You are on page 1of 44

BAB I

METODOLOGI PENYELIDIKAN

1.1 Latar Belakang Masalah

Masyarakat Melayu di Malaysia sememangnya memiliki budaya kehidupan yang begitu


unik.Ini adalah kerana berdasarkan faktor sejarah , begitu banyak unsur-unsur yang
mempengaruhi adat resam dan budaya masyarakat Melayu. Apatah lagi masyarakat Melayu
sememangnya begitu terkenal sebagai bangsa yang sangat mementingkan adat. Pentingnya adat
bagi masyarakat Melayu jelas terlihat dalam peribahasa yang berbunyi Biar mati anak, jangan
mati adat. Tata perlakuan dalam adat resam masyarakat Melayu banyak dipengaruhi oleh adat
yang diwarisi dari budaya Hindu yang disesuaikan mengikut unsur-unsur Islam.1

Di Malaysia, penduduk pribumi dari keturunan suku-suku di Indonesia, seperti


Minangkabau, Jawa, Aceh, Bugis atau Mandaling yang bertutur dalam bahasa Melayu, beragama
Islam dan mengikuti adat-istiadat Melayu, semuanya dianggap sebagai orang Melayu. 2 Dan
seperti yang diketahui , Indonesia yang menjadi asal punca wujudnya susur galur masyarakat
Melayu di Malaysia sangat-sangat terpengaruh dengan kebudayaan Hindu dan juga Buddha.
Berbanding dengan bidang lain, barangkali tidak ada aspek lain yang lebih besar lagi abadi
pengaruh Hindu-Buddha di dalamnya melainkan aspek kesenian3.

1
http://malaysiana.pnm.my/01/0101mel_pengenalan.htm Tarikh : 01 Mac 2011
2
http://id.wikipedia.org/wiki/Masyarakat_Melayu_di_Malaysia#Definisi_Melayu Tarikh : 24 Feb 2011
3
Abdul Rahman Abdullah (2003).Sejarah dan Tamadun Asia Tenggara.Kuala Lumpur: Utusan Publication Sdn.Bhd. Hal:187

1
Aspek-aspek kesenian Melayu yang masih berbaur dengan pengaruh Hindu contohnya ,
masih jelas dipelihara sehingga kini terutamanya di dalam adat istiadat perkahwinan, kelahiran
dan juga kematian. Selain dari itu pengaruh seni dan budaya tersebut juga hinggap di pelbagai
bidang yang lain termasuk masakan, permainan rakyat serta tarian tradisional Melayu. Seni tari
seperti Tarian Asyik, Mak Inang , Canggung dan juga Kuda Kepang pada mulanya berhubung
rapat dengan kepercayaan tradisional, yang dilakukan dengan tujuan untuk mengembalikan
irama alam yang dianggap tidak seimbang, seperti kemarau dan banjir. Melalui upaca tarian
dengan gerak-geri tertentu dikatakan dapat mempengaruhi gerakan alam. Dan sebagaimana
biasa, dalam upacara ini berlakulah perhubungan kuaa ghaib dan roh halus.4

Menyorot pandangan kepada kekayaan nilai seni budaya yang dimiliki oleh masyarakat
Melayu inilah, masyarakat merasakan perlunya wujud rasa kecintaan di kalangan generasi kini
terhadap seni budaya tersebut bagi memastikan ianya tidak lapuk ditelan zaman. Justeru itu
pelbagai langkah yang telah dilaksanakan oleh pihak-pihak tertentu samada badan kerajaan atau
bukan kerajaan bagi memastikan kesenian ini terus dipelihara. Antaranya adalah dengan
mengadakan kelas-kelas tarian, persembahan dan sebagainya.

Tidak dinafikan bahawa unsur-unsur kesenian yang terdapat di dalam budaya dan adat
resam tersebut mempunyai nilai yang cukup tinggi . Namun begitu apa yang membimbangkan
adalah masih wujud unsur-unsur khurafat, tahyul , pemujaan ruh dan semangat di dalam
persembahan tersebut yang masih diamalkan sehingga kini. Amalan ini pastinya memberi kesan
terhadap aqidah mereka yang mengamalkannya serta mereka yang menontonnya. Langkah-
langkah yang dilaksanakan oleh kerajaan bagi membendung gejala ini juga dirasakan masih
belum dilaksanakan dengan menyeluruh. Diakui bahawa bukan mudah untuk membenteras
aktiviti kesenian berunsurkan syirik dan khurafat kerana ianya seolah-olah telah sebati dengan
jiwa masyarakat Melayu khususnya.

4
Abdul Rahman Abdullah (2003). Hal.397

2
Dalam penilaian tentang pengaruh Islam di Nusantara, dua orang tokoh Islam yang
terkemuka iaitu Prof.Dr.Hamka dan Dr. M.Natsir menjelaskan bahawa corak dakwah Islamiyyah
di Nusantara yang terlalu menekankan sikap damai dan menyesuaikan diri telah menimbulkan
sinkretisme. Iaitu usaha mencari kecocokan atau penyesuaian. Dengan demikian , penggantian
5
agama tidaklah banyak berkesan. Justeru itu masyarakat Islam nusantara sehingga kini sering
mencampur adukkan di antara yang hak dan yang bathil.

1.2 Objektif Kajian

Dapatan kajian yang dilakukan terhadap tajuk ini adalah diharapkan dapat mencapai
objektif – objektif berikut :

1.2.1 Mengesan dan mengkaji sejarah dan asal-usul Seni Tarian Kuda Kepang Masyarakat
Jawa di Malaysia. Melalui kajian ini penulis berharap ia akan dapat menjawab beberapa
persoalan penting serta merungkai kemusykilan tentang sejarah dan asal usul tarian ini.

1.2.2 Mengenal pasti unsur-unsur kesenian yang terdapat di dalam Seni Tarian Kuda Kepang
Masyarakat Jawa di Malaysia. Ini adalah kerana Tarian Kuda Kepang ini adalah salah
satu seni tarian tradisional rakyat yang memiliki sejarahnya yang tersendiri. Oleh itu
dengan cara mengenal pasti unsur-unsur kesenian tersebut , ia akan memberi suatu faedah
yang besar khususnya di kalangan generasi muda , seterusnya menghargai nilai-nilai
kesenian tersebut.
5
Abdul Rahman Hj Abdullah (2006). Hal 137.

3
1.2.3 Mengenal pasti nilai-nilai kesenian Tarian Kuda Kepang dari sudut persamaan dan juga
percanggahan dengan prinsip-prinsip kesenian Islam. Tidak dinafikan bahawa Tarian
Kuda Kepang memiliki nilai seni dan estetika yang sangat tinggi. Namun begitu tidak
semua perkara yang diterima oleh masyarakat dapat diterima oleh Islam. Oleh itu dengan
mengenal pasti unsur-unsur kesenian tersebut dari sudut percanggahan dan persamaannya
dengan kehendak Islam , mungkin seni warisan ini dapat terus diamalkan tanpa
melanggar batas-batas yang ditetapkan oleh syara’.

1.2.4 Mengenal pasti bentuk-bentuk kesenian yang dibenarkan di dalam Islam. Ini adalah
kerana seperti yang diketahui bahawa kesenian itu memiliki cabang dan bentuknya yang
pelbagai. Ini termasuklah seni bina, seni ukiran, penulisan, seni lakon dan sebagainya.
Dan Islam yang penuh dengan keindahan tidak pernah menolak seni kerana seni itu
sendiri dapat mendorong hati ke arah ketakwaan kepada Allah SWT dengan syarat ianya
dihasilkan berlandaskan kaedah syara’.

1.2.4 Mencari kaedah terbaik bagi mengatasi unsur-unsur khurafat dan syirik yang terdapat di
dalam bentuk-bentuk kesenian masyarakat Islam di Malaysia. Umum mengetahui
bahawa adalah agak sukar menghakis fahaman – fahaman khurafat yang telah sebati
dengan adat resam masyarakat Jawa. Salah satu sebabnya adalah ingin menjaga hati
generasi tua. Justeru itu dengan adanya kajian ringkas ini, sekurang-kurangnya ia dapat
mencari kaedah yang sesuai untuk meneruskan seni warisan ini, khususnya Tarian Kuda
Kepang dalam keadaan ianya terpelihara dari sebarang unsur yang mencemar aqidah.

1.3 Masalah Kajian

1.3.1 Kekurangan sumber di dalam bentuk teks.

4
1.3.2 Sumber-sumber teks yang ditemui juga tidak menjelaskan secara terperinci terhadap
lapangan kajian.

1.3.3 Terdapatnya beberapa percanggahan dari sudut fakta yang belum dapat dikaji secara
mendalam oleh penulis.

5
BAB II
ISLAM DAN SENI

2.1 Definisi Seni

Menurut Kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka Edisi Ketiga seni bermaksud halus , iaitu
kecil, elok, tipis dan halus, enak didengar iaitu mengenai suara, comel bentuk badan. Seni II
juga bermaksud karya termasuklah sajak, lukisan, muzik dan lain-lain lagi yang dicipta dengan
6
bakat atau kecekapan dan hasil daripada sesuatu ciptaan.

