You are on page 1of 22

pembangunan luar bandar (mjt2053)

1.0 PENGENALAN

Pembangunan luar bandar adalah bertujuan untuk membawa masyarakat luar bandar yang
masih ketinggalan di kampung-kampung ke dalam arus pembangunan perdana dan bagi
meningkatkan lagi kualiti hidup mereka. Matlamatnya untuk memastikan perancangan
pembangunan luar bandar masih lagi relevan dan sejajar dengan matlamat Wawasan 2020.
Pembangunan luar bandar adalah memberi tumpuan kepada pembangunan infrastuktur dan
ekonomi. Perancangannya akan memberi penekanan ke atas pembangunan sumber manusia
dan juga pembangunan ekonomi serta menaikkan lagi taraf kemudahan-kemudahan
infrastruktur. Perancangan terbaru dalam pembangunan luar bandar adalah menekankan
keutamaan ‘empowerment’ masyarakat luar bandar, iaitu membolehkannya bersifat dinamik
dan mampan, berupaya menghadapi cabaran-cabaran masa hadapan dan mencapai status
ekonomi yang setaraf dengan peringkat nasional.

Selain itu, antara inisiatif pembangunan luar bandar adalah untuk membangunkan individu
yang cemerlang dan penekanan kepada pengubahan minda (sikap) penduduk luar bandar
supaya mempunyai kepercayaan diri dan semangat ingin berdikari, seterusnya untuk
mengukuhkan unit keluarga sebagai institusi yang sejahtera. Untuk membangunkan
masyarakat luar bandar yang beridentiti dan berdaya tahan dengan tujuan mewujudkan satu
komuniti yang berupaya menjalankan pelbagai kegiatan ekonomi dan juga untuk
menyediakan infrastruktur yang berkualiti yang dapat menampung pembangunan ekonomi
masa kini di kawasan luar bandar.

Bagi menyediakan sistem penyampaian yang berkesan dan berfaedah kepada golongan
sasaran serta untuk membangunkan ekonomi luar bandar yang mampan melalui pengurusan
pertanian komersial dan pelbagaian asas ekonomi dan untuk mewujudkan rangka kerja
institusi yang responsif kepada perubahan dan membantu penyertaan masyarakat setempat
yang aktif dalam program-program dan projek-projek luar bandar. Manakala visi
pembangunan luar bandar yang dihasilkan adalah daripada analisis ke atas senario desa sedia
ada, kemajuan pembangunan ekonomi, tren perbandaran, cabaran-cabaran Wawasan 2020 dan
falsafah dan strategi pembangunan luar bandar.

1.1 DEFINISI PEMBANGUNAN

Sukar untuk mendefinisikan secara tepat istilah pembangunan disebabkan begitu banyak
aspek dan masalah yang terangkum ke dalam apa yang disebut pembangunan. Secara
mudahnya pembangunan ialah proses perubahan daripada peringkat kurang maju kepada
peringkat yang lebih maju yang menjurus ke arah kesejahteraan, kebahagiaan, kemakmuran
dan kebebasan sama ada dalam aspek pemikiran manusia ataupun aspek fizikal atau
persekitaran.

Menurut Laporan Suruhanjaya Selatan (1990), pembangunan boleh didefinisikan sebagai satu
proses yang mana membolehkan kehidupan manusia merealisasikan potensi, membina
keyakinan serta membawa kehidupan ke arah kemuliaan dan penuh bermakna yang
membebaskan manusia dari rasa takut untuk meminta dan dieksploitasi. Ia merupakan
pergerakan yang menjauhkan dari penindasan politik, ekonomi dan juga sosial (Pengantar
Teori Pembangunan Dunia Ketiga, 2005: 2).
Todaro (1977), berpendapat pembangunan juga melibatkan proses menyusun dan
mengorientasi semula sistem ekonomi dan sosial. Ini bermakna bahawa pembangunan bukan
sahaja melibatkan pertambahan pendapatan dan pengeluaran, tetapi juga mengambil kira
perubahan institusi sosial, struktur pentadbiran, pendapat umum, adat resam dan kepercayaan.
Manakala Seers (1979), mentafsirkan pembangunan juga boleh ditunjukkan dengan
terhapusnya kemiskinan, kurangnya jumlah pengangguran serta rapatnya jurang ketaksamaan.
Dalam pengertian yang sederhana dapat disimpulkan bahawa pembangunan merupakan usaha
yang dilakukan oleh sesuatu masyarakat untuk meningkatkan taraf hidup mereka. (Pengantar
Teori Pembangunan Dunia Ketiga, 2005: 2).

Konsep pembangunan meliputi empat komponen penting yang saling melengkapi dan perlu
dicapai iaitu kecekapan untuk memastikan pencapaian pertumbuhan ekonomi yang pesat,
pembahagian kekayaan yang adil yang meliputi pembasmi kemiskinan dan pengurangan
jurang perbezaan pendapatan, mapan untuk menjamin pembangunan kini tidak mengancam
generasi akan datang dan keupayaan rakyat terutama golongan mudah terancam seperti
golongan miskin. (Jurnal Teknologi, 42(E) Jun, 2005: 33)

1.2 DEFINISI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR

Kehidupan luar bandar selalunya disamaertikan dengan aspek kehidupan tidak maju, taraf
pendidikan yang rendah, penglibatan masyarakat dalam arus pembangunan utama yang
terhad, potensi maju yang meragukan dan berbagai-bagai lagi sifat kemunduran.

Maimunah (1990) mendefinisikan pembangunan luar bandar sebagai satu proses


meningkatkan taraf hidup masyarakat luar bandar melalui pembaikan dalam seluruh aspek
pembangunan manusia. Ini termasuklah keperluan asas yang mencukupi seperti makanan,
pakaian, perumahan dan kesihatan, serta keperluan psikososial yang lain seperti pendidikan,
pekerjaan, kerohanian dan keselamatan (seperti dipetik dalam Rozalli Hashim buku
Pengurusan pembangunan, 2005, hlm 258).

Pembangunan luar bandar merupakan konsep yang telah lama wujud namun tidak menjadi
matlamat utama kebanyakan negara membangun sebelum dua atau tiga dasawarsa yang lalu
(Gillis et al.,Todaro, 1982; Maimunah dan Bahaman, 1992) (seperti dipetik dalam Rozalli
Hashim buku Pengurusan pembangunan, 2005, hlm 259).

Program pembangunan luar bandar akan memberi tumpuan kepada mengubah kawasan luar
bandar menjadi lebih baik untuk pelaburan serta tempat kediaman yang menarik dengan
menikmati semua kemudahan asas infrastruktur dan perkhidmatan sosial yang berkualiti.
Dengan hubungan ini, kemudahan infrastruktur sedia ada termasuk telekomunikasi akan
diperbaikkan dan dipertingkatkan. Penyediaan kemudahan infrastruktur dan sosial akan
diperluaskan lagi bagi kawasan pedalaman dan ladang-ladang kecil. Penduduk luar bandar
akan ditempatkan sesama untuk mewujudkan bandar kecil bagi memudahkan penyediaan
kemudahan tersebut.

Tumpuan utama aktiviti pembangunan bandar adalah untuk menyediakan perumahan yang
lebih baik, menggalakkan pembangunan pelancongan luar bandar serta meningkatkan latihan
dan peluang menambah pendapatan kepada belia luar bandar termasuk peserta rancangan
pembangunan tanah. Kerajaan akan menggalakkan pembangunan industri berskala kecil yang
khusus di kawasan luar bandar. Pembangunan industri berskala kecil seperti kraftangan dan
berasaskan sumber akan ditempatkan di kawasan yang mempunyai sumber berkaitan.
Pembanguan luar bandar secara ringkasnya adalah pembangunan dari aspek pertanian,
kesihatan, pendidikan dan komunikasi. Pembangunan luar bandar penting untuk
mengurangkan jurang ketidaksamaan pendapatan antara masyarakat di luar bandar dan
masyarakat bandar.

Pihak Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah telah mewujudkan agensi-agensi
yang bertanggungjawab dalam merealisasikan program untuk pembangunan masyarakat luar
bandar. Antara agensi yang terlibat ialah FELDA, FELCRA, KESEDAR, KETENGAH,
KEJORA, KEDA dan sebagainya. Pihak kementerian juga menyediakan peruntukan dan
perbelanjaan untuk melaksanakan program tersebut. Contohnya peruntukan yang disediakan
dalam RMK-9 seperti di bawah :

PERBELANJAAN DAN PERUNTUKAN PEMBANGUNAN PROJEK PEMBANGUNAN


LUAR BANDAR, 2001-2010

(RM billion)
Program/projek
RMKe-8
perbelanjaan
RMKe-9
peruntukkan
Projek ekonomi
5.9
10.1
Pendidikan dan latihan
10.4
10.2
kesihatan
0.9
2.0
Jalan Raya
2.3
3.6
Bekalan Air
0.7
1.2
Perumahan
0.2
0.3
Jumlah
21.0
28.4

Sumber ; Unit Perancang Ekonomi RMK-9

2.0 PENDEKATAN TEORI DALAM PEMBANGUNAN LUAR BANDAR


2.1 TEORI MODENISASI

Menurut Boeke, 1953 masyarakat dibahagikan kepada dua iaitu masyarakat tradisional dan
masyarakat moden. Masyarakat tradisional merujuk kepada luar bandar, mundur dan tidak
membangun. Manakala mayarakat moden adalah masyarakat bandar, membangun dan
industri. Kedua-dua golongan masyarakat ini mempunyai ciri-ciri yang tertentu.
Pembangunan berlaku akibat jelmaan ciri-ciri suatu golongan kepada golongan yang lebih
maju. Pendekatan ini mengandaikan bahawa keterbelakangan ekonomi, sistem pengeluaran,
ragam tingkah laku adalah halangan kepada perkembangan ekonomi dan menimbulkan sikap
konservatif terhadap perubahan, pemodenan dan pertumbuhan ekonomi (Rahimah Aziz 1989:
197).

Modenisasi yang berlaku di dalam masyarakat luar bandar terjadi apabila penduduk luar
bandar mula bersikap liberal dan tidak lagi ketat dan bebas bergerak. Contohnya dari luar
bandar ke bandar, melibatkan diri dalam perdagangan dan mempunyai pekerja tetap.
Modenisasi turut berlaku dalam diri individu masing-masing apabila seseorang individu boleh
berfikir secara bebas, melalui pendidikan, celik huruf, terdedah kepada media massa dan
boleh membuat pilihan sendiri. Melalui teori ini, masyarakat luar bandar perlu berubah dari
tahap sedia ada ke tahap yang mampu merubah kehidupan mereka ke arah yang lebih
membangun (Pengantar Pembangunan Dunia Ketiga, 2005 : 38,45).

Walaubagaimanapun terdapat kelemahan yang dikenalpasti dalam teori ini iaitu pembahagian
masyarakat kepada masyarakat moden dan tradisional telah menyebabkan ekonomi negara
kurang membangun terbahagi kepada dua sektor yang bertentangan dan bebas antara antara
satu sama lain (Higgins, 1956;Miere, 1964) . Hal ini menyebabkan berlakunya pengaliran
tenaga kerja yang menganggur dari sektor pertanian ke sektor industri. Pengaliran tenaga
kerja ini akan menyebabkan tenaga kerja berkurangan di sektor desa dan ini akan
menyebabkan teknologi moden digunakan dengan lebih cekap (Rahimah Aziz, 1989 : 198).

2.2 TEORI MARXIST

Toeri Marxist pula menganggap bahawa proses pembangunan dunia ketiga perlu dikaji
berpandukan keadaan yang berlaku di Barat. Di barat golongan yang lebih berkuasa ini akan
memunggah keluar sumber-sumber utama seperti sumber modal dan guna tenaga untuk
kepentingan mereka sendiri (Frank, 1969 ; Leys, 1975). Hal ini menyebabkan golongan yang
lemah seperti penduduk desa akan tertindas. Teori ini juga menekankan perlunya usaha untuk
mengurangkan ketaksamaan dan ketidakseimbangan ekonomi yang telah wujud akibat
kawalan oleh golongan yang lebih berkuasa (Long,1977:3). Pendekatan teori marxist juga
menyatakan bahawa dari segi ekonomi, politik dan budaya sektor desa bergantung kepada
golongan metropolis yang lebih berkuasa. Hal ini menyebabkan golongan minoriti yang
umumnya petani akan terpisah dengan golongan majoriti yang memonopoli kuasa serta
sumber ekonomi (Rahimah Aziz, 1989 :198,199).

2.3 PENDEKATAN FORMALISTIK

Pendekatan ini menggunakan strategi pertukaran. Tokoh-tokoh pendekatan ini menganggap


bahawa masyarakat luar bandar sanggup menerima peluang-peluang baru, berusaha, berani
menghadapi risiko dan tidak homogen dalam konteks entiti sosiobudaya dalam usaha
membangunkan masyarkat desa (Epstein,1962:Ortiz, 1973:Salisbury,1970). Pendekatan ini
menegaskan bahawa tumpuan harus diberikan kepada faktor ekonomi dan sosial bukannya
faktor ekonomi semata-mata.

Dalam masyarakat tradisional, tingkah laku ditentukan secara sosial bukannya ekonomi.
Contohnya menurut Dalton (1961) mendapati bahawa peserta dalam pasaran primitif tidaklah
mengejar kebendaan semata dalam kaedah pertukaran itu, tetapi mereka lebih mementingkan
hal-hal yang berkaitan dengan peranan dan status. Hal ini membuktikan bahawa tindakan
ekonomi tidak boleh dilihat terpisah daripada konteks sosial. Selain itu, golongan ini juga
mengusulkan supaya penghasilan dan penggunaan ditingkatkan untuk membangunkan sektor
luar bandar (Rahimah Aziz, 1989:200,201).

2.4 PENDEKATAN SUBSTANTIF

Pendekatan ini berasaskan kepada teori proses sejarah yang menekankan kepada perbezaan
yang berlaku secara beransur-ansur dalam masyarakat dan institusi yang semakin kompleks.
Pendekatan ini menyatakan bahawa pada asasnya masyarakat luar bandar adalah konservatif,
homogen, tidak berani menghadapi risiko dan mudah putus asa. Menurut Eisenstadt
(1970;1973) berpendapat bahawa masyarakat luar bandar telah berubah daripada bersikap
homogen, kepada keadaan yang berbeza dalam politik, ekonomi dan sosial (Rahimah Aziz,
1989: 201,202).

Perubahan secara beransur-ansur ini menyebabkan pembangunan dapat dicapai sama ada dari
sektor ekonomi, pilitik mahupun sosial. Secara ringkasnya teori ini menegaskan bahawa
perubahan yang berlaku mestilah secara beransur-ansur bukannya berlaku secara radikal
ataupun mendadak. Pendokong pendekatan ini juga berpendapat bahawa pembangunan
masyarakat luar bandar seharusnya digalakkan. Hal ini adalah kerana melalui pembangunan
masalah-masalah seperti kemunduran, kebuluran dan kepinggiran dapat diatasi. Melalui
penyelesaian masalah ini, pembangunan masyarakat luar bandar dapat dicapai.

Melalui pendekatan ini juga, Dalton (1961: 5) menyatakan bahawa dalam pengertian
substantif, ekonomi merujuk kepada penyediaan barangan kebendaan bagi memenuhi
kehendak biologi dan sosial. Selain itu pendekatan ini juga percaya bahawa masa hadapan
masyarakat akan terjamin dengan memajukan lagi institusi-institusi untuk mengurangkan
kedaifan ekonomi (Rahimah Aziz, 1989:202). Di Malaysia contohnya, institusi-institusi
pembangunan luar bandar adalah seperti RISDA, FELDA, FAMA dan lain-lain. Mutu
perkhidmatan agensi-agensi ini perlulah dipertingkatkan lagi agar masyarakat luar bandar
dapat dibangunkan supaya jurang ketaksamaan antara masyarakat luar bandar dengan
masyarakat bandar berkurangan.

3.0 PENDIDIKAN

Masalah utama di sekolah-sekolah luar bandar disebabkan wujudnya kelemahan dan


ketidakefisyenan. Kaedah pembelajaran dan pengajaran yang kurang berkesan serta
kekurangan motivasi tenaga pengajar untuk pembangunan sistem pendidikan yang menjurus
kepada masalah keciciran pelajar. Keduanya, kelemahan pengurusan dan kurang dorongan.
Kelemahan pengurusan dari segi memberi arahan, pengorganisasian serta melaksanakan
program-program. Kaedah lama yang tidak berfungsi. Maklumbalas sedikit menyebabkan
kurang pembaharuan dijalankan. Faktor kewangan yang terhad. (dipetik dan diubahsuaikan
daripada buku Teori dan konsep pentadbiran pembangunan, 2004, hlm 5-8,9).

Faktor penghalang pendidikan rendah di desa, tidak dapat memenuhi kehendak masyarakat itu
sendiri. Lebih 70 peratus kanak-kanak belajar di sekolah desa. Lebih 80 peratus kanak-kanak
tersebut memanfaatkan hidup sebagai petani atau buruh tidak mahir. Kanak-kanak diajar
kemahiran asas dan bahasa asing yang utama sahaja dari segi hafalan dan pemahaman. Ini
meyebabkan kurang penekanan teknik berfikir dan penyelesaian masalah di kalangan kanak-
kanak di luar bandar. Tambahan pula,masalah kewangan dalam keluarga mengakibatkan
pelajar di luar bandar akan bekerja awal dan kurang memberi penekanan untuk melanjutkan
lagi pelajarannya (dipetik dan diubahsuaikan daripada buku Teori dan konsep pentadbiran
pembangunan, 2004, hlm 5-10,11).

Senario pendidikan sekarang menujukkan perbezaan ketara antara sekolah di luar bandar dan
bandar, terutamanya dari segi fasilitinya. Didapati masih ada 300 sekolah di luar bandar tidak
mempunyai kemudahan air bersih (dipetik daripada http://apps.emoe.gov.my/bppdp/Index
%20Lonjakan%20Perdana.htm). Selain itu, pelajar di luar bandar menghadapi masalah seperti
kadar ketersampaian yang rendah. Ini disebabkan jarak yang jauh di antara penempatan rumah
kediaman dengan sekolah-sekolah begitu besar. Bagi pelajar yang menghadapi masalah
tersebut terpaksa membangun dengan lebih awal untuk membuat persiapan serta untuk
merebut untuk menunggu bas-bas untuk pergi ke sekolah untuk mendapat ilmu pengetahuan.
Masalah-masalah di atas merupakan punca perbezaan yang besar di kalangan pelajar yang
mendapat pendidikan di bandar dan luar bandar. Untuk mengatasi masalah-masalah tersebut,
kerajaan telah melancarkan beberapa program untuk memajukan pendidikan di luar bandar
selaras dengan pembangunan negara.
Y.A.B. Dato’ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia telah
melancarkan Program Lonjakan Perdana Pendidikan Luar Bandar di Sekolah Pusat SK Bum
Bum, Semporna, Sabah pada 15 Februari 2007. Dalam ucapannya, Y.A.B. Perdana Menteri
menegaskan bahawa murid luar bandar perlu diberi pembelaan dan keadilan supaya dapat
menikmati kemudahan pendidikan yang setaraf dengan murid di bandar. Usaha ini amat perlu
dalam memberi peluang kepada mereka membuktikan keupayaan masing-masing dan mampu
bersaing dengan murid di bandar. Anak-anak merupakan harta yang amat bernilai dan
seharusnya dijaga dengan baik. Atas sebab itu, beliau telah mengumumkan peruntukan
tambahan sebanyak RM2.6 bilion bagi pembangunan pendidikan luar bandar menjadikan
keseluruhan peruntukan berjumlah RM12.3 bilion. Sempena Majlis tersebut, satu pameran
telah diadakan berkaitan projek berimpak tinggi dengan tumpuan khusus kepada program
sokongan dan bantuan murid, program tambahan murid, guru, infrastruktur dan ICT serta
Program Pembangunan Pendidikan Luar Bandar Sabah dan Sarawak (dipetik dan diubahsuai
daripada http://apps.emoe.gov.my/bppdp/Index%20Lonjakan%20Perdana.htm).
Melalui Program Lonjakan Perdana Pendidikan Luar Bandar ini, kerajaan telah memberi
perhatian khusus kepada usaha merapatkan jurang antara bandar dan luar bandar supaya
semua sekolah dan pelajar mempunyai peluang dan keupayaan untuk cemerlang. Melalui
kerjasama Badan Bertindak Pelaksanaan Negara (BBPN) dan agensi pelaksanaan
berpusatnya, Direktorat Pelaksanaan Negara (DPN), Kementerian Pelajaran akan
melaksanakan projek-projek yang dikenalpasti sebagai berimpak tinggi dalam tempoh tiga
tahun pertama Rancangan Malaysia Kesembilan untuk mengurangkan jurang pendidikan ini.
Projek-projek ini dijangkakan mempunyai impak besar meliputi seperti pelajar Tahap 1 yang
dapat membaca, menulis dan mengira meningkat, pelajar yang perlu pemulihan berkurangan
daripada 7.7 peratus kepada kurang daripada 5 peratus, keperluan Skim Baucar Tuisyen
berkurangan daripada 100 peratus kepada 80 peratus, jurang pencapaian pelajar berkurangan
sebanyak 20 peratus daripada jurang bagi setiap mata pelajaran terpilih, pelajar sekolah
menengah luar bandar yang dapat mengambil Matapelajaran Vokasional (MPV) meningkat
daripada 5 peratus kepada 8 peratus, kadar keciciran luar bandar berkurangan daripada 1.2
peratus kepada kurang 1.0 peratus pada peringkat sekolah rendah dan daripada 16.7 peratus
kepada kurang 10.0 peratus pada peringkat sekolah menengah, taraf kesihatan murid luar
bandar bertambah baik dan ketidakhadiran murid berkurangan, serta guru berkualiti dan
berpengalaman lebih bersedia berkhidmat di pedalaman
(http://apps.emoe.gov.my/bppdp/Index%20Lonjakan%20Perdana.htm).
Kerajaan akan menyediakan 2,436 kelas untuk 60,000 kanak-kanak pra-sekolah termasuk 41
unit untuk kanak-kanak Orang Asli selain penambahan 17,500 komputer untuk pelajar bagi
mencapai kadar satu komputer untuk lima murid. Sebanyak 9,079 bilik darjah untuk sekolah
rendah dan 6,039 bilik darjah untuk sekolah menengah akan dibina manakala 2,046 sekolah
rendah dan 569 sekolah menengah akan dinaik taraf. Kerajaan juga akan membina 281
asrama baru selain menaik taraf 170 asrama sedia ada bagi kemudahan pelajar di kawasan
luar bandar, kata Perdana Menteri. Sebagai menghargai pengorbanan guru yang sanggup
berkhidmat di luar bandar dan pedalaman, Kerajaan akan memberi elaun khas dengan kadar
yang bergantung kepada tempat dan jarak guru itu mengajar. Bagi guru-guru Sabah dan
Sarawak yang mengajar di Semenanjung dan guru-guru dari Semenanjung yang mengajar di
kedua-dua negeri itu, mereka juga diberi elaun balik kampung setahun sekali
(http://apps.emoe.gov.my/bppdp/Index%20Lonjakan%20Perdana.htm).

Bajet 2008 juga memainkan peranan penting dalam menjana pendidikan di luar bandar.
Dalam Bajet 2008, strategi kedua menekankan terhadap memperkasa pembangunan modal
insan. Usaha-usaha seperti memperkasa sekolah rendah dan menengah, pendidikan percuma
untuk semua, memartabatkan profesion keguruan, memantapkan pengajian tinggi, kenaikan
kadar biasiswa, pembelajaran sepanjang hayat dan sebagainya dilaksanakan.

Sejumlah 30 bilion ringgit disediakan bagi Kementerian Pelajaran. Peruntukan ini turut
merangkumi pelaksanaan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan, termasuk Program Sekolah
Cemerlang, memartabat profesion keguruan dan merapatkan jurang pendidikan di antara
bandar dan luar bandar. Untuk meningkatkan lagi kualiti dan prestasi sekolah, 60 buah
sekolah kluster akan diwujudkan dalam tahun 2008. Peruntukan berjumlah 500 ribu ringgit
akan diberi bagi setiap sekolah kluster untuk tujuan aktiviti ko-kurikulum, latihan dan
pembelian peralatan pembelajaran. Selain itu, kerajaan komited melaksanakan langkah
progresif untuk meningkatkan akses dan mengurangkan kos pendidikan. Yuran peperiksaan
PMR, SPM dan STPM dan Sijil Tinggi Agama Malaysia akan dimansuhkan. Yuran tahunan
sekolah rendah dan menengah turut dimansuhkan. Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia
Malaysia memperuntukkan 45 juta ringgit bagi melaksanakan projek SchoolNet untuk
menyediakan perkhidmatan internet di sekolah-sekolah dalam pembangunan luar bandar
(Bajet 2008).
Untuk mengiktiraf peranan penting guru dan memartabatkan profesion keguruan, kerajaan
akan melaksanakan langkah-langkah seperti meningkatkan elaun guru pendidikan khas
daripada 100 ringgit kepada 250 ringgit sebulan, menaikkan kadar elaun guru ganti
berkelulusan ijazah daripada 85 ringgit kepada 150 ringgit sehari, serta menyediakan elaun
sebanyak 60 ringgit sejam bagi lepasan ijazah dan 50 ringgit sejam bagi lepasan diploma
kepada guru yang mengajar bahasa Cina dan Tamil di sekolah kebangsaan. Selain itu,
kerajaan akan meningkatkan elaun sara hidup pelajar di semua peringkat pengajian tinggi
tempatan, termasuk kursus persediaan dan kursus bahasa. Peningkatan elaun tersebut adalah
di antara 23 peratus sehingga 84 peratus. Kadar baru ini berkuatkuasa mulai semester pertama
sesi 2007. Lebih 90,000 pelajar akan mendapat manfaat daripada kenaikan ini. Dengan
pelaksanaan bajet 2008, pelajar di luar bandar turut menikmati manfaat-manfaat dan lebih
berdaya saing dalam pelajaran mereka (dipetik dan diubahsuai daripada Bajet 2008).

Program-program tersebut memang dapat mendatangkan bantuan pembangunan pendidikan


luar bandar. Malahan masalah kadar ketersampaian pelajar ke sekolah harus diurus dengan
lebih cekap. Misalnya Sekolah Berasrama Penuh boleh disediakan tanpa mengira kepandaian
pelajar bahkan diterbuka untuk semua pelajar agar mereka dapat belajar dengan lebih baik dan
berpotensi untuk maju dalam bidang pendidikan.

Pelajar di luar bandar harus didedahkan lebih banyak pengetahuan teknologi supaya dapat
berdaya saing untuk menghadapi cabaran globalisasi dan bersedia melangkah maju bersama
pembangunan negara. Selain itu, pameran informasi pendidikan juga harus kerap disediakan
di luar bandar agar menyedari pelajar di luar bandar kepentingan pendidikan dan memberi
pandangan dan harapan mereka untuk menuju kejayaan.

Dari segi pelajaran pendidikan, Program Anak Permata Negara yang bertujuan memberi
pendedahan awal kepada pendidikan serta pembinaan sahsiah, kesuburan akal dan fikiran
serta naluri kanak-kanak dan mahu program itu dijelaskan kepada ibu bapa supaya matlamat
pendidikan itu dapat dicapai. Sokongan ibu bapa menggalakkan anak-anak luar bandar
menerusi dan memperoleh pelajaran yang tinggi menjamin masa depan anak luar bandar lebih
cemerlang. Pembentukan disilpin, etika dan modal insan boleh direalisasikan melalui
pendidikan akhlak (dipetik dan diubahsuai daripada http://www.kempen.gov.my/index.php?
option=com_content&task=view&id=885&Itemid=109&lang=english).

Selain itu, pendidikan kesihatan penting diadakan di luar bandar terutamanya di kalangan
perempuan dan kanak-kanak. Masalah kurang darah atau anaemia kerap berlaku di kalangan
wanita, kanak-kanak dan juga orang dewasa khususnya meraka yang tinggal di luar bandar.
Mengikut kajian yang dilakukan, kadar kejadian kurang darah (anaemia) di kalangan wanita
hamil di kawasan luar bandar ialah dalam lingkungan 60 peratus. Mungkin kadar ini
meningkat lagi ke kalangan wanita yang tinggal dikawasan pedalaman yang sosioekonominya
rendah. Masalah kurang darah boleh menimbulkan masalah pada wanita yang sedang hamil
dan melahirkan anak. Ini mungkin satu faktor punca kematian ibu. Banyak perkara yang
menjadi punca masalah kurang darah di kalangan wanita. Antaranya pemakanan yang tidak
seimbang menyebabkan kekurangan kandungan zat vitamin dan zat logam khususnya besi.
Masalah ini juga berlaku kerana kehamilan dan kelahiran yang terlalu kerap dan tidak disusun
dengan betul. Begitu juga dengan penyakit seperti cacing kerawit (hookworm) atau malaria
yang masih berlaku di kalangan penduduk pedalaman (dipetik dan diubahsuai daripada
http://www.hamidarshat.com/content/view/134/138/).
Pendidikan kesihatan perlu diadakan dalam masyarakat luar bandar. Ini membantu menambah
ilmu pengetahuan warga luar bandar. Program untuk menimbulkan kesedaran kepada
penduduk luar bandar khususnya kaum wanita betapa pentingnya pemakanan bagi proses
penzuriatan perlulah diperluaskan dan diperhebatkan. Tabiat memilih dan cara memasak
makanan perlu diubahsuaikan supaya zat pemakanan dan segala vitaminnya dapat dikekal dan
distabilkan. Setiap wanita perlu mendapat sumber pemakanan yang berzat khususnya zat
protein, zat vitamin dan logam yang mencukupi. Wanita juga perlu mengurangkan zat
karbohidrat. Wanita dan keluarga juga perlu diberi tunjuk ajar mengenai konsep penyusuan
dan menjarakkan kehamilan untuk kesejahteraan dan kesihatan ibu dan bayi (dipetik dan
diubahsuai daripada http://www.hamidarshat.com/content/view/134/138/).
Pendidikan merupakan peranan yang penting dalam membangunkan pembangunan
masyarakat luar bandar. Hal ini kerana ia merupakan salah satu cara dalam membantu
masyarakat luar bandar yang mempunyai ilmu dan kemahiran untuk membangunkan keluarga
mereka dalam semua bidang.

4.0 PELANCONGAN

Selain dari sektor pendidikan, industri asas tani dan infrastruktur sektor pelancongan juga
penting dalam pembangunan masyarakat luar bandar. Jika dahulu masyarakat luar bandar
banyak yang terpinggir, namun kini masyarakat luar bandar semakin maju untuk meningkat
taraf hidup mereka. Pihak kerajaan juga turut memainkan peranan dalam memajukan kawasan
pelancongan di luar bandar. Dalam misi nasional untuk mencapai status negara maju 2020
juga menitikberatkan pembangunan dalam sektor pelancongan. Perdana Menteri, Datuk Seri
Abdullah Ahmad Badawi menyatakan bahawa pihak kerajaan akan menjadikan Malaysia
sebagai pusat pelancongan kesihatan serantau bagi rawatan perubatan tradisional dan moden
dengan mewujudkan jenama perkhidmatan kesihatan Malaysia yang dikenali sebagai "Health
Malaysia". Hal ini menunjukkan negara kita amat mementingkan sektor pelancongan dalam
usaha untuk meningkatkan pendapatan negara. Dalam merealisasikan hasrat ini pelbagai
program dilaksanakan seperti program pembangunan bandar pelancongan di luar bandar,
program homestay dan Pelan Induk Pelancongan luar bandar.
(http://www.pmo.gov.my/webnotes )

Dalam usaha untuk memajukan pelancongan di kawasan luar bandar, Program Pembangunan
Bandar pelancongan di luar bandar telah dilaksanakan. Contohnya Negara Kanada yang telah
memajukan kawasan pelancongan luar bandar seperti Morland, Westmoreland, Warnego,
Lucas, Wilson, Holyrood, Alma, Mound City, Spearville dan Meade. Bandar pelancongan di
luar bandar menjadi tumpuan pelancong bercuti untuk melakukan aktiviti pengembaraan,
membeli cenderamata tempatan, menghayati keindahan alam sekeliling, menikmati makanan
dan memahami budaya tempatan. Kawasan tanah tinggi seperti gunung dan bukit juga
merupakan satu lagi tarikan untuk mewujudkan bandar pelancongan di luar bandar.
Pelancongan gunung dinyatakan signifikan untuk menyumbang dalam pembangunan bandar
pelancongan di luar bandar melalui pelbagai program seperti pengembaraan, sukan lasak,
kesenian dan kebudayaan tempatan (http://akhbar/tourisme/2000/umoo/19.htm).

Program pembangunan bandar pelancongan di luar bandar hendaklah melibatkan pelbagai


faktor termasuk sistem komunikasi, institusi kebudayaan dan pendidikan serta sokongan padu
di peringkat kerajaan tempatan, nasional dan antarabangsa. Selain itu, faktor pengetahuan dan
pengalaman penduduk tempatan sebagai sumber maklumat tentang kepercayaan, budaya dan
kesenian juga amat penting. Misalnya, penduduk di jajahan Hindu Kush-Himalayan menjadi
sumber atau 'bank-pengetahuan' pelancong tentang adat resam dan kesenian penduduk
tempatan yang beragama Hindu di kawasan pergunungan Himalaya.
(http://akhbar/tourisme/2000/umoo/19.htm)

Kualiti merupakan perkara utama dalam pembangunan pelancongan di luar bandar. Kualiti
penting dalam pelbagai aspek seperti mutu hasil pertanian, landskap, perparitan, bangunan,
sistem pembuangan sampah, jalan raya dan sistem pengurusan. Aspek keselamatan juga
penting, terutama yang berkaitan kebakaran, kerosakan tumbuh-tumbuhan dan pencemaran.
Keselamatan nyawa manusia merupakan keutamaan yang paling tinggi.
(http://akhbar/tourisme/2000/umoo/19.htm)

Pembangunan pelancongan luar bandar mustahak kerana dapat mengekalkan ciri-ciri asli
semula jadi bagi diwarisi oleh generasi akan datang. Selain itu ia juga dapat meluaskan lagi
aktiviti sosial antara luar bandar dan Bandar. Ia turut dapat mewujudkan kesepakatan antara
penduduk luar bandar dan kerajaan. Hal ini penting untuk melaksanakan sebarang aktiviti
dengan lebih berkesan. Kesan positif yang lain adalah pembangunan manusia akan meningkat
dan peningkatan kepada peluang pekerjaan.

Terdapat banyak peluang pekerjaan yang boleh diceburi oleh penduduk luar bandar seperti
pemandu pelancong, tukang sapu, membuat kraftangan dan sebagainya. Faedah daripada
pembangunan pelancongan di luar bandar juga membuka peluang untuk penduduk luar bandar
bersaing dengan penduduk bandar serta dapat mengecapi kemajuan negara. Suasana
'penghidupan baru' di bandar-bandar pelancongan di luar bandar juga memberikan peluang
kepada penduduk tempatan memperoleh pendidikan, perkhidmatan kesihatan dan
telekomunikasi. (http://akhbar/tourisme/2000/umoo/19.htm)

Di Malaysia, bandar pelancongan di luar bandar boleh juga memainkan peranan penting
dalam pembangunan sosio-ekonomi negara. Keindahan semulajadi yang dianugerahkan oleh
Allah S.W.T juga telah membolehkan Malaysia menjadi tarikan pelancong domestik dan luar
negara. Keindahan ini meliputi keunikan flora dan fauna terutama sekali di kawasan-kawasan
luar bandar. Dalam setiap negeri di Malaysia terdapat banyak kawasan-kawasan pelancongan
luar bandar yang sentiasa menjadi tarikan pelancong.

Wawasan ke arah menjadikan Malaysia negara maju pada tahun 2020 boleh memanfaatkan
konsep bandar pelancongan di luar bandar. Bandar pelancongan di luar bandar tidak
memerlukan infrastruktur bandarnya pesat seperti Kuala Lumpur dan Johor Bahru. Bandar
pelancongan luar bandar boleh diwujudkan dengan memanfaatkan sumber semula jadi yang
ditadbir secara berkesan. Kriteria-kriteria ini dikira dalam pembangunan bandar pelancongan
di luar bandar. Beberapa kawasan pelancongan di Langkawi boleh dijadikan model bagi
membangun bandar pelancongan di luar bandar di negara ini.

Berdasarkan kriteria yang dinyatakan di atas, antara kawasan luar bandar yang mempunyai
potensi dijadikan bandar pelancongan ialah persekitaran Batang Benar, Nilai, Labu dan Tiroi,
Negeri Sembilan. Kawasan-kawasan persekitaran luar bandar khususnya di Nilai didapati
mempunyai sumber semula jadi seperti Hutan Rizab Galla, kawasan lading, kawasan
penanaman pelbagai tanaman pokok baka Bukit Galla (613 kaki) Bukit Nibong (477 kaki)
Bukit Menuang kampung-kampung tradisi yang jarak perjalanannya hanya 15 minit dari
KLIA, Lebuh Raya Utara Selatan dan berdekatan Putrajaya.
(http://akhbar/tourisme/2000/umoo/19.htm)

Di samping itu, melalui Pelan Induk Pelancongan Luar Bandar juga telah dapat
membangunkan lagi pembangunan pelancongan di kawasan luar bandar. Contohnya Kerajaan
Negeri Sabah telah menggariskan pelaksanaan pelan induk ini bagi tempoh 1995 hingga 2010.
Pihak kerajaan negeri telah memperuntukan satu mekanisme baru bagi menggalakkan
pembangunan sektor pelancongan di kawasan luar bandar. Hal ini bertujuan untuk
memastikan penduduk-penduduk di luar bandar turut menikmati faedah secara langsung
dalam industri pelancongan negeri. Usaha memperkasakan aktiviti pelancongan di negeri ini
turut mendapat perhatian daripada Kerajaan Pusat.
Dalam Bajet 2008 yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri
baru-baru ini, sejumlah RM200 juta disediakan di bawah Tabung Infrastruktur Pelancongan,
khusus untuk mempergiatkan lagi aktiviti pelancongan di Sabah dan Sarawak. Antara perkara
paling menarik yang diberi penekanan di bawah tabung ini ialah keutamaan akan diberi
kepada projek pelancongan yang memanfaatkan kekayaan alam semulajadi dalam negeri
tersebut.
(http://www.sabah.gov.my/press/docc/2007oogo.htm)

Dalam membangunkan pelancongan luar bandar juga, Malaysia kini memperkenalkan


Program Homestay. Program Homestay Malaysia dilancarkan pada tahun 1995 di Desa
Murni, Kerdau, Temerloh, Pahang oleh Menteri Kebudayaan Kesenian dan Pelancongan
Malaysia. Ia adalah satu program di bawah Pelan Induk Pelancongan Luar Bandar. Matlamat
program ini adalah untuk menggalakkan penyertaan masyarakat luar bandar dalam sektor
pelancongan. Homestay adalah satu bentuk kemudahan tempat tinggal di mana pelancong
akan dapat tinggal bersama keluarga tuan rumah yang dipilih dan berpeluang untuk
berinteraksi serta mengalami cara hidup seharian keluarga berkenaan dan kebudayaan
Malaysia. Sehingga Jun 2004 terdapat seramai 948 peserta telah terlibat dalam program ini
yang melibatkan 65 buah kampung di seluruh negara. (http://www.motour.gov.my)

Peningkatan minat terhadap program ini membolehkan masyarakat luar bandar untuk menjana
sumber pendapatan mereka. Berdasarkan statistik sehingga tahun lepas (2005), para
pengusaha sektor pelancongan di negara ini telah berjaya menyediakan sebanyak 3,000 rumah
sewa di 200 perkampungan tradisional di seluruh negara yang telah menjana pendapatan kira-
kira RM30 juta. Bagi kebanyakan pelancong asing, konsep homestay ini menyamai seperti
konsep B & B iaitu Bed and Breakfast yang bermaksud penginapan dan sarapan di negara-
negara Barat. Di Negara-negara barat konsep ini amat popular disebabkan sewanya yang
murah jika dibandingkan dengan kos untuk menginap di hotel. Ciri-ciri tersebut turut
menambahkan lagi jumlah kedatangan pelancong asing yang memilih menggunakan produk
homestay. (http://www.motour.gov.my)

Bagi meningkatkan keberkesanan program ini, tarikan dan pengisian program homestay juga
seharusnya disesuaikan dengan keadaan sesuatu tempat dan sasaran pelancong asing. Para
pengusaha homestay perlu mengkaji kehendak pelancong serta menyesuaikannya dengan
perkhidmatan yang ditawarkan. Sebagai contohnya, kebanyakan pelancong asing dari negara
maju terutama Jepun dan Korea, lebih mengemari keadaan flora dan fauna yang
mendamaikan sebaliknya pelancong Jerman mungkin inginkan lebih banyak cabaran alam
semula jadi.

Antara contoh kawasan pelancongan luar bandar adalah Gua Kelam yang terletak di Negeri
Perlis ini. Gua Kelam sangat terkenal dengan keindahan hablur yang membentuk stalagmit
dan stalagtit yang terdapat di dalam gua ini yang menjadi tarikan utama pelancong ke tempat
ini.

Gambar 1: kawasan pelancongan Gua Kelam Perlis

Gambar 2: Kawasan pelancongan Pulau Gaya Sabah

Sumber : (http:www.motour.gov.my)

5.0 AKTIVITI TANI

Aktiviti tani juga merupakan salah satu daripada kegiatan ekonomi yang dijalankan oleh
penduduk di kawasan luar bandar. Pembangunan aktiviti tani ini merangkumi kegiatan
pertanian dan perikanan. Bidang pertanian merupakan bidang yang amat penting dalam
meningkatkan ekonomi negara. Malaysia ingin mempertingkatkan sektor pertanian di luar
bandar kerana di kawasan desa terdapat banyak sumber aset semulajadi yang tidak terokai
oleh sesiapa . Dalam RMK-9 bidang pertanian amat ditekankan. Masyarakat luar bandar kini
sudah mempelbagaikan pertanian bagi mempertingkatkan pendapatan mereka bagi
menampung kehidupan sekeluarga.

Terdapat banyak faktor yang mendorong kepada kemajuan kegiatan ekonomi tersebut. Antara
faktor yang mendorong kepada perkembangan kegiatan aktiviti tani di kawasan luar bandar
ialah faktor ekonomi. Dari sudut ini, pelbagai cabang yang boleh membawa kepada
pembangunan kawasan luar bandar. Hal ini boleh dilihat apabila banyak penyertaan dari
pelabur atau pemodal luar yang datang melabur dan menanam modal sekaligus
mengembangkan aktiviti tani di kawasan luar bandar. Contohnya anak Syarikat Multi
Nasional Cooperation (MNC) iaitu Syarikat DUNLOP yang menghasilkan tayar yang telah
memberi anjakan seperti memberi peluang pekerjaan kepada penduduk secara tidak langsung
meningkatkan taraf hidup penduduk seterusnya menyumbang kepada peningkatan dalam
Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara.

Industri asas tani juga turut menyumbang kepada kemasukan tenaga buruh mahir yang telah
dilatih dan diberi latihan oleh anak-anak syarikat tersebut. Seterusnya untuk memudahkan lagi
kerja yang dilakukan oleh para petani, pelbagai jentera moden telah dibawa masuk dan
diperkenalkan kepada penduduk luar bandar. Selain itu, penduduk luar bandar mula
mengetahui cara penggunaan racun serangga. Hal ini telah menyumbang kepada pemodenan
kaedah dan gaya hidup yang dahulunya berada pada tahap primitif.

Kerajaan juga memainkan peranan yang penting dalam memajukan dan mengembangkan
industri asas tani. Contohnya kerajaan telah memberikan subsidi baja, subsidi racun serangga
dan hasil pertanian kepada petani. Hal ini dapat dilihat apabila BERNAS yang
dipertanggungjawabkan untuk membeli hasil pertanian padi dengan harga dua kali ganda
yang jelas memberi untung kepada petani. Kerajaan juga telah membuat Rancangan
Pengairan Kemubu di Kelantan yang membolehkan tanaman padi dihasilkan dua kali setahun.
Selain itu, kerajaan telah memberi tanggungjawab kepada Bank Pertanian Malaysia dalam
memberi dana dan kemudahan kredit kepada petani untuk meningkatkan aktiviti tani mereka
di kawasan luar bandar (Pra-U Geografi Manusia, 2005: 130 ).

Di samping itu juga, penyertaan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) terutamanya oleh
masyarakat luar bandar seperti pembuatan kerepek dan kuih yang dijalankan mampu
menerima tempahan dan pasaran yang menggalakkan sepanjang tahun membuktikan bahawa
banyak kemudahan yang diberikan oleh kerajaan kepada IKS yang dilihat sebagai ”batu
loncatan” untuk penduduk menambah pendapatan isi rumah mereka (Jurnal Teknologi, 42(E)
Jun 2005: 40). Antara agensi yang terlibat dalam projek-projek sebegini untuk membuat
Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) ialah seperti PORIM, MARDI, Lembaga Kemajuan
Ikan Malaysia (LKIM). Contohnya PORIM menjalankan Penyelidikan dan Pembangunan
(R&D) untuk menghasilkan baka getah yang bermutu tinggi iaitu RRIM 2000 yang
mengandungi 20 klon bermula klon RRIM 2001 hingga 2020 (Pra-U Geografi Manusia, 2005:
131).

Namun begitu, sesuatu yang dijalankan pasti mempunyai masalah tertentu. Begitu jugalah
dengan industri ini yang baru ”setahun jagung usianya”. Contohnya ancaman fizikal yang
berlaku seperti serangga perosak, tikus, ulat, makhluk perosak, serangan belalang, bena
perang, siput dan sebagainya. Tempoh untuk menjalankan aktiviti perikanan juga adalah
mengikut cuaca , jika cuaca diramalkan tidak baik maka para nelayan tidak dapat turun ke laut
dan menunggu sehingga cuaca panas dan baik untuk turun ke laut bagi mendapatkan hasil
tangkapan. Hal ini menunjukkan bahawa faktor ini menjadi penghalang dalam memajukan
kegiatan pertanian di kawasan luar bandar.

Masalah yang amat ketara yang dapat dilihat dalam memajukan masyarakat luar bandar ialah
kekurangan tenaga buruh dalam sektor yang berkaitan. Yang paling jelas dapat dilihat adalah
dalam sektor pertanian yang ramai diusahakan oleh golongan tua berbanding dari golongan
muda. Golongan muda tidak suka mengusahakan aktiviti pertanian disebabkan golongan
tersebut berhijrah ke bandar-bandar yang banyak memberi peluang pekerjaan terutamanya
dalam sektor peridustrian. Selain itu juga, golongan muda turut menganggap kegiatan
pertanian adalah kegiatan yang memenatkan, banyak menggunakan kerahan tenaga dan
berada di bawah jemuran mentari serta mendapat pulangan yang sedikit.

Selain itu, kekurangan modal dan teknologi di negara-negara membangun telah


membantutkan pembangunan kegiatan pertanian. Oleh sebab itu, pembangunan kegiatan
pertanian hanya tertumpu kepada pertanian sara diri iaitu hasil pertanian yang diperolehi oleh
petani hanya untuk keperluan keluarga sahaja yang lebih bergantung kepada bantuan daripada
kerajaan seratus peratus. Dalam aktiviti perikanan, bot-bot kecil telah digunakan oleh nelayan
untuk menangkap ikan di laut. Manakala dalam dimensi teknologi pula, alat penangkapan
ikan yang tidak begitu moden digunakan oleh para nelayan di kawasan luar bandar seperti
pukat tarik, kelong, pukat tangkul yang menyebabkan hasil tangkapan yang diperolehi oleh
nelayan berkurangan.

Pelbagai kesan negatif yang berlaku dalam pembangunan di kawasan luar bandar dalam
menjalankan aktiviti tani. Contohnya berlakunya perubahan landskap fizikal iaitu bukit-bukit
banyak digondol untuk pembukaan kawasan pertanian yang baru yakni untuk menanam
kelapa sawit. Pertanian secara pindah juga menyebabkan tanah menjadi gersang dan tidak
subur. Penyemburan racun serangga seperti dan kaedah tebang bakar hutan yang digunakan
oleh petani luar bandar juga menyebabkan berlakunya pencemaran udara di kawasan luar
bandar. Selain itu juga, tumpahan minyak daripada bot-bot kecil nelayan dalam menjalankan
kegiatan perikanan dan penempatan masyarakat luar bandar yang lebih tertumpu di kawasan
pantai juga menyebabkan berlakunya pencemaran air. Hal ini boleh menyebabkan masyarakat
luar bandar terdorong untuk mendapat pelbagai jenis penyakit seperti taun, cirit-birit, muntah-
muntah dan sebagainya.

Penilaian terhadap kepentingan industri asas tani terhadap pembangunan ekonomi dan sosial
penduduk luar bandar tidak boleh dilihat dalam jangka masa pendek sebaliknya mestilah
dilihat dalam jangka masa panjang. Walaupun sesebuah negara itu sedang menuju ke arah
negara perindustrian namun sumbangan aktiviti tani kepada pembangunan ekonomi negara
masih diperlukan dan amat penting. Pelbagai kepentingan yang diperolehi dalam memajukan
dan mengembangkan aktiviti tani. Antaranya ialah aktiviti tani telah membekalkan keperluan
makanan kepada masyarakat luar bandar. Makanan asasi bagi masyarakat Malaysia adalah
beras, buah-buahan dan ikan membekalkan zat kepada tubuh manusia. Hal ini mampu
menghasilkan tenaga kepada manusia untuk menjalankan aktiviti seharian mereka.

Aktiviti tani juga telah menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk luar bandar dan
seterusnya menyumbang kepada pendapatan eksport negara. Misalnya pada tahun 2000
sebanyak 1.838 juta penduduk bekerja dalam sektor pertanian dan menyumbang kepada 27.8
% daripada jumlah guna tenaga dalam negara. Kegiatan pertanian dan perikanan yang
dijalankan oleh para petani luar bandar telah membekalkan peluang pekerjaan kepada
penduduk yang tidak bekerja terutamanya golongan muda yang tinggal di kawasan luar
bandar. Hal ini dapat menampung keperluan hidup mereka seterusnya dapat meningkatkan
taraf hidup penduduk. Hal ini secara tidak langsung dapat meningkatkan pendapatan perkapita
penduduk dan mengurangkan pengangguran. Selain itu, hasil pertanian dan perikanan yang
diperolehi oleh petani dapat dieksport ke luar negara. Contohnya mengesport minyak kelapa
sawit dan getah ke luar negara (Pra-U Geografi Manusia, 2005: 132).

Seterusnya, industri asas tani mampu membantu memajukan industri-industri berkaitan.


Industri asas tani turut membantu penduduk luar bandar dalam menggalakkan pendapatan
menerusi pekembangan industri-industri tertentu seperti industri pengetinan (ikan sardin),
industri pemprosesan ikan kering dan keropok, pembuatan bot dan sebagainya. Sektor ini
dilihat mampu membantu menjana industri berkaitan contohnya industri pelancongan yang
berkonsepkan home stay iaitu program yang tinggal bersama keluarga nelayan yang
dipromosikan oleh Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM). Perkembangan pesat kilang-
kilang amat bergantung kepada sektor pertanian sebagai pembekal bahan mentah. Namun
begitu, sektor industri berorientasikan eksport mula berkembang pesat di kawasan luar bandar
khususnya elektrik dan elektronik di Johor.

Perkembangan aktiviti tani khususnya perladangan mampu membantu memajukan


kemudahan asas dalam negara seperti sistem pengangkutan, petempatan selesa, sosial, sistem
telekomunikasi, rekreasi dan sebagainya bagi memenuhi keperluan penduduk luar bandar.
Contohnya rancangan pembangunan wilayah pertanian seperti di JENGKA, KETENGAH,
dan KEJORA wujud bandar-bandar baru dengan pelbagai kemudahan. Antara contoh bandar
baru yang dibina ialah seperti bandar Jengka, bandar Muadzam Syah di wilayah DARA,
bandar Al-Mukhtafi Billah Shah di wilayah KETENGAH dan bandar Tenggara di KEJORA.
Kewujudan bandar-bandar ini adalah hasil daripada perkembangan pesat sektor pertanian
yang dimajukan oleh FELDA melalui rancangan pembangunan wilayah (Pra-U Geografi
Manusia, 2005: 134).

Oleh itu, pada tahun 1970-an, kerajaan telah melaksanakan satu program pembangunan
pertanian yang berkesan bagi membasmi kemiskinanan luar bandar. Program tersebut dikenali
sebagai program pembangunan wilayah seperti DARA, KESEDAR dan lain-lain. Namun
begitu, program ini telah ditamatkan dan tiada lagi rancangan penempatan peneroka yang baru
dilaksanakan. Justeru, bagi membangunkan semula sektor pertanian dan mengatasi jurang
kemiskinan antara penduduk luar bandar dan bandar maka pihak kerajaan patut melaksanakan
kembali program pembangunan wilayah secara khusus ini kepada penduduk berpendapatan
rendah. Kawasan yang baru khususnya di Sabah dan Sarawak perlu dibuka dengan konsep
yang lebih bersistematik. Para peneroka diambil sebagai buruh dengan bayaran gaji tetap
disamping menyediakan prasarana yang lebih selesa. (Pra-U Geografi Manusia, 2005: 138)

Bagi meningkatkan sektor perikanan pula, kerajaan telah menambahkan keupayaan modal
kepada nelayan menerusi kemudahan kredit pinjaman, bantuan dan subsidi kepada para
nelayan. Nelayan yang dibelenggu kemiskinan diberikan subsidi bot, minyak diesel, pukat
dan banyak lagi bagi membantu mengurangkan yang ditanggung oleh mereka. Manakala bagi
mereka yang mahu menjalankan kegiatan akuakultur bantuan modal turut diberikan oleh
kerajaan. Selain itu, R&D yang berterusan misalnya penyelidikan tentang penetasan dan
pembiakan ikan di Terengganu.

Gambar 3: Contoh-contoh aktiviti tani di Malaysia

(Sumber: http://image.search.yahoo.com)
6.0 PEMBANGUNAN MODAL INSAN

Pembangunan modal insan amat penting terhadap pelbagai aspek dalam membangunkan
sesebuah Negara. Dalam konteks pembangunan luar bandar, modal insan menjadi aspek
penting dalam menjana tranformasi dalam aspek ekonomi, pendidikan, sosial dan sebagainya.
Ini dapat dibuktikan modal insan ini amat penting, hal ini kerana Perdana Menteri kita amat
menekankan aspek ini serta terdapatnya di dalam Rancangan Malaysia ke-9. Dengan ini ia
tertumpu kepada pembangunan modal insan yang holistik yang dilengkapi dengan
pengetahuan dan kemahiran serta mempunyai nilai moral dan etika yang utuh. Pembangunan
modal insan bukannya hanya tertumpu kepada golongan belia semata-mata tetapi ia
merangkumi semua lapisan umur termasuklah yang mempunyai telah mempunyai kerjaya
tetap. Seperti golongan doktor, peguam, para petani dan sebagainya. Pembangunan insan ialah
perubahan dalam struktur, pemikiran dan perlakuan seseorang yang disebabkan oleh pengaruh
biologikal iaitu dalaman dan persekitaran. Pembangunan insan ini melibatkan tiga aspek iaitu
fizikal, kognitif dan psikososial. Aspek fizikal melibatkan pertumbuhan dan perubahan dalam
tubuh manusia (fisiologi), aspek kognitif pula melibatkan proses mental yang berkaitan
dengan kebolehan dalam persepsi, ingatan, berhujah, kreativiti, dan kemahiran bahasa.
Manakala aspek psikososial melibatkan pembangunan peribadi, kemahiran berinteraksi
sesama manusia, kebolehan mengenal diri, emosi, kemahiran sosial dan perlakuan (Jurnal
Teknologi, 42(E) Jun 2005: 35-37).

Pembangunan modal insan kini menjadi matlamat utama dalam pembangunan luar Bandar
khususnya dalam Transformasi Kedua Luar Bandar yang memberi fokus kepada peningkatan
kualiti hidup luar bandar melalui program dan usaha untuk menjadikan kawasan mereka lebih
ditingkatkan dalam pelbagai aspek serta membantu negara dalam membangunkannya.
Lantaran itu matlamat Falsafah Baru Pembangunan luar bandar adalah untuk membentuk
insan luar bandar yang berkualiti dan menguasai nilai murni, agar mereka dapat menggunakan
masa, informasi dan sumber yang ada pada tahap yang paling optimum sehingga dapat
meningkatkan tahap pembangunan ekonomi dan kehidupan serta kesejahteraan keluarga dan
masyarakat Malaysia yang cemerlang.

Malaysia kini amat menumpukan terhadap pembangunan modal insan terutama golongan
belia. Mengikut Craig (1996), pembangunan manusia atau insan ini menjadi tumpuan utama
bagi memastikan kejayaan pembangunan masyarakat luar bandar. Pembangunan insan ialah
perubahan dalam struktur, pemikiran dan perlakuan seseorang yang disebabkan oleh pengaruh
biologikal dan persekitaran. Pembangunan insan ini bagi mengatasi masalah sosial yang amat
membimbangkan (Jurnal Teknologi, 42(E) Jun 2005: 35).

Modal insan perlu mempunyai jati diri dan kemampuan menghadapi cabaran semasa. Cabaran
kini semakin memerlukan tahap pemikiran yang tinggi bagi mengharungi cabaran ini maka
belia perlu bersedia. Bagi meningkatkannya ialah dalam ilmu pengetahuan teknogi maklumat
amat penting kini. Perdana menteri kita mahu melahirkan modal insan kelas pertama bagi
menerajui negara bagi masa hadapan. Mengikut model ini, lima elemen terpenting dalam
melahirkan modal insan kelas pertama ialah pembangunan modal insan secara holistik,
pembudayaan sikap progresif, kemantapan ilmu pengetahuan, kemahiran, modal intelektual
dan nilai akhlak yang tinggi. Malaysia ingin melahirkan insan yang berkualiti,
berpengetahuan, kreatif dan sebagainya yang dilahirkan mengikut acuan atau cara Malaysia
sendiri.

Kerajaan akan berusaha meningkatkan kesedaran rakyat mengenai peranan budaya, kesenian
dan warisan dalam kehidupan harian, di samping mempromosikan industri budaya dan
kesenian negara. Aspek pemantauan dan penilaian adalah di antara langkah yang berkesan
bagi memastikan proses membangunkan modal insan terhasil dengan sempurna. Jabatan
Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan pihak berkuasa agama negeri dilihat oleh kerajaan
boleh memainkan peranan yang lebih proaktif dalam memperkasa dan memperkukuhkan
pembangunan modal insan. Pembentukan disiplin, etika dan moral modal insan boleh
direalisasikan melalui pendidikan akhlak. Bahkan ilmu dan pengetahuan tidaklah menjadi
bermanfaat sekiranya insan yang membawanya
tidak memanifestasikan praktik ilmu dan amalannya. Kemajuan sains dan teknologi tidak
akan bermakna seandainya insan yang mengendalikannya “mundur” dan “terkebelakang”
ataupun tidak berakhlak. Modal insan juga menentukan pembawaan
nilai kemanusiaan dan nilai tauhid dan manafaat penggunaan sains dan teknologi. Modal
insan perlu dicanai dengan kemahiran berkomunikasi berkesan agar mesej tugas yang
dipertanggungjawabkan tercapai.
Dalam membangunkan modal insan ini kita perlu mengubah paradigma masyarakat luar
bandar yang suka bergantung kepada kerajaan semata-mata apabila inginkan pelbagai
perubahan terhadap kawasan mereka serta terhadap pemberian subsidi. Hal ini adalah salah
satu cabaran yang besar terhadap kerajaan dalam melaksanakan pelbagai program. Kerajaan
telah banyak membuat perancangan dalam menjayakan pembangunan modal insan ini tetapi
persoalannya adakah rakyat Malaysia ini mengambil berat dan mengetahui mengenai misi ini.

Terdapatnya halangan dalam menjayakan program ini iaitu ia lahir dari penerimaan individu
itu sendiri terhadap perlaksanaan yang disediakan oleh pihak kerajaan. Kini dapat di lihat
bahawa masyarakat kini lebih tertumpunya terhadap hiburan semata-mata terutama golongan
melayu. Ini terjadinya kerana apabila kita diberi layanan dan kemudahan bertaraf tinggi maka
mereka tidak perlu menyusahkan diri dalam mencari keperluan seperti dapat di lihat dalam
Lembaga Kemajuan Wilayah iaitu FELDA. FELDA merupakan tempat melahirkan para
pemuda ke kancah najis dadah. Mampukah pihak kerajaan dalam mencapai misi Malaysia
bebas dadah 2011, sekiranya masyarakat felda masih dengan kehidupannya di zon selesa.

Kerajaan menyarankan perlaksanaan program ini melalui pendidikan di sekolah dan


penerimaan tahap kesedaran rakyat dalam pelbagai program yang ingin dilaksanakan. Sikap
masyarakat luar bandar perlu diubah dan perlu memberi kesedaran betapa pentingnya dalam
menjana pembangunan negara bagi menjamin masa hadapan. Pembangunan modal insan ini
juga bagi mengurangkan jurang antara bandar dan luar bandar dalam aspek ekonomi,
pembangunan, infrastruktur, jurang digital dan sebagainya.

Bagi merealisasikan matlamat tersebut, negara sentiasa berusaha menyediakan tenaga kerja
berwibawa yang berbekalkan ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang, termasuk sains dan
teknologi. Modal insan merupakan individu yang berilmu, berkeyakinan, mempunyai nilai
murni dan moral yang tinggi, beretika, berbudi pekerti, bersopan-santun, berdisiplin, dinamik,
inovatif, kreatif, sihat, bersemangat patriotik, adil, progresif, cekal dan berdaya saing. Inilah
modal insan yang memiliki personaliti unggul.

Merekalah yang akan menentukan hala tuju negara pada masa hadapan. Generasi hadapan
merupakan aset insani Malaysia yang paling penting dalam usaha kerajaan merealisasikan
kewujudan sebuah Negara Bangsa yang maju, cemerlang, gemilang dan terbilang menjelang
WAWASAN 2020. Di samping itu, penekanan akan diberikan untuk menyediakan latihan
yang perlu kepada penduduk luar bandar dalam bidang kraftangan dan teknologi industri
berasaskan pertanian serta penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi untuk
perancangan dan sumber maklumat serta untuk menghubungkan pusat pengedaran di bandar
dan mengenal pasti pasaran bagi keluaran luar bandar.

Pihak kementerian melaksanakan program di kawasan luar bandar iaitu Kementerian


Pembangunan Masyarakat melalui INFRA atau Institut Kemajuan Desa. Program yang
dilaksanakan seperti program latihan yang bertujuan menghasilkan anjakan paradigma yang
positif di kalangan masyarakat luar bandar. Antara objektif utamanya ialah memberi
kefahaman mengenai Falsafah Baru Pembangunan Luar Bandar dan sebagainya. Perlaksanaan
ini juga bagi menghasilkan masyarakat luar bandar yang lebih kreatif, proaktif, inovatif serta
bijak sendiri dalam membangunkan kawasanmereka dan menjurus kepada pembangunan
negara.

Apabila masyarakat sudah mampu mengendalikan kawasan mereka terhadap pelbagai aspek
terutama ekonomi secara tidak langsung ia akan meningkatkan pendapatan mereka
sekeluarga. Dengan ini mereka akan dapat mencapai apa yang mereka ingini serta masalah
kemiskinan akan dapat diatasi.

Mutu modal insan, terutamanya golongan profesional dan berkemahiran, adalah faktor kritikal
bagi menarik pelaburan yang berkualiti. Kerajaan berusaha untuk terus meningkatkan
penyertaan bumiputera dalam sektor hartanah. Untuk ini, Pelaburan Hartanah Bumiputera
Berhad (PHBB) telah memperoleh beberapa hartanah di lokasi strategik untuk dibangunkan
sebagai projek komersil bernilai tinggi. Antara projek komersil ialah Penang Sentral yang
merupakan projek terminal pengangkutan dan logistik bersepadu di Wilayah Ekonomi
Koridor Utara (NCER). Di samping itu, satu dana permulaan bernilai 400 juta ringgit telah
diwujudkan oleh PHBB bagi meningkatkan pelaburan hartanah Bumiputera di Wilayah
Pembangunan Iskandar (WPI).
Dalam menjayakan misi maka pelbagai pihak perlu memberi peranan terutama ketua
kampung dalam mengajak atau menarik minat para penduduk mereka bersama-sama
menerima dengan baik pelbagai program yang ingin dilaksanakan. Dalam RMK-9
pembangunan modal insan diberi penekanan bagi meningkatkan daya tahan dan pertumbuhan
ekonomi serta memacu ekonomi berasaskan pengetahuan dan membentuk masyarakat dengan
sistem nilai yang boleh diteladani

Matlamat ini akan dicapai melalui peningkatan kerjasama antara Kerajaan, sektor swasta dan
masyarakat. Contohnya, dalam sektor perikanan para nelayan diberi pengetahuan dan
kemahiran tentang penggunaan teknik-teknik penangkapan ikan yang moden. Bagi
mengurangkan masalah sosial, pembangunan kerohanian masyarakat adalah penting untuk
melahirkan masyarakat yang bersopan santun, beradab dan berbudi bahasa. Pembangunan
modal insan akan dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran (KPM), Kementerian Pengajian
Tinggi (KPT), Kementerian Sumber Manusia (KSM) dan Kementerian Pembangunan
Usahawan dan Koperasi (MECD) serta Kementerian Belia dan Sukan (KBS). KPM
bertanggungjawab untuk menyediakan lebih banyak peluang pendidikan prasekolah, rendah
dan menengah serta pendidikan guru yang berkualiti manakala KPT bertanggungjawab untuk
meningkatkan peluang pendidikan tertiari yang berkualiti. Program latihan untuk
meningkatkan kemahiran tenaga buruh akan dilaksanakan oleh MECD, KSM dan KBS.

Pembangunan luar bandar memerlukan modal insan bagi merealisasikan perlaksanaan yang
ingin dilaksanakan oleh pihak kerajaan. Modal insan amat penting ini kerana supaya negara
kita tidak mudah tertipu oleh mana-mana pihak yang ingin mengambil kesempatan. Dengan
itu juga bagi melahirkan pakar-pakar penyelidikan supaya negara kita dapat menghasilkan
teknologi sendiri dan boleh standing dengan negara maju. Modal insan kelas pertama ini juga
bagi meningkatkan kawasan luar bandar supaya tidak terdapat jurang antara bandar. Ini bagi
dilaksanakan dalam bidang pertanian iaitu merperbanyakkan pertanian yang dikomersialkan
menjadi pelbagai produk yang berkualiti serta mampu berada di arena perniagaan
antarabangsa.
Dalam pembangunan modal insan ini bagi melahirkan konsep pembangunan kawasan mereka
melalui cetusan idea atau ilham mereka sendiri bukannya semata-mata menngharapkan
daripada pelbagai pihak untuk membantu mereka dalam semua perkara. Masyarakat perlu
memikirkan idea transformasi bagi pembangunan mereka secara bersepadu iaitu mengikut
peringkat kerana ia memerlukan perancangan secara terperinci. Selepas merancang maka
mereka perlu melaksanakan serta menyelesaikan sehingga ia berjaya seperti diingini.
Sekiranya ia berlaku sebaliknya maka mereka perlulah berfikiran secara rasional iaitu
mengenal pasti apakah kekurangan atau kesalahan dalam perlaksanaan tersebut. Mereka tidak
seharusnya cepat mengalah. Inilah salah satu sifat yang amat ditakuti kerana ia merupakan
sumber daya dan mentaliti bagi meningkatkan gaya perlaksanaan serta dalam aspek
pembaikan dalam mempengaruhi masyarakat lain.

Dengan itu masyarakat juga perlu mempunyai daya saing yang sihat bagi lebih menghasilkan
sesuatu hasil dengan lebih kreatif iaitu kita akan dapat pelbagai hasil yang dihasilkan.
Masyarakat perlu lebih meningkatkan mentaliti dalam mengharungi era globalisasi ini. Era ini
memerlukan daya mentaliti bagi menguasai sesuatu aspek terutamanya dalam ekonomi.

Pembangunan modal insan amat penting untuk dipertingkatkan di kalangan rakyat malaysia.
Hal Ini kerana dalam menerajui masa depan negara memerlukan tahap mentaliti yang tinggi
bagi menguruskan pentadbiran negara. Hal ini bukannya hanya tertumpu kepada golongan
belasan tahun sahaja tetapi kepada semua peringkat umur. Kini, dalam kebanyakan bidang
memerlukan pelbagai pembaharuan dari segi idea untuk mengkomersialkan pelbagai jenis
produk iaitu dari kata lain pihak majikan inginkan kelainan berbanding dengan produk lama.

7.0 INFRASTRUKTUR

Infrastuktur pembangunan luar bandar lebih tertumpu kepada peningkatan tahap kemudahan
infrastruktur desa dengan cadangan piawaian yang sesuai untuk mengelakkan kos
pembangunan yang terlampau tinggi atau mengelak daripada berlakunya pembaziran.
Matlamat pembangunan luar bandar yang telah dirancang adalah untuk mengekalkan ciri-ciri
dan identiti desa masyarakat setempat. Dengan penggunaan sumber semulajadi atau
keistimewaan setempat dalam usaha pembangunannya daripada segi fizikal mahupun
ekonomi nescaya pembangunan kawasan luar bandar mampu menjadi satu destinasi yang
menarik, sekaligus dapat menarik minat pelancong datang melancong ke negara inii. Pihak
yang berkenaan sentiasa bertungkus-lumus dalam memajukan kawasan luar bandar, sistem
perhubungan yang cekap untuk pembangunan masyarakat desa mula disediakan.

Usaha-usaha akan terus dipergiatkan untuk meningkat, memperbaiki, melengkap dan


menaiktaraf semua prasarana awam, meliputi jalan raya, sistem bekalan air, elektrik dan
jaringan telekomunikasi. Sistem jalan raya di kawasan luar bandar telah mengalami banyak
perubahan sejak era 1990-an iaitu seiring dengan perkembangan dan kemajuan negara.
Pembinaan dan penyelenggaraan jalan-jalan negeri terus diberi perhatian, baik di peringkat
Kerajaan Negeri mahupun di peringkat Kerajaan Persekutuan. Contohnya dalam RMK-9, di
Negeri Sembilan peruntukan sebanyak RM729 juta akan disalurkan oleh Kerajaan
Persekutuan untuk pelbagai projek infrastruktur termasuk kerja-kerja membina Jalan
Lingkaran Tengah Seremban, Jalan Seremban-Pasir Panjang melalui Lebuh Raya Port
Dickson, naik taraf Jalan Seremban – Senawang dan Jalan Seremban – Kuala Pilah. Daripada
RM28.10 juta yang diperuntukkan untuk tahun 2008 di bawah sektor infrastruktur sebanyak
RM14.00 juta adalah peruntukan di bawah P55 bagi Jabatan Kerja Raya
(http://www.pmo.gov.my/webnotes ).

Pihak kerajaan telah menubuhkan Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah
(KKLW). Penubuhan KKLW ini adalah dipertanggungjawabkan dalam menyediakan
kemudahan-kemudahan infrastruktur terutamanya di kawasan luar bandar. Penyediaan
kemudahan-kemudahan infrastruktur lebih tertumpu mengikut daerah-daerah yang masih
ketinggalan seperti di Daerah Hulu Perak, Perak tengah, Kerian, Hilir Perak dan Pengkalan
Hulu. Perkara paling penting dalam Pembangunan Masyarakat Luar Bandar adalah tertumpu
kepada Pembinaan Jalan Luar Bandar, Program Jalan Kampung dan program-program
bercorak ekonomi komersial. Tumpuan ini diharapkan dapat meningkatkan lagi taraf hidup
dan kualiti penduduk serta dapat mengurangkan kadar kemiskinan dan penyusunan semula
masyarakat. (http://www.prk.icu.gov.my/BM_PPNPRK/Profil/sejarah.html)

Antara projek pembangunan luar bandar ialah pembinaan jalan luar bandar. Program ini
merupakan satu program penting bagi memajukan sesuatu kawasan ataupun wilayah dalam
sesebuah daerah di samping meningkatkan kadar ketersampaian dari satu kawasan ke satu
kawasan yang lain. Hal ini dapat meningkatkan pembangunan ekonomi dan taraf hidup
penduduk luar bandar. Selain itu juga, bekalan air bersih di kawasan luar bandar turut
diperbaiki dan diselenggara untuk menjamin keselesaan penduduk. Program ini merupakan
program sambungan bagi menyediakan kemudahan air di kawasan luar bandar terhadap
penduduk yang masih belum menikmati kemudahan ini di samping menggantikan sistem paip
yang sudah uzur. Bekalan air secara alternatif juga turut disediakan bagi kawasan-kawasan
yang sukar dan berjauhan daripada paip utama.

Selain itu juga, Program Jalan Kampung turut dititik beratkan agar pembangunan dapat
diagihkan secara adil dan saksama. Jalan-jalan di kawasan perkampungan masih lagi ada tidak
terlihat dimana berlakunya pembangunan. Oleh itu, pihak kerajaan akan menaikkan lagi taraf
jalan kampung, seperti pemasangan lampu jalan, membaikpulih jalan yang telah rosak dan
lain-lain. Program ini melibatkan pembaikpulih dan penyelenggaraan jalan kampung.
Sebelum ini, Program Jalan Kampung hanya tertumpu kepada naik taraf jalan tetapi
keputusan baru yang diterima bahawa penyelenggaraan jalan kampung juga akan diselaraskan
oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar
(http://www.prk.icu.gov.my/BM_PPNPRK/Profil/terasperkhidmatan.html).

Manakala bagi projek pembangunan Bekalan Elektrik Luar Bandar turut menjadi salah satu
usaha untuk memajukan luar bandar. Program ini tetap diteruskan demi kesejahteraan rakyat
di kawasan pendalaman termasuk masyarakat orang asli. Program ini tidak melibatkan
peruntukan Kerajaan Persekutuan tetapi ianya menggunakan peruntukan daripada Tabung
Amanah (Penjana Bebas Semenanjung Malaysia). Dalam arus pemodenan kini juga kita perlu
menitikberatkan kesejahteraan rakyat, apa ertinya pembangunan sekiranya kebajikan rakyat
dipertikaikan. Oleh itu, kerajaan telah menubuhkan program kesejahteraan rakyat iaitu salah
satunya ialah program PPRT yang mempunyai sub-projek yang pelbagai.
Walaubagaimanapun, diharapkan program ini dapat mengurangkan kadar kemiskinan dengan
lebih berkesan melalui kaedah perancangan yang lebih teratur dan terkini.

Selain itu, program penyusunan semula rakyat turut diberikan perhatian. Program ini
merupakan satu Program Penyusunan Semula Masyarakat Luar Bandar yang sebelum ini
kedudukan berselerak, terdedah kepada bencana banjir, tiada tapak rumah dan ketiadaan
kemudahan prasarana yang cukup. Melalui program ini dengan kaedah pembangunan Insitu,
diharap dapat mewujudkan sistem perkampungan yang lebih sistematik dan berdaya maju.
Antara lain program yang dijalankan ialah Program Pembangunan Minda. Program ini lebih
menjurus ke arah pembangunan kemanusiaan kepada golongan-golongan miskin samada
ketua isi rumah, ibu dan anak-anak mereka. Program ini memberi tumpuan melalui kursus dan
latihan dengan harapan sifat berdikari dapat diwujudkan dan terkeluar dari belenggu
kemiskinan. Program peningkatan ekonomi juga diberi tumpuan, dimana program ini
dirancang supaya skala penglibatan golongan miskin dapat melibatkan diri dalam kegiatan
ekonomi secara besar-besaran. Ianya meliputi kegiatan pertanian dan ternakan. Diharap
melalui program ini, pendapatan golongan ini lebih terjamin dan meningkat berbanding
program ekonomi yang dijalankan secara kecil-kecilan. Walaubagaimanapun, suatu
mekanisma pengurusan program ini harus dikaji dan diberi perhatian secara serius.
(http://www.prk.icu.gov.my/BM_PPNPRK/Profil/fungsi.html)

8.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, pembangunan luar Bandar akan dipergiatkan bagi meningkatkan pendapatan


dan kualiti hidup penduduk luar bandar. Bagi menigkatkan pendapatan dan kualiti hidup ini,
masyarakat luar bandar perlulah membangun dari segenap bidang yang diceburu. Contohnya
dalam bidang pendidikan, mereka perlulah setanding dengan masyarakat bandar supaya
jurang ketidaksamaan dapat dikurangkan. Transformasi dalam pembangunan luar bandar
diperlukan untuk menjadikan kawasan luar bandar yang menarik, maju dan menguntungkan
melalui penduduk yang dinamis dan kreatif. Nilai ini amat bertepatan dengan pembangunan
dalam sektor pelancongan di kawasan luar bandar. Pembangunan sektor pelancongan di luar
bandar ini akan memberikan banyak faedah kepada masyarakan itu sendiri. Masyarakat luar
bandar juga haruslah memiliki kualiti yang kompetitif setanding dengan masyarakat luar
bandar terutama dari segi penguasaan ilmu pengetahuan, peranvangan strategik, kebolehan
penyelesaian masalah dan keyakinan untuk berjaya.

Pembangunan luar bandar ini diharapkan dapat menjadi pemangkin kepada pencapaian
pembangunan fizikal yang menyeluruh, menuju ke arah negara maju tahun 2020. bagi
mencapai hasrat besar ini penduduk desa mesti berubah sikap dari mentaliti subsidi kepada
individu yang mempunyai daya saing dan daya maju tanpa menunggu bantuan dari kerajaan.

Secara umumya, pembangunan luar bandar amat penting agar masyarakat luar bandar tidak
terpinggir dan ketinggalan berbanding masyarakat bandar. Hal ini penting untuk menjamin
masa depan generasi masa hadapan penduduk luar bandar. Oleh itu, semua pihak sama ada
pihak kerajaan ataupun penduduk luar bandar itu sendiri perlu sentiasa melakukan perubahan
yang positif agar masyarakat luar bandar tidak lagi dianggap golongan yang pasif. Selain itu,
kerjasama diantara semua pihak turut penting agar pembangunan dapat dijalankan tanpa
sebarang masalah dan pembangunan yang dilakukan adalah secara berterusan.

http://pembangunan162.blogspot.com/2008/09/pembangunan-luar-bandar-mjt2053.html

You might also like