You are on page 1of 39

PERIBAHASA?

Peribahasa digunakan orang sebagai kiasan, teladan,


dan pengajaran. Itulah sebabnya peribahasa sering
digunakan sebagai hiasan untuk mengindahkan
karangan atau ketika memberikan ucapan atau
syarahan

Peribahasa dapat dijeniskan seperti yang berikut:


(a) Simpulan bahasa, yakni jenis peribahasa yang
paling mudah dan ringkas yang terdiri daripada
dua patah kata seperti bahasa terdiri daripada
dua patah kata seperti ada hati, batu api, cepat
tangan, dan sebagainya.
(b) Bandingan, yakni maknanya dinyatakan dengan
amat jelas dan terus-terang secara
membandingkan sesuatu dengan sesuatu yang
lain.
(c) Perumpamaan yakni jenis peribahasa yang
maknanya tersirat di sebalik susunan kata-kata
yang membentuk perumpamaan itu. Biasanya
perumpamaan mengandung kata-kata bagai,
ibarat, laksana, seperti dan umpama.
(d) Pepatah, yakni jenis peribahasa yang berangkap
serta terdapat pengulangan kata di dalamnya
untuk penegasan, falsafah, atau pengajaran yang
hendak disampaikan.
(e) Bidalan, yakni jenis peribahasa yang maksudnya
tersirat di sebalik susunan kata-kata yang
membentuknya. Contohnya: ada gula ada semut
dan air dicincang tiada putus.
(f) Kata-kata hikmat, yakni jenis peribahasa yang
biasanya terbit daripada ayat-ayat suci dalam
kitab-kitab atau daripada percakapan serta
penulisan seseorang yang dihormati dan
terbilang. Kata-kata tersebut mengandung
falsafah atau pengajaran yang berguna sebagai
panduan hidup.
PERUMPAMAAN

Seperti kaca jatuh ke batu


Orang yang mempunyai perasaan yang
amat sedih

Seperti katak di bawah tempurung


Orang yang tidak mempunyai
pengetahuan yang luas tentang sesuatu
perkara

Seperti kera mendapat bunga


Orang yang tidak tahu menghargai
pemberian pemberian orang lain

Seperti ular kena palu


Keadaan sesuatu benda yang tidak
teratur atau dalam keadaan bengkang-
bengkok

Seperti gergaji dua mata


Orang yang mengambil kesempatan
atau faedah daripada dua kumpulan
atau pihak

Ibarat bunga, sedap dipakai layu


dibuang
Seseorang yang disayangi semasa
mudanya tetapi diceraikan apabila
sudah tua seperti wanita

Bagai isi dengan kuku


Perhubungan atau persahabatan yang
erat

Bagai menatang minyak yang


penuh
Sikap memelihara anak dengan penuh
kasih sayang dan tanggung jawab

Seperti tanduk diberkas


Kesukaran untuk menyatukan orang
yang mempunyai pendapat yang
berbeza

Seperti murai tercabut ekor


Orang yang suka bercakap

Seperti lipas kudung


Orang yang bekerja atau bergerak
dengan pantas

Seperti ikan kena tuba


Keadaan yang menyaksikan banyak
orang sakit secara serentak

Laksana janda baru bangun tidur


Wanita yang benar-benar cantik

Laksana pohon kayu tidak berbuah


Ilmu yang diperoleh tidak diamalkan

Ibarat burung, mata lepas badan


terkurung
Satu keadaan yang tidak mempunyai
kebebasan atau tiada kemerdekaan
Seperti anjing dengan kucing
Dua orang yang sering bergaduh
apabila bertemu

Seperti harimau menunjukkan


belang
Seseorang yang mempamerkan sikap
sebenarnya setelah berdiam diri
seketika

Seperti pahat dengan penukul


Orang yang akan bekerja apabila
disuruh atau dipaksa

Seperti rumput di tepi jalan


Orang yang menjalani kehidupan yang
susah

Seperti ikan pulang ke lubuk


Orang yang kembali ke kampung
halamannya setelah lama berhijrah

Seperti embun dihujung rumput


Kesetiaan atau kesayangan yang tidak
kekal atau tidak boleh berkekalan

Bagai ayam disambar helang


Seseorang yang disayangi telah hilang
secara tiba-tiba

Bagai aur dengan tebing


Sikap tolong-menolong yang diamalkan
antara satu sama lain
Bagai buluh ditarik songsang
Kesukaran untuk mengajar seseorang
yang bertentangan fahaman atau
pandangan dengan kita

Bagai pinang dibelah dua


Pasangan yang sama cantik dan sama
padan

Bagai kumbang putus tali


Seseorang yang melarikan diri dengan
segera setelah terlepas daripada
kesusahan

Bagai melepas batuk di tangga


Membuat sesuatu kerja atau tugas
secara main-main atau tidak
diselesaikan

Seperti ketam menyuruh anaknya


berjalan betul
Seseorang yang memberi nasihat
kepada orang lain supaya membuat
pekerjaan dengan betul tetapi dirinya
sendiri tidak melakukan perkara yang
sama

