You are on page 1of 11

Cabaran Umat Islam Masa Kini

ISLAM agama samawi terakhir diturunkan Allah. Sebagai agama terakhir sudah tentu
ia paling lengkap dan sempurna. Islam berada di kemuncak kecemerlangan pada
zaman Rasulullah (s.a.w.). Ia berkembang pesat sehingga pernah menguasai satu
pertiga dunia. Wilayahnya memanjang dari selatan China di Timur dan ke pantai
Lautan Atlantik di Barat, dari selatan Paris membawa ke Irian Jaya di Indonesia.

Umat Islam dikurniakan Allah mendiami kawasan paling subur dan paling kaya di
dunia. Mereka juga berada di tengah laluan antarabangsa yang menjadikan rantau
Islam ini idaman semua pihak.

Jatuhnya Khalifah Uthmaniah Turki yang menjadi induk umat Islam dan mansuhnya
sistem khalifah, hasil perancangan jahat yang diketuai Mustafa Kamal Ataturk,
berketurunan Yahudi berasal dari Salonika dan tewasnya kerajaan ini dan sekutunya
dalam Perang Dunia Pertama menyebabkan wilayah umat Islam difaraidkan oleh
penjajah sebagai rampasan perang. British, Perancis, Itali, Sepanyol, Belanda dan
lain-lain mendapat habuan masing-masing. Islam dan umatnya hasil daripada
perancangan teratur musuhnya serta disokong dengan kelemahan dalaman yang sedia
ada telah diasak dari dalam dan luar oleh penjajah dan tali barut mereka menyebabkan
umat Islam berada di tahap paling lemah dalam sejarahnya.

Namun begitu, umat Islam tidak perlu pasif kerana Allah menjanjikan Islam tetap
unggul. Rasulullah menegaskan, akan tetap ada sekumpulan daripada umat Islam
yang terus mempertahankan kebenaran daripada gugatan musuh.

Belajar daripada kesilapan lampau dan dengan kepemimpinan ulama yang mukhlisin,
umat Islam bangun semula dalam asakan dan serangan yang bertali arus itu. Umat
Islam menapak semula untuk bangun dan mengambil semula tempatnya di persada
dunia.

Namun ia tidak semudah yang diungkapkan kerana terlalu banyak cabaran dan
halangan yang terpaksa dihadapi.

Penulis dan pemikir Islam sudah banyak menulis mengenai cabaran yang dihadapi
umat Islam. Abdul Kadir Awdah, seorang pakar undang-undang Mesir yang gugur
syahid di tali gantung pada zaman Jamal Abdel Nasir, pernah mengungkapkan antara
cabaran ummah ialah kejahilan ummah itu sendiri dan kelesuan ulama.

Dr Muhammad Sayyid al-Wakil, profesor sejarah Islam di Universiti Islam Madinah


al-Munawwarah pula menyentuh perancangan jahat musuh dan kejahilan umat Islam
sendiri mengenai Islam.

Kefahaman dan penghayatan umat Islam berbeza-beza mengikut taraf hidup dan latar
belakang mereka. Secara umumnya terbahagi kepada dua. Pertama, golongan kurang
terpelajar atau tidak terpelajar. Golongan ini kadang-kadang tidak memahami
langsung akan Islam kecuali maklumat asas mengenai aspek ibadat dalam agama.
Keislaman mereka sekadar pak turut semata-mata. Mereka mewakili bahagian
terbesar daripada keseluruhan umat Islam. Mereka ini mudah terpengaruh dengan
golongan yang pada pandangan mereka adalah terpelajar.

Kedua, golongan yang mendapat pendidikan Barat atau yang terpengaruh dengannya.
Rata-rata golongan ini dianggap terpelajar di kalangan umat Islam. Mereka mendapat
pendidikan daripada sistem pendidikan yang tidak berteraskan wahyu tetapi mereka
mempunyai kedudukan yang baik dalam masyarakat.