Kamus Dewan Dwi Bahasa Dewan Bahasa Dan Pustaka pula menjelaskan seni sebagai
suatu ciptaan yang indah dan memerlukan banyak kemahiran dan pengalaman serta
pengetahuan.7

2.1.1 Definisi Seni Menurut Barat

Menurut Herbert Read, seni adalah penghasilan rupa bentuk yang menimbulkan
keceriaan, keseronokan dan kesenangan estetik.8 Maksud estetik tersebut adalah tanggapan dan

6
Kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka Edisi Ketiga (1997). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka Hal.1244-45
7
Azhar Hj Mad Aros (2003) Tamadun Islam Dan Tamadun Asia (Kertas 1) Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti m/s:333
8
http://colourexist.blogspot.com/20110/01/pandangan-tokoh-barat-timur-dan-html Tarikh : 24 Jan 2010.

6
kefahaman seseorang di dalam menilai seni dan ianya merangkumi penglibatan deria dalam
konteks penghasilan dan penghargaan ke atas objek seni. Keceriaan, keseronokan dan
kesenangan estetik tersebut timbul samada sewaktu menghasilkan produk seni tersebut ataupun
ketika menikmat hasil seni.

Menurut Eugene Johnson dalam ‘The Encyclopedia Americana’ menyebut bahawa seni
adalah kemahiran. Sebagai contoh seni pertukangan bermaksud kemahiran pertukangan.

Crose dan Collingwood pula berpendapat bahawa seni suatu imej mental. Objek yang
ideal yang dimyatakan di dalam bentuk fizikal melalui bahan yang terhasil daripada karya
sebenar dalam fikiran pemerhati.9

Menurut Oxford Paperback Dictionary mentafsirkan :

Art : The production of something beautiful; skill of ability in such work.


Works such a paintings or sculptures produced bt skills.10

2.1.2 Definisi Seni Menurut Islam

Menurut pandangan Imam Al-Ghazali , menjelaskan seni sebagai kerja yang berkaitan
dengan rasa jiwa manusia yang sesuai dengan fitrahnya. Beliau juga menyatakan bahawa seni
juga bermaksud indah melalui pandangan kecantikan dan keindahan.11

9
http://colourexist.blogspot.com/20110/
10
Mohd Johari Ab Hamid ( 2004 ).Falsafah Dan Kritikan Seni.Tanjong Malim : UPSI Hal.19.
11
http://sites.google.com/site/khazalii/8udi3052keseniandalamislam%28bab8%29

7
Menurut Ibn Khaldun pula seni adalah kebenaran, keindahan dan kebaikan di mana di
dalamnya terkandung cirri-ciri estetika, etika dan logika.12

Menurut Drs.Sidi Gazalba (1993), seni adalah ciptaan bentuk-bentuk yang mengandungi
nilai estetika yang merupakan perpaduan dengan nilai etika Islam.13

Kesimpulannya , seni menurut pandangan Islam adalah sesuatu yang sesuatu yang indah,
cantik dan halus yang dapat didengar dan dirasa oleh jiwa. Seni di dalam Islam bukanlah seni
yang mengajak ke arah kelalaian sebaliknya menanam rasa khusyu’ kepada Allah serta memberi
ketenangan di dalam jiwa manusia sebagai makhluk. Seni di dalam Islam juga membawa rasa
cinta terhadap kehebatan Allah. Justeru itu , seni yang berpaksikan tauhid kepada Allah akan
dapat menanamkan rasa taqwa dan keimanan di dalam diri manusia yang mana ia juga bukan
sahaja dapat meningkatkan daya intelek manusia malah membangun akhlak dan memimpin batin
manusia yang mana tujuan akhirnya adalah untuk mencapai keredhaan Allah SWT.

2.2 Kedudukan Seni Di Dalam Islam

Sejajar dengan takrif Islam itu sendiri yang antaranya membawa maksud selamat dan
sejahtera , maka Islam itu sesuai untuk semua peringkat zaman, situasi, citarasa, kehendak di
dalam semua keadaan. Seperti yang dinyatakan oleh Nik Azis ( 1986 ) , Islam mengatur
kehidupan manusia di alam nyata yang dapat dirasakan melalui pengalaman dan tidak ada satu
aspek pun dalam kehidupan manusia yang luput dari perhatian Islam 14. Aspek tersebut
termasuklah nilai-nilai kesenian di dalam Islam. Ini adalah kerana seni Islam itu terbukti
menyokong kuat pembinaan tamadun Islam .

12
Mohd Johari Ab Hamid (2004) Hal 19.
13
http://bataviase.co.id/node/155472 Tarikh : 04 Apr 2010.
14
Ahmad Mohd Salleh (2008) Pengajian Agama Islam Dan J-Qaf Shah Alam : Oxford Fajar Sdn.Bhd. Hal.3

8
Seperti yang diketahui, seni adalah sesuatu yang indah dan dan mampu menyentuh jiwa,
naluri dan fitrah semulajadi manusia. Namun di dalam Islam , seni bukanlah bermatlamatkan
hiburan dan keseronokan semata-mata. Konsep seni di dalam Islam adalah menjurus ke arah
tauhid dan pengabdian diri terhadap Allah. Ini dapat dihasilkan melalui penghayatan kesenian
Islam itu sendiri yang mana menyerlahkan kebesaran Allah itu sendiri melalui penghayatan jiwa.
Apabila olahraga merupakan penyegar jasmani, ibadah pula penyegar rohani, ilmu pengetahuan
penyegar akal fikiran , maka seni adalah penyegar dan santapan bagi jiwa15.

Contoh kesenian Islam yang paling utama adalah penciptaan Al-Quran itu sendiri yang
mana ianya adalah susunan kalamullah yang tersangat indah yang tidak mampu untuk ditandingi
oleh sesiapapun. Memandangnya sahaja dengan mata , menjadikan hati terpesona , apatah lagi
membacanya menjadikan hati hidup segar mengakui kebesaran Allah. Justeru itu, seni di dalam
Islam merupakan sebahagian daripada kebudayaan Islam. Seni Islam merupakan sumbangan
daripada tamadun Islam yang mana tujuannya adalah untuk mencari keredhaan Allah. Berbeza
dengan barat yang hanya menghasilkan seni untuk seni ataupun seni kerana seni, tanpa mengira
kesan baik dan buruknya terhadap kemaslahatan manusia itu sendiri.

Penciptaan manusia juga dilihat sebagai seni yang cukup mengagumkan. Setiap anggota
yang terdapat di dalam diri manusia tersusun dengan cukup indah melengkapi fungsinya. Allah
memberi hiasan untuk kepala dengan menumbuhkan rambut, wajah dihiasi dengan janggut,
misai dan alis. Alis pula dipilihkan rambut yang lembut sekali dan berbentuk lengkung,
sedangkan kedua mata dihiasi dengan rambut di hujung pelupuk mata.16

Seni di dalam Islam juga snagat berkait rapat dengan tamadun Islam yang dalam masa
yang sama tidak pernah menolak dasar tamadun lain , selagi ianya tidak melangkaui batas syara’.
Yusof Al-Qardhawi , Prof.Dr (2005) Seni Dan Hiburan .Kuala Lumpur : Hidayah Publisher Hal. 25.
15

Muhammad Jamaluddin Al-Qasimi Ad-DImasqi (2006). Intipati Ihya’ Ulumuddin.Kuala Lumpur : Darul Fajar
16

Hal.1411

9
Tamadun Islam tidak menghalang sebarang bentuk hubungan dengan mana-mana tamadun
malah antara intisari yang menjadi dasar kepada Tamadun Islam adalah berinteraksi secara
harmoni dan baik dengan tamadun lain.17
Berdasarkan faktor-faktor tersebut jelas menujukkan bahawa Islam sememangnya
meletakkan seni itu sebagai pelengkap kehidupan manusia dan pemangkin bagi mencapai
keredhaan Allah SWT.
2.3 Bentuk-Bentuk Kesenian Islam

Bentuk – bentuk kesenian Islam meresapi ke dalam pelbagai bidang. Contoh-contoh


Kesenian Islam adalah :

2.3.1 Penulisan Khat / Seni Kaligrafi Islam

Seni kaligrafi Islam atau sinonim dengan sebutan Seni Khat merupakan khazanah
istimewa yang masih dimiliki oleh ummat Islam sehingga kini. Khat merupakan seni
tulisan indah yang mempunyai nilai-nilai kehalusan dan kesenian. Malah teknik dan
lenggok penulisannya seolah-olah memiliki irama yang mampu menyentuh hati. Seni
khat begitu rapat dengan seni ukiran yang mana bangunan-bangunan, istana dan masjid-
masjid di zaman kerajaan Islam terdahulu memiliki ukiran khat yang tersangat indah.
Pada kebiasaannya penulisan khat tertumpu kepada penulisan ayat-ayat Al-Quran dan
kata-kata hikmah. Di dalam tamadun Islam , terdapat lapan kaedah penulisan khat iaitu
Khat Kufi, Thuluth, Nasakh, Farisi, Riq’ah, Diwani, Diwani Jali dan Raihani. Setiap
jenis kaedah penulisannya ini memiliki ciri-cirinya yang tersendiri.

17
Azhar Hj Mad Aros.(2002).Tamadun Islam Dan Tamadun Asia Kertas 1.Shah Alam : Fajar Bakti Sdn.Bhd.

10
2.3.2 Seni Bina

Seni bina memainkan peranan yang penting di dalam Islam dan sangat terserlah di
dalam pembinaan masjid selari dengan kepentingan pembinaan masjid yang memiliki
fungsi yang pelbagai. Seni bina Islam mempunyai ciri-ciri tertentu yang membezakannya
dengan seni bina bangsa lain. Seni bina Islam mengambil kira ruang pengcahayaan untuk
keselesaan, pemisahan antara lelaki dan perempuan, kesesuaian iklim, keselamatan untuk
jangka masa panjang dan yang paling utama bercirikan tauhid kepada Allah SWT.
Buktinya sehingga kini jelas sekali seni bina tamadun Islam begitu unggul dan terserlah
hasil peninggalan zaman Kerajaan Islam terdahulu terutamanya di dalam pembinaan
masjid. Ini adalah kerana Islam meletakkan tempat ibadah sebagai ciri terpenting
sesebuah bandar yang mengambil contoh pembinaan Masjid Nabawi di Madinah dalam
peristiwa hijrah.

2.3.3 Seni Suara , Lagu Dan Bunyi,

Selaras dengan Islam yang tidak pernah mengabaikan kehendak fitrah manusia
yang sukakan keindahan dan hiburan, seni suara yang berkaitan dengan muzik , lagu dan
bunyi tidak pernah diketepikan. Sebagai contoh kaedah membaca Al-Quran secara
bertaranum merupakan lagu yang sangat menenangkan hati ditambah lagi dengan
keseniah ayat – ayat Al-Quran yang penuh keindahan sehingga mendatangkan rasa
khusyuk di dalam mengingati Allah. Selain dari itu tiada dalil yang mutlak yang
melarang penggunaan alat muzik di dalam Islam. Yang pastinya Islam telah
menyediakan batas-batas tertentu agar tidak keterlaluan hingga menimbulkan kelalaian.

11
2.3.4 Seni Ukir

Seni ukir sememangnya berkait rapat dengan seni bina. Kebiasaannya seni ukir
Islam banyak menyorot kepada keindahan alam yang mana bunga-bungan dan tumbuh-
tumbuhan menjadi tema ukiran di tiang-tiang masjid dan istana. Selain dari itu , ayat-
ayat Al-Quran juga sering terukir di dalam proses seni bina Islam.

2.4 Ciri-Ciri Kesenian Islam

Sebagaimana yang telah diketahui bahawa seni di dalam Islam itu adalah bertujuan untuk
menguatkan rasa takwa terhadap Allah SWT. Ini berbanding dengan konsep seni barat yang
hanya berpegang dengan pendapat bahawa seni adalah semata-mata untuk seni, tanpa
memikirkan kaedah, kesan dan akibatnya. Bagi mencapai tahap dan tujuan kesenian Islam
tersebut maka syariat telah telah menggariskan ciri-ciri seni di dalam Islam agar manusia tidak
lalai dalam menghayati keindahannya serta sentiasa mengutamakan keseimbangan serta batas-
batas syara’ sebagaimana sabda Rasulullah SAW :

12
Sesungguhnya Allah telah menentukan kewajiban-kewajiban, maka janganlah
kamu mensia-siakannya, dan menentukan batas-batas larangannya , dan
janganlah kamu melanggarnya….18

Ciri-ciri seni Islam menjelaskan perbezaan yang nyata dengan seni Barat di atas beberapa
faktor utama iaitu :
2.4.1 Seni Islam itu terpancar dan lahir dari syariat Islam yang mana ia berteraskan kepada
Al-Quran dan juga Al-Sunnah. Ciri ini membawa maksud bahawa Islam tidak pernah
menolak seni selagi di dalamnya tidak wujud unsur-unsur yang mencemarkan aqidah
serta perkara-perkara yang dilarang oleh syara’.

2.4.2 Mengangkat martabat manusia dengan tidak meninggalkan nilai-nilai murni kemanusiaan
, persekitaran dan sejagat. Telah terbukti di dalam sejarah tamadun Islam bahawa segala
bentuk kesenian seperti penulisan, seni bina dan seni ukir telah berjaya menyokong
perkembangan tamadun kerajaan Islam terdahulu seperti Kerajaan Abasiyyah dan juga
Othmaniyyah.

2.4.3 Seni di dalam Islam menghubungkan manusia kepada Allah , alam sekitar , sesama
manusia serta terhadap semua makhluk. Contoh bagi hakikat ini dapat dilihat dengan
segala nilai seni yang terlukis di alam maya. Tumbuh-tumbuhan yang hidup subur
memberi manfaat kepada manusia seluruhnya dan dalam masa yang sama manusia diajak
agar mejaga kemaslahatan alam tanpa merosakkannya.

2.4.4 Seni di dalam Islam menghubungkan dengan nilai keindahan Islam itu sendiri yang
akhirnya mendorong rasa taqwa, kema’rufan serta akhlak dan budi yang mantap. Ini

18
Al-Qardhawi (Prof,Dr) (2005) m/s : 53

13
sejajar dengan konsep Islam itu sendiri yang bermaksud aman dan sejahtera. Maka
kesenian Islam menjadi pendorong ke arah mengukuhkan nilai taqwa manusia.

2.4.5 Seni Islam juga mengangkat persoalan akhlak , nilai estetika dan kemanusiaan . Ini
adalah kerana konsep seni yang dijelaskan di dalam Islam tidak pernah melangkau fitrah
manusia. Dalam masa yang sama ia juga sentiasa menjaga kemaslahatan hubungan di
antara manusia dengan Allah, manusia dengan manusia , dan manusia dengan alam
sekitarnya samada terhadap tumbuh-tumbuhan mahupun haiwan.

2.5 Matlamat Kesenian Islam.

Secara umumnya matlamat seni Islam adalah tidak lain dan tidak bukan adalah untuk
menggerak dan menghidupkan hati-hati manusia agar sentiasa bertaqwa dan mengakui
keagungan Allah SWT. Ini adalah kerana seni itu penuh dengan keindahan , kehalusan dan
kecantikan. Setiap unsur seni yang terdapat di alam ini seperti di lautan, di daratan, udara dan di
langit penuh dengan rahsia dan keindahan. Malah tubuh badan manusia juga boleh disebut
sebagai hasil seni yang cukup ini. Seni yang yang wujud di dalam diri manusia juga tidak lain
dan tidak bukan adalah kurniaan daripada Yang Maha Pencipta. Dari situ muncullah keindahan
pelbagai cabang seni yang memenuhi keperluan fitrah manusia yang sememangnya cinta
terhadap keindahan. Menjadikan hati sentiasa terhibur melihat dan menghasilkan keindahan
tersebut.

Hakikatnya , seni di dalam Islam bukanlah semata-mata untuk hiburan atau bukanlah
dengan tujuan untuk memperjuangkan hasil seni tanpa mengira kesan seni tersebut terhadap alam
dan manusia sekeliling. Matlamat utama seni di dalam Islam adalah untuk mendekatkan hati
terhadap Allah dan mengakui keagunganNya sehingga akhirnya membawa hati ke arah taqwa di
dalam keadaan rela.

14
.

BAB III
SENI TARIAN KUDA KEPANG MASYARAKAT JAWA
DI MALAYSIA

3.1 Pendahuluan

Jika masyarakat Cina terkenal dengan Tarian Naga, masyarakat Jawa di Malaysia pula
terkenal dengan Seni Tarian Kuda Kepang. Tarian Kuda Kepang adalah suatu tarian tradisional
yang dibawa oleh masyarakat Jawa Indonesia ketika berhijrah ke Tanah Melayu. Kuda Kepang
merupakan patung berupa kuda tanpa kaki yang diperbuat daripada anyaman buluh ataupun kulit
binatang. Kemudian anyaman berbentuk kuda itu diwarnakan agar kelihatan lebih cantik dan
menarik. Di Indonesia , yang menjadi negara asal Kuda Kepang, pada kebiasaannya Tarian
Kuda Kepang ini dipersembahkan di majlis-majlis keraian dan menerima tetamu serta majlis
perkahwinan.

15
Di dalam persembahan Tarian Kuda Kepang, gerak langkah penari akan diiringi dengan
alunan alat muzik serta lagu tertentu. Setiap penari akan menuggang kuda anyamannya ambil
menari-nari. Pada awalnya, rentak tarian adalah agak perlahan tetapi semakin lama semakin
agresif dengan lagak seperti kuda. Sehingga tiba di satu peringkat beberapa -penari seolah-
seolah hilang ingatan dan mampu melakukan aksi di luar jangkaan seperti melompat setinggi
enam kaki, melompat di atas kaca , memakan rumput serta mengoyak kelapa dengan gigi.

Tarian yang berasal dari Tanah Jawa , Indonesia ini , masih lagi dimainkan oleh
masyarakat Jawa di Malaysia khususnya di negeri Johor samada untuk persembahan kesenian
dan pelancongan , malah di majlis-majlis perkahwinan. Namun begitu ada beberapa tempat lain
seperti di Selangor juga bergiat aktif di dalam persembahan Kuda Kepang ini. Ini adalah kerana
di Selangor juga memiliki ramai rakyat yang berketurunan Jawa. Tarian Kuda Kepang ini
sememangnya diakui sebagai salah satu seni warisan masyarakat Jawa yang bernilai tinggi.
Akan tetapi, dengan wujudnya unsur-unsur khurafat dan syirik yang sering dilihat memberi
kesan dari sudut aqidah, syariat dan akhlak maka Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia telah
mengharamkan kegiatan Tarian Kuda Kepang ini dari terus dimainkan.

3.2 Sejarah Tarian Kuda Kepang Masyarakat Jawa

Kuda Kepang pada umumnya merupakan suatu tarian pahlawan berkuda yang berasal
dari Tanah Jawa Indonesia. Di Indonesia , Kuda Kepang dikenali sebagai Jaran Kepang. Ini
adalah kerana , menurut orang Jawa ‘ jaran’ bermaksud kuda. Manakala ‘kepang’ pula
bermaksud anyaman. Ini bermakna Jaran Kepang membawa maksud Kuda Anyaman. Selain
dari itu ada pelbagai nama lagi yang diberikan oleh masyarakat Jawa terhadap Kuda Kepang
iaitu seperti Kuda Lumping ataupun Jathilan.19
19
Sila rujuk Lampiran A

16
Berdasarkan tinjauan kajian sebelum ini, tiada suatu catatan khusus yang menyebut
tentang pengasas kepada Tarian Kuda Kepang. Mengikut seperti yang dikatakan oleh
Soedarsono (1983), kuda kepang nula berkembang sebelum berlakunya perkembangan Islam
iaitu pada abad ke XV. Persembahan Kuda Kepang dimainkan di dalam upacara pemujaan.
Dipercayai juga tarian Kuda Kepang ini juga dimainkan bagi menjalinkna hubungan dengan ruh
orang yang telah mati.20 Selain daripada itu juga kuda kepang juga dimainkan bagi
membersihkan sesebuah desa itu dari gangguan ruh-ruh jahat, penyakit serta kesusahan-
kesusahan lain.

Selain dari itu ada juga kajian sejarah juga yang menyatakan bahawa Tarian Kuda
Kepang berasal daripada buah fikiran Wali Songo yang ingin menarik perhatian rakyat dalam
menyebarkan agama Islam. Ada pendapat yang mengaitkan asal usulnya dengan Wali Songo
yang hidup di Tanah Jawa pada abad ke-15. Dalam usaha mengembangkan Islam di kawasan
pedalaman di Jawa, Wali Songo menghadapi kesulitan untuk mendekati orang-orang di sana.
Beliau mendapat idea untuk menari-nari sambil menunggang kuda. Setelah waktu berlalu, kuda-
kuda itu ditukar dengan kulit binatang atau buluh bagi menggantikan kuda sebenar. Ada pula
yang berpendapat asal usul tarian ini ada kaitan dengan Saidina Ali. Untuk meniru gerak langkah
bala tentera Saidina Ali maka lahirlah tarian kuda kepang.21 Namun begitu pendapat ini tidak
dapat disahkan dengan tepat kerana ia lebih kepada pendapat yang dibawa dari mulut ke mulut.

Terdapat juga satu pendapat yang menyebut bahawa Tarian Kuda Kepang ini dikaitkan
dengan lagenda Saidina Ali. Dikatakan seorang rakyat Jawa yang melawat negara Arab telah
menyaksikan bagaimana tentera Saidina Ali, pahlawan terhandal Islam, naik ‘syeh’ hingga lupa
diri sebelum memulakan peperangan . Dalam keadaan ini , mereka dapat menewaskan musuh
dan dipulihkan selepas peperangan.22 Namun ini dirasakan bahawa pendapat ini agak terpesong
dengan sejarah Islam kerana menuduh tentera Saidina Ali telah naik ‘syeh’ di dalam peperangan.

20
http://ms.wikipedia.org/wiki/Kuda Kepang
21
http”//www.slideshare.net/bmnurulain/tarian-tradisional-3058812
22
Iman Suffiya (2006).Siri Warisan Budaya Malaysia.Kuala Lumpur : Penerbitan Era Didik. Hal.29

17
Apa yang mungkin boleh diterima adalah kemungkinan berlakunya penyesuaian kegiatan
tradisional dengan ajaran Islam sebagaimana Sunan Bonang dan Sunan Kalijaga mengubahsuai
isi kandungan dan bentuk wayang kulit dengan unsur-unsur Islam. Tarian Kuda Kepang
misalnya, turut dieksploit oleh para Wali Songo ( Wali Sembilan ) sebagai alat dakwah , iaitu
mempersembahkan tarian ini yang mengisahkan kegagahan para pahlawan Islam dalam
menghadapi golongan murtad dan musyrik.23

Pendapat lain pula menghubungkan asal usulnya dengan alam kayangan. Seekor kuda
kayangan bernama Kuda Sembrani dikatakan turun di Jawa untuk mencari kawannya yang
hilang. Setelah berjumpa mereka menari-nari keseronokan. Menurut kepercayaan, kuda kepang
dikuasai oleh sejenis kuasa ghaib. Lantaran itu, satu upacara khas perlu dilakukan sebelum
bermain. Jika ia gagal dilakukan mungkin sesuatu yang tidak diingini akan menimpa para
pemain dan juga penontonnya.24

Di dalam sejarah Indonesia juga menyatakan bahawa Tarian Kuda Kepang atau Kuda
Lumping ini adalah sebagai salah satu ekspresi rakyat di dalam mengenang kembali semangat
pahlawan berkuda Pangeran Diponegoro dalam menghadapi Belanda. Ada juga versi yang
menyebut bahawa ia juga menggambarkan kisah perjuangan Raden Patah, yang dibantu Sunan
Kalijaga, melawan Belanda.25 Ini dapat dibuktikan dengan aksi – aksi agresif para penari yang
seakan-akan seekor kuda di dalam peperangan.

Meskipun tiada bukti sahih yang dapat menentukan siapakah pengasas sebenar Tarian
Kuda Kepang ini, apa yang pasti tidak dapat dinafikan bahawa masyarakat Jawa di Indonesia
adalah pemain terawal Tarian Kuda Kepang di nusantara ini sebelum dibawa ke Tanah Melayu.
Justeru itu unsur-unsur ghaib dan animisme sememangnya banyak berlaku di dalam upacara dan

23
Abdul Rahman Abdullah (2003). Hal 397.
24
http://www.johordt.gov.my/pelancongan/page/tarian Tarikh : 28 Okt 2010
25
http://id.wikipedia.org/wiki/Kuda_lumping Tarikh : 29 Nov 2010

18
ritual tertentu dan salah satunya adalah Kuda Kepang. Pertembungan yang berlaku di antara
nilai agama dan dalam masa yang sama ditambah lagi hasrat untuk mengekalkan kepercayaan
nenek moyang terdahulu menyebabkan adanya pengaruh-pengaruh Islam yang ditemui di dalam
Tarian Kuda Kepang ini.

3.3 Kuda Kepang Di Malaysia

Seperti yang diketahui Kuda Kepang juga kerap dimainkan oleh masyarakat Jawa di
Malaysia Di antara negeri yang berperanan aktif di dalam memainkan Tarian Kuda Kepang
adalah negeri Johor dan Selangor. Ini adalah kerana keturunan Jawa Ponorogo adalah
masyarakat terbesar bertumpu di kawasan Sri Medan, Batu Pahat dan antara teramai di daerah
Johor itu. Malah mereka juga kekal satu-satunya masyarakat Jawa yang tegar meneruskan cara
hidup serta budaya asal Jawa yang dibawa dari Indonesia seperti Wayang Kulit, Barongan dan
juga Kuda Kepang. Masyarakat Jawa Ponorogo ini yang berasal dari Ponorogo , Jawa Timur
berhijrah ke Johor dan sebahagiannya ke Selangor sekitar awal tahun 1920 bagi memantapkan
ekonomi lantaran kesukaran yang dihadapi di tanah asal mereka , Indonesia.26

Namun begitu , menurut suatu kajian yang dijalankan terhadap penggiat Tarian Kuda
Kepang di Johor, menyatakan bahawa tidak semua ciri-ciri tarian yang berasal dari Jawa ,
Indonesia itu dipraktikkan di Malaysia. Ini termasuklah dari segi peralatan muzik yang
dimainkan tidak sebanyak yang digunakan seperti di Indonesia. Malah beberapa pengubahsuaian
juga dilakukan bagi menyesuaikannya dengan adat dan budaya rakyat Malaysia. Di Malaysia ,
Kuda Kepang kerap dimainkan sewaktu sambutan Hari Kemerdekaan, majlis menyambut
menteri-menteri dan tetamu kehormat, persembahan pelancongan serta sebagai acara pada

26
http://www/b.harian.com.my/bharian /articles/MisteriEtnik_JatidiriPonorogo. Tarikh : 2 Dis2010

19
malam majlis perkahwinan. Kajian terhadap Kuda Kepang di Malaysia ini dapat dinilai melalui
ciri-ciri berikut :

3.3.1 Bilangan Pemain

Pada kebiasaannya sesebuah kumpulan Tarian Kuda kepang memiliki di antara 10 hingga
15 orang penari yang mana salah seorang daripada mereka akan bertindak sebagai ketua ataupun
disebut sebagai ‘Danyang’. Namun begitu ada juga pendapat yang menyebut bahawa sesebuah
kumpulan Kuda Kepang mengandungi antara 9 hingga 13 orang penari termasuk Danyang, 5
orang pemain muzik dan seorang pawang ( bomoh ) merangkap ketua kumpulan.27

Dalam satu pendapat lagi menyebut bilangan yang diperlukan dalam tarian Kuda Kepang
adalah 25 orang yang dibahagikan mengikut tugasan berikut :

a. 9 orang penari.
b. 5 orang pemain muzik.
c. 2 orang Bomoh Pemulih.
d. 9 hingga 15 orang penjaga kawasan.

Bagaimanapun dalam sesuatu persatuan, jumlah ahlinya adalah sebanyak 40 orang.


Seorang daripada penari-penari itu bertindak sebagai pemimpin yang dipanggil "Danyang".
Pemain-pemain biasanya berpakaian seragam.28 Pada kebiasaannya penari akan memakai

27
Iman Suffiya (2006). Hal.29.
28
http://krafjohor.blogspot.com/p/warisan.html Tarikh : 04hb Mac 2011

20
samping dengan corak batik jawa. Selain itu mereka juga memakai tanjak samada ketopang
( Tanjak Jawa ) atau Tanjak Melayu.29

3.3.2 Peralatan Yang Digunakan

Peralatan yang diperlukan dalam persembahan Kuda Kepang adalah :

a. 9 unit Kuda Kepang


Kuda Kepang ini merupakan patung anyaman yang dibentuk umpama seekor kuda
tanpa kaki. Pada kebiasaannya ia diperbuat daripada buluh yang dianyam namun
akibat mudah rosak kini ianya diperbuat daripada kulit binatang seperti lembu yang
diwarnakan dengan warna merah , putih ataupun kelabu. Ketua Kuda kepang
biasanya berwarna hitam30. Kuda-kuda ini juga terdapat kuda betina 31 dan kuda
jantan.32 Kuda betina mempunyai bentuk bulat dibahagian punggung manakala kuda
jantan mempunyai ekor di bahagian belakang.

b. Sebatang atau seutas tali pecut atau cemeti.


Tali pecut ini biasanya diperbuat daripada pintalan buluh dan juga tali. Tali ini
digunakan oleh ketua penari untuk mengarah atau mengawal pergerakan penari. Tali
ini akan mengeluarkan bunyi yang kuat ketika dipukul.

29
Sila rujuk Lampiran B
30
Sila rujuk Lampiran C
31
Sila rujuk Lampiran D
32
Sila rujuk Lampiran E

21
c. Serantai tali sepanjang kira-kira 100 kaki atau 30 meter.
Tali ini digunakan untuk membuat pagar di kawasan persembahan bagi mengawal
penari-penari yang mungkin ‘mabuk’ atau hilang kawalan diri serta memudahkan
bomoh pemulih mengawal penari.

3.3.3 Instrumen atau Alat Muzik

Alat muzik merupakan suatu elemen terpenting di dalam persembahan Kuda Kepang
kerana pergerakan penari adalah mengikut rentak alunan pola muzik tertentu. Irama yang
mengasyikkan tersebut dipercayai mampu membawa penari ke dalam dunianya sendiri.
Instrumen yang diperlukan di dalam persembahan Kuda kepang adalah :

a. Anklung.33
Angklung diperbuat daripada buluh yang mana pada kebiasaannya di antara 2 hingga
3 batang buluh yang diikat pada ‘rumahnya’ yang lebih dikenali sebagai ‘ancak’.
Batang-batang buluh ini tidak sama ukuran dan setiap satu mempunyai pic tertentu.

b. Bonang .34
Bonang mempunyai sepuluh buah canang yang diperbuat daripada perenggu iaitu
campuran daripada besi dan timah. Ia disusun dalam dua baris dan diapungkan di
atas dua lingkar tali. Tiap-tiap canang mempunyai nada yang berbeza-beza. Nada
baris yang berada terdekat dengan pemain mempunyai nada yang lebih tinggi. Nada
33
Sila rujuk Lampilan F
34
Sila rujuk Lampiran G

22
canang juga disusun secara meningkat dari kanan ke kiri. Bonang dipukuk dengan
sebatang pemukul yang diikat hujungnya dengan kain merah.

c. Kenong35
Kenong mempunyai satu set alat yang menyerupai gong . Namun begitu, ia dilihat
lebih nipis dan bulat daripada gong. Kenong diletakkan di atas kayu dan diikat bagi
menghasil nada yang sempurna apabila dketuk dengan kayu pemukul. Bunyinya
adaalh leboh lembut daripada gong.

d. Gendang Jawa.36
Gendang Jawa merupakan sebuah bingkai kayu yang tertutup dengan belulang pada
kedua-dua permukaan. Ia berbentuk bujur dan berukuran 3 kaki panjang yang mana
kedua-dua permukaannya tidak sama besar ukurannya. Kulit lembu atau kambing
biasanya digunakan untuk menutup permukaan gendang. Pemain memerlukan
kemagiran yang tinggi kerana ia dianggap paling sukar untuk dimainkan kerana tidak
mudah memberi notasi.
e. Gong.37
Ia juga sejenis alat muzik yang dibuat daripada campuran besi dan tembaga
(perunggu). Berbentuk bulat yang mama bahagian tepinya melengkung ke bawah,
berongga di dalam dan mempunyai cembul di tengah-tengahnya permukaannya.
Gong berperanan penting sebagai bunyi tulang belakang muzik yang dimainkan.
Pada kebiasaannya , melodi yang dihasilkan oleh gong menjadi isyarat kepada
permulaan dan penghabisan sesebuah lagu.

f. Saron Pekin .38

35
Sila rujuk Lampiran H
36
Sila rujuk Lampiran H
37
Sila rujuk Lampiran I
38
Sila rujuk Lampiran I

23
Saro Pekin menghasilkan nada yang lantang dan nyaring apabila diketuk. Alat
pemukul bagi Saron Pekin pula diperbuat daripada tanduk kerbau.

g. Jidur.39
Jidur diperbuat daripada batang berongga yang mana dikedua-dua permukaannya
mempunyai ukuran lilit yang sama. Permukaan tersebut dilitupi dengan kulit lembu
ataupun kulit kambing. Jidur berbentuk tong kecil dengan anggaran ketinggian kira-
kira 16 inci. Ia dipalu dengan dua batang kayu yang dibalut hujungnya dengan kain
berwarna merah.

3.3.4 Kaedah Persembahan .

Pada kebiasaannya , setiap persembahan mengandungi 9 unit kuda kepang. Salah


satunya yang berwarna hitam , berperanan sebagai ketua. Ketua penari akan memegang tali
pecut yang dipukul bagi memberi arahan pergerakan kepada penari lain. Pemain alat muzik pula
bermain mengikut rentak permainan Kuda Kepang. Jika pemain bergerak laju, maka muzik
iringan itu juga akan laju dan begitulah sebaliknya.

Sebelum persembahan dimulakan, gelanggang akan dibuka dnegan rasmi oleh pawang.
Kemenyan akan dibakar untuk mengasapkan ‘sajen’ iaitu satu perkataan Jawa.. Perkataan
‘sajen’ bermaksud sajian. Di dalam majlis perkahwinan, biasanya tuan rumah diminta
menyediakan sembilan jenis ‘sajen’ yang berupa makanan atau kuih serta bubur merah putih ,
khusus suntuk pemain. Kemudian dikatakan barulah proses menjemput roh Kuda Semberani
dijalankan. Antara mentera yang dibacakan adalah seperti berikut :

39
Sila rujuk Lampiran J

24
Assalamualaikum
Ya Nini Dayang, Kiki Danyang
Seng manggoni kawasan iki
Aku jalok sawap pandanganne
Yo, yo.

Ya Allah, ya Allah
Aku dikongkon bukak gelanggang iki
Biso podo selamat kabeh
Wong seng main jarang
Semberani iki
Kabeh sak enengi
Ya yo,Ya Allah, Ya Allah.

“Nini Dayang” dan “Kiki Danyang” dalam ungkapan ini bermaksud makhluk-makhluk halus,
atau jin-jin yang menguasai tempat berkenaan untuk meminta keizinan agar tidak marah serta
dipanggil untuk menikmati sajian yang dihidangkan. Pawang akan berdiri di tengah-tengah
gelanggang, mendongakkan kepalanya ke atas seolah-olah melihat kayangan sambil membaca
mantera berikut:

Ya Nini Dayang, Kiki Danyang


Seng manggone awang-awangan
Seng jenenge Jaran Semberani
Aku njalok turun semurup
Supoyo seng main Jaran Semberani iki
Podo selamet kabeh
Yo yo.

Bismillahirrahmanirrahim..
Kerusi belakangku, mutu jalil dipangku
Kadimu kananku, kan juga naiiranya empat
Ojo merosak, ojo membinasa ahli kumpulan aku.40

40
http://isyafarisya.wordpress.com/2009/03/05/adunan-mistik-dan-keunikan-kuda-kepang Tarikh : 03hb Mei 2009

25
Melalui bacaan mentera ini, pawang memohon jin-jin atau ruh kuda bernama “Jaran
Semberani” turun ke bumi dan melindungi mereka yang terlibat dengan permainan kuda kepang
kemudian meresap ke dalam badan serta peralatan muzik.

Kuda Kepang berbeza dengan tarian Melayu yang lain kerana tarian ini menekankan
kawalan kaki. Antara pergerakannya adalah loncatan iaitu penari meloncat didahului kaki kanan
dan pergerakan mencecah tanah iaitu penari berganti-ganti mencecah tanah dengan jari dan
tumit. Pada kebiasaannya , penari lelaki lebih dominan di dalam memainkan tarian ini. Namun
begitu , wanita tidak ketinggalan juga bertindak sebagai penari.

Pada kebiasaannya , tarian yang dipersembahkan adalah Tarian Solo, Tarian Selendang ,
Tarian Pucuk Rebung dan Tarian Kuda Kepang yang dinamakan Lenggang Kiprah. Pada
permulaan, rentak tarian agak perlahan dan kelihatan seperti membosankan. 41 Namun begitu ia
akan bertambah rancak seiring dengan alunan muzik yang dimainkan. Aksi-aksi tarian lebih
kepada gerakan kaki dan tangan sambil melibas-libas kuda kepang. Kesan daripada itu penari-
penari menari hingga seolah-olah tidak sedarkan diri sehingga mampu melakukan aksi-aksi di
luar jangkaan seperti melompat dengan tinggi, memakan rumput dan mengoyak kelapa dengan
gigi. Namun begitu , tidak semua penari akan mengalami keadaan sebegini. Mereka yang
mengalaminya akan terpisah daripada kumpulan lain. Matanya berkilauan, tidak mampu
bercakap manakala pergerakannya agak agresif, seolah-olah seperti kuda yang sedang berang.
Pada ketika ini, alunan muzik akan semakin rancak dimainkan. Dikatakan penari akan
menerkam ke arah pemain muzik jika alunan muzik tidak rancak. Jika keadaan penari
bertambah liar, ia akan ditangkap dan direbahkan ke tanah untuk dijampi dan dipulihkan.42

Berdasarkan kajian awal oleh pengkaji terdahulu, penggiat bagi tarian ini menafikan
wujudnya bacaan-bacaan mentera dan jampi serapah, sebaliknya hanya penggunaan ayat-ayat
41
Sila rujuk Lampiran K
42
Sila rujuk Lampiran L dan video cd yang dilampirkan.

26
suci AL-Quran sahaja bagi memohon kesejahteraan di sepanjang persembahan. Punca penari
tidak sedarkan serta bersikap di luar dugaan adalah kerana penari-penari itu terlalu asyik dengan
alunan muzik dan tarian sehingga mereka tidak sedarkan diri. Namun begitu, melihat kepada
unsur-unsur yang berlaku di dalam persembahan tersebut tidak dinafikan berlakunya aktiviti
pemujaan ruh atau semangat yang pastinya berunsurkan syirik dan khurafat. Apatah lagi dengan
adanya pembakaran kemenyan membuktikan realiti itu sememangnya berlaku.

BAB IV
CIRI-CIRI KESENIAN KUDA KEPANG

4.1 Persamaan Kuda Kepang Dengan Islam

27
Jika dilihat dari sudut yang berbeza ada beberapa ciri Tarian Kuda Kepang yang
mempunyai persamaan dengan kehendak Islam. Antaranya adalah :

4.1.1 Kuda-kuda Kepang itu dihias dengan indah dan cantik hingga membuatkan hati terpesona
dan terhibur melihatnya. Ini sesuai dengan hakikat Islam itu sendiri yang sentiasa suka
terhadap keindahan. Lihat sahaja ukiran-ukiran atau seni penulisan khat di dalam Islam,
seringkali dihiasi dengan hiasan bunga-bungaan dan sebagainya akan kelihatan cantik
dan memberi ketenangan terhadap sesiapa yang menatapnya. Sebagaimana hadis yang
diriwayatkan oleh Muslim yang menyebut :

Sesungguhnya Allah itu Maha Indah dan Dia sukakan keindahan..

4.1.2 Para penarinya juga sering berpakaian segak sepertimana seorang pahlawan. Ini juga
selaras dengan suruhan Islam agar seseorang muslim itu sentiasa bersih, kemas , segak
dan segar dan menjadi contoh kepada orang sekekliling termasuk orang bukan Islam.

4.1.3 Setiap permulaan persembahan akan dimulai dengan persiapan gelanggang serta
keperluan lain bagi memastikan segalanya berjalan dengan lancar. Ini biasanya
dilakukan oleh ketua. Situasi ini sentiasa dijelaskan dalam Islam bahawa hendaklah
sentiasa melakukan persediaan dan menghargai masa agar sesuatu yang dilakukan tidak
sia-sia.

4.1.4 Setiap kali persembahan juga d mulai dengan doa tertentu yang dimulai dengan
lafaz Bismillahirrahmanirrahim yang mana ia sememangnya sangat dituntut oleh Islam.

28
4.1.5 Persembahan Kuda Kepang ini juga mempamerkan semangat kerja secara berpasukan
dan bekerjasama serta taat kepada ketua sebagaimana yang dituntut oleh syara’.

4.1.6 Islam adalah agama yang sentiasa mementingkan kecergasan badan kerana ia akan
menjamin kecerdasan fikiran. Oleh itu gerakan – gerakan yang dilakukan di dalam
persembahan pastinya menyihatkan otot-otot badan terutama di bahagian kaki dan
tangan.

4.2 Percanggahan Tarian Kuda Kepang Dengan Islam

4.2.1 Jika diteliti dari sudut mentera dan bacaan yang telah dipaparkan, sememangnya ia
didahului dengan lafaz Basmallah serta puji-pujian terhadap Allah SWT. Namun
hakikatnya isi kandungannya memiliki lafaz-lafaz seruan seperti :

Ya Nini Dayang, Kiki Danyang


Seng manggone awang-
awangan
Seng jenenge Jaran Semberani
Aku njalok turun semurup
Supoyo seng main Jaran
Semberani iki
Podo selamet kabeh
Yo yo.

29
Rangkap yang tersebut membawa maksud Ya Nini Dayang , Kiki Danyang ,
Yang tinggal di kayangan , Yang namanya Jaran Semberani ( Kuda Semberani ), Aku
minta turun melindungi , Supaya yang main Kuda Semberani ini, Sama-sama selamat
semua. Ya..ya..43. Jelas di sini terdapatnya seruan ke atas suatu semangat seperti jin dan
sebagainya. Melalui tradisi mantera, terpancarlah world-view Melayu yang berasaskan
kepercayaan campuran. Memang diakui bahawa dalam mantera, kepercayaan kepada
kuasa Allah wujud bersama-sama dengan kepercayaan kepada kuasa semangat dan dewa
Hindhu-Buddha. Tetapi dalam ajaran tauhid, sebarang penyatuan atau perkongsian
kuasa kepada Allah SWT merupakan amalan syirik belaka. Sebab itulah Islam melarang
dengan keras amalan jampi dan mantera ini.44

4.2.2 Penggunaan Bomoh Pemulih yang menjadi salah satu daripada ciri-ciri di dalam
persembahan kuda kepang ini juga dilihat sebagai sangat-sangat bercanggah dengan
kehendak aqidah Islam yang mana kita dilarang sama sekali mengharap sesuatu selain
daripada Allah. Ini adalah kerana jelas sekali bomoh-bomoh tersebut menggunakan
kaedah jampi serapah serta membakar kemenyan bagi menyeru jin – jin yang kononnya
adalah semangat dan ruh kuda dari kayangan. Firman Allah di dalam Surah Al-Kahfi
ayat 50 yang berbunyi :

Patutkah kamu mengambil dia dan turunan-turunannya sebagai


pemimpin selain Ku. Sedang mereka adalah musuhmu? Amat buruklah
Iblis itu sebagai pengganti Allah bagi orang-orang yang zalim..

4.2.2 Berlakunya pergaulan bebas di antara lelaki dan perempuan samada dari sudut penari
mahupun penonton. Ini adalah kerana ada kalanya penari-penari terdiri di kalangan lelaki

Temuramah Bersama Hairuman Bin Rajio . Tarikh : 06hb Mac 2011 Jam : 10.30 pm
43

Sulaiman Bin Abdullah (1989).Ketuhanan Yang Maha Esa Menurut Islam.Victory Agencie: Kuala Lumpur
44

Hal .542

30
dan perempuan. Apatah lagi para penontonnya yang adakalanya berasak-asak untuk
melihat persembahan kerana pada kebiasaannya persembahan akan dilakukan di majlis-
majlis tertentu terutamanya majlis perkahwinan. Islam tidak melarang orang mendapat
hiburan , tetai Islam menyediakan peraturan bagi hiburan tersebut. Pada waktu yang
sama Islam tidak menerima apa jua jenis hiburan yang mengandung sesuatu yang haram
atau yang membawa kepada kelakuan yang haram.45

4.2.3 Seringkali berlaku peristiwa di mana beberapa pemain seolah-olah dirasuk oleh sesuatu ,
atau lebih mudah disebut sebagai ‘ naik syeh’. Hingga menyebabkan mereka melakukan
sesuatu yang berada di luar jangkaan seperti melompat dengan jarak yang tinggi,
mengopek kelapa dengan gigi malah menggigit kaca. Meskipun ada pihak yang
menafikan wujudnya sebarang pemujaan atau unsur khurafat, sebaliknya mendakwa
ianya disebabkan pemain begitu asyik dengan tarian hingga hilang kawalan diri, ia masih
tidak dapat diterima di sisi Islam. Kerana perlakuan tersebut dilihat sebagai keterlaluam
sedangkan Islam sangat-sangat melarang sikap berlebih-lebihan di dalam melakukan
sesuatu. Firman Allah di dalam Surah Al-An’am ayat 41 yang bermaksud :

Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampau batas…

4.2.4 Di dalam persembahan Kuda Kepang , khususnya persembahan pelancongan, masih


wujud unsur-unsur Jawa-Hindhu yang terdapat pada kostum penari. Apatah lagi ianya
tidak menutup aurat. Menurut sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan
Abu Daud :

Barangsiapa menyerupai suatu kaum, nescaya ia termasuk dari mereka.46

45
……(2006).Fatwa Menempuh Kehidupan Moden.Daud Baharum : Subang Jaya Hal.357
46
Syaikh Abdul Aziz dan Abdullah bin Baz (2006).Fatwa-Fatwa Terkini.JIlid 3.Darul Haq:Jakarta Hal.50

31
Kesimpulannya ,,berdasarkan kepada kajian, di dalam persembahan kuda kepang ini,
banyak unsur khurafat, syirik serta yang bercanggah dengan aqidah , syariat serta akhlak Islam
yang pastinya memberi banyak kesan buruk terhadap penggiat, pemain/penari serta masyarakat.

4.3 Analisis Dan Pandangan Penulis Terhadap Tarian Kuda Kepang

Berdasarkan kajian literasi yang telah dilaksanakan oleh penulis , nyata sekali bahawa
Tarian Kuda Kepang sememangnya adalah salah satu warisan seni budaya masyarakat Melayu
amnya , dan Jawa khususnya. Dan jika dinilai dari sudut sejarah dan kesenian, pastinya ia
memiliki nilai sejarah dan estetika yang cukup tinggi dan wajar untuk dipelihara. Namun begitu,
jika dinilai dari sudut aqidah, syariat dan akhlak, ternyata banyak unsur-unsur syirik dan khurafat
yang wujud yang sama-sekali tidak boleh dipandang remeh dengan hanya berpegang kepada
alasan untuk memelihara budaya bangsa. Ini adalah kerana lebih banyak kemudaratan yang di
dapati daripada menilai kebaikan daripadanya. Apatah lagi Islam berpendapat bahawa menolak
kemudharatan itu lebih utama dari menarik kebaikan.

Bagi penulis, pendapat yang mengatakan bahawa Wali Songo (Wali Sembilan) adalah
pengasas bagi tarian ini adalah sedikit meragukan. Namun begitu , pendapat yang menyatakan
bahawa Wali Songo menyesuaikan kaedah ini dengan ciri-ciri Islam bagi menarik minat
penduduk tempatan masih boleh diterima sebagaimana mereka mengeksploit wayang kulit
sebagai satu medium penyebaran agama Islam.

Pada pandangan penulis , Tarian Kuda Kepang ini mungkin masih boleh diteruskan
dengan melakukan perubahan terhadap beberapa perkara agar ia tidak melanggar batas-batas
syarak seperti :

32
4.3.1 Penggiat dan pengamal Tarian Kuda Kepang ini samada yang berpengalaman sebagai
ketua atau ‘danyang’, bomoh ‘pemulih’ serta pemain diminta agar melakukan taubat
nasuha bagi memohon keampunan atas perlakuan syirik dan khurafat yang telah mereka
lakukan. Ini bagi memastikan tiada wujud lagi unsur-unsur tersebut walau sedikitpun.

4.3.2 Persembahan boleh diadakan dengan tujuan unttuk meraikan sesuatu majlis namun
dengan tidak terlalu lama agar tidak melalaikan pemain mahupun penonton.

4.3.3 Tidak wujud pergaulan bebas di antara pemainnya atau lebih mudah agar kaum wanita
tidak lagi bergiat sebagai penari/pemain kerana banyak lebih banyak keburukan yang
akan dihasilkan.

4.3.4 Kostum pemain juga perlu diubah tanpa sedikitpun memiliki unsur-unsur agama lain.

4.4 Pandangan Tokoh-Tokoh Agama.

Penulis menemui beberapa pandangan tokoh-tokoh agama yang boleh dinilai dan
dijadikan perbandingan serta panduan walaupun tidak menjurus kepada persoalan kuda kepang.
Ini adalah berdasarkan kepada pendapat sebahagian golongan yang berkeras ingin mengekalkan
unsur-unsur seni dan budaya masyarakat Melayu dengan hanya mengambil kira nilainya dari
sudut sejarah.

33
4.4.1 Fatwa Bekas Mufti Selangor ( Allahyarham Dato’ Ishak Baharom).

Beliau menegaskan bahawa memelihara candi (kuil), patung dan sebagainya yang
merupakan hasil tinggalan sejarah adalah bertentangan dengan hukum syara’ dan wajib
dimusnahkan segera.

Menurut beliau, meskipun bahan-bahan itu merupakan bahan yang penting dari
segi sejarah, namun penjagaan serta memulihkannya tetap bertentangan dengan syara’.47
Pendapat beliau ini diambil ketika mengulas usaha Muzium Negara memulihari bahan-
bahan peninggalan zaman Kerajaan Hindu sejak 3 tahun lalu seperti patung, candi dan
sebagainya.

4.4.2 Pendapat Dr. Siddiq Fadhil

Rasa bangga dengan seluruh tradisi dan pra-budaya Islam yang tidak jelas
Islamiknya adalah bertentangan dengan agama Islam.48

47
Abdul Rahman Haji Abdullah (2006). Sejaran Dan Kebudayaan Asia Tenggara Tradisional .Shah Alam:
Karisma Publication Hal.69.
48
Abdul Rahman Hj Abdullah (2006).Hal.71

34
4.5 Fatwa Majlis Ulama Malaysia Terhadap Tarian Kuda Kepang.

Meskipun diakui bahawa Tarian Kuda Kepang memiliki banya nilai sejarah, namun
setelah memikirkan soal yang lebih utama iaitu menyelamatkan aqidah umat Islam, maka Majlis
Fatwa Negeri Johor serta seterusnya Majlis Fatwa Kebangsaan telah mengambil langkah untuk
mengharamkam kegiatan Kuda Kepang dari terus dimainkan samada sebagai persembahan,
dramatari, tarian biasa atau tarian membuka gelanggang. Keputusan ini diambil kerana ianya
membawa kepada unsur syirik dan khurafat. Justeru itu Majlis Fatwa Kebangsaan telah
mengeluarkan fatwa pengharaman tersebut di bawah rujukan JMJ 351/05/(AQ)/8 yang menyebut
bahawa :

Semua umat Islam dilarang dan ditegah daripada melibatkan diri dengan permainan kuda
kepang. mereka yang bergiat dalam permainan kuda kepang hendaklah berhenti serta merta dan
bertaubat dengan taubat nasuha.

Keputusan di atas adalah berdasarkan kepada hujjah-hujjah berikut :

Terdapat unsur-unsur dalam permainan ini yang bercanggah dengan Aqidah Islamiah
antaranya ialah :

35
PERTAMA : Unsur Syirik iaitu melakukan jampi dan mentera dengan memohon pertolongan
dari jin dan syaitan. Dalam masa yang sama juga, berlaku perbuatan "menurun" atau dalam
bahasa arabnya disebut sebagai Tanasuhul Arwah. Pada hakikatnya adalah satu keadaaan yang
menyebabkan seseorang itu diresapi oleh jin yang dipanggil atau diseru. Hal tersebut
menyebabkan jin tersebut sebati dalam diri orang yang menurun, dan menguasai perasaan,
fikiran, tutur kata dan jasad orang yang berkenaan.49 Hal ini bertentangan dengan firman Allah
Subhanahu Wa Taala dalam Surah Yunus ayat 106 yang berbunyi :

Maksudnya : Dan janganlah Engkau (Wahai Muhammad) menyembah atau


memuja yang lain dari Allah, yang tidak dapat mendatangkan manfaat
kepadamu dan juga tidak dapat mendatangkan mudarat kepadamu. Oleh
itu, sekiranya Engkau mengerjakan yang demikian, maka pada saat itu
menjadilah Engkau dari orang-orang yang berlaku zalim (terhadap diri
sendiri dengan perbuatan syirik itu).

Firman Allah lagi di dalam Surah Al-Faatir ayat 6 yang bermaksud :

Sesungguhnya syaitan adalah musuh bagi kamu, maka jadikanlah dia


musuh ( yang mesti dijauhi tipu dayanya sebenarnya. Dia hanyalah
mengajak golongannya supaya menjadi dari penduduk neraka.

49
Sila rujuk Lampiran M

36
BAB V

PENUTUP

5.1 Kesimpulan

Setelah melalui kajian ini, jelas menunjukkan bahawa masyaraka Melayu di Malaysia
sememangnya memiliki warisan seni budaya yang perlu dipelihara. Namun begitu , apabila
dikaji dari sudut aqidah , syariat dan akhlak jelas menunjukkan bahawa tidak semua kesenian
dan warisan itu wajar dipertahankan termasuklah Tarian Kuda Kepang. Ini adalah kerana ia ciri-
cirinya jelas bercanggah dengan ketetapan syara’. Bagi penulis langkah Majlis Fatwa
Kebangsaan mengharamkan kegiatan Tarian Kuda Kepang ini dalam apa bentuk sekalipun
adalah sangat wajar. Dan sudah tiba masanya juga tindakan tersebut diselaraskan dalam bentuk
– bentuk kesenian lain.

Situasi zaman yang kini terdedah dengan bermacam-macam pengaruh negatif, ideologi
serta perjuangan mempertahankan hak-hak asasi individu dan bangsa memberi peluang kepada
musuh-musuh Islam untuk meniup bermacam-macam manifesto. Sehingga akhirnya tercipta

37
Islam liberal yang sentiasa terbuka menerima penyesuaian tanpa memikirkan kehendak syara’.
Akhirnya timbul salah faham yang akhirnya merugikan Islam. Tidak perlu berasa rugi
kehilangan warisan seni budaya walaupun telah menjadi kebanggaan masyarakat Jawa, Melayu.
Apa yang penting adalah pemeliharaan aqidah yang pastinya membawa kemaslahatan ummah di
dunia dan akhirat. Ibarat kata-kata Dr.Sddiq Fadhil :

Andainya kaum nasionalis benar-benar serius mahu memperjuangkan Islam


sebagaimana semestinya , maka mereka patutlah membuktikannya dengan
komitmen-komitmen yang tegas termasuklah perlaksanaan syariat dan ajaran
Islam sepenuhnya serta langkah-langkah amali yang konkrit secara
bersungguh-sungguh. Ternyata nasionalis Melayu hingga ke saat ini masih
berselubung dengan mega mendung yang tebal sehingga tidak jelas ciri
Islamiknya. Yang nyata Islam hanya merupakan salah satu unsur
nasionalisme Melayu bersama dengan unsur-unsur lain seperti bahasa, adat
istiadat dan sebagainya…50

5.2 Cadangan Penyelesaian Masalah

Tugas di dalam menyelesaikan isu berkenaan seni warisan Melayu tersebut bukan
bergantung kepada badan-badan tertentu sahaja , tetapi meliputi semua pihak agar usaha
mentajdidkan Islam akan menjadi lebih mudah dan berkesan. Ia harus diusahakan melalui
peringkat akar umbi hinggalah ke peringkat atasan.

5.2.1 Pihak Kerajaan

50
Abdul Rahman Hj Abdullah (2006) Hal.68-69

38
Kerajaan , sebagai pihak yang berkuasa ke atas undang-undang dan rakyat seharusnya
sentiasa mengambil langkah pencegahan serta pemantauan bagi membenteras kegiatan-kegiatan
yang menyeleweng dari landasan Islam meskipun ianya melibatkan isu seni , adat dan budaya.
Meskipun diakui bahawa isu ini juga sangat sensitif kerana banyak adat istiadat yang penuh
kesenian tersebut juga masih diamalkan oleh pihak istana. Pengharaman sekadar mewartakan
ianya adalah haram tetapi tidak mempunyai akta atau hak untuk membenterasnya dirasakan tidak
mencukupi kerana ianya tidak membawa kesan yang menyeluruh. Usaha ini bukan bermaksud
untuk membuang kesenian Melayu secara total tetapi lebih kepada menilai baik dan buruknya
serta menapis kesenian Melayu yang mungkin dapat disesuaikan di dalam Islam. Dalam
perkembangan mutakhir di Malaysia misalnya, Menteri besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz
Nik Mat pernah mengarahkan kepada tok-tok dalang agar membuang unsur-unsur animism dan
Hindu, sekiranya mereka ingin kegiatan wayang kulit diteruskan. 51Ini adalah kerana menurut
pandangan Islam, negara bertanggungjawab memelihara agama dan peraturannya. 52 Ini
dijelaskan dengan terang oleh Allah SWT di dalam FirmanNya di dalam Surah Al-Hajj Ayat 41
yang bermaksud :

Iaitu mereka (umat Islam) yang jika Kami berikan mereka kekuasaan
memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi
zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang dari melakukan
kejahatan dan perkara yang mungkar. Dan (ingatlah) bagi Allah jualah
kesudahan segala urusan.

5.2.2 Pihak Masyarakat.

51
Abdul Rahman Hj Abdullah (2006) Hal. 397
52
Ramli Awang (2008). Tasawwur Rabbani Menurur Al-Quran Dan Al-Sunnah.Kuala Lumpur:Al-Hidayah
Publication. Hal.2.

39
Masyarakat Malaysia khususnya masyarakat Melayu wajib sedar bahawa tiada
gunanya mempertahankan atau mengamalkan warisan nenek moyang sekiranya ianya
menggadai aqidah dan akhlak. Sewajarnya masyarakat juga sentiasa peka di dalam
membantu usaha-usaha kerajaan membenteras unsur-unsur khurafat di dalam masyarakat.
Masyarakat juga harus bijak menilai dan mencari kaedah terbaik bagi menggalakkan
pihak-pihak yang berwajib di dalam kerajaan sentiasa berusaha menjaga kesucian Islam.

5.2.3 Pihak Ibu Bapa

Ibu bapa sebagai pemimpin terhadap anak-anak juga diharap tidak menjadi ejen
kepada seni warisan yang bercanggah dengan Islam untuk diperturunkan kepada generasi
muda. Jangan terlampau cepat melatah sekiranya anak, selaku generasi muda yang telah
menerima pendidikan, menolak budaya nenek moyang yang dirasakan tidak wajar untuk
diteruskan. Ibu bapa juga selayaknya tidak terus bangga dengan pepatah ‘ Biar mati anak
, jangan mati adat’ kerana apa gunanya adat sekiranya hidup anak-anak terus menerus lari
dari kehendak syara’.

5.2.4 Pihak Individu

Sebagai generasi yang terdidik dengan ajaran islam yang jelas , seharusnya setiap
individu sentiasa peka dengan keadaan sekeliling terutamanya terhadap perlakuan dan
tindakan seharian. Ini adalah kerana ada tindakan dan adat yang telah sebati dengan diri

40
kita , sedangkan tanpa disedari ianya berlawanan dengan prinsip Islam contohnya amalan
kenduri arwah mengikut bilangan hari ke 3 , 7, 10 , 15 , 40 hinggalah ke 100 hari.
Sekiranya setiap individu berasa bertanggungjawab dengan mendahulukan agama
daripada adat , mendahulukan Ad-Din daripada ketuanan bangsa ,tidak mustahil ia akan
membawa kesan yang besar terhadap masyarakat seterusnya memiliki kuasa membentuk
Daulah Islamiyyah yang jitu di dalam memartabatkan Islam di seluruh rongga kehidupan.
Ibarat kata Ibnu Athaillah dalam kitabnya yang terkenal , Al-Hikam yang menyebut :

Bagaimana engkau menginginkan sesuatu yang luar biasa padahal


engkau sendiri tidak mengubah dirimu dari kebiasaanmu..53

RUJUKAN

1. Abdul Rahman Abdullah (2003).Sejarah dan Tamadun Asia Tenggara.Kuala


Lumpur: Utusan Publication Sdn.Bhd.

2. Ahmad Mohd Salleh (2008) Pengajian Agama Islam Dan J-Qaf Shah Alam : Oxford
Fajar Sdn.Bhd.

3. Azhar Hj Mad Aros (2003) Tamadun Islam Dan Tamadun Asia (Kertas 1) Shah
Alam: Penerbit Fajar Bakti

4. Iman Suffiya (2006).Siri Warisan Budaya Malaysia.Kuala Lumpur : Penerbitan Era


Didik.

5. ……(2006).Fatwa Menempuh Kehidupan Moden.Daud Baharum : Subang Jaya

6. …..Kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka Edisi Ketiga (1997). Kuala Lumpur : Dewan
Bahasa Dan Pustaka

7. Mohd Johari Ab Hamid ( 2004 ).Falsafah Dan Kritikan Seni.Tanjong Malim : UPSI

53
Mohd Shauki Abd Majid.(2006).Wacana Ketamadunan Dalam Masyarakat Islam Hadhari.Kuala Lumpur :
IBook Publication Sdn.Bhd. Hal.181.

41
8. Mohd Shauki Abd Majid.(2006).Wacana Ketamadunan Dalam Masyarakat Islam
Hadhari.Kuala Lumpur : IBook Publication Sdn.Bhd.

9. Muhammad Jamaluddin Al-Qasimi Ad-DImasqi (2006). Intipati Ihya’


Ulumuddin.Kuala Lumpur : Darul Fajar.

10. Ramli Awang (2008). Tasawwur Rabbani Menurut Al-Quran Dan Al-Sunnah.Kuala
Lumpur:Al-Hidayah Publication.

11. Sulaiman Bin Abdullah (1989).Ketuhanan Yang Maha Esa Menurut Islam.Victory
Agencie: Kuala Lumpur

12. Yusof Al-Qardhawi , Prof.Dr (2005) Seni Dan Hiburan .Kuala Lumpur : Hidayah
Publisher
ALAMAT SESAWANG

1. http://colourexist.blogspot.com/20110/01/pandangan-tokoh-barat-timur-dan-html
Tarikh : 24 Jan 2010.

2. http://sites.google.com/site/khazalii/8udi3052keseniandalamislam%28bab8%29

3. http://bataviase.co.id/node/155472 Tarikh : 04 Apr 2010.

4. http://ms.wikipedia.org/wiki/Kuda Kepang

5. http”//www.slideshare.net/bmnurulain/tarian-tradisional-3058812

6. http://www.johordt.gov.my/pelancongan/page/tarian Tarikh : 28 Okt 2010

7. http://id.wikipedia.org/wiki/Kuda_lumping Tarikh : 29 Nov 2010

8. http://www/b.harian.com.my/bharian /articles/MisteriEtnik_JatidiriPonorogo. Tarikh : 2


Dis2010

42
9. http://krafjohor.blogspot.com/p/warisan.html Tarikh : 04hb Mac 2011

10. http://isyafarisya.wordpress.com/2009/03/05/adunan-mistik-dan-keunikan-kuda-kepang
Tarikh : 03hb Mei 2009

11. http://www.e-fatwa.gov.my/my/fatwa-negeri/fatwa-permainan-kuda-kepang-di-negeri-
johor

12. http://malaysiana.pnm.my/01/0101mel_pengenalan.htm Tarikh : 01 Mac 2011

13. http://id.wikipedia.org/wiki/Masyarakat_Melayu_di_Malaysia#Definisi_Melayu Tarikh :


24 Feb 2011

TEMURAMAH
1. Temuramah bersama Encik Hairuman Bin Rajio
Tarikh : 06hb Mac 2011 Masa : 10.30pm

43
44

You might also like