Seperti pungguk rindukan bulan


Pemuda yang terlalu merindui gadis
yang disayangi tetapi tidak dilayan

Seperti hujan jatuh ke pasir


Nasihat yang tidak dihargai atau sia-sia
sahaja
Seperti cincin dengan permata
Pasangan yang sama padan dan cantik

Bagai pucuk dilancarkan


Kehebatan seseorang pahlawan ketika
mempamerkan kekuatan seni
pertahanan diri

Bagai enau dalam belukar,


melepaskan pucuk masing-masing
Tiada permuafakatan dalam sesuatu
perkara/pendapat sendiri lebih
diutamakan

Bagai mencurah air ke daun keladi


Perbuatan menasihati seorang yang sia-
sia

Ibarat telur sesangkak, pecah satu


pecah semua
Keadaan susah senang yang dihadapi
bersama-sama

Seperti abu di atas tunggul


Kedudukan sesuatu yang tidak akan
berkekalan

Seperti halilintar membelah bumi


Bunyi yang sangat kuat

Macam ular kekenyangan


Seseorang yang perutnya terlalu
besar/buncit sehingga menyukarkannya
berjalan

Seperti kerbau dicucuk hidung


Orang bodoh yang sering mengikut
arahan atau kemahuan orang lain

Seperti bumi dengan langit


Perbezaan yang besar atau ketara

Seperti api di dalam sekam


Tindakan jahat yang dilakukan secara
bersembunyi atau diam-diam

Nasi sudah menjadi bubur


Perbuatan jahat yang tidak dapat
diubah lagi

Mengajar itik berenang


Mengajar seseorang yang telah pandai
atau berpengetahuan

Menanam tebu dibibir mulut


Orang yang pandai berkata-kata manis
tetapi hatinya lain

Seperti belanda minta tanah


Orang yang tamak
BIDALAN

Ada gula ada semut


Tempat yang mempunyai rezeki akan
menjadi tumpuan orang ramai

Air ditetak tidak akan putus


Pergaduhan adik-beradik tidak akan
berpanjangan

Ada udang di sebalik batu


Seseorang yang mempunyai niat lain
disebalik tindakannya

Alah bisa tegal biasa


Kerja yang susah akan menjadi mudah
kalau selalu dilakukan

Alah membeli menang memakai


Barang yang mahal mempunyai kualiti
yang baik atau tahan lama

Air yang tenang jangan disangka


tiada buaya
Seseorang yang pendiam tidak boleh
dianggap tidak bahaya

Alang-alang mandi biarlah basah


Sesuatu pekerjaan hendaklah dilakukan
sehingga selesai

Belum duduk sudah belunjur


Seseorang yang melakukan sesautu
kerja sebelum sampai masanya
Bertepuk sebelah tangan tidak
akan berbunyi
Sesuatu perkara atau kejadian tidak
akan berlaku tanpa melibatkan dua
pihak

Belakang parang diasah lagikan


tajam
Seseorang yang bodoh jika diajar
dengan betul akan menjadi pandai
akhirnya

Benih yang baik jikalau jatuh ke


laut menjadi pulau
Seseorang yang berketurunan baik atau
dididik dengan sempurna akan
berkelakuan baik di mana-mana sahaja
berada

Biar titik jangan tumpah


Lebih baik menanggung kerugian yang
kecil daripada mengalami kerugian yang
lebih besar

Bumi mana tidak ditimpa hujan


Setiap orang tentu pernah melakukan
kesalahan atau mengalami masalah

Diam penggali berkarat


Seseorang yang berilmu tetapi tidak
menggunakannya akan kehilangan ilmu
itu
Di mana semut mati kalau tidak
dalam gula
Manusia mudah terperangkap oleh
pujuk rayu atau janji manis orang lain

Indah khabar daripada rupa


Sesuatu berita yang dibesar-besarkan
daripada keadaan sebenarnya

Jauhari juga yang mengenal


manikam
Orang yang pakar dalam sesuatu
perkara itu sahajalah yang lebih
mengetahui kepentingan sesuatu
perkara itu

Melentur aur biar daripada rebung


Usaha mendidik anak perlulah dilakukan
sejak kecil

Pelanduk dua serupa


Dua orang yang mempunyai rupa yang
sama

Rosak badan kerana mulut


Mendapat kesusahan atau masalah
akibat keterlanjuran kata

Sambil menyelam minum air


Membuat dua pekerjaan dalam satu
masa

Sudah terantuk baru tengadah


Apabila sudah terkena barulah berhati-
hati

Sediakan payung sebelum hujan


Kita perlu beringat-ingat atau membuat
persediaan sebelum mendapat
kesusahan

Segan bertanya sesat jalan


Orang yang tidak mahu bertanya
apabila menghadapi masalah akan
mendapat kesusahan akhirnya

