You are on page 1of 31

FALSAFAH

PERKEMBANGAN
PENDIDIKAN
(ISLAM)
EID 1263
SILIBUS
Nama Subjek : Falsafah Dan Perkembangan Pendidikan Islam
Kod Subjek : EID 1263
Nama Tenaga Pengajar : Pn. Hafizah Hj Khusni
Rasional penawaran subjek :
Membina kefahaman yang jelas mengenai konsep falsafah dalam
pendidikan, sama ada pendidikan moden atau Islam, selain dari
mengupas sejarah dan latarbelakang perkembangan pendidikan
Islam sebelum dan selepas kemerdekaan Tanah Melayu.
Mendedahkan kronologi pembentukan Falsafah Pendidikan
Negara, strategi pelaksanaan pembangunan pendidikan dan isu-isu
terkini mengenai cabaran pendidikan dan profesion keguruan di
Malaysia.
Objektif :
Objektif kursus ini ialah untuk mendedahkan pelajar dengan falsafah Barat dan
Islam, falsafah pendidikan moden, falsafah pendidikan Islam, Falsafah Pendidikan
Negara serta sejarah, latar belakang dan perkembangan pendidikan Islam di
Malaysia. 

Hasil Pembelajaran : -
 Di akhir pembelajaran subjek, pelajar-pelajar dapat :
 Mengetahui aliran falsafah Barat dan Islam.
 Menghuraikan pendidikan dan hubungannya dengan falsafah pendidikan.
 Menjelaskan perkembangan pendidikan Islam di Malaysia.
 Mengetahui kepentingan dan keperluan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dalam
pembentukan dan pelaksanaan sistem pendidikan di Malaysia kini.
 Mengetahui perkembangan terkini pendidikan (Islam) di Malaysia.
 Sinopsis

 Matapelajaran ini bertujuan untuk mendedahkan pelajar dengan aspek falsafah


Barat dan Islam, falsafah pendidikan moden, falsafah pendidikan Islam, Falsafah
Pendidikan Kebangsaan serta sejarah, latar belakang dan perkembangan
pendidikan Islam di Malaysia dahulu dan kini.

 Kaedah Penyampaian
 Kuliah, syarahan, pembentangan

 Kaedah dan Bentuk Penilaian


 Peperiksaan Akhir : 40%
 Penilaian Berterusan /Tugasan Kursus : 60%

 Tugasan Kursus mengandungi item berikut :

 Ujian/kuiz : 20%
 Tugasan Kumpulan/individu : 20%
 Pembentangan : 20%
 TOPIK-TOPIK
 Aliran falsafah. 
 Mengetahui definisi falsafah.
 Menyatakan kepentingan, peranan dan kedudukan falsafah dalam pendidikan.
 Mengenalpasti cabang ilmu falsafah tradisional dan moden Barat.
 Memahami falsafah dalam Islam dan tokoh-tokoh falsafah Islam

 
 Pendidikan dan hubungannya dengan falsafah pendidikan
 Mendefinisikan pendidikan.
 Mengenalpasti perbezaan antara konsep pendidikan menurut sarjana Barat dan Islam.
 Menjelaskan maksud falsafah pendidikan Barat dan Islam.
 Menghuraikan perbezaan falsafah pendidikan Barat dan falsafah pendidikan Islam.
 Menghubungkaitkan peranan guru sebagai teras pelaksanaan pendidikan.

 Sejarah perkembangan pendidikan Islam di Malaysia.


 Menerangkan perkembangan pendidikan Islam di Tanah Melayu sebelum penjajahan.
 Menjelaskan perkembangan pendidikan Islam di zaman penjajahan/ semasa penjajahan
 Menghuraikan perkembangan pendidikan Islam selepas kemerdekaan Tanah Melayu 1957.

 Falsafah Pendidikan Kebangsaan dalam pembentukan dan pelaksanaan sistem pendidikan di Malaysia kini. 
 Mengetahui konsep pendidikan kebangsaan.
 Menghuraikan pernyataan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
 Menghubungkaitkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dengan matlamat dan misi pendidikan negara.
 Menghuraikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dari perspektif matlamat pendidikan Islam.

 Perkembangan pendidikan (Islam) di Malaysia.


