegara Tanah Melayu dinamai melayu.

PERJANJIAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU 1948

 Sebuah persekutuan dibentuk dengan gabungan sebelas buah negeri.


 Persekutuan Tanah Melayu diketuai oleh Pesuruhjaya Tinggi British.
 Konsep raja berpelembagaan diwujudkan.
 Senarai Persekutuan dan Senarai Negeri dibentuk.
 Pesuruhjaya Tinggi British menjaga kedudukan istimewa orang Melayu.

SISTEM AHLI

 Satu sistem kabinet bayangan yang terdiri daripada beberapa orang pegawai
tadbir dan tokoh masyarakat untuk memegang jawatan yang dibentuk.
 Anggota sistem ahli dipanggil sebagai ahli. Contohnya, ahli hal ehwal dalam
negeri.
 Perlantikan ahli dibuat oleh Pesuruhjaya Tinggi British dengan persetujuan Majlis
Raja-Raja Melayu.
 Ahlinya terdiri daripada sembilan anggota, iaitu 5 orang penduduk Tanah Melayu
dann empat orang pegawai British. Daripada 5 orang penduduk Tanah Melayu, 3
Melayu,Cina dan India.
 Ahli-ahli diletakkan di bawah kuasa Pesuruhjaya Tinggi British.
PERJANJIAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU 1957

 Pembentukan sebuah Kerajaan Persekutuan.


 Pemisahan antara kuasa persekutuan dengan kuasa negeri melalui Senarai
Persekutuan dan Senarai Negeri. Institusi raja dijadikan raja berpelembagaan
pada peringkat negeri dan Negara.
 Tiga jenis kerakyatan diwujudkan, iaitu secara kuat kuasa undang-undang,
permohonan dan naturalisasi. Prinsip jus soli diterima.
 Kedudukan istimewa orang Melayu dikekalkan.
 Agama Islam sebagai agama rasmi persekutuan.
 Tanah simpanan Melayu dikekalkan. Bahasa Melayu sebagai bahasa
kebangsaan.
 Yang di-Pertuan Agong menjadi Ketua Negara. Pentadbiran Negara bersifat
demokrasi berparlimen, iaitu Dewan Rakyat dan Dewan Negara terletak di bwah
kuasa parlimen.
 Pada peringkat negeri, Menteri Besar menjadi pelaksana pentadbiran dan beliau
dibantu oleh Dewan Undangan Negeri dan Exco.

PERJANJIAN MALAYSIA 1963

 Semua urusan hal ehwal luar adalah menjadi tanggungjawab kerajaan


persekutuan.
 Agama Islam merupakan agama persekutuan kecuali Sabah dan Sarawak tetapi
agama lain bebas diamalkan.
 Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan tetapi Bahasa Inggeris dan
bahasa lain bebas diamalkan.
 Bagi negeri Sarawak dan sabah, bahasa rasmi ialah bahasa Inggeris sehingga
10 tahun selepas hari Malaysia.
 Negeri sabah dan Sarawak diberikan hak mengawal hal ehwal imigresen dan
perkhidmatan awam.
KEPENTINGAN PERLEMBAGAAN MENGIKUT KONTEKS HUBUNGAN ETNIK

Setelah menjalani beberapa rundingan dan proses serta mendapat persetujuan


dari pihak yang berkenaan, akhirnya perlembagaan Malaysia telah dibentuk dan
dikenali sebagai Perlembagaan Persekutuan. Perlembagaan ini perlu dipatuhi oleh
semua pihak agar negara yang kita sayangi ini akan terus berada dalam keadaan aman
dan harmoni. Jika terdapat sebarang ketidakpuasan dari sesetengah pihak yang
mempertikaikan perlembagaan, maka perlembagaan akan dirujuk dan perlembagaan
akan dipinda tetapi memerlukan prosedur yang tertentu. Hal ini adalah bagi menjamin
keharmonian di antara semua kaum dan etnik di Negara ini.

Terdapat beberapa kepentingan di dalam perlembagaan yang merangkumi


semua kaum di Malaysia dan telah dipersetujui melalui kontrak sosial semasa
penubuhan Malaysia pada tahun 1963. Antara kepentingan perlembagaan mengikut
konteks hubungan etnik ialah bagi menjamin kestabilan negara. Perlembagaan juga
merupakan asas bagi merangka bentuk pentadbiran serta penggubalan undang-
undang. Unsur-unsur perlembagaan menjadi titik tolak bagi memupuk perpaduan di
antara kaum. Unsur-unsur perlembagaan seperti bahasa kebangsaan, agama, hak
istimewa orang Melayu dan pemerintahan beraja telah menjadi panduan untuk
menjamin kecekapan, keadilan, ketelusan serta kelicinan pentadbiran.

Selain itu, perlembagan juga sebagai jaminan taat setia rakyat yang tidak
berbelah bagi kepada negara. Semua rakyat telah diingatkan secara langsung atau
tidak langsung mengenai matlamat sebagai rakyat Malaysia iaitu mempunyai sifat
sayangkan negara di samping menyemai semangat patriotisme di dalam diri mereka.
Contohnya, dalam Perkara 24 perlembagaan Malaysia menyatakan seseorang yang
mempunyai kerakyatan negara lain akan dilucutkan kewarganegaraannya manakala
Perkara 25 pula menyatakan bahawa seseorang warganegara boleh dilucutkan
kerakyatan jika terbukti tidak setia kepada negara. Hal ini bertujuan supaya rakyat
memberikan sepenuh ketaatan kepada tanah air untuk mengekalkan identiti negara
dan bangsa Malaysia. Taraf kewarganegaraan yang tidak mengira agama dan bangsa,
namun warganegara diklasifikasikan sebagai satu keistimewaan yang dipegang oleh
rakyat yang telah bergelar sebagai rakyat Malaysia yang berhak dalam mendapatkan
hak, faedah dan kemudahan tertentu. Pada masa yang sama, mereka tidak disekat
untuk mencari rezeki asalkan tidak melanggar undang-undang.

Kepentingan lain yang terdapat di dalam perlembagaan adalah bagi


mewujudkan integrasi nasional agar proses pembentukan negara dan bangsa yang
bersatu dan berdaulat dapat dipercepatkan. Integrasi nasional disini bermaksud
merupakan proses penggabungan kelompok etnik yang berbeza latar belakang,
menjadi satu bangsa yang terikat oleh norma dan kepentingan bersama iaitu bangsa
Malaysia. Jika diperhalusi mengenai kebaikan integrasi nasional yang telah termaktub
di dalam Perlembagaan Malaysia, kita akan dapat melihat satu unsur penting
didalamnya iaitu kelompok etnik yang saling bersatu padu walaupun berlainan latar
belakang.

Di samping itu, rakyat juga mempunyai kebebasan dalam menganut agama


dan menggunakan bahasa yang disukai di dalam urusan seharian. Perkara 152
menyebut bahawa bahasa Melayu telah dijadikan bahasa kebangsaan dan implikasi
daripada ini, urusan rasmi kerajaan hendaklah dibuat dalam bahasa Melayu. Bahasa
Melayu juga akan dijadikan alat untuk menyatupadukan rakyat pelbagai keturunan,
masing-masing dengan bahasa pertuturannya seterusnya bagi memupuk perpaduan di
kalangan mereka. Ini kerana penggunaan bahasa Melayu sudah lama meluas
semenjak era zaman kegemilangan Melaka lagi bahkan telah menjadi bahasa
perantaraan di antara para pedagang dari timur serta barat yang sering menggunakan
bahasa Melayu dalam urusan perniagaan negara mereka termasuklah dari negara
China dan India.