Kelemahan golongan ini berpunca daripada kejahilan mereka mengenai Islam sebagai
ad-Din. Berpunca daripada golongan inilah kedengaran suara sumbang seperti Islam
tiada hubungan dengan hukum-hakam, syariat Islam sudah tidak sesuai dengan
kehidupan zaman moden, sesetengah ajaran Islam payah dan sukar hendak
dilaksanakan dan sebagainya.

Bagi golongan yang faham Islam pula, mereka memahami Islam sebagai satu sistem
hidup yang sempurna dan menyeluruh yang diturunkan Allah. Mereka inilah yang
berusaha melaksanakannya dalam kehidupan kerana meyakini Islam tetap sesuai pada
setiap zaman dan tempat kerana ia milik Allah Yang Maha Mengetahui.

Umat Islam juga sentiasa menghadapi cabaran daripada musuh. Musuh umat Islam
adalah daripada kalangan yang tidak kelihatan seperti nafsu dan syaitan dan ada juga
daripada kalangan manusia.

Daripada kalangan manusia, Allah menegaskan dalam firman-Nya: Orang-orang


Yahudi dan Nasrani tidak akan senang dengan kamu sehingga kamu mengikuti millah
mereka. (Surah al-Baqarah: 126).

Bertitik tolak daripada sikap tidak senang dengan umat Islam inilah, mereka
melakukan pelbagai usaha untuk merosak dan menghancurkan umat Islam. Sejarah
menyaksikan pertentangan kedua-dua pihak ini mencetuskan peristiwa, tragedi dan
kejadian pahit manis di kalangan umat Islam.

Sasaran utama mereka adalah akidah umat Islam, al-Quran, hadis, Rasulullah dan
hukum Islam. Oleh itu pelbagai pendekatan digunakan, bermula daripada
pertentangan bersenjata yang tergambar melalui beberapa siri Perang Salib yang silih
berganti, namun mereka tidak berjaya menghapuskan umat Islam.

Kaedah baru dicari selepas cara pertama kurang berhasil. Bermulalah era serangan
pemikiran. Ternyata cara ini sedikit sebanyak berjaya memerangkap umat Islam.
Mereka berselindung di sebalik pelbagai wadah, institusi penyelidikan dan badan
yang mereka bentuk untuk menjadi boneka mereka.

Musuh Islam juga mengeksport pelbagai pemikiran dan ideologi kepada umat Islam.
Serangan ini berterusan walaupun negara umat Islam dapat membebaskan diri
daripada cengkaman penjajahan fizikal tetapi masih dijajah di segi pemikiran.

Yahudi dan Nasrani menggunakan pelbagai saluran bagi mencapai hasrat mereka
termasuk media, pakej bantuan dan kebajikan yang berselindung di sebalik pelbagai
tabung dan dana, misi kemanusiaan dan seumpamanya. Tujuan utama mereka untuk
menghancurkan Islam ke akar umbinya.
Selain itu, umat Islam turut menghadapi bebarapa cabaran dalaman. Antaranya
masalah kemiskinan, krisis nilai dan jati diri, pertentangan sesama sendiri dan
kegagalan institusi ulama memainkan peranan sebagai pewaris nabi yang menjadi
pemandu ummah.

Faktor ini cukup untuk menjadikan umat Islam sebagai golongan lemah dan terkial-
kial untuk meneruskan survival diri dan ummah. Kalau tidak kerana jaminan Allah
yang akan tetap membela dan melindungi mereka yang beriman, sudah tentu perkara
yang lebih teruk akan dihadapi umat Islam.

Setelah mengenali secara umum beberapa cabaran umat Islam, kita dapat mengenal
pasti faktor yang menghalang umat daripada bangkit semula mengambil tempatnya
sebagai guru dan pemimpin dunia. Adalah menjadi tanggungjawab kita yang prihatin
dan peka dengan masa depan umat untuk melakukan muhasabah dan belajar daripada
sejarah lampau untuk membolehkan kita menyusun langkah teratur dalam menuju
masa depan yang gemilang.

Kita perlu menoleh ke belakang untuk mengambil iktibar dan pengajaran daripada
generasi lalu dan melihat ke hadapan dengan perancangan teratur bagi membolehkan
umat Islam terus melangkah dengan yakin dan bertawakal kepada Allah. Imam Malik
r.a. berkata: “Tidak akan baik golongan yang terakhir darpada umat ini kecuali
dengan apa yang sudah baik umatnya yang terdahulu.”

http://drfauzee.blogspot.com/2008/04/cabaran-umat-islam-masa-kini.html
SLAM SEBAGAI PENYELESAIAN  

Muaqaddimah

Apa yang termuat dalam risalah ini, sebahagian besarnya, adalah


petikan daripada pendapat ulamak-ulamak muktabar yang jelas fikrah
serta iltizam dan intizam dengan kehidupan Islam. Saya hanya
sekadar menyambung lidah, menyampaikan buah fikiran dan
pengalaman mereka di sepanjang hidup dalam berbagai-bagai waqi’.

Sepatutnya tajuk “Islam Sebagai Penyelesaian” menghuraikan skop


dan ruang lingkup yang luas meliputi berbagai aspek kehidupan
manusia. Tetapi apa yang saya akan ketengahkan di sini menyentuh
perkara asas yang menjadi dasar kepada penyelesaian masalah hidup
manusia dari semasa ke semasa hingga alam ini diwarisi kembali
oleh    Allah SWT.

Konsep penyelesaian tersendiri

Persoalan penting, apakah yang hendak diselesaikan oleh Islam?


Apakah masalah sebenar manusia yang tidak mampu diselesaikan
oleh mana-mana sistem atau peraturan kecuali Islam?

Sebelum persoalan ini dijawab, perlulah difahami bahawa Islam tidak


boleh dipisahkan daripada realiti hidup manusia. Kerana manusialah
Islam ditanzilkan (diturunkan). Firman Allah SWT:

“Dan tidak Kami utuskan engkau (wahai Muhammad) melainkan


untuk seluruh manusia, untuk menyampaikan berita gembira dan
peringatan.” - Surah Saba’: ayat 28

Risalah Muhammad Rasulullah SAW adalah untuk kepentingan


manusia. Manusia mempunyai sifat dan tabiat yang unik. Manusia
terdiri daripada tiga fakulti iaitu rohi, ‘aqli dan jasmani. Ketiga-tiga
fakulti ini perlu dipandu dan dikawal oleh satu sistem yang lengkap
dan bersepadu untuk melahirkan manusia atau insan yang dapat
berperanan sebagai khalifah Allah SWT di muka bumi mengikut nilai
Rabbani, sekali gus memperlihatkan kematangan serta
kedewasaannya dalam kehidupan di dunia dan layak mengecapi
kebahagiaan di akhirat kelak.

Kita mengetahui bahawa setiap undang-undang atau peraturan


mempunyai falsafah dan konsep tersendiri. Undang-undang dan
peraturan-peraturan itu, dalam perlaksanaannya, tetap akan
menghadapi masalah dan mempunyai cara-cara penyelesaian
tersendiri pula.

Adalah tidak logik dan tidak adil seseorang menuntut undang-undang


tertentu untuk menyelesaikan sesuatu masalah yang timbul akibat
daripada perlaksanaan undang-undang  yang lain.

Islam adalah undang-undang dan peraturan hidup yang lengkap.


Setiap juzuk berkaitan dan berhubungan secara bersepadu
membentuk kesatuan hakiki mencakup seluruh aspek kehidupan.
Sekiranya Islam diberikan peluang agar tau’iyah dan tarbiyyahnya
ditegakkan berdasarkan prinsip-prinsip da’wah Islamiyyah sebenar,
berqudwahkan Rasulullah SAW dan berpandukan sumber wahyu
Allah SWT. sehingga lahir masyarakat yang rela melaksanakan
undang-undang dan peraturan Islam, maka  dikala itu logik dan
adillah Islam dipertanggungjawabkan untuk menyelesaikan masalah-
masalah yang timbul. Lihatlah apakah Islam mampu atau tidak?

