1http://www.iptho.edu.my/jbm/text/il-01.

pdf

PENULISAN TESIS, KERTAS CADANGAN, KERTAS KERJA, DAN LAPORAN disediakan oleh HUSSIN BIN SARIF
Jabatan Pengajian Melayu IPTHO, Batu Pahat

1. Apakah Itu Penulisan? Ramai pegawai penyelidik, ketua jabatan, dan pegawai profesional di jabatan-jabatan kerajaan mungkin pada satu tahap berasa tidak jelas, kurang pasti dan ada kalanya tidak dapat membezakan antara pelbagai jenis teks bertulis yang berkaitan dengan tugas harian mereka. Akibatnya, timbul pelbagai masalah yang boleh menghalang dan membantut tugas, kajian, dan projek penting yang hendak dijalankan. Hal ini bukannya satu anggapan tetapi satu kebenaran. Rata-rata didapati pegawai kerajaan yang tamat pengajian dari IPT dengan diploma atau ijazah sarjana muda kurang mendapat peluang dan pendedahan dalam hal penulisan untuk menghasilkan kertas cadangan (kajian dan penyelidikan), kertas kerja (akademik dan bukan akademik) ataupun kertas laporan (saintifik dan bukan saintifik). Kalaupun mereka telah menghasilkannya, ia dilakukan selalunya bukan melalui tunjuk ajar tetapi melalui proses meniru atau proses cuba jaya. Dalam proses penulisan ada kalanya anda berasa tertekan dan tidak berminat. Ini disebabkan anda disuruh atau terpaksa menulis dalam satu keadaan di mana anda berasa tidak bersedia untuk melakukannya. Sungguhpun begitu sebagai seorang pegawai kerajaan ia menjadi satu

tanggungjawab yang mesti anda laksanakan dengan sebaikbaiknya. Maka untuk membolehkan anda melaksanakan dan menjalankan amanah itu, terpaksalah anda melenggkapkan diri anda dengan pengetahuan, kebolehan, kemahiran, dan strategi dalam bidang penulisan. Tambahan kepada faktor-faktor ini, faktor afektif juga perlu diberikan perhatian. Keperluan asas yang anda perlukan untuk membolehkan anda menjadi seorang penulis ialah:
2

i. pegetahuan bahasa (fonetik, fonologi, morfologi, semantik, sintaktis, dan tatabahasa) ii. pengetahuan tentang tajuk (pengalaman yang diterima secara formal dan tidak formal) ii. pengetahuan tentang format, struktur, dan organisasi teks bertulis iv. proses penulisan v. penyuntingan. Di samping itu anda juga harus mempunyai sifat-sifat berikut: i. ada keinginan untuk menyampaikan maklumat ii. percaya bahawa anda dapat memberi sesuatu sumbangan tahu bahawa anda ada kuasa/pengaruh (influence) untuk mengubah sesuatu iii. tahu dan faham bahawa pembaca ada hak untuk menolak dan memberi pendapat mereka. Apabila anda berhadapan dengan satu tugas menulis anda harus boleh menghadapinya dengan pandangan positif. Hasilnya, proses dan hasil penulisan itu boleh dipandang sebagai satu kerja yang mencabar, menarik dan menyeronokkan. 2.Memahami Bagaimana Seorang Penulis Bertindak Buat permulaan, seseorang penulis itu perlu tahu tentang pelbagai