Semasa pembentukan perlembagaan yang melibatkan isu bahasa Melayu yang


ingin dijadikan bahasa kebangsaan, telah berlaku sedikit pertikaian oleh kaum lain yang
bimbang nilai bahasa ibunda mereka akan hilang dan tidak diperakui di negara ini
kelak. Setelah bertolak ansur, akhirnya perlembagaan juga telah memberikan
kebebasan kepada kaum lain untuk menggunakan bahasa ibunda mereka di dalam
urusan seharian malah di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina atau Tamil, bahasa ibunda
ini telah diajar kepada pelajar berbangsa Cina dan India. Perkara ini juga melindungi
kewujudan bahasa lain dan tiada sesiapa yang boleh menyekat orang lain daripada
menggunakan bahasa lain di dalam kehidupan mereka.

Di Malaysia, agama adalah salah satu perkara yang paling dititikberatkan oleh
majoriti penduduk dan isu penghinaan terhadap agama boleh membawa kepada
rusuhan serta kekacauan. Setiap penganut agama akan merasa marah jika isu yang
melibatkan agama mereka dipandang enteng apatah lagi dipermainkan oleh penganut
agama lain. Namun begitu, semua agama mengajar penganutnya berbuat kebaikan dan
melarang kejahatan malah bagi menjamin keseimbangan nilai dan pemupukan sikap
yang sihat, khususnya dalam konteks agama, pihak berkuasa telah mengambil tindakan
tertentu termasuk memasukkan elemen agama iaitu kepercayaan kepada Tuhan di
dalam Rukunegara.

Atas dasar inilah, aspek agama telah dijadikan sebagai salah satu unsur
perlembagaan. Kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi bagi Kerajaan
Persekutuan telah diterangkan dalam Perkara 3 Fasal 1. Mengikut Perkara 11 Fasal 4
pula, undang-undang negeri, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan boleh
dikawal atau disekat perkembangan apa-apa atau kepercayaan agama antara orang
yang menganuti agama Islam. Fungsi pihak kerajaan yang terdiri Kerajaan Persekutuan
dan Kerajaan Negeri adalah mempunyai autoriti bagi menubuhkan sebarang
penubuhan institusi berasaskan Islam serta mengeluarkan peruntukan bagi urusan
penyelenggaraan institusi berkenaan.

Walaupun demikian, satu fasal imbangan telah diperuntukkan di dalam Perkara 3


yang menyebut mengenai hak penganut agama lain dalam menganut agama
mereka. Setiap penganut agama mempunyai hak bagi menguruskan hal ehwal agama
sendiri, menubuh atau menyelenggara institusi agama dan memperoleh harta benda
serta membelanjakan harta tersebut mengikut undang-undang yang sedia ada. walau
bagaimanapun, semua rakyat hendaklah mempunyai sikap bertanggungjawab dan
bermoral dengan cara tidak menghina perayaan agama lain atau merosakkan tempat
ibadat mereka. pihak berkuasa sentiasa memantau kegiatan yang dijalankan oleh
agama di negara ini dalam proses untuk mendapat keyakinan rakyat untuk
mengamalkan kepercayaan agama masing –masing dalam keadaan selamat.

Di samping itu, perlembagaan juga mengiktiraf pemerintahan beraja yang


telah sedia ada sejak dahulu lagi di dalam sistem pemerintahan negara. Dalam sistem
ini, raja mempunyai kuasa mutlak dengan bantuan oleh pembesar negeri yang
berfungsi sebagai badan penasihat. Impak penjajahan British ke atas negara adalah
pengurangan kuasa raja. Tambahan pula, raja juga perlu menerima nasihat Residen
British dan hanya berkuasa dalam hal ehwal orang Melayu dan agama Islam
menyebabkan orang Melayu menentang British. Setelah negara mencapai
kemerdekaan, institusi beraja terus dikekalkan sebagai raja berpelembagaan selaras
dengan amalan demokrasi yang diamalkan di Malaysia.

Raja boleh bertindak tetapi mempunyai lunas perlembagaan yang telah


ditetapkan. Peranan yang di-Pertuan Agong dalam menjaga hak istimewa serta
kedudukan orang Melayu dan bumiputera di Sarawak dan Sabah. Hak istimewa
tersebut ialah pemberian jawatan dalam perkhidmatan awam, biasiswa, kemudahan
pendidikan, serta pemberian lesen perniagaaan dan perdagangan. Walau
bagaimanapun, perlembagaan juga memastikan perkara 153 tersebut dilaksanakan
dengan berhati-hati supaya pelaksanaannya tidak mengabaikan kaum lain.

Akhir sekali, hak istimewa orang Melayu dan bumiputera di Sabah dan
Sarawak tidak akan dipersoalkan malahan dari segi kepentingan hak keistimewaan
orang Melayu dan bumiputera di Sabah dan Sarawak tidak boleh dipersoalkan
sebagaimana yang telah dipersetujui dalam Persekutuan Tanah Melayu dan
pembentukan Malaysia dan hak ini dilindungi di bawah Akta Hasutan 1970 yang
dianggap sebagai perkara sensitif yang dilarang daripada dijadikan isu perbincangan
awam atau pertikaian. Oleh demikian,pembentukan Malaysia pada tahun 1963
membawa satu dimensi kepada hubungan etnik di Malaysia, dengan kemasukan Sabah
dan Sarawak malah kedudukan kaum bumiputera di kedua-dua negeri diberikan status
yang sama sebagaimana orang melayu, iaitu mereka turut dimasukkan ke dalam
Perkara 153. Ini adalah jaminan yang ditetapkan oleh perlembagaan sebelum
menyertai persekutuan Malaysia. Hak ini merangkumi jawatan dalam bidang pendidikan
, biasiswa, dan perniagaan. Kedudukan istimewa yang lain adalah tanah rizab orang
Melayu serta kemasukan orang Melayu ke dalam Rejimen Askar Melayu.

Kesimpulannya, setiap rakyat Malaysia hendaklah memahami sejarah negara dan


mengambil iktibar daripadanya. Peristiwa 13 Mei 1969 hendaklah dijadikan pengajaran
dengan menghormati hak kaum lain seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan
Malaysia demi memastikan perpaduan antara kaum akan terus erat. Tanpa
perlembagaan sesebuah negara tidak akan berjalan dengan teratur dan lancar, malah
akan timbul pelbagai masalah diantara pemerintah dengan rakyat dan lebih teruk lagi
rasa tidak puas hati antara kaum yang terdapat di sesebuah negara. Justeru itu, sama-
samalah kita berusaha dan berganding bahu demi kebaikan semua pihak dan
menyelesaikan setiap konflik yang timbul dengan penuh tolak ansur dan berhemah.

