You are on page 1of 9

4 PERKARA SEBELUM TIDUR

Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra : "Ya Aisyah jangan engkau tidur sebelum
melakukan empat perkara, iaitu :

1. Sebelum khatam Al Qur'an,

2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir,

3. Sebelum para muslim meredhai kamu,

4. Sebelum kau laksanakan haji dan umrah....

"Bertanya Aisyah :"Ya Rasulullah.... Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara
seketika?"

Rasul tersenyum dan bersabda : "Jika engkau tidur bacalah : Surah Al Ikhlas tiga kali
seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur'an.

Bacalah selawat untukKu dan para nabi sebelum aku, maka kami semua akan memberi
syafaat di hari kiamat.

Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredhai kamu.

Perbanyakkanlah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka seakan-akan kamu


telah melaksanakan ibadah haji dan umrah"

***********************************************************************

BERISTIGHFARLAH...

Suatu hari Hassan Al Bashri, salah seorang tabiin didatangi oleh seorang lelaki yang
mengadu mengenai keadaan daerahnya yang kering kontang kerana sudah lama tidak
hujan. Maka Hassan berkata, ``Mohonlah ampun kepada Allah.

''Kemudian datang pula seorang lagi sahabatnya yang mengadu bahawa dirinya ditimpa
kemiskinan.Sekali lagi, Hassan menjawab, ``Mohonlah ampun kepada Allah.''

Tidak lama kemudian datang pula seseorang meminta didoakan agar dikurniakan anak
dan jawapan Hassan ialah ``beristighfarlah kepada Allah.''

Kemudian datang lagi orang yang lain mengadukan tentang kebunnya yang tandus,
Hassan juga memintanya supaya beristighfar.
Jawapan Hassan itu menimbulkan rasa tidak puas hati para sahabatnya, lalu mereka
bertanya kepada Hassan mengapa semua masalah itu hanya dapat diselesaikan melalui
istighfar. Hassan berkata, ``Saya tidak mengatakan semua itu secara suka-suka. Tetapi,
berdasarkan firman Allah dalam surat Nuh ayat 10-12 yang bermaksud:

``Maka aku katakan kepada mereka,'' Mohonlah ampun kepada Tuhanmu,


sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, nescaya Dia akan mengirimkan hujan
kepadamu dengan lebat dan membanyakkan harta dan anak-anakmu, mengadakan
untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) untukmu sungai-sungai. ''

Apa yang dinyatakan oleh Hassan itu seolah-olah tidak berlaku pada zaman sekarang
yang lebih banyak melihat sesuatu yang berlaku itu secara akal fikiran atau rasional
semata-mata.Setiap sesuatu yang terjadi kepada kita, tidak pernah dianggap sebagai
akibat daripada dosa-dosa yang telah kita lakukan.Lanjutan itu, dalam mencari
penyelesaian terhadap sesuatu masalah kita hakikatnya hanya mencipta masalah baru.
Sedangkan Allah telah berfirman dalam Surah As-Syura ayat 30 yang bermaksud:

``Dan apa sahaja musibah yang menimpa kamu, maka adalah disebabkan oleh
perbuatan tanganmu sendiri dan Allah memaafkan sebahagian besar (dari kesalahan-
kesalahan mu).''

Peringatan Allah ini sebenarnya tidak pernah dipedulikan oleh sebahagian daripada kita,
sebaliknya kita lebih banyak menggunakan kekuatan fikiran untuk menyelesaikan
masalah.Istighfar hakikatnya adalah jalan terbaik untuk memberi kita petunjuk dalam
menyelesaikan apa juga masalah yang kita hadapi.

**************

MENGGAPAI KEREDHAANNYA

Jika harta yang hilang dari diri seseorang, maka tiada apa pun yang hilang,Jika
kesihatan yang hilang dari diri seseorang, maka ada sesuatu yang hilang,Tetapi jika
akhlak yang hilang dari diri seseorang, maka segala-galanya telah hilang dari diri
seseorang.

“Dikisahkan, bahawasanya di waktu Rasulullah s.a.w. sedang asyik bertawaf di Ka’bah,


beliau mendengar seseorang di hadapannya bertawaf, sambil berzikir: “Ya Karim! Ya
Karim!”Rasulullah s.a.w. menirunya membaca “Ya Karim! Ya Karim!” Orang itu lalu
berhenti di salah satu sudut Ka’bah, dan berzikir lagi: “Ya Karim! Ya Karim!” Rasulullah
s.a.w. yang berada di belakangnya mengikut zikirnya “Ya Karim! Ya Karim!” Merasa
seperti diolok-olokkan, orang itu menoleh ke belakang dan terlihat olehnya seorang laki-
laki yang gagah, lagi tampan yang belum pernah dikenalinya. Orang itu lalu
berkata:”Wahai orang tampan! Apakah engkau memang sengaja memperolok-
olokkanku,kerana aku ini adalah orang Arab badwi? Kalaulah bukan kerana
ketampananmu dan kegagahanmu, pasti engkau akan aku laporkan kepada kekasihku,
Muhammad Rasulullah.”

Mendengar kata-kata orang badwi itu, Rasulullah s.a.w. tersenyum, lalu bertanya:
“Tidakkah engkau mengenali Nabimu, wahai orang Arab?” “Belum,” jawab orang itu.
“Jadi bagaimana kau beriman kepadanya?”"Saya percaya dengan mantap atas
kenabiannya, sekalipun saya belum pernah melihatnya, dan membenarkan
perutusannya, sekalipun saya belum pernah bertemu dengannya,” kata orang Arab
badwi itu pula.Rasulullah s.a.w. pun berkata kepadanya: “Wahai orang Arab! Ketahuilah
aku inilah Nabimu di dunia dan penolongmu nanti di akhirat!” Melihat Nabi di
hadapannya, dia tercengang, seperti tidak percaya kepada dirinya.

“Tuan ini Nabi Muhammad?!” “Ya” jawab Nabi s.a.w. Dia segera tunduk untuk mencium
kedua kaki Rasulullah s.a.w. Melihat hal itu, Rasulullah s.a.w. menarik tubuh orang Arab
itu, seraya berkata kepadanya: “Wahai orang Arab! janganlah berbuat serupa itu.
Perbuatan serupa itu biasanya dilakukan oleh hamba sahaya kepada tuannya,
Ketahuilah, Allah mengutusku bukan untuk menjadi seorang yang takabbur yang
meminta dihormati, atau diagungkan, tetapi demi membawa berita gembira bagi orang
yang beriman, dan membawa berita menakutkan bagi yang mengingkarinya.”

Ketika itulah, Malaikat Jibril a.s. turun membawa berita dari langit dia berkata: “Ya
Muhammad! Tuhan As-Salam mengucapkan salam kepadamu dan bersabda:
“Katakanlah kepada orang Arab itu, agar dia tidak terpesona dengan belas kasih Allah.
Ketahuilah bahawa Allah akan menghisabnya di hari Mahsyar nanti, akan menimbang
semua amalannya, baik yang kecil mahupun yang besar!” Setelah menyampaikan berita
itu, Jibril kemudian pergi.

Maka orang Arab itu pula berkata: “Demi keagungan serta kemuliaan Tuhan, jika Tuhan
akan membuat perhitungan atas amalan hamba, maka hamba pun akan membuat
perhitungan dengannya!” kata orang Arab badwi itu. “Apakah yang akan engkau
perhitungkan dengan Tuhan?” Rasulullah bertanya kepadanya. ‘Jika Tuhan akan
memperhitungkan dosa-dosa hamba, maka hamba akan memperhitungkan betapa
kebesaran maghfirah-Nya,’ jawab orang itu. ‘Jika Dia memperhitungkan kemaksiatan
hamba, maka hamba akan memperhitungkan betapa keluasan pengampunan-Nya. Jika
Dia memperhitungkan kekikiran hamba, maka hamba akan memperhitungkan pula
betapa kedermawanan-Nya!’
Mendengar ucapan orang Arab badwi itu, maka Rasulullah s.a.w. pun menangis
mengingatkan betapa benarnya kata-kata orang Arab badwi itu, air mata beliau meleleh
membasahi janggutnya. Lantaran itu Malaikat Jibril turun lagi seraya berkata: “Ya
Muhammad! Tuhan As-Salam menyampaikan salam kepadamu, dan bersabda:
Berhentilah engkau dari menangis! Sesungguhnya kerana tangismu, penjaga Arasy lupa
dari bacaan tasbih dan tahmidnya, sehingga la bergoncang. Katakan kepada temanmu
itu, bahawa Allah tidak akan menghisab dirinya, juga tidak akan memperhitungkan
kemaksiatannya. Allah sudah mengampuni semua kesalahannya dan la akan menjadi
temanmu di syurga nanti!” Betapa sukanya orang Arab badwi itu, apabila mendengar
berita tersebut. la lalu menangis kerana tidak berdaya menahan keharuan dirinya.
Sesungguhnya rahmatNya mendahului kemurkaanNya.

*************

HIKMAH MEMBACA AL QURAN

Assalamualaikum,
UNTUK AMALAN KITA BERSAMA SUPAYA KITA SAMA-SAMA MENDAPAT KEREDHAAN
ALLAH SWT.
"Au zubillah himinashsyaitan nirrajim ...
bismillahirrahmannirrahim"

Tafsirannya:
Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam, dengan nama Allah yang
Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini
akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita dan juga di sekeliling
kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan.

Sebelum anda masuk rumah, bacalah ayat di atas, kemudian bacalah surah Al-Ikhlas
(iaitu ayat: Qulhuwallahuahad. Allahussamad. Lam yalid walam yu-lad. walam yakul lahu
kufuwanahad.) sebanyak 3 kali.
Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah. Berilah salam
kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana
malaikat rumah akan menyahut.

Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir
solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur. Apabila malaikat memberi salam,
seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka
yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap diakhir solat akan
menolongnya menjawab salam malaikat itu.

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:


Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia,
maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan
kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian
siratul mustaqim lalu menuju ke syurga. (Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul
Qurthuby).

Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya :


Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangka masa dua-tiga minit?
Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Umar telah
mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengkhatam Qur'an dalam begitu
cepat.Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara
kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu
apa yang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga
kali.Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul.Membaca
surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 juzuk kitab Al-Quran. Lalu
dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali khatamlah Quran kerana ianya
sama dengan membaca 30 juzuk Al-Quran.

Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Ketika saya (Rasulullah
SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak
jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap
sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang
sahara itu seluas dari timur hingga ke barat. Pada setiap padang sahara itu terdapat
80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas. Setelah mereka
selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka: Wahai Tuhan kami,
sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca
surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan.

Sabda Rasulullah SAW lagi:


Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu itu tertulis di
sayap malaikat Jibrail a.s, Allahhus Somad itu tertulis di sayap malaikat Mikail a.s,
Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan
ahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s.

************

BUATLAH KEBAJIKAN...

Seorang kaya duduk termenung di dalam sebuah restoran. Wajahnya sugul seperti
memikirkan sesuatu.

"Kenapa semua orang mengatakan aku kedekut. Padahal semua orang tahu jika aku
sudah tiada lagi di dunia nanti, aku akan memberikan semua harta kekayaanku kepada
badan-badan kebajikan!" kata orang kaya tersebut kepada seorang pelayan.
Pelayan terdiam sejenak dan kemudian berbicara,"Akan saya ceritakan kepada tuan
tentang kisah ayam dan lembu," Lalu dia pun bercerita..

Pada zaman dahulu, terdapat sekumpulan ayam dan lembu di sebuah ladang. Lembu
begitu popular dan disenangi, sedangkan sang ayam tidak sama sekali. Perkara ini
menghairankan sang ayam. Ia berasa cemburu dengan sang lembu.

Ia berkata kepada sang lembu, "Semua orang berkata begitu manis tentang dirimu dan
mereka menganggap kamu murah hati, kerana setiap hari kamu memberi mereka krim
dan susu. Tapi bagaimana dengan aku? Aku memberikan semua yang aku punya. Aku
memberikan manusia dagingku. Aku turut memberikan mereka bulu-buluku. Bahkan
mereka memasak dan membuat sup dengan kakiku untuk kesihatan. Tidak ada haiwan
yang berbakti sebegitu banyak seperti itu. Kenapa aku masih tidak dihargai?"

"Adakah tuan tahu apa jawapan sang lembu?,"tanya si pelayan itu kepada orang kaya
tersebut. Orang kaya yang mendengar cerita itu dengan penuh minat hanya
menggeleng kepala.

"Sang lembu berkata tenang, "Mungkin kerana aku memberikannya sewaktu aku masih
hidup..."

********

ANTARA SABAR DAN MENGELUH

Pada zaman dahulu ada seorang yang bernama Abul Hassan yang pergi haji di Baitul
Haram. Diwaktu tawaf tiba-tiba ia melihat seorang wanita yang bersinar dan berseri
wajahnya.
“Demi Allah, belum pernah aku melihat wajah secantik dan secerah wanita itu,tidak lain
kerana itu pasti kerana tidak pernah risau dan bersedih hati.”
Tiba-tiba wanita itu mendengar ucapan Abul Hassan lalu ia bertanya, “Apakah katamu
hai saudaraku ? Demi Allah aku tetap terbelenggu oleh perasaan dukacita dan luka hati
kerana risau, dan seorang pun yang menyekutuinya aku dalam hal ini.”

Abu Hassan bertanya, “Bagaimana hal yang merisaukanmu ?”


Wanita itu menjawab, “Pada suatu hari ketika suamiku sedang menyembelih kambing
korban, dan pada aku mempunyai dua orang anak yang sudah boleh bermain dan yang
satu masih menyusu, dan ketika aku bangun untuk membuat makanan, tiba-tiba anakku
yang agak besar berkata pada adiknya, “Hai adikku, sukakah aku tunjukkan padamu
bagaimana ayah menyembelih kambing ?”
Jawab adiknya, “Baiklah kalau begitu ?”
Lalu disuruh adiknya baring dan disembelihkannya leher adiknya itu. Kemudian dia
merasa ketakutan setelah melihat darah memancut keluar dan lari ke bukit yang mana
di sana ia dimakan oleh serigala, lalu ayahnya pergi mencari anaknya itu sehingga mati
kehausan dan ketika aku letakkan bayiku untuk keluar mencari suamiku, tiba-tiba bayiku
merangkak menuju ke periuk yang berisi air panas, ditariknya periuk tersebut dan
tumpahlah air panas terkena ke badannya habis melecur kulit badannya. Berita ini
terdengar kepada anakku yang telah berkahwin dan tinggal di daerah lain, maka ia jatuh
pengsan hingga sampai menuju ajalnya. Dan kini aku tinggal sebatang kara di antara
mereka semua.”

Lalu Abul Hassan bertanya, “Bagaimanakah kesabaranmu menghadapi semua musibah


yang sangat hebat itu ?”
Wanita itu menjawab, “Tiada seorang pun yang dapat membedakan antara sabar
dengan mengeluh melainkan ia menemukan di antara keduanya ada jalan yang
berbeda. Adapun sabar dengan memperbaiki yang lahir, maka hal itu baik dan terpuji
akibatnya. Dan adapun mengeluh, maka orangnya tidak mendapat ganti yakni sia-sia
belaka.”
Demikianlah cerita di atas, satu cerita yang dapat dijadikan tauladan di mana kesabaran
sangat digalakkan oleh agama dan harus dimiliki oleh setiap orang yang mengaku
beriman kepada Allah dalam setiap terkena musibah dan dugaan dari Allah. Kerana itu
Rasulullah s.a.w bersabda dalam firman Allah dalam sebuah hadith Qudsi,:
” Tidak ada balasan bagi hamba-Ku yang Mukmin, jika Aku ambil keksaihnya dari ahli
dunia kemudian ia sabar, melainkan syurga baginya.”

Begitu juga mengeluh. Perbuatan ini sangat dikutuk oleh agama dan hukumnya haram.
Kerana itu Rasulullah s.a.w bersabda,:
” Tiga macam daripada tanda kekafiran terhadap Allah, merobek baju, mengeluh dan
menghina nasab orang.”
Dan sabdanya pula, ” Mengeluh itu termasuk kebiasaan Jahiliyyah, dan orang yang
mengeluh, jika ia mati sebelum taubat, maka Allah akan memotongnya bagi pakaian
dari wap api neraka.” (Riwayat oleh Imam Majah)

********

KEISTIMEWAAN WANITA..

Wanita dengan fitrahnya yang khas memiliki keistimewaan sebagai berikut:

1. Doa wanita lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat
daripada lelaki.
Ketika ditanya kepada Rasulullah S.A.W. akan hal tersebut, jawab baginda :
“Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia.”

2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 70 orang lelaki yang soleh.

3. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama


orang yang senantiasa menangis kerana takutkan Allah S.W.T. dan orang yang takutkan
Allah S.W.T.
akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

4. Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu
diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah
mendahulukan anak
perempuan daripada anak lelaki. Maka barang siapa yang menyukakan anak perempuan
seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail A.S.

5. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah
S.A.W.) didalam syurga.

6. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau
dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ihsan dalam
pergaulan dengan mereka
dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya
adalah syurga.

7. Daripada Aisyah r.a. “Barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak
perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi
penghalang baginya daripada api neraka.

8. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

9. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan
ibumu dahulu.

10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan
terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan
tidak dihisab.

11. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat
di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat
kepada suaminya dan amalannya..(serta menjaga sembahyang dan puasanya).

12. Aisyah r.a. berkata “Aku bertanya kepada Rasulullah S.A.W., siapakah yang lebih
besar haknya terhadap wanita ? Jawab baginda, “Suaminya.” “Siapa pula berhak
terhadap lelaki ?” Jawab Rasulullah S.A.W. “Ibunya.”

13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadan, memelihara
kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana saja
yang dia kehendaki.
14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah S.W.T.
memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka


beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah S.W.T. mencatatkan baginya setiap hari
dengan 1,000 kebaikan dan
menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah S.W.T.
mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah S.W.T.

17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa
seperti keadaan ibunya melahirkannya.

18. Apabila telah lahir (anak) lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan
daripada susunya diberi satu kebajikan.

19. Apabila semalaman (ibu) tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah
S.W.T. memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk
membela agama Allah S.W.T.

20. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.

21. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk dari pada 1,000 lelaki yang jahat.

22. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat
wanita yang
tidak hamil.

23. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (ASI)akan
dapat satu pahala dari pada tiap-tiap tetes susu yang diberikannya. (255)

***********

You might also like