sains. Penulisannya rapi. hasil karyanya itu pada umumnya merangkumi bahan-bahan berbentuk prosa (cerpen dan novel) dan puisi (sajak). Penulis teks kreatif pada umumnya menulis sesuatu karya itu berkaitan dengan budaya. Penulis kreatif boleh bertindak dalam keadaan bebas dan tidak terikat dengan peraturan dan syarat seperti dari segi struktur organisasi teks itu. Penulisan berorganisasi (penulisan ekspositori) bukannya rekaan.aspek penulisan. pemikiran atau ciptaannya sendiri. Penulisan sebegini mesti berasaskan fakta yang sahih dan segala yang dikatakan itu telah pun dibuktikan. pengetahuan. padat. Bahasanya mengandungi ayat yang ringkas. dan teknologi yang dipandang dari kaca matanya sendiri dan bukannya daripada hasil satu penyelidikan yang saintifik. Isi kandungan karyanya ialah hasil rekaan dan mungkin mempunyai hubungan dengan 3 kehidupan yang pernah dialami oleh penulis atau anggota masyarakat. mudah. keagamaan. penulis tidak perlu mengemukakan bukti untuk menyokong idea-idea yang diutarakan kerana apa yang ditulis itu datangnya atau wujudnya daripada ilham. sosial. Sebagai penulis kreatif. Begitu juga dengan isi kandungannya. dan tepat. keperluan. tersusun dan tidak subjektif. dan kemahiran yang membolehkannya membuat perbezaan antara menulis bahan kreatif dengan menulis bahan berfakta (penulisan ekspositori dan berorganisasi). Penulisan ekspositori memerlukan penulis membuat .

Atau kamu melihat satu perkara dalam bidang ilmu kamu (subjek semasa) dalam situasi yang berlainan? Selain daripada menjawab soalan-soalan di atas kamu juga perlu mempertimbangkan kedudukan diri kamu sendiri: i. Bagaimanakah agaknya reaksi pembaca terhadap penulisan anda itu? vi. Apakah faktor dalaman atau luaran lain yang boleh anda gunakan untuk memperelokkan penulisan anda? vii. Oleh itu sebelum anda memulakan proses penulisan. sama ada disebabkan . Apakah tujuan anda menulis dalam situasi berlainan? iii. Apakah imej diri yang hendak anda utarakan? iv. penting dan sangat-sangat memerlukan jawapan? iii. Adakah tesis itu mengutarakan satu perkara baru dalam bidang ilmu itu. Apakah peranan anda sebagai penulis? ii. Adakah jawapan dan penyelesaian yang akan kamu dapati itu memberi sumbangan kepada bidang ilmu. Adakah kamu mempunyai satu tesis (subjek/perkara) yang menjadi isu dan persoalan untuk dicari penyelesaian atau jawapannya? ii.rujukan fakta yang telah diperakui dan diterbitkan oleh pakar-pakar dalam bidang kajian atau penyelidikan. anda perlu melihat dan menimbang soalan-soalan ini: i. atau ia hanya untuk memenuhi syarat pengijazahan? 4 3.Bagaimana Anda Menghadapi Proses Penulisan Dalam Situasi Yang Berlainan Selalunya anda menulis dalam keadaan tertekan. dan pembanguanan manusia dan negara? iv. Adakah penyelidikan kamu itu benar-benar satu penyelidikan yang akan menghasilkan satu penemuan atau penyelesaian kepada persoalan yang diutarakan. Bagaimanakah imej itu hendak anda suaikan dengan bahasa yang digunakan? v. Adakah tesis itu wajar.

Walau bagaimanapun anda perlu menulis kerana ia merupakan tugas dan tanggungjawab. Apakah persediaan untuk melaksanakan tugas ini? v.oleh faktor-faktor luaran ataupun dalaman. Bagaimanakah hendak mengenali dan membandingkan antara kertas cadangan. Kerja yang dihasilkan itu pula harus mendatangkan kejayaan dan kepuasan kepada diri anda dalam melaksanakan tugas. Siapakah yang akan membaca hasil penulisan anda itu? Proses penulisan memerlukan anda menulis tidak dalam keadaan terpisah (in isolation) tetapi dalam konteks atau situasi tertentu: i. Bagaimanakah hendak menentukan tajuk atau idea yang hendak ditulis? v. dan laporan ditulis? iv. Adakah tugas itu melibatkan kerja luar atau dalaman? iv. Adakah had masa yang diberi untuk menyelesaikan tugas? iii. kertas kerja. Apakah pengetahuan dan kemahiran yang anda perlu ada? vi. dan rasional setiap satu bentuk dan aspek penulisan itu dengan sejelas-jelasnya dan untuk menentukan kejelasannnya penulis harus dapat menjawab soalan-soalan berikut: i. Apakah yang difahami tentang kertas cadangan/kertas kerja/laporan (konsep/prinsip/rasional/definisinya)? ii. prinsip. dan laporan? iii. Adakah anda menulis secara individu atau berkumpulan? ii. Pengetahuan tentang proses menulis bermula dengan mengetahui konsep. Bagaimanakah anda membuat keputusan tentang menyusun dan membentuk idea gaya penyampaian yang terbaik? 5 . Mengapakah kertas cadangan. kertas kerja. Oleh itu penulisan yang anda lakukan itu haruslah memberi pengertian dan sumbangan kepada anda. Apakah matlamat dan tujuan anda? vii. Berapa banyakkah yang hendak dihasilkan? vi.

Organisasi Makro Di Dalam Sebuah Teks Bertulis (Anatomi Teks) Teks bertulis seperti yang diketahui boleh dibina dan direka dalam pelbagai bentuk seperti buku. sebab menulis (arahan tugas. buku teks. jenis tulisan yang ditetapkan (ringkas atau lengkap) iv. Bahagian-bahagian ini ialah: i. Anda perlu sedar peranan penulisan dalam kehidupan peribadi dan profesional anda. jurnal. Setiap satu bentuk ini rata-rata mempunyai bahagian-bahagian yang serupa atau hampir serupa sama ada dari segi reka bentuknya ataupun fungsinya. Muka Surat Tajuk . Kulit Hadapan Buku . majalah. atau minat) ii. nama penulis. Anda perlu sanggup menggunakan masa dan tenaga untuk membolehkan anda menulis dengan baik. dan perkara-perkara lain. dan bentuk-bentuk lain. Menulis tidak datang dengan mudah.hanya perlu jika ada kenyataan yang hendak dikatakan oleh orang lain selain daripada penulis . 4. faktor luaran seperti tarikh akhir. ketepatan maklumat. nama penerbit ii. isu atau perkara yang hendak diketengahkan (ditentukan atau pilihan sendiri) untuk satu kumpulan pembaca tertentu (pembaca dalaman atau luar) iii.Dari awal keputusan anda hendak menulis anda akan berhadapan dengan keperluan membuat pelbagai keputusan yang kompleks seperti: i. pembinaan diri. pengalaman dan latihan yang anda ada (formal atau bukan formal) vi. Menulis itu satu aktiviti yang penting dalam perkembangan dan pembangunan kerjaya anda. perasaan terhadap penulisan (tertekan atau selesa) v. Kata Pengantar .tajuk.ditulis dalam muka surat berasingan iii.

perenggan pengenalan ii. perenggan konseptual ii.v. fakta dsb. Isi Kandungan .) ii. Ayat iii.i. ayat tajuk iii.iv.iii. idea. Bab .memberi pandangan umum dan meluas tentang 6 tajuk penulisan bergantung kepada pengalaman dan pengetahuan penulis vii.sistem nombor mestilah tepat dengan tajuk-tajuk yang disenaraikan v.ii.maklumat tambahan ix. perenggan ideasional ii.ii.tesis dan idea-idea penulis viii. perenggan penutup iii. Bibliografi/Rujukan .kamus mini xii. Glosari .iv. Apendiks . Ciri-Ciri Organisasi Mikro Di Dalam Sebuah Penulisan Dalam proses penulisan anda perlu mempunyai konsep yang jelas dan tepat tentang ciri yang terdapat di dalam organisasi mikro (di dalam bab dan di dalam perenggan): i.vi.i.tandakan dengan jelas jika ada bahan yang dipetik dan dimuatkan dalam penulisan anda xi. perenggan fizikal ii.menyatakan bahan bacaan yang dirujuk .perlu jika hasil penulisan melebihi dua puluh (20) muka surat (nombor Arab sahaja digunakan) . Kulit Belakang Buku .senarai perkataan penting (idea) x. Prakata .kenyataan yang ditulis oleh penulis (merujuk kepada pelbagai aspek penulisannya) vi. Perenggan ii. ayat tesis iii. Indeks . ayat keterangan .iii. perenggan subideasional ii. Pengenalan . perenggan isi ii.vii. Tajuk (tesis.ada iklan atau sinopsis tajuk oleh orang tertentu 5.

