You are on page 1of 7

KUALAhttp://www.ikim.gov.my/v5/index.php?

lg=1&opt=com_article&grp=2&sec=&key=700&cmd=resetall

LUhttp://berita-harian-online.com/bau-badan-seperti-keropok-ikan-punca-perceraian/

MPURhttp://ustaz-amal.blogspot.com/2009/05/statistik-dan-punca-perceraian-lppkn.html

http://nadzirah-penawarhati.blogspot.com/2010/03/penceraianfaktor-faktor-dan-kesan.html

8:59 AM
Penceraian:Faktor-faktor dan kesan-kesannya
Filed under:

Alhamdulillah,dengan penuh rase ketenangan dan kesabaran,akhirnya aku dapat menyiapkan satu assignment rencana..so,tk salah rasenye untuk

dikongsikan bersama dalam ruangan blog ini..Tapi sederhana je...harap-harap , kalian semua dapat info atau maklumat terbaru....

Penceraian: Faktor-faktor dan kesan-kesannya.

Media bercetak di Malaysia seringkali menyajikan kepada pembacanya tentang kes-kes penceraian yang berlaku di kalangan masyarakat kita. Isu

yang dikatakan sesuatu yang amat serius itu tidak lagi kedengaran asing dan sesuatu yang baru bagi kita. Kes-kes perceraian samaada yang

melibatkan artis, selebriti, orang kenamaan dan orang awam semakin meruncing dari hari ke hari. Utusan Malaysia bertarikh 3 Mac 2009 melaporkan

bahawa sebanyak 75,299 kes penceraian direkodkan seluruh Negara sepanjang 2007 dan 2008. Angka yang begitu besar itu meningkat dari semasa

ke semasa lantaran terdapat banyak lagi kes penceraian yang dilaporkan oleh akhbar tempatan selepas tarikh tersebut sehinggalah sekarang

samaada yang sudah selesai ataupun yang masih dalam proses .

Terdapat pelbagai ragam manusia yang timbul dalam menyelesaikan masalah penceraian mereka sehingga dibawa ke mahkamah seperti perebutan

hak penjagaan anak, masalah pembahagian harta sepencarian, tuntutan mutah dan nafkah anak-anak, kes saman menyaman dan sebagainya

sehingga membawa kepada pergaduhan antara dua pihak dan meletakkan kesalahan di antara satu sama lain. Fenomena ini memberikan gambaran

yang kurang enak tehadap institusi kekeluargaan di Malaysia yang semakin hari semakin meruncing. 

Baru-baru ini,akhbar melaporkan kes yang melibatkan Sultan Kelantan,Tuanku Sultan Ismail Petra yang dikatakan memfailkan cerai talak tiga keatas

isteri keduanya, Che Puan Elia. Apa yang menjadi isu disini ialah mahkamah telah mengesahkan bahawa penceraian tersebut bukan difailkan sendiri

oleh baginda tetapi dilakukan oleh individu lain. Tetapi akhirnya mahkamah mengishtiharkan status penceraian itu sah disisi undang-undang

berdasarkan saksi-saksi yang ada sewaktu Baginda melafazkan cerai. 

Mengharungi kehidupan perkahwinan dan menjalankan kewajipan sebagai ibu,bapa, suami dan isteri bukan mudah untuk dilaksanakan. Namun

begitu, ikatan suci yang pada dasarnya bertujuan untuk membina sebuah keluarga yang bahagia dan harmoni seringkali berakhir dengan satu kisah

yang menyakitkan dan menyedihkan iaitu penceraian. Rumahtangga yang dibina selama bertahun-tahun akhirnya musnah juga lantaran masalah-

masalah yang ditimbulkan oleh pasangan yang tidak dapat diselesaikan dengan cara yang baik. Wujud juga situasi dimana perkahwinan yang baru

dibina dalam masa yang singkat berakhir dengan penceraian seperti yang berlaku kepada pemain badminton Negara satu ketika dahulu. Beliau telah

melafazkan cerai terhadap isterinya Faizah Mohamad, dalam tempoh perkahwinan yang singkat iaitu 12 hari.
Perkara halal tetapi dibenci oleh Allah adalah penceraian. Islam sendiri tidak menggalakkan penceraian bahkan menggalakkan umatnya agar

berbincang dan menyelesaikan dengan cara yang baik dan berhikmah. Jika sesuatu masalah tidak dapat lagi diperbetulkan, maka Islam mengizinkan

penceraian sebagai jalan terakhir. Seperti firman Allah dalam Al-Quran. “Dan jika seorang wanita melihat kesalahan suaminya atau telah berpaling

hatinya, maka tiada berdosa keduanya, jika keduanya mengadakan perdamaian antara keduanya, Berdamai itulah terlebih baik daripada bercerai

.Memang manusia itu bersifat kikir. Jika kamu berbuat baik kepada isterimu dan bertaqwa, sungguh Allah Maha Mengetahui apa-apa yang kamu

kerjakan.” (Surah An-Nisa´: 128)

Dengan sekali lafaz cerai yang keluar dari mulut suami, maka jatuhlah talak ke atas isteri. Secara kasarnya, memang nampak mudah dan amat

dikhuatiri apabila masyarakat khususnya orang islam akan menganggap bahawa penceraian ini sesuatu yang boleh dipermainkan dan sesuatu yang

enteng. Jika berlaku perselisihan faham antara suami dan isteri, tanpa berfikir panjang bercerai adalah penyelesaiannya tanpa memikirkan natijahnya.

Inilah yang berlaku. Namun ketahuilah hakikatnya bahawa penceraian ini merupakan sesuatu yang serius kerana mendatangkan pelbagai implikasi-

implikasi yang negatif terhadap banyak pihak.

Jika tiada angin,masakan pokok bergoyang. Penceraian yang berlaku pasti ada faktor-faktornya sama ada faktor kecil mahupun besar. Kebanyakan

kes penceraian yang berlaku adalah disebabkan oleh kehadiran orang ketiga. Perkara sebegini banyak berlaku di kalangan artis-artis tanah air kita

namun tidak kurang juga dikalangan masyarakat umum. Gosip-gosip liar yang disebarkan oleh majalah –majalah hiburan menimbulkan kontroversi

apabila mereka mendedahkan hubungan seseorang dengan isteri atau suami seseorang yang tidak dipastikan lagi kesahihannya. Sahih atau tidak

sahih khabar angin itu, sedikit sebanyak akan menimbulkan syak wasangka dan kemarahan pasangan tersebut. Ada juga sesetengah kes dimana

isteri berlaku curang dan menjalinkan hubungan sulit dengan lelaki lain. Apabila ini berlaku, pasangan tidak dapat menerima kehadiran orang ketiga

dan lebih rela untuk menjadi janda atau duda.

Penceraian juga boleh berlaku disebabkan oleh masalah pasangan yang tidak dapat memenuhi kehendak seks masing-masing. Walaupun

perkahwinan ini bukan hanya untuk memenuhi tuntutan nafsu semata-mata, namun isteri atau suami akan berkelakuan dingin dengan pasangan jika

terlalu mengikut perasaan. Suami pula akan mengambil keputusan untuk berkahwin lain. Situasi akan bertambah kritikal lagi apabila pasangan

tersebut tidak dikurniakan anak kerana masalah batin yang dialami oleh pasangan. 

Selain itu, tidak sefahaman atau tidak serasi sering menjadi faktor yang menjurus ke arah penceraian. Perselisihan kecil atau perbezaan pendapat

sudah menjadi asam garam dalam kehidupan berumahtangga. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Demi kesejahteraan rumah

tangga,mengapa tidak dibuang sahaja yang keruh serta ambil yang jernih. Setiap pasangan pastinya ada kelemahannya masing-masing. Seelok-

eloknya, ambillah masa untuk memahami pasangan masing-masing serta jadikan pengalaman yang lalu sebagai pengajaran untuk memastikan

kerukunan rumah tangga sentiasa terpelihara. 

Dari sudut lain pula, sifat isteri yang lebih mementingkan kerjaya berbanding keluarga turut menyumbang kepada faktor berlakunya penceraian.

Sebagai seorang wanita yang bekerjaya dan dalam masa yang sama sebagai seorang isteri dan ibu, mereka seharusnya bijak dalam membahagikan

komitmen dan masa untuk kerjaya dan keluarga. Sifat wanita yang tidak mengendahkan kesihatan serta kebajikan suami dan anak-anak

menyebabkan mereka rasa tersisih. Masalah ini juga tidak tertumpu kepada kaum wanita sahaja, malahan ada juga kaum lelaki yang bersifat

demikian. Komitmen suami yang hanya tertumpu kepada kerjaya menyebabkan hadnya masa untuk berkomunikasi dan berbincang tentang hal

kekeluargaan. Isteri pula akan memberontak dan merungut sehingga tercetusnya pergaduhan. 

Faktor kewangan juga turut menjadi isu dalam kes penceraian. Masalah ini berlaku tatkala berlakunya perbezaan pangkat dan jurang pendapatan
antara suami dan isteri. Apabila isteri mempunyai pangkat dan pendapatan yang lebih berbanding suami, isteri akan merasakan dirinya lebih tinggi

daripada suami dan menimbulkan perasaan bongkak sehinggakan isteri tidak lagi patuh dan taat dengan perintah suami. Perasaan hormat terhadap

suami semakin hilang dipengaruhi oleh sifat ego. Perkara sedemikian ini sepatutnya tidak berlaku memandangkan suami merupakan ketua keluarga.

Isteri seharusnya membantu dan bertolak ansur dengan suami berkaitan dengan masalah kewangan bukannya dengan mendesak serta

merendahkannya.

Campur tangan ibu dan bapa dalam masalah rumahtangga anak-anak juga turut menyumbang kepada pertambahan kes penceraian. Ada sesetengah

ibu bapa suka menghasut anak – anak mereka untuk bercerai disebabkan mereka tidak suka kepada pasangan anak mereka atau dalam erti kata lain

bukan menantu pilihan. Kes sedemikian ini sudah banyak berlaku dan anak-anak pula mudah terpengaruh dengan hasutan ibu bapa tanpa mencari

jalan penyelesaian yang lebih baik. Sebagai ibu bapa, mereka tidak harus mencampuri urusan rumahtangga anak-anak sebaliknya menasihati dan

mengajar anak-anak dengan perkara yang menjurus kepada kebaikan.

Datuk Dr Mashitah Ibrahim dalam Utusan Malaysia bertarikh 3 mac 2010 juga turut mengakui bahawa punca bagi setiap penceraian yang berlaku

ialah tiada persefahaman dalam menguruskan rumah tangga, suami atau isteri terbabit dengan hubungan orang ketiga dan poligami. Katanya lagi,

wujudnya campur tangan keluarga secara berlebihan dan tekanan bebanan kerja sehingga masa untuk bersama keluarga diabaikan turut

menyumbang kepada pertambahan kes penceraian.

Penceraian yang berlaku mendatangkan impak-impak yang negatif khususnya terhadap anak-anak. Ia memberi kesan terhadap emosi dan perasaan

mereka. Ibu bapa yang bercerai menyebabkan keluarga berpecah belah dan anak-anak kurang mendapat perhatian dari orang tuanya lebih-lebih lagi

ketika mereka di dalam proses pembesaran. Mereka akan menjalani kehidupan tanpa sokongan dan rangsangan dari ibu bapa sehingga mendorong

mereka untuk melakukan perkara negatif seterusnya terlibat dengan gejala sosial. Prestasi belajar anak-anak juga boleh terjejas lantaran gangguan

mental kesan dari penceraian tersebut. Masalah dan konflik yang dialami oleh ibu bapa menjadikan anak-anak sebagai mangsanya. 

Dari aspek lain pula, penceraian yang berlaku boleh menyebabkan pasangan dan anak-anak mempunyai perasaan marah,geram,kecewa dan

perasaan negatif yang lain. Ada sesetengah ibu atau bapa menghasut anak-anak supaya membenci antara satu sama lain dan meletakkan kesalahan

terhadap pasangan masing-masing. Perasaan seperti ini mencetuskan hubungan yang tidak baik dan permusuhan yang berterusan antara ibu atau

bapa dengan anak-anak. Perkara sedemikian mesti dielakkan kerana hubungan ibu atau bapa tidak akan terputus dengan anak-anak sampai bila-bila

walaupun setelah bercerai.

Selain daripada itu, pasangan yang bercerai akan dibebani dengan tanggungjawab yang lebih besar berbanding sebelum ini terutama sekali kaum

wanita. Jika sebelum ini mereka hanya bergantung sepenuhnya kepada suami, setelah bercerai pada siapakah lagi yang perlu diharapkan untuk

menanggung kos kehidupan melainkan diri sendiri yang perlu berusaha mencari wang. Krisis kewangan mungkin bertambah serius tatkala bilangan

anak yang ramai dan masih kecil. 

Ironinya, janganlah menganggap bahawa penceraian sebagai jalan penyelesaian yang terbaik untuk satu konflik atau masalah yang berlaku. Konsep

mencegah itu lebih baik dari mengubati. Bak kata orang-orang tua, jika mahu bercerai, lihatlah wajah anak-anak kerana di mata mereka ada seribu

penderitaan dan kesengsaraan jika ikatan perkahwinan itu terputus . Seboleh-bolehnya, setiap pasangan perlu banyak bersabar, bertolak ansur dan

memahami antara satu sama lain untuk mengekalkan keharmonian rumah tangga. Komunikasi amat penting dalam menyelesaikan kemelut yang

melanda jiwa mereka. Pasangan seharusnya meluahkan segala apa yang tidak berkenan dari hati ke hati dan tidak memendam rasa.

Bagi kaum lelaki yang dikurniakan sembilan akal, fikirlah dan buatlah sebaik-baik keputusan demi kesejahteraan keluarga dan masa depan anak-anak.
Jadikanlah perkahwinan itu sebagai langkah pertama untuk menuju gerbang kebahagiaan. Bagi mereka yang merancang untuk mendirikan

rumahtangga, lengkapilah diri dengan ilmu yang mantap dan mengetahui tanggungjawab yang akan dipikul untuk membentuk keluarga yang

mawaddah, sakinah dan rahmah. 

http://www.yadim.com.my/Keluarga/KeluargaFull.asp?Id=116

> Rencana >> Keluarga  

Kesan Perceraian
20 October 2004

Oleh NURBAQIS HAYATI AHMAD NAJIH

Sejak daripada kejadian Adam a.s. lagi Allah s.w.t. telah mengajarkan Adam
a.s.cara-cara perhubungan yang sesuai dengan fitrah kejadian manusia iaitu
hubungan antara lelaki dan perempuan melalui ´perkahwinan´ sebagai petunjuk dan
panduan kehidupan manusia. 

Maka sejak itulah bermulanya perkembangan manusia di bumi iaitu melalui


perkahwinan dan proses perkahwinan inilah yang dapat membezakan antara
manusia dengan haiwan. Sehingga wujudnya suatu sistem perkahwinan yang
lengkap dan tersusun rapi yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w. seperti yang
tertulis dan tercatat dalam al-Quran.

Perkahwinan merupakan faktor utama bagi mewujudkan institusi kekeluargaan


kerana dari permulaan proses perkahwinan iaitu memilih pasangan, pertunangan,
mas kahwin, wali, saksi, ijab kabul dan hubungan kekeluargaan serta
tanggungjawab suami isteri, ibu bapa dan anak-anak semuanya berkaitan antara
satu sama lain dan mesti berlandaskan ajaran dalam al-Quran dan sunnah Nabi
Muhammad s.a.w.

Jadi sebagai pasangan yang berkahwin semestinya inginkan perkahwinan yang


dibina kekal sehingga ke akhir hayat. Bagaimanapun tidak semua yang kita inginkan
akan menjadi kenyataan kerana banyak halangan dan cabaran yang ditempuhi
sepanjang tempoh perkahwinan itu sehingga terjadinya penceraian.

Banyak faktor yang menyebabkan berlakunya penceraian dalam sesebuah


perkahwinan. Antaranya ialah ketidaksefahaman dan kurangnya sifat tolak ansur
antara suami isteri. Penceraian juga mungkin berlaku disebabkan oleh pasangan
masing-masing yang tidak dapat memuaskan tuntutan kehendak semasa melakukan
hubungan seksual. Selain itu faktor ekonomi dan jurang pendapatan juga menjadi
punca penceraian, dan paling utama jika si suami tidak bertanggungjawab dan
mendera isteri atau isteri yang berlaku curang dan lain-lain faktor lagi.

Penceraian merupakan sesuatu yang dibenarkan oleh Islam walaupun tidak sukai
oleh Allah. Ini merupakan jalan terakhir sekiranya tiada jalan penyelesaian ataupun
perdamaian yang dicapai serta perkahwinan itu tidak dapat diselamatkan lagi dan
khuatir perkara-perkara lain yang tidak baik akan terjadi barulah penceraian ini
dilakukan. 

Seperti firman Allah dalam al-Quran, “Dan jika seorang wanita melihat kesalahan
suaminya atau telah berpaling hatinya, maka tiada berdosa keduanya, jika keduanya
mengadakan perdamaian antara keduanya. Berdamai itulah terlebih baik daripada
bercerai .Memang manusia itu bersifat kikir. Jika kamu berbuat baik kepada isterimu
dan bertaqwa, sungguh Allah Maha Mengetahui apa-apa yang kamu kerjakan.”
(Surah An-Nisa´: 128)
Penceraian membawa banyak kesan negatif bukan sahaja kepada suami isteri malah
anak-anak juga merasa bahang panas akibat daripada penceraian ibu bapa. Maka
dengan sebab itu penceraian ini merupakan cara terakhir sekali dan sangat tidak
digalakkan dalam islam.

Antara kesan akibat penceraian ialah kesan emosi terhadap pasangan seperti
perasaan sedih, jiwa terganggu, rasa tidak bermaya, marah, rungsing dan kecewa
serta kesunyian akan membebani perasaan pasangan yang bercerai. Malahan kesan
ini juga turut dirasai oleh ahli keluarga dan orang yang terdekat dengan mereka.

Selain itu, mereka yang melalui proses penceraian juga akan dibebani dengan
tanggungjawab yang lebih berat dan mungkin akan timbul masalah kewangan. Ini
lebih dirasai oleh si isteri jika dia bergantung sepenuhnya kepada suami untuk
perbelanjaan harian.
Malah kesan yang paling ketara dan sangat membimbangkan ialah kesan terhadap
anak-anak. 

Mereka menjadi mangsa keadaan dan mengalami tekanan perasaan yang sangat
mendalam dalam proses pembesaran. Mereka mengalami ganguan emosi kerana
kurang mendapat kasih sayang serta mereka juga kurang mendapat perhatian dan
bimbingan daripada kedua-dua ibu bapa setelah penceraian berlaku.

Oleh kerana itu, ibu bapa perlu memainkan peranan untuk membantu anak-anak
menghadapi kenyataan bahawa mereka tidak dapat bersama seperti dulu lagi atau
telah berpisah. Jangan menganggap anak-anak tidak tahu apa-apa, mereka masih
mentah kerana setiap apa yang berlaku melibatkan kehidupan mereka kerana anak-
anak adalah sebahagian daripada ahli keluarga.

Ibu bapa harus bijak menangani perasaan sedih yang dialami oleh anak-anak serta
elakkan perbalahan sekiranya terpaksa bersua muka dengan bekas pasangan hidup
masing-masing. Berilah peluang kepada anak-anak untuk meluahkan apa yang
terpendam dalam hati mereka dan pandangan mereka akibat daripada penceraian
ini.
Jangan biarkan anak-anak melalui hidup tanpa ada kawalan atau perhatian kerana
ini akan menjadikan mereka hilang arah tujuan dan hanyut seperti kata perpatah
Melayu “ibarat layang-layang terputus tali” dan “seperti anak ayam kehilangan ibu” -
merata perginya tanpa ada tujuan dan pedoman hidup.

Jadi sebagai suami isteri atau pasangan yang ingin berkahwin mantapkan diri
dengan ilmu keibubapaan dan tahu tanggunjawab yang mesti dipikul di atas bahu
masing-masing kerana bukan mudah untuk menempuh alam perkahwinan. 

Mengapa mesti terjadinya perpisahan dan penceraian sekiranya perkahwinan yang


dibina berdasarkan cinta atau pilihan ibu bapa? Mengapa terjadi perpisahan terhadap
perkahwinan yang dirasakan begitu sempurna, malah telah mengikut segala hukum-
hakam yang telah ditentukan oleh agama dalam mencari ciri-ciri dan calon hidup?
Jangan lupa juga bahawa kita telah berusaha untuk mejadi pasangan yang sempurna
dan bertanggungjawab.

Namun semuanya adalah ketentuan Allah. Kita hanya mampu merancang dan
berusaha. 

http://www.scribd.com/doc/2365441/Puncapunca-Gejala-sosial

http://www.najwanhalimi.com/2006/10/cerai.html

DARI TEGAP BERTIMPUH, BAIK REBAH MEREMPUH!

RABU, OKTOBER 18, 2006

Cerai

Kelmarin Awie melakukannya. Hari ini, Whitney Houston pun ikut serta. Esok


lusa entah siapa pula.

Hari ini fenomena cerai bukan lagi sesuatu yang janggal. Tidak semua
perkahwinan berakhir hingga ke nafas terakhir meskipun satu-satu perkahwinan
itu secara zahirnya nampak bahagia. Siapa sangka perkahwinan dua orang
selebriti terkenal negara yang ditabal sebagai Wedding of The Year pada tahun
2003 dahulu akhirnya turut berakhir dengan perceraian. Siapa turut
menyangka, perkahwinan seorang ahli perniagaan (bergelar Datuk) dengan
isterinya (seorang kerabat diraja) yang dibina hampir 21 tahun serta turut
dikurnia empat orang anak musnah kerana perceraian.
Mengikut apa yang saya baca dalam sebuah artikel berkenaan isu ini, statistik
perceraian umat Islam di Malaysia kini mencecah 10 hingga 15 peratus daripada
jumlah perkahwinan.

Merujuk kepada satu kajian yang lain pula, terdapat tujuh faktor telah dikenal
pasti sebagai punca utama perceraian di kalangan pasangan suami isteri di
Malaysia, antaranya kegagalan memikul tanggungjawab. Selain itu, asas agama
yang rendah, campur tangan pihak ketiga, perbezaan budaya, masalah seksual,
kewangan dan kerjaya. Malah kajian terbaru yang dijalankan oleh Jabatan
Pembangunan Islam Malaysia (Jakim) mendapati 21 peratus perceraian
disebabkan oleh sikap tidak bertanggungjawab suami atau isteri. Sebanyak
19.23 peratus lagi kerana tiada sefahaman dan selebihnya disebabkan masalah
seperti dadah dan sebagainya.

Menurut kaunselor perkahwinan dari Access Counselling Services, Meriam Omar


Din, beliau tidak menolak bahawa arus modenisasi sedikit sebanyak telah
menghakis nilai-nilai tradisional dalam sesebuah perkahwinan sehingga
menyebabkan ia menjadi sebahagian daripada punca kegagalan rumah tangga.
Katanya, pegangan bahawa perkahwinan ialah suatu ikatan murni yang perlu
dipertahankan dalam apa juga keadaan semakin luntur, sebaliknya perceraian
dipilih sebagai jalan keluar kepada konflik yang timbul. Beliau berkata, bukan
perkahwinan zaman sekarang saja yang dilanda masalah. Dulu pun ada tetapi
yang membezakan perkahwinan dulu dan sekarang ialah nilai-nilai untuk
mengekalkan perkahwinan.

Resah rasanya bila memikirkan semula apa yang terjadi di sekeliling kita.
Perkahwinan itu indah, tetapi tanggungjawab untuk mengekalkan keharmonian
perkahwinan itu memerlukan komitmen yang sangat tinggi.

Buat teman-teman yang telah dan bakal melangkahkan kaki menuju ke alam
perkahwinan ini, bersedialah! Mudah-mudahan kalian mampu mentadbir dan
mengurus bahtera bahagia masing-masing dengan penuh keharmonian.
http://www.islam.gov.my/portal/pdf/RUNDINGCARA.pdf

You might also like