 Mengetahui perkembangan pendidikan masa kini; Sekolah Bestari, Sekolah Wawasan, Teknologi Maklumat, pendidikan jarak jauh.
 Menghuraikan secara terperinci falsafah pendidikan guru, matlamat, kod etika dan nilai-nilai keguruan yang perlu diaplikasikan
sebagai seorang guru dalam institusi pendidikan
RUJUKAN
 Ahmad Mohd. Salleh. (2008). Pengajian Agama Islam & j-QAF; Metodologi
dan Pedagogi Pendidikan, Siri Pendidikan Guru. Selangor: Oxford Fajar Sdn.
Bhd.
 Mok Soon Sang. (2010). Falsafah Pendidikan, Kurikulum & Profesionalisme
Keguruan. Selangor: Penerbit Multimedia Sdn. Bhd.

Rujukan tambahan yang menyokong kursus.

 Abu Bakar Nordin & Ikhsan Othman. (2003). Falsafah Pendidikan dan
Kurikulum. Tanjong Malim: Quantum Books.
 Abd. Halim Mat Diah. (1989). Pendidikan Islam di Malaysia: Sejarah dan
Pemikiran. Kuala Lumpur: ABIM.
 Abd. Halim Mat Diah. (1989). Islam dan Demokrasi Pendidikan. Kuala Lumpur:
ABIM
 Abdullah Sani Yahaya. (2003). Perkembangan Pendidikan di Malaysia. Pahang:
PTS Publications & Distributors Sdn Bhd.
 Sufean Husin. (1996). Pendidikan Di Malaysia: Sejarah, Sistem & Falsafah.
Kuala Lumpur: DBP
BAB 1: KONSEP ASAS FALSAFAH PENDIDIKAN
Pengenalan
Kepada Falsafah

Ma tlama t:
D i a k hir pela ja ra n, pelaj ar a ka n
mema h ami f als af a h d a n k ep erlu an ny a
Da la m pen did ik an .

P el ajar me mpe lajar i


pel bagai
Be ntuk
fal safah
pendidikan
DEFINISI FALSAFAH

Perkataan falsafah berasal daripada perkataan Yunani philosophia, ‘Philes ’


bererti cinta, kaji dan hargai. “Sophic’ bererti hikmah, kebijaksanaan atau
kebenaran. Ia bermaksud cinta kepada hikmah, cinta kepada kebenaran,
menghargai kebenaran, mengkaji kebenaran.

Dalam Oxfort Dictionary (1982) ditakrifkan falsafah sebagai:


"Seeking after wisdom or knowledge especially that which deals with
ultimate   reality, or with the most general causes and principles of things
and ideas and human perception and knowledge of them, physical
phenomena and ethics"
 Phytagoras (500-580SM), ahli matematik yang terkenal m’perkenalkan
falsafah dengan maksud ‘kecintaan terhadap kebijaksanaan &
menggunakannya dengan maksud perbahasan tentang tabiat sesuatu.’
 Plato (427-347 SM): falsafah tidaklah lain daripada pengetahuan tentang
segala yang ada.
 Aristotles (348-322 SM): ‘falsafah ialah disiplin yg menyelidiki asas &
sebab segala benda.’
 Al-Kindi (185-252H/801-866M): ‘falsafah ialah ilmu tentang kewujudan
benda-benda, urusan ketuhanan dan urusan kemanusiaan.’
 Al-Farabi (257-339H/870-950M): ‘falsafah ialah ilmu pengetahuan tentang
alam yang ada dan bertujuan untuk menyelidiki hakikatnya yang sebenar.’
 Rene Descartes – Bapa Falsafah Moden, Renaissance (1596-1650M):
falsafah ialah satu disiplin yang dapat menjelaskan hakikat kebenaran
tertinggi (ultimate truth).
 Horald H.Titus: Falsafah merangkumi 4 pengertian; sikap
tentang hidup dan tentang alam semesta, satu kaedah
pemikiran reflektif dan penyelidikan akliah, satu peringkat
masalah, dan satu teori atau system pemikiran.
(Endang Saifuddin, 1982:75)
 Max Hocutt: Falsafah; merangkumi asas sikap, kepercayaan
dan konsep pemikiran seseorang.
 Sharifah Alwiah (1984): philoshopy berasal dari dua
perkataan Yunani, philien (yang bermaksud mencintai) dan
sophia (yang bermakna kearifan atau kebijaksanaan).
 Schofield (1972): menganggap dan menerangkan falsafah
sebagai proses menyoal.

Sila rujuk Buku Mok Soon Sang, Falsafah Pendidikan , Kurikulum dan Profesionalisme Keguruan , mukasurat 1-18
 Falsafah ialah satu disiplin ilmiah yang mengusahakan kebenaran
yang umum dan asas.

 Ahli-ahli falsafah merupakan orang yang mencintai hikmah dan


berusaha untuk mendapatkannya.

 Mereka mencari hakikat sesuatu, sebab dan akibat dan berusaha


mentafsir pengalaman-pengalaman manusia.

 Falsafah tidak menambah fakta baru tetapi menilai fakta, dengan


menganalisis makna, memberi interpretasi dan menimbangkan fakta
untuk kehidupan.

Secara umumnya, falsafah mempunyai ciri-ciri seperti berikut:


Merupakan satu usaha pemikiran yang mantap
Tujuannya adalah untuk mendapatkan kebenaran
DIMENSI/ CABANG FALSAFAH

Metafizik
 Perkataan asal: metaphysic, mengenai ontologi dan kosmologi

 Satu cabang falsafah yang mengkaji tentang perkara-perkara seperti sifat realiti, apa yang
wujud di dunia ini dan susun aturnya.

 Mempersoalkan perkara-perkara seperti alam, jiwa atau roh dan kehidupan

 Cuba memberi perhatian kepada konsep yang keadaannya tidak boleh diukur seperti ‘realiti’,
‘perubahan’, ‘kendiri’ dan jiwa

 Metafizik cuba menjawab persoalan-persoalan yang jauh melampui penyiasatan saintifik.

Bersifat spekulatif dan memberi fokus kepada perkaitan sebab-akibat.

 Contoh soalannya: Jenis benda yang wujud? Apakah sifat "semulajadi - nature" benda
tersebut? Adakah sesuatu wujud tanpa pergantungan kepada deria manusia? Apakah sifat
ruang dan masa? Apakah sifat akal dan berfikir? Apakah yang dikatakan manusia? Apakah
yang dikatakan sedar? Adakah Tuhan wujud?
Epistemologi
 Epistemologi berasal dari perkataan Episteme – berasal
dari perkataan Yunani yang bermaksud pengetahuan.
Logi/logos – bermaksud ilmu.

 Merupakan falsafah ilmu atau lebih dikenali sebagai


Teori Pengetahuan.

 Teori ini membahaskan tentang sumber pengetahuan dan


kebenaran / kesahihan pengetahuan.
Aksiologi
 Aksiologi berasal daripada bahasa Yunani (axios = kelayakan/kepantasan) & (logos=ilmu
pengajian mengenainya). Ia juga dikenali sebagai teori nilai iaitu perkara yang berkaitan
dengan nilai seperti tentang baik-buruk, benar-salah, cantik-hodoh, objektif-subjektif.
Bidang falsafah ini memikirkan tentang nilai kemanusiaan.

 Terbahagi kepada 2 cabang iaitu nilai etika dan nilai estetika.


 Etika:

ethos = sifat, kelakuan, watak


Menghujahkan prinsip-prinsip moral & tingkah laku manusia, mengkaji kebaikan
seseorang, kebaikan sesuatu masyarakat, kebaikan sesuatu kehidupan

 Estetika

aesthesis = seni & keindahan sesuatu perkara.


Dilihat dari sudut penghargaan manusia terhadap objek & perkara kesenian, kriteria bagi
kecantikan dalam kesenian, alam sekeliling, pengalaman perseorangan & kehidupan.