Sudah jatuh ditimpa tangga


Masalah yang datang berturut-turut

Tepuk dada tanya selera


Sesuatu pekerjaan itu hendaklah
dilakukan mengikut keperluan atau
keinginan kita

Ukur baju di badan sendiri


Kita perlu melakukan sesuatu itu
mengikut kemampuan atau kebolehan
sendiri

PEPATAH

Anak dipangkuan diletakkan, beruk


dirimba disusui
Orang yang mengabaikan tugas
menjaga kepentingan keluarga sendiri
tetapi mengutamakan kepentingan
orang lain
Ada ubi ada batas, ada masa dapat
balas
Perbuatan yang tidak baik akan
menerima balasan pada masa yang
sesuai

Ayam terlepas, tangan bau tahi


Orang yang ingin mencari keuntungan
tetapi akhirnya terpaksa menerima
malu

Bagaimana acuan, begitulah


kuihnya
Perangai anak mirip perangai ibu
bapanya

Bercakap siang pandang-pandang,


bercakap malam dengar-dengar
Kita mestilah berhati-hati apabila
menceritakan sesuatu perkara penting

Berakit-rakit ke hulu, berenang-


renang ke tepian
Kesusahan yang dialami pada peringkat
awal akan membawa kesenangan pada
akhirnya

Berani kerana benar, takut kerana


salah
Orang yang tidak bersalah akan berani
menerima kenyataan tetapi orang yang
bersalah akan takut
Berat sama dipikul, ringan sama
dijinjing
Kesusahan dan kesenangan dihadapi
bersama-sama

Biar putih tulang, jangan putih


mata
Tidak mudah mengaku kalah kerana
maruah lebih penting

Buang yang keruh, ambil yang


jernih
Perkara jahat yang sudah berlaku perlu
dibiarkan manakala perkara yang baik
perlu dikekalkan

Banyak udang banyak garam,


banyak orang banyak ragam
Setiap orang mempunyai kehendak hati
mereka

Buat baik berpada-pada, buat jahat


jangan sekali
Sebarang kebaikan yang hendak
dilakukan mestilah berhati-hati tetapi
perbuatan jahat tidak boleh dilakukan
sama sekali

Carik-carik bulu ayam, lama-lama


bercantum juga
Pergaduhan adik-beradik tidak akan
berpanjangan kerana mereka akan
berbaik semula
Diam-diam ubi berisi, diam-diam
besi berkarat
Orang yang diam dan bodoh tidak
membawa sebarang perubahan yang
baik

Di mana bumi dipijak, di situ langit


dijunjung
Kita mestilah memastuhi peraturan
tempat yang baru kita pergi

Di mana ada kemahuan, di situ ada


jalan
Seseorang yang mempunyai cita-cita
tentu akan berusaha untuk
mencapainya

Ditelan mati emak, diluah mati


bapa
Keadaan serba salah dalam membuat
keputusan atau tindakan

Enggang sama enggang, pipit sama


pipit
Pergaulan atau hubungan yang
melibatkan kedudukan status yang
sama

Gajah sama gajah berjuang,


pelanduk mati ditengah-tengah
Apabila dua pihak yang berkuasa
bergaduh, orang yang lemah atau
miskin akan menerima kesan buruknya
Gajah mati meninggalkan tulang,
harimau mati meninggalkan
belang, manusia mati
meninggalkan nama
Orang yang baik apabila mati akan
meninggalkan nama yang baik,
sebaliknya mereka yang jahat akan
meninggalkan nama yang buruk

Harapkan pagar, pagar makan padi


Seseorang yang kita harapkan akan
membantu tetapi dia pula yang
memusnahkannya

Hancur badan dikandung tanah,


budi baik dikenang juga
Budi bahasa yang baik tidak akan
dilupakan walaupun orangnya sudah
meninggal dunia

Hati gajah sama dilapah, hati


kuman sama dicecah
Kesusahan dan kesenangan dihadapi
bersama

Hutang emas boleh dibayar, hutang


budi dibawa mati
Hutang budi tidak dapat dibayar seumur
hidup

Ingat sebelum kena, jimat sebelum


habis
Kita hendaklah berfikir dahulu sebelum
melakukan sesuatu supaya tidak
mengalami masalah

Jika kerbau dipegang pada talunya,


jika manusia dipegang pada
janjinya
Kita mesti menepati janji yang telah
dibuat kepada orang lain

Kalah jadi abu, menang jadi arang


Keadaan yang tidak menguntungkan
mana-mana pihak yang bertelingkah

Kalau pandai makan, pandailah


simpan
Kita mestilah pandai menyimpan rahsia

Kalau tak ada angin bertiup,


masakan pokok bergoyang
Sesuatu perkara yang berlaku itu mesti
mempunyai sebab-sebab tertentu

Kecil jangan disangka anak, besar


jangan disangka bapa
Kemampuan atau kebolehan seseorang
tidak terletak pada usia atau saiz
seseorang

Kecil tapak tangan, nyiru


ditadahkan
Perasaan gembira yang digambