P. 1
karangan kemalangan jalan raya

karangan kemalangan jalan raya

5.0

|Views: 23,283|Likes:
Published by Farisya Afiqah

More info:

Published by: Farisya Afiqah on Mar 17, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

09/30/2013

pdf

text

original

Assalamualaikum.

Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, yang berbahagia Tuan Pegawai Daerah Kubang Pasu, pegawai polis trafik, dan hadirin yang dihormati sekalian.Saya mengucapkan ribuan terima kasih kerana diberi kesempatan untuk menyampaikan ceramah dalam majlis ini. Tuan-tuan dan puan-puan, Kes kemalangan jalan raya menjelang hari raya semakin meningkat sejak kebelakangan ini. Pada tahun-tahun lepas kadar kemalangan jalan raya pada musim perayaan khususnya Hari Raya Aidilfitri tidak sebanyak pada tahun lepas. Terdapat banyak punca yang menyebabkan berlakunya peningkatan kes kemalangan jalan raya di negara kita. Antara punca utama kemalangan itu ialah kebanyakan pemandu tidak mempunyai lesen memandu.Sesetengah pemandu juga menggunakan lesen memandu yang palsu.Oleh itu, apabila tidak memiliki lesen yang sah, maka pemandu tersebut sudah semestinya tidak cekap dan tidak biasa memandu kenderaan. Hal ini akan mengakibatkan kemalangan. Setiap pemandu harus mempunyai lesen kenderaan kerana sebelum seseorang itu memperoleh lesen memandu, mereka telah didedahkan dengan teknik pemanduan yang betul. Malah apabila mereka lulus ujian pemanduan barulah mereka dianggap layak memandu kenderaan. Oleh itu seseorang yang masih tidak mempunyai lesen memandu dinasihatkan agar tidak memandu kenderaan di jalan raya. Selain itu, kebanyakan kes kemalangan jalan raya juga berpunca daripada kecuaian pemandu kenderaan itu sendiri.Ramai pemandu yang memandu dalam keadaan mengantuk.Biasanya keadaan mengantuk ini berlaku ketika tengah hari dan sebelah malam.Mereka yang memandu dalam keadaan mengantuk besar kemungkinan terlelap seketika semasa memandu. Seterusnya mengakibatkan kenderaan mereka terbabas ataupun melanggar kenderaan lain pada arah yang bertentangan. Saya amat berharap agar para pemandu memastikan mereka tidak mengantuk semasa memandu kenderaan mereka.Sekiranya pemandu mengantuk mereka dinasihatkan supaya berehat sebentar sebelum meneruskan perjalanan. Para hadirin sekalian, Kemalangan juga boleh berlaku apabila pemandu dalam kead aan mabuk. Kemampuan pemandu untuk mengawal kenderaan mereka akan menjadi berkurangan apabila mereka mabuk. Hal ini kerana mereka memandu dalam keadaan berkhayal. Kenderaan yang dipandu mungkin akan membelok ke kiri dan ke kanan sehingga menyebabkan kemalangan. Lebih malang lagi jika kecuaian pemandu ini melibatkan kemalangan kepada pihak lain. Saya juga berpesan kepada semua hadirin agar tidak sekalikali memandu dalam keadaan mabuk.Ia bukan sahaja membahayakan nyawa anda malahan pengguna jalan raya yang lain. Kita seharusnya memandu kenderaan yang sempurna sifatnya.Sebelum memandu kenderaan, kita mesti memeriksa kenderaan kita supaya selamat untuk dipandu.Contohnya, keadaan minyak hitam, brek, bateri, air, dan lampu berada dalam keadaan baik.Terdapat pemandu yang tidak menghiraukan masalah ini.Mereka mengabaikan kesempurnaan kereta mereka.Contohnya, mereka tidak mengganti tayar yang haus. Apabila tayar kita sudah haus, sudah tentu daya cengkaman kenderaan itu akan berkurangan. Hal ini lebih membahayakan

Jika mereka memandu dengan kelajuan melebihi 110 km sejam. Mereka akan memastikan agar pemandu tidak membawa kenderaan mereka dengan laju atau secara berbahaya. Pihak polis trafik juga telah memasang kamera perangkap kelajuan.Kempen ini sekurang-kurangnya berjaya memberikan sedikit pengetahuan kepada pengguna jalan raya. tayar yang haus boleh menyebabkan berlakunya kemalangan jalan raya. beliau telah menekankan kesedaran kepada para pemandu agar memandu kenderaan mereka dengan cermat. mereka boleh disaman ataupun kenderaan mereka boleh ditahan. Usaha yang dilakukan nampaknya masih kurang berkesan. Oleh itu saya berharap agar setiap yang hadir ini menyedari pentingnya kita berhemah semasa memandu di jalan raya. pihak polis trafik telah mengadakan pelbagai usaha bagi mengurangkan lagi kadar kemalangan jalan raya. Selepas disemak oleh pegawai kami. cengkaman tayar dengan jalan raya semakin berkurangan.Jelas di sini.Seandainya pemandu itu berhati-hati ketika memandu maka kemalangan jalan raya dapat dikurangkan.Sekian. terima kasih. Saya juga berharap perkara ini dapat disebarkan kepada orang lain yang tidak menghadiri majlis ini. .Kempen ini telah diadakan di lebuh raya Bukit Kayu Hitam-Sungai Petani. Cara ini telah dapat mengurangkan kadar kemalangan jalan raya terutama di Lebuh Raya Utara-Selatan. Tetapi seandainya pemandu itu masih lagi berdegil dan tidak mematuhi undang-undang jalan raya justeru kadar kemalangan ini akan terus meningkat dari semasa ke semasa. Tuan-tuan dan puan-puan.Pihak kami sering mengadakan kempen keselamatan jalan raya terutama sempena sambutan hari raya. dan didapati mereka telah melanggar had kelajuan yang dibenarkan. dan di Johor Bahru. Jelaslah bahawa kemalangan jalan raya sebenarnya berpunca daripada sikap pemandu itu sendiri. Pasukan polis trafik bertugas selama 24 jam di sekitar jalan raya utama di negara ini. Pulau Pinang.Melalui kempen ini sedikit sebanyak dapat memberikan kesedaran kepada pengguna jalan raya. Hal ini kerana kami telah mendapat maklumat bahawa kejadian kemalangan jalan raya semasa musim perayaan meningkat dengan mendadak berbanding hari-hari lain.ketika hujan kerana sewaktu hujan. justeru kamera perangkap kelajuan ini akan merakam gambar kereta dan pemandunya. Kempen-kempen yang dilakukan tertumpu di jalan-jalan utama di seluruh negara.Kami telah memasangnya di tempat-tempat yang strategik iaitu kawasan yang biasanya dipandu laju oleh pemilik kenderaan. Pada tahun lepas. Bagi mengatasi masalah ini. pihak kami akan menghantar surat sama kepada pemiliknya. Jika para pemandu memandu kenderaan mereka dengan laju.Malah beliau juga turut memberikan baju keselamatan kepada penunggang motosikal. Tuan-tuan dan puan-puan.Ketika beliau berucap. Banyak saman telah dikeluarkan oleh pasukan polis trafik melalui cara sebegini terutamanya di sekitar bandaraya Kuala Lumpur. Sebelum saya mengundurkan diri besarlah harapan saya agar kemalangan jalan raya di negara ini dapat dikurangkan. Menteri Besar Kedah telah menyertai kempen keselamatan jalan raya. Hal ini kerana semua rakyat di Malaysia akan melakukan perjalanan jauh sarna ada pulang ke kampung ataupun pergi melancong.

tempat rehat dan jalan yang disinari cahaya lampu adalah amat perlu untuk mengurangkan kadar kemalangan di jalan raya.Antara bentuk kecuaian yang dilakukan mereka ialah memandu laju atau berlumba di jalan raya. lampu isyarat. Bagi pemandu yang kurang sabar. Fenomena pemanduan yang tidak berhemah ini akan menyusahkan semua pihak. lampu brek.Rasa letih. Penggunaan pil khayal dan ubat batuk juga mempengaruhi cara pemanduan yang boleh menyebabkan kemalangan.. faktor penting yang sukar dinafikan ialah manusia itu sendiri. berlubang dan sunyi.319 kes pada tahun 2007 dan 341.Namun. Menurut sumber Polis DiRaja Malaysia (PDRM). khayal dan mengantuk. manusia juga dianggap cuai apabila memandu dalam keadaan mabuk. j Oleh itu. seperti jalan raya dari Bentong ke Gua Musang. mereka akan memandu secara berbahaya. bengkang bengkok. Tidak seperti lebuh raya. Ujian-ujian polis terhadap pemandu dan mangsa kemalangan membuktikan mereka memandu di bawah pengaruh alkohol.Kenderaan dicipta dan digunakan untuk kemudahan manusia. mengantuk dan suasana menjadikan pemandu hilang tumpuan di jalan raya. Misalnya.047 kes kemalangan telah berlaku berbanding 363.Kata orang µmalang tidak berbau¶. Selain kecuaian pemandu. Di samping itu. Slogan µKelajuan Boleh Membunuh¶ dan µJalan Raya ialah Sungai Maut¶ menjelaskan kepada kita bahawa kemalangan atau kematian boleh berlaku pada bila -bila masa saja seandainya kita cuai atau lalai di jalan raya.tempat rehat dan lampu jalan. Oleh itu. Manakala jalan raya yang gelap pula boleh membawa risiko kemalangan yang tinggi. . Ini menunjukkan pemandu berada dalam situasi berkenaan ketika mem. Pemandu yang bersikap µlepas tangan¶ begini sudah akan menghadapi masalah apabila bahagian bahagian tertentu kenderaan mereka sperti brek. Keadaan jalan sebegini akan memberi tekanan kepada pemandu.Kemalangan boleh berlaku bila-bila masa apatah lagi apabila binatang melintas di hadapan.252 kes pada tahun 2006.Banyak kemalangan ngeri berlaku pada waktu larut malam awal pagi. memotong di garisan berkembar atau ketika di selekoh.Jelasnya keadaan jalan raya juga boleh menyumbang ke arah kemalangan. Pelbagai faktor boleh dijadikan sebab berlakunya kemalangan di jalan raya.Hal ini cukup ketara jalan raya di kawasan pedalaman. Memang tidak dapat dinafikan bahawa kebanyakan kemalangan yang berlaku ini berpunca daripada kelalaian manusia. Kebanyakan kemalangan yang berlaku berpunca daripada kecuaian manusia itu sendiri.Ada juga kenderaan dilanggar dari belakang kerana lampu brek yang tidak menyala. Pelaksanaan Sistem Kesalahan Jalan Raya (KEJARA) dan kempen-kempen keselamatan jalan raya di media massa boleh menyedarkan pemandu yang malang itu tidak berbau. Bentuk kecuaian kedua yang dilakukan oleh pemandu ialah tdak memeriksa dahulu kenderaan sebelum i digunakan. kemalangan juga berlaku disebabkan oleh keadaan raya yang sempit.Oleh itu. Ketiadaan tempat rehat menjadikan pemandu terus memandu meskipun mereka keletihan dan mengantuk. statistik tahun 2008 menunjukkan 373. Pelbagai kemungkinan k boleh terjadi apabila kenderaan dipecut sesuka hati tanpa menghiraukan had laju ditetapkan. kita perlu berhati-hati ketika memandu. Banyak kends yang jatuh ke gaung atau terbabas kerana kerosakan brek. malang sekali apabila kita ditimpa kesusahan oleh kelalaian sendiri. hon dan lain -lain tidak berfungsi.Kealpaan yang sedikit menyebabkan iwa melayang. kebanyakan jalan raya di negara kita tidak menyediakan.

Punca-punca Kemalangan Jalan Raya Punca-punca Kemalangan Jalan Raya sikap pengguna jalan raya yang tidak mematuhi peraturan jalan raya memandu dalam keadaan mengantuk atau mabuk sikap suka berlumba dan terlibat dalam lumba haram keadaan jalan raya yang sibuk terutamanya pada musim perayaan kenderaan yang tidak diperiksa dan dijaga dengan baik keadaan / sistem jalan raya kurang baik kelemahan penguatkuasaan undang-undang Langkah-langkah Mengatasi Kemalangan Jalan Raya Pengguna Pihak Berkuasa Memeriksa kenderaan sebelum memulakan perjalanan. Sistem jalan raya perlu dikemaskinikan. bulatan dan jejambat dibina untuk kemudahan melin . Mendapatkan rehat secukupnya selepas memandu dalam keadaan yang lama. simpang jalan. Lampu isyarat. JPJ. Jalan raya perlu dilebarkan. dan pihak berkuasa tempatan). Undang-undang dan peraturanjalan raya perlu diperketat (Polis.

semakin banyak kenderaan di jalan raya risiko untuk kemalangan berlaku amat tinggi.Begitu juga dengan keadaan jalan raya yang tidak lurus dan turun naik yang menyukarkan pemandu untuk memberi tumpuan lalu mudah berlakunya peristiwa ngeri ini. Malah.Golongan muda juga diselar kerana mereka biasanya suka memandu dengan bahaya dan laju.Jelaslah. Jumlah kemalangan bertambah juga berkaitan dengan jumlah kenderaan yang bertambah setiap tahun.Kemalangan sebegini biasanya boleh membawa kecederaan dan juga kematian. tayar dan sebagainya.Biasanya jalan raya menjadi lebih bahaya ketika waktu hujan turun kerana air hujan menyebabkan jalanraya menjadi lebih licin lalu sukar untuk dikawal jika pemandunya tidak berhati hati.Oleh itu ada banyak punca yang harus kita kaji untuk memahami masalah ini. .Sesungguhnya.Sudah pasti keadaan ini meningkatkan peratusan untuk sesuatu kemalangan itu berlaku di jalan raya.Maka. Selain itu kemalangan juga disebabkan oleh keadaan jalan raya yang tidak baik.Negara kita merupakan antara negara yang mempunyai angka kematian akibat kemalangan yang tinggi.Ramai pemandu yang memandu dalam keadaan mabuk dan mengantuk atau tidak sedarkan diri. Mereka tidak menghiraukan keselamatan orang lain ketika memandu kerana menganggap mereka cekap mengawal stering kenderaan.Kemalangan jalan raya ialah peristiwa ngeri yang biasanya melibatkan perlanggaran dua kenderaan atau lebih di jalan raya atau pun lebuh raya. ada pihak yang menyalahkan pemandu baru yang menyebabkan kemalangan terus menerus berlaku di negara ini. Jadi.Mereka dikatakan tidak mahir untuk mengawal kenderaan terutama ketika dalam keadaan kecemasan yang menyebabkan banyak yang panik. keadaan jalan raya harus diubah supaya menjadi lebih selamat buat pengguna jalan raya.Pertambahan bilangan kenderaan menjadikan lalu lintas begitu sibuk dan penuh dengan kenderaan.Ada juga yang tidak suka menjaga kenderaan mereka lalu kemalangan boleh berlaku kerana masalah brek. kemalangan mudah berlaku akibat kecuaian mereka ini. Punca pertama ialah kemalangan disebabkan oleh kecuaian pemandu itu sendiri ketika menggunakan jalan raya. satu alat mekanisme baru harus dicari untuk memastikan tahap pemanduan pemandu baru mencapai piawaian yang baik.

Pandu cermat jika selamat.Apakah usaha-usaha yang patut diimplementasikan bagi menyelesaikan masalah yang merunsingkan dan mengacaubilaukan minda masyarakat ini? Kemalangan jalan raya tidak harus dipandang enteng.Kesimpulannya. Kudrat semua pihak mesti digembleng. Selain itu. kadar kemalangan jalan raya di negara ini begitu menakutkan kita semua.Kempen-kempen ini haruslah diadakan dengan objektif menyedarkan para pengguna jalan raya tentang kepentingan mematuhi peraturan . Dengan ini.Senario yang menggemparkan ini tidak boleh dibiar berterusan dan mesti ditangani dengan secepat mungkin.Bak kata peribahasa.Hukuman berat mesti dikenakan terhadap sesiapa yang berani melanggar peraturan di jalan raya. Langkah-langkah Sejak akhir-akhir ini. Pada pendapat saya. kerajaan mesti memperketat tahap kelulusan ujian yang dijalankan untuk menguji pemandu kenderaan.Oleh sebab itu. kerajaan mesti sentiasa membiayai ongkos untuk mengadakan pelbagai kempen kesedaran. Mesti dibanteras ke akar umbi. usaha kerajaan mestilah berlandaskan peribahasa di mana ada kemahuan. tajuk-tajuk berita seperti di atas sering dipaparkan dalam media massa sama ada media cetak atau media elektronik. Satu usaha yang berani harus dilaksanakan oleh pihak berkuasa untuk menghalang masalah ini menular lagi.Kita harus sedar bahawa nilai nyawa manusia begitu berharga. saya mencadangkan agar pesalah laku trafik haruslah didenda sekurang-kurangnya RM500 atau dipenjarakan selama enam bulan.Lesen-lesen tidak harus diberikan kepada para pemandu dengan mudah.Kerajaan mesti menguatkuasakan undang-undang.Tamsilnya. "setinggi-tinggi terbangnya bangau. akhirnya pasti jatuh ke tanah". pengguna jalan raya tidak akan berani memperlekeh amaran kerajaan lagi. di situ ada jalan. Fenomena ini kian kritikal dan menggusarkan fikiran masyarakat.Rente tan itu. terutamanya pada musim perayaan. kerajaan memainkan peranan penting dalam usaha penyelesaian ini. Azam janganlah berbelah bagi.Peratus kes kemalangan ini terus meningkat dari setahun ke setahun.

bergosip dengan orang lain dan sebagainya.Papan tanda yang disediakan oleh kerajaan bertujuan memastikan keselamatan para pengguna di jalan raya.Mereka tidak harus menerima rasuah sebaliknya mesti bersikap adil dan saksama. segenap lapisan masyarakat mesti melaksanakan tanggungjawab masingmasing.Pengguna jalan raya mesti sentiasa memerhatikan papan-papan tanda di tepi jalan. Lain daripada itu. Kata orang tua-tua. pandu cermat jiwa selamat .Akhir sekali. Kesimpulannya. Seterusnya.Bak kata pepatah. polis-polis trafik juga turut memainkan peranan yang agak penting. malang tidak berbau . tak hendak seribu dalih! . barulah keselamatan setiap pengguna dapat dijamin.Dengan ini. kita mesti segera membuat laporan kepada pihak berkuasa.jalan raya. hendak seribu daya. polis trafik mestlah menjalankan tugas dengan dedikasi.Inisiatif ini mampu membantu meminimumkan kemalangan di jalan raya yang terus berlaku.Sikap berdiri di atas pagar mestilah dipraktikkan oleh anggota polis trafik.Implikasinya. kemalangan dapat dikurangkan.Mereka mesti menjalankan tugas masing-masing dan memberkas golongan yang melanggar undangundang di jalan raya.Jika didapati ada pengguna jalan raya telah melanggar undang-undang seperti mengadakan perlumbaan haram dan sebagainya. kemalangan yang di jalan raya berlaku tidak diimpikan oleh setiap orang.Ingat.Kelengkapan polis trafik mestilah sempurna.Pengguna-pengguna jalan raya mestilah mengimplementasikan kewajipan masing-masing. pemandu kenderaan mesti sentiasa memusatkan perhatian semasa memandu.Keselamatan para pengguna jalan raya pasti dapat dijamin jika arahan telah dipatuhi.Saman mesti sentiasa dikeluarkan untuk memberi amaran kepada si pelanggar peraturan jalan raya. polis trafik yang amanah amat diperlukan.Di samping itu. Mereka tidak harus memandu sambil membuat perkara lain seperti menggunakan telefon.Dengan bekerjasama bagai aur dengan tebing antara polis dan masyarakat.Pengguna jalan raya sendiri mesti memahami maksud bidalan ini.Usaha-usaha kolektif yang telah saya cadangkan mestilah dilaksanakan dengan segera.

masalah salah laku jalan raya merupakan satu masalah yang berpunca daripada sikap pemandu jalan raya. Oleh kerana itu pihak yang berkenaan seharusnya mengambil tindakan untuk mengatasi masalah ini. Secara pokoknya. PENDIDIKAN Oleh kerana masalah salah laku jalan raya merupakan satu masalah sikap. Bertolak dari situ maka saluran penyelesaian masalah salah laku boleh berbunyi 3 P iaitu * Pendidikan * Perundangan * Penyelidikan Huraian mengenai ketiga-tiga pekara ini adalah seperti berikut. maka pendidikan memainkan peranan yang terpenting untuk membentuk sikap pengguna yang baik dan sekali gus mengelakkan berlakunya salah laku jalan raya. Pendidikan untuk mengurangkan salah laku jalan raya perlu dilaksanakan dari semasa ke semasa iaitu sebelum seseorang itu menjadi pemandu. Untuk tujuan mengurangkan masalah salah laku jalan raya.kemalangan jalan raya yang disebabkan oleh salah laku jalan raya akan akan membawa kerugian besar kepada masyarakat dan negara. semasa dia menerima latihan pemandu dan setelah dia sah menjadi pemandu. dan juga mempunyai sahsia diri yang betul sebagai seorang pengguna jalan raya. pengguna jalan raya harus dididik supaya mempunyai kesedaran keselamatan jalan raya. Maka pendidikan ini boleh disampaikan melalui tiga saluran iaitu: .

Secara lebih khusus lagi. Manakala bagi komunikasi awam pula ia berperanan untuk mengingatkan pengguna jalan raya mengenai moral jalan raya dari semasa ke semasa. pemandu-pemandu yang jahat dan tidak masuk ajar akan terus mengancam keselamatan jalan raya. fungsi yang dimainkan oleh pendidikan moral di sekolah untuk mengurangkan salah laku jalan raya ialah memberikan pendidikan moral yang dasar supaya ia akan diterapkan dalam penggunaan jalan raya. Dengan ada undang -undang yang membawa hukuman yang menakutkan maka sebahagian besar pengguna jalan raya akan takut terlibat dalam salah laku.* melalui sekolah dasar dalam matapelajaran moral. Tanpa perundangan. Perundangan termasuk dua bahagian yang besar iaitu: * Pembentukan undang-undang * Penguatkuasaan undang-undang Pembentukan undang-undang merupakan asas kepada perundangan. Contohnya. Bagi sekolah memandu ia boleh memainkan fungsi dalam pekara ini dengan memberikan pendidikan memandu yang lebih berkhusus dan membentuk sahsiah diri yang betul. . Bagi sekelintir kecil pengguna jalan raya yang keras kepala dan mengancam keselamatan awam maka dibawah undang-undang ia boleh dihalang untuk terus demikian dengan mekanisme kepenjaraan. khusus bagi seorang pemandu.Undang-undang yang dibentuk seharusnya mempunyai kesan psikologi ke atas pengguna jalan raya yang jahat dan praktikal pula kepada pihak polis untuk dilaksanakan. * melalui sekolah memandu * melalui komunikasi awam seperti televisyen. PERUNDANGAN Perundangan merupakan satu langkah yang penting untuk menyelesaikan masalah salah laku jalan raya. pelajar boleh menerapkan prinsip hormat-menghormati yang dipelajari dalam sekolah ke dalam penggunaan jalan raya dengan sentiasa menghormati hak pengguna jalan raya yang lain.

penyusunan tatatingkat nilai yang bermasalah dan juga pelbagai masalah psikologi .Dengan pemahaman yang lebih mendalam mengenai pekara ini maka.Undang-undang tidak akan sempurna sekiranya ia tidak dilengkap dengan penguatkuasaan undang-undang.Dari segi etika pekara ini berpunca daripada keperibadian pengguna jalan raya yang buruk. Penguatkuasaan yang baik sememangnya boleh meningkatkan kewibawaan undang-undang dan kesannya terhadap keselamatan awam. [sunting] Kesimpulan Salah laku jalan raya merupakan pekara yang berkaitan dengan sikap pengguna jalan raya. PENYELIDIKAN Penyelidikan tidak boleh menyelesaikan masalah salah laku jalan raya secara langsung.Untuk itu pihak berkuasa haruslah dilengkapi dengan pelbagai kemudahan. Pengurusan jalan raya merupakan satu bidang yang luas. Secara kasarnya penyelidikan yang harus dibuat untuk menyelesaikan masalah salah laku jalan raya adalah di bawah bidang seperti di bawah. Ilmu ini diyakini bole h membantu mengurangkan salah laku pemandu kerana dengan adanya sistem trafik yang terurus. adalah lebih mudah untuk kita menyelesaikan masalah ini. Tetapi ia boleh membantu kita menyelesaikan masalah ini dengan lebih baik dalam jangka masa yang panjang. maka tekanan jiwa para pemandu akan menjadi kurang dan seterusnya salah laku mereka juga akan kurang. * Ilmu kaji kejenayahan (criminology) * Pengurusan jalan raya Ilmu kaji kejenayahan penting untuk kita memahami salah laku jalan raya yang berat seperti keganasan jalan raya.

Akhir sekali. pengguna jalan raya disaran supaya lebih berbudi bahasa dan sentiasa mengelakkan diri daripada terlibat dalam salah laku jalan raya. iaitu pendidikan. Sebaliknya. pengundangan dan penyelidikan. pihak berkenaan seharusnya mengambil pendekatan menyeluruh seperti mengambil pendekatan 3 P . pihak yang berkenaan seharusnya tidak mengambil pendekatan penyelesaian mudah seperti berkempen.yang memecahkan benteng moral pemandu.Bagi menyelesaikan masalah salah laku jalan raya. .

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->