You are on page 1of 16

JENIS-JENIS SEKOLAH DI

MALAYSIA
(SEKOLAH BERASRAMA
PENUH)

Najwatul Husna, Siti Zulaikha, Amirah Izzati, Syaza


Amalin, Muhammad Aiman, Helmy Effendi, Syafiq
Fauzan
PENGENALAN
Pendidikan Malaysia
 Sistem pendidikan di Malaysia diselia oleh
Kementerian Pelajaran Malaysia.
 Pendidikan Malaysia boleh didapatkan
dari sekolah tanggungan kerajaan, sekolah swasta atau
secara sendiri.
 Sistem pendidikan dipusatkan terutamanya bagi
sekolah rendah dan sekolah menengah.
 Kerajaan negeri tidak berkuasa dalam kurikulum dan
aspek lain pendidikan sekolah rendah dan sekolah
menengah, sebaliknya ditentukan oleh kementerian.
Ciri-ciri
 Pendidikan Malaysia terdiri daripada beberapa peringkat:
 Prasekolah
 Pendidikan Rendah
 Pendidikan Menengah
 Pengajian tinggi
 Hanya pendidikan di sekolah rendah diwajibkan dalam
undang-undang. Oleh itu, pengabaian keperluan pendidikan
selepas sekolah rendah tidak melanggar undang-undang.
 Sekolah rendah dan sekolah menengah diuruskan oleh
Kementerian Pelajaran Malaysia tetapi dasar yang berkenaan
dengan pengajian tinggi diuruskan oleh Kementerian
Pengajian Tinggi yang ditubuhkan pada tahun 2004.
 Sejak tahun 2003, kerajaan memperkenalkan penggunaan
bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar dalam mata
pelajaran yang berkenaan dengan Sains dan matematik.
Sekolah Berasrama Penuh (SBP)
 Merupakan kumpulan sekolah menengah perdana dikhaskan untuk
pelajar-pelajar yang mendapat keputusan cemerlang di
dalam UPSR dan PMR.
 Tujuan asal penubuhan sekolah jenis ini ialah untuk memberi
peluang kepada pelajar bumiputera di luar bandar. Ini adalah kerana
pada awalnya, sekolah berasrama hanyalah sekolah berasrama
Inggeris / ala Inggeris (seperti Kolej Melayu Kuala Kangsar) yang
terhad kepada anak-anak Raja dan orang kenamaan sahaja. Namun
kini, semua sekolah berasrama penuh adalah sama dan terbuka
kepada semua warganegara Malaysia.
 Di sekolah berasrama penuh waktu belajar telah diatur oleh pihak
sekolah dan setiap pelajar perlu mematuhi jadual tersebut. Inilah
satu keunikan kehidupan sekolah berasrama penuh dibandingkan
dengan kehidupan pelajar di sekolah harian biasa.
Falsafah Sekolah Berasrama Penuh

 Pendidikan di Sekolah Berasrama Penuh adalah


suatu usaha berterusan bagi menyediakan
suasana persekolahan dan pembelajaran yang
terancang, terkawal dan sempurna untuk
memupuk dan memperkembangkan kebolehan
pelajar-pelajar berpontensi ke arah kecemerlangan
sebagai insan dan warganegara yang seimbang dan
bertanggungjawab terhadap tuntutan agama, bangsa
dan negara.
Matlamat Sekolah Berasrama
Penuh
 Mewujudkan peluang untuk pelajar yang berpotensi
terutamanya dari kawasan dari luar bandar bagi
mendapatkan pendidikan dengan kemudahan yang teratur,
sempurna dan terkini dalam iklim persekolahan yang
kondusif.
 Memperbanyakkan peluang pelajar bumiputera mendapat
pendidikan berkualiti sebagai persediaan ke arah pendidikan
tinggi untuk memenuhi keperluan negara.
 Melahirkan pelajar-pelajar yang mempunyai kepimpinan
cemerlang melalui pendedahan hidup bermasyarakat
sarwajagat.
 Melahirkan insan dan warganegara yang bertanggungjawab,
berilmu, beriman dan beramal sesuai dengan nilai-nilai
hidup masyarakat Malaysia.
 Melahirkan pelajar-pelajar yang mempunyai kemampanan
sahsiah yang mampu menghadapi alam remaja.
 Melahirkan kesedaran kepada seluruh warga SBP supaya
dapat menghayati matlamat kecemerlangan SBP.
 Mewujudkan warga SBP yang mengamalkan budaya
penyayang.
 Melahirkan kejituan semangat patriotisme di kalangan
pelajar SBP.
 Menghasilkan pelajar-pelajar yang dapat menguruskan
kerja-kerja dengan cekap, pantas, tepat dan bijaksana.
 Menjayakan program pendidikan menengah yang
berorientasikan sains bagi mewujudkan tuntutan wawasan
2020.
MOTO SEKOLAH BERASRAMA
PENUH
 “KECEMERLANGAN UNTUK SEMUA “
Sejarah penubuhan sekolah
berasrama penuh
  Sejarah penubuhan SBP bermula pada tahun 1890,
ketika R.O. Winstedt menjadi Timbalan dan
kemudiannya menjadi Pengarah Pelajaran Tanah
Melayu. 
 Pada tahun tersebut “The Selangor Raja School”
ditubuhkan sebagai memulakan langkah melahirkan elit
Melayu dari kalangan istana dan anak-anak pembesar
negeri, menerusi pendidikan aliran Inggeris.
 Pada tahun 1894, sekolah ini telah ditutup untuk tujuan
pengubahsuaian dan dilahirkan semula dalam
bentuknya yang baru pada tahun 1905 di Kuala
Kangsar, yang sehingga hari ini dikenali sebagai The
Malay College Kuala Kangsar (MCKK).
 Sultan Perak (Sultan Idris) dalam Persidangan Raja-Raja
(DURBAR) pada tahun 1903 yang mengkritik dasar
pentadbiran Inggeris, khususnya dalam hal pendidikan
orang Melayu dengan mengatakan ianya sekadar “to
producing better Malay farmers or fisherman only”.
 Sultan Perak sendiri telah menawarkan lokasi
penubuhan MCKK di tapak sekarang ini, dengan
maksud “for the education of the Malays of good family
and for the training of Malay boys for admission to
certain branches of the government service”.
 Pada tahun 1947, “Malay Girl College” ditubuhkan di
Kuala Lumpur, kemudiannya berpindah ke Seremban,
Negeri Sembilan dan dikenali sebagai Kolej Tunku
Kurshiah sehingga sekarang, mengambil sempena nama
DYMM Raja Permaisuri Agong yang pertama.
 Pada bulan September 1955, sebuah Jawatankuasa
Pelajaran telah ditubuhkan yang akhirnya
melahirkan Penyata Razak pada tahun 1956. 
 Laporan Penyata Razak kemudiannya diluluskan
dan menghasilkan Ordinan Pelajaran 1957.
 Penyata Razak telah memperakukan penubuhan 6
buah Sekolah Berasrama Penuh (SBP), iaitu:
 1. Sekolah Dato’ Abdul Razak (SDAR) - 1956
 2. Sekolah Tun Fatimah (STF) - 1956
 3. Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR) - 1957
 4. Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim (SMSAH) -
1963
 5. Sekolah Alam Shah (SAS) - 1963
 6. Sekolah Seri Puteri (SSP) - 1968
 Pada tahun 1955, Kolej Islam Malaya telah
ditubuhkan di atas tapak bekas istana, yang
diwakafkan oleh Almarhum Sultan Hishamuddin ibni
Sultan Sulaiman di Klang, Selangor. 
 Pada tahun 1966, kolej ini berpindah ke Jalan
Universiti di Petaling Jaya, Selangor.  Pada tahun
1967, setelah kerja-kerja pengubahsuaian selesai, kolej
ini berpindah semula ke Klang dan diberi nama Kolej
Islam Klang. 
 Pada tahun 1972, pentadbiran kolej ini diambil alih
sepenuhnya oleh Kementerian Pendidikan Malaysia
dan dinamakan sebagai Kolej Islam Sultan Alam Shah
(KISAS).
 Kemajuan pendidikan di kalangan murid-murid luar bandar,
khususnya dalam bidang sains mendapat perhatian daripada para
pemimpin negara. 
 Kerana itu, antara projek penting yang perlu dilaksanakan dalam
Rancangan Malaysia Kedua dinyatakan sebagai:   "an important
project in the plan is the establishment of ten pilot residential
secondary science schools to provide added educational opportunities
for pupils from rural areas to pursue their education in science
subjects.”
 Justeru 10 buah SBP berikut telah dibina di dalam Rancangan
Malaysia Kedua iaitu:-
 1.     SMS Sultan Mohamad Jiwa (1973)
 2.     SMS Tun Syed Sheh Shahabudin (1973)
 3.     SMS Selangor (1973)
 4.     SMS Muzaffar Syah (1973)
 5.     SMS Sultan Haji Ahmad Shah (1973)
 6.     SMS Sultan Mahmud (1973)
 7.     SMS Tengku Muhammad Faris Petra (1973)
 8.     SMS Tuanku Syed Putra (1974)
 9.     SMS Tuanku Jaafar (1974)
 10.   SMS Johor (1975)
Sekolah Berasrama Penuh adalah sekolah yang
mengawal proses pembelajaran pelajar secara
menyeluruh dan terancang. Sekolah jenis ini
terdapat dengan banyaknya di seluruh negara.
Syarat-syarat kemasukannya pula adalah agak ketat.
SYARAT PEMILIHAN  MURID TINGKATAN SATU (1) SBP

         1. Warganegara Malaysia


         2. Murid Sekolah Kebangsaan (SK).
         3. Memperolehi 5A atau 4A 1B dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR)
             dengan mata pelajaran Matematik dan Sains memperoleh gred A.
         4. Aktif dalam kokurikulum.
 SYARAT PEMILIHAN  MURID TINGKATAN EMPAT (4) SBP

         1. Warganegara Malaysia


         2. Murid Sekolah Bantuan Penuh Kerajaan atau Bantuan Kerajaan.
         3. Kelayakan akademik PMR seperti berikut:
                  · Memperolehi gred A bagi enam (6) mata pelajaran tidak termasuk mata
                     pelajaran Bahasa Antarabangsa (Bahasa Arab/Bahasa Jepun/Bahasa 
                     Perancis/Bahasa Jerman/Bahasa Mandarin).
                  · Mesti memperoleh gred A bagi mata pelajaran Matematik dan Sains.
                  · Memperoleh sekurang-kurangnya gred B bagi mata pelajaran yang lain.

4. Aktif dalam kokurikulum .


SEKIAN, TERIMA KASIH.

You might also like