Cara Islam Menyelesaikan Permasalahan Hidup

Untuk mengetahui cara Islam menyelesaikan permasalahan hidup


manusia, seseorang perlu kembali meneliti dan memahami Fiqh
Da’wah Rasulullah SAW. Yakni da’wah yang dibimbing oleh wahyu
Allah SWT, al-Quran al-Karim. Di waktu yang sama seseorang
perlulah melihat realiti masyarakat sewaktu Rasulullah SAW.
diutuskan dari segi politik, ekonomi dan sosial kerana dalam bidang-
bidang inilah sering timbul masalah-masalah yang dihadapi oleh
sesuatu masyarakat, bangsa atau negara.

Ketika mana Muhammad Rasulullah SAW diutuskan, negeri Arab


seperti Syam dan Yaman yang subur dan kaya dengan hasil mahsul
dikuasai oleh Romawi dan Parsi. Tinggallah Hijaz, Tihamah dan Najd
yang kering kontang, dilitupi padang pasir dan dimiliki secara bebas
oleh orang-orang Arab yang berpuak dan berqabilah.

Kalau difikirkan secara biasa, tanpa meyakini bahawa setiap tindakan


baginda bersabit dengan konsep Da’wah Islamiyyah sebenar dan
metod penyampaian baginda adalah bimbingan wahyu Allah SWT,
maka sudah tentu seseorang akan membuat andaian-andaian bahawa:

1.  Dalam kesempatan Muhammad Rasulullah SAW yang memiliki


sifat-sifat kepimpinan, kewibawaan dan pernah diberi kepercayaan
oleh pembesar-pembesar Quraisy untuk menyelesaikan masalah-
masalah tertentu,  maka sebelum baginda menjalankan Da’wah
Islamiyyah kepada masyarakat, sudah tentu dengan senang baginda
dapat menyatupadukan  umat Arab yang berpuak dan berqabilah di
bawah slogan Qaumiyyah ‘Arabiyyah demi membebaskan bumi Arab
dari dijajah oleh Romawi serta Parsi dan mengembalikan kuasa
politik ke tangan umat Arab. Setelah umat Arab bersatu, buminya
dirampas kembali dari tangan Rumawi dan Parsi dengan semangat
Qaumiyyah ‘Arabiyyah dan setelah kedudukan Muhammad sebagai
pemimpin kukuh maka dapatlah baginda, dengan kuasa dan
kedudukan yang dimiliki, memantapkan ‘Aqidah Tauhid untuk
dianuti oleh masyarakat dan seterusnya mewartakan Islam sebagai
cara hidup mereka. Dengan cara ini, tentulah pada andaian seseorang
yang hanya menggunakan aqal, Muhammad Rasulullah SAW tidak
akan menghadapi berbagai-bagai halangan, rintangan, siksaan dan
tentangan yang keras  daripada Kafir Qura’isy selama 13 tahun dalam
usaha untuk menanamkan ‘Aqidah Tauhid ke dalam hati masyarakat
dan menegakkan Islam sebagai ad-Din (sistem hidup). Tetapi andaian
ini bukanlah jalan yang sebenar.

2.  Kesempatan yang lain, realiti ekonomi dan sumber kekayaan di


zaman Rasulullah SAW dikuasai oleh segolongan kecil dari
masyarakat jahiliyyah. Mereka menguasai aktiviti perniagaan
berasaskan riba’. Majoriti rakyat hidup miskin dan melarat.
Berdasarkan kesempatan ini, mungkin seseorang mengandaikan jika
Muhammad Rasulullah SAW berusaha mengajak majoriti masyarakat
yang miskin dan melarat, lalu menyatupadukan mereka dalam satu
saf bagi melepaskan diri daripada cengkaman golongan feudal dan
meningkatkan taraf hidup mereka, nescaya Rasulullah SAW dengan
senang dapat mempengaruhi dan menyatukan mereka. Selepas itu
bolehlah Rasulullah SAW menegakkan ‘Aqidah Tauhid dan
seterusnya mentatbiqkan undang-undang Islam dalam kehidupan
masyarakat, tanpa bersusah payah menghadapi tentangan masyarakat
Quraisy yang agresif hingga ke tahap ingin membunuh baginda.
Tetapi andaian ini bukanlah jalan yang sebenar.

