You are on page 1of 10

1.

0 Pendahuluan

Simbol elektrik adalah piktogram yang digunakan untuk mewakili peralatan elektrik dan
elektronik seperti kabel, bateri, resistor, dan transistor dalam skematik dari sebuah
rangkaian elektrik atau elektronik. Simbol ini adalah berbeza-beza dari satu negara ke
negara yang lain tetapi kini sebahagian besarnya menggunakan standard
antarabangsa. Namun, beberapa simbol (seperti tabuang vakum) menjadi hampir tiada
disebabkan perkembangan teknologi baru. Terdapat standard kebangsaan dan
antarabangsa bagi beberapa simbol grafik dalam carta litar, khususnya IEC 60617
(dikenali sebagai British Standard BS 3939), Standard ANSI Y32 (dikenali sebagai IEEE
Std 315) dan Standard Australia AS 1102. Simbol yang berbeza boleh digunakan
bergantung pada disiplin dengan menggunakan gambar. Misalnya, pencahayaan dan
kekuasan simbol yang digunakan sebagai sebahagian daripada gambar arsitektur
mungkin berbeza daripada simbol peranti yang digunakan dalam elektronik. Alat
tambah dan alat kelengkapan yang digunakan dalam pemasangan elektrik terdapat
dalam pelbagai jenis dan saiz,serta mempunyai fungsi yang berlainan.Dalam lukisan
elektrik, setiap alat tambah dan alat kelengkapan digambarkan dengan simbol piawai.
Simbol piawai elektrik biasanya dilukis berpandukan piawaian ANSI dan BS.
Apabila kita cuba membaca litar diagram elektronik, apa yang penting adalah
memahami simbol-simbol asas elektronik. Tetapi ada pelbagai versi simbol yang
digunakan dalam pemetaan diagram elektronik ini. Jadi terpulang kepada pereka litar
elektronik memilih bentuk versi simbol elektronik yang sesuai bagi mereka . Terdapat
beberapa simbol asas yang mesti kita ketahui dalam memahami diagram litar
elektronik. Namun begitu adalah perlu difahami juga ada beberapa simbol yang
berlainan tetapi merupakan nama yang sama seperti simbol perintang. Jika dilihat pada
simbol perintang, terdapat dua bentuk yang berbeza. Satu berbentuk segiempat
panjang dan satu lagi berbentuk gerigi. Kedua-duanya boleh digunakan. Apa yang
penting kita perlu kenal kedua-duanya.
2.0 Simbol Peralatan Elektrik

Bekalan Kuasa
Komponen Simbol Fungsi
Sel Sel berfungsi untuk
membekalkan kuasa elektrik
arus terus (DC). Terminal
besar disebelah adalah
positif. (+ve)
Bateri Berfungsi untuk
membekalkan kuasa elektrik
arus terus (DC). Terminal
besar disebelah adalah
positif. (+ve). Satu bateri
mengandungi lebih dari satu
sel.

Peranti Audio dan Radio


Komponen Simbol Fungsi
Mikrofon Mengubah bunyi kepada
tenaga elektrik.

Alat pendengaran Mengubah tenaga elektrik


(earphone) kepada bentuk bunyi.

Pembesar Suara Mengubah tenaga elektrik


(Loudspeaker) kepada bentuk bunyi.

Piezo Transducer Mengubah tenaga elektrik


kepada bentuk bunyi.
Amplifier Litar penguat dengan satu impu
t. Simbol diagram blok
mewakili litar dan bukannya
hanya satu komponen.
Aerial (Antenna) Direka untuk menerima dan
menghantar isyarat radio

Meter dan Osiloskop


Komponen Simbol Fungsi
Voltmeter Voltmeter adalah alat yang
digunakan untuk mengukur
perbezaan keupayaan elektrik di
antara dua titik dalam litar
elektrik.
Ammeter Ammeter adalah  alat ukur yang 
digunakan untuk mengukur arus 
elektrik dalam rangkaian.
Arus elektrik diukur dalam ampe
re (A). 
Galvanometer Galvanometer adalah sejenis A
mmeter: alat untuk mengesan
 dan mengukur arus elektrik.

Ohmmeter Ohmmeter adalah suatu alat ele
ktrik yang mengukur hambatan 
elektrik.
Osiloskop Osiloskop  adalah
sejenis instrumen ujian elektroni
k yang membolehkan pemerhati
an isyarat voltan berterusan.

Suis
Komponen Simbol Fungsi
Suis satu hala 5 ampere Suis merupakan sejenis alat
yang boleh memutuskan litar
elektrik, menghentikan
aliran arus elektrik ataupun
Suis dua hala 5 ampere mengalihkan arah aliran dari
satu pengalir ke pengalir yang
lain. Membolehkan arus
elektrik mengalir apabila
Suis perantaraan butang ditekan atau dilepaskan.

Suis tarik 5 ampere

Suis pemalap lampu 5


ampere

Kipas
Alatan Simbol Fungsi
Kipas siling Kipas merupakan mesin yang
digunakan untuk
membuat aliran dalam cecair, b
iasanya gas seperti udara.
Kipas terdiri daripada bilah-
Kipas dinding
bilah yang berputar untuk
menghasilkan hawa. Kipas
angin dipergunakan untuk

Kipas ekzos menghasilkan angin. Fungsi


yang umum adalah untuk
pendingin udara, penyegar
udara, ventilasi (kipas
ekzos/exhaust fan), dan
pengering.

Soket
Alatan Simbol Fungsi
Soket Talian Telefon Merujuk kepada peranti yang
digunakan untuk
menyambungkan peralatan
elektrik kepada bekalan
elektrik sesalur.
Soket Antena TV

Alatan Bunyi
Alatan Simbol Fungsi
Loceng Elektrik Loceng berfungsi menukar
tenaga elektrik kepada
tenaga bunyi

Buzzer Buzzer berfungsi menukar


tenaga elektrik kepada
tenaga bunyi

Lampu
Alatan Simbol Fungsi
Lampu (Penunjuk) Lampu (Penunjuk) berfungsi
menukarkan tenaga elektrik
kepada tenaga cahaya dan
simbol ini menunjukkan
lampu penunjuk seperti
lampu amaran di dalam
kereta (dashboard).
Lampu Lampu (pencahayaan)
(Pencahayaan) berfungsi menukarkan
tenaga elektrik kepada
tenaga cahaya dan simbol ini
menunjukkan lampu
pencahayaan seperti lampu
depan kereta atau lampu
suluh.
Lampu Filamen Merupakan lampu elektrik
yang dibuat daripada kaca
lut cahaya atau lut sinar
sebagai balangnya dan
terdapat dawai filamen di
dalamnya yang akan
mengeluarkan cahaya
apabila dialiri arus elektrik.
Lampu Glob Mengeluarkan cahaya
apabila dialiri arus elektrik

Lampu Pendaflour

Lampu Pendaflour
Kembar

Lampu Pendaflour
Dinding

Lampu Pendarflour
Kembar Dinding

Lampu Dinding
Lampu Candeliar

Lampu Sorot

2.1 Lain-lain Simbol Peralatan Elektrik

Alatan Simbol Fungsi


Motor Motor berfungsi menukar
tenaga elektrik kepada
tenaga kinetik untuk
menggerakkan suatu objek.

Perangkap Kilat Alat perangkap kilat ini terdiri


daripada 3 komponen utama:
terminal, konduktor dan rod
pembumian.Terminal
biasanya dipasang pada
bahagian paling atas stuktur
bangunan, konduktor adalah
untuk mengalirkan arus
elektrik daripada kilat ke
bumi, manakala rod
pembumian adalah untuk
menyambungkan konduktor
ke bumi.
Pemanas (Heater) Pemanas berfungsi
menukarkan tenaga elektrik
kepada tenaga haba untuk
pemanasan.

Bibliografi

Mohd Noh Bin Sarip , Azman Bin Mohd Dum, Md . Nasir Bin Abd Manan dan Masnin
Bin Karmin, 2004, Lukisan Kejuruteraan Tingkatan 5, Kuala Lumpur : Dewan
Bahasa Dan Pustaka.

_____.(). Simbol Elektrik. http://oasis4.netfirms.com/b58.html. Dilayari Pada 24


Disember 2010.

_____.(). Simbol Elektrik. http://sklrikmlblog2.blogspot.com/. Dilayari Pada 24 Disember


2010.

_____.(). Simbol Elektrik. http://patas121.blogspot.com/2008_08_01_archive.html


Dilayari Pada 24 Disember 2010.

_____.(). Simbol Elektrik. http://litarelektrik09.wordpress.com/2009/07/30/electronics-


symbol/. Dilayari Pada 24 Disember 2010.

_____.(). Simbol Elektrik. http://myenik.blogspot.com/2009/03/simbol-asas-


elektronik.html. Dilayari Pada 24 Disember 2010.
_____.(). Simbol Elektrik. http://myenik.blogspot.com/2009/03/simbol-asas-
elektronik.html. Dilayari Pada 24 Disember 2010.

_____.(). Simbol Elektrik. http://chadue-smart07elka.blogspot.com/2008/04/komponen-


elektronika-diac-dari.html. Dilayari Pada 24 Disember 2010.

_____.(). Simbol Elektrik. http://9w2bba.wordpress.com/category/pembelajaran/page/3/

Dilayari Pada 24 Disember 2010.

You might also like