You are on page 1of 3

CIRI-CIRI ORANG TAK BERIMAN

Antara cirri-ciri orang tak beriman ialah:

 Berpenyakit hati
Maksud firman Allah dalam ayat 10 surah al-Baqarah yang
bermaksud : Dalam hati mereka ada penyakit. Maka Allah tambahkan lagi
penyakit itu, kepada mereka dan mereka akan
mendapat seksa yang pedih dengan sebab mereka berdusta
terhadap kebenaran.
(sumber : surah al-Baqarah ayat 10)

 Kebodohan diri sendiri di mana golongan orang tak beriman terlalu


yakin bahawa segala kerja jahat mereka tidak akan diketahui dan
disedari oleh orang mukmin sedangkan mereka lupa bahawa Allah
mengetahui segala-galanya.
 Tidak berpendirian di mana mereka sentiasa merasa cemas
dan bimbang kepada suasana sekitar yang mana tetap akan
kembali kepada Islam dengan pertolongan Allah dan akan
terhapusnya kebatilan. Mereka sentiasa mencari jalan penghalang
agar kebenaran dapat dikaburkan dan dipandang serong.
 Menentang kebenaran iaitu dengan menghalang dan
mengfitnah orang yang benar-benar berjuang di jalan Allah agar
segala kejahatan dan penipuan mereka selama ini dengan menjual
dan mencipta Islam palsu tidak terbongkar dan disedari oleh orang
ramai.Benarlah firman Allah dalam ayat 64-65 surah at-Taubah yang
bermaksud : Orang-orang munafik itu takut jika diturunkan kepada mereka
satu surah yang memberitahu apa yang(tersembunyi) di hati mereka..
Berperasaan syak terhadap agama

Firman Allah dalam ayat 125 surah at-Taubah yang


bermaksud : Dan adapun orang-orang yang berpenyakit dalam hati
mereka, (hanyalah) menambah kekotoran bersama kekotoran
mereka (yang sedia ada) dan mereka mati dalam keadaan kufur.

 Mereka sentiasa berperasaan syak terhadap kemampuan sistem


Islam dalam menjamin kemajuan dan keadilan sepanjang zaman,
syak tentang keamanan dan kestabilan jika pelaksaan hukum Islam
dijalankan.
 Melakukan kebinasaan di muka bumi
Firman Allah dalam ayat 11-12 surah al-Baqarah yang
bermaksud : Dan apabila dikatakan kepada mereka itu, janganlah kamu
membuat kebinasaan (kemungkaran) di muka bumi mereka
menjawab : "Sesungguhnya kami orang-orang yang hanya
membuat kebajikan (untuk kepentingan manusia). Ketahuilah
bahawa sesungguhnya mereka ialah sebenar-benar orang membuat
kebinasaan (kemungkaran) tetapi mereka tidak menyedarinya.

 Golongan ini sentiasa merancang dan berusaha ke arah


menjauhkan umat manusia daripada Islam yang menjamin
keamanan sejagat melalui media massa, mendapat bantuan
daripada kuffar termasuk yahudi dalam menghadapi kebangkitan
gerakan Islam dan menggadaikan agama dengan menghinanya
sehingga menakutkan orang belum Islam sehingga wujudnya
suasana yang tegang dan takut kepada Islam. Mereka lebih

gembira melihat keadaan yang penuh kekeliruan dan kekecohan


daripada melihat bangkitnya Islam dengan kebenarannya.
 Menuduh orang mukmin dengan bodoh dan tolol
Firman Allah dalam ayat 13 surah al-Baqarah yang bermaksud :

Dan tatkala dikatakan kepada mereka, berimanlah kamu


sebagaimana orang ramai beriman. Jawab mereka : " Adakah patut
kami beriman sebagaimana telah beriman orang-orang bodoh dan
tolol itu?". Ketahuilah sesungguhnya merekalah orang-orang yang
benar-benar bodoh dan tolol tetapi mereka tidak mengetahuinya.
 Mereka sanggup menghina ulama' yang lebih arif tentang Islam
dan sanggup hina nabi s.a.w dan Islam itu sendiri kerana merasai
bahawa mereka lebih cerdik dan pakar dalam bab agama dan
keduniaan. Mereka berusaha menjadikan para mufti, qadhi dan
ulama' sebagai orang yang patuh dan taat pada kejahilan mereka
demi menjaga pangkat dan kedudukan mereka. Agama hanya
digunakan untuk menangkis dan menyembunyikan penipuan
mereka terhadap Islam. Mereka lebih rela meminta nasihat
daripada orang kafir dan anti-hadis daripada menerima teguran
daripada ulama' akhirat.
(sumber : surah al-Baqarah ayat 13)
 Kuat permusuhan dan bongkak dengan dosa
Firman Allah dalam ayat 204-206 surah al-Baqarah yang
bermaksud : Dan diantara manusia itu, ada setengahnya yang
menyebabkan engkau tertarik hati kepada percakapan mereka
(yang lunak dan menarik) semasa hidup di dunia. Dan dia
bersumpah (dengan nama Allah bahawa segala yang dikatakan itu
adalah benar) kepada Allah akan apa yang di dalam hatinya
sedangkan dia sebenarnya orang yang paling kuat permusuhannya
terhadapmu. Dan apabila ia berpaling (apabila mendapat hajatnya)
berusahalah dia di muka bumi Allah untuk melakukan kerosakan
dan kebinasaan, dirosakkannya tanaman dan ternakan dan Allah
tidak menyukai kerosakan dan kebinasaan itu. Dan apabila
dikatakan kepadanya : " Bertaqwalah kepada Allah". Maka
timbullah kesombongannya dengan meneruskan melakukan dosa.
(sumber : surah al-Baqarah ayat 204-206)
(sumber : agama/ciriciri-bukanmukmin-sejati_post173.html)

You might also like