3.  Kesempatan yang lain pula, realiti sosial dari sudut moral dan
akhlak orang-orang Arab ketika itu amatlah menyedihkan. Sesiapa
yang kuat dialah berkuasa. Permusuhan, kezaliman dan pergeseran
sesama sendiri sering berlaku. Anak gadis ditanam hidup-hidup.
Kemabukan arak, perjudian, amalan pelacuran dan seumpamanya
berleluasa. Mungkin seseorang mengandaikan sekiranya Muhammad
Rasulullah SAW mengisytihar dari awal-awal lagi suatu bentuk
Da’wah Islamiyyah yang bertujuan membaiki moral, membentuk
disiplin dan membangunkan akhlak tanpa menekankan permasalahan
iman, nescaya Rasulullah SAW akan mendapat sambutan dan
sokongan majoriti penduduk tanah Arab. Lebih-lebih lagi pada ketika
itu masih terdapat di kalangan orang-orang ‘Arab yang mempunyai
sifat-sifat dan `basic morality’ yang baik. Tidak perlu Rasulullah
SAW bersusah payah selama 13 tahun berda’wah mengajak manusia
supaya beriman kepada Allah SWT dan mentauhidkan-Nya. Tetapi
andaian ini bukanlah jalan yang sebenar.

Allah SWT Maha Mengetahui

Sesungguhnya Allah SWT Maha Mengetahui bahawa semua andaian


di atas bukan jalan yang betul untuk menyelesaikan masalah hidup
manusia. Allah SWT Maha Mengetahui bahawa masalah hidup
manusia tidak dapat diselesaikan tanpa melalui proses pembentukan
jiwa berasaskan ‘aqidah yang sahih. ‘Aqidah yang akan menentukan
sikap dan nilai sebenar.

Apabila ‘aqidah tauhid mengambil tempat dalam hati dan jiwa para
sahabat Rasulullah SAW, dalam suasana mereka menghadapi
berbagai halangan dan tentangan yang keras, maka terbentuklah
‘Aqidah Tauhid Rububiyyah dan Uluhiyyah Allah SWT. Aqidah
tauhid menjadi keyakinan dalam jiwa mereka. Syari’ah dan peraturan
Islam menjadi praktik hidup mereka.

Pencetus Dan Pengawas Yang Kuat

Apabila manusia mengenal Ilah, beribadah kepada-Nya semata-mata,


membebaskan diri daripada kesultanan manusia serta hawa nafsu dan
apabila kalimah Lailaha Illallah menguasai jiwa  manusia, pada
ketika itu Allah SWT akan menyempurnakan untuk mereka segala
sesuatu termasuklah andaian-andaian seperti tersebut di atas tadi.
Dalam masa lebih kurang suku abad sahaja, bumi Arab yang
terdahulu dijajah oleh Romawi dan Parsi telah dapat dikuasai oleh
generasi yang dibentuk oleh Rasulullah SAW melalui proses
keimanan kepada Allah SWT dan prinsip-prinsip keimanan yang lain.

Bersihlah masyarakat ‘Arab daripada sebarang bentuk kezaliman.


Tertegaklah peraturan Islam pilihan Allah SWT yang adil dan
saksama  untuk manusia. Bersihlah jiwa dan moral masyarakat
daripada saki baki jahiliyyah hingga jarang sekali hukum hudud,
qisas dan ta’zir dijalankan pada generasi yang unik ini.

Inilah pencetus dan pengawas yang kuat dan rapi bertapak di dalam
hati dan jiwa mereka. Pencetus dan pengawas dalaman bukan luaran
semata-mata. Mereka melaku atau meninggalkan sesuatu kerana
Allah SWT dan inginkan balasan yang baik daripada-Nya. Inilah
rahsia sebenar yang mungkin tidak terfikir dan difikir oleh orang
ramai ketika ini.
Realiti Umat Islam Kini

Sering terdengar percakapan-percakapan dan perbincangan-


perbincangan di kalangan pemuda-pemuda dan ahli-ahli fikir Islam
dewasa ini mengenai keperluan umat Islam terhadap kekuatan harta
benda, ilmu pengetahuan dan pelbagai bidang ikhtisas untuk
menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi umat Islam dan
membangunkan hidup mereka agar lebih maju dan makmur. Namun,
amat sedikit didapati perbicaraan dan tindakan yang serius tentang
keperluan umat Islam terhadap keimanan sebenar, perhubungan hati
dengan Allah SWT, kepatuhan kepada titah perintah-Nya dan
mencari keredhaan-Nya dalam semua amalan.

Tegasnya, seseorang perlulah faham dan sedar bahawa setiap amalan


yang lakukan dan wasilah yang dimiliki, tanpa bersandarkan kepada
dasar keimanan terhadap  Allah SWT, akan sia-sialah segala amalan
dan wasilah itu di sisi Allah SWT. Begitu banyak harta yang menjadi
milik  orang-orang Islam tetapi tidak menguntungkan Islam. Begitu
juga halnya dalam bidang-bidang lain.

Rahsia Kejayaan Generasi Awal

Kejayaan generasi para sahabat yang dibentuk Rasulullah SAW


dalam mengejar matlamat hidup bukanlah kerana mereka memiliki
pelbagai  wasilah dan alat kelengkapan yang cukup. Rahsia kejayaan
mereka ialah keimanan sejati, kepatuhan maksimum terhadap titah
perintah Allah SWT dan cita-cita mendalam untuk mendapat
keredhaan serta pahala daripada-Nya. Inilah rahsia menyebabkan
mereka bersedia penuh  menyahut setiap hajat dan keperluan Islam
dari masa ke semasa. Juga rahsia yang mendorong mereka berkorban
dan bangun melaksanakan setiap tuntutan Islam tanpa rasa berat
walaupun menghadapi pelbagai kesukaran.

Islam berhajatkan kerja-kerja da’wah. Maka tampillah para du’at


yang jujur, berani dan sabar menyampaikan risalah Allah SWT
melalui lisan dan contoh teladan meskipun menghadapi berbagai
halangan dan tentangan daripada musuh. Mereka tetap meneruskan
kerja-kerja da’wah tanpa takut atau mundur ke belakang.

Islam memerlukan pengorbanan harta benda. Maka tampillah mereka


yang memiliki harta benda dan kekayaan, lalu menginfaq kepada
Rasulullah SAW dengan penuh rela tanpa rasa bakhil atau sayang
kepada harta benda itu. Hinggalah terdapat di kalangan mereka yang
berkata kepada Rasulullah SAW, “Apa yang tuan ambil daripada
kami adalah lebih baik daripada apa yang tuan tinggalkan.”
Islam berkehendakkan pengorbanan jiwa untuk mempertahankan
kesuciannya daripada dicemari musuh. Maka berlumba-lumbalah
mujahid-mujahid dan pejuang-pejuang Islam memberi khidmat suci
demi menyahut panggilan Allah SWT. Sungguh banyak pengorbanan,
sumbangan dan khidmat bakti mereka untuk kepentingan Islam
semata-mata.

Islam Bermula Dengan Usul, Tidak Dengan Furu’

Islam tidak memulakan da’wah dengan mengenegahkan


permasalahan furu’ tetapi memulakannya dengan perkara usul
(perkara  asas  atau dasar). Islam di peringkat awal, di zaman
Rasulullah SAW, tidak meminta manusia agar bangun berjihad di
medan peperangan, berpuasa, berzakat, meninggalkan arak,
menjauhkan judi dan sebagainya. Tetapi Islam  di peringkat awal
meminta dan menuntut supaya beriman kepada Allah SWT semata-
mata. Tegasnya Islam bermula dengan ‘aqidah, tidak bermula dengan
taklif atau kewajipan. Aqidahlah yang menjadi asas dalam
perlaksanaan taklif (kewajipan). Islam bermula dengan batin , hati
dan fikiran manusia sebelum sesuatu yang lain. Dari titik tolak aqidah
yang bertempat di hati akan berlakulah perubahan dan pembangunan
yang hakiki, yakni pembangunan insan di tengah-tengah alam
kebendaan.

Apabila perkara dasar ini menguasai hati dan fikiran mereka yang
dibentuk oleh Rasulullah SAW, lahirlah keperibadian ummah yang
berorientasikan iman. Keperibadian itu  menjadi kenyataan.  Mereka
iltizam dan intizam kepada titah perintah Allah SWT dan Rasulullah
SAW dalam berbagai aktiviti hidup pada setiap masa tanpa
berhajatkan pengawasan luar. Segala sesuatu yang terdahulu menjadi
masalah dalam kehidupan mereka dapat diatasi dan diselesaikan
dengan senang.

Lihatlah bagaimana Rasulullah SAW menyelesaikan permasalahan


arak hanya melalui tiga potong ayat al-Quran al-Karim. Firman Allah
SWT:

“Mereka bertanyakan engkau (Muhammad) mengenai arak dan judi.


Katakanlah bahawa kedua-duanya dosa besar dan ada manfaat-
manfaat kepada manusia, dosa kedua-duanya lebih besar daripada
manfaatnya.” 
- Surah al-Baqarah: ayat 219
“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menghampiri
solah ketika kamu mabuk hingga kamu tidak ketahui apa yang kamu
katakan.” - Surah an-Nisa’: ayat 43

“Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya arak, judi,


berhala dan tenung nasib adalah kotor dari amalan syaitan, maka
hendaklah kamu menjauhinya agar kamu mendapat kejayaan.” -
Surah al-Maidah: ayat 90

Dengan tiga potong ayat tersebut permasalahan arak dapat


diselesaikan oleh Rasulullah SAW. Sebaliknya, kerajaan Amerika
suatu ketika dahulu pernah melarang rakyatnya meminum arak.
Dijalankan dia’yah (kempen) kepada masyarakat umum menentang
minuman arak. Media massa kerajaan digunakan untuk tujuan
tersebut. Hinggalah  undang-undang pengharaman arak
dikuatkuasakan di Amerika. Kerajaan Amerika menanggung beban
perbelanjaan bagi melaksanakan undang-undang tersebut sebanyak
250 juta dollar. Akibat daripada pengharaman undang-undang arak
itu, seramai 300 orang dikenakan hukuman mati bersabit kesalahan
arak dan 500,000 orang dipenjarakan. Denda yang dikumpulkan
sebanyak 400 juta dollar. Namun akhirnya, pada tahun 1933, kerajaan
Amerika terpaksa memansuhkan undang-undang pengharaman arak.

Perhatian

Setiap Muslim dan Muslimah perlu memahami secara sedar bahawa


Islam sebagai peraturan hidup manusia merupakan Qadhiyyah
Ilahiyyah (Permasalahan Uluhiyyah) yang bersifat samawi, tidak
layak disamakan dengan peraturan-peraturan hidup ciptaan manusia.
Umat Islam yang memahami hakikat ini sekali-kali tidak akan
menyamakan Islam dengan mana-mana peruntukan hasil pemikiran
makhluk.

Setiap Muslim dan Muslimah perlu meyakini bahawa Islam


merupakan Din Allah SWT untuk manusia sejagat. Mereka perlu
yakin bahawa Islam sahaja mampu menyelesaikan masalah manusia
lantaran Islam ditanzilkan oleh Pencipta manusia. Sesiapa yang
memilih din yang lain maka dia menempa kerugian seperti mana
yang diperingatkan Allah SWT dalam Firman-Nya:

“Dan sesiapa yang mencari selain Islam sebagai Din (peraturan


hidup) maka sesekali tidak diterima dan ia di akhirat kelak dari
golongan mereka yang rugi.” - Surah Ali Imran: Ayat 85
http://hasan98.tripod.com/islam.htm

You might also like