You are on page 1of 4

Bahan Binaan Jalanraya

Bahan Turapan Lentur


i. Tanah
ii. Batu baur
iii. Bahan pengikat

Bahan Turapan Tegar


i. Konkrit
ii. Tetulang
iii. Penutup sambungan

i. Bitumen gred penetrasi


 Hasil penyulingan petroleum
 Berkeadaan separa-pepejal dan perlu dipanaskan
 Nama diambil dari ujian tusukan
 Nilai tusukan menentukan kekerasan bitumen
 Kegunaan untuk premix bitumen macadam dan premix konkrit asfal

ii. Bitumen Cut Back


 Bitumen gred penetrasi + pelarut
 Pelarut menggantikan pemanasan
 Contoh pelarut digunakan ialah kerosin,gasoline dan naftalin
 Pelarut hilang secara penyejatan dan meninggalkan bitumen untuk mengikat
batu baur
 Kelikatan dari ujian dan digunakan untuk kerja permukaan tunggal.

iii. Bitumen Emulsi


 Bitumen gred penetrasi /cut back + air + agen emulsi
Bahan Binaan Jalanraya

 Agen emulsi mengelakkan bitumen berketul-ketul


 Tidak perlukan pemanasan, berkeadaan cair
 Air menyejat dan meninggalkan bitumen untuk mengikat batu baur
 Digunakan untuk penampalan lopak, penyiraman lapisan lapik dan haus.
Dikenali sebagai tack-coat

iv. Tar
 Dihasilkan dari proses pembakaran hidrokarbon
 Kurang digunakan kerana banyak kelemahan penggunaannya berbanding
bitumen. Contohnya mudah berubah bentuk.

kebaikan dan keburukan yang terdapat pada turapan tegar berbanding dengan
turapan lentur

kebaikan :

i. Hayat rekabentuk turapan tegar lebih lama, iaitu 40 tahun sementara hayat rekabentuk
turapan boleh lentur hanyalah 20 tahun sahaja.
ii. Tidak banyak kerja penyenggaraan perlu dilakukan ke atas turapan tegar dan
permukaannya tidak mudah dicemar oleh tumpahan minyak.
iii. Bahan mentah utama untuk binaan turapan konkrit (simen, aggregat, air dan tetulang )
mudah didapati di Malaysia.
iv. Turapan tegar tidak telus air, kecuali pada sambungan. Sekiranya sambungan
disenggarakan dengan rapi, air tidak akan menembusi subgred dan ini dapat menjamin
kestabilan turapan.

v. Turapan tegar mampu menanggung beban gandar yang sangat berat dan faktor
kekuatan ini mendorong penggunaannya untuk papak landasan kapal terbang.
vi. Secara relatif, permukaan turapan tegar licin tetapi mempunyai rintangan kegelinciran
yang mencukupi. Oleh itu, cerun lintang yang lebih landai boleh digunakan.

keburukan :
i. Kos permulaan pembinaan turapan tegar adalah tinggi
Bahan Binaan Jalanraya
ii. Teknik pembinaan secara berperingkat-peringkat yang kerap diamalkan di negara
membangun tidak boleh dipraktikkan pada turapan tegar.
iii. Turapan tegar amat sukar dikorek atau ditebuk setelah terbina. Oleh itu, peletakan
utiliti seperti kabel telefon, saluran elektrik, paip air dan lain-lain mestilah dirancang
dengan rapi terlebih dahulu.
iv. Konkrit memerlukan masa lebih kurang 28 hari sebelum benar-benar mampu
menyokong beban. Oleh itu, sesebuah seksyen lebuhraya terpaksa ditutup selama 28
hari (melainkan jika simen cepat mengeras digunakan) sekiranya kerja penyenggaraan
yang melibatkan pembinaan semula turapan sedia ada terpaksa dilaksanakan.
v. Proses dan kaedah pembinaan turapan tegar melibatkan tenaga kerja mahir,
pengelolaan bahan dengan baik dan jentera pembinaan berteknologi tinggi.
vi. Sifat ketegaran papak konkrit mengorbankan sedikit keselesaan memandu.
vii. Penyenggaraan sambungan yang sangat rapi perlu demi kekuatan dan kelanjutan usia
turapan tegar.

Objektif rekabentuk campuran konkrit asfalt turapan jalan adalah untuk mendapatkan suatu
adunan yang ekonomi serta untuk menentukan pengredan aggregat dan kandungan asfalt yang
akan menghasilkan campuran yang mempunyai ciri-ciri yang dikehendaki.

Ciri-ciri yang diperlukan dalam rekabentuk campuran konkrit asfalt :

i. Asfalt yang mencukupi agar turapan yang dihasilkan tahan lasak terhadap
kemerosotan atau penyepaian akibat tindakan cuaca dan lalulintas.
ii. Kestabilan bancuhan (campuran) yang yang mencukupi supaya permintaan
lalulintas dapat dipenuhi tanpa berlaku herotan atau anjakan kekal atau
ubahbentuk semasa menanggung beban lalulintas
iii. Lompang yang mencukupi di dalam campuran terpadat membolehkan berlakunya
sedikit pemadatan tambahan di bawah tindakan beban lalulintas tanpa
berlakunya penjujuhan, pancuran atau penurunan kestabilan.
Bahan Binaan Jalanraya
iv. Keboleholahan yang mencukupi untuk membolehkan perebakan dibuat secara
berkesan tanpa berlaku sebarang pemisahan antara juzuk-juzuk di dalam
campuran asfalt yang berkenaan.
v. Permukaan turapan jalan yang dapat memberikan rintangan kegelinciran yang
mencukupi sebagai langkah keselamatan bagi mengelakkan kemalangan.
vi. Turapan yang dihasilkan hendaklah mempunyai ciri kebolehlenturan yang baik.
Ini ditakrifkan sebagai ketahanan turapan terhadap kelesuan, iaitu lenturan
yang berulang-ulang tanpa pecah atau keupayaannya untuk menerima
perubahan aras setempat di dalam subgred dan tapak jalan raya.
vii. Rekabentuk bancuhan hendaklah bermutu dan dapat disediakan secara ekonomi.

You might also like