 Contoh soalannya: Adakah terdapat perbezaan antara tindakan bermoral dan tindakan
yang salah ? Jika ada, apakah perbezaannya? Tindakan yang mana betul dan tindakan
yang mana salah? Bagaimana seseorang itu harus hidup?
Logik
 Satu bidang falsafah yang mengkaji penaakulan manusia menggunakan hujah yang
sistematik.
 Ia satu usaha mencari kaedah yang boleh membezakan penaakulan yang sah dan
tidak sah/tidak rasional.
 Terbahagi kepada dua iaitu :

a)Logik induktif
 Bermula dengan butiran khusus, kemudian membuat penaakulan terhadap butiran
tersebut dan seterusnya membuat kesimpulan umum yang menjelaskannya
 Pengukuran dalam kajian tentang bidang pendidikan, penggunaan statistik untuk
penyelidikan tentang aspek pendidikan.

b)Logik Deduktif
 Taakulan menurut Aristotle; apabila timbul 2 premis, sesuatu kesimpulan akan
menyusul.
 Contoh: premis 1: Semua manusia adalah fana
premis 2: Ali seorang manusia
premis 3: Jadi, Ali manusia yang fana
Tujuan Falsafah
 Falsafah berusaha memberikan pandangan yang
komprehensif mengenai manusia dan alam
keseluruhannya.
 Falsafah bertujuan memberi arah, khususnya dalam
agama dan pendidikan. Ia memberi panduan untuk
memilih matlamat, kaedah dan tujuan. Bukan
memberi jawapan yang tepat dan tidak boleh diubah lagi.
KEDUDUKAN BIDANG FALSAFAH
 Bidang ini berkembang sejak 2500 th dahulu
 Falsafah diakui sbg induk ilmu pengetahuan y mampu menjwb segala
pertanyaan ttg sesuatu & segala mcm masalah.
 Kemudiannya falsafah berkembang & menjadi kpd pelbagai pendekatan
yg terpisah satu dgn yg lain.
 Lahirlah ilmu-ilmu khusus dr ilmu falsafah induk sprt matematik, fizik,
psikologi dll. Sehingga akhirnya falsafah tinggal sbg disiplin ilmu y
cuba menjawab persoalan yg tidak dapat dijelaskan oleh ilmu2 khusus.
 RUSSELL berpendapat:
bidang sains [ FALSAFAH ] bidang teologi

 Sains: ilmu empirikal studies- rasa ingin tahu – guna kaedah


pemerhatian, pengamatan – guna makmal – ujikaji
 Ilmu ketuhanan: ilmu yang diperolehi melalui wahyu yang datang dr Allah swt
 Ilmu falsafah: ilmu memperolehi kebenaran bermula dengan keraguan kemudian
penaakulan dgn akal utk menyelami keraguan & mendapatkan jawapan.
CONTOH: AIR
 Perbezaan antara sains, falsafah, teologi (agama)
Bidang sains:
mengkaji kebenaran kewujudan air dari segi komposisinya dgn
menjalankan proses elektrolisis di makmal sains, hasilnya kebenaran
air terdiri dari 1 bhgn oksigen, 2 bhgn hidrogen :H2O

Bidang falsafah:
pengkajian tentang kebenaran mengapa air diwujudkan? Apakah
kepentingan air?

Bidang Teologi:
mengkaji persoalan tentang siapakah yang berkuasa dan
bertanggungjawab mencipta dan mewujudkan air?
FALSAFAH UMUM BARAT

Metafizik Epistemologi Aksiologi


 IDEALISME alam fikiran kebenaran sbg idea mematuhi Tuhan
kerohanian

 REALISME Alam kebendaan kebenaran sbg fakta Hukum tabii/sifat semulajadi


Jirim dan bentuk

• Yang dipersepsi

 PRAGMATISME Alam pengalaman kebenaran sbg pngalaman Nilai-nilai bersifat umum


Interaksi dgn persekitaran

 EKSISTENSIALISME Alam kewujudan kebenaran pilihan indiv kebenaran bergtg kpd individu

Rujukan:
Abu Bakar Nordin & Ikhsan Othman, Falsafah Pendidikan dan Kurikulum, m/s 18 - 24
IDEALISME
Mazhab terawal
Fokus pada akal, jiwa, rohani
Kebenaran boleh dicari menggunakan penaakulan berterusan BUKAN
kebendaan.
Tokoh: Plato, buku: The Republic
Metafizik: Realiti dpt ditransformasikan ke dlm btk fikiran & rohani
Epistemologi: Kebenaran sebagai idea yg berada di alam pemikiran.
Pengetahuan wujud dlm bentuk fikiran sprt ingatan, kefahaman,
penaakulan, celik akal.
Aksiologi: Bersifat mutlak kerana dtg dr tuhan. Apa yang
dikatakan bernilai baik, cantik dsb dr segi asasnya tidak berubah dr satu
generasi ke satu generasi.
Pendidikan: Guru penting, krn membentuk pelajar, pelajar 100% belajar d
dari guru 100%. Apa yang diberi oleh guru hanya itu sahaja yg
dipelajari
REALISME
Dikenali sebagai materialisme. Tokoh Aristotle.
Kebenaran adalah merujuk kepada bebas daripada peggunaan akal semata-mata.
Manusia menemui objek melalui deria. W/p sesuatu wujud dalam alam fikiran,
namun pemikiran mesti selaras dgn kewujudan di alam nyata.
Metafizik: Fokus kepada objek dan jirim melalui pancaindera, lalu mencari
sebab musabab yg berkaitan dgn objek & jirim di alam nyata.
Epistemologi: pengetahuan adalah hasil interaksi dgn alam kebendan . Bukan
teori, k’fhm’n @ingatan. Manusia lahir dgn fikiran, kefhm, ingatan yg kosong.
Pengalaman dlm hidup menyebabkan pelbagai pengetahuan dlm otak.
Aksiologi: Nilai dirujuk kpd sejauhmanakah ianya diterima & tidak
bertentangan. Masyarakat terima sbg nilai, maka ia bernilai
Pendidikan: Guru penting kerana tentukan apakah perkara yg akan dipelajari
pelajar. Pelajar mesti belajar. Tidak timbul soal minat untuk belajar atau tidak. Minat
akan timbul hasil dari strategi pembelajaran oleh guru
PRAGMATISME
Lahir selepas idealisme & realisme pd abad ke 19 di Amerika Syarikat. Dikenali
sebagai functionalisme, empirisme, eksperimentalisme.
Fokus kpd pengalaman (b’asaskan p’ubahan,proses, relativiti, p’mbinaan semula)
Kebenaran bergantung kpd hasil akhir sesuatu tindakan. Juga kpd idea yg mampu
membawa keuntungan.
Tokoh: John Dewey, Charles Darwin, William James.
Metafizik fahaman ini menolak konsep metafizik, kerana ianya tidak boleh
diukur. Manusia dan alam adalah dinamik dan sentiasa berubah,
berkembang dan tumbuh. Manusia perlu menyelesaikan masalah melalui
proses dan pengalaman semasa. Pemikiran semata tanpa pengalaman,
m’yebab’n sukar menentukan realiti.
Epistemologi pengetahuan lahir dari pengalaman & p’hbgn antara
mnusia & persekitaran, lalu berlaku proses p’belajaran
Aksiologipersoalan nilai sangat bergantung kpd situasi, dari sudut
mana ia hendak dilihat & dipraktikkan
Pendidikan pelajar mudah mendapat ilmu pngtahuan skiranya d beri
pengalaman. Kaedah eksperimen, inkuiri penemuan adlh baik. Pelajar
adalh individu yg aktif dlm proses pembelajaran.
EKSISTANSIALISME
Wujud slps Perang Dunia ke-2. Dikenali falsafah (moden) org Eropah.
Fokus kpd kebebasan individu. Individu bebas membuat pilihan, pmbljrn &
pengalaman sendiri. Tujuan: kmbg potensi diri & kesejahteraan diri.
Tokoh: Soren Kierkegaad, Fredrich Wilhelm Nietzsche, Martin Buber, Jean-
Paul Satre.
Metafizik realiti adalah kewujudan individu. P’kmbgan individu b’laku
slps k’wjudan. Bergantung jga pd p’sekitaran y dipilih (secara bebas) oleh
individu.
Epistemologipengetahuan individu b’punca dr pengalaman & p’sekitarannya.
Bersifat relatif & berubah ikut kesesuaian masa & keadaan.
Aksiologi nilai jga b’sifat relatif kpd individu & tidak muktamad. B’sifat
peribadi & bebas m’ikut keperluan individu. Soal nilai adalh milik individu.
Msyrkt tidak menentukannya.
Pendidikan tiada kurikulum yg tetap, sistematik & b’struktur, krn setiap
individu punyai keperluan, minat yg spesifik/ berbeza. Pelajar m’gunakan
pengalaman, bhn yg b’kaitan dgn k’perluan, k’mahiran intelek bg capai
matlamat. Pelajar digalakkan m’jlnkan projek yg boleh m’najamkan
k’mahiran. Fhmn ini krg smbtn; krn krg sistematik & bercampur baur.
SEJARAH FALSAFAH
 Ahli-ahli sejarah menyatakan bahawa Pythagoras yang berasal dari Yunani (sekarang Greece) (500-
580 SM) adalah pengasas dan orang yang mula-mula menggunakan lafaz atau istilah Falsafah.
 Ia membawa maksud "al-bahsu" (pengetahuan, kebijaksanaan, keutamaan). Perkataan falsafah
sebenarnya berasal daripada istilah Yunani, Philo (cinta) dan Sophos (hikmat, kebijaksanaan).
 Pythagoras telah menggelarkan dirinya sebagai philosophos atau pencinta kebijaksanaan (Lover of
Wisdom).
 Ada juga yang mengatakan Socrates yang mula2 m’gunakan istilah Falsafah.
 Socrates menganggap dirinya sebagai philosophos untuk membezakan dirinya dengan golongan
Sophist(Sophisme/Sufasta'iyyin) yang diasaskan oleh Protagoras.
 Pokok pemikiran Sophisme ialah bahawa segala sesuatu itu berubah-ubah dan tidak tetap. Ini
bermakna bahawa kebenaran yang hakiki tidak tercapai dan tidak akan tercapai.Oleh kerana
kebenaran hakiki tidak tercapai maka tiap-tiap pendirian boleh dibenarkan. Sebab itu tidak ada
ukuran yang tetap tentang benar dan salah atau baik dan buruk. Nilai-nilai moral yang dianggap
baik dan abadi tidak penting lagi kerana apa yang dianggap baik pada hari ini sudah dianggap tidak
baik pada hari esok.
 Mengenai Socrates peranannya yang besar ialah menghadapi kaum Sophist melalui proses dialog
untuk mencari kebenaran. Dengan ini Socrates memberi maksud Falsafah itu satu ilmu untuk
mencari sebab dan kebenaran kepada punca sesuatu.
 Melalui istilah Socrates inilah yang menjadi begitu popular lantaran ianya diikuti oleh ramai ahli
Falsafah berikutnya sehingga munculnya Falsafah Islam seperti Farabi dan Ibnu Sina yang
memberi erti yang sama.
PERKEMBANGAN FALSAFAH ISLAM
 Perbahasan tentang falsafah Islam berkisar kepada masalah
asas dalam epistemologi iaitu;
(1) sumber wahyu
(2) akal
 Sejak dari dulu hingga sekarang persoalan-persoalan tentang
dua sumber inilah yang terus menerus diperdebatkan
sehingga timbul beberapa aliran dan mazhab dalam
pemikiran Islam.
 Namun perkembangan falsafah Islam menjadi semakin
matang dan meluas melalui faktor utamanya iaitu
penterjemahan karya-karya dari falsafah Yunani kedalam
pemikiran Islam
 Beberapa ahli sejarah berpendapat bahawa perpindahan dan penterjemahan
falsafah Yunani ini bermula pada zaman Khalifah Al-Abbasi Al-Makmun
pada tahun 215 Hijrah.
 Walaubagaimanapun perpindahan dan penterjemahan falsafah Yunani ini
bukan mudah untuk diterima oleh semua orang Islam. Sehinggakan terdapat
beberapa pendapat yang mengharuskan dan menentang penterjemahan ini.

1.Golongan yang menentang seperti Ibnu Solah berpendapat bahawa


penterjemahan falsafah Yunani ini akan memberi kesan kepada kesesatan
serta penyelewengan akidah.

2.Golongan pertengahan, mereka menerima dan mengambil beberapa


kajian serta kritikan bagi apa yang dinilai baik mahupun yang tidak baik.
Golongan ini termasuklah Muktazilah dan Al-Asya'irah. Sehingga Imam Ghazali menjustifikasikan kepada tiga
bahagian. Bahagian pertama menghukumkannya sebagai kufur.Keduanya menyebut sebagai bid'ah dan Ketiga tidak
boleh diingkar.

3.Golongan yang memandang mulia dan taajub. Disinilah lahirnya ahli-


ahli Falsafah Islam seperti Al-Kindi, Al-Farabi, Ibnu Sina dan Ibn Rusyd.
 Al-Kindi, Al-Farabi, Ibnu Sina dan Ibn Rusyd. Mereka
menghadapi dan mempelajari falsafah Yunani dengan tekun
dan mengambil kajian beberapa karya-karya penting
khususnya daripada Aristotle dan Plato serta melakukan
kritikan terhadap ahli-ahli falsafah Yunani tersebut.
 Ini bermakna mereka tidak menjadikan falsafah Yunani
sebagai sumber rujukan asal tetapi menggunakan Al-quran
sebagai sumber utama kemudian berusaha mencari titik
pertemuan antara kedua-dua sumber tersebut.
 Mereka tidaklah mengambil falsafah Yunani secara taklid
buta bahkan memelihara kandungan-kandungan sumber
utama mereka iaitu Al-quran.
FALSAFAH ISLAM
 Metafizik Islam yakin keseimbangan alam yg wujud adalah
b’dasarkan sunnatullah / ketentuan Allah yang sistematik. Persoalan
metafizik tidak boleh dilihat m’gunakan rasional akal & pancaindera
semata2, tetapi juga wahyu Allah swt.
 EpistemologiIslam mengintegrasikan ilmu wahyu dan ilmu akal; sprt sains
bg m’bina tamadun ilmu. Ciri k’sepaduan antara akal & agama m’bolehkan
manusia m’mahami p’aturan alam ciptaan Allah. Namun ilmu wahyu
m’jadi sumber utama epistemologi.
 Aksiologi Nilai bersifat mutlak, kerana ianya ditentukan oleh Allah swt.
Namun ketetapan ini tidak b’canggah dgn apa yg difikirkan manusia.
Cth; nilai baik, sempurna, tidak berubah m’ikut tempat, masa & keadaan.
Ia b’sifat kekal & tetap.
 Logik manusia tidak boleh berdiri sendiri. Dlm setiap gerakan perlu
merujuk kpd konsep ketuhanan. Manusia tidak m’gunakan 100% akal
logik w/p manusia tinggi martabatnya b’bdg haiwan krn memilik akal.
Keterbatasan akal m/perlukan manusia b’gantung kpd bantuan
wahyu/Allah.
 Falsafah dalam Islam tidak bercanggah dgn kehendak atau prinsip yg terdapat
dalam ajaran Islam.
 Jika;

Sains adalah mencari kebenaran,


Falsafah adalah mendekati kebenaran,
Agama adalah kebenaran.

 Falsafah dalam Islam mesti berteraskan kpd garis panduan @ ketetapan drpd
Allah swt. Manusia perlu dididik dgn asas yg ditentukan oleh Allah swt, demi
melaksanakan peranan, tugas & tanggungjawab.
 Kesimpulannya: kebenaran adalah sesuatu yg perlu dicari, diikuti dan diamalkan.

 Kebenaran akan menjadikan kehidupan bermakna, lantas manusia mendapat


kebaikan daripadanya.
 Kebenaran perlu menjadi aktiviti dlm kehidupan.

 Falsafah adalah penaakulan yang bijaksana untuk mendapat kebenaran. Untuk


tujuan itu, ketajaman akal, kemantapan ilmu, dan keteguhan nilai adalah pra
syaratnya.
AKHIR KALAM..
 Islam bukanlah falsafah, ianya adalah agama wahyu yang bersifat
rabbani, mutlak datang dari Allah SWT, suci dari kekurangan dan
bersifat menyeluruh, sempurna, anjal (flexible), dan sesuai di semua
tempat, masa dan zaman.
 Namun, Islam tetap membuka ruang kepada pemikiran manusia.
Oleh sebab itu, segala pemikiran dan kebijaksanaan manusia dalam
aspek-aspek kefalsafahan akan membentuk falsafah Islam jika ianya
merujuk kepada neraca Islam.
 Tugasan tutorial TOKOH FALSAFAH ISLAM

You might also like