You are on page 1of 9

1.

0 PENGENALAN

Bahasa Melayu kini sedang berkembang dengan pesat dan digunakan dalam pelbagai bidang
ilmu, kehidupan dan pekerjaan di Malaysia. Rakyat negara ini sudah menerima Bahasa Melayu
sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan yang tidak berbelah bagi. Selaras dengan Dasar
Pendidikan Kebangsaan yang termaktub dalam Akta Pendidikan 1996, Bahasa Melayu ialah mata
pelajaran teras di semua sekolah rendah dan menengah. Bahasa Melayu berperanan sebagai bahasa
kebangsaan dan bahasa perpaduan rakyat di Malaysia.

Pendidikan Bahasa Melayu berhasrat membina rasa bangga terhadap bahasa yang
mencerminkan akal budi dan pemikiran rakyat, juga berperanan sebagai pemangkin kepada semangat
cinta akan tanah air yang dikongsi bersama oleh semua rakyat dalam satu wawasan. Pendidikan
Bahasa Melayu mempunyai potensi untuk dimartabatkan dan diperluas ke peringkat antarabangsa
menerusi teknologi maklumat dan komunikasi. Oleh itu, pengetahuan yang menyeluruh dalam
penggunaan Bahasa Melayu adalah sangat penting bukan sahaja kepada para pelajar, tetapi juga
kepada semua warga Malaysia.

2.0 OBJEKTIF

Tujauan kajian ini adalah untuk mengenalpasti dan memahami salah satu aspek yang terdapat
dalam Bahasa Melayu iaitu Sinonim agar para bakal guru dapat mengaplikasikan Bahasa Melayu
dengan baik dan dalam tujuan pengajaran terhadap murid agar bakal guru dapat melengkapkan murid
dengan keterampilan berbahasa dan berkomunikasi bagi memenuhi keperluan diri dalam urusan
harian, pendidikan dan pekerjaan..

1
3.0 KAEDAH

Kaedah yang digunakan dalam menghasilkan kajian ini adalah dengan menjalankan kajian
leteratur iaitu dengan merujuk buku-buku yang berkaitan dalam penghasilan kajian ini yang terdapat
di perpustakaan. Selain itu, pembacaan melaui artikel juga dilakukan untuk melengkapkan lagi kajian
ini.

4.0 BATASAN

Kajian ini hanya menumpukan dalam kajian berkaitan bidan ataupun matapelajaran dan
penggunaan Bahasa Melayu sahaja. Oleh itu, bidang lain yang tidak berkaitan dalam penggunaan
bahasa Melayu tidak termasuk dalam aspek kajian ini.

2
5.0 ISI

Perkataan sinonim berasal daripada bahasa Yunani Kuno, iaitu onoma yang bererti ‘nama’
dan syn yang beerti ‘dengan’. Maksud sinonim ialah ungkapan, iaitu perkataan, frasa atau ayat, yang
maknanya lebih kurang sama dengan ungkapan lain. Kata sinonim diterjemahkan sebagai kata seerti,
yang bermakna sesuatu kata dianggap sebagai sinonim bagi sesuatu kata lain jika kedua-duanya
mempunyai makna yang sama. Ini bermakna bahawa kata-kata yang bersinonim mempunyai struktur
leksikel yang sama. Sebagai contoh, jika sesuatu kata mempunyai struktur leksikel yang dapat
dikategorikan sebagai +kata nama, +manusia, +jantina lelaki, +punya anak, maka kata yang
bersinonim dengannya juga harus mempunyai struktur leksikel yang sama. Berdasarkan pencirian
seperti ini, maka bapa boleh dikatakan sinonim bagi ayah.

Kesinoniman tidak terhad kepada pasangan atau hubungan dua arah sahaja. Misalnya,
sinonim bagi bapa tidak terhad kepada ayah, kerana dalam bahasa Melayu ada juga kata abah sebagai
kata lain bagi ayah dan bapa. Dalam kes ini, kesinonimanya adalah dalam enam arah, yakni tiga
pasangan : bapa-ayah ; bapa-abah ; ayah-abah. Hal yang sama berlaku pada kesinoniman cantik dan
molek. Kita sudah pun mengenal pasti bahawa indah berkongsi ciri-ciri leksikel yang sama dengan
cantik. Jika seseorang murid yang menjawab soalan mencari sinonim bagi kata penuntut, meletakkan
jawapannya siswa atau mahasiswa, maka kita tidak boleh mengatakan bahawa jawapannya salah.

Dalam memperkatakan sinonim, kata-kata yang terlibat secara unggulnya, hendaklah


mempunyai struktur leksikel yang sama semuanya. Walaupun ciri-ciri nahu dan makna pada asasnya
sama, kata akan berbeza dari segi penggunaannya dan juga peluasan maknanya. Jika kita ambil
contoh murid-penuntut-mahasiswa, kita akan dapati adanya ciri-ciri pembeza antara ketiga-tiganya
seperti berikut.

Murid : +kata nama, +manusia, +kanak-kanak, +dewasa, +sekolah, +berguru.

Penuntut : +kata nama, +manusia, +dewasa, +kanak-kanak, +sekolah, +maktab, +universiti,


+berguru.

Mahasiswa : +kata nama, +manusia, +dewasa, +universiti, +berguru.

Sebenarnya struktur leksikel ibu dan emak tidaklah seratus peratus sama. Ini disebabkan
peluasan makna yang dialami oleh ibu.

Ibu : +kata nama, +manusia, +haiwan, +objek konkrit, +betina/perempuan, +-melahirkan anak,
+kawasan.

Emak: +kata nama, +manusia, -haiwan, -objek konkrit, +perempuan, +melahirkan anak, -kawasan.

3
Berdasarkan struktur leksikelnya, kata ibu boleh wujud dalam hubungan
sintagamatik, bukan sahaja dengan kata nama manusia, tetapi juga dengan kata nama haiwan, benda,
dan kawasan. Misalnya, ibu suami saya, ibu kambing, ibu roti, ibu roti, ibu kunyit, ibu asrama, ibu
negeri, ibu sungai.

Hubungan sintagamatik bagi bagi emak adalah terbatas. Kata ini khususnya digunakan untuk
merujuk kepada wanita yang melahirkan anak. Sinonim yang mempunyai persamaan seratus peratus
dari segi maknanya jaih lebih sedikit daripada sinonim yang bertindihan sebahagian daripada ciri-ciri
maknanya. Jenis yang pertama boleh dinamakan sinonim sejati, sedangkan jenis yang kedua sinonim
semu, yang pada imbasan pertama kelihatan seperti seerti tetapi pada hakikatnya bukanlah betul-betul
seerti.

Antara pasangan sinonim semu ialah (1) abad-kurun, (2) tamadun-peradaban, (3) nahu-
tatabahasa, (4) anggerik-orkid, (5) mawar-ros, (6) melur-melati, (7). Pasangan (1) dan (2)
mempunyai kata akar yang berasal daripada bahasa Arab. Mungkin dalam bahasa Arab sendiri, abad
dan kurun bukan sinonim sejati walaupun ada pertindihan makna. Apabila abad dan kurun digunakan
dalam bahasa Melayu, kedua-duanya mempunyai makna yang sama, iaitu seratus tahun. Begitu juga
tamadun dan peradaban.

Berkenaan dengan pasangan (3) - (6), kesinoniman seratus peratus wujud apabila kata baru
daripada bahasa asing dimasukkan sebagai pilihan lain untuk kata yang sedia ada. Bahasa Melayu
sudah mempunyai nahu, anggerik, mawar, melati, dan pasangan sinonim untuk setiap satunya datang
kemudian. Sinonim semu timbul apabila terdapat anjakan ciri makna untuk keperluan konteks, sama
ada sosial, kepercayaan alamiah, atau seumpamanya. Perbezaan kata murid-penuntut-mahasiswa
dapat dijelaskan berdasarkan konteks sosial dan alamiah. Dalam pasangan suami-isteri dan laki-bini
terdapat perbezaan yang berasaskan konteks sosial yang jelas menunjukkan peringkat kecanggihan
peradaban.

4
5.1 Sinonim yang bukan sinonim

The World Book Encyclopedia (1992) menerangkan sinonim sebagai ‘kata yang mempunyai
makna yang sama atau hampir sama seperti dalam kata yang lain’. Sementara itu, Kamus Dewan Edisi
Ketiga (1994) mendefinisikan sinonim sebagai kata-kata yang sama maknanya atau kata-kata yang
sama maknanya dengan kata lain atau kata seerti.

Persoalannya di sini, apakah perkataan-perkataan yang dikatakan bersinonim benar-benar


mendukung pengertian dan makna yang sama, dan dapatkah kata-kata tersebut ditukar ganti dalam
ujaran atau tulisan? Tentulah sukar untuk berbuat demikian, kerana setiap kata ada komponen atau
ciri-ciri maknanya sendiri yang tidak dimiliki oleh kata lain. Misalnya, kata ibu dan emak dikatakan
bersinonim. Apakah kedua-dua kata ini mendukung pengertian yang sama tepat sehingga
pengunaannya boleh ditukar ganti dalam ujaran atau penulisan? Bolehkah kata ibu digantikan dengan
emak dalam ungkapan ibu pejabat, ibu mithali atau ibu ayam menjadi emak pejabat, emak mithali atau
emak ayam? Sudah tentu kurang tepat atau agak janggal kalau digunakan emak dalam ungkapan-
ungkapan tersebut.

Kita perhatikan entri makna yang terlibat dalam Kamus Dewan (1994) bagi kedua-dua kata
tersebut. Kata emak diberikan erti ‘orang yang melahirkan seseorang’, manakala bagi kata ibu
terdapat tiga entri makna seperti yang berikut :

I. Orang yang melahirkan kita.


II. Panggilan hormat terhadap wanita yang telah berumur atau wanita yang bersuami.
III. Bahagian besar (induk, utama, pusat dan lain-lain) daripada sesuatu (seperti pejabat
dan lain-lain).

Kalau diteliti komponen makna bagi kedua-dua kata didapati bahawa kata emak dan ibu
hanya ‘orang yang berupaya untuk melahirkan anak atau orang yang melahirkan kita’. Sementara itu,
kata ibu ada dua lagi komponen makna yang tidak terdapat dalam kata emak seperti yang dinyatakan
di atas. Dengan yang demikian, tidaklah tepat jika dikatakan kata emak bersinonim dengan ibu.

Walaupun pada lasimnya kedua-dua kata ini dianggap mempunyai erti yang sama, tetapi
tidaklah sedemikian jika diteliti erti kedua-dua perkataan tersebut dari sudut makna atau semantik.
Makna bagi sesuatu kata tidaklah tetap kerana maknanya akan berubah-ubah mengikut konteks
penggunaan dan amalan kebudayaan masyarakat penuturnya.

Umpamanya dalam masyarakat kampung, kata sungai dalam ujaran yang berikut : “ Saya nak
ke sungai”, mambawa erti ‘membuang air besar’ bukan ‘tali air’. Demikian juga dalam masyarakat
Sabah bilang membawa erti ‘cakap’ atau ‘bicara’ dan tidak membawa erti ‘menghitung’. Justeru, kata
hitung tidak boleh disinonimkan dengan bilang dalam ayat, “Dia bilang dia mahu pulang sekarang”.

5
Perhatikan satu lagi contoh bagi sinonim, iaitu kata cantik menurut Tesaurus Umum Bahasa
Melayu (1990), terdapat 27 kata yang dikatakan bersinonim dengan kata cantik. Antara kata-kata itu
adalah seperti yang berikut : indah, elok, bagus, ayu, lawa, jelita, rupawan, juita, bergaya, berupa,
kacak, tampan, gombang, kirana, mongel, laksemi, ganteng, jambu, manis, kecil molek, menawan,
menarik, segak, jombang, dan anggun. Walaupun mempunyai pilihan sebanyak 27 kata sinonim bagi
kata cantik, tetapi bukan semua kata ini dapat mendukung makna atau pengertian yang sama dengan
yang lain. Makna sebenar kata-kata ini, amat bergantung pada situasi penggunaannya.

Sekadar contoh, perhatikan beberapa daripada kata yang disenaraikan di atas dan komponen
maknanya untuk melihat persamaan dan perbezaan maknanya. Untuk itu, makna empat perkataan
yang bersinonim, iaitu anggun, cantik, kacak, dan mongel diberikan di bawah :

a. Anggun : elok, tampan (pakaian, tingkah laku, gaya)


b. Cantik : sangat menarik apabila dipandang (berkenaan) orang perempuan, rupa muka,
bangunan, benda, pemandangan dan lain-lain sangat elok (bagus, molek).
c. Kacak : i. kelihatan gagah, segak, tampan.
ii. angkuh, bongkak.
d. Mongel : i. kecil, molek, cantik.
ii. menarik hati (anak)

Apabila diteliti komponen makna yang dimasukkan sebagai entri bagi kata-kata di atas,
nyatalah bahawa setiap kata ada mendukung makna yang tersendiri, da nada yang berlainan daripada
makna yang didukung oleh kata lain dalam kelompoknya. Tegasnya, setiap kata mempunyai
maknanya sendiri yang tidak dimiliki oleh kata yang lain. Oleh itu, kata-kat ini perlulah digunakan
dengan teliti dalam ayat atau ujaran, dan yang penting ialah mengambil kira komponen makna yang
tercakup dalamnya. Umpamanya, dalam ayat “ Anak kecil Lekshmi mongel sekali”, menjadi “Anak
kecil Lekshmi kacak sekali” kerana mongel lazimnya merujuk kepada anak kecil atau bayi yang tidak
kira jantina, sama ada lelaki atau perempuan, manakala kacak pada kebiasaannya digunakan untuk
lelaki yang dalam lingkungan umur 20 hingga 30 tahun.

Demikian juga tidak tepat maknanya jika ayat “Praveena cukup anggun dengan pakaian
baharunya”. Dalam ayat kedua ini, makna yang disampaikan ialah ‘Praveena ialah seorang gadis yang
mempunyai rupa paras yang cantik’, sedangkan yang hendak dimaksudkan dalam ayat pertama ialah
‘Praveena memakai pakaian yang cukup elok dipandang’. Dengan yang demikian, tidak boleh
dikatakan bahawa kata anggun bersinonim dengan cantik, walaupun pada lazimnya kedua-dua kata ini
dikelompokkan sebagai kata-kata yang bersinonim.

6
Selain itu, ada ketika kata cantik digunakan untuk membawa makna yang berlawanan dengan
makna yang didukungnya. Misalnya, dalam ayat, “Banyak cantik kerja kamu!”, si penutur tidak
bermaksud bahawa kerja orang yang dilawan cakap itu cantik, tetapi sebenarnya memberitahu bahawa
kerjanya tidak cantik ataupun hodoh. Jadi, dalam ayat ini, kata cantik tidak boleh disinonimkan
dengan kata lain seperti anggun, mongel atau kacak.

7
5.2 Contoh-contoh perkatan yang bersinonim

A abad - J S
kurun aring - jala empit - ketat; sendat
abdi - hamba jejaka - pemuda serang - serbu
abjad - huruf jirus - siram; curah sesal - insaf
adab - sopan johan – juara suntik - cucuk
adil - saksama K syor – cadangan
akibat - pad kabur - malap T
B kacak - tampan ampal - lekat
bahagi - agih kandas - gagal tanggal - tarikh; lucut
baki - lebih; sisa karam - tenggelam U
bakti - jasa kekal – abadi usir – halau
bangga - megah L W
banyak - ramai azim - biasa wajah -muka
basmi - hapus lelap - lena wajar - patut
bebas – lepas lokek – kedekut wanita – perempuan
C cahaya - M Y
sinar ewah – makmur yakin – percaya
cegah - tegah; larang N Z
cekap - mahir naib - timbalan zalim -kejam
cerita - kisah nilai – taksir ziarah - lawat; kunjung
cermat - teliti; jimat P
cipta - reka parit - longkang
condong - senget pecat - buang
conteng – coreng R
D ramal -teka
dalih - helah rampas - rebut
datar - rata rancak - giat
dakap – peluk rela - sudi
F rendang - rimbun
faedah -manfaat rumit - sukar; payah; susah
faham – tahu
G
ganggu - kacau; usik
gantung - sangkut
gelak - ketawa
gelojoh - lahap
gelombang - ombak
girang – riang
H
hairan - takjub; kagum
hajat - maksud
hampas - sisa
hasrat - tujuan; niat
hebah - siar; sebar
herdek - marah; hamun;
tengking
I
nsan - manusia
isyarat – tanda

8
6.0 PENUTUP

Daripada perbincangan diatas, dapatlah dibuat beberapa kesimpulan tentang sinonim.


Pertamanya, tidak ada sinonim yang seratus peratus sama dengan kata yang dikelompokkan
dengannya seperti yang dihuraikan di atas. Dengan kata lain, kesamaan maknanya tidaklah bersifat
mutlak.

Kedua, sesuatu kata itu lazimnya mempunyai pelbagai makna, iaitu makna denotasi atau
makna literal, dan makna konotasi. Makna denotasi ialah makna yang lazimnya ditentukan dalam
kebanyakan kamus, manakala makna konotasi tidaklah tetap dan sentiasa berubah-ubah mengikut
konteks penggunaan kata itu dan sosiobudaya sesuatu masyarakat.

Oleh sebab kata mempunyai banyak makna atau pengertian, maka penggunaan kata-kata yang
sinonim untuk menggantikan kata tersebut haruslah dilakukan dengan berhati-hati supaya kata yang
digantikan benar-benar mendukung pengertian yang sama.

Walaubagaimanapun, kata-kata sinonim tetap memainkan peranan untuk memperkaya sesuatu


bahasa kerana membantu penutur dan penulis mengelak daripada menggunakan perulangan kata yang
sama sehingga membosankan pendengar atau pembacanya.

Kini memandangkan makna menjadi amat penting dalam struktur bahasa, maka sudah timbul
keperluan bagi meneliti dan membicarakan aspek ini. Bidang yang dimaksudkan ialah bidang kajian
makna, atau ilmu semantik, yang menjadi satu komponen penting dalam nahu, dan sinonim menjadi
salah satu perkara yang tidak kurang penting dalam bidang semantik.

You might also like