Bentuk tulisan begini biasanya disebut "organisational writing" ataupun "expository writing" iaitu tulisan berasaskan fakta. idea utama iv. retorik perenggan vi. Koherensi dan kohesif (pertalian dan pertautan) vii.i. Proses penulisan tidak boleh dilakukan tanpa perancangan yang teliti. koherensi ayat vii.ii. Retorik 7 vi.iii. idea kawalan iv. ayat contoh iii.iii. Penulis akan memulakan penulisan dengan membentuk satu kerangka yang diisi dengan butir-butir yang didapati dari hasil pembacaan dan penyelidikan sama ada di perpustakaan atau melalui soal selidik dan sebagainya. contoh vi. Isi/Idea iv.ii.i. koherensi bab 6. ayat penutup iv.iii idea sokongan v. Pelbagai Bentuk Teks Bertulis Apabila anda sudah jelas dengan tujuan melakukan kerja di atas proses menulis sudah bermula.v.i. 6. Penulis dari awal menetapkan jenis penulisan yang hendak ditulis adakah kertas cadangan. Setiap satu mempunyai format yang tersendiri yang harus diketahui oleh penulis. atau satu laporan.ii.iv. retorik bab (biasanya bersifat eklektik [eclectic] gabungan beberapa retorik) vii. koherensi perenggan vii.a) Kertas Cadangan Penulis pada permulaannya harus faham bahawa tiada satu definisi atau penerangan yang tepat boleh diberikan tentang perkataan ataupun . kertas kerja.

Antaranya ialah: i. pendapat. Ada pula yang merupakan satu penghujahan dalam mengutarakan sesuatu pemikiran dalam membina.konsep 'cadangan'. latar belakang . KESANNYA TERHADAP ALAM SEKITAR: KAJIAN KES KILANG DI KAWASAN BUKIT MINYAK Pengenalan. Ada yang berkaitan dengan penyelidikan atau kajian (research proposal) yang berbentuk akademik. Penulisan kertas cadangan bermula dengan adanya tesis (pandangan. (kertas cadangan kajian) ii. ada: i. boleh dihitung dan diukur. 'Cadangan' boleh bersifat pelbagai bentuk. atau teori iaitu satu hujah akademik tentang sesuatu pemikiran ataupun pandangan. ada alasannya. Semua tindakan yang dilakukan mesti dipertanggungjawabkan. mewujudkan sesuatu usaha yang pada konsep dan teorinya boleh dilaksanakan (bukan bersifat 8 akademik/ilmiah). Ia satu tugas yang memakan masa yang lama dan susah. Format kertas cadangan penyelidikan atau kajian pada umumnya mempunyai susunan dan tajuk-tajuk berikut: Contoh tajuk: PELEPASAN SISA KUMBAHAN INDUSTRI. Penulis berharap untuk mencari penyelesaian dan jawapan terhadap tesis yang wujud dalam pemikirannya itu. Proses mencari jawapan kepada tesis yang dibangkitkan itu perlu dijalankan secara saintifik. pemikiran yang menjadi satu isu dan permasalahan kepada penulis yang memerlukan jawapan dan boleh dicari melalui kajian). konsep. Ada pula yang berkaitan dengan penghujahan tentang sesuatu falsafah. ada dalilnya. mendirikan. (kertas konsep) iii.

kertas ujian. procedure of the research (diberi/dinyatakan secara terperinci dengan memberi langkah-langkah satu persatu dan juga secara kronologi) . dll. isu dan masalah iii. Soalan kajian: vi. matlamat/tujuan/objektif iv.Mengapakah langkah-langkah yang diambil itu tidak berkesan? Hipotesis: Perbelanjaan untuk mengawal keadaan di tempat itu akan berkurangan jika penguatkuasaan berkesan Hidup orang di kawasan itu akan menjadi lebih sihat vii. soalan temu duga.ii. limitation of terms/definition of terms Tinjauan Bacaan (literature review) 9 – adakan pegangan/pandangan kita dahulu kemudian bacalah bahan-bahan bagi melihat apa yang diperkatakan orang lain tentang tajuk itu untuk menguatkan pegangan/pandangan kita itu. pilih satu kaedah saja supaya tidak membebankan kita apabila kita menganalisis data nanti.Mengapakah ia berlaku? vi. skop kajian v. soalan kajian dan hipotesis vi. subject of the research (proses persampelan .memberi kriteria pemilihan) ii. mesti ada: i.kaedah untuk mendapatkan data daripada golongan sampelan kita.) iv.ii. materials of the research (bahan-bahan yang digunakan dalam kajian) iii. jangan baca apa pandangan orang lain kemudian baru hendak membentuk pegangan kita kerana kita akan terpengaruh dengan pandangan orang lain Metodologi sama ada secara kuantitatif ataupun kualitatif (cadangan sahaja) . instrumen of the research –melibatkan kajian behavioural (e.i.g.

temu ramah dll. – lebih baik data ini kerana penyelidik akan dapat rasakan susah payah memungut data ii. (Etika penyelidikan – janji penyelidik kepada subject of the research iaitu segala yang didapati terutamanya yang berkaitan dengan hal-hal peribadi subject itu akan dijamin kerahsiaannya) Analisis Data (cadangan sahaja) – sama ada kuantitatif ataupun kualitatif i.v. penyelidik akan diminta menyediakan dan menghantar kertas kerja untuk diteliti tentang pembiayaannya dan untuk mendapat kelulusannya. iaitu bukan subject kita yang sebenar) – untuk menguji sama ada instrumen kita sesuai/tidak vi. dan dapat menjangka apakah sumbangan kajiannya itu kepada jabatannya. c. pilot study (kajian rintis dilaksanakan dengan satu kumpulan lain. b.) (DI DALAM KERTAS CADANGAN ADA KERTAS KERJA [untuk . Apabila ketua jabatan telah bersetuju pada dasarnya untuk projek/kajian itu dilaksanakan. dan negara Penutup – mengulang penyataan tujuan/objektif Bibliografi/Rujukan Lampiran (Appendix) (kertas cadangan ini mestilah dikemukakan kepada ketua jabatan/lembaga untuk diteliti dan diberi persetujuan supaya ia boleh diteruskan dan diberi pembiayaan. organisasinya. primary data – yang dipungut sendiri melalui kaedah yang dipilih sama ada melalui soal selidik. secondary data – mengambil data daripada hasil kajian orang lain Keputusan dan Perbincangan (andaian hasil yang akan diketemui) 10 penyelidik hanya membuat satu andaian hasil yang akan diperolehi sekiranya dia mengikut apa yang telah ditulis dalam a. dan d.

memohon kebenaran dan kelulusan membuat sesuatu ataupun mendapatkan sesuatu kemudahan] TETAPI DI DALAM KERTAS KERJA TIADA KERTAS CADANGAN) 6. Dalam bidang akademia/ilmiah penulisan 'kertas kerja' pada asasnya tertumpu kepada penghujahan balas kepada sesuatu penemuan atau keputusan daripada sesuatu penyelidikan.gunakan soalan 5w [what. Pada umumnya 'kertas kerja' ditulis dengan tujuan untuk mengutarakan penghujahan tentang alasan dan bukti yang boleh diberikan untuk mendapatkan sesuatu seperti kelulusan untuk satu 'peruntukan kewangan' (funding) atau kelulusan menjalankan sesuatu projek dan sebagainya. Penghujahan sebegini selalunya ialah reaksi atau pendapat seseorang yang berpegetahuan dalam bidang tertentu dan menyatakan penerimaan atau penolakan. .b) Kertas Kerja Seperti yang dibincangkan tentang 'kertas cadangan'. persetujuan atau bangkangan terhadap penemuan atau hasil penyelidikan orang lain. Format kertas kerja untuk mendapatkan kelulusan ditulis berdasarkan tajuk-tajuk berikut: Pengenalan (kenyataan akhbar/laporan ataupun kata-kata yang pernah diluahkan oleh seseorang tentang perkara yang hendak dilaksanakan itu) dan Latar Belakang (berbentuk sejarah . kertas kerja' juga tidak dapat diberi definisi atau takrifan yang tepat.memohon wang pembiayaan. Organisasi kerta kerja dengan kertas cadangan hampir serupa. 11 Sungguhpun begitu ada beberapa perkara yang ditambah di dalam kertas kerja.

untuk berurusan dengan mereka yang ada kaitan dengan tugas anda v. dan negara) Penutup (Penegasan semula tentang tujuan kertas kerja ini iaitu kebaikannya) Bibliografi/Rujukan Lampiran (Appendix) 6. Anda 12 mungkin bertanya mengapa laporan perlu ditulis? Ini ialah sebahagian daripada jawapan yang dapat diutarakan: i. negeri.c) Kertas Laporan (satu penghujahan tentang aktiviti/perkara yang telah berlaku) Menulis laporan merupakan satu pengenalan yang baik kepada prinsip-prinsip pemikiran kritis. atau program latihan Implikasi Kewangan (secara terperinci) biasanya yang diberi secara satu persatu dalam lampiran Proses Pelaksanaan (secara terperinci) yang diberi secara kronologi itu sepatutnya diberi dalam lampiran juga Implikasi Pelaksanaan (jangkaan kepada kumpulan yang disasarkan) Keputusan dan Perbincangan (jangkaan sumbangan kepada jabatan. menyampaikan maklumat tentang kejayaan dan kegagalan iv. when. untuk membolehkan mereka yang berkenaan terus mahu berurusan dengan andadan telah dilaksvi. why] dan 1h [how]) Tinjauan Bacaan Penerangan yang terperinci tentang tujuan kertas kerja (huraikan) seperti memulakan perniagaan. memaklumkan perkembangan/pelaksanaan projek kepada pegawai di jabatan anda iii. dan organisasi yang digunakan dalam menghasilkan satu dokumen yang kompleks. membolehkan anda menyimpan rekod ii.where. who. perancangan.untuk memaklumkan perkembangan projek. projek.projek yang .

Tajuk yang dimuatkan ialah: Abstrak (hanya dalam laporan penyelidikan. untuk hal-hal penilaian x. mengapa kajian dijalankan ii. Laporan juga memberi asas untuk membuat keputusan dan melaksanakan tindakan.s. Laporan digunakan dengan meluas untuk menyimpan rekod dan menyampaikan hasil sesuatu kerja. untuk membolehkan penyelidik meneruskan kajian mereka ix. implikasi. untuk menggalakkan perkembangan projek hasil kejayaan anda supaya orang lain boleh belajar daripada kejayaan anda viii. abstrak menjawab tiga soalan: i. dan impak tujuan asal kertas cadangan kajian atau kertas kerja diadakan. untuk kegunaan kerajaan dalam membina dan melaksanakan dasar Sebelum menulis kertas laporan anda perlu sedar bahawa kertas laporan membentangkan apa yang telah dilakukan. apakah hasil kajian (bagi laporan jenis lain [bukan hasil penyelidikan tetapi yang bersifat ilmiah] tidak dimasukkan abstrak tetapi tulislah summary/ringkasan. 1 perenggan sahaja. kesan. Oleh itu tumpuannya adalah kepada hasil.sedang anakan kepada mereka yang berkenaan vii. kertas A4) 13 Pengenalan latar belakang (sama ada berbentuk historical report/pandangan . bagaimana kajian dijalankan iii. bagi penulisan kreatif puladitulis sinopsis) Jadual Isi Kandungan (jika lebih daripada 20 m. penyelidikan boleh jadi pendek seperti one shot case study sehinggalah sesuatu yang paling panjang) – maksimum 120 pp.

secara ringkas) proses persampelan (subject of the research) materials of the research (borang soal selidik. soalan yang berbentuk kenyataan sama . paling senang soalan yang memerlukan jawapan ya/tidak.. jika tiada materials of the research yang digunakan dalam kajian tidak perlu masukkan tajuk ini) instrumen of the research (perkaedahan menjalankan penyelidikan sama ada gunakan kaedah soal selidik – paling panjang 40 soalan termasuklah setiap pecahan soalan. … berdasarkan tajuk kajian kita yang kita jangka agak perlu dilihat pandangan orang lain sama ada sama/tidak dengan pandangan/pegangan kita) Metodologi (yang telah diluluskan dan dijalankan. rakaman pita video. – berikan sumber rujukan/petikan yang diambil) isu dan masalah matlamat/tujuan/objektif skop kajian – seluas mana/sebanyak mana yang hendak dilakukan proses persampelan (memberi kriteria pemilihan) soalan kajian dan hipotesis limitation of terms/definition of terms Tinjauan Bacaan(ringkas) adakan pegangan/pandangan kita dahulu kemudian bacalah bahan-bahan bagi melihat apa yang diperkatakan orang lain tentang tajuk itu untuk menguatkan pegangan/pandangan kita itu. jangan baca apa pandangan orang lain kemudian baru hendak membentuk pegangan kita kerana kita akan terpengaruh dengan pandangan orang lain (kata-kata yang terkandung dalam tajuk kita seperti amalan. nilai murni. orang kampung.orang/laporan akhbar/satu kenyataan yang dibuat oleh seseorang yang terkenal dll. teks mengajar/ceramah dll.

selepas itu lakukan analisis mengikut setiap satu kategori Keputusan dan Perbincangan (kesan terhadap subjek kajian dan juga sumbangan kepada bidang ilmu. kaedah memasang pita rakaman dll. apakah yang dibuat dengan data itu? Dalam menganalisis data yang dipungut itu bolehlah dibuat akuran. hipotesis dapat menentukan kategori soalan dan penyelidik eloklah menyenaraikan soalan kajiannya mengikut kategorinya yang dijadikan subtajuk soalan. secara terperinci) ulas mengikut setiap satu soalan kajian/hipotesis secara terperinci . .ada kenyataan positif ataupun negatif.gunakan satu instrumen sahaja dengan setiap kumpulan sebab jika guna lebih daripada satu instrumen sukar hendak menjalankan kajian dan sukar hendak menganalisis data yang dikutip) procedure of the research (langkah-langkah kajian atau penyelidikan dilaksanakan) pilot study (kajian rintis) – bagaimana/di mana/dengan siapa kajian rintis penggunaan instrumen itu telah lakukan dan dapatannya (jangan buat kajian rintis dengan target group kita/kumpulan yang menjadi pilihan 14 sampelan kita) Analisis Data (yang telah diluluskan dan digunakan. secara ringkas) Bagaimana data dianalisis amat penting. apakah keputusan/tafsiran/rumusan yang didapati berdasarkan peratusan jika dilihat semula pada hipotesis kita tadi sama ada positif ataupun negatif untuk setiap satu soalan yang dikemukakan. dikira peratusannya.

Proses Penulisan Langkah Demi Langkah Reka bentuk penulisan elok dimulakan dengan memikirkan proses penulisan secara berurutan dan langkah demi langkah.latar belakang aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan mengikut kronologi. dinyatakan segala aspek pelaksanaan aktiviti itu termasuklah bahan-bahan dan alat serta jentera yang telah digunakan semasa melaksanakan aktiviti itu) . Gunakan senarai di bawah ini sebagai titik permulaan penulisan anda. Semasa proses ini berjalan anda akan melakukan sedikit pembetulan dan penyesuaian langkah-langkah penulisan.Penutup (jangkaan dan pandangan untuk masa hadapan) – selain daripada memberi penegasan semula objektif kita pengkaji boleh berbentuk memberi cadangan/garis panduan/nasihat. yang benar-benar menarik perhatian anda . sebanyak yang boleh (persoalan atau hipotesis) hadkan skop tajuk penulisan. perenggan ideasional. memberi satu model/contoh untuk diikuti oleh orang/kampung lain. memberi keputusan/membuat pilihan Bibliografi/Rujukan Lampiran (Appendix) (bagi laporan yang menyatakan sudah siap sesuatu aktiviti berikan secara kronologi: pengenalan . Prinsip-prinsip utama ialah: kenal pasti masalah (tesis) 15 tanya soalan yang jelas dan tepat.penulisan ini dilakukan dalam perenggan pengenalan. dan perenggan penutup 7. perenggan isi yang terdiri daripada perenggan konsep. dan mungkin juga ada perenggan subideasional.

boleh buat penyelidikan perpustakaan/library research. jika boleh buat satu jadual penulisan juga sebagai satu garis panduan kerja kita tulis apa yang diketahui. Latar Belakang Dan Kajian Semula Bahan Bacaan Yang Berkaitan Sebelum seseorang penulis itu memulakan penulisannya.) terangkan dapatan atau hasil yang dicari dari penulisan itu nyatakan dengan tepat bahan keperluan dan implikasi kewangan 8.dan dalam bidang pengetahuan anda (hubung kait antara subjek dan isu kajian. bukan apa yang tidak diketahui tentang masalah (data harus berasaskan fakta yang boleh disokong dengan dokumen yang diterbitkan) kenal pasti kemahiran dan maklumat yang diperlukan untuk menjawab soalan pilih pendekatan dan kaedah untuk mengumpul maklumat (sumber maklumat . adakan temu bual. Ini memerlukan penulis banyak membaca bahan asas dan bertanya kepada rakan-rakan. tanya kepada pakar. satu aspek persediaan penulisan yang perlu diutamakan ialah dia melakukan kerja-kerja mencari maklumat tentang kesesuaian kerja yang hendak dilakukannya itu. buat soal selidik. feasibility dan reliability" kerja kajian yang hendak dilakukan itu. dll. Penulis akan berhadapan dengan penyataan berkaitan dengan "viability. buat satu kerangka yang jelas untuk memperlihatkan skema tajuk (kerangka teori). pakar atau mereka yang berpengalaman tentang .

Hasil yang baik atau lemah memberi refleksi terhadap imej diri anda. pertamanya anda sebagai seorang pegawai dan kedua sebagai seorang penulis. penghasilan satu bahan penulisan yang bermutu akan mendatangkan perasaan puas dan bangga kepada setiap penulis. Hasil kajian yang dilakukan itu juga belum pasti dapat mengubah keadaan yang sedia ada secara mendadak tetapi ia tetap dapat memberi satu sumbangan.tajuk yang hendak ditulis itu. Mencurahkan titik peluh dan tenaga sepenuhnya dalam usaha menghasilkan satu kerja penulisan yang bermutu tidak banyak menampakkan ganjarannya. Antara soalan penting yang memerlukan jawapan: Sudahkah anda membuat tinjauan dan menerangkan kesesuaian kajian ini dengan masalah yang diutarakan? Sudahkah anda membuat tinjauan pendapat-pendapat pakar yang ada tentang masalah ini? Sudahkah anda merumuskan pendapat-pendapat pakar tentang kajian ini? 9. 10. Rumusan Langkah-Langkah Penulisan . walaupun kecil. Namun yang pasti. Penulis perlu membuat semakan manuskripnya sebelum boleh mencetak dan mengedar hasil kerjanya itu. Penggunaan dan Pemantapan Bahasa (Bahasa Melayu dan Inggeris) Setiap penulis harus cuba menguasai bahasa Melayu dan Inggeris 16 dengan sebaiknya iaitu tahu tentang selok belok bahasa. kepada bidang ilmu dan juga bidang tugas anda.

semak draf akhir xi.pilih dan hadkan tajuk anda ii.cadangkan tesis yang berfungsi iv.susun draf kasar viii.Panduan yang disenaraikan ini dapat memandu anda menyemak kerja-kerja yang dijalankan secara berperingkat-peringkat.bentuk rangka yang berfungsi vii.tulis kenyataan tesis yang tentatif v.sempitkan dan fokuskan tajuk anda iii.sediakan senarai rujukan dan bibliografi yang berfungsi__ . i.tulis draf akhir x.tulis dan semak draf ix.cari dan kaji unsur-unsur maklumat yang sesuai ambil dan kumpul maklumat vi.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful