You are on page 1of 18

Budaya dan Kepelbagaian Kelompok Malaysia

1. Pengertian dan Konsep Budaya Serta Kepelbagaian Kelompok

Budaya diberi pelbagai takrif mengikut kesesuaian dengan latar sosio masyarakat di sesuatu
kawasan.

Budaya merangkumi setiap aspek kehidupan masyarakat tanpa mengira kaum, bangsa dan agama
penganutnya.

Perkataan budaya berasal dari cantuman perkataan Sanskrit dan Melayu yang membawa
pengertian :
-          Budhi (Sanskrit) : kecergasan fikiran dan akal

-          kecergasan akal fikiran seseorang akan menetukan tajap pemikiran dalam menangani
sesuatu permasalahan dan mencari penyelesaian kepada permasalahan tersebut

-          Daya (Melayu) : kekuatan kuasa, tenaga dan pengaruh

-          Mengunakan segala kekuatan kuasa, tenaga dan pengaruh semula jadi bagi membantu
menjana pemikiran mereka

Kebudayaan ditakrifkan sebagai keseluruhan cara hidup manusia merangkumi cara bertindak,
berkelakuan dan berfikir.

Kebudayaan meliputi hasil kehidupan kelompok yang bercorak kebendaan dan bukan kebendaan

Dua peranan utama bagi pembentukan sesuatu budaya ialah :

i)                   membina imej negara kearah mewujudkan keperibadian serta identiti

ii)                 memupuk kesedaran kebangsaan dan kenegaraan bercirikan kerohanian,


kemanusiaan, spiritual dan mental

‘Culture’ dalam Bahasa Inggeris bermaksud menanam atau mengerjakan sesuatu. Budaya
berkait rapat dengan apa yang dikerjakan sesuatu masyarakat.
Budaya juga sesuatu yang diperturunkan dari satu generasi ke satu generasi dan boleh diwarisi
serta sering berubah mengikut peredaran masa.

Kamus Dewan (2005) , budaya ditakrifkan sebagai kemajuan fikiran , akal budi (cara fikiran),
berkelakuan dan sebagainya. Budaya juga dikelasifikasikan sebagai satu cara hidup yang
diamalkan sesuatu kumpulan tertentu dan meliputi sistem sosial, susunan organisasi ekonomi,
politik, agama, kepercayaan, adat resam, sikap dan nilai.

Dictionary of Philosophy (1996), the way of life of people, including their attitudes, values,
beliefs, arts, sciences, modes of perception and habits of thoughts and activity.

Nik Safiah Karim, “budaya adalah tenaga fikiran, usaha rohani atau kuasa mengerakkan jiwa”.

Mohd Taib Osman (1988), “ budaya adalah satu himpunan kelengkapan intelektual dan
kebendaan yang mampu memenuhi kehendak biologi dan kemasyarakatan serta dapat
menyesuaikannya dengan keadaan sekeliling”.

Selo Soemardjan dan Soelaiman Soemardi , “budaya merupakan satu alat penghasilan karya
seni, rasa dan penciptaan dalam sesebuah masyarakat”.

Budaya dari segi bahasa merupakan satu cara yang diamalkan dalam kehidupan bermasyarakat
kini. Budaya merujuk kepada satu cara hidup yang diamalkan kebanyakan orang termasuk
pemikiran, nilai kepercayaan, pandangan dan tabiat berfikir seseorang. Budaya merupakan
warisan sosial manusia, cara pemikiran, perasaan dan tingkah laku yang boleh diwarisi. Budaya
adalah hak masyarakat yang akan menentukan bentuk tingkah laku mereka.

Budaya dalam konteks pendidikan semasa dilihat melalui budaya di sekolah yang disamakan
atau sebahagian daripada budaya masyarakat. Murid akan di didik untuk berbudaya sebagaimana
dikehendaki oleh masyarakat. Budaya dalam masyarkat juga akan mempengaruhi budaya di
sesebuah sekolah.
Sebagai pendidik, adalah menjadi tanggungjawab guru untuk menerapkan pendidikan nilai yang
merangkumi nilai material dan bukan material mengikut acuan Malaysia. Ini membolehkan
murid yang dihasilkan sekolah boleh diterima oleh pelbagai lapisan masyarakat yang terdiri dari
pelbagai kaum.

Sekolah harus berupaya menerapkan budaya melalui pendidikan formal dalam kurikulum dan
kegiatan ko-kurikulum.

Dalam kepelbagaian kelompok murid di Malaysia, budaya meliputi setiap aspek berikut iaitu
lokasi, pekerjaan ibu bapa, pendidikan yang diterima, status ekonomi, sosial, keturunan, kuasa
politik, bangsa, bahasa, adat resam, kepercayaan dan jantina.

Budaya dalam masyarakat dikatakan melibatkan kesleuruhan aspek yang mengandungi budaya
rakyat asal. Budaya adalah lambing dan institusi kebangsaan. Budaya adalah hasil ciptaan
nasional yang merangkumi aspek kepercayaan, pemikiran, falsafah, moral, undang-undang,
etika, kesenian, bahasa, kesusateraan dan cara hidup yang disebati untuk diterima bersama.

Budaya merupakan aspek kepunyaan bersama yang dikongsikan semua masyarakat. Budaya
menjadi sumber identifikasi kekitaan dalam kepelbagaian kelompok di Malaysia dan terus
diamalkan untuk mengangkat martabat negara.

Pola budaya dikategorikan kepada beberapa aspek berikut :

a)    Wajib – individu hanya mempunyai satu cara untuk melakukannya

b)    Preferred- yang lebih digemari

c)    Tipikal – beberapa cara melakukannya tetapi tidak satu pun digemari

d)    Alternatif – beberapa cara melakukannya tanpa ada sesuatu yang digemari

e)    Terhad – cara melakukan sesuatu itu dibenarkan tetapi untuk orang tertentu sahaja
Ciri budaya dalam sesuatu kelompok adalah seperti berikut :

a)    boleh dipelajari

b)    boleh dikongsi

c)    boleh diwarisi

d)    bersifat sejagat

e)    sentiasa berubah

f)       mempunyai unsur simbolik

g)    mempunyai pandangan semesta

Dalam mencapai status negara moden, Malaysia meletakkan perpaduan nasional sebgai matlamat
akhirnya. Matlamat akhir proses penyatuan ini ialah terbentuknya satu ‘bangsa Malaysia’ yang
terdiri daripada satu masyarakat berbilang etknik yang berstau padu, sejahtera dan mempunyai
identiti nasional tersendiri.

2.     Jenis dan Demografi Kelompok

Kelompok didefinisikan sebagai dua individu atau lebih, yang berinteraksi, saling bergantung
dan salin bergabung untuk mencapai sasaran tertentu.

Kelompok adalah bersifat formal dan informal. Kelompok formal merujuk kepada kelompok
yang ditetapkan oleh struktur organisasi dengan penugasan kerja yang ditunjuk untuk
menjalankan tugas-tugas dan diarahkan untuk tujuan organisasi.

Klasifikasi kelompok dalam sesuatu masyarakat dikelasifikasikan kepada :


i)       Kelompok Tugas ~ bersama menyelesaikan suatu tugas/pekerjaan

ii)     Kelompok Kepentingan ~ individu yang bekerjasama untuk mencapai sasaran khusus

iii)   Kelompok Persahabatan ~ kelompok yang ditetapkan bersama-sama kerana memiliki


satu atau lebih sifat yang sama

Kita saling bergantung dan bergabung kelompok kerana :

a)    keamanan

b)    status

c)    harga diri

d)    afiliasi

e)    kekuatan

f)       pencapaian tujuan

Pengkelasan Kelompok dalam Ras Masyarakat


Ciri-Ciri Setiap Masyarakat Ras

1.     Caucasoid (Orang-Orang Eropah Putih)

- bibir nipis, kulit putih, mata besar, rambut lurus, tinggi, hidung mancung

2.     Negroid (Orang-Orang Negro Hitam)

- kaki kurus, rambut kerinting, mata besar, bibir tebal, tinggi, kulit hitam

3.     Mongoloid (Orang-Orang Asia Kuning)

- hidung peset, kulit berwarna, bdan kecil, mata agak kecil, rambut lurus atau
kerinting

4.     American Indian (Orang Asli Amerika ‘Red-Indian’)

- hidung sederhana, kulit merah, bentuk muka bersegi, rambut lurus, mata besar

5.     Austroloid (Orang Asli Australia – Kelabu)

- kulit kelabu, rambut kerinting, hidung besar, mata besar


Beberapa permasalahan terdapat didalam membentuk ras dinegara kita yang diantaranya adalah :

a)    perbezaan capaian

b)    jurang sosial

c)    pengekalan identity

d)    monopoli

e)    budaya

f)       prasangka

g)    stereotaip

h)    Ethnocentrisme

‘Demografi’ mula digunakan oleh Achille Guillard (1885) dalam karyanya “Elements of Human
Statistiks or Comparative Demography’. Berasal dari perkataan ‘demos’ bermaksud rakyat atau
penduduk disuatu kawasan; ‘grafein’ bermkasud menggambarkan atau menulis tentang sesuatu
perkara. Oleh itu, demografi bermaksud ‘tulisan atau karangan tentang rakyat atau penduduk di
sesuatu lokasi’.

Demografi kelompok merupakan analisa statistik terhadap jumlah dan komposisi penduduk
disesuatu lokasi. Kajian saintifik dan statistikal ini meliputi soal kelahiran (fertility), kematian
(mortality), perkahwinan serta migrasi dan bagaimana komponen ini berubah mengikut masa
serta mempengaruhi saiz dan taburan kependudukan manusia.

Kelompok untuk tujuan pembelajaran kelompok

i)       penumpang bas

ii)                 pelajar universiti


iii)               penonton wayang

iv)               orang tua melebihi 55 tahun

v)                 perempuan

vi)               keluarga

vii)             pelanggan restoren

viii)           orang miskin

ix)               kelas

Kumpulan i), iii) dan viii) dipanggil kumpulan individu sesuatu kawasan dan dipanggil
‘aggregate’ iaitu yang melakukan sesuatu tanpa ada mempunyai hubungan nyata antara satu
sama lain

Kumpulan iv), v) dan ix) dipanggil ‘kategori sosial’ kerana mempunyai ciri-ciri yang sama tetapi
tidak mempunyai hubungan yang nyata

Kumpulan vi) dan vii) dinamakan ‘kelompok sosial’ kerana pempunyai ciri yang sama iaitu
hubungan tertentu, mempunyai perasaan kekitaan, kepentingan atau minat dan aktiviti yang
sama.

Demografi kelompok di Malaysia terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama. Kaum Melayu
merupakan etknik terbesar (orang yang berbudaya Melayu, bertutur bahasa Melayu dan
beragama islam); golongan bumiputera dianggap kaum asal Malaysia merangkumi Melayu,
Dayak, Iban, Kadazan, Kadazan Dusun yang terdapat di Sabah dan Sarawak. Nisbah Melayu
(54%), Cina (25%), India (7%), Asli, Sikh dan etnik Sabah dan Sarawak (melebihi separuh
populasi dinegeri tersebut).

Buletin Perangkaan Malaysia Jun 2006 mendapati statistik penduduk Malaysia ialah 26.64 juta
orang (warganegara Malaysia 24.8 juta, bukan warganegara 1.84 juta orang).
Kumpulan Etnik 1991 2000 2006
Melayu 8,521,900 11,680,400 13,475,100
Bumiputera lain 1,778,000 2,567,800 2,931,400
Cina 4,623,900 5,691,000 6,219,600
India 1,316,100 1,680,100 1,858,500
Lain-Lain 572,400 269,700 318,900
JUMLAH 16,812,300 21,889,900 24,803,500

Diubahsuai daripada Jabatan Perangkaan Malaysia (2006) dan Saw Swee Hock (2006)

Kepelbagaian masyarakat ini memerlukan usaha berterusan untuk membentuk masyarakat yang
saling memahami antara satu sama lain khususnya apabila berlaku pertembungan budaya.

Sufean Hussein (1996) integrasi bermaksud menyatukan etnik-etnik atau kelompok-kelompok


yang terasing pada asalnya kepada satu bentuk lain yang tersendiri.

Mengikut  Khalid Yaakub (1982) pula, integrasi pula merupakan proses menyatupadukan
secara budaya dan sosial kelompok-kelompok sosial yang berbeza-beza kepada satu unit yang
mempunyai identiti yang umum dan tersendiri.

Mengikut Mohd Salleh Lebar (1998), integrasi yang diterima atau yang biasa dikehendaki
ramai adalah satu proses yang cuba menyatupadukan masyarakat majmuk atau pelbagai  kaum
dan mewujudkan pula pembentukkan  kebudayaan kebangsaan atau nasional yang tersendiri
dikalangan mereka.

Perpaduan boleh dicapai melalui dua cara iaitu integrasi dan asimilasi.

Integrasi merupakan satu proses bagi mewujudkan satu identiti nasional di kalangan kumpulan-
kumpulan yang terpisah dari segi kebudayaan, sosial dan lokasi dalam sesebuah unit politik.
Asimilasi pula ialah satu proses bagaimana kumpulan kumpulan minoriti diasimilasikan melalui
perkahwinan campur dan sebagainya ke dalam kumpulan etnik yang lebih besar.

Segregasi merupakan pemisahan atau pengasingan kumpulan etnik dengan etnik lain dalam
sesebuah negara sama ada disebabkan oleh kawasan kediaman, sistem persekolahan,
pengangkutan dan kemudahan awam. Mudahnya, kita ada empat komponen mendukung
perpaduan dan satu cabaran perpaduan. Cabaran itu ialah segregasi. Bila MCA minta tender
lebih, timbul keadaan segregasi atau keterpisahan yang dipisahkan oleh parti politik.

Akomodasi pula adalah sesuatu keadaan apabial satu kelompok yang berkonflik bersetuju untuk
menghentikan dan mengelakkan konflik apabila adanya interaksi secara aman. Mereka hidup
secara harmoni dan menghormati antara satu sama lain. Pada peringkat pusat , setiap etnik
menghantar wakil yang mewakili etnik masing-masing. Contohnya di Switzerland, wakil etnik
Jerman, Perancis dan Itali bersatu dengan baik.

Akulturasi adalah suatu proses sosial yang timbul manakala suatu kelompok manusia dengan
kebudayaan tertentu dihadapkan dengan unsur dari suatu kebudayaan asing. Kebudayaan asing
itu lambat laun diterima dan diolah ke dalam kebudayaannya sendiri tanpa menyebabkan
hilangnya unsur kebudayaan kelompok itu sendiri.

Perpaduan memerlukan satu usaha yang berterusan khususnya melalui pendidikan demi sebuah
bangsa Malaysia.

Ada baiknya kerajaan merangka kembali dasar dan strategi perpaduan kaum di negara ini.
Perubahan ini memerlukan pemikiran dan dasar baru. Hubungan etnik juga tidak lagi sekadar
berdasarkan kaum Melayu, Cina dan India sahaja.

Selain ras dan perbezaan fizikal, bahasa, adat, budaya dan agama, sekarang jurang ekonomi,
lokasi residensi dan pekerjaan juga menyebabkan masyarakat negara ini menjadi semakin
kompleks dan berbeza.

Itulah sebabnya Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi baru-baru ini
menyuarakan bahawa sangat penting untuk kita mengetahui apakah asas-asas bersama (common
ground) kehidupan antara etnik di Malaysia.
 

Tiga asas bersama tersebut ialah menghormati Perlembagaan negara, berkongsi kuasa politik dan
ekonomi secara adil serta membina sistem pendidikan yang dipersetujui bersama.

Persoalannya bagaimana untuk menguruskan hubungan etnik di Malaysia?

Profesor Robert Park, ahli sosiologis hubungan etnik dalam bukunya The Nature of Race
Relations (1950) menegaskan, hubungan etnik secara lumrahnya akan wujud bila dua atau lebih
kumpulan yang berbeza budaya, agama dan adat berada dalam ruang yang sama.

Situasi hubungan etnik hanya wujud bila kumpulan tersebut menyedari adanya perbezaan. Jika
mereka tidak menyedari atau mengambil sikap mengabaikan perbezaan itu, maka hubungan etnik
tidak akan menjadi satu isu yang perlu diuruskan.

Dua kerangka utama yang sering digunakan untuk memahami hubungan etnik ialah model
asimilasi dan juga model pluralisme. Asimilasi merujuk kepada usaha untuk meningkat
kebersamaan dan keserasian antara etnik di sesebuah negara.

Maka itu Perlembagaan Persekutuan dibentuk untuk mewujudkan kebersamaan tersebut.


Penarafan Bahasa Melayu dan agama Islam sebagai entiti rasmi negara adalah strategi untuk
membina kebersamaan tersebut.

Malah cadangan pembentukan sekolah satu aliran juga sebenarnya satu lagi usaha untuk
membina keserasian antara kaum.

Kerangka asimilasi boleh dijayakan menerusi empat peringkat utama iaitu asimilasi budaya,
struktur, psikologi dan biologikal.

Model pluralisme pula merujuk kepada usaha menjayakan hubungan dengan meraikan
kepelbagaian etnik melalui budaya, sukan, muzik, fesyen dan makanan.
 

Ia akan membina toleransi identiti dan seterusnya meningkatkan usaha hubungan etnik.

Bagi menjayakan hubungan etnik ini, yang utama ialah seluruh rakyat menghayati dan
memahami Perlembagaan Persekutuan berkaitan dengan hubungan etnik sebagai asas bersama.
Kegagalan memahaminya akan menyebabkan kita kembali berpolemik.

Kajian oleh Nur Atiqah T. Abdullah (2006) di Pusat Pengajian Umum UKM mengenai
Perlembagaan Persekutuan menunjukkan, tahap pengetahuan responden daripada semua etnik
masih rendah.

Maka tidaklah hairanlah apabila sebahagian besar rakyat dengan begitu mudah berjaya
dieksploitasi oleh ahli politik yang berkepentingan peribadi. Pengetahuan yang rendah akan
mendedahkan rakyat kepada risiko perbalahan antara kaum dan menjejaskan kestabilan negara.

Perlembagaan Persekutuan merupakan sumber tertinggi perundangan negara. Semua undang-


undang yang digubal perlu memenuhi semangat dan aturan yang termaktub di dalamnya.

Satu bangsa Malaysia hanya boleh wujud secara realistik bila keluhuran perlembagaan diterima,
dihormati dan dihayati oleh seluruh lapisan masyarakat pelbagai etnik di negara ini.

Penelitian dokumen Perlembagaan Persekutuan (cetakan terbaru - sehingga 5 Mac 2008)


menunjukkan, daripada 183 Perkara, tujuh menyentuh isu hubungan etnik.

Antaranya ialah Perkara 3 yang menyatakan, Islam adalah agama rasmi Malaysia. Perkara ini
jelas dan tidak sukar untuk difahami. Tinggal lagi atas niat seseorang untuk mempertikaikan
perkara tersebut.

 
Perkara 8 berkaitan dengan jaminan sama rata daripada segi undang-undang dan semua
warganegara berhak mendapat perlindungan tanpa membezakan agama, kaum, keturunan, tempat
lahir dan jantina.

Perkara 11 mengenai kebebasan beragama. Penganut mana-mana agama dibenarkan


menguruskan hal ehwal agamanya melalui persatuan dan yayasan serta menjana dan memiliki
harta mengikut undang-undang.

Perkara 14 pula berkaitan dengan jaminan sebagai setiap rakyat yang layak berhak untuk
memiliki kewarganegaraan.

Penting hak ini difahami oleh semua kaum sebagai menghargai pengorbanan orang Melayu dan
pribumi lain yang bersedia membuka jalan untuk kaum Cina dan India menjadi warganegara
semasa peringkat awal kemerdekaan dahulu.

Perkara 149 pula melibatkan usaha pengawalan sensitiviti berkaitan hubungan etnik melalui
pencegahan kepada perlakuan subversif seperti hasutan serta penghinaan terhadap kumpulan
etnik yang lain.

Perkara 152 pula berkaitan pengiktirafan bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan. Namun
liberalisasi toleransi yang tinggi kepada seluruh warganegara menyebabkan tiada sesiapa pun
boleh dilarang atau ditahan daripada menggunakan bahasa lain untuk tujuan komunikasi umum.

Sementara itu, Perkara 153 pula menyatakan mengenai kedudukan istimewa orang Melayu dan
bumiputera di Sabah dan Sarawak.

Hak ini diberikan dengan jaminan bahawa orang bukan Melayu tidak akan dipinggirkan daripada
perancangan serta turut menikmati sepenuhnya kemajuan ekonomi negara.
 

Maka, keputusan untuk tidak meneruskan penggubalan Akta Hubungan Kaum menunjuk sikap
positif kerajaan berkaitan hubungan kaum di negara ini.

Sebagai alternatifnya, sangat penting untuk merangka satu dasar hubungan etnik dan
perkemaskan pelaksanaannya sebagai satu proses mendidik generasi muda. Sekurang-kurangnya,
mereka tidak mudah dieksploitasi oleh pemimpin politik berkepentingan sehingga boleh
mengucar-ngacirkan kestabilan negara.

Semoga hubungan etnik di negara ini akan berkembang subur dan menjadi contoh kepada negara
lain di dunia.

Matlamat Perpaduan Negara

a. Memupuk dan meningkatkan semangat patriotik dan kesetiaan kepada negara serta rasa
megah sebagai rakyat malaysia.

Perpaduan negara tidak akan tercapai sekiranya rakyat tidak sanggup memberikan sokongan
yang padu kepada dasar-dasar yang diperkenalkan. Kesanggupan ini akan lahir secara semula
jadi.

Sekiranya semangat patriotik dan kesetiaan kepada negara dapat dipupuk dari awal, kebanggaan
menjadi rakyat Malaysia dapat disemai di kalangan semua rakyat, perasaan megah ini dengan
sendirinya akan menjadikan seseorang itu bangga untuk bergelar rakyat Malaysia.

b. Mengurangkan polarisasi antara dan sesama kaum, agama dan wilayah.

 
Polarisasi antara kaum dan sesama kaum, agama dan wilayah merupakan faktor utama yang
boleh menggugat perpaduan negara.

Perasaan membezakan antara kaum dan sesama kaum dan wilayah akan menimbulkan perasaan
curiga dan benci kepada anggota masyarakat dari kaum dan wilayah yang berlainan.

Perasaan seperti ini akan menimbulkan ketegangan sesama kaum, agama atau wilayah dan
berisiko tinggi dalam mencetuskan konflik dalam masyarakat. Oleh itu, ia perlu dielakkan dan
ditangani dengan sebaiknya.

c. Meningkatkan keharmonian antara dan sesama kaum, kebudayaan dan agama, semua lapisan
dan golongan masyarakat

Kepelbagaian kaum, budaya dan agama di negara sememangnya merupakan hakikat dan satu
aset yang amat membanggakan.

Pengiktarafan dan penerimaan hakikat ini serta persefahaman di antara agama dan keakraban
antara tamadun, perlu dijadikan langkah strategik untuk meningkatkan keharmonian antara kaum
dan sesama kaum, kebudayaan dan agama.

d. Meningkatkan Integrasi Wilayah antara Sabah dan Sarawak dengan Negeri-Negeri


Semenanjung dan antara Semua Negeri Di Dalam Persekutuan

Walaupun Malaysia telah ditubuhkan sejak tahun 1963, namun masih terdapat jurang perbezaan
yang ketara dari segi pembangunan di sesetengah tempat di Sabah dan Sarawak, apabila
dibandingkan dengan negeri-negeri di Semenanjung.

Dari segi fizikal, perbezaan ini menampakkan masih terdapat jurang perbezaan yang melibatkan
infrastruktur asas seperti sistem perhubungan, kesihatan dan pendidikan.
 

Usaha mengatasi jurang perbezaan akan menyumbang ke arah pengukuhan perpaduan negara.

Selain itu, terdapat perbezaan persepsi akibat daripada integrasi yang masih berkurangan di
antara Sabah dan Sarawak dengan negeri-negeri di Semenanjung.

Usaha harus dipertingkatkan dalam menggalakkan proses integrasi ini agar perasaan perbezaan
wilayah ini tidak akan membantutkan usaha untuk membina sebuah bangsa Malaysia.

Integrasi wilayah juga perlu dipertingkatkan sesama negeri di Semenanjung Malaysia. Hanya
dengan wujudnya integrasi nasional maka proses pengukuhan perpaduan negara akan dapat
dicapai.

e. Bergerak ke arah mewujudkan bangsa Malaysia

Wawasan 2020 telah menggariskan matlamat untuk membina sebuah bangsa Malaysia yang
mencerminkan perpaduan yang wujud di negara ini.

 Sejak sekian lama proses pemupukan perpaduan negara dilaksanakan melalui beberapa dasar
kebangsaan seperti Dasar Pendidikan Negara, Dasar Kebudayaan Negara, Dasar Ekonomi Baru,
Dasar Pembangunan Nasional, menyebabkan kita dikenali mengikut takrifan kaum, agama dan
wilayah.

Justeru, kewujudan sebuah bangsa Malaysia yang bersatu padu akan memberi satu nafas baru
dalam proses pengukuhan perpaduan negara.

f. Menangani Semua Cabaran Wawasan 2020

 
Wawasan 2020 telah menggariskan sembilan cabaran yang menjadi sasaran negara demi
mencapai status negara maju menjelang tahun 2020.

Dalam usaha mencapai sasaran-sasaran tersebut, banyak cabaran yang perlu ditempuhi. Justeru
itu, proses pengukuhan perpaduan negara adalah amat penting kerana hanya dengan kewujudan
perpaduan, membolehkan segala cabaran Wawasan 2020 dapat ditangani.

Kesimpulan

Perpaduan negara adalah tonggak kepada kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara. Hakikat
bahawa masyarakat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum, agama, budaya dan berasal dari
wilayah yang berlainan menjadikan soal perpaduan amat penting dalam menentukan pencapaian
matlamat pembangunan negara.

Bersandarkan kepada hakikat tersebutlah, maka kerajaan dilihat begitu sensitif dan prihatin
dalam merangka strategi dan pendekatan untuk mewujudkan keharmonian antara kaum, agama
dan wilayah melalui pemupukan nilai-nilai sejagat yang murni, termasuk hormat-menghormati,
toleransi dan saling memahami sesama kaum dan sesama kaum.

Pada hari ini, Malaysia mendapat pengiktirafan dunia atas kejayaan mewujudkan perpaduan di
kalangan masyarakat majmuk.

Namun, proses pengukuhan perpaduan negara perlu terus dilaksanakan kerana peredaran masa
membawa bersama pelbagai cabaran baru yang boleh menjejaskan perpaduan negara.

You might also like