You are on page 1of 1

REFLEKSI

Alhamdulillah, akhirnya saya dan ahli kumpulan telah Berjaya menyiapkan tugasan ini.
Banyak cabaran dan dugaan yang kami tempuh dalam proses menyiapkannya. Saya
telah banyak mendapat pengalaman yang belum pernah saya alami, dan pengalaman
ini betul-betul mengujakan. Saya amat seronok dan berasa bangga setelah tugasan ini
Berjaya disempurnakan.

Namun begitu, ia tidaklah semudah yang disangka kerana terdapat pelbagai cabaran
yang mendatang, antaranya ialah kami mempunyai masalah untuk memilih jalan cerita.
Pada mulanya, kami telah berbincang mengenai jalan cerita tersebut dan telah
melakarnya, namun semasa membuat penggambaran jalan cerita yang dilakar dilihat
tidak begitu sesuai kerana ia terlalu pendek dan membuatkan cerita tergantung. Oleh
itu, kami perlu memanjangkan lakonan dengan penambahan babak agar jalan cerita
kelihatan sempurna.

Terdapat beberapa babak yang perlu kami lakukan berulang kali kerana pelakon tidak
mendapat idea untuk bercakap secara spontan. Jadi mereka memerlukan masa untuk
menghayati babak-babak tersebut agar skrip cerita akan sesuai dengan babak tersebut.

Selain cabaran yang perlu kami hadapi, terdapat juga pengalaman yang
membanggakan apabila dikesempatan ini kami berpeluang untuk mempelajari teknik
menghayati lakonan dan mengeluarkan idea secara spontan. Selain itu, saya juga
berpeluang untuk mempelajari teknik mengubah video dan menghasilkan video.

Sesungguhnya pengalaman ini merupakan sesuatu yang amat bermakna. Saya pasti ia
akan meninggalkan sesuatu yang besar dalam hidup kami kerana ia merupakan
pengalaman yang paling besar.

Muhammad Faez B. Nurazman Amrullah

You might also like