You are on page 1of 18

KELENGKAPAN & PERALATAN PERKHEMAHAN

Penyediaan Kelengkapan dan Peralatan perkhemahan bergantung kepada


tempoh masa perkhemahan, aktiviti dan bilangan peserta.

1.1 Peralatan Perkhemahan

1. Khemah
 Khemah berangka (frame tent)
 Khemah rabung (bentuk A atau iglu)

2. Bag galas
 Pemakaian rusksacks

3. Sleeping bag (beg tidur)

4. Dry bag (menyimpan barang-barang supaya tidak basah)


5. Kelengkapan memasak
 Peralatan memasak
 Bekalan makanan

6. Lampu suluh (digunakan pada waktu malam)

7. Peti kecemasan (Alat perubatan)


8. Alat ikhtiar hidup (Peralatan paling asas dalam keadaan ikhtiar hidup).
 Pisau/parang - tujuan memotong, mempertahankan diri, am.
 Mata pancing - menangkap ikan, sumber makanan(protein)
 Tali pancing - menangkap ikan dan kerja mengikat
 Mancis/pemetik api - masak, haba, cahaya
 Garam - gantikan mineral badan yang hilang

9. Alat isyarat
 Wisel
 Suar asap (flares)

10. Mancis api


11. Tali (membuat gadjet atau ampaian)

12. Swiss army knife

13. Alat jahitan


14. Kompas

15. Alat tulis

16. Jam tangan


17. Kelengkapan peribadi
 Keperluan harian - berus gigi, ubat gigi, sabun mandi sikat , ubat
keperluan peribadi dan sebagainya
 Pakaian secukupnya (Pakaian wajib – Baju dan ‘Track Bottom’)
 Kasut sukan dan selipar

18. Alatan khusus


 Kelengkapan sembahyang
 Tuala dan kain basahan
 Lampu gasoline
 Ubat nyamuk
 Botol air
1.2 Khemah

Pengertian amnya adalah tempat perlindungan sementara yang selamat, selesa


dan mempunyai kemudahan asas yang minima. Tidak kira apa bentuk dan jenis
tempat berlindungan itu.

Maksud tempat perlindungan adalah sebarang bentuk tempat perlindungan


tidak kira dari canves, nylon atau pun daun dan mungkin juga dari batu dan simen
sepertimana yang didirikan oleh warga pelarian perang di tapak sementara di negeri
orang . Yang pentingnya boleh memberi perlindungan dari hujan, panas, kesejukan
dan juga angin.

Bagi warga rekreasi, khemah yang diperlukan adalah ringan, lasak dan senang
dipasang dan dibuka semula. Yang paling sesuai adalah khemah dari bahan nylon dan
jenis-jenis yang ringan. Ada tiga bentuk khemah yang sesuai dengan tiga bentuk
cuaca dan persekitaran yang berbeza.

A. Jenis-jenis khemah

Antara jenis-jenis khemah yang biasa digunakan ialah:

1. Khemah nylon berntuk "A" atau poncho (seperti digunkan oleh tentera)  
sesuai digunakan di kawasan tanah rendah atau pantai. Khemah jenis ini akan
memberikan kitaran udara yang baik di tempat-tempat yang agak panas.
2. Khemah nylon berbentuk Dome
sesuai digunakan dipergunungan kerana boleh ditutup dan menghalang dari
kesejukan. Khemah ini boleh memerangkap udara panas di dalam khemah dan
menghalang angin sejuk dari menerobos ke dalam. Dengan ini memberi
keselesaan kepada pengguna di persekitaran yang sejuk.

3. Khemah nylon berbentuk Igloo 


sesuai digunakan di pergunungan air batu dan di tempat bersalji. Fungsinya
sama dengan khemah bentuk Dome di atas, cuma ianya lebih memanaskan.

     
B. Mendirikan Khemah

1. Ciri-ciri yang perlu diketahui:

a) Carilah tapah perkhemahan sebaik-baiknya lapang dan tanahnya rata.


b) Terdapat sumber/punca air berhampiran.
c) Mendapat pancaran cahaya matahari untuk mengeringkan khemah jika  basah.
d) Terlindung daripada tiupan angin secara terus.
e) Jika boleh carilah tapak yang mempunyai pemandagan yang menarik.
f) Lakukan pemeriksaan di sekitar kawasan perkhemahan (untuk keselamatan)
g) Dirikan di kawasan yang teduh dan selesa. Tempat beristirehat apabila selesai
melakukan aktiviti pada siang hari.

2. Mendirikan Khemah :

a) Bersihkan kawasan tapak khemah.


b) Tentukan arah tiup angina, kemudian dirikan khemah.
c) Ukur saiz panjang khemah diatas lantai, tanam kedua-dua batang tiang 
khemah.
d) Naikkan khemah, pasang bumbung dan tiang dengan betul.
e) Ketuk pancang dan ikat tali dari kedua-dua batang tiang ke pancang.
f) Kemudian barulah ikat dengan tegang tali khemah pada kedua-dua belah tepi
khemah ke pancang.
g) Setelah selesai mendirikan khemah, bina parit kecil di sekeliling khemah
untuk mengelakkan air hujan bertakung.
h) Kemudian taburkan serbuk belerang (sulfur) di sekeliling khemah untuk
mengelakkan binatang bias memasuki khemah pada waktu malam.
3. Menurunkan Khemah

a) Pasti segala barang dikeluarkan daripada khemah.


b) Tanggalkan ikatan tali khemah pada pancang kemudian turunkan khemah.
c) Kumpulkan pancang khemah dan tiang khemah yang di taman.
d) Sebelum melipat khemah, pastikan tiada sampah sarap yang melekat pada
khemah.
e) Bagi khemah yang masih lembap, keringkan di bawah cahaya matahari.
f) Bentangkan khemah di atas tanah. Semua helai pintu, penahan angina dan tali
khemah hendaklah dilipatkan ke bahagian dalam.
g) Selepas itu, khemah perlu dilipat sehingga lebarnya lebih kurang 0.5 meter.
h) Khemah mesti diikat dengan kemas dan betul supaya tidak terburai di
pertengahan jalan.
i) Bersihkan kawasan perkhemahan.
C. Memilih Kawasan

1. Sumber Asas

Untuk memilih kawasan ataupun tapak perkhemahan yang baik, perkara yang
paling utama untuk diambil kira ialah sumber alam semulajadi terutamanya
punca air. Punca air adalah penting untuk kita memasak, minum,
membersihkan diri dan sebagainya. Namun begitu anda DILARANG
berkhemah terlalu dekat dengan sungai dikawasan hulu atau berbukit. jika
hujan dikawasan ini, terutamanya di sebalah hulu, paras air akan tiba-tiba naik
dengan cepat.

2. Bentuk Muka Bumi

Bentuk muka bumi yang sesuai adalah tanah rata dan


kering. Kedudukan tanah tersebut haruslah tinggi
sedikit daripada kawasan disekitarnya untuk
mengelakkan air bertakung / banjir ketika hujan lebat.
Permukaan tanah juga seharusnya tidak berbatu-batu
kerana ia tidak menyelesakan ketika tidur. Tambahan pula, ia boleh
merosakkan alas khemah anda.

Anda juga TIDAK digalakkan untuk mendirikan khemah di bawah pokok


yang besar ataupun yang sudah tua. Kerana dikhuatiri dahan yang besar dari
pokok tersebut akan menghempap khemah anda. Anda juga harus memastikan
bahawa tapak perkhemahan anda jauh dari semak dan belukar kerana kawasan
begini merupakan tempat sarang serangga ataupun binatang merayap seperti
ular, kala jengking dan lipan. Bukan itu sahaja, tunas lalang yang tajam boleh
mengoyakkan khemah. Jauhi kotor atau berhampiran dengan sampah sarap
kerana boleh mengundang penyakit.

Tetapi anda juga diingatkan supaya tidak mencari kawasan yang terlalu
lapang, sekurangnya tidak jauh dari tempat anda mempunyai pokok atau bukit
untuk mengelakkan ancaman angin. Anda juga dilarang untuk mendirikan
khemah yang terlalu dekat dengan kaki bukit kerana bahaya tanah runtuh.

3. Perhubungan

Kawasan yang anda pilih sekurang-kurangnya mempunyai cara untuk


berhubung dengan orang diluar kawasan perkhemahan tersebut seperti jalan
raya, telefon awam, balai polis, rumah penduduk kampung dan sebagainya. Ini
untuk memudahkan anda mendapatkan bantuan segera jika perlu. Jika anda
menjalankan aktiviti ini dikawasan yang terpencil atau jauh kedalam hutan,
pastikan anda berhampiran dengan tanah lapang dan tinggi supaya kedudukan
anda mudah dikesan dari udara.

4. Sinar Matahari

Kedudukan anda seharusnya mendapat sinar matahari disebelah pagi untuk


tujuan mengeringkan udara lembap dalam khemah dan juga mengeringkan
pakaian dan peralatan yang basah. Pemandangan yang indah juga tidak kurang
pentingnya kerana ia dapat memberikan ketenangan kepada kita serta
perkhemahan kita menjadi lebih seronok.

5. Denai Binatang

Jangan sekali-kali mendirikan khemah dikawasan denai binatang. Kerana


dikhuatiri khemah anda akan menjadi mangsa rempuhan binatang yang
menggunakan denai tersebut.

6. Tandas

Jarak dengan kawasan perkhemahan 100 meter dimana dalaman lubang kira-
kira 4-5 meter dan dihadang dengan kain guni,plastk atau daun palma.Najis
perlu ditutupi supaya tidak berbau.Jauhi dari kawasan punca air bersih.
7. Lubang sampah

Lubang sampah kering yang boleh dibakar separti plastik,getah dan lain-lain
hendaklah dibakar dalam lubang teersebut.Sampah yang tiak boleh dibakar
seperti tin,kepingan zinkhendaklah dikemekkan dahulu sebelum dikambus dan
sebelum meninggalkan kawasan perkhemahan.

D. Aktiviti pemasangan khemah


Penting!

Bahagian luar khemah atau penutup khemah mestilah ditarik dalam jarak 0.3 metar
dari badan khemah dan diikat pada ranting kayu serta dicucuk ke dalam tanah bagi
mengelakkan air hujan menyerap masuk kedalam khemah sekiranya hujan turun
dalam jangka masa yang lama... kemudian parit kecil dikorek disekeliling khemah
bagi mangalirkan air hujan yang turun dari khemah.

You might also like