You are on page 1of 113

1

PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI
MALAYSIA: FALSAFAH DAN DASAR

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir pembelajaran modul ini anda sepatutnya berkebolehan untuk:

1. menganalisis perkembangan pendidikan di Malaysia dari aspek falsafah, kurikulum dan


dasar-dasar.
2. menghubungkait Faslsafah Pendidikan Kebangsaan, kurikulum kebangsaan dan
penterjemahannya menerusi Sukatan Pelajaran.

3. membina perkembangan profesionalisme keguruan

4. membahaskan Akta Pendidikan 1996

SINOPSIS

Modul ini membincangkan secara kritis tentang falsafah dan dasar pendidikan dengan
menganalisisnya dalam konteks perkembangan pendidikan di Malaysia. Modul ini juga
membincangkan perkembangan pendidikan negara sebagai satu kesinambungan dan
keunggulan yang berterusan dengan berlandaskan interaksi dan pemikiran yang telah berlaku
dalam proses pembangunan negara. Falsafah, dasar-dasar, kurikulum dan peraturan dalam
pendidikan juga diberi penekanan bagi membolehkan para pelajar memperoleh pengetahuan
dan kemahiran serta pemupukan sikap dalam melaksanakan tanggungjawab secara berkesan
dalam batasan profesion perguruan.

ZAINI ABDULLAH (NOTA KULIAH KPF 3012)


2

RINGKASAN
KANDUNGAN Falsafah Falsafah
Pendidikan Pendidikan
KURSUS Islam Barat
eklektik

Falsafah
Pendidikan
PENDIDIKAN Kebangsaan
FALSAFAH
PENDIDIKAN Falsafah Profesionalisme
Pendidikan Keguruan
Guru

A  Dasar Kawalan
K DASAR-DASAR  Dasar Kebajikan
T PENDIDIKAN  Dasar Inovasi
A  Dasar Solusi
P Jangka  Wawasan
E PERANCANGAN Pendek Pendidikan
N PENDIDIKAN  Pembangunan
D Jangka Pendidikan
I Panjang Nasional
D  PIPP
I
K Reka  Dimensi
A PELAKSANAAN Bentuk Vertikal
N PENDIDIKAN Kurikulum  Dimensi
Horizontal
1 Sukatan
9 Pelajaran
9
KETAKWAAN 6 Tahunan
Rancangan
Pengajaran
Harian
ETIKA & Kod Etika Profesinalisme
PERUNDANGAN Keguruan
PENDIDIKAN
Disiplin & Perundangan
Pendidikan
PEMBANGUNAN

ZAINI ABDULLAH (NOTA KULIAH KPF 3012)


3

INSAN UNIT
NEGARA 1

PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA KE


ARAH PEMBANGUNAN INSAN DAN NEGARA

Hasil Pembelajaran

Selepas membaca modul ini, anda sepatutnya dapat:


1. Memberikan makna pendidikan
2. Menginterpretasikan pembangunan
3. Menyatakan definisi pendidikan dan pembangunan merujuk kepada pandangan tokoh.
4. Menghubungkait di antara pendidikan dan pembangunan sebagai dua pembolehubah.

KONSEP DAN PENGERTIAN PENDIDIKAN

Berdasarkan Kamus Dewan Edisi 4 (2005) istilah pendidikan membawa maksud :


i. Perihal mendidik,
ii. Ilmu
iii. Didikan, latihan, ajaran.

Pendidikan = Education

Education = Latin: e’ex + ducereduc


(keluar) (memimpin)

Pendidikan = Didikan & latihan


(educere) (educare)

Perbezaan didik, ajar dan latih.


ISTILAH DALAM PENDIDIKAN

Konsep DIDIK AJAR LATIH

Gelaran tokoh Pendidik: Pengajar: memindah Jurulatih: membina


menyampaikan pengetahuan dan kemahiran melalui
maklumat & memberi keterampilan untuk tunjuk ajar .

ZAINI ABDULLAH (NOTA KULIAH KPF 3012)


4

ilmu, berkongsi manfaat diri pelajar.


pengalaman

Penerima Anak didik: menerima Pelajar: menerima Pelatih: patuh arahan


asuhan dan tunjuk ajar.
pembentukan

Kesan Terdidik: Intelek, Berpelajaran: intelek Terlatih: Jasmani


rohani, emosi dan
jasmani

Penerapan Pengetahuan, Pengetahuan & Kemahiran


kemahiran & nilai Kemahiran

Masa Berterusan Ada had/ tempoh Ada had/ tempoh

Matlamat Kebijaksanaan, Kepandaian dan Kemahiran


keadaban, kerohanian, kecekapan
kejiwaan dan
kecekapan

Keperluan Belajar untuk belajar Belajar untuk Belajar untuk


survival ketrampilan

Proses Memimpin: memindah, Mengajar: Melatih & membina


membina & berkongsi memindahkan kepakaran
pengetahuan, pengetahuan &
kemahiran, nilai kemahiran

Kedudukan guru Di samping: bimbingan Di hadapan: arahan Bersama: tunjuk ajar

Ciri-ciri guru Role model: berilmu, Arahan mandatori: Ikut apa yang disuruh
berakhlak, beragama, Ikut apa yang dan dibuat.
berketerampilan & disuruh, jangan ikut
bersahsiah. apa yang dibuat.

Dari sudut perspektif Islam, pendidikan mempunyai beberapa istilah seperti tarbiah, ta’dib
dan ta’lim.
i. Tarbiah berasal dari kata dasar “rabba” yang bermaksud mengasuh, memelihara atau
memimpin. Ia diseertikan dengan makna memiliki, menguasai selain mendidik. Oleh
itu perkataan tarbiah membawa makna yang luas kerana realitinya pengertian tersebut
meliputi manusia dan semua makhluk Allah s.w.t.
ii. Ta’dib berasal dari kata dasar “addaba” yang bermaksud mendidik adab atau
membentuk akhlak. Dari segi terminologinya ta’dib bermakna dalam proses mendidik
atau membentuk, individu yang terdidik itu mempunyai kemampuan untuk

ZAINI ABDULLAH (NOTA KULIAH KPF 3012)


5

mengembangkan potensinya untuk membentuk peribadi, sikap dan sahsiah yang


selaras dengan acuan yang ditetapkan oleh Allah s.w.t. Oleh itu perkataan ta’dib
hanya difokuskan kepada manusia sahaja.
iii. Ta’lim berasal dari kata dasar “allama” yang bermaksud proses pengajaran dan
pembelajaran. Hal ini berkaitan dengan proses penterjemahan ilmu dalam bentuk
teori dan praktik dari pendidik kepada pelajar.

Hubungan konsep tarbiah, ta’dib dan ta’lim dalam proses pembinaan insan yang syumul
dapat digambarkan seperti rajah di bawah.

Tarbiah
(Mengasuh/ Ta’dib
Memelihara/ (Mendidik/
membaiki) membentuk
adab & akhlak
MAKHLUK
Ta’lim
(Pengajaran)

Dalam pendidikan Islam, makna pendidik berkait rapat dengan dengan konsep
murabbi, mualim, muaddib dan mudarris. Murabbi menghubungkan proses didikan itu
dengan Allah s.w.t. sebagai sumber rujukan. Muallim membawa kaitan di antara proses
didikan dengan ilmu yang berhubungkait dengan al-Quran dan Sunnah. Muaddib pula
menghubungkan pendidikan sebagai satu proses peradaban atau menjadikan manusia
berakhlak.

DEFINISI PENDIDIKAN DARI PERSPEKTIF BARAT

a) Sparta : Pendidikan satu usaha untuk membentuk rakyat yang berani, berdisiplin,
taat pemimpin dan cintakan tanah air.
b) Athens : Pendidikan untuk membina kebijaksanaan dan keseimbangan jiwa bagi
mengukuhkan demokrasi dan membentuk warganegara yang cintakan negara.
Dari idea tersebut, barat telah mengambilnya sebagai acuan dalam membuat tafsiran dan
definisi tentang pendidikan.

i. Pendidikan ialah latihan.

ZAINI ABDULLAH (NOTA KULIAH KPF 3012)


6

“Pendidikan sebagai latihan jasmani dan rohani bagi mencapai kecantikan


kesempurnaan pekerti.” (Plato: 427 S.M. – 347 S.M.)

ii. Pendidikan ialah usaha


“Pendidikan ialah proses pembinaan pekerti dan pengembangan akal fikiran.”
(Socrates: 470 S.M. – 399 S.M.)

iii. Pendidikan ialah sistem


“Pendidikan ialah satu sistem perkembangan intelektual, jasmani, kerohanian dan
emosi.” (Aristotle: 384 S.M. – 322 S.M.)

iv. Pendidikan ialah proses


“Pendidikan sebagai proses membentuk kecenderungan asasi yang berupa
kepercayaan dan perasaan terhadap alam sejagat dan sesama manusia. Pendidikan
juga suatu proses bagi mengatur dan menambah pengetahuan yang dimiliki supaya
dapat hidup dengan lebih selamat.” (John Dewey: 1933)

v Pendidikan ialah penambahan ilmu


“Pendidikan ialah untuk menambahkan ilmu untuk menghampirkan diri dengan
kesempurnaan fitrah dan memahami daya usaha yang terdapat pada bakat dan watak
seseorang.” (Stuart Mill)

vi. Pendidikan ialah mendidik


“Pendidikan ialah mendidik iaitu memimpin keluar. Pendidikan berlaku melalui
tunjukajar, latihan dan indoktrinasi.” (Ducasse)

REFLEKSI
Apakah ciri-ciri pendidikan dari perspektif barat? Adakah ciri-ciri tersebut mempunyai
persamaan dengan situasi pendidikan di Malaysia? Bincangkan.

PENGERTIAN PENDIDIKAN DARI PERSPEKTIF ISLAM

Pendidikan dalam Islam meletakkan tiga dasar ilmu yang berlandaskan kepada
 AKAL (KOGNITIF): Ilmu wahyu + ilmu aqli = kebesaran dan kebenaran Tuhan.
 HATI (EFEKTIF): Kesedaran dan penghayatan secara fitrah, roh, jiwa & perasaan.
 JAWARIAN (PSIKOMOTOR): Amalan & kebiasaan yang menurut sunnah.

Ketiga-tiga dasar tersebut berasaskan sumber ilmu utama:


 AL-QURAN
 AS-SUNNAH (HADIS)
 IJTIHAD (ULAMA)

ZAINI ABDULLAH (NOTA KULIAH KPF 3012)


7

Pendapat ilmuan Islam terhadap pendidikan:


i. Al-Ghazali: Pendidikan ialah proses pembentukan akhlak dan nilai-nilai kerohanian
sebagai persediaan menghadapi rintangan hidup.

ii. Imam al-Syafie: Pendidikan bermatlamat membentuk akidah dan penguasaan ilmu untuk
melengkapkan diri menghadapi dunia.

iii. Imam Malik: Pendidikan ialah pembentukan individu yang berilmu, berakhlak,
bermasyarakat dan bersedia memimpin.

iv. Imam Abu Hanifa: Pendidikan merupakan perihal membina ummah bersandarkan agama,
pemikiran dan ilmu sehingga ke peringkat Ijtihad.

v. Ibnu Khaldun: Pendidikan ialah usaha mempersiapkan individu bagi membina


masyarakat dan Negara.

vi. Al-Jamali: Pendidikan sebagai membentuk tabiat dan sikap manusia dalam pelbagai
aspek kehidupan (jasmani, rohani, akal, akhlak, sosial) supaya dapat mengabdi diri
kepada Allah.

vii. Khursid Ahmad: Pendidikan sebagai latihan aqliah, jasmaniah dan rohaniah bagi
melahirkan manusia berkebudayaan tinggi, berupaya melaksanakan tanggungjawab
sebagai insan yang baik dan warganegara yang sempurna.

viii. Hasan Langgulung: Pendidikan ialah merubah dan memindahkan nilai-nilai


kebudayaan kepada individu melalui berbagai proses dan cara bagi melahirkan manusia
yang bertanggungjawab & berbakti kepada Allah.

APAKAH HAKIKAT PENDIDIKAN?


i. Proses interaksi 2 pihak di antara pendidik dan orang yang dididik secara
seimbang.
ii. Usaha melengkapkan pengetahuan, pemikiran dan kemahiran orang yang dididik
untuk menghadapi cabaran perubahan persekitaran.
iii. Proses dan usaha untuk meningkatkan kualiti kehidupan individu, keluarga,
masyarakat dan negara.
ix. Proses yang berterusan.
x. Usaha menerapkan ilmu dan nilai bagi pembinaan warganegara yang cemerlang

ZAINI ABDULLAH (NOTA KULIAH KPF 3012)


8

DIMENSI PENDIDIKAN

Dimensi Instrumental

Pendidikan ialah ______


i. cara untuk mencapai matlamat.
ii. untuk mencapai sesuatu keperluan.
iii. mesti bersesuaian dengan kehidupan manusia di dalam masyarakat.
iv. untuk sesuatu fungsi dan untuk manusia berfungsi.

Dimensi Bukan Instrumentalis

Pendidikan ialah _______


i. mempunyai matlamat implisit.
ii. menjadi makhluk terdidik.
iii. satu kehidupan

JENIS PENDIDIKAN

Cth: SK, SMK,


MRSM, IKM

Pendidikan
Formal

Pendidikan Pendidikan
Nonformal Informal
Cth: Kursus lanjutan
seperti masakan, Cth: Adab, tutur
jahitan, ternakan, kata, akhlak
pertanian

ZAINI ABDULLAH (NOTA KULIAH KPF 3012)


9

Perbandingan Pendidikan Formal, Informal dan Nonformal

Formal Informal Nonformal


Reka bentuk Perkembangan ilmu Bina kemahiran Perkembangan
& kemahiran, j/m untuk kehidupan, j/m kemahiran, j/m
lama berterusan pendek
Pengajaran Guru terlatih, Keluarga & Ahli yang pakar
pedagogi. masyarakat
Pembelajaran Seragam, berjadual, - Berjadual
teks
Institusi Rasmi: bangunan & Tidak rasmi: rumah, Rasmi & tidak rasmi:
kelas, sekolah, masyarakat agensi kerajaan &
swasta.
Kurikulum Rasmi, kebangsaan, Tidak rasmi Tidak rasmi
berstruktur
Penilaian Rasmi & kebangsaan - -
Pengiktirafan Perjawatan: sijil, - Sijil penyertaan
Dip., Ijazah
Organisasi Pra sekolah, sk. ren - -
& men, IPT

APAKAH HUBUNGKAIT DI ANTARA PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN?

Konsep Dan Pengertian Pembangunan

1. Pembangunan Dari Perspektif Barat

i. “Pembangunan ialah memimpin objektif kerajaan-kerajaan. Pembangunan


sinonim dengan perubahan ekonomi, sosial dan politik”. (Hulme D &
Turner M., 1990)

ii. “Pembangunan ialah merealisasikan potensi personaliti manusia, gabungan


dari tiga matlamat yang khusus. Pertama, jaminan keatas bekalan keperluan
asas. Kedua, kewujudan bidang pekerjaan. ketiga, pengurangan ketidakadilan”
( Seers, 1977).

iii. “Pembangunan berkisar di atas landasan nilai-nilai materialisme secara


kuantitatif. Juga memandang serius ke atas kewujudan kelas sosial dan konflik
sosial ”. Kadt E. D. et al (1974)

ZAINI ABDULLAH (NOTA KULIAH KPF 3012)


10

iv. “Pembangunan boleh difahami dari kebiasaan ekonomi, dan tidak dari
perspektif politik, etika, ideologi atau kriteria yang lain. Pembangunan tidak
hanya dilihat dari faktor-faktor ekonomi (tanah, buruh, modal dan pengusaha)
tetapi lebih kepada perkembangan ekonomi ”. Berger (1992)
2. Pembangunan Dari Perspektif Islam

i. “Pembangunan adalah suatu proses membuka dan mengembangkan roh


kemanusiaan, membuka hati manusia, membuka dan mendedahkan manusia
ke arah kemuncak ketuhanan supaya berkembang sepenuhnya secara
beransur-ansur dan ke arah yang lebih baik dalam konteks kehebatan
semulajadi.” Kadir H. D, ( 1996 )

ii. “Pembangunan bermaksud peningkatan, kebangkitan dan pertambahan


dari semua aspek kehidupan kerana sifat kehidupan ini sentiasa berubah tidak
berhenti-henti dan jika tiada peningkatan maka matilah ia.” ( Fathi Yakan
(2002)

iii. ”Pembangunan (al-Tanmiyah) bermaksud penyuburan dan pemurnian diri


insan.” ( Abduh ,1404H)

iv. Terdapat beberapa istilah yang berkaitan dengan pembangunan (al-tanmiyah)


dalam al-Quran seperti al-Tazkiyah (Penyuburan), seperti tersebut dalam
surah al-Syams: 9, al-Bina’ (Pembinaan) seperti tersebut dalam surah al-Saf:
4. v.

v. Dalam hubungan ini tujuan pembangunan adalah manusia itu sendiri (Nailul
Murad Mohd.Nor & Hanapi Md. Noor 2002).

vi. Konsep pembangunan dalam Islam adalah berasaskan kepada keesaan Allah,
matlamat ialah keredahan Allah (mardatillah) dan kerangkanya mencakupi
skala waktu panjang iaitu waktu kehidupan di alam roh, dunia dan akhirat.
Sepanjang skala itu, manusia mesti mencapai kebahagian di dunia dan akhirat.
(Muhammad Syukri Saleh 2002)

Pembangunan Berteraskan Islam

ALLAH

Quran Pendidikan &


Latihan: Insan
bertaqwa
WAHYU  Aqliah &
 Jasmaniah khalifah
Sunah Allah
 Rohaniah

PEMBANGUNAN DUNIA & AKHIRAT


ZAINI ABDULLAH (NOTA KULIAH KPF 3012)
11

PEMBANGUNAN APA?

Pelbagai sektor, pekerjaan,


peningkatan pendapatan
NEGARA
Pendidikan, kemasyarakatan,
Ekonomi teknologi, cara hidup, pengantara
INSAN bangsaan
Intelektual (IQ) Sosial Penyertaan demokrasi, hubungan
diplomatik, kestabilan, keadilan,
Emosi (EQ) hak asasi, kebebasan
Politik
Rohani (SQ)
Jasmani (PQ) Alam Keseimbangan eko, kebersihan,
sekitar
Kepercayaan kepada tuhan,
Agama & Moral ketaatan, berakhlak, pekerti mulia

EKONOMI
Intelek Emosi

Rohani
K
TI
SO

LI
SIA

PO
L

Jasmani

ZAINI ABDULLAH (NOTA KULIAH KPF 3012)


12

PENGARUH PENDIDIKAN TERHADAP PEMBANGUNAN

Pembolehubah Pembolehubah
bebas (IV) bersandar (DV)

Pendidikan
(Literasi) Pembangunan

literasi fungsian, literasi Kesedaran, Ekonomi, sosial,


budaya, literasi bahasa, penerimaan politik, alam
maklumat,
literasi saintifik, literasi keupayaan
sekitar
maklumat, literasi moral memberi idea
(multiliterasi) & kemahiran,
penyertaan

PENGARUH PEMBANGUNAN TERHADAP PENDIDIKAN

Pembolehubah Pembolehubah
bebas (IV) bersandar (DV)

Pembangunan Pendidikan

demokrasi, formal,
Politik, penyertaan,
Ekonomi, peruntukan
informal,
Sosial, kewangan, prasarana non formal

ZAINI ABDULLAH (NOTA KULIAH KPF 3012)


13

RUMUSAN

 Pendidikan à mendidik + melatih manusia.


 Pembangunan à unsur manusia + elemen kenegaraan.
 Pendidikan dan pembangunan membentuk dua pembolehubah yang berkaitan.
 Pendidikan boleh memberikan kesan secara langsung kepada pembangunan (insan
dan negara) à aspek literasi.
 Pembangunan menyediakan peruntukan dan kebolehdayaan untuk perkembangan
pendidikan.

UJIAN

1. Manakah perbandingan berikut BETUL tentang pendidikan?

Didik Latih
A Kemahiran Kebijaksanaan
B Melatih Memimpin
C Terhad Berterusan
D Belajar untuk belajar Belajar untuk keterampilan

2. Manakah kenyataan berikut merujuk kepada maksud pendidikan?

A. Pendidikan ialah satu usaha ke arah merapatkan jurang yang wujud dalam
masyarakat.
B. Pendidikan ialah penyerapan pengetahuan dan kemahiran bagi membentuk
peribadi, watak dan mencungkil bakat yang terpendam.
C. Pendidikan ialah meningkatkan potensi murid-murid untuk lebih cemerlang
dalam hidup menerusi peningkatan prestasi akademik.
D. Pendidikan ialah suatu sistem penyampaian yang berfungsi untuk
menimbulkan kesedaran dalam kalangan murid erti warganegara yang baik.

3. Siapakah di antara tokoh berikut yang mentakrifkan pendidikan ialah proses


pembinaan pekerti dan pengembangan akal fikiran?