Kontrak sosial

Kontrak sosial di Malaysia merujuk kepada perjanjian oleh bapa-bapa


kemerdekaan negara dalam Perlembagaan, dan merupakan penggantian beri-memberi
atau quid pro quo melalui Perkara 14–18 yang berkenaan dengan pemberian
kewarganegaraan Malaysia kepada orang-orang bukan Melayu, dan Perkara 153 yang
memberikan hak istimewa rakyat kepada mereka daripada kaum bumiputera. Istilah ini
juga kadang kala digunakan untuk merujuk kepada bahagian-bahagian yang lain dalam
Perlembagaan, seperti Perkara yang mengatakan bahawa Malaysia adalah sebuah
negara sekular.

Dalam konteks biasa yang berkaitan dengan hubungan ras, kontrak sosial telah
kerap kali dibahaskan, termasuk juga oleh ahli-ahli politik dalam kerajaan campuran
Barisan Nasional yang menegaskan bahawa tidak habis-habis bercakap tentang hutang
orang-orang bukan Melayu kepada orang-orang Melayu terhadap kewarganegaraan
yang diberikan telah merenggangkan golongan-golongan bukan Melayu daripada
negara mereka. Kritikan-kritikan seumpama ini telah ditentang oleh media Melayu dan
Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), parti politik yang terbesar dalam
Barisan Nasional. Banyak orang Melayu, biasanya daripada UMNO, telah
mempergunakan kontrak sosial ini untuk mempertahankan prinsip Ketuanan Melayu.

Syarat-syarat kontrak

Perlembagaan Malaysia tidak merujuk kepada sebuah "kontrak sosial" (dari segi
hak kewarganegaraan dan hak istimewa) secara ketara, dan tidak terdapat sebarang
undang-undang atau dokumen yang pernah menjelaskan syarat-syarat kontrak sosial
secara penuh. Pembela-pembelanya sering merujuk kepada Perlembagaan sebagai
mengemukakan kontrak sosial, dan bapa-bapa kemerdekaan juga bersetuju
dengannya, walaupun rujukan kepada kontrak sosial tidak dibuat dalam Perlembagaan.
Sebaliknya, kontrak sosial biasanya dianggap sebagai suatu persetujuan yang
memberikan kewarganegaraan kepada orang-orang bukan Melayu dan bukan orang
asli (kebanyakannya orang Malaysia Cina dan Malaysia India) sebagai ganti untuk
pemberian hak keistimewaan kepada orang-orang Melayu dan orang-orang asli (dirujuk
secara kolektif sebagai Bumiputera). Sebuah buku teks kajian Malaysia pendidikan
tinggi yang menepati sukatan pelajaran kerajaan mengatakan: "Oleh sebab pemimpin-
pemimpin Melayu bersetuju untuk melonggarkan syarat-syarat kewarganegaraan,
pemimpin-pemimpin komuniti Cina dan India telah menerima kedudukan istimewa
Melayu sebagai penduduk asli Malaya. Dengan penubuhan Malaysia, status kedudukan
istimewa itu diperluas untuk merangkumi komuniti-komuniti penduduk asli Sabah dan
Sarawak."

Perlembagaan secara ketara memberikan tanah rizab Bumiputera, kuota dalam


perkhidmatan awam, biasiswa dan pendidikan awam, kuota untuk lesen perniagaan,
dan kebenaran untuk memonopoli industri-industri yang tertentu, jika kerajaan
membenarkan. Bagaimanapun pada hakikatnya, khususnya selepas pengenalan Dasar
Ekonomi Baru Malaysia (NEP), akibat rusuhan kaum pada 13 Mei 1969 ketika kaum
Melayu hanya memiliki 4% daripada ekonomi Malaysia, hak-hak istimewa Bumiputera
diperluas kepada bidang-bidang yang lain; kuota-kuota ditentukan untuk ekuiti
Bumiputera dalam perbadanan awam, dan diskaun-diskaun sebanyak 5% hingga 15%
untuk membeli kereta dan harta tanah diberikan.

Setengah-setengah orang mengatakan bahawa kecondongan terhadap orang-


orang Melayu dalam pendidikan dan politik sebahagiannya merupakan tindak balas
terhadap keupayaan orang-orang Malaysia Cina untuk memperoleh kebanyakan
kekayaan negara itu. Bagaimanapun, orang-orang Malaysia India boleh
mengemukakan hujah bahawa merekalah yang mengalami kerugian yang paling
banyak, walaupun ini boleh dipertikaikan.

Kerajaan ada mengundurkan sistem kuota untuk kemasukan ke universiti-


universiti awam pada 2003 dan memperkenalkan dasar "meritokrasi". Bagaimanapun,
sistem baru ini dikritik secara meluas oleh orang-orang bukan Bumiputera kerana hanya
memanfaatkan kaum Bumiputera yang ditempatkan dalam rancangan matrikulasi yang
menonjolkan kerja kursus yang agak mudah sedangkan orang-orang bukan Bumiputera
terpaksa mengambil Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM). Walaupun secara
teori, orang-orang bukan Bumiputra boleh masuk aliran matrikulasi, ini jarang berlaku
pada hakikatnya. Meritokrasi juga dikritik oleh sebilangan pihak dalam UMNO sebagai
berdiskriminasi kerana ia mengakibatkan orang-orang Melayu luar bandar
terkebelakang dalam kadar kemasukan universiti.

Suruhanjaya Reid yang menyediakan kerangka Perlembagaan menyatakan


dalam laporannya bahawa Perkara 153, tulang belakang kontrak sosial, adalah bersifat
sementara, dan mengesyorkan bahawa ia dikaji semula 15 tahun selepas
kemerdekaan. Suruhanjaya juga menyatakan bahawa perkara itu dan peruntukan-
peruntukannya hanya diperlukan untuk mengelakkan keadaan tiba-tiba yang tidak
menguntungkan kepada orang-orang Melayu dalam persaingan dengan ahli-ahli
masyarakat Malaysia yang lain, dan hak-hak istimewa yang diberikan kepada orang-
orang Melayu oleh perkara itu harus dikurangkan secara beransur-ansur dan akhirnya
dihapuskan. Bagaimanapun, disebabkan Peristiwa 13 Mei yang menyebabkan
pengisytiharan darurat, tahun 1972 yang merupakan tahun kajian semula Perkara 153
berlangsung tanpa sebarang peristiwa.

Menurut penyokong-penyokong kontrak sosial, sebagai balasan untuk enakmen


peruntukan-peruntukan yang pada asalnya bersifat sementara, orang-orang Malaysia
bukan Melayu diberikan kewarganegaraan di bawah Bab I Bahagian III dalam
Perlembagaan. Kecuali hak-hak istimewa Bumiputera, orang-orang bukan Bumiputera
dianggap sebagai sama saja dengan orang-orang Bumiputera dan diberikan semua hak
kewarganegaraan di bawah Bahagian II dalam Perlembagaan. Pada tahun-tahun
kebelakangan ini, sebilangan orang telah mencuba untuk membekalkan warganegara-
warganegara Melayu dengan lebih banyak hak politik menurut falsafah ketuanan
Melayu. Kebanyakan penyokong ketuanan Melayu memperdebatkan bahawa hak-hak
tambahan ini telah ditulis dalam undang-undang dan hanya perlu dipertahankan
daripada pembangkang-pembangkang.

Apabila mengambil alih jawatan presiden UMNO, Tunku Abdul Rahman


(kemudian menjadi Perdana Menteri Malaysia pertama) menyatakan bahawa "...apabila
kami (orang-orang Melayu) menentang Malayan Union (yang menjejaskan kedudukan
hak-hak orang Melayu), kaum-kaum lain tidak mengambil bahagian kerana mereka
mengatakan ini hanya merupakan masalah Melayu, dan bukan masalah mereka.
Mereka juga menunjukkan bahawa kesetiaan mereka adalah kepada negara-negara
asal mereka dan oleh itu, menentang Laporan Barnes yang bertujuan untuk menjadikan
bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan. Jika kami menyerahkan orang-orang
Melayu kepada orang-orang yang dikatakan orang Malaya ketika kerakyatan mereka
masih belum ditakrifkan, kami akan menghadapi banyak masalah pada masa hadapan."
Bagaimanapun, dia menambah bahawa "Bagai mereka yang mencintai dan berasi
bahawa mereka terhutang kesetiaan yang tidak berbelah bagi, kami menyambut
mereka sebagai orang Malaya. Mereka harus merupakan orang Malaya yang benar,
dan mereka akan mempunyai hak-hak dan hak-hak istimewa yang sama dengan orang-
orang Melayu."
Kritikan awal

Artikel 153, dan diterangkan oleh kontrak sosial, telah merupakan satu sumber
kontoversi semenjak hari-hari mula bagi Malaysia. Ahli politik Singapura, Lee Kuan Yew
(kemudian menjadi Perdana Menteri Singapura) Parti Tindakan Rakyat (PAP;
cawangannya di Malaysia kemudiannya menjadi Parti Tindakan Demokratik atau DAP)
secara umumnya mempersoalkan keperluan Artikel 153 dalam Parlimen, dan menyeru
satu "Malaysian Malaysia". Mempersoalkan kontrak sosial , Lee telah menyatakan:
"Merujuk kepada sejarah, orang Melayu telah mula untuk berhijrah ke Malaysia dalam
bilangan yang banyak hanya kira-kira 700 tahun yang lalu. Dalam 39 peratus orang
Melayu di Malaysia hari ini, kira-kira sepertiga secara perbandingan hanya imigran
seperti setiausaha agung UMNO, Dato' Syed Ja'afar Albar, yang datang ke Malaya dari
Indonesia sebelum perang ketika berumur lebih tiga puluh tahun.

UNSUR-UNSUR DALAM KONTRAK SOSIAL

Unsur-unsur tradisi amat penting dibicarakan kerana menjadi faktor utama untuk
mewujudkan identiti Malaysia dan memupuk persefahaman ke arah perpaduan. Unsur
tradisi juga merupakan satu kontrak sosial yang telah dipersetujui semasa menggubal
Perlembagaan. Menurut Mohd Salleh Abas (1985), unsur-unsur tradisi ini meliputi:

i. Bahasa Kebangsaan;

ii. Agama persekutuan;

iii. Kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak; dan

iv. Pemerintahan beraja.

Unsur-unsur tradisi ini perlu kerana telah wujud ratusan tahun sebelum
Perlembagaan diwujudkan pada tahun 1957. Unsur tradisi berperanan menstabilkan
sistem politik negara dan laporan yang dibuat oleh Suruhanjaya Reid menekankan
betapa pentingnya Perlembagaan mengambil kira faktor¬faktor sejarah, tradisi,
ekonomi dan sosial yang wujud sebelum tahun 1957 (Abdul Aziz Bari, 2001). Hal ini
menunjukkan betapa pentingnya unsur-unsur tradisi sehingga dilindungi di bawah Akta
Hasutan dan dianggap sebagai isu¬isu sensitif yang dilarang daripada dijadikan isu
perbincangan awam.

Unsur-unsur tradisi juga merupakan satu prasyarat dan permuafakatan yang


diterima oleh orang Melayu dan bukan Melayu. Dengan ini jelaslah bahawa hak
istimewa orang Melayu, Islam sebagai agama persekutuan dan Bahasa Melayu
diterima sebagai bahasa kebangsaan menjadi prasyarat penerimaan hak
kewarganegaraan oleh etnik bukan Melayu di kekal dan diperkukuh. Prasyarat ini
menunjukkan bahawa pemimpin terdahulu telah menerima satu formula bagi
menyelesaikan masalah yang wujud tanpa melibatkan konflik antara etnik di Tanah
Melayu pada ketika itu.

Dalam hal ini, sewaktu membentangkan Rang Undang-Undang Perlembagaan


(Pindaan) Akta Hasutan 1971, Tun Abdul Razak (Perdana Menteri Malaysia yang ke-2)
menyatakan

... marilah kita sekalian sematkan di dalam hati ingatan kita terhadap pengajaran-
pengajaran yang telah diperoleh daripada Peristiwa 13 Mel, dan janganlah kita
bincangkan dan bahaskan lagi tentang apa yang menyebabkan tercetusnya
peristiwa itu dan bagaimana is bermula kerana ini mungkin akan melupakan kita
kepada anasir yang tidak bertanggungjawab yang kerjanya menanamkan
benih¬benih syak wasangka dan perasaan bimbang dalam kalangan kaum serta
menggunakan perkara-perkara sensitif anasir tersebut telah mendapat
kesempatan besar untuk membangkitkan perasaan perkauman apabila kempen
pilihan raga berjalan dalam bukan April dan Mei 1969. Mereka sengaja
menimbulkan perasaan takut dan marah dengan cara mempersoalkan dan
mempersendakan syarat-syarat dalam Perlembagaan mengenai bahasa
Malaysia dan kedudukan istimewa orang Melayu sehingga menimbulkan lagi
perasaan tidak terjamin yang dirasai oleh orang Melayu apabila mereka melihat
bagaimana luasnya perbezaan-perbezaan antara mereka dengan orang bukan
Melayu terutama sekali dalam lapangan ekonomi dan pelajaran."

Pembentukan Malaysia pada tahun 1963 membawa satu lagi dimensi kepada
hubungan etnik di Malaysia. Dengan kemasukan Sabah dan Sarawak, kedudukan
kaum Bumiputera di kedua-dua negeri tersebut diberikan status yang sama
sebagaimana orang Melayu, iaitu mereka turut dimasukkan ke dalam Perkara 153.
Tetapi peruntukan tersebut tidak memberi lesen untuk menindas kaum¬kaum lain
kerana hak istimewa orang Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak perlu dilindungi
dengan cara yang tidak menafikan hak-hak asas kaum lain.

Sabah dan Sarawak masing-masing telah menandatangani Perjanjian 20


Perkara (20-Point Agreement) dan Perjanjian 18 Perkara (18-Point Agreement) semasa
menyertai gagasan Malaysia. Kedua-dua perjanjian tersebut bertujuan untuk melindungi
kepentingan dan autonomi rakyat Sabah dan Sarawak. Perjanjian¬perjanjian tersebut
merangkumi pelbagai perkara termasuk imigresen, bahasa, kewangan dan hak
istimewa Bumiputera Sabah dan Sarawak. Kedudukan Sabah dan Sarawak dalam
Perlembagaan Malaysia dilindungi oleh kuasa Yang Dipertua Negeri negeri-negeri
berkenaan, iaitu pindaan hanya boleh dibuat sekiranya terdapat persetujuan mereka.
Dengan kata lain, Parlimen tidak boleh meminda kedudukan istimewa Sabah can
Sarawak. Hal ini menyamai peranan dan kuasa Majlis Raja-Raja berhubung dengan
kedudukan orang Melayu.

Secara umumnya, perkara-perkara yang menyentuh hubungan etnik dalam


Perlembagaan Malaysia adalah seperti berikut:

i. Perkara 8, iaitu persamaan dan hak sama rata can pengecualian peruntukan ini
dalam soal agama, kedudukan istimewa Melayu dan seumpamanya;

ii. Perkara 10 (4), iaitu batasan hak kebebasan bersuara daripada menyentuh
kedudukan Raja-Raja, Islam, orang Melayu, kewarganegaraan dan
seumpamanya;
iii. Perkara 38, iaitu kuasa Majlis Raja-Raja menghalang Parlimen membuat
undang-undang yang menyentuh kedudukan Raja-Raja Melayu, orang Melayu,
bahasa Melayu dan Islam;

iv. Perkara 150 (6a), iaitu kedudukan agama Islam, adat istiadat Melayu dan
Bumiputera Sabah dan Sarawak, kewarganegaraan meskipun dalam keadaan
darurat;

v. Perkara 152, iaitu kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan


tanpa menafikan hak-hak etnik lain menggunakan bahasa mereka; dan

vi. Perkara 153, iaitu kedudukan istimewa orang Melayu tanpa menafikan
kepentingan sah kaum-kaum lain.

6.4.1 Bahasa Melayu

Bahasa kebangsaan disentuh dalam Perlembagaan melalui Perkara 152 yang


memperuntukkan bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu (yang mengikut implikasi
mestilah digunakan untuk maksud-maksud rasmi). Namun begitu, perkara ini juga
melindungi bahasa-bahasa lain dan seterusnya memperuntukkan bahawa tiada sesiapa
pun boleh dilarang atau ditahan daripada menggunakan (selain maksud rasmi) atau
mengajar atau belajar bahasa lain.

6.4.2 Agama Islam

Kedudukan agama Islam terdapat dalam Perkara 3 (1), iaitu agama Islam ialah
agama rasmi bagi Persekutuan. Penerimaan perkara ini telah diteliti dengan melihat
komposisi penduduk Tanah Melayu yang terdiri daripada pelbagai golongan etnik. Hal
ini kerana semasa penjajahan British imigran Cina dan India yang berhijrah ke Tanah
Melayu telah secara langsung membawa sekali agama Kristian, Hindu can Buddha
(Mohd. Salleh Abas, 1985). Oleh itu, Perkara 3 memperuntukkan suatu fasal imbangan,
iaitu agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian
Persekutuan. Kebebasan beragama dijamin dalam Perlembagaan terhadap semua
agama, iaitu setiap orang mempunyai hak untuk menganut clan mengamalkan
agamanya dan setiap agama mempunyai hak untuk:

i. Menguruskan hal ehwal agamanya sendiri;

ii . Menubuhkan dan menyelenggarakan institusi bagi maksud agama atau khairat;


dan

iii. Memperoleh dan memiliki harta benda serta memegang dan mentadbirnya
mengikut undang-undang.

Oleh sebab Islam diterima sebagai agama bagi Persekutuan, pihak kerajaan
sama ada Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri mempunyai kebebasan, kuasa
dan keistimewaan untuk menubuhkan atau menyelenggarakan atau membantu
penubuhan institusi Islam dan melaksanakan ajaran dalam agama Islam serta
mengeluarkan perbelanjaan yang diperlukan untuk tujuan itu (Mohamed Suffian
Hashim, 1987).

Kenyataan ini diperkukuh dengan beberapa prinsip Islam yang termaktub dalam
Perlembagaan Malaysia yang tercatat dalam beberapa fasal lain yang harus dibaca
secara bersama dengan Perkara 3 (1) iaitu:

Perkara 11 (4) :

"Undang-undang Negeri dan mengenai Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur


dan Labuan, undang-undang Persekutuan boleh mengawal atau menyekat
pengembangan apa-apa iktikad atau kepercayaan agama antara orang yang menganuti
agama Islam."

Perkara 12 (2):

11

... adalah sah bagi Persekutuan atau sesuatu negeri menubuhkan atau menyelenggara
institusi-institusi Islam atau mengadakan atau membantu dalam mengadakan ajaran
dalam agama Islam dan melakukan apa-apa perbelanjaan sebagaimana yang diperlu
bagi maksud itu."

Perkara 121 (1A)

" Mahkamah-mahkamah yang disebutkan dalam Fasal (1) tidaklah boleh mempunyai
bidang kuasa berkenaan dengan apa-apa perkara dalam bidang kuasa mahkamah
syariah."

Kedudukan Istimewa Orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak.

Kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak pula
disentuh dalam Perkara 153. Hak istimewa ini meliputi jawatan dalam perkhidmatan
awam, biasiswa, pendidikan, perniagaan dan kemudahan khas lain yang diberikan.
Walau bagaimanapun, perkara ini juga melindungi kaum¬kaum lain, iaitu menjadi
tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong untuk melindungi hak-hak mereka yang sah
menurut peruntukan lain. Begitu juga perkara ini tidak boleh dilaksanakan jika
mengakibatkan kehilangan sebarang jawatan awam yang dipegang oleh sesiapa atau
penarikan sebarang biasiswa atau keistimewaan yang dinikmati oleh kaum lain atau
perlucutan atau penamatan permit lesen yang dipegang olehnya.

Kedudukan-kedudukan istimewa lain orang Melayu termasuklah peruntukan


Perkara 86 dan 90 berhubung dengan tanah rizab orang Melayu yang memberi kuat
kuasa undang-undang Perlembagaan kepada undang-undang sedia ada berkenaan
perkara melindungi tanah rizab orang Melayu daripada diselenggarakan oleh orang
bukan Melayu. Kemasukan perkhidmatan oleh orang Melayu ke dalam Rejimen Askar
Melayu, dengan pengecualian orang bukan Melayu, dikuatkuasakan oleh Perkara 8 (5)
dan dengan demikian boleh juga dianggap sebagai sebahagian daripada kedudukan
istimewa orang Melayu (Mohd Salleh Abas, 1985).

Perlu juga diperjelaskan siapakah yang dikatakan orang Melayu dan Bumiputera
Sabah dan Sarawak itu. Dalam Perlembagaan Malaysia (Perkara 160), "Melayu" itu
ditakrifkan sebagai:
i. Lazimnya bertutur dalam Bahasa Melayu

ii. Menganuti agama Islam; dan

iii. Mengamalkan adat istiadat Melayu.

Manakala Bumiputera di Sabah dan Sarawak ialah:

i. Di Sarawak terdiri daripada mana-mana satu kaum asli iaitu Bukitan, Bidayuh,
Dusun, Dayak Laut, Dayak Darat, Kadayan, Kalabit, Kayan, Kenyah, Kajang,
Lugat, Lisum, Melayu, Melanau, Murut, Penan, Sian, Tagal, Tabun dan Ukit atau
dia berketurunan campuran daripada kaum tersebut; dan

Di Sabah pula, anak atau cucu kepada seorang daripada suatu kaum asli Sabah
dan dia telah dilahirkan di Sabah.

Pemerintahan Beraja

Pemerintahan beraja memang telah sedia wujud dalam sistem sosial di


negeri¬negeri Melayu sejak berabad-abad lamanya. Menurut sistem beraja ini, raja
mempunyai kuasa mutlak dalam setiap pemerintahan dan pentadbiran negeri dengan
dibantu oleh pembesar-pembesar yang dilantik, khususnya sebelum penjajahan British.

Namun semasa penjajahan British. kuasa mutlak raja mula terhad iaitu raja mesti
menerima nasihat Residen British dalam semua perkara kecuali dalam adat istiadat
Melayu clan agama Islam. Hal yang sama juga berlaku apabila British memperkenalkan
Malayan Union yang turut menghapuskan kuasa Raja-raja Melayu. Tetapi selepas
Malayan Union mendapat tentangan hebat daripada orang Melayu, kuasa Raja-Raja
Melayu dikembalikan semula apabila Persekutuan Tanah Melayu diperkenalkan.

Setelah negara mencapai kemerdekaan, institusi beraja terus dikekalkan di


bawah konsep raja berperlembagaan selaras dengan sistem demokrasi yang diamalkan
di Malaysia. Menurut konsep Raja Berperlembagaan ini, raja-raja bertindak mengikut
perlembagaan yang telah ditetapkan.
RASIONAL PERKARA 153

Perkara utama yang perlu diambil perhatian dan dihayati ialah semasa proses
penggubalan Perlembagaan terdapat semangat persefahaman, akomodatif, berkongsi
kuasa dan sedia berkorban yang begitu tinggi dalam kalangan orang Melayu dan bukan
Melayu. Sebagai rakyat, kita perlu menghayati perkara ini kerana Perlembagaan
merupakan undang-undang tertinggi negara dan menjadi rujukan kepada sesiapa
sahaja.

Semasa proses penggubalan Perlembagaan dilakukan, beberapa cadangan


diberi pertimbangan untuk disepakati. Dalam proses ini, semangat akomodatif yang
tinggi berlaku antara orang Melayu dan bukan Melayu berkaitan dengan kepentingan
masing-masing atau dikenali sebagai kontrak sosial. Sebagai contoh, kaum Melayu
melonggarkan syarat kerakyatan bagi bukan Melayu sementara kaum bukan Melayu
menerima hakikat kedudukan istimewa kaum Melayu. Pada ketika itu, kaum Melayu
menerima prinsip jus soli iaitu dengan mengurniakan kerakyatan bagi mereka yang lahir
selepas merdeka dan kerakyatan yang lebih longgar bagi etnik bukan Melayu yang
dilahirkan sebelum merdeka. Pelaksanaan prinsip ini telah memberi hak kerakyatan
kepada lebih 800,000 orang bukan Melayu (Jadual 6.5).

Bagi sebuah negara demokrasi, kewarganegaraan amat berharga kerana setiap


warganegara mempunyai hak untuk mengundi dalam setiap pilihan raga bagi
menentukan kerajaan yang memerintah. Selain itu, hak kewarganegaraan ini juga
meliputi semua hak yang sah di sisi undang-undang. Hak kewarganegaraan pula
merupakan manfaat yang dinikmati serta merta oleh orang bukan Melayu, sedangkan
hak istimewa orang Melayu perlu mengambil masa yang lebih lama untuk dinikmati
manfaatnya. Hal ini jelas apabila jumlah pengundi bukan Melayu meningkat daripada
15.6 peratus pada tahun 1955 kepada 43.7 peratus pada tahun 1959. Sebaliknya,
jumlah pengundi Melayu telah berkurangan daripada 84.2 peratus pada tahun 1955
kepada 56.2 peratus pada tahun 1959 (Suruhanjaya Pilihan Raya 1959). Hak istimewa
orang Melayu dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan meliputi jawatan dalam
perkhidmatan awam, biasiswa, pendidikan, perniagaan dan kemudahan khas lain yang
diberikan. Perkara 153 tidak boleh dipinda, diubah atau dilucutkan tanpa mendapat
persetujuan Majlis Raja-Raja Melayu.

Perkhidmatan Awam

Perkara 153 Perlembagaan Malaysia memperuntukkan bahawa menjadi


tanggungjawab Yang Di-Pertuan Agong untuk menentukan rizab bagi orang Melayu
dan Bumiputera Sabah dan Sarawak dengan memperuntukkan suatu kadar bilangan
jawatan dalam perkhidmatan awam persekutuan yang baginda fikirkan perlu. Namun
dalam melaksanakan tanggungjawabnya, baginda tidak boleh melucutkan jawatan
awam yang dipegang oleh seseorang. Hal yang sama juga bagi semua orang (tidak
mengira golongan etnik) yang menyandang jawatan dalam perkhidmatan awam
mestilah diberi layanan yang sama rata.

Terdapat rasional yang munasabah bagi merizabkan untuk orang Melayu dan
Bumiputera Sabah dan Sarawak suatu kadar bilangan dalam perkhidmatan
persekutuan kerana pada zaman penjajah dan pada awal kemerdekaan sedikit sangat
bilangan orang Melayu yang bekerja dengan kerajaan (Mohamed Suffian Hashim,
1987).

Ekonomi

Rata-rata orang Melayu yang terdiri daripada golongan pesawah padi, penoreh
getah dan nelayan berada dalam kemiskinan (64.8 peratus) berbanding bukan Melayu
(26 peratus) pada tahun 1970 (Banci Penduduk 1979, Jabatan Perangkaan). Keadaan
ini menunjukkan majoriti orang Melayu berada dalam kemiskinan, terutamanya di
kawasan luar bandar. Kesan daripada peninggalan pemerintahan penjajah inilah, orang
Melayu tertinggal sebagai pemerhati di sebalik kegiatan ekonomi dan perubahan yang
sedang berlaku di Persekutuan Tanah Melayu ketika itu (Haris Md. Jadi, 1990).
Jurang pendapatan antara golongan Bumiputera dengan bukan Bumiputera
masih lagi tinggi. Sebagai contoh, RM1 pendapatan bagi orang Melayu berbanding
RM2.3 bagi orang Cina dan RM1.8 bagi orang India pada tahun 1970. Begitu juga
dengan negeri-negeri yang majoritinya ialah Melayu dan Bumiputera mempunyai kadar
kemiskinan yang tertinggi, iaitu melebihi 60 peratus pada tahun 1970. Majoriti orang
Melayu ini terdapat di negeri-negeri Perlis, Terengganu, Kedah dan Kelantan. Dari segi
pemilikan kekayaan negara pula pada tahun 1970 bagi orang Melayu ialah 2.4 peratus
dan bukan Melayu ialah 34 peratus. Ternyata hal ini masih lagi berterusan sehingga
dalam Rancangan Malaysia Kesembilan juga, matlamat pencapaian sebanyak 30
peratus pemilikan kekayaan negara oleh orang Melayu masih belum tercapai.

Oleh itu, orang Melayu masih perlu dibantu dan dibimbing terutamanya dalam
melahirkan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB).
Pembangunan MPPB akan diteruskan sebagai pendekatan utama dalam menyusun
semula masyarakat dan memastikan penyertaan Bumiputera yang lebih luas dalam
ekonomi (Rancangan Malaysia Kesembilan). Maka, Perkara 153 wajar digunakan untuk
mencapai tujuan ini. Antaranya, ialah memberi kemudahan lesen perniagaan dan
premis perniagaan yang strategik. Jika langkah ini tidak dilaksanakan, usaha untuk
mewujudkan MPPB hanya akan tinggal impian. Perkara ini telah dibangkitkan oleh Tun
Abdul Razak sewaktu memberi ucapan dalam Persidangan Khas UMNO pada 9 Mei
1971 iaitu:

"Kita perlu mewujudkan satu golongan pengusaha dan pedagang dalam


kalangan orang Melayu clan ahli Bumiputera daripada semua lapisan dengan cara
'estructurinq atau menyusun semula masyarakat Melayu di luar bandar yang semata-
mata bergantung pada pertanian dan mengubah menjadi masyarakat moden yang
berlandaskan perusahaan dan perdagangan di samping pertanian."

Pendek kata, faktor pembahagian kekayaan dan agihan pendapatan yang tidak
adil dan tidak seimbang dalam kalangan rakyat merupakan faktor yang paling kuat
mempengaruhi hubungan etnik di Malaysia (Sanusi Osman, 1987). Dengan itu,
wajarlah Perkara 153 memperuntukkan bahawa orang Melayu mendapat keistimewaan
dalam bidang ekonomi agar jurang perbezaan ekonomi dapat dihapuskan.
Pendidikan

Penjajah British telah meninggalkan sistem pendidikan yang terus mengekalkan


orang Melayu dalam keadaan tertindas. Sistem pendidikan British pada masa itu
sekadar untuk menjadikan petani Melayu yang lebih baik daripada ibu bapa mereka.
Hal ini diburukkan lagi dengan keadaan sekolah Melayu yang begitu teruk tanpa
perabot yang cukup, kekurangan buku teks dan bahan bacaan serta ibu bapa Melayu
sudah mula hilang kepercayaan terhadap sekolah Melayu (Laporan Barnes, 1951).

Merujuk kepada bilangan pelajar peringkat ijazah pertama di institusi pengajian


tinggi awam (IPTA) dalam negara pada tahun 1970, bagi Bumiputera ialah 40.2 peratus
(3084 pelajar) berbanding bukan Bumiputera iaitu 56.2 peratus (4311 pelajar). Keadaan
ini tidak begitu baik dalam konteks hubungan etnik di Malaysia kerana terdapat jurang
perbezaan golongan profesional antara etnik. Sebagai contoh, golongan profesional
Bumiputera (arkitek, akauntan, jurutera, doktor, juruukur can peguam) pada tahun 1970
ialah 4.9 peratus (225 orang) berbanding bukan Bumiputera iaitu 84.3 peratus (3859
orang) dan sehingga kini masih lagi ketinggalan.

Jika diteliti sehingga sekarang, Perkara 153 masih perlu diteruskan ke arah
mencapai matlamat yang dikehendaki. Namun, pada masa yang sama, pelbagai
kemudahan dan keistimewaan turut diberikan kepada etnik bukan Melayu dalam aspek
pendidikan. Sebagai contoh, apabila negara mencapai kemerdekaan, Kerajaan pada
masa itu tidak terus menghapuskan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina dan
Tamil. Sebaliknya, kerajaan tetap mempertahan kewujudan sekolah¬sekolah tersebut
walaupun Penyata Razak 1956 mahu mewujudkan sistem pendidikan kebangsaan
seperti yang terkandung dalam perenggan 12 iaitu:

"Tujuan dasar pelajaran di dalam negeri ini ialah bermaksud untuk menyatukan
budak-budak daripada semua bangsa di dalam negeri ini dengan memakai satu
peraturan pelajaran yang meliputi semua bangsa dengan menggunakan bahasa
kebangsaan sebagai bahasa pengantar, walaupun perkara ini tidak dapat dilaksanakan
dengan serta merta melainkan hendaklah diperbuat dengan beransur-ansur."
Begitu juga dengan kewujudan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) dan
matrikulasi yang dikhususkan kepada orang Melayu. Dengan tujuan merapatkan lagi
hubungan etnik dan perpaduan dalam kalangan pelajar, keistimewaan ini turut diberikan
kepada orang bukan Melayu apabila Kerajaan membenarkan mereka memasuki MRSM
dan matrikulasi dengan kuota 10 peratus. Pada masa yang sama juga, kemasukan
pelajar ke IPTA melalui sistem kuota juga telah ditukar kepada sistem meritokrasi iaitu
pemilihan pelajar berdasarkan prestasi akademik tanpa mengira golongan etnik.
Walaupun kedudukan istimewa mengenai pendidikan telah termaktub dalam
Perlembagaan, namun pelbagai sikap akomodatif antara Melayu dan bukan Melayu
telah diwujudkan dalam usaha ke arah memantapkan lagi hubungan etnik di Malaysia.

RASIONAL PERKARA 152

Para pemimpin negara menyedari bahawa perlu diwujudkan bahasa kebangsaan


sebagai wadah komunikasi atau bahasa pertuturan umum dan bahasa rasmi negara
bagi menyatupadukan rakyat yang terdiri daripada pelbagai kaum. Hasil permuafakatan
perlembagaan, bahasa Melayu diterima sebagai bahasa kebangsaan dalam Perkara
152 Perlembagaan Malaysia. Persefahaman menjadikan bahasa Melayu sebagai
bahasa kebangsaan tidak menjejaskan penggunaan bahasa ibunda kaum lain; malah
adalah dijamin oleh Perlembagaan Malaysia.

Rasional pemilihan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan adalah kerana


bahasa Melayu menjadi lingua franca di Nusantara sejak berabad-abad lamanya, lebih
mudah dipelajari dan bersifat lebih tekal dari segi istilah dan sebutan berbanding
bahasa lain. Menyentuh bahasa Melayu sebagai lingua franca, William Mars ada
menjelaskan (Mohd. Salleh Abas, 1985):

"Bahasa Melayu yang dianggap berasal dari Semenanjung Tanah Melayu dan
telah berkembang melalui kepulauan timur dan menjadi lingua franca di dunia tersebut,
dituturkan di mana-mana di sepanjang pantai Sumatera dan digunakan tanpa campuran
apa-apa di negara Kepulauan Minangkabau dan tanah jajahannya dan difahami ke
setiap bahagian pulau."
Sebelum Perang Dunia Kedua. bahasa Melayu digunakan secara meluas bagi
tujuan rasmi seperti mesyuarat, surat-menyurat, perundangan dan kehakiman di
Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu, Jabatan Polis, dan sebagainya bagi
memudahkan urusan pentadbiran kerana kakitangannya terdiri daripada pelbagai kaum
(Mohd. Salleh Abas, 1985). Keadaan ini diperkuat lagi oleh hakikat bahawa bahasa
Melayu diterima sebagai bahasa rasmi apabila Johor menerima Penasihat Inggeris
pada tahun 1914. Sebagai contoh, dalam surat bertarikh 11 Mei 1914, Sultan Ibrahim
(Sultan Johor) menulis surat kepasa Sir Arthur Young, Gabenor Singapura (Maxwell
and Gibson 1924; dalam Mohd. Salleh Abas, 1985):

"Beta juga perlu meminta penerimaan Yang Dipertua terhadap prinsip bahawa
bahasa Melayu dan Inggeris harus diterima sebagai bahasa rasmi untuk digunakan
dalam mahkamah keadilan beta dan dalam semua jabatan kerajaan beta. Berhubungan
dengan penulisan bahasa Melayu huruf Jawi perlu diberikan pengiktirafan rasmi."

Begitu juga, pegawai-pegawai Eropah yang memegang lebih 95 peratus jawatan


Kumpulan Bahagian I perlu mempelajari bahasa Melayu, mengambil ujian berbahasa
Melayu dan dikehendaki lulus, barulah boleh ditempatkan di Persekutuan Tanah
Melayu pada ketika itu (Mohamed Suffian Hashim, 1987). Keadaan ini menunjukkan
bahawa bahasa Melayu telah diterima sebagai bahasa perantaraan rasmi walaupun
pada zaman penjajahan Inggeris. Hal ini telah diperakukan oleh Tan Siew Sin dalam
Majlis Perundangan Persekutuan, 10 Julai 1957, iaitu

"Masyarakat bukan Melayu menaruh harapan yang besar terhadap kebudayaan


dan bahasa mereka. Biar saga nyatakan, sebagai contoh, Perlembagaan Reid
sebagaimana rangka awalnya tidak menyebut apa-apa tentang mengekal dan
mengembang bahasa Cina dan Tamil, ataupun bahasa-bahasa lain. Apabila
dicadangkan kepada pemimpin Melayu bahawa perlembagaan sepatutnya dengan
eksplisit menyatakan pengekalan dan perkembangan kedua-dua bahasa Cina dan
Tamil hendaklah digalakkan dan dipelihara, mereka bersetuju. Saya sebutkan
kejadian ini untuk menunjukkan kepada mereka di luar bulatan bahawa pemimpin
Melayu pada asasnya adalah adil dan berpandangan luas."
RASIONAL PERKARA 3

Islam sebagai agama Persekutuan dalam Perkara 3 (1) Perlembagaan Malaysia


juga tidak membimbangkan kaum lain kerana kebebasan beragama dijamin dalam
Perlembagaan. Islam dipilih sebagai agama rasmi kerana telah bertapak lebih 600
tahun lampau dan banyak mempengaruhi cara hidup dan pemikiran orang Melayu
sehingga sekarang berbanding agama lain. Begitu juga, semasa penjajahan British,
kedudukan agama Islam langsung tidak diganggu dan mereka menyerahkan urusan
agama Islam kepada Raja-Raja Melayu.

Islam juga diterima sebagai agama Persekutuan kerana sesuai dengan takrif
"Melayu" seperti didefinisikan dalam Perkara 160 Perlembagaan Malaysia. Begitu juga
pada zaman penjajah melalui perjanjian damai dan persahabatan dengan Raja-Raja
Melayu, walaupun mereka berjaya mendapatkan hak untuk memberi nasihat yang
bersabit dengan pentadbiran negara, namun agama Islam dikecualikan. Sebagai
contoh, Perkara 2 perjanjian antara Negeri-Negeri Selat dan pembesar-pembesar
memerintah Negeri Sembilan bertarikh 20 Jun 1895 telah dipersetujui bahawa mereka
mengaku janji untuk menurut nasihat Residen British dalam semua hal ehwal
pentadbiran selain soal yang menyentuh agama Islam (Mohd Salleh Abas,1985). Hal
yang sama juga bagi perjanjian antara Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dan Tidak
Bersekutu dengan pihak British. Raja-Raja Melayu mesti menerima nasihat British
dalam pentadbiran negeri kecuali adat istiadat dan agama Islam. Perlembagaan
Malayan Union 1946 dan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 telah menukar
peranan Inggeris daripada penasihat kepada pentadbir Persekutuan Tanah Melayu
secara langsung. Namun demikian, adat istiadat orang Melayu dan agama Islam tidak
disentuh oleh British.

Di negeri-negeri Melayu sebelum penjajahan British, penggunaan


undang¬undang Islam telah diperkenalkan dan diiktiraf seperti dalam kes Ramah lawan
Laton, Mahkamah Rayuan Selangor memutuskan bahawa undang-undang Islam ialah
undang-undang negeri dan mahkamah hendaklah mengiktiraf dan menggunakan
undang-undang tersebut (Ahmad Mohamed Ibrahim, 1997).
Assalamulaikum w.b.t……..

Syukur kehadrat Ilahi kerana limpah dan kurniaNya, maka dapatlah kami
menyiapkan tugasan ini. Alhamdulillah, disini kami amat bersyukur sekali lagi kerana
sepanjang kami menyiapkan tugasan Hubungan Etnik ini, kami mendapat bantuan yang
cukup dari pensyarah Jabatan Ilmu Pendidikan IPSMB iaitu EN. MOHD FAUZI BIN ALI
kerana beliau telah banyak membantu kami untuk melengkapkan tugasan ini dengan
sempurna dan jayanya.

Sepanjang menyiapkan tugasan ini juga, pelbagai ilmu telah kami perolehi
yang kami tidak akan dapat dari mana-mana tempat. Contohnya, kami dapat
mempelajari Perlembagaan Malaysia dengan lebih mendalam lagi dan kami juga dapat
mengetahui proses-proses pembentukan perlembagaan sehingga terbentuknya
Malaysia. Pelbagai ilmu dapat kami perolehi daripada tugasan ini.

Kami juga banyak mendapat ilmu sampingan daripada pensyarah kami


iaitu EN. MOHD FAUZI BIN ALI kerana banyak mencurahkan ilmu tanpa jemu kepada
kami sepanjang semester ini. Jasa dan penat lelah beliau amat kami hargai dan akan
kami kenang hingga ke akhir hayat. Terima kasih encik.

Akhir kata kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang
terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menyiapkan tugasan ini. Kami akan
menggunakan semua ilmu yang kami pelajari dalam menyiapkan tugasan ini dalam
menghadapi hari kelak, iaitu sebagai seorang pendidik yang cemerlang, gemilang dan
terbilang. Amin…..
Nota dan rujukan

Shuid, Mahdi & Yunus, Mohd. Fauzi (2001). Malaysian Studies, p. 50. Longman. ISBN
983-74-2024-3.
Putra, Tunku Abdul Rahman (1986). Political Awakening, p. 31. Pelanduk Publications.
ISBN 967-978-135-6.

Laman Web

www.ms.wikipedia.org

You might also like