A. Plato B. Socrates
C. Aristotle D. John Dewey

ZAINI ABDULLAH (NOTA KULIAH KPF 3012)


14

4. “Tuntutlah ilmu bermula dari buaian sehingga ke liang lahad”. Kata-kata tersebut
adalah bertepatan dengan konsep _________________

A. ajar B. asuh
C. latih D. didik

5. Dalam pendidikan Islam, proses membentuk akhlak yang sempurna adalah merujuk
kepada ____________

A. tarbiah B. ta’lim
C. ta’dib D. mengajar kesempurnaan.

6. Pendidikan lanjutan adalah tergolong dalam jenis pendidikan ___________

A. formal. B. informal.
C. sub formal. D. non formal.

Soalan 7 hingga 9 adalah merujuk kepada rajah di bawah

ALLAH

Pendidikan &
Quran Latihan
Insan
WAHYU X bertaqwa
&
Sunah khalifah
Allah

Y
Rajah: Pendidikan & Pembangunan Dalam Islam

ZAINI ABDULLAH (NOTA KULIAH KPF 3012)


15

7. Apakah komponen pendidikan dan latihan yang terkandung di dalam X?

I. Roh
II. Akal
III. Jasad
IV. Sahsiah

A. I sahaja
B. I dan II sahaja
C. I, II dan III sahaja
D. I, II, III dan IV

8. Y adalah merujuk kepada aspek pembangunan. Apakah kategori pembangunan yang


dinyatakan?

I. Pembangunan insan.
II. Pembangunan dunia.
III. Pembangunan akhirat.
IV. Pembangunan dunia.

A. I dan IV sahaja.
B. II dan III sahaja.
C. I, II dan III sahaja.
D. I, II, III dan IV.

9. Apakah rumusan yang boleh dikemukakan terhadap konsep pendidikan yang


dikemukakan di dalam rajah tersebut?

A. Pendidikan nilai.
B. Pendidikan bersama.
C. Pendidikan bersepadu.
D. pendidikan berterusan.

ZAINI ABDULLAH (NOTA KULIAH KPF 3012)


16

10. Pendidikan menjadi pemankin dalam merealisasikan hasrat menjadi negara maju
menjelang 2020. Bagaimanakah pendidikan boleh memberikan impak kepada
pembangunan negara?

I. Pendidikan menyedarkan rakyat tentang pembangunan.


II. Literasi membolehkan maklumat pembangunan diterima oleh rakyat.
III. Rakyat yang berpendidikan berkeupayaan memberi idea yang bernas.
IV. Pendidikan menyediakan tenaga buruh yang berkemahiran untuk
pembangunan

A. I dan II sahaja.
B. III dan IV sahaja.
C. I, II dan III sahaja.
D. I, II, III dan IV.

LATIHAN ESEI

1. Apakah yang dimaksudkan dengan pendidikan?


2. Apakah perbezaan konsep pendidikan, pengajaran dan latihan?
3. Apakah yang dimaksudkan dengan pembangunan?
4. Bandingkan erti pendidikan dan pembangunan dari perspektif barat dan Islam.
5. Adakah pendidikan dan pembangunan merupakan dua pembolehubah yang saling
berkaitan? Mengapa?
6. Bagaimanakah pendidikan memainkan peranan dalam pembangunan:
i) Insan
ii) Negara
7. Berikan penilaian anda:
5.1 Pendidikan lebih mempengaruhi pembangunan
5.2 Pembangunan lebih mempengaruhi pendidikan

ZAINI ABDULLAH (NOTA KULIAH KPF 3012)


17

UNIT 2

PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA:


FALSAFAH DAN HALA TUJU

Objektif

Objektif pengajaran tajuk ini ialah untuk memahami hala tuju perkembangan pendidikan di
Malaysia.

Hasil Pembelajaran

Pada akhir pengajaran unit ini, anda dapat:


1. Menghuraikan perkembangan pendidikan pada era masyarakat tradisional, era
penjajahan, era kemerdekaan, era selepas kemerdekaan.
2. Membincangkan sumbangan tokoh-tokoh dalam perkembangan pendidikan di
Malaysia.
3. Menganalisis dasar dan matlamat pendidikan mengikut era yang disebutkan.

PERKEMBANGAN PENDIDIKAN SERANTAU

Continental Anglo-Group Islamic


French German English

American
Russian
India
Old
Taiwan
Japan
Korea
Filippines

China
Malaysia

Indochina Hong Kong


New
Thailand Singapore
Japanese
Indonesia ZAINI ABDULLAH (NOTA KULIAH KPF 3012)
18

DIMENSI PERKEMBANGAN PENDIDIKAN

Dimensi Vertikal
 Taraf pendidikan
 Tahap persekolahan
 Peluang pendidikan

Dimensi Horizontal
 Merapatkan jurang pendidikan
 Demokrasi pendidikan
 Penyebaran pendidikan

TAHAP-TAHAP PERKEMBANGAN PENDIDIKAN

 Pendidikan Era Masyarakat Melayu Tradisi: Pendidikan informal untuk kekalkan


keharmonian system & fungsi masyarakat.
 Pendidikan Era Penjajahan (1511 – 1957): Pendidikan informal & pendidikan formal dengan
dasar untuk kepentingan penjajah (pecah & perintah, pluralisasi, pemencilan, pengabaian)
 Pendidikan Era Kemerdekaan (1956–1959): Pendidikan formal & pendidikan informal
dengan dasar perpaduan nasional
 Pendidikan Selepas Kemerdekaan:
i. Rancangan Malaysia Pertama (1960–1970): Pendidikan formal, pendidikan informal
& Pendidikan nonformal dengan dasar perpaduan & pembasmian buta huruf.
ii. Rancangan Malaysia Kedua (1971–1975): Pendidikan kebangsaan dengan dasar
perpaduan, patriotism dan guna tenaga mahir.
iii. Rancangan Malaysia Ketiga (1976 – 1980): Pendidikan kebangsaan dengan dasar
perpaduan, tenaga mahir (aneka jurusan) dan pendemokrasian pendidikan.
iv. Pendidikan Untuk Membentuk Jati Diri (1980 – 1989): Pendidikan Kebangsaan
berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk melahirkan warganegara yang
cemerlang.
v. Pendidikan Untuk Kemajuan (1990 – 1999): Pendidikan Kebangsaan bertaraf dunia
dengan dasar globalisasi berteraskan sains & teknologi.
vi. Pendidikan Untuk Kemajuan Pada Abad Ke-21: Memperkasakan Pendidikan
Kebangsaan secara ‘glokal’ ke arah melahirkan rakyat berminda kelas pertama.

ZAINI ABDULLAH (NOTA KULIAH KPF 3012)


19

LANDASAN PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA

Laporan Laporan Barnes Laporan Fenn-


Chessman (1946) (1951) Wu (1951)

Laporan Laporan Rahman Penyata Razak


Jawatankuasa Talib 1960 & 1956 & Ordinan
Kabinet 1979 Akta Pelajaran Pelajaran 1957
1961

Rang Undang- Akta Pendidikan


undang 1996
Pendidikan 1995

SISTEM PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Tahap-tahap dalam system pendidikan kebangsaan:

a) Pendidikan Prasekolah
b) Pendidikan Rendah (Termasuk Pendidikan Khas)
c) Pendidikan Menengah (Termasuk Pendidikan Khas)
d) Pendidikan Lepas Menengah, dan
e) Pendidikan Tinggi

Terdapat tiga kategori institusi pendidikan dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan.


a) Institusi pendidikan kerajaan
b) Institusi pendidikan bantuan kerajaan
c) Institusi pendidikan swasta

ZAINI ABDULLAH (NOTA KULIAH KPF 3012)


20

JENIS SEKOLAH MENGIKUT SISTEM PENDIDIKAN KEBANGSAAN

DIP/ IJAZAH PENDIDIKAN TINGGI


3 – 5 thn Kolej/ IPTA/ IPTS

STPM/ Matrik
SMK & Pusat Matrikulasi
2 thn
SPM
PENDIDIKAN MENENGAH
2 thn
SMK Harian KBSM
PMR SMK Asrama Penuh
SMK Agama
3 thn SM Pensendirian/swasta
Pendidikan PENDIDIKAN RENDAH
UPSR
Khas Sekolah Rendah Kebangsaan
6 thn SRJK Cina
SRJK Tamil
KBSR
SR Persendirian/swasta

Pra Sekolah

RUMUSAN

1. Perkembangan pendidikan di Malaysia berlaku secara horizonal dan vertikal.


a) Secara horizontal (mengikut siri masa)
a) Secara vertikal (tahap & kandungan pendidikan)

2. Perkembangan pendidikan berlaku berdasarkan ideologi negara dan diterjemahkan


menerusi beberapa laporan, ordinan dan akta pelajaran.

3. Ordinan Pelajaran dan Akta Pendidikan mendasari perkembangan pendidikan


Malaysia.

4. Perkembangan pendidikan di Malaysia adalah hasil dari pembangunan oleh pihak


kerajaan, kerjasama di antara kerajaan dan pihak persendirian dan sumbangan oleh
pihak swasta.

ZAINI ABDULLAH (NOTA KULIAH KPF 3012)


21

LATIHAN OBJEKTIF

1. Pendidikan menjadi pemangkin dalam merealisasikan hasrat menjadi negara maju


menjelang 2020. Bagaimanakah pendidikan boleh memberikan impak kepada
pembangunan negara?

I. Pendidikan menyediakan tenaga buruh yang berkemahiran.


II. Literasi membolehkan maklumat pembangunan diterima rakyat.
III. Rakyat berpendidikan berkeupayaan memberi idea yang bernas.
IV. Pendidikan memberikan kesedaran kepada rakyat tentang erti pembangunan.

A. I dan II sahaja.
B. III dan IV sahaja.
C. I, II dan III sahaja.
D. I, II, III dan IV.

2. Manakah antara dimensi perkembangan pendidikan berikut merujuk kepada dimensi


vertikal?

A. Taraf pendidikan.
B. Demokrasi pendidikan.
C. Penyebaran pendidikan.
D. Merapatkan jurang pendidikan.

3. Manakah antara berikut merupakan pelaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan melalui


satu sistem pendidikan yang memperuntukan perkara-perkara yang akan memenuhi
keperluan negara serta memupuk perpaduan negara?

I. Pelbagai pendidikan dan komprehensif skopnya.


II. Kurikulum Kebangsaan dan peperiksaan yang sama.
III. Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama.
IV. Pendidikan bersepadu, menyeluruh, seimbang dan harmoni.

A. I, II dan III sahaja.


B. I, III dan IV sahaja.
C. II, III dan IV sahaja.
D. I, II, III dan IV.

ZAINI ABDULLAH (NOTA KULIAH KPF 3012)


22

4.  Perpaduan kaum
 Penerapan ideologi negara
 Keperluan sumber tenaga manusia
 Pengekalan identiti budaya & warisan berdasarkan kaum

Apakah yang boleh anda rumuskan tentang ciri-ciri pendidikan tersebut?

A. Halatuju dan falsafah pendidikan era penjajahan.


B. Halatuju dan falsafah pendidikan era kemerdekaan.
C. Halatuju dan falsafah pendidikan era prekemerdekaan.
D. Halatuju dan falsafah pendidikan era pasca kemerdekaan.

LATIHAN ESEI

1. Berikan ulasan tentang perkembangan pendidikan di Malaysia dari dimensi horizontal


dan dimensi vertikal.

2. Bandingkan halatuju dan falsafah pendidikana pada era sebelum dan selepas Malaysia
mencapai kemerdekaan.

3. Berdasarkan Penyata Razak (1956), analisiskan kandungan dan huraikan


sumbangannya dari aspek dasar dan sistem pendidikan negara.

4. Perkembangan pendidikan masa kini adalah berteraskan Laporan Jawatankuasa


Kabinet 1979, bincangkan.

ZAINI ABDULLAH (NOTA KULIAH KPF 3012)


23

UNIT 3
ASAS FALSAFAH DALAM PEMBENTUKAN
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK)

Hasil Pembelajaran
Pada akhir pengajaran, pelajar dapat:
1. Menjelaskan konsep falsafah dan falsafah pendidikan
2. Membandingkan falsafah barat dan Islam dalam pembentukan FPK.
3. Menghubungkait antara ciri-ciri FPK dengan falsafah pendidikan barat dan falsafah
pendidikan Islam.

KONSEP & PENGERTIAN FALSAFAH DAN FALSAFAH PENDIDIKAN

Falsafah = Philosophy

Philosophy = Philien + Sophia


(mencintai) (kebijaksanaan)
The love of wisdom

Falsafah = Mencintai Kebijaksanaan

1. Falsafah sebagai usaha menyelidik


‘Falsafah ialah usaha menyelidik bagi membentuk pengetahuan yang murni bagi
mencapai kebijaksanaan. (Socrates)
2. Falsafah sebagai usaha mengetahui
‘Falsafah ialah usaha mengetahui segala yang ada berhubung dengan manusia dan
kehidupannya untuk mencapai hakikat kebenaran.’ (Plato)
3. Falsafah ialah disiplin
‘Falsafah ialah disiplin yang menyelidiki asas dan sebab segala benda.’ (Aristotle)
4. Falsafah ialah ilmu
‘ Falsafah ialah ilmu tentang alam yang maujud dan bertujuan menyelidiki hakikat
yang sebenarnya.’ (al-Farabi)

5. Falsafah ialah perbincangan

ZAINI ABDULLAH (NOTA KULIAH KPF 3012)


24

‘Falsafah ialah perbincangan berkaitan soal-soal agama dan ketuhanan semata-mata


dan hasil pemikiran manusia yang spekulatif yang berdasarkan ujikaji dan
pengamatan yang tajam.’ (al-Ghazali)

APAKAH HAKIKAT FALSAFAH/ KEBIJAKSANAAN?

Ia merupakan aktiviti berfikir secara:


 meluas,
 mendalam,
 kritis,
 holistik,
 sistematik,
 radikal,
 integral,
 konsepsual dan
 universal
untuk menemui kebenaran.

PERBANDINGAN FALSAFAH BARAT & ISLAM

Falsafah Islam
Ketuhanan  Allah Maha berkuasa
Falsafah Barat
(KHALIQ) & mencipta.
 Tuhan, manusia &  Makhluk adalah
alam adalah sama ciptaan yg tunduk &
patuh kpd pencipta.
Teologi

Falsafah

Sains
Alam Manusia
(MAKHLUK) (MAKHLUK)

FALSAFAH DAN HUBUNGANNYA DENGAN PENGETAHUAN

ZAINI ABDULLAH (NOTA KULIAH KPF 3012)


25

Al-Ghazali membahagikan ilmu kepada ilmu naqli (ilmu wahyu) dan ilmu aqli (ilmu carian).

Kneller (1971) mengkategorikan ilmu kepada ilmu wahyu, empirikal, rasional, intuitif dan
Autoritatif.
Hubungan antara jenis-jenis ilmu tersebut dapat dilihat menerusi rajah berikut:

ILMU
1. Wahyu
NAQLI

I 2. Pengetahuan
Empirikal
L
M
3. Pengetahuan
U Rasional

A 4. Pengetahuan
Intuitif
Q
L
5. Pengetahuan
I Aotoritatif

KEDUDUKAN FALSAFAH & PENGETAHUAN

Kedudukan Jenis
Falsafah (Russell Pengetahuan
1946) (Kneller 1971)
asi
kul

Wahyu
Spe

TEOLOGI

FALSAFAH

Intuitif
an
kul

SAINS Empirikal
Taa

Aotoritatif
ZAINI ABDULLAH (NOTA KULIAH KPF 3012) Rasional
26

“Falsafah adalah sesuatu yang berada di antara teologi dan sains.” Russell (1946)
FALSAFAH: CABANG, PERSOALAN DAN PENYELESAIAN

Umum CABANG FALSAFAH Umum PERSOALAN


1. METAFIZIK Apakah alam semesta?
LO

Realiti / Kewujudan Kehidupan? Kebebasan?


GIK

J
2. EPISTEMOLOGI a
Apakah yang boleh diketahui?
DE

Teori Pengetahuan w
Bagaimana kita mengetahui? a
Perihal Mengetahui
DU

Apakah sumber pengetahuan? p


Sejauhmanakah ia boleh dipercayai?
KT

TIF a
3. AKSIOLOGI n
IF

UK

Nilai: Apakah hakikat kebagusan?


Estetika
ND

Apakah yang patut diutamakan? Apakah


Etika yang patut disukai? Apakah yang patut
I
IK

menjadi cantik? Apakah rasa yang bagus?


G
LO

FALSAFAH BARAT
Khusus
Penyelesaian FALSAFAH TIMUR
4. LOGIK FALSAFAH ISLAM

FALSAFAH BARAT (Mazhab Umum)

Idealisme Realisme Pragmatisme Eksistensialisme


Ciri Terawal & Tradisional Awal abad 20 – Pertengahan abad
tradisional US / moden 20 - Eropah/
moden
Fokus  Kebenaran à  Kebenaran à  Kebenaran dari  Kebenaran dari
akal, jiwa, nyata/ maujud pengalaman pengalaman bebas
kerohanian fizikalnya  Persekitaran  Pengalaman
 Dimensi  Kewujudan di bersifat dinamik. bentuk idea &
Kebenaran, alam fikiran  Pengalaman pengetahuan
keadilan dan selaras dgn alam individu berbeza  Individu berhak
keindahan à nyata. mempuat pilihan
menerusi proses & bertanggung
penaakulan jawab
Tokoh Plato, Descartes, Aristotle, Russel, Dewey, Darwin, Kierkegard,
Kant, Hagel dll Bacon, Lock James dll Jaspers

ZAINI ABDULLAH (NOTA KULIAH KPF 3012)


27

FALSAFAH UMUM: PENGARUHNYA KEPADA FALSAFAH PENDIDIKAN


BARAT

FALSAFAH UMUM BARAT FALSAFAH PENDIDIKAN BARAT

Idealisme Perenialisme

Realisme Progresivisme

Pragmatisme Esensialisme

Eksistensialisme Rekonstruksionisme

PERBANDINGAN ALIRAN FALSAFAH PENDIDIKAN BARAT

PERENIALISME PROGRESIVISME
T
R
A Kriteria: M
D 1. Masyarakat & Pendidikan O
I 2. Pengetahuan & Pembelajaran D
O 3. Pengajaran Guru E
N 4. Tujuan & Program N
A
L
ESENSIALISME REKONSTRUKSIONISME

ZAINI ABDULLAH (NOTA KULIAH KPF 3012)


28

Kriteria Aliran Falsafah Pendidikan


Tradisional Moden
Sekolah institusi pendidikan Rumah institusi pendidikan formal
formal
Sekolah agen kebudayaan Sekolah memajukan masyarakat
Pendidikan matlamat masyarakat Pendidikan kembangkan potensi
Pengetahuan sediakan pelajar Pengalaman demokrasi di sekolah
untuk demokrasi menyediakan pengetahuan untuk
Masyarakat
demokrasi sebenar.
& Pendidikan
Pendidikan kembangkan kognitif Pendidikan bersepadu (kognitif,
(akademik) moral dan sosial)
Nilai bersifat objektif & tetap Nilai bersifat subjektif (pandangan
(berasaskan persetujuan) individu)
Tumpuan terhadap pengetahuan Tumpuan terhadap penyelesaian
dan maklumat masalah & peranan individu
Fokus kepada subjek Fokus terhadap pelajar
Kandungan subjek: Kandungan subjek:
 Pilihan guru  Pilihan guru & pelajar
Pengetahuan  Penyusunan berurutan  Susunan ikut kefahaman
&  Orentasi perkara lampau  Orentasi semasa & hadapan
Pembelajaran Kandungan subjek dibahagi Kandungan subjek secara bersepadu
kepada beberapa bidang
Rancangan pengajaran disusun Rancangan pengajaran disusun
mengikut topik mengikut minat & masalah
Orentasi teks & bilik darjah Orentasi pelbagai bahan & masy.
Berkumpulan secara keseluruhan Keseluruhan, kecil & individu
Jadual yang tetap & masa seragam Jadual yang anjal & masa fleksibel
Pelajar kumpulan yang Pelajar kumpulan yang
Pengajaran ‘homogeneous’ & program khas ‘heterogeneous’ & program berbeza
Guru Pengajaran berorientasi guru & Pengajaran berorientasi pelajar &
pelajar pasif pelajar aktif
Keseragaman dalam membina Kepelbagaian dalam membina
pengalaman bilik darjah dan pengalaman bilik darjah dan situasi
situasi pengajaran pengajaran
Fokus kepada sastera & sains Sepadu (satera, subjek praktikal &
vokasional)
Pengkhususan Umum
Tujuan & Kurikulum ditentukan Kurikulum berasaskan keperluan dan
Program minat pelajar

ZAINI ABDULLAH (NOTA KULIAH KPF 3012)


29

Standard yang tinggi & Standard yang setara & fleksibel:


cemerlang: Tumpuan khas kepada Tumpuan khas kepada mereka yang
mereka yang cemerlang pencapaiannya rendah

CIRI-CIRI FALSAFAH PENDIDIKAN BARAT

1. Dualisme = Agama vs Sekular


2. Segmentasi = Sains vs Agama
3. Pengkhususan = Sains – Agama
4. Fleksibel = Perkembangan kognitif, afektif dan psikomotor
5. Dinamik = Penemuan baru & Dunia baru

FALSAFAH DALAM ISLAM

Metafizik
Intisari yang Maha Esa, Mutlak dan Kekal

Epistemologi
Pengetahuan tentang kebenaran mutlak (haq) melalui dua cabang ilmu:
i. Ilmu Naqli (Wahyu / Fardu Ain)
ii. Ilmu Aqli (Ilmu Akal / Fardu Kifayah)

Aksiologi
Kebagusan mutlak (kamil), ditetapkan oleh Allah s.w.t. dengan ekspresi lahiriah dalam
bentuk kebagusan relatif (ketakwaan)

Islam itu addin  cara hidup

Hikmah : kebijaksanaan/ kecerdikan kurniaan Allah. Hikmah juga membawa maksud


kelebihan atau tujuan sebenar sesuatu perkara. (Kamus Dewan IV)

Komprehensif
ADDIN
Menyeluruh

Bersepadu

ZAINI ABDULLAH (NOTA KULIAH KPF 3012)


30

FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM

”Pendidikan berterusan ke arah perkembangan diri individu dari


segi rohani, intelek, emosi dan fizikal yang membawa kepada individu
yang beriman, berilmu, berakhlak dan bertakwa dan beramal soleh
untuk membina masyarakat harmoni, hormat menghormati dan
bantu membantu antara satu sama lain.”
(Persidangan negara-negara Islam di Makkah, 1974)

KESEPADUAN DALAM FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

EKLEKTIK FALSAFAH
(Memilih dgn PEND.
leluasa ISLAM
daripada
pelbagai Intelek,
sistem dan Intelek,
Rohani, Jasmani,
falsafah; Jasmani
tercipta dari Emosi
pelbagai FPK
sumber)
FALSAFAH FALSAFAH
Kognitif,
PEND. BARAT PEND.
Afektif,
(TRADISIONAL) BARAT
Psikomotor
(MODEN)

ZAINI ABDULLAH (NOTA KULIAH KPF 3012)


31

HUBUNGKAIT FALSAFAH BARAT & ISLAM KEPADA FPK

FALSAFAH FALSAFAH FPK


UMUM BARAT PENDIDIKAN BARAT
Perkembangan Menyeluruh
Mazhab Manusia Bersepadu
Perenialisme Seimbang
Idealisme
Kognitif Harmoni
Mazhab Intelek
Progresivisme
Realisme
Afektif
Mazhab Rohani
Esensialisme
Pragmatisme
Psikomotor
Mazhab Rekonstruksionisme
Eksistensialisme Emosi

Akal
AL QURAN
FALSAFAH Jasmani
& Roh
SUNNAH PENDIDIKAN ISLAM
INSAN
Jasad
CEMERLANG

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pendidikan di Malaysia ialah satu usaha berterusan ke arah lebih


memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari
segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk
melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi
sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga,
masyarakat dan negara. (KPM 1996)

ZAINI ABDULLAH (NOTA KULIAH KPF 3012)


32

CABANG FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

METAFIZIK Kurikulum
Kepercayaan Pengajian Tinggi
Ketuhanan K
K E Kurikulum Lepasan
MENYELURUH
SEIMBANG U B Menengah

HARMONI
Intelek R
EPISTEMOLOGI A
Rohani I N Kurikulum
Pengetahuan & K
Jasmani G Bersepadu Sekolah
Keterampilan Emosi U Menengah (KBSM)*
S
BERSEPADU L A
AKSIOLOGI U A Kurikulum
Nilai (Etika & M N Bersepadu Sekolah
Rendah (KBSR)*
Estetika):
Keperibadian & Prasekolah
akhlak

* Melibatkan Kurikulum Pendidikan Khas

Rumusan
1. Falsafah merupakan aktiviti berfikir secara meluas, mendalam, kritis, holistik, sistematik,
radikal, integral, konsepsual dan universal untuk menemui kebenaran.
2. Falsafah pendidikan barat perenialisme, progresivisme, esensialisme dan
rekonstruksionisme berteraskan mazhab falsafah umum iaitu idealisme, realisme,
pragmatisme dan eksistensialisme.
3. Falsafah pendidikan Islam menekankan unsur bersepadu, meyeluruh dan seimbang
merangkumi akal, roh dan jasad.
4. Falsafah pendidikan barat dan falsafah pendidikan Islam digabungkan untuk menjadi asas
pembentukan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang bersifat eklektik.

ZAINI ABDULLAH (NOTA KULIAH KPF 3012)


33

LATIHAN OBJEKTIF

1. Manakah antara perkara berikut merujuk kepada hakikat falsafah ke arah menemui
kebenaran?

I. Berfikir secara kritis dan sistematik.


II. Berfikir secara radikal dan integral.
III. Berfikir secara vertikal dan horizontal.
IV. Berfikir secara seimbang dan bersepadu.

A. I dan II sahaja. B. III dan IV sahaja.


C. I, II dan III sahaja. D. I, II, III dan IV.

2. Menurut Russell (1946) terdapat tiga jenis ilmu yang bertindak ke arah kebenaran.
Manakah di antara kedudukan ilmu berikut adalah benar mengikut penjelasan beliau?

A. Kedudukan falsafah berada di antara agama dan sains.


B. Kedudukan sains terletak di antara teologi dan falsafah.
C. Kedudukan agama berada di antara falsafah dan sains.
D. Falsafah, agama dan sains berada pada kedudukan yang sama

3. Guru adalah ‘role model’ yang sentiasa menjadi perhatian. Oleh itu guru mestilah
kelihatan kemas dalam penampilan dan berpakaian, sopan dalam tutur kata dan tingkah
laku dan berakhlak mulia.

Apakah cabang falsafah yang boleh dikaitkan dengan pernyataan di atas?

A. Logik. B. Metafizik.
D. Aksiologi. D. Epistemologi.

4. • Pemilihan nilai
• Menggerak pemikiran
• Penetapan matlamat/ Objektif
• Penjelasan dan ketepatan makna
• Pemilihan pengetahuan, sumber dan kaedah

Apakah yang boleh dirumuskan dengan perkara di atas?

ZAINI ABDULLAH (NOTA KULIAH KPF 3012)


34

A. Matlamat falsafah pendidikan.


B. Sumbangan falsafah terhadap pendidikan.
C. Penerapan unsur falsafah dalam pendidikan.
D. Pelaksanaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
LATIHAN ESEI

1. Huraikan hakikat falsafah seperti yang anda faham.


2. Apakah keistimewaan falsafah pendidikan barat yang diaplikasikan dalam FPK?
3. Debatkan yang manakah lebih unggul di antara falsafah pendidikan barat dan falsafah
pendidikan Islam dalam mempengaruhi Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
4. Bincangkan maksud eklektik dalam konteks pembentukan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan. Mengapa eklektik?
5. Analisiskan cabang Falsafah Pendidikan Kebangsaan dari aspek epistemologi dan
aksiologi. Bagaimanakah pelaksanaannya dari aspek melahirkan warganegara yang
cemerlang?

ZAINI ABDULLAH (NOTA KULIAH KPF 3012)


35

UNIT 4
PENGHAYATAN UNSUR DAN ELEMEN
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK)

Objektif
Objektif tajuk ini adalah untuk membolehkan pelajar memahami dan menghayati unsur-unsur
dan elemen-elemen yang terkandung di dalam Falsafah Pendidikan kebangsaan (FPK).

Hasil Pembelajaran
Pada akhir pengajaran, pelajar dapat:
1. Mengenalpasti kandungan dokumen FPK dari aspek yang tersurat dan tersirat.
2. Menghuraikan unsur-unsur dan elemen-elemen yang terkandung dalam FPK
3. Menganalisis pendidikan negara dari aspek bentuk, proses dan kesan akhir.

APAKAH FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK)?

Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Pendidikan di Malaysia ialah satu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan


lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang
seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan
kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk
melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan,
berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri
serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga,
masyarakat dan negara. (KPM 1996)

APAKAH YANG TERKANDUNG DALAM FPK?

 Bentuk pendidikan.
 Proses-proses pendidikan yang mesti dilaksanakan.
 Kesan/ matlamat pendidikan yang mesti dicapai.

ZAINI ABDULLAH (NOTA KULIAH KPF 3012)


36

BAGAIMANAKAH MODEL FPK?

INTELEK ROHANI

AN G
INS BAN
ILMU TANGGUNGJAWAB
IM
PENGETAHUAN SE DAN NIS & SUMBANGAN
AKHLAK MULIA O KEPADA
A RM MASYARAKAT
H

JASMANI EMOSI

APAKAH UNSUR-UNSUR YANG TERKANDUNG DALAM FPK?

1. Unsur Intelek

Hikmah iaitu ilmu yang boleh membawa kepada kebenaran


Daya pemikiran yang kreatif dan inovatif
Daya pemikiran yang lojik dan analitik
Ilmu yang bermanfaat
Masyarakat yang berilmu pengetahuan yang mempunyai sikap suka membaca
dan cinta ilmu.

2. Unsur Rohani

Keyakinan kepada Tuhan


Kepercayaan beragama

3. Unsur Emosi

ZAINI ABDULLAH (NOTA KULIAH KPF 3012)


37

Kemantapan jiwa
Penghayatan nilai-nilai murni dan norma masyarakat
Berbudi pekerti mulia
Berbakti dan berkorban
Cintakan tanah air
4. Unsur Jasmani

Kecergasan fizikal dan kesihatan diri


Dapat menggunakan anggota dan tenaga fizikal sendiri untuk berdikari dan
hidup bermasyarakat

BAGAIMANAKAH PENGHAYATAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN


DAPAT DILAKSANAKAN?

BENTUK
Pendidikan adalah suatu proses

PROSES
1. Mendidik sebagai satu usaha
2. Mendidik secara berterusan
3. Pengajaran ke arah mengembangkan potensi murid
4. Pengajaran berfokus individu
5. Pengajaran dilaksanakan secara bersepadu & menyeluruh (Intelek,Rohani, Emosi,
Jasmani)
6. Membangunkan pelajar secara seimbang dan harmonis
7. Berpaksi ketuhanan

HASIL PEMBELAJARAN
1. Membentuk insan cemerlang: berilmu, mahir, berakhlak
2. Melahirkan warganegara gemilang: berbakti kpd keluarga, masyarakat & negara
3. Mengangkat martabat bangsa yang terbilang

Dimensi Instrinsik Dimensi Instrumental


 Percaya & patuh kepada Tuhan Berupaya memberi sumbangan
 Berilmu kepada kesejahteraan &
 Berketerampilan kemakmuran
 Berakhlak  Keluarga
 Bertanggungjawab  Masyarakat
 Sejahtera diri  negara
ZAINI ABDULLAH (NOTA KULIAH KPF 3012)
38

BAGAIMANAKAH PENGOPERASIAN FPK?

HASRAT FPK OPERASI FPK HASIL


Sistem Bersepadu &
Pendidikan Menyeluruh

sa

Ni rni
ha

Mu
Ba ELEKTIF

lai
PAKK
Kepercayaan Warganegara
PSR
& Kepatuhan TERAS yang baik
Kepada Tuhan
PSM KOKU Proses
IPT

Ilmu &
INTELEK Kemahiran
ROHANI
EMOSI
JASMANI

APAKAH IMPLIKASI FPK TERHADAP SISTEM PENDIDIKAN?

Liputan Sistem
Reka bentuk Aliran
Pembahagian Kategori
PERSEKOLAHAN
Perkembanga Jenis
Penilaian Lokasi
Pengajaran & K Apa? Siapa?
Kuantiti
Pembelajaran U Siapa? Bagaimana?
Di mana? G Kualiti
R
U Gender
I
SISTEM R Pendidikan
K
PENDIDIKAN U Latihan
U
L
Bagaimana?
U Mengapa? Mengapa?
M

BUDAYA
ZAINI ABDULLAH (NOTA KULIAH KPF 3012)
SEKOLAH
39

Ilmu
Kualiti
Iklim
Watak

BAGAIMANAKAH FALSAFAH MEMBERI SUMBANGAN TERHADAP


PENDIDIKAN?

• Penjelasan dan ketepatan makna


• Penetapan matlamat/ Objektif
• Menggerak pemikiran
• Pemilihan pengetahuan, sumber dan kaedah
• Pemilihan nilai

BAGAIMANAKAH PENTERJEMAHAN DAN PELAKSANAAN FPK DAPAT


DILAKUKAN?

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Matlamat / Objektif Pendidikan


T
e
r Sukatan Pelajaran (SP)
j
e
Huraian Sukatan Pelajaran (HSP)
m
a
h Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT)
a
n
Rancangan Pengajaran Harian (RPH)

Pelaksanaan
Pengajaran & Hasil
Pembelajaran Pembelajaran

ZAINI ABDULLAH (NOTA KULIAH KPF 3012)


40

RUMUSAN

1. FPK mengandungi maklumat secara tersurat & tersirat tentang bentuk, proses dan
hasil pendidikan di Malaysia.
2. Unsur-unsur intelek, rohani, emosi dan jasmani menjadi fokus dan matlamat
pendidikan.
3. Pelaksanaan pendidikan menekankan elemen menyeluruh, bersepadu dan seimbang
terhadap potensi individu.
4. Pendidikan dihasratkan dapat melahirkan individu secara seimbang & harmonis dari
aspek Intelek, rohani, emosi dan jasmani)
5. Falsafah pendidikan memberi sumbangan:
 Penjelasan dan ketepatan makna
 Penetapan matlamat/ Objektif
 Menggerak pemikiran
 Pemilihan pengetahuan, sumber dan kaedah
 Pemilihan nilai

LATIHAN ESEI
1. Jelaskan konsep-konsep berikut:
i. pendidikan ialah satu usaha berterusan
ii. Pendidikan menyeluruh dan bersepadu
2. Bincangkan proses pendidikan sebagaimana yang disarankan di dalam FPK.
3. Bagaimanakah unsur-unsur intelek, rohani, emosi dan jasmani diterjemahkan di
dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi sesuatu subjek?
4. FPK menyatakan matlamat pendidikan yang dihasratkan. Berikan hujah anda
terhadap kecapaian matlamat tersebut.

ZAINI ABDULLAH (NOTA KULIAH KPF 3012)


41

UNIT 5

FALSAFAH PENDIDIKAN GURU (FPG):


PEMIKIRAN DAN AMALAN DALAM PROFESION
KEGURUAN

Hasil Pembelajaran
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, pelajar dapat:
1. Menganalisis kandungan Falsafah pendidikan Guru Malaysia.
2. Mensintesis pemikiran dan amalan dalam profesion keguruan.
3. Mewatakkan ciri-ciri guru yang unggul.

APAKAH YANG SEPATUTNYA MENJADI ILMU GURU?

Menurut Shulman, L.S. (1986) Guru yang profesional mestilah menguasai 7 jenis
pengetahuan:

 Pedagogi
 Kandungan mata pelajaran
 Konten-pedagogi
 Pelajar
 Konteks pendidikan di Malaysia
 Tujuan dan falsafah pendidikan di Malaysia
 Kurikulum

Mengapa?

The Lost Paradigm (Shulman ,1986)

1. How teachers manage the classroom, organize activities, allocate time and turns,
formulate the level of their questions, lessons plan and judge general student
understanding.
2. What we miss are questions about the content of the lesson taught, the questions asked
and explanations offered.

ZAINI ABDULLAH (NOTA KULIAH KPF 3012)


42

3. Where do teacher explanations come from?; How do teacher decide what to teach, how to
present it, how to question students about it and, how to deal with the problem of
misunderstanding?

ADAKAH GURU KERJAYA PROFESIONAL?

Ciri-ciri kerjaya profesional:

1. Wujudnya himpunan ilmu mengenai profesion itu sendiri.


2. Anggota profesion mestilah menguasai dan menghayati himpunan ilmu tersebut.
3. Mempunyai himpunan kemahiran dan kecekapan yang unik kepada profesion itu
sahaja.
4. Kawalan profesion terhadap anggotanya daripada penyelewengan amalan.
5. Kepercayaan dan keyakinan terhadap matlamat profesion iaitu pendidikan dan
bukannya pengajaran semata.

APAKAH CABARAN PROFESION KEGURUAN?

1. Bilangan ramai (405,000 orang)


2. Pelbagai skim (Sandaran Tidak Terlatih, Bukan Siswazah: DG29,DG32; Siswazah:
DG41, DG44, DG48, DG52, DG54, JUSA C)
3. Pelbagai kelayakan (Sijil/Diploma Pendidikan & Ijazah Sarjana Muda Pendidikan)

Profesionalkah kerjaya guru?

PEMBINAAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONALISME PERGURUAN

ZAINI ABDULLAH (NOTA KULIAH KPF 3012)


Pra Perkhidmatan i. Pengetahuan
profesionalisme keguruan Kuliah,
Universiti/ Fakulti ii. Pembangunan sikap & kokurikulum, 43
Pendidikan sahsiah latihan pengajaran
mikro dan latihan
(IPTA & IPGM ) iii. Pembangunan Kemahiran mengajar di
Insaniah sekolah & khidmat
iv. Perkembangan sosial & sosial
kesukanan
Latihan / Kursus
Dalam
Kursus Perkhidmatan
Dalam Perkhidmatan (KDP) :
1. Peringkat Luaran
 Program yang
(PPD,menyediakan
JPN, latihan keguruan kepada guru-guru terlatih yang sedang
Kursus,
berkhidmat di sekolah
Kementerian dll)kelolaan KPM. Seminar,
 Bermatlamatkan peningkatan akademik dan pemantapan profesionalisme keguruan di
Bengkel,
kalangan guru. In house training Latihan
 Contoh kursus:
2. Peringkat dalaman
(Sekolah)
Bil Peringkat Program Tempoh Sasaran
1Pendidikan Berterusan Diploma
Program Khas  Sarjana Muda  Sarjana  Kedoktoran
Pensiswazahan
Guru (PKG)- kerjasama dengan 3 tahun Guru Terlatih
Peningkatan IPT dalam negara
Akademik Program Pensiswazahan Guru
Bahasa Antarabangsa Perancis, 1–3 tahun Guru Terlatih
Jerman, Jepun
2 Kemahiran Pengajaran dan
Jangka Panjang
Peningkatan Pembelajaran Kokurikulum
dan Jangka Guru Terlatih
Profesionalisme Teknologi Maklumat Pastoral
Pendek
Care

Asas-Asas Pendidikan Guru (Zeichner & Liston, 1990)


1. Tradisi akademik (atau ilmu)
2. Tradisi perkembangan
3. Tradisi kecekapan sosial
4. Tradisi ‘social reconstructionalist”

Pendidikan guru mestilah membolehkan mereka (Lasley, 1990):


1. Memiliki pengetahuan teknikal tertentu
2. Mengaplikasikan pengetahuan teknikal dalam situasi sebenar.
3. Mencerminkan mereka sebagai insan berilmu.

Pendekatan yang bakal pendidik ketahui (Howey, 1989):


1. Orientasi kemahiran atau kecekapan
2. Keupayaan penyelesaian masalah secara klinikal
3. Sikap seseorang yang berorientasikan kemanusiaan.

ZAINI ABDULLAH (NOTA KULIAH KPF 3012)


44

APAKAH SIFAT-SIFAT PENDIDIK UNGGUL?

(Muktamar Pertama Pendidikan Islam, Makkah, 1977):


1. Bersifat tawadhu’
2. Berakhlak/ bermoral
3. Insan yang berilmu (‘alim)
4. Memiliki taraf akademik yang baik
5. Mempunyai hubungan yang baik dengan masyarakat

APAKAH FALSAFAH PENDIDIKAN GURU MALAYSIA (FPG)?

1979 à Laporan Jawatan Kuasa Kabinet menetapkan halatuju pendidikan guru di Malaysia:
1. Menghasilkan guru yang mempunyai kesedaran dan daya pemikiran untuk
mengendalikan pengajaran dan pembelajaran secara interaktif bagi memperkembangkan
lagi potensi pelajar.
2. Melahirkan guru yang dapat membudayakan ilmu dalam masyarakat.

1982 à Falsafah Pendidikan Guru didokumentasikan dengan hasrat untuk mendidik:

GURU YANG BERPEKERTI MULIA, BERPANDANGAN


PROGRESIF DAN SAINTIFIK, BERSEDIA MENJUNJUNG
ASPIRASI NEGARA SERTA MENYANJUNG WARISAN
KEBUDAYAAN NEGARA, MENJAMIN PERKEMBANGAN
INDIVIDU DAN MEMELIHARA SUATU MASYARAKAT YANG
BERSATU PADU, DEMOKRATIK, PROGRESIF DAN
BERDISIPLIN. (Bahagian Pendidikan Guru, 1982)

APAKAH KANDUNGAN FPG?

1. Berpekerti mulia
Guru yang bersedia meletakkan kepentingan kepada orang lain (murid, ibu bapa ,
masyarakat) melebih diri.

2. Berpandangan progresif dan saintifik

ZAINI ABDULLAH (NOTA KULIAH KPF 3012)


45

Guru sentiasa berfikiran positif, proaktif, inovatif dan motivatif. Mempunyai minda
yang kehadapan dan sentiasa memperkembangkan ilmunya

3. Bersedia menjunjung aspirasi negara


Guru yang sentiasa meletakkan hasrat dan matlamat negara sebagai yang utama.

4. Menyanjung warisan kebudayaan negara


Meletakkan diri sebagai role model untuk mengekalkan nilai-nilai yang menjadi
warisan kebudayaan negara agar menjadi teladan kepada murid, ibu bapa dan
masyarakat.

5. Menjamin perkembangan individu


Sentiasa memberikan keutamaan dan mempastikan setiap murid diberikan peluang
mengembangkan potensi secara menyeluruh dan bersepadu yang merangkumi aspek
intelek, rohani, emosi dan jasmani secara terbimbing dalam aktiviti pengajaran &
pembelajaran dan kokurikulum dan kurikulum tersembunyi.

6. Memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu


Guru perlu mengekalkan keharmonian dalam masyarakat majmuk dengan
menekankan unsur bersatu padu dalam aktiviti yang dijalankan dan memastikan
murid-murid pelbagai kaum sentiasa berinteraksi antara satu sama lain.

7. Memelihara suatu masyarakat yang demokratik


Sentiasa memberi peluang kepada murid-murid untuk membuat keputusan. Berlaku
adil dalam membuat keputusan. Bertindak berasaskan pertimbangan wajar.

8. Memelihara suatu masyarakat yang progresif


Memberi penekanankepada aspek inovatif, kreatif, analitikal, kritikal, holistik,
bersepadu dalam melaksanakan tugas bagi membentuk murid yang dapat berfikiran
secara progresif dan saintifik. Guru perlu menekankan kaedah inkuiri-penemuan dan
kaedah dapatan bagi memupuk sifat gemar menyiasat dan mereka cipta

9. Memelihara suatu masyarakat yang berdisiplin


Mempastikan keharmonian, keselamatan dan keamanan menerusi penerapan nilai
etika dan peraturan yang mesti dipatuhi untuk oleh murid agar membentuk
masyarakat yang cemerlang.

APAKAH OBJEKTIF PENDIDIKAN GURU?

Melatih dan menghasilkan guru-guru unggul bagi memenuhi tuntutan dan aspirasi negara:
1. Profesional
2. Kualiti sosial
3. Kualiti moral
4. Personaliti yang baik

ZAINI ABDULLAH (NOTA KULIAH KPF 3012)


46

BOLEHKAH MODEL PENDIDIKAN GURU DI KONSEPSUALKAN?

KETUHANAN

Ni
u
Ilm

lai
G
Kemahiran

DIRI MASYARAKAT
Rajah: Model Konsepsual Pendidikan Guru

APAKAH STANDARD GURU MALAYSIA?

Content knowledge
Pedagogical content knowledge
Knowledge of learners
ILMU General pedagogical knowledge
Knowledge of educational context
Curriculum knowledge
Knowledge of educational ends,
purposes, and values

GURU

KEMAHIRAN SAHSIAH

“Because public school teacher are


Interpersonal government employees and because of
Intrapersonal their leadership roles with students, they
Komunikasi are often expected by the public at large
Teknologi and their school system superiors to
Kemahiran Profesional conform to certain codes of personal
ZAINI
Pengurusan masa ABDULLAH (NOTA KULIAH
behavior KPF
that 3012)
are not usually imposed
Pengurusan kelas upon other adults.”
(Myers & Myers, 1995, pg 338)
47

APAKAH YANG MENJADI KOMPONEN DALAM KURIKULUM PERGURUAN?

• Komponen Ikhtisas: Membina kemahiran, sikap dan pengetahuan asas perguruan


• Komponen Akademik: Membina pengetahuan Kandungan mata pelajaran (subject
matter)
• Komponen Perkembangan Diri: Membina kemahiran mengendalikan aktiviti sukan dan
kokurikulum serta kemahiran bersosial

APAKAH IMPLIKASI FPG TERHADAP PEMIKIRAN DAN AMALAN


PROFESIONALISME KEGURUAN?

1. Etika profesional
2. Ilmu dan kemahiran
3. Responsibility and accountability
4. Kepenggunaan ilmu dan kemahiran
5. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran

RUMUSAN

1. FPG dan FPK adalah saling berkaitan


2. FPG merupakan halatuju dalam pembinaan watak guru
3. Watak guru berteraskan kepada unsur sahsiah, ilmu/pemikiran, tanggungjawab, nilai dan
amalan.
4. Pemikiran guru terhadap ilmu keguruan
5. Amalan guru berfokus kepada murid, ibu bapa, masyarakat dan negara

LATIHAN ESEI

1. Apakah maksud perguruan dan keguruan?


2. Adakah FPG dan FPK mempunyai perkaitan? Jelaskan?
3. Berikan perbandingan di antara pemikiran guru dan amalan guru dalam perkembangan
professionalisme keguruan?
4. Bagaimanakah hasrat yang terdapat di dalam FPG boleh diterjemahkan secara berkesan?

ZAINI ABDULLAH (NOTA KULIAH KPF 3012)


48

5. Berikan penjelasan lanjut mengenai “bersedia menjunjung aspirasi negara” yang


terkandung di dalam FPG.
6. Bagaimanakah Standard Guru Malaysia dapat membantu memartabatkan profesion
keguruan?

UNIT 6

DASAR-DASAR DALAM PERKEMBANGAN


PENDIDIKAN DI MALAYSIA

HASIL PEMBELAJARAN
Pelajar dapat:
1. Menerangkan pengertian dasar dan konteksnya dengan pendidikan
2. Menganalisis tujuan dasar-dasar pendidikan
3. Menilai dasar pendidikan negara.

APA DASAR?
 Dasar = Asas = tunjang = teras = akar
 Untuk pengukuhan sesuatu perkara.
 Merupakan suatu ketetapan yang diajukan oleh penggubal dasar.

APAKAH TUJUAN SESUATU DASAR DIBUAT?

Disiplin Inovasi

TUJUAN
DASAR

Solusi Kebajikan

Disiplin

ZAINI ABDULLAH (NOTA KULIAH KPF 3012)


49

Mendisiplinkan merupakan penerapan dasar legislatif dalam bentuk akta yang mengenakan
syarat dan hukuman. Hukuman yang dikenakan dalam bentuk penjara atau denda atau kedua-
duanya sekali. Dalam perkhidmatan awam tindakan mendisiplin juga melibatkan amaran
lisan, amaran bertulis, penahanan, pemindahan, pengekalan (statik) dan pemecatan.
Ganjarannya pula ialah kesinambungan operasi, perkhidmatan kepada mereka yang akur.
Contoh dasar jenis ini ialah Akta Pendidikan 1996
Inovasi
Dasar-dasar berkaitan inovasi pula bertujuan membara pembaharuan dalam masyarakat
menerusi pendidikan. Dasar jenis ini bersifat futuristik-pragmatik kerana cuba membawa
masyarakat kepada keadaan yang lebih baik dari yang sedia ada. Penyertaan secara holistik
dan komprehensif dari semua pihak menjadi penentu kepada kejayaan dasar jenis ini. Contoh
dasar jenis ini dalam pendidikan ialah Dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan
Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang dilaksanakan pada tahun 2003 oleh
Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad.

Solusi
Dasar yang berkaitan dengan penyelesaian masalah yang berkaitan sosial dan ekonomi.
Dasar ini berbentuk reaktif kerana bertujuan untuk mengatasi masalah yang timbul. Hal ini
disebabkan trend atau perkembangan semasa yang berubah-ubah akibat tuntutan prioriti
manusia dan ekonomi semasa. Contoh dasar ini dalam pendidikan ialah Dasar 60 sains dan
40 sastera dan Dasar 1 pelajar 1 sukan.

Kebajikan
Dasar memperbaiki kebajikan & perkhidmatan melibatkan perbekalan prasarana, kualiti
kehidupan. Dasar jenis ini biasanya dalam bentuk akta dan edaran pekeliling (ikhtisas &
kementerian). Bagi melaksanakan dasar ini, kerajaan menyediakan peruntukan kewangan
yang besar untuk menaja projek-projek pembangunan prasarana dan perkhidmatan. Contoh
dasar ini ialah yuran pendidikan percuma, pinjaman buku teks secara menyeluruh, Dasar
Keciciran Sifar, Dasar Integrasi Nasional.

APAKAH DASAR-DASAR PENDIDIKAN DALAM PERKEMBANGAN


PENDIDIKAN NEGARA?

1. Dasar Warisan Pendidikan Tradisional Melayu.


2. Dasar Peminggiran Pendidikan (19511 – 1800)
3. Dasar Polarisasi Pendidikan (1800 – 1957)
4. Dasar Reformasi Pendidikan (1957 – 1979)
5. Dasar Inovatif Pendidikan (1980 – 1990)
6. Dasar Liberalisasi Pendidikan (1990 – 2000)
7. Dasar Globalisasi Pendidikan (2000 – 2010)

ZAINI ABDULLAH (NOTA KULIAH KPF 3012)


50

APAKAH ELEMEN DAN PETUNJUK TERHADAP PEMBUATAN DASAR?

FASA

Penentuan Peramalan Perancangan Pelaksanaan Penaksiran


Agenda & Pencarian Dasar Dasar Dasar
Alternatif

TINDAKAN

Cadangan Kenalpasti Penerimaan Operasi Penilaian


Dasar Masalah Program
(Analisis) (alternative)

Apakah Bagaimanakah Adakah dasar itu Apakah ukuran Apakah criteria di


masalahnya? masalah berkaitan dengan yang boleh mana polisi boleh
Apakah yang ditafsirkan? politik? membantu dalam ditafsirkan
akan terjadi jika Apakah memastikan dengan baik?
tidak melakukan matlamatnya? kejayaan Ditafsirkan
sesuatu? Apakah pilihan pelaksanaan dengan adil?
yang ada yang dasar?
boleh membawa
kebaikan atau
sedikit
keburukan?

PENSTRUKTURAN PERAMALAN PENGSYORAN PENGAWASAN PENILAIAN


MASALAH

ZAINI ABDULLAH (NOTA KULIAH KPF 3012)


51

CIRI-CIRI

Sumber: Cochran & Malone (1995)

APAKAH DASAR-DASAR BERKAITAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA

1. Bahasa
2. Pepaduan
3. Teknologi
4. Guna tenaga
5. Pengatarabangsaan
6. Pembangunan Insan
7. Pembentukan Negara Bangsa

Bahasa

• Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi Malaysia


• Dasar Bahasa Kebangsaan diperkenalkan pada 1970an untuk menyumbang kepada
perpaduan negara
• Sekolah aliran Inggeris dimansuhkan secara berperingkat-peringkat
• Bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa pengantar utama yang dilaksanakan sepenuhnya
pada peringkat menengah di Semenanjung Malaysia dan Sabah pada tahun 1982,
manakala di Sarawak pada tahun 1990.
• Seksyen 21(2) Akta Pelajaran 1961 jelas mempunyai hasrat bahawa bahasa Melayu akan
dijadikan bahasa pengantar yang tunggal dalam sistem persekolahan
• Penggunaan satu bahasa juga adalah untuk tujuan perpaduan rakyat
• Seksyen 21(2) Akta Pelajaran 1961

Where at any time the Minister is satisfied that a national type primary school
may suitable be converted into national primary school, he may by order
direct that the school become a national primary school.
• Penggunaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua juga turut diberi tumpuan.
• PPSMI diperkenalkan pada 2003 untuk Tahun 1 SR, Ting. 1 dan Ting 6R SM

Pepaduan

• Fokus pendidikan selepas merdeka adalah untuk perpaduan


• Perpaduan melibatkan 3 kaum utama Melayu, Cina dan India.
• Mengikut Akta Pelajaran 1961
(Pendidikan menggunakan kurikulum dan sistem peperiksaan yang sama bagi tujuan
perpaduan)

ZAINI ABDULLAH (NOTA KULIAH KPF 3012)


52

Kami percaya juga yang tujuan dasar pelajaran di dalam negeri ini ialah
bermaksud hendak menyatukan budak-budak daripada semua bangsa di dalam
negeri ini dengan memakai satu peraturan pelajaran yang meliputi semua
bangsa dengan menggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar
yang besar, walaupunperkara ini tidak dapat dilaksanakan dengan serta merta
melainkan hendaklah diperbuat dengan beransur-ansur. (Penyata Razak, Para
12))

Selepas 1969 perpaduan masih melalui pendidikan dan juga melalui :-


- Dasar Sosial Negara
- Dasar Ekonomi Baru
- Rukun Negara
- Dasar Bahasa

Teknologi

• Dunia berkembang pesat kerana perkembangan pesat dalam bidang teknologi


• Politeknik, ITM, UTM ditubuhkan selaras dengan kehendak perkembangan teknologi
• MP Sains diperkenalkan semula di Tahap 2 SR pada 1994 dan di Tahap 1 pada 2001
selaras dengan keperluan sains dan teknologi
• MSC diperkenalkan sebagai salah satu aplikasi perdana berkaitan ICT
• Salah satu mercu tanda MSC ialah Sekolah Bestari
• Dirintis di 87 Sekolah Bestari 1999-2000
• 7 flagship application on MSC
(a) Telemedicine
(b) Smart Schools
(c) R & D Cluster
(d) Multipurpose Card
(e) Borderless Marketing
(f) Electronic Government
(g) World Wide Manufacturing

Reighluth (1987)
As we enter deeper into a highly technological, rapidly changing information-
oriented society, the present structure of our education system will become
more and more inadecuate!. With our entire nation still at risk, we are forced
to reevaluate and restructure the entire way schools operate, the approaches
we use in teaching and the way students learn.
………. Technology is greatly increasing student’s ability to understand and
learn complex material; it is inspiring revolutionary changes in classroom,
schools and entire school systems.

Guna Tenaga

ZAINI ABDULLAH (NOTA KULIAH KPF 3012)


53

• Selepas merdeka wujud keperluan untuk membagunkan negara


• Guna tenaga banyak diperlukan dalam pelbagai bidang (pendidikan, teknik/vokasional,
perubatan, kejuruteran dll).
• Sehubungan itu institusi seperti maktab, politeknik, institut, universiti dsbnya ditubuhkan.
Contoh ITM (1967), USM (1969), KTAR (1969), PUO (1969) UKM (1970), UPM
(1971), UTM (1972).
• Akta Pendidikan Tinggi Swasta 1996
• Akta Majlis Pendidikan Tiggi Negara 1996
• Akta Lembaga Akreditasi Negara 1996
• Penubuhan institusi pengajian tinggi adalah untuk melahirkan tenaga kerja peringkat
profesional (ijazah) dan semi-profesional (diploma)

Pengatarabangsaan

• Selaras dalam sistem pendidikan adalah selaras dengan globalisasi


• Dunia sudah menjadi tanpa sempadan
• Globalisasi selaras dengan kehidupan pascamoden
• Konsep glokal juga diperkenalkan
• Multiligual cuba diperkenalkan untuk disepadukan dalam kurikulum (contohnya dalam
PPSMI)

Pembangunan Insan

• Pendidikan bagi pembangunan insan ke arah mewujudkan masyarakat yang mapan


• FPN tersurat pada 1988 (Menjadi FPK pada 1996)
• Hasrat FPK agar pembangunan insan berlaku :
- secara seimbang dan bersepadu (JERI)
- melibatkan dimensi intrinsik dan instrumental
- untuk kesejahteraan diri, keluarga,
masyaarakat dan negara
 Rasional ke arah pembangunan insan
a) Manusia ialah sebaik-baik kejadian
b) Manusia ialah khalifah Allah di muka bumi
 Isu-isu yang timbul
c) Kebinasaan diri (dadah, rempit, bohsia, bunuh diri dll.)
d) Kerosakan orang lain (ragut, rompak, rogol, bunuh dll)
e) Pencemaran alam (global warming, tanah runtuh, banjir kilat
f) Engkar perintah tuhan (free thinker dll.)
 Dalam PIPP 2006-1010 pembangunan insan disebut semula dengan istilah
a) Modal insan
b) Negara bangsa
c) Rakyat minda kelas pertama

ZAINI ABDULLAH (NOTA KULIAH KPF 3012)


54

Pembentukan Negara Bangsa

• KPM berhasrat untuk membangunkan warganegara dari awal persekolahan dengan ciri-
ciri glokal, patriotik dan cintakan negara serta menyanjung dan menjunjung warisan
budaya dan kesenian bangsa.

• Hasrat membina Negara Bangsa ini akan dicapai dengan memperkasakan Bahasa
Melayu, meningkatkan disiplin pelajar, menggiatkan Rancangan Intergrasi Murid Untuk
Perpaduan (RIMUP) serta menggiatkan aktiviti kokurikulum dan sukan bagi membina
jati diri serta menerapkan budi bahasa dan adab di kalangan pelajar.

Pendidikan Holistik

 Sistem pendidikan tidak berasaskan peperiksaan semata-mata untuk menilai


pencapaian murid. Menerusi sistem ini pengumpulan mata dilaksanakan. Markah
murid dari tahun 1 – tahun 6 dikumpul dan dikira bagi menentukan pencapaian.
Markah keseluruhan akan digabungkan dengan markah dari empat penilaian lain
iaitupsikometrik (kecenderungan & sikap), kokurikulum, peperiksaan sekolah
dan peperiksaan kementerian. Murid akan menduduki peperiksaan seragam oleh LPM
selain UPSR. Kepentingan UPSR hanya 30%.
 Projek percubaan dilaksanakan pada tahun 2008 di 50 buah sekolah di Wilayah
Persekutuan, Selangor dan Pahang.
 2009 - sebanyak 500 sekolah dipilih untuk laksana projek perintis tranformasi
 2010 – pelaksanaan secara menyeluruh di semua sekolah rendah membabitkan
murid pra sekolah & tahun 1 di semua jenis sekolah rendah.

RUMUSAN
 Dasar digubal dan dilaksanakan untuk tujuan disiplin/ kawalan, inovasi, solusi dan
kebajikan/ perkhidmatan.
 Bermatlamat keharmonian, keadilan, penambahbaikan dan pemantapan.
 Proses pembuatan dan pelaksanaan sesuatu dasar memerlukan perancangan yang teliti
dan sistematik demi mencapai matlamatnya.
 Pelaksanaan dasar melibatkan kos, risiko dan sumber manusia yang pakar dan
bilangan yang ramai.
 Penggubalan dilakukan pada peringkat kabinet dan diterjemahkan pada peringkat
Kementerian Pelajaran, Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah dan
sekolah-sekolah (Top  Down).

ZAINI ABDULLAH (NOTA KULIAH KPF 3012)


55

 Guru-guru adalah pelaksana, perlu akur dengan dasar yang telah dibuat.

LATIHAN OBJEKTIF

1. Perubahan dasar dan hala tuju pendidikan yang berlaku dalam sistem pendidikan di
Malaysia sejak selepas merdeka sehingga sekarang adalah _____________

A. mengikut pola kegawatan ekonomi yang berlaku.


B. selaras dengan arus perubahan global dan modenisasi.
C. bagi mengekalkan aspirasi penjajahan yang masih menebal.
D. untuk mengukuhkan kedudukan dan kestabilan parti pemerintah.

2. "Tujuan Dasar Pelajaran di dalam negeri ini ialah bermaksud hendak


menyatukan budak-budak daripada semua bangsa di dalam negeri ini . . . ”

(Penyata Razak, Perenggan 12)

Jika dianalisis pernyataan tersebut, dapat disimpulkan bahawa ______________

A. Sekolah Kebangsaan perlu diperkasskan.


B. Akta Pelajaran 1961 perlu berasaskan Penyata Razak.
C. peperiksaan memasuki sekolah menengah perlu dimansuhkan.
D. bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar di sekolah adalah perlu.

.
3. “Tegasnya, individu yang dilahirkan daripada sistem persekolahan negara
perlu selaras dengan tujuan pembangunan kemanusiaan.”

(Perkara 452 dalam Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979)

BerPembangunan kemanusiaan yang guru boleh lakukan di sekolah ialah


_________________

ZAINI ABDULLAH (NOTA KULIAH KPF 3012)


56

A. membangunkan kemahiran fizikal dan mental pelajar ke arah penyediaan


tenaga kerja.
B. meningkatkan lagi daya keusahawanan untuk pertumbuhan dan
perkembangan ekonomi negara.
C. memperoleh pengetahuan dan kemahiran asas serta mengembangkan bakat,
nilai, sikap dan amalan yang baik.
D. menanamkan sesuatu ideologi negara dalam diri para pelajar bagi tujuan
membangunkan sistem pemerintahan negara.

LATIHAN ESEI
1. Huraikan makna dan konteks dasar pendidikan.
2. Jelaskan tujuan dasar pendidikan digubal bagi negara Malaysia.
3. Analisiskan dasar pendidikan era penjajah sehinggalah kemerdekaan negara.
4. Bagaimanakah rupa bentuk dan dasar pendidikan di negara Malaysia selepas
kemerdekaan?
5. Bagaimanakah dasar-dasar pendidikan dapat memacu Malaysia menjadi sebuah negara
maju pada 2020?

ZAINI ABDULLAH (NOTA KULIAH KPF 3012)


57

UNIT 7

RANCANGAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN DI


MALAYSIA

HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir pembelajaran, pelajar dapat.
1. menjelaskan hubungkaitan di antara perancangan dan pembangunan pendidikan.
2. menganalisis kategori perancangan pendidikan
3. menilai program perancangan pembangunan pendidikan negara.

PENDIDIKAN KE ARAH MANA?

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN


Pendidikan di Malaysia ialah satu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan lagi
potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang
dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara
Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab
dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.
Misi PENDIDIKAN
Membangun sistem pelajaran yang bertaraf dunia2020
Wawasan dari segi kualiti bagi memperkembangkan
potensi individu
Malaysia menjadisepenuhnya dan maju
sebuah negara memenuhi aspirasi
mengikut negara
acuan Malaysia.
tersendiri. Perlu menghadapi 9
cabaran:
• Membentuk sebuah negara yang bersatu padu
• Melahirkan sebuah masyarakat Malaysia yang bebas, teguh dan mempunyai keyakinan
diri
• Membangunkan masyarakat demokratis yang matang
• Membentuk sebuah masyarakat yang kukuh moral dan etikanya dan utuh nilai
keagamaanya
• Mewujudkan masyarakat yang matang dan bersifat toleran.
• Membentuk masyarakat yang bersifat sains serta progresif
ZAINI ABDULLAH (NOTA KULIAH KPF 3012)
• Mewujudkan masyarakat berbudi dan berbudaya penyayang
• Menjamin pembentukan sebuah masyarakat yang adil ekonominya
• Mewujudkan masyarakat yang makmur
58

BAGAIMANAKAH MALAYSIA MEMBUAT PERANCANGAN PEMBANGUNAN


PENDIDIKAN?

Perancangan Pembangunan Pendidikan

Kos Pembangunan Pendidikan = 8% - 30% dari perbelanjaan Negara.

Tempoh/ Jangkamasa Perancangan:


1. Jangka Pendek (1 – 5 tahun)
Cth: Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PPIP 2006-2010)

2. Jangka Panjang (> 5 tahun)


 Rancangan Perkembangan Pendidikan (2001-2010) telah diumumkan dalam
Seminar Perkembangan Pendidikan di Shah Alam pada 8.10.2001
 Wawasan Pendidikan

Agihan Peruntukan Dalam RMK 9 (2006 – 2010) Terhadap Pendidikan

RM 23.198 bilion peruntukan terbesar berbanding sektor lain

• Prasekolah RM 327.3 juta


- untuk 2,626 sekolah, 3,143 kelas, 76,000 kanak-kanak menjelang 2010

• Sekolah Rendah RM 4.1 bilion


- akan menyediakan 13,000 BD (68% luar bandar)
- sekolah satu sesi drp 86% kpd 90%
- saiz kelas dikurangkan kpd 31 murid kpd 30 murid menjelang 2010

• Sekolah Menengah RM 4.5 bilion


- kurangkan kesesakan dlm BD
- menyediakan 10,000 BD (57% luar bandar)
- sekolah satu sesi drp 65% kpd 70% menjelang 2010
- saiz kelas drp 32 kpd 30 menjelang 2010

• Sekolah Bantuan Kerajaan 108.4 juta

ZAINI ABDULLAH (NOTA KULIAH KPF 3012)


59

- belanja mengurus 1,755 buah sekolah

• Menjelang 2020 negara mensasarkan Sekolah Kebangsaan lebih adil dan


saksama kepada orang awam daripada pelbagai kaum
• Murid Cina dijangka bertambah daripada 6% (2005) kepada 12% (2010)
• Murid India dijangka bertambah daripada 43.2% (2005) kepada 60% (2010)
• (Dari RM ke-8 lagi telah disarankan menjelang 2010, 50% guru Sekolah
Rendah berijazah)

PELAN INDUK PEMBANGUNAN PENDIDIKAN (PPIP 2006-2010)

Misi : ‘Merintis Pembaharuan : Satu Misi Nasional’

Enam Teras Strategik PIPP

Teras 1: Membina negara bangsa


Ciri-ciri: Warganegara berciri glokal, patriotik, cinta negara, warisan
budaya, kesenian bangsa. Memperkasa bahasa Melayu, disiplin pelajar,
RIMUP, kokurikulum, sukan, jati diri, budi bahasa, adap sopan.

Teras 2: Membangunkan modal insan


Ciri-ciri: sistem nilai, disiplin, sahsiah, akhlak, jati diri pelajar, sains &
teknologi, inovatif, kreatif, kebolehpasaran, penilaian bersifat holistik

Teras 3: Memperkasa sekolah kebangsaan


Ciri-ciri: menjadi sekolah pilihan utama masyarakat, infrastruktur, ICT,
guru terlatih mengikut opsyen, pertambahan staf sokongan.

Teras 4: Merapatkan jurang pendidikan


Ciri-ciri: Mmengikut lokasi, kaum, jantina, tahap sosioekonomi,
keupayaan pelajar.

Teras 5: Memartabatkan profesion perguruan


Ciri-ciri: guru berijazah, naik taraf maktab perguruan, pemilihan calon,
perjawatan, penempatan, kebajikan, membina rumah guru

Teras 6: Melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan


Ciri-Ciri: Membentuk sekolah kluster mengikut akademik, kokurikulum,
sukan dan bidang khusus dan dirangkaikan dengan institusi ternama di luar
negeri.

REFLEKSI: Setelah PIPP (2006 – 2010) lengkap satu pusingan, apakah aspek
pembangunan pendidikan yang telah dilaksanakan? Sejauhmanakah kejayaan yang
tercapai hasil dari perancangan yang telah dilaksanakan?

ZAINI ABDULLAH (NOTA KULIAH KPF 3012)


60

PEMBANGUNAN PROGRAM SEKOLAH

PROGRAM DEFINISI OBJEKTIF DITUBUH BIL MILIK


Sekolah Sekolah yang Mewujudkan inovasi 2010 20 KPM
Berprestasi mempunyai etos, watak, dalam pengurusan
Tinggi identiti sendiri dan unik sekolah dan
(SBT) yang bertujuan mementingkan
menyerlahkannya dalam produktiviti pelajar
semua aspek pendidikan
Sekolah Pusat kecemerlangan Melonjakkan 2007 120 KPM
Kluster (dalam kelompok kecemerlangan institusi
sekolah) dengan pendidikan dan
memberi fokus kepada pembangunan sekolah
beberapa bidang seperti dalam kluster yang sama
muzik, sukan, ICT, sains, dan juga sekolah di luar
bahasa dan lain-lain kluster.
disiplin pengajian.
Sekolah Pelbagai jenis sekolah Untuk menggalakkan 2004 8 KPM
Wawasan rendah seperti SK, interaksi dan perpaduan
SJK(C) dan SJK(T) antara pelajar
berkongsi kawasan dan
dan kemudahan yang
sama tetapi ditadbir oleh
pengurusan sekolah yang
berasingan.
Sekolah Sekolah dalam kelompok Mengiktiraf sekolah- 2006 4 KPM
Primier kluster yang berusia sekolah yang cemerlang
lebih 100 tahun dan dalam akademik dan
cemerlang dalam bidang kokurikulum, serta
akademik serta menghasilkan ramai
kokurikulum. pemimpin, ahli korporat,
profesional dan ahli
sukan.
Sekolah Mrupakan inisiatif Meningkatkan tahap 2006 212 (33 KPM,
Pintar tanggungjawab sosial pendidikan negara Syarikat GLC, Syt
(Promoting oleh syarikat milik melalui penyertaan Korporat) Korporat.
Intelligence, kerajaan (GLC) dan syaraikat-syarikat
Nurturing, syarikat korporat bertanggungjawab.
Talent, tempatan dalam
Advocating menjayakan
Responsibilit kecemerlangan akademik
y) dalam kalangan kanak-
kanak luar bandar di

ZAINI ABDULLAH (NOTA KULIAH KPF 3012)


61

seluruh negara.
Sekolah Sekolah-sekolah yang Untuk membawa 2011 10 KPM,
Amanah diuruskan secara perubahan besar dalam Yayasan
bersama antara sektor pencapaian sekolah AMIR
swasta dan pentadbir melalui kerjasama
sekolah bagi kepakaran sektor swasta
meningkatkan prestasi dan awam.
sekolah dan pelajar;
merentasi pelbagai latar
belakang prestasi dan
sosip-ekonomi pelajar.
Sekolah Sekolah menengah Menyediakan suasana, 1905 62 KPM
Berasrama perdana yang dikhaskan kemudahan dan proses (MCKK)
Penuh (SBP) untuk pelajar-pelajar pembelajaran secara
yang mendapat terancang, terkawal dan
keputusan cemerlang sempurna kepada
pada penilaian peringkat warganegara Malaysia
UPSR dan PMR. khususnya pelajar-
pelajar luar bandar yang
cemerlang.
Maktab Merupakan sekolah Membangunkan 1973 42 MARA
Rendah berasrama penuh yang pendidikan untuk (MRSM
Sains dibina oleh Majlis pelajar-pelajar Pengkalan
MARA Amanah Rakyat. bumiputera yang Chepa)
(MRSM) cemerlang.
Sekolah Merupakan sekolah yang Membangun dan KPM
Menengah menyalurkan mengembangkan potensi
Teknik & perkembangan potensi dan kecenderungan
Vokasional pelajar-pelajar dalam pelajar-pelajar menjadi
pendidikan sains dan separa profesional dalam
teknologi untuk pelbagai bidang teknikal
membangunkan sumber dan kejuruteraan.
tenaga mahir dalam
industri negara.
Sekolah Sekolah khas untuk Pendidikan yang diberi SR (28) KPM,
Pendidikan kanak-kanak kurang menekankan SM (3) KPWKM,
Khas upaya. perkembangan jasmani, KK.
emosi, rohani dan intelek
supaya kanak-kanak ini
berpeluang mendapatkan
pendidikan ke peringkat
tertinggi bagi
membolehkan mereka
mendapatkan pekerjaan
dan hidup berdikari.
Sekolah Sekolah yang Pendidikanyang 1977 55 KPM
Menengak menintegrasikan menekankan
Kebangsaan kurikulum kebangsaan pembangunan pelajar
Agama dan pendidikan Islam secara holistik dan
(SMKA) bersepadu
menggabungkan
akademik dan agama.
Kolej Institusi pendidikan Pendidikan lepasan 1998 14 KPM
Matrikulasi lepasan menengah untuk menengah untuk
persediaan pelajar persediaan pelajar

ZAINI ABDULLAH (NOTA KULIAH KPF 3012)


62

bumiputera lepasan SPM memasuki IPT mengikut


untuk mengikuti kursus jurusan tertentu
sains, teknologi dan khususnya Sains &
sastera ikhtisas di IPT. Teknologi.
Sekolah Sekolah elit khas untuk Mengembangkan pelajar 2 KPM
Sukan pelajar-pelajar yang dalam bidang akademik
Malaysia menunjukkan potensi dan juga kemahiran
yang cemerlang dalam sukan yang dimilikinya.
bidang sukan.
Sekolah Sekolah untuk pelajar- Sekolah ini 57 Swasta
antarabangsa pelajar antarabangsa. menggunakan kurikulum
Menyediakan 40% antarabangsa yang
tempat kepada pelajar berorientasikan
tempatan. perniagaan
Sekolah Perkongsian pintar di Pendidikan yang SR (55) KPM
swasta antara Kementeria berorientasikan SR Agama (kurikulu
pelajaran dan pihak perniagaan, khidmat (34) m)
swasta untuk memberi sosial, tanggungjawab Menengah
peluang kepada pelajar agama untuk memberi (73) Swasta
menerima ilmu yang peluang secara maksima SM Agama
pelbagai. dalam pembelajaran. (17)
SMP Cina
(60)
P. Khas (10)
Sekolah Sekolah khas untuk Mengembangkan bakat 1994 15 KPM
Projek pelajar yang aktif dalam pelajar dalam bidang
bidang sukan dan sukan
menyalurkan pelajar
kepada sekolah sukan.
Sekolah Seni Sekolah khas untuk Mengembangkan 2009 2 (Perintis KPM
Malaysia pelajar yang berpotensi kesenian, kebudayaan di JB &
dan berbakat dalam dan warisan bertaraf Kuching)
bidang kesenian. dunia.
Program-Program Sekolah Seluruh Negara.

Untuk bacaan lanjut, sila rujuk (Dokumen Pembangunan Pendidikan (2001 – 2010) oleh
Kementerian Pelajaran Malaysia.

ZAINI ABDULLAH (NOTA KULIAH KPF 3012)


63

UNIT 8

KURIKULUM SEBAGAI WAHANA MENTERJEMAH


FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK)

HASIL PEMBELAJARAN

1. Menganalisis takrif kurikulum.


2. Membincangkan ciri-ciri kurikulum kebangsaan.
3. Mensintesis pelaksanaan kurikulum dalam menterjemah FPK.

BAGAIMANAKAH MANUSIA BEROLEH ILMU?

ZAINI ABDULLAH (NOTA KULIAH KPF 3012)


64

PENGETAHUAN

DIPELAJARI MEMBINA SEDIA ADA

APAKAH KURIKULUM?

1. Curriculum is "that series of things which children and youth must do and experience
by way of developing abilities to do the things well that make up the affairs of adult
life; and to be in all respects what adults should be" (Bobbit, 1918).

1. "Curriculum is all of the experiences children have under the guidance of teachers"
(Caswell & Campbell, 1935).

2. "Curriculum consists of all the means of instruction used by the school to provide
opportunities for student learning experiences leading to desired learning outcomes"
(Krug, 1957).

3. Curriculum can be defined as "a plan for learning" (Taba, 1962).

4. Curriculum is "those planning endeavors which take place prior to instruction"


(Macdonald, 1965).

5. "Curriculum encompasses all learning opportunities provided by the school" (Saylor


and Alexander, 1966).

6. Curriculum is a structured series of intended learning outcomes. Curriculum


prescribes (or at least anticipates) the results of instruction. It does not prescribe the
means to be used in achieving the results" (Johnson, 1967).

7. Curriculum embodies "all of the teaching-learning experiences guided and directed


by the school (Harnack, 1968).

ZAINI ABDULLAH (NOTA KULIAH KPF 3012)


65

8. "The ground which pupil and teacher cover to reach the goal or objective of
education" (Brubacher, 1969).

9. Curriculum is "the underlying plan of communication" while instruction is "the


substance and form of communication" between teachers and students (Henchey,
1969).

10. Curriculum is "a written document" (Beauchamp & Beauchamp, 1973).

11. Curriculum is "the educational program of the school" with attention to the following
elements: (1) program of studies, (2) program of experiences, (3) program of services,
and (4) the hidden curriculum (Oliver, 1977).

12. The curriculum of a school is the formal and informal content and process by which
learners gain knowledge and understanding, develop skills, and alter attitudes,
appreciation's, and values under the auspices of that school (Doll, 1978).

13. "all the experiences a learner has under the guidance of the school" (Tanner &
Tanner, 1980).

14. Curriculum is "that reconstruction of knowledge and experience systematically


developed under the auspices of the school (or university), to enable the learner to
increase his or her control of knowledge and experience" (Tanner & Tanner, 1980).

15. "The curriculum is all of the experiences that individual learners have in a program of
education whose purpose is to achieve broad goals and related specific objectives,
which is planned in terms of a framework of theory and research or past and present
professional practice (Hass, 1980).

16. Curriculum is "a plan or program of all experiences which the learner encounters
under the direction of the school" (Oliva, 1982).

17. The sum of the learning activities and experiences a student has under the auspices or
directions of the school (Finch & Crunkilton, 1989).

18. Olivia(1992) membuat analogi pengertian kurikulum dengan sekumpulan orang buta
dengan gajah, masing-masing mempunyai interpretasi sendiri.
Berasaskan pegangan falsafah, kurikulum dapat ditafsirkan seperti berikut:
 Kurikulum ialah apa yang diajar disekolah
 Kurikulum ialah satu set mata pelajaran
 Kurikulum ialah isi kandungan
 Kurikulum ialah program-program pengajian
 Kurikulum ialah suatu set bahan
 Kurikulum ialah suatu urutan kursus-kursus
 Kurikulum ialah suatu set objektif-objektif perlakuan
 Kurikulum ialah suatu jurusan pengajian

ZAINI ABDULLAH (NOTA KULIAH KPF 3012)


66

 Kurikulum ialah setiap perkara yang berlaku dalam sekolah, termasuk


aktiviti kelas tambahan, bimbingan dan hubungan interpersonal
 Kurikulum ialah apa yang diajar di dalam dan di luar sekolah di bawah
arahan sekolah
 Kurikulum ialah setiap perkara yang dirancang oleh pengelola sekolah
 Kurikulum ialah satu siri pengalaman yang dilalui oleh pelajar di sekolah
 Kurikulum ialah apa yang dialami oleh setiap individu pelajar sebagai hasil
persekolahan.

Maka, definisi-definisi ini menunjukkan skop yang berbeza dan berfokus kepada
pihak yang berbeza.

Berdasarkan kepada definisi kurikulum yang telah disenaraikan, kurikulum


mengandungi elemen-elemen berikut:
· Rancangan pendidikan
· Mengandungi matlamat dan objektif.
· Menyenaraikan kandungan, topik atau pengalaman pembelajaran
· Menentukan kaedah dan aktiviti.
· Menetapkan kaedah dan instrument yang perlu untuk menilai pencapaian
matlamat dan objektif.
REFLEKSI

Name : ________________________________________ Date ____ - ____ - ____

ID : ____________________________

Curriculum: Clarifying the Concept

Directions
Attached to this handout was a collection of popular definitions for curriculum. Read each
definition carefully and highlight its main idea or ideas. Review the salient idea(s) in each
definition and develop a list of the themes (4 to 6) commonly used to define the word
curriculum in the spaces provided below (6 points possible).

_______________________________ _______________________________
_______________________________ _______________________________
_______________________________ _______________________________

Developing an Operational Definition

ZAINI ABDULLAH (NOTA KULIAH KPF 3012)


67

Using two or more of the themes listed above, write a personal definition for the word
curriculum (10 points possible).

___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________

Apakah analogi yang mudah untuk memahami konsep kurikulum?


i. Memahami kurikulum samalah seperti orang buta menginterpretasikan seekor
gajah.
ii. Kurikulum seperti permainan jigsaw puzzle.
iii. Kurikulum bagaikan hamper

Apakah kurikulum yang muncul dan diamalkan di institusi pendidikan di Malaysia?

i. Kurikulum Formal
• Kurikulum yang tersurat(manifested curriculum)
• Boleh dilihat, tersedia, terancang dan berurutan
• Seperti yang terkandung dalam silibus. Kurikulum formal berfokus kepada:
1. Matlamat (goal)
2. Objektif
3. Subject matter
4. Struktur/susunan pengajaran

ii. Kurikulum Tidak Formal


 Melibatkan human variables yang tidak dapat dikawal/dirancang
sebelumnya
 Melibatkan interaksi sosial-psikologikal antara pelajar dan guru, yang
melibatkan perasaan, sikap dan tingkah laku
 Jenis-jenis kurikulum tidak formal:

ZAINI ABDULLAH (NOTA KULIAH KPF 3012)


68

a) Ko-Kurikulum
Aktiviti untuk menyokong kurikulum lazimnya dilakukan di luar kuliah. Aktiviti
ko-kurikulum bertujuan membentuk personaliti dan sahsiah pelajar. Aktiviti ko-
kurikulum adalah seperti pasukan beruniform, berbagai-bagai jenis sukan,
persatuan dan sebagainya. Lazimnya aktiviti ko-kurikulum adalah diwajibkan
kepada setiap pelajar.

b) Kurikulum Tersembunyi
Sesuatu yang dipelajari atau diperolehi oleh pelajar secara tersirat dan tidak
dinyatakan secara bertulis.

Adakah Jenis kuriklum yang dilaksanakan oleh negara?


i. Kurikulum kebangsaan (senteralisasi): Contoh Malaysia
ii. Kurikulum sekolah (disentralisasi): Contoh US
iii. Kurikulum wilayah (provensi): Contoh Jepun

Mengapa Malaysia menggunakan kurikulum kebangsaan?

ZAINI ABDULLAH (NOTA KULIAH KPF 3012)


69

Apakah jenis kurikulum kebangsaan yang terdapat dalam sistem pendidikan di


Malaysia?
i. Kurikulum pra sekolah Kebangsaan ditukar kepada Kurikulum Standard
Pra Sekolah Kebangsaan.
ii. Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) ditukar kepada Kurikulum
Standard Sekolah Rendah (KSSR) mulai 2010.
iii. Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM)
iv. Kurikulum Pendidikan Khas

BAGAIMANAKAH KURIKULUM KEBANGSAAN BERPERANAN


MENTERJEMAH FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN?

ZAINI ABDULLAH (NOTA KULIAH KPF 3012)


70

ZAINI ABDULLAH (NOTA KULIAH KPF 3012)


71

ZAINI ABDULLAH (NOTA KULIAH KPF 3012)


72

ZAINI ABDULLAH (NOTA KULIAH KPF 3012)


73

UNIT 9

REKA BENTUK KURIKULUM

HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir pengajaran ini, pelajar dapat:
i. Menjelaskan peranan pendidik dalam mengaplikasikan profesion pendidikan.
ii. Menghujahkan konsep kurikulum dan kepentingannya dalam pengajaran dan
pembelajaran;
iii. Mengaplikasikan prinsip reka bentuk kurikulum dalam membuat perancangan dan
pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran;
iv. Membuat perancangan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan mengikut
tahap pendidikan

PERANAN PENDIDIK DALAM PERKEMBANGAN KURIKULUM

PERANAN PENDIDIK DALAM


PERKEMBANGAN KURIKULUM

PERANCANG

Merancang dan menyediaka kurikulum

PELAKSANA

Melaksanakan kurikulum melalui proses


pengajaran dan pembelajaran.

PENILAI

Menilai keberkesanan kurikulum.

Kurikulum adalah penting sebagai panduan setiap pendidik dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Pendidik perlu melaksanakan tugas pengajaran berpandukan rancangan pengajaran.
Rancangan pengajaran pula adalah berpandukan kepada topik atau sub-topik yang disenaraikan dalam
rancangan kerja dan silibus atau maklumat kursus, yang juga merupakan sebahagian daripada
kurikulum bagi sesuatu program pengajian. Proses ini dapat dijelaskan seperti dalam Rajah 2.

Rajah: Proses Rancangan Pengajaran.

ZAINI ABDULLAH (NOTA KULIAH KPF 3012)


74

Rancangan pendidikan
yang mengandungi
himpunan subjek
Kurikulum
Kurikulum
Rancangan
bagi satu
pelajaran

PROSES
PROSES
Rancangan
Rancangan MERANCANG
MERANCANG Silibus
Silibus
Pengajaran
Pengajaran PENGAJARAN
PENGAJARAN

Rancangan bagi
sesuatu subjek /
Maklumat terperinci kursus.
silibus / maklumat
kursus Rancangan
Rancangan
Kerja
Kerja

Dalam konteks kurikulum sekolah, pembentukan kurikulum adalah dirancang oleh pakar di
PPK dan rancangan ini didokumenkan secara bertulis melalui silibus bagi setiap mata
pelajaran yang ditawarkan bagi kumpulan pelajar tertentu iaitu pelajar sekolah rendah atau
menengah yang bertujuan untuk mencapai matlamat dan objektif seperti yang dinyatakan
dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Kurikulum sekolah didokumenkan dan dikenali mengikut tahap dan jenis pendidikan:
i. Kurikulum Standard Pra Sekolah
ii. Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR)  Kurikulum Standard Sekolah
Randah (KSSR)
iii. Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM).
iv. Kurikulum Pendidikan Khas
v. Kurikulum Pendidikan Tinggi

ZAINI ABDULLAH (NOTA KULIAH KPF 3012)


75

Perkembangan kurikulum
Perkembangan kurikulum melibatkan tiga proses utama iaitu Perancangan, Pelaksanaan dan
Penilaian. Ini dapat dijelaskan seperti dalam Rajah berikut.

Rajah: Perkembangan Kurikulum.

PERKEMBANGAN
PERKEMBANGAN
KURIKULUM
KURIKULUM

Perancangan
Perancangan Pelaksanaan
Pelaksanaan Penilaian
Penilaian

MenetapkanFalsafah,
Menetapkan Falsafah,
Visidan
Visi danMisi
Misi penilaianterhadap
penilaian terhadap
Melaksanakankurikulum
Melaksanakan kurikulum
Menentukan Matlamat
Menentukan Matlamat dan
dan keberkesanan kurikulum.
keberkesanan kurikulum.
yang telah dibentuk
yang telah dibentuk
Objektif.
Objektif. merekabentuk semula atau
merekabentuk semula atau
Pengurusansumber
Pengurusan sumber
Mengorganisasikan
Mengorganisasikan menambahbaik kurikulum.
menambahbaik kurikulum.
kurikulum
kurikulum

Model Perkembangan Kurikulum

i. Model Tyler

Model Tyler atau Model Objektif diperkenalkan oleh Ralph Tyler dalam tahun 1949 dan
dianggap sebagai model yang klasik dan banyak digunakan dalam bidang perkembangan
kurikulum.

Menurut Tyler, apabila membentuk kurikulum, terdapat empat soalan asas, yang lebih
dikenali sebagai Tyler’s Rationale, perlu dijawab. Soalan-soalan tersebut adalah:
1. What educational purposes should the school seek to attain?
2. What educational experiences can be provided that are likely to attain these
purposes?
3. How can these educational experiences be effectively organized?

ZAINI ABDULLAH (NOTA KULIAH KPF 3012)


76

4. How can we determine whether these purposes are being attained?

Berdasarkan kepada Tyler’s Rationale atau soalan-soalan yang dikemukakan, perkembangan


kurikulum berdasarkan Model Tyler melibatkan empat langkah berikut:

Rajah : Langkah-Langkah Dalam Model Tyler.

1. Menentukan matlamat dan objektif. OBJEKTIF

2. Memilih pengalaman pembelajaran atau


KANDUNGAN
kandungan pelajaran bagi mencapai
matlamat dan objektif.

3. Pengalaman pembelajaran atau kandungan


pelajaran perlu disusun secara sistematik. KAEDAH

4. Hasil menggunakan kurikulum perlu


dinilai bagi menentukan pencapaian PENILAIAN
objektif.

Menentukan Objektif

Berdasarkan Model Tyler, langkah pertama dalam perkembangan kurikulum ialah


menentukan matlamat dan objektif yang ingin dicapai, hasil daripada proses pendidikan.

Menurut Tyler, objektifnya hendaklah selaras dengan:


 keperluan pelajar.
 keperluan semasa masyarakat.
 pandangan pakar dalam berbagai bidang berkenaan.

Bagi menentukan objektif yang dibentuk bersesuaian, ianya hendaklah dibentuk berdasarkan
kepada:
· falsafah dan matlamat pendidikan yang dibentuk atau telah sedia ada.
· psikologi pelajar dari segi teori pembelajaran, kematangan pelajar dan
sebagainya.

Objektif yang dibentuk pula perlu menerangkan dengan jelas:

ZAINI ABDULLAH (NOTA KULIAH KPF 3012)


77

 apakah yang hendak dicapai, bagi memudahkan proses penilaian.


 apakah perubahan yang ingin diperolehi oleh pelajar, bagi menentukan
pencapaian objektif.

Pemilihan Kandungan
Menurut Tyler, pemilihan kandungan merupakan proses yang kreatif. Perancang
kurikulum perlu memilih subjek, kandungan atau pengalaman pembelajaran yang
perlu didedahkan kepada pelajar bagi mencapai objektif yang telah ditetapkan.

Kaedah Penyusunan Kandungan


Kandungan kurikulum yang telah dipilih hendaklah disusun dengan teliti agar dapat
menghasilkan pembelajaran yang menyeluruh dan berkesan. Untuk tujuan ini, Tyler
mencadangkan tiga prinsip dalam penyusunan kandungan:

· Prinsip Kesinambungan Kandungan


Prinsip Kesinambungan atau Principle of Continuity bermaksud objektif atau
kandungan yang penting hendaklah sentiasa diulang dan didedahkan secara
berterusan dengan berbagai-bagai kaedah dan cara bagi menentukan ia dipelajari
dengan menyeluruh.

· Prinsip Ketertiban (turutan) Kandungan


Prinsip Ketertiban atau Principle of Sequence menyarankan pembelajaran
hendaklah berterusan dan berturutan dengan berdasarkan pengalaman lalu, supaya
pelajar berpeluang mempelajari sesuatu dengan lebih luas dan mendalam.

· Prinsip Kesepaduan Kandungan


Prinsip Kesepaduan atau Principle of Integration menetapkan agar pengalaman
pembelajaran dihubungkaitkan antara satu sama lain supaya pembelajaran lebih
bermakna dan menyeluruh.

Hanson (2000), Print (1995) dan Mohd Daud Hamzah (1993) telah menambah dua
lagi prinsip iaitu prinsip imbangan kandungan dan prinsip keseimbangan kandungan.

 Prinsip Litupan (Skop) Kandungan


Prinsip litupan kandunan berkaitan dengan keluasan dan kedalam kandungan
yang perlu dimuatkan dalam seseuatu kurikulum dan pengajaran. Garapan
keluasan dan kedalaman kandungan ini berkaitan dengan tahap pendidikan yang
membolehkan setiap pelajar menguasai kandungan mengikut tahap-tahap
pendidikan dan kognitif.

 Prinsip Imbangan Kandungan

ZAINI ABDULLAH (NOTA KULIAH KPF 3012)


78

Prinsip Imbangan Kandungan merujuk kepada kadar agihan, kepadatan muatan


dan kesecocokan kandungan dengan masa pembelajaran yang diperuntukkan
kepada pelajar-pelajar untuk menguasainya.

Secara ringkas prinsip penyusunan kandungan kurikulum boleh dikategorikan kepada dua
dimensi iaitu dimensi vertical dan dimensi horizontal.
1. Dimensi Vertikal
i. Kesinambungan
ii. Urutan

2. Dimensi Horizontal
i. Integrasi
ii. Litupan
iii. Imbangan

Hubungkait di antara prinsip-prinsip penyusunan kandungan kurikulum dapat dilihat


menerusi rajah di bawah.

Rajah: Dimensi prinsip penyusunan kurikulum

Penentuan Penilaian

Peringkat seterusnya ialah menentukan kaedah penilaian yang boleh digunakan untuk
menentukan pencapaian objektif iaitu menentukan setakat mana objektif yang telah
dibentuk tercapai. Penilaian boleh dilakukan dengan berbagai kaedah dan pada

ZAINI ABDULLAH (NOTA KULIAH KPF 3012)


79

berbagai peringkat untuk mendapatkan bukti keberkesanan pembelajaran dan


pencapaian objektif yang telah dinyatakan.

Maklumat yang diperolehi daripada proses penilaian boleh digunakan untuk


menambahbaik kurikulum berkenaan.

Model Tyler merupakan model yang popular dan banyak digunakan dalam
perkembangan kurikulum kerana; sistematik dan mudah digunakan. Ianya
melibatkan empat langkah iaitu penetapan objektif, pemilihan kandungan, penentuan
kaedah penyusunan dan penyampaian, dan menentukan kaedah penilaian. Selain
daripada itu model ini dianggap logikal kerana dimulakan dengan penentuan objektif.

Kelemahan model Tyler

Para pengkritik mendapati Model Tyler mempunyai beberapa kelemahan utama


seperti berikut:

a. Terlalu tertakluk kepada objektif.


Ini kerana dalam keadaan sebenar, perkembangan kurikulum boleh bermula
dengan elemen-elemen lain seperti menentukan kandungan atau menetapkan
kaedah. Menetapkan objektif pada peringkat awal juga dilihat sebagai
menghadkan bilangan objektif di samping mengekang kreativiti.

b. Terlalu linear.
Menggunakan model ini perlu mengikut langkah-langkah tertentu iaitu
menentukan objektif dulu, kemudian memilih kandungan, dan seterusnya
menetapkan kaedah dan penilaian. Penilaian pula dilakukan pada peringkat
akhir atau setelah selesai program dilaksanakan.

Bagi mengatasi masalah tersebut, model ini diubahsuai dan dinamakan Model
Interaksi. Dalam model ini, keempat-empat elemen diambilkira serentak
dalam proses perkembangan kurikulum. Dengan cara ini, proses
perkembangan kurikulum menjadi lebih interaktif, dinamik, fleksibel, cyclical
(edaran) dan menyeluruh.

ZAINI ABDULLAH (NOTA KULIAH KPF 3012)


80

Rajah: Model Interaksi

OBJEKTIF

PENILAIAN KANDUNGAN

KAEDAH

Soalan refleksi
1. Pengetahuan mengenai perkembangan kurikulum adalah penting kepada para pendidik.
Jelaskan kenyataan ini.
2. Para pendidik memainkan tiga peranan penting dalam perkembangan kurikulum iaitu
sebagai perancang, pelaksana dan penilai. Huraikan kenyataan ini.
3. Nyatakan perbezaan antara kurikulum, ko-kurikulum dan kurikulum tersembunyi.
Nyatakan kepentingan setiap satu dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
4. Model Tyler dianggap sebagai model yang klasik dan banyak digunakan sebagai rujukan
dalam perkembangan kurikulum. Bincangkan kekuatan dan kelemahan model Tyler dan
nyatakan bagaimana anda boleh mengaplikasikan model ini dalam melaksanakan tugas
anda.
5. Berdasarkan beberapa model kurikulum yang lain, dapat dirumuskan bahawa
perkembangan kurikulum melibatkan lima langkah seperti rajah berikut:

ZAINI ABDULLAH (NOTA KULIAH KPF 3012)


81

PENILAIAN ANALISIS
HASIL KEPERLUAN

Rajah : Kerangka
Perkembangan Kurikulum

PEMILIHAN PENETAPAN
KAEDAH MATLAMAT

PENENTUAN
KANDUNGAN

ZAINI ABDULLAH (NOTA KULIAH KPF 3012)


82

Figure 1

Analisis keperluan adalah satu proses untuk mendapatkan maklumat yang berguna
dalam penggubalan kurikulum. Analisis melibatkan penentuan keperluan pengajaran
sesuatu subjek/tajuk/topik mengikut keperluan pelajar, masyarakat semasa dan
negara. Proses ini boleh dilakukan melalui soal selidik, temuduga, laporan dan polisi,
pandangan tokoh politik dan akademik, panel pemeriksa luar, panel penasihat
akademik, badan-badan professional dan lain-lain stakeholder dalam pendidikan.
Maklumat yang diperolehi daripada analisis keperluan dapat membantu dalam
penentuan objektif dan kandungan program, strategi pengajaran dan pembelajaran
dan juga dalam penggubalan kurikulum keseluruhannya.

Penilaian kurikulum

ZAINI ABDULLAH (NOTA KULIAH KPF 3012)


83

Kurikulum yang telah dibentuk dan dilaksana perlu dinilai bagi memastikan ianya
sentiasa kemaskini bagi memenuhi keperluan semasa dan akan datang. Penilaian
kurikulum boleh dilakukan secara:
i. Penilaian Formatif (berterusan)
ii. Penilaian Sumatif (peringkat akhir sahaja)
Oleh kerana penilaian formatif dilakukan secara berterusan, perubahan-perubahan
dan usaha penambahbaikan kepada kurikulum boleh dilakukan apabila perlu.
Penilaian sumatif pula dilakukan pada peringkat akhir atau setelah selesai
pelaksanaan sesuatu program untuk membolehkan keputusan dibuat untuk
penambahbaikan seterusnya.

Model CIPP

Salah satu model yang boleh digunakan dalam penilaian kurikulum ialah Model CIPP
yang diutarakan oleh Stufflebeam et. al. (1974)

Rajah: Model CIPP.

PENILAIAN PENILAIAN PENILAIAN PENILAIAN


KONTEKS INPUT PROSES PRODUK

PENYEDIAAN DAN
PENSTURKTURAN PELAKSANAAN
KURIKULUM KURIKULUM

Penilaian Konteks
Melibatkan analisis masalah dan keperluan dalam pendidikan seperti persekitaran,
iklim, budaya institusi dan sebagainya

Penilaian Input
Melibatkan penganalisaan bahan sumber dan strategi yang perlu untuk mencapai
matlamat dan objektif program seperti pensyarah, kakitangan, kurikulum,
kemudahan, pelajar dan lain-lain lagi.

Penilaian Proses
Melibatkan kajian mengenai proses pelaksanaan seperti aktiviti pengajaran dan
pembelajaran, kemudahan bilik kuliah, kemudahan sokongan dan sebagainya

ZAINI ABDULLAH (NOTA KULIAH KPF 3012)


84

Penilaian Produk
Menentukan setakat mana matlamat program telah dicapai seperti bilangan dan kualiti
lulusan, pengiktirafan yang diperolehi dan sebagainya.

Soalan refleksi

1. Perancang kurikulum perlu memastikan kurikulum yang digubal memenuhi keperluan


semasa dan akan datang. Cadangkan langkah-langkah yang anda boleh ambil untuk
menentukan subjek anda menepati keperluan tersebut.
2. Analisis keperluan adalah langkah yang penting dalam perkembangan kurikulum.
Bagaimanakah anda boleh melakukan analisis keperluan dan nyatakan kepentingannya
dalam penggubalan subjek anda.

ISU DAN AMALAN KURIKULUM

Mendefinisi dan menentukan matlamat, objektif dan hasil pembelajaran

Matlamat ialah hasil atau sasaran umum berbentuk jangka panjang yang memandu tindakan
atau kegiatan yang dilaksanakan. Matlamat pembelajaran terkandung di dalam Falsafah
Pendidikan Kebangsaan. Matlamat juga terkandung di dalam visi dan misi sesuatu institusi.
Contoh matlamat ialah
i. membentuk institusi pendidikan bertaraf dunia menjelang 2020.
ii. menghasilkan pelajar yang cemerlang, gemilang dan terbilang.
iii. meningkatkan potensi setiap pelajar dalam .......

Objektif ialah pernyataan-pernyataan sasaran khusus yang merupakan langkah-langkah kecil


ke arah pencapaian sesuatu matlamat. Manakala hasil pembejaran merupakan pernyataan
khusus yang secara terperinci tentang apakah perkara yang mesti seseorang pelajar kuasai
selepas mempelajari sesuatu tajuk/topik/unit. Berbentuk eksplisit. Objektif dan hasil
pembelajaran secara umumnya merujuk kepada pembangunan 3 domain iaitu kognitif, afektif
dan psikomotor.

Nilai-nilai murni menggambarkan matlamat dan objektif yang tersirat juga dinyatakan secara
sisipan.
1. Percaya dan patuh kepada Tuhan
2. Baik Hati
3. Berdikari
4. Berhemah Tinggi
5. Bekerjasama
6. Kebersihan Fizikal dan Mental
7. Keberanian
8. Kejujuran

ZAINI ABDULLAH (NOTA KULIAH KPF 3012)


85

9. Keadilan
10. Kerajinan
11. Kesyukuran
12. Semangat bermasyarakat
13. Kesederhanaan
14. Rasional
15. Berkasih sayang
16. Hormat menghormati

Faktor-faktor yang mempengaruhi reka bentuk kurikulum

Banyak perkara mendasari reka bentuk kurikulum seperti.


l Perspektif terhadap pembelajaran dan pemikiran
l Perspektif terhadap ilmu
l Masalah dan keperluan

Perspektif Terhadap Ilmu


Secara umum terdapat dua perspektif terhadap ilmu, iaitu perspektif objektivis yang
melaksanakan kaedah deduktif dalam pengajaran, dan perspektif konstruktivis yang
melaksanakan kaedah induktif.

(i) Perspektif Objektivis


Perspektif objektivis adalah berasaskan perkara-perkara berikut:

 Melihat ilmu sebagai satu komoditi yang sudah pasti dan dapat diperturunkan
 Menerima alam seperti sedia ada
 Menekankan isi kandungan pelajaran, kemahiran baru, keupayaan baru dan
pemindahan pembelajaran
 Menggunakan Taksonomi Bloom untuk pengajaran dan penilaian.

ZAINI ABDULLAH (NOTA KULIAH KPF 3012)


86

Jadual di bawah memberikan jenis-jenis teori yang tergolong di dalam perspektif objektivis,
pengasas-pengasasnya, serta tumpuan-tumpuan tiap satu teori.

Jenis Pengasas Teori Pengasas Fokus/Objektif Pengajaran &


Teori Pembelajaran Teori/Model Pembelajaran
Pembelajaran

Behaviurisme Pavlov, Skinner Penguasan isi pelajaran melalui


Thorndike, proses pelaziman dan penggunaan
Skinner motivasi ekstrinsik

Sibernetik Landa Penguasaan kemahiran dan


pengetahuan prosedur melalui
penggabungan pelbagai sub-
kemahiran dan sub-prosedur (kaedah
snowball)

Kognitive Ausubel, Ausubel, Penguasan isi pelajaran melalui


E. Gagne, R. Gagne, pencetusan proses-proses mentas
Flavell, Keller, seperti skema, strategi dan
Mayer, Bloom, metakognisi
Mager

Perspektif objektivis mengutamakan pembentukan kemahiran, peraturan tahap tinggi


atau pemindahan pembelajaran.

Tugas pengajar ialah mendapatkan satu item yang mewakili sesuatu set dan
memastikan pelajar menguasainya dengan sepenuhnya. Maka kurikulum yang
dibentuk adalah berkisar di dalam penentuan item-item yang mewakili set-set ilmu
tersebut.

Kaedah pengajaran yang digunakan adalah berbentuk deduktif, iaitu bermula dengan
definisi, diikuti oleh pembentukan konsep dan diakhiri dengan penerokaan, seperti
yang digambarkan di bawah:

Pengenalan Istilah Pembentukan Konsep Penerokaan

ZAINI ABDULLAH (NOTA KULIAH KPF 3012)


87

Di dalam perspektif objektivis, juga diandaikan ialah ilmu pengetahuan itu adalah
bersifat kumulatif, iaitu boleh diajar dalam bentuk cebisan demi cebisan kerana
kemudiannya ia akan bercantum atau bergabung menjadi set atau struktur
pengetahuan yang lengkap. Cebisan-cebisan ini boleh disusun mengikut hierarki atau
secara linear. Perspektif ini disokong oleh teori pemprosesan maklumat yang
menjelaskan bagaimana pengetahuan dipelajari dan teori skema yang menjelaskan
bagaimana sesuatu struktur pengetahuan dibentuk. Proses-proses mental yang
menjadi tumpuan ialah proses-proses penambahan (accretion), penghalusan (tuning)
dan pembinaan semula (reconstruction).

Menurut teori skema, ilmu pengetahuan adalah terdiri dari pengetahuan deklaratif
(jenis fakta, pengetahuan prosedur (jenis rumus) dan pengetahuan strategi. Setiap
jenis ilmu pengetahuan ini boleh diajar secara berasingan melalui proses-proses
penambahan, penghalusan dan pembinaan semula. Juga, pelbagai pengetahuan
prosedur boleh diterbitkan dari pengetahuan deklaratif yang terkumpul, dan pelbagai
pengetahuan strategi boleh diterbitkan dari pengetahuan prosedur yang terkumpul di
dalam struktur pengetahuan.

Di dalam perspektif objektivis, strategi pengajaran yang dilaksanakan adalah


berbentuk ekspositori, seperti penggunaan kaedah kuliah, demonstrasi, penyelesaian
beberapa masalah contoh, simulasi, mainan peranan dan latih tubi. Ilmu dilihat
sebagai satu produk dan objektif pengajaran ialah penguasaan ilmu pengetahuan
seperti yang diajarkan. Pemangkin kepada pembelajaran ialah penggunaan strategi-
strategi pembelajaran.

(ii) Perspektif Konstruktivis

Perspektif konstruktivis pula adalah berasaskan perkara-perkara berikut:

 Melihat pelajar sebagai pembina ilmu


 Pengajaran adalah untuk mengubah cara dan tahap berfikir
 Isi pelajaran bukan matlamat pengajaran tetapi hanyalah batu loncatan untuk
mendapatkan kepakaran yang lebih tinggi
 Isi pelajaran ini dibuang selepas kepakaran diperolehi

ZAINI ABDULLAH (NOTA KULIAH KPF 3012)


88

Jadual di bawah memberikan jenis-jenis teori yang tergolong di dalam perspektif


konstruktivis, pengasas-pengasasnya, serta tumpuan-tumpuan tiap satu teori.

 
Jenis Pengasas Teori Pengasas Teori/Model Fokus/Objektif
Teori Pembelajaran Pembelajaran Pengajaran &
Pembelajaran

Pembangunan Piaget, Lawson, Kemahiran pentaakulan,


Mental Gardner Collins & Stevens, pemikiran saintifik &
Bruner, pemikiran aras tinggi
Taba berdasarkan logik
& pembangunan pelbagai
kecerdasan (multiple
intelligence)

Humanis Rogers Rogers Pembelajaran yang


bermakna dan ownership
of knowledge

Pembelajaran sosial Vygotsky Spiro, Kemahiran pentaakulan,


(Social Thelen pemikiran saintifik &
Learning) pemikiran aras tinggi
berdasarkan perancahan
(scaffolding),
pembelajaran kooperatif /
kolaboratif, dsb

Di dalam perspektif konstruktivis, pengajaran adalah tertumpu kepada proses-proses


pembinaan ilmu pengetahuan. Di dalam pandangan ini, strategi-strategi pengajaran yang
dilaksanakan adalah berbentuk inkuiri, seperti penggunaan kaedah pembelajaran berasaskan
masalah (PBL), perantisan, lawatan sambil belajar. Guru pula berperanan menjadi penyemak
kepada proses pemikiran yang digunakan dan kepada rumusan yang diperolehi

Pandangan perspektif konstruktivis dijelaskan oleh Piaget:

“The goal of education is not to increase the amount of knowledge, but to create
possibilities for a child to invent and discover… Teaching means creating situations where
structure can be discovered, it does not mean transmitting structure which may be
assimilated at nothing other than a verbal level.”

ZAINI ABDULLAH (NOTA KULIAH KPF 3012)


89

Perspektif ini menekankan keupayaan berfikir pada dua tahap, iaitu empirical-induktif (EI)
(pada umur 7-15 tahun) dan hipotetikal-deduktif (HD) (pemikiran dewasa). Di peringkat
kolej dan universiti Pemikiran (EI) melibatkan aplikasi rumus manakala pemikiran HD
adalah terdiri daripada kategori berikut:

l Pemikiran kombinatorik
l Pengenalpastian dan kawalan pembolehubah
¡ Bagaimana burung, penyu, dan kucing dapat kembali ke tempat asal
l Pemikiran perkadaran
¡ Penggunaan nisbah dan rumus
l Pemikiran Kebarangkalian
l Pemikiran korelasi

Kaedah pengajaran yang dilaksanakan ialah berbentuk:

Penerokaan Pengenalan Istilah Pembentukan Konsep

Di dalam perspektif konstruktivis, pengetahuan itu adalah bersifat tentatif, iaitu dibina oleh
pelajar secara induktif melalui pemerhatian suatu fenomena, penentuan corak atau perilaku
fenomena tersebut, pembentukan dan pengujian hipotesis, pembentukan rumusan/teori
tentatif dan kemudian diuji aplikasi atau kebenarannya melaui proses-proses deduktif.
Kebenaran rumusan atau teori yang dibina adalah bersifat tentatif dan akan segera diubah
jika terdapat permerhatian atau bukti yang lebih kuat.

Oleh kerana ilmu pengetahuan adalah binaan sendiri pelajar menggunakan proses-proses
induktif dan deduktif, kemahiran-kemahiran akhir yang diperolehi ialah proses membina
ilmu, pengisian di dalam tiap tahap proses ini, dan rumusan akhir proses-proses ini. Di dalam
perspektif ini, ilmu pengetahuan serta prosedur-prosedur melaksanakan sesuatu tugas mental
boleh dimampatkan (zipping) dan dibuka semula (unzipping) mengikut keperluan.

Di dalam perspektif konstruktivis, strategi pengajaran yang dilaksanakan adalah berbentuk


inkuiri, seperti penggunaan kaedah pembelajaran berasaskan masalah (PBL), perantisan, dan
lawatan sambil belajar. Pengajar menjadi pembimbing dan membimbing menggunakan
kaedah Socrates (penyoalan) yang melibatkan soalan-soalan di dalam kategori berikut:

· Memilih contoh-contoh positif dan negatif


· Memilih contoh yang berlawanan (Counterexamples)
· Menjana kes-kes Hipotetikal
· Mempertimbangkan ramalan-ramalan alternatif
· Mengesan sebab-akibat / implikasi suatu kontradiksi
· Mempertikai authoriti

ZAINI ABDULLAH (NOTA KULIAH KPF 3012)


90

Sebagai bandingan, jadual di bawah menunjukkan perbezaan-perbezaan yang terhasil dari


amalan perspektif-perspektif ini mengikut tiga jenis teori berdasarkan beberapa dimensi
utama:

OBJEKTIVIS KONSTRUKTIVIS
Behavioris Kognitivis Humanis
1. Falsafah pembelajaran
Pelajar boleh dibentuk Perubahan adalah Pelajar mempunyai
mengikut objektif dan berdasarkan pilihan pelajar kehendak dan keupayaan
kehendak pensyarah; mengikut faktor-faktor di sendiri dan pensyarah
pelajar dimanipulasikan dalam persekitaran; pelajar adalah pemudahcara
diajak berfikir, membentuk sahaja; pelajar mengalami
konsep, dan mencipta dan belajar menyelesai
masalah di persekitaran
sebenar
2. Keperluan pembelajaran
Berpusatkan pensyarah Pembelajaran adalah satu Berpusatkan pelajar
dan berasaskan proses proses usahasama (joint- dengan sedikit sahaja
stimulus-respons; venture) antara pelajar dan kawalan dan sumbangan
pemantauan dan pensyarah; pemantauan dari pensyarah;
pengukuhan (termasuk dan pemulihan oleh pemantauan kendiri atau
denda atau hukuman) oleh pensyarah; pengujian melalui interaksi;
pensyarah; pengujian formal, tugasan dan projek. pengujian berasaskan
formal berasaskan projek dan portfolio.
kompetensi

3. Objektif
Pensyarah tentukan Pensyarah menilai dan Pensyarah membantu
keperluan, pengetahuan, menambah di mana perlu pelajar mengenalpasti
kemahiran dan perilaku untuk membantu keperluannya dan
pelajar membangunkan keupayaan kemudian membimbing
mental dan kreativiti secara pelajar mencapainya
menyeluruh
4. Isi pelajaran
Isi pelajaran membina Isi pelajaran diintegrasikan Isi pelajaran adalah
kompetensi dan bersama proses-proses berasaskan kegiatan dan
penguasaan pelbagai mental seperti logik, pengalaman kontekstual
kemahiran mengikut strategi, metakognisi, dalam menyelesaikan
objektif yang telah penyelesaian masalah dan masalah di dalam situasi
ditetapkan kreativiti untuk menambah yang dipilih
dan memperluaskan

ZAINI ABDULLAH (NOTA KULIAH KPF 3012)


91

pengetahuan pelajar

Rumusan

Terdapat dua aliran yang kuat dan berbeza tentang pengajaran dan pembelaran. Aliran
objektivis melihat ilmu sebagai satu produk dan guru adalah penyampainya. Aliran
konstruktivis melihat ilmu sebagai satu proses pembinaan dan guru adalah pemudahcaranya.
Aliran-aliran ini akan menghasilkan output atau keupayaan yang juga berbeza-beza.

Kurikulum Tersembunyi

Satu elemen yang perlu diberi perhatian semasa mereka bentuk kurikulum ialah kurikulum
tersembunyi. Ia adalah himpunan pengalaman tambahan pelajar yang wujud dan dialami
serentak dengan kurikulum yang sedang diajar. Contoh-contoh mudah ialah
· Kehidupan di institusi
· Kaedah menetapkan peraturan dan norma institusi
· Proses-proses sosialisasi, integrasi & pembudayaan
· Agenda tersembunyi
· Pengetahuan atau kemahiran insidental

Pengaruh kurikulum tersembunyi mudah difahami dengan melihat bagaimana personaliti


kanak-kanak terbentuk. Perkara yang sama berlaku di institusi pendidikan sama ada di
sekolah ataupun IPT. Minat dan kesungguhan pendidik, kualiti dan budaya akademik di
jabatan, nilai dan pendirian terhadap ilmu turut mencorakkan kurikulum yang dibina/
dilaksanakan
.
Kurikulum tersembunyi amat berpengaruh. Ia boleh digunakan sebagai satu komponen
tambahan sambil melaksanakan kurikulum biasa. Contohnya ialah dalam mengajar
kemahiran generik. Kemahiran generik ialah kemahiran umum, kemahiran berkomunikasi,
kebolehan, dan trait yang perlu dikuasai seseorang untuk berjaya di dalam kerjayanya.
Kemahiran generik memerlukan tempoh yang lama untuk dikuasai sepenuhnya dan tidak
mungkin diperolehi dengan mendalam melalui pengajaran secara kursus. Oleh itu,
pengajaran kemahiran generik dibuat di dalam bentuk kurikulum tersembunyi iaitu melalui
teknik infusi yang menabur atau meletakkan beberapa bahagian dari kemahiran-kemahiran
ini di dalam semua kursus yang pelajar ikuti. Setelah mengikuti semua kursus ini pelajar
tersebut akan turut mempelajari pelbagai kemahiran generik.
Rumusan
Kurikulum tersembunyi amat berpengaruh dan boleh digunakan seiring kurikulum akademik
yang digubal oleh pensyarah. Cabaran kepada para pensyarah ialah menentukan isinya dan
menabur atau meletakkan cebisan isi-isi tersebut di dalam pelbagai kursus atau kegiatan
pelajar.

ZAINI ABDULLAH (NOTA KULIAH KPF 3012)


92

Soalan Refleksi

1. Berikan beberapa contoh kurikulum tersembunyi yang anda tahu.


2. Bagaimanakah kurikulum tersembunyi itu diserapkan dalam pelaksanaan proses
pendidikan?

Koherens Dalam Kurikulum

Satu isu penting di dalam penggubalan kurikulum berkualiti ialah memastikan bahawa
kurikulum yang terlaksana adalah kurikulum yang digubal. Faktor yang menentukan
kejayaan ini ialah koherens, iaitu kesepaduan menyeluruh di antara mata pelajaran/kursus
yang diajar dengan kurikulum/program yang dibentuk. Struktur dan isi sesuatu mata
pelajaran/kursus adalah kurikulum di peringkat mikro manakala gabungan pelbagai kursus di
peringkat silibus/program adalah kurikulum di peringkat makro. Penawaran sesuatu program
melibatkan kepelbagaian dari segi disiplin ilmu, perspektif pemikiran, kaedah belajar, dan
sebagainya. Koherens ialah keadaan saling keterkaitan di antara item-item isi di dalam
sesuatu kursus dan di antara setiap kursus dengan kursus-kursus lain di dalam sesebuah
program. Kewujudan koherens yang tinggi memastikan kesan Gestalt iaitu “the whole is
greater than the sum of its parts” diperolehi.

Terdapat berbagai cara memastikan koherens:

· Isi pelajaran: Kursus-kursus di dalam sesebuah program dikelaskan sebagai major dan
minor dan seterusnya diperincikan sebagai asas, teras, elektif, dan opsyen.
· Program: Penawaran kursus dibuat secara Interdisciplinary yang menekankan
kepelbagaian di dalam perspektif-perspektif ilmu, isu, masalah, konsep, alam sebenar,
dan sebagainya dan juga kesalingkaitan di antara mereka.
· Kemahiran generik: Beberapa kemahiran intelek dan kemahiran komunikasi
dikenalpasti dan ditawarkan secara infusi atau difusi di dalam kursus dan program.
· Cara mencapai ilmu: Proses-proses mencapai ilmu seperti yang terkandung di dalam
kaedah ekspositori-deduktif, kaedah induktif, dan kaedah saintifik dikenalpasti dan
dilaksanakan secara infusi atau difusi di dalam kursus dan program.
· Pembangunan diri: Sahsiah dan kualiti peribadi pelajar ditentukan dan dibangunkan
secara infusi atau difusi di dalam kursus dan program.

Di semua institusi pendidikan, pelajar mengikuti kursus tetapi mengalami silibus/program.


Koherens ialah nilai tambah yang menentukan kualiti sebenar setiap kursus dan program.

ZAINI ABDULLAH (NOTA KULIAH KPF 3012)


93

Cabaran & Keterkinian Kurikulum

Terdapat banyak kajian yang menguji kesan kurikulum terhadap pengajaran. Satu darinya
ialah kajian prestasi di dalam Sains dan Matematik di antara 38 buah negara yang dijalankan
oleh U.S. Department of Education pada tahun 2000. Kajian ini di panggil Third
International Mathematics and Science Study. Di dalam Matematik, Malaysia menduduki
tempat ke 16 manakala di dalam Sains, Malaysia ditempat ke 22. Satu lagi laporan yang
mengejutkan ialah kedudukan Malaysia di pentas dunia di dalam pendaftaran paten. Akhbar
The Star, Sept 4, 2000 melaporkan bahawa:

· 95% dari jumlah paten di dunia dipegang oleh 15% penduduknya


· Jepun mendaftarkan purata 300 paten / juta penduduk
· U.S.A. mendaftarkan purata 200 paten / juta penduduk, manakala
· Malaysia mendaftarkan purata 2 paten / juta penduduk

Untuk IPT, ukuran keterkinian kurikulum dapat dilihat pada statistik pengambilan kerja
graduan tiap tahun selepas tamat pengajian. Institusi yang mempunyai “program” yang baik,
iaitu kurikulum yang baik akan melaporkan kadar pengambilan kerja yang lebih tinggi.
Tanggapan atau komen terhadap “program”, “kualiti”, “ketokohan dan anjalan graduan”
adalah sebenarnya komen terhadap kurikulum.

Ukuran keterkinian kurikulum juga dapat dilihat pada keupayaan pencapaian dan kecekapan
pelajar terhadap pengetahuan dan kemahiran tertentu. Pada peringkat IPT, aspek
penyelidikan di kalangan graduan dan kekinian mereka di dalam membincangkan isu-isu
semasa di dalam seminar dan konferens antarabangsa juga diambil kira.

Jelaslah bahawa setiap institusi perlu mendapatkan benchmark sendiri untuk setiap bidang
supaya program dan kursus yang ditawarkan tidak ketinggalan di peringkat negara dan di
peringkat antarabangsa.

Rumusan

Hasil kurikulum yang digubal membentuk kualiti akhir pelajar, kualiti kurikulum, dan
tanggapan masyarakat setempat dan masyarakan dunia terhadap program dan institusi. Setiap
institusi perlu mendapatkan benchmark sendiri untuk setiap bidang supaya program dan
kursus yang ditawarkan tidak ketinggalan di peringkat negara dan di peringkat antarabangsa.

Sebagai rumusan, terdapat dua aliran kuat di dalam interpretasi dan amalan pengajaran dan
pembelajaran yang mempengaruhi isi dan struktur kurikulum. Terdapat juga kurikulum yang
tersembunyi di dalam kurikulum yang dibina. Tugas setiap pensyarah ialah menentukan
bahawa pengajaran dan matlamat yang hendak dicapai adalah selaras dengan falsafah, misi,

ZAINI ABDULLAH (NOTA KULIAH KPF 3012)


94

visi, dan amalan yang telah dipilih dan memaksimumkan koherens serta kesan-kesan positif
dari kurikulum tersembunyi. Faktor-faktor ini mencorakkan kurikulum yang direka dan
menentukan hasil akhir yang diperolehi.

UNIT 10
PENTERJEMAHAN & PENTAFSIRAN KURIKULUM
KEBANGSAAN

HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir pengajaran, pelajar dapat:
1.

MATLAMAT & OBJEKTIF KURIKULUM

ZAINI ABDULLAH (NOTA KULIAH KPF 3012)


FALSAFAH PENDIDIKAN
KEBANGSAAN Kurikulum
Formal 95
KURIKULUM Kurikulum
KEBANGSAAN Ideal
Kurikulum
Domain Kognitif Tersembunyi
PRASEKOLAH
KBSR Domain Afektif

KBSM Domain Psikomotor


Bahasa
IPT Teras
Kemanusiaan
KURIKULUMSEKOLAH
KURIKULUM KEBANGSAAN Elektif
OBJEKTIF KURIKULUM
Tambahan Sains
KBSM Objektif Domain Kognitif
Teras Vokasional

KBSR Elektif Objekif Domain Afektif


Tambahan
Objektif Domain Psikomotor

Matlamat Kurikulum
i. Kembangkan potensi pelajar
ii. Melahirkan insan yang sempurna (Intelek, rohani, emosi & jasmani)
iii. Membentuk warganegara yang dapat memberi sumbangan kepada diri,
keluarga, masyarakat dan negara.
iv. Menjadikan pelajar yang boleh menggunakan pengetahuan dan kemahiran
dalam menyelesaikan masalah harian.
v. Asas untuk pengetahuan lanjutan.

an gan an
Kurikulum
i l an r aga m
nc an urus ntauan tukan
Kebangsaan
ad se Pera g a n
Ke Ke Pen Pem Peru
Kementerian
Pelajaran
Mengapa Kurikulum
Pusat
Perkembangan
Kebangsaan?
Kurikulum (PPK)

Guru
Perancangan
Aktiviti Dalam Bilik Darjah
Kurikulum Penyusunan
Sekolah
Pelaksanaan
Aktiviti Luar Bilik Darjah
Penilaian berterusan
(Formatif)
ZAINI ABDULLAH (NOTA KULIAH KPF 3012)
96

MASIHKAH ANDA INGAT APAKAH YANG DIMAKSUDKAN


KURIKULUM KEBANGSAAN?

Apakah Peranan Kurikulum?

Laporan Jawatankuasa Kabinet, 1979:


1. Perkembangan individu secara menyeluruh (intelek, rohani, emosi dan jasmani)
2. Penerapan dan perkembangan nilai-nilai murni
3. Penyebaran ilmu pengetahuan
4. Pembentukan masyarakat malaysia yang bersatu padu
5. Melahirkan tenaga kerja mahir

Rangka Konsepsual Penterjemahan Kurikulum

1. Asas 2. Peringkat 3. Amalan 4. Hasil /


pertimbangan Pelaksanaan kurikulum di Kesan akhir
pembinaan kurikulum: dalam bilik
kurikulum Pra Sekolah, darjah
Rendah, Menengah,
Pendidikan Khas

Asas pertimbangan pembinaan kurikulum


1. Pembangunan negara
 Ekonomi
 Perpaduan
 Teknologi maklumat
 Sains & teknologi
 Sosio budaya

2. Perkembangan individu
 Perkembangan insane
 Perkembangan warganegara

3. Teori pembelajaran
 Pelbagai kecerdasan
 Kecerdasan (IQ, EQ, SQ & PQ)
 Konstruktivisme

4. Falsafah Pendidikan Kebangsaan

ZAINI ABDULLAH (NOTA KULIAH KPF 3012)


97

 Pendidikan suatu usaha berterusan


 Perkembangan individu secara menyeluruh dan bersepadu (intelek, rohani, emosi
& jasmani)

5. Empat asas utama pendidikan (UNESCO)


• Belajar untuk pengetahuan
• Belajar untuk kemahiran
• Belajar untuk menjadi insan sempurna
• Belajar untuk hidup bersama

Peringkat Pendidikan: Pra Sekolah, Sekolah Rendah, Sekolah Menengah, Pendidikan


Khas

1. Mata pelajaran wajib


• Teras
• Tambahan
• Elektif

2. Program-Program Khas:
• Pemupukan patriotisme
• Pendidikan alam sekitar
• Pendidikan kesihatan keluarga
• Pendidikan pencegahan dadah
• Program komputer dalam pendidikan
• Program khas orang asli
• Program sekolah ke kerjaya

Amalan kurikulum di dalam bilik darjah


1. Strategi pengajaran & pembelajaran (Berpusatkan murid)
• Inkuiri penemuan
• Penggabungjalinan
• Penyerapan
• Kesepaduan pengetahuan & amalan
• Pengayaan & pemulihan
• Kemahiran berfikir secara kreatif & kritis
• Pembelajaran masteri
• Learning how to learn
• Penulisan genre
• Kemahiran proses sains
• Pembelajaran kontekstual
• Pembelajaran yang menyeronokkan
• Kemahiran generik
• Kajian masa depan

ZAINI ABDULLAH (NOTA KULIAH KPF 3012)


98

• Sistem pembelajaran intergratif


• Aspek merentas kurikulum
• Pembelajaran bestari

2. Penilaian
 Penilaian berterusan
 Penilaian berasaskan sekolah
 Penilaian secara berpusat

Hasil Pelaksanaan Kurikulum


1. Pembangunan Insan / individu
• Pekerja berilmu
• Celik it
• Berkemahiran dan berketrampilan
• Bersemangat patriotik
• Berakhlak mulia
• Hidup bermasyarakat
• Menghargai alam sekitar
• Berfikiran kreatif & kritis
• Berdaya tahan/jati diri
• Berinovatif
• Beretika & berbudaya

2. Pembangunan negara
 Warganegara yang cemerlang, gemilang & terbilang
 Kemajuan ekonomi, sosial dan politik
 Rakyat yang bersatu
 Negara yang stabil, aman dan makmur
 Penyertaan demokrasi tulen
 Guna tenaga penuh.

Domain Objektif Kurikulum

DOMAIN
KOGNITIF
Keupayaan mental
memproses maklumat

DOMAIN
PSIKOMOTOR

DOMAIN
AFEKTIF
ZAINI ABDULLAH (NOTA KULIAH KPF 3012)
99

Domain Objektif Kognitif (Taksonomi Bloom)

Pemikiran Aras Tinggi

Penilaian
Menghakim
Sistesis alat & kaedah
Pemikiran Aras Rendah Mencantum untuk capai
Analisis elemen: tujuan:
Memisah & gabungkan, nilaikan,
Aplikasi senaraikan ringkaskan, cadangkan,
elemen: menyusun, kritikan,
Kebolehan
Kefahaman mengguna pisahkan, mengelas, sokongan,
tentukan, merumus, bangkangan,
Pengetahuan Kebolehan prinsip:
mencabar,
memahami demontrasikan, asingkan, mengubah dan
Ingatan lain-lain. menentukan dan
prinsip: tunjukkan, bina, kategorikan,
semula: kesan dan lain- lain-lain.
jelaskan, kembangkan,
definisikan, lain.
huraikan, lukiskan,
nyatakan,
terjemahkan, lakukan dan lain-
susunkan,
terangkan, lain.
labelkan,
bincangkan dan
mengenal
lain-lain.
pasti dan lain-
lain.

Domain Objektif Afektif

DomainAfektif
Domain Afektif

Perwatakan Membentuk perwatakan terhadap


Perwatakan
sesuatu sikap atau nilai.

Mengorganisasi
Mengorganisasi Menyelia diri sendiri atau orang
lain melakukan sesuatu.

Menghargai
Menghargai Mengetahui kepentingan atau nilai

Memberi respon terhadap sesuatu


MemberiTindakbalas
Memberi Tindakbalas
yang telah dipelajari

Menerima
Menerima Menerima arahan dan tunjuk ajar.

ZAINI ABDULLAH (NOTA KULIAH KPF 3012)


100

Domain Objektif Psikomotor

Domain Psikomotor

5) Naturalisasi Menyebatikan apa yang telah dipelajari

4) Artikulasi Melaksanakan tugas dengan cekap

3) Ketelitian Melakukan sesuatu dengan teliti

2) Memanipulasi Mengaplikasi apa yang dipelajari

Meniru Memerhati dan meniru

Bagaimanakah Objektif/ Hasil Pembelajaran di Nyatakan?

Perkara yang perlu dipertimbangkan semasa menyatakan objektif adalah:

 fokuskan kepada pelajar.


 menggunakan perubahan tingkah laku pelajar sebagai rujukan.

Objektif ditulis dengan menggunakan format 'ABCD':

i. Audiens (Pelajar)  Siapakah audiens anda?


ii. Behaviour (Tingkah laku)  Apa yang anda mahu mereka lakukan?
iii. Condition (Situasi)  Apakah perubahan tingkah laku pelajar yang anda
mahukan?
iv. Degree (Tahap)  Sejauh mana pengetahuan & kemahiran yang dipelajari telah
dikuasai pelajar?

ZAINI ABDULLAH (NOTA KULIAH KPF 3012)


101

KRITERIA PENULISAN OBJEKTIF

Jangkaan
hasil
capaian

Eksplisit Apa Pelajar

OBJEKTIF
KURIKULUM

Sebelum
Keberkesanan
P&P

PENYUSUNAN KANDUNGAN KURIKULUM SEKOLAH

Tahap usia/
kecerdasan

PENYUSUNAN
KURIKULUM

Skop, imbangan &


integrasi antara mata
pelajaran

ZAINI ABDULLAH (NOTA KULIAH KPF 3012)


102

Kurikulum sebagai hasil (ends) à kenyataan objektif yang dihajatkan


Pengalaman pembelajaran sebagai cara (means) mencapai objektif à isi & kaedah

PENTERJEMAHAN KURIKULUM KEPADA PROSES PENGAJARAN DAN


PEMBELAJARAN

Sukatan Pelajaran & Huraian Kandungan Pelajaran

Dokumen tentang suatu pernyataan Mengandungi FPK,


Sukatan mengenai perkara yang mesti diajar matlamat, objektif dan
Pelajaran kepada murid di sekolah sepanjang skop/ litupan sesuatu mata
tahun persekolahan. pelajaran.

Dokumen perincian kepada Sukatan Mengandungi FPK,


Huraian Pelajaran mengikut unit-unit kecil matlamat & objektif mata
Sukatan mata pelajaran yang perlu dimuatkan pelajaran mengikut tahap
Pelajaran untuk proses pengajaran & persekolahan, orgnisasi
pembelajaran mengikut tahap/ kandungan, kemahiran,
persekolahan nilai dan sebagainya.

Sukatan pelajaran mesti diluluskan oleh Menteri Pelajaran.

Menterjemahkan kurikulum kepada unit-unit pengajaran

MATA PELAJARAN

Unit 1 Unit 2

Tajuk 1 Tajuk 2 Tajuk 3

P P P P P P P P P
PENGAJARAN & PEMBELAJARAN

ZAINI ABDULLAH (NOTA KULIAH KPF 3012)


103

Mentejemahkan Kurikulum Menerusi Sukatan Pelajaran Kepada Rancangan


Pengajaran Tahunan & Harian

Adakah pengajaran itu merupakan proses memindahkan ilmu bagai mengisi botol yang
kosong?

PELAKSANAAN KURIKULUM DI BILIK DARJAH

KURIKULUM
(Pra Sekolah, Sekolah Rendah, Sekolah
Menengah, Pendidikan Khas) Sukatan Pelajaran

Mata Pelajaran Huraian Sukatan


Pelajaran
Unit 1 Unit 2
Rancangan Pengajaran
Tahunan
Tajuk 1 Tajuk 2 Tajuk 3

Rancangan Pengajaran
P P P P P P P P P Harian

Hasil Pembelajaran: Senarai pernyataan pencapaian secara hirarki


tentang pengetahuan, kemahiran, kebolehan, sikap yang perlu dikuasai
oleh pelajar mengikut aturan pencapaian yang telah ditentukan selepas
menerima pengajaran.

ZAINI ABDULLAH (NOTA KULIAH KPF 3012)


104

PENGLIBATAN GURU DALAM PERANCANGAN & PELAKSANAAN


KURIKULUM DI BILIK DARJAH
1. Falsafah .
Analisis
2. Rasional
Kurikulum
3. Objektif
4. Kandungan
1. Isi Pelajaran
Tentukan 1. Bahan 2. Susunan Pengalaman
Keperluan 2. Pengetahuan & 3. Strategi & Teknik
Kurikulum Kemahiran Guru 4. Kawalan Bilik Darjah
1. Rancangan Pengajaran
Konteks 1. Isi Kandungan
2. Susunan Bilik Darjah
Pengajaran 2. Bilik Darjah
3. Bahan Bantu Pengajaran
3. Aktiviti P & P
4. Teknik Pengajaran
Pelaksanaan 4. Penyerapan
5. Aktiviti sokongan
Pengajaran & 5. Masa
(pengayaan & pemulihan
Pembelajaran
1. Kesan Pembelajaran
2. Kesan Bahan/ alatan
Penilaian 3. Prestasi Murid
1. Rancangan Pengajaran
Semakan Semula 2. Bahan & Alatan
3. Strategi & Teknik P & P

Matlamat,
Tujuan,
Objektif
Penilaian Ciri-Ciri
am
Pelajar

Perkhidm Rancangan Objektif


atan Pembelaj
Corak
bantuan aran
Pengajaran

Aktiviti & Pra


Bahan Penilaian
P&P
Isi
Pelajaran

Kemp, J.E. (1987)

ZAINI ABDULLAH (NOTA KULIAH KPF 3012)


105

TRANFORMASI SUKANATAN PELAJARAN KEPADA RANCANGAN


PENGAJARAN.

Rancangan Pengajaran Tahunan

Minggu Tajuk/ Topik/ Hasil Pembelajaran/ Konsep Kemahiran Nilai


Unit Objektif/ Huraian
Kandungan
1
2
3
4
5
6
7

42

TRANFORMASI RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN KEPADA PROSES


PENGAJARAN

Contoh Format Asas:

Tarikh/ Hari : 28 Ogos 2010/ Selasa Masa : 9.00–10.20 am (80 minit)


Tingkatan : 4 Sains Bil. Pelajar : 35 Orang
Mata Pelajaran: Biologi
Tajuk : Ekologi
Objektif
yang ditulis
Objektif : Pada akhir pengajaran, pelajar dapat; mestilah
i. Mendifinisikan ekologi antara benda hidup dengan betul eksplisit,
ii. Menjelaskan sekurang-kurangnya 3 bentuk interaksi komponen ringkas,
biotik & abiotik. spesifik dan
tersusun
iii. Menganalisis dengan tepat 3 isu ekologi hutan tempatan.

Aktiviti : 1. Soal jawab 2. Penerangan 3. Perbincangan 4. Persembahan 5. Penilaian


Bahan : Komputer, Projektor, Skrin, Poster, buku teks.
Nilai : Bersyukur, menghargai, menghormati, kerjasama
Kemahiran : berfikir, komunikasi, mencari maklumat

ZAINI ABDULLAH (NOTA KULIAH KPF 3012)


106

Contoh Rancangan Pengajaran Harian

i. Model Pembelajaran Masteri (Objektivisme)

Langkah & Kandungan Aktiviti Pengajaran & Catatan


Masa Pembelajaran
Aktiviti Guru Aktiviti Murid
Set induksi Tayangan klip
(5 minit) video berkaitan
Langkah 1 Difinisikan ekologi
(15 minit)
Langkah 2 Interaksi komponen
(20 minit) ekologi
Langkah 3 Isu-Isu ekologi
(20 minit) tempatan
Langkah 4 Penilaian
(30 minit)
Langkah 5 Rumusan
(10 minit)

Refleksi : Ditulis setelah proses pengajaran dan pembelajaran berakhir dengan


mengenalpasti isu, permasalahan, cabaran, kekangan atau kekuatan serta kepuasan yang
telah muncul ketika proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung dan apakah tindakan
yang efektif yang perlu diambil untuk menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran
pada masa hadapan menjadi bertambah baik.

ii. Model Pembelajaran Konstruktivisme 5-fasa (Needham, 1987).


(Pembelajaran Berasas Masalah, Pembelajaan Inkuiri, Pembelajaran P

Fasa Tujuan/ Kegunaan Kaedah


Fasa 1: Menimbulkan minat dan menyediakan Contoh:
Orientasi suasana  Amali penyelesaikan
masalah
 Tunjukcara,
 Tayangan filem/ video
 Keratan akhbar/ poster

Fasa 2: Murid dan guru sedar tentang idea  Amali


Pencetusan Idea terdahulu  Perbincangan
 Pemetaan konsep
 Laporan

Fasa 3: Penstrukturan  Wujudkan kesedaran tentang idea Perbincangan dalam kumpulan


semula idea alternatif. Menyedari bahawa idea kecil dan buat laporan
i. Penjelasan dan sedia ada perlu diubahsuai,

ZAINI ABDULLAH (NOTA KULIAH KPF 3012)


107

pertukaran diperkembangkan atau diganti Pembacaan lanjutan,


ii. Pendedahan kepada dengan idea yang lebih saintifik.
situasi konflik  Mengenalpasti idea-idea alternatif Input guru & tunjukcara guru
iii. Pembinaan idea baru dan memeriksa sendiri secara kritis
iv. Penilaian idea-idea sedia ada. Amali, projek, eksperimen,
 Menguji kesahan idea-idea sedia
ada.
 Pengubahsuaian, pemgembangan
atau penukaran idea.
 Menguji kesahan untuk idea-idea
baru yang dibina.

Fasa 4: Pengukuhan kepada idea yang telah Penulisan sendiri kerja projek
Penggunaan Idea dibina dalam situasi baru dan biasa

Fasa 5: Menyedari tentang perubahan idea Penulisan kendiri, perbincangan


Refleksi murid. Murid dapat membuat refleksi kumpulan, catatan peribadi dan
sejauh manakah idea asal mereka telah lain-lain.
berubah.

Perbandingan Model Objektivisme Dan Konstruktivisme

Objektivisme Konstruktivisme

Titik Tolak Pindahkan pengetahuan Kekuatan dan kelemahan pelajar


Tujuan Perubahan Membangunkan pelajar yang
bertanggungjawab
Peranan Murid Penerima pasif Pembuat keputusan yang aktif
Peranan Guru Pemberi maklumat Pemudah cara
Indikator kejayaan Perubahan mengikut markah Kebolehan mengaplikasi idea secara
ujian berdikari dan menetapkan matlamat
Pembelajaran Presriptif Menyokong pengambilan risiko
Persekitaran Diarah guru Kumpulan koperatif
Komunikasi Guru Guru memperbaiki Dua arah, positif, spesifik dan regular
Pelajar kesilapan, sehala
Strategi Penyoalan Soalan tertutup Soalan terbuka
Maklum Balas Menentukan sama ada Menggalakkan & memuji
jawapan betul
Struktur Masa dan rutin tetap Anjal - input pelajar

ZAINI ABDULLAH (NOTA KULIAH KPF 3012)


108

CONTOH PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SECARA BESTARI


1. Sumbang Saran Tajuk : EKOLOGI
Guru memberi panduan. E-mel para penyelidik, inst. sains
Pelajar berbincang dan ttg perkara baru kajian ekologi
menjana soalan hubungan 3. Meneroka Internet
ekologi antara benda hidup Akses maklumat tambahan Lawatan maya ekologi ke laman
http://envirolink.org lain melalui jaringan dunia
http://www.mindspring.com/~zoonet
2. Kerja Lapangan http://www.kie.berkeley.edu/KIE.html
Menyiasat ekologi LAN interaksi dgn sekolah lain di
http://www.rspac.ivv.nasa.gov Malaysia tentang kajian ekologi
habitat tempatan
melalui proses sains mereka yang berlainan habitat

4. Laporan Meneroka laman web berkaitan ;


6. Penutup contoh:
Menganalisis dan
• Merenung (reflect) dan Laman web Bird Watchers
mensintesis maklumat yg
menganalisis proses (www.cfbw.com)
diperolehi dalam bentuk
pembelajaran yang dilalui Laman web Green Peace, dll
yang jelas dan padat.
• Meramal isu-isu berkaitan (www.ilmunet.com/akn)
ekologi tempatan
contoh: Bagaimana usaha Persembahan multimedia seperti
pemuliharaan kawasan menggunakan PowerPoint
paya bakau di Malaysia 5. Persembahan
• Pelajar yang berminat akan Menyediakan laman web mengenai
meneroka bidang ekologi ekologi tempatan
dengan lebih mendalam
E-mel hasil kepada rakan yang berminat
Nota dari sekolah lain
Langkah 1 dan 2 melibatkan interaksi sosial dan kolaborasi
Langkah 3 dan 5 melibatkan penggunaan teknologi maklumat Menyertai forum berkenaan dgn ekologi
Langkah 2, 4, dan 6 melibatkan kemahiran berfikir dan nilai murni
YES & DON’T DALAM PENULISAN OBJEKTIF PENGAJARAN

YES & DON’T DALAM PENULISAN OBJEKTIF

YES DON’T
Build Appreciate
Classify Consider
Contrast Desire
Demonstrate Feel
Distinguish Find interesting
Evaluate Have inside into
Identify Know
Interpret Learn

ZAINI ABDULLAH (NOTA KULIAH KPF 3012)


109

Label Like to
List Love to
Match Really like to
Measure Recognize
Name Remember
Remove See that
Select Think
State Understand

KEPENTINGAN PENYEDIAAN RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Memudahkan mengingat semula

Sentiasa berfokus kepada objektif

Membantu memahami isi kandungan

Membantu penyediaan bahan yang sesuai

Perancangan & persediaan yang teratur

Mengapa Guru Perlu Menyediakan Rancangan Pengajaran?

Bimbingan & Refleksi

Pemantauan & penelahan kesilapan

Panduan kepada guru pengganti

Meningkatkan keyakinan diri

Menggunakan kaedah pengajaran yang betul

ZAINI ABDULLAH (NOTA KULIAH KPF 3012)


110

Apakah hubungkait antara Penulisan RPH dengan pembelajaran murid?

 Murid tidak rasa bosan.


 Murid rasa seronok belajar.
 Prestasi murid dapat dipantau.
 Murid dapat pengetahuan yang maksima.
 Murid belajar dalam keadaan yang berfokus.
 Murid dapat dikenalpasti kekuatan dan kelemahan.
 Murid dapat mempelbagaikan proses pembelajaran.
 Murid yang cerdas diberi peluang untuk memperkayakan pengetahuan.
 Murid yang lemah diberi peluang untuk menjalani proses pemulihan semula.

Pembestarian Budaya Pengajaran Dan Pembelajaran

Budaya Bestari
Budaya Pengajaran-Pembelajaran
Sedia Ada:  Budaya kaya ilmu
Berubah  Berfikiran kritis dan kreatif
 Pemerolehan fakta Kepada  Berpusatkan pelajar: akses
 Berasaskan memori kendiri, kadar kendiri, terarah
 Berpusatkan guru kendiri
 Konteks setempat  Konteks global
 Buku teks  Penggunaan kemudahan
teknologi multimedia dalam
pengajaran & pembelajaran

ZAINI ABDULLAH (NOTA KULIAH KPF 3012)


111

Perubahan Dalam Amalan Pengajaran Dan Pembelajaran


Perubahan diharap berlaku dalam pendekatan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah
seperti dijelaskan di bawah.
Amalan Pengajaran Sedia Ada Amalan Pengajaran Bestari
 membekal maklumat  membekal tugasan yang mencabar
 lebih menjawab daripada menyoal dan memerlukan penyiasatan dan
 bertanyakan soalan aras rendah analisis
 menggunakan sumber dalam  lebih menyoal
media bercetak  bertanyakan soalan aras tinggi
 menggunakan sumber multimedia
khususnya komputer

Amalan Pembelajaran Sedia Ada Amalan Pembelajaran Bestari


 bergantung kepada guru  terarah kendiri
 memberi jawapan aras rendah  memberi jawapan aras tinggi
 bekerja berseorangan  bekerja secara koperatif dan
 pasif kolaboratif
 interaksi yang aktif

Peranan Guru Dalam Amalan Pengajaran Bestari


w Guru berperanan sebagai pembimbing
w Guru menyediakan pengalaman pembelajaran
w Pelajar lebih bertanggungjawab ke atas pembelajaran

ZAINI ABDULLAH (NOTA KULIAH KPF 3012)


112

RUMUSAN : KEBERKESANAN PENGAJARAN & PEMBELAJARAN

Pengajaran & Pengajaran secara terancang dapat memaksimumkan keupayaan


murid untuk beroleh pengetahuan. Lebih dari 95 peratus
Pembelajaran maklumat atau pengetahuan yang disampaikan oleh guru dapat
dikuasai atau difahami oleh murid

i. Ideal

Pengajaran
Pembelajaran

Walaupun pengajaran guru telah dirancang, namunmanfaat


sepenuhnya tidak dapat diserap oleh pelajar. Hanya 75
peratus ilmu yang disampaikan oleh guru dikuasai atau
difahami oleh murid. Guru perlu meneliti semua rancangan
pengajaran yang telah dibuat untuk proses penambahbaikan.

ii. Baik

Pengajaran Pembelajaran
Pengajaran guru kurang berkesan. Kurang dari 50
peratus daripada maklumat / pengetahuan yang
disampaikan oleh guru dapat dikuasai atau difahami
oleh murid. Guru perlu mengubahsuai kaedah,
strategi dan teknik pengajaran agar keberkesanan
proses pengajaran dan pembelajaran dapat
dipertingkatkan pada sesi berikutnya.
iii. Kurang Baik

Proses pengajaran dan pembelajaran


berlaku dalam keadaan tidak bermatlamat.
Proses pengajaran guru perlu diubah dari
Pengajaran Pembelajaran aspek kaedah, strategi dan tekniknya
mengikut kesesuaian tahap pembelajaran
murid. Proses pembelajaran murid perlu
diberi perhatian dan dirancang dengan
teliti.
iv. Tidak Berkesan

ZAINI ABDULLAH (NOTA KULIAH KPF 3012)


113

MAAF
SEDANG DALAM PENYELENGGARAAN

SILA LENGKAPKAN UNTUK UNIT-UNIT YANG SETERUSNYA


BERPANDUKAN RANCANGAN INSTRUKSIONAL.

ZAINI ABDULLAH (NOTA KULIAH KPF 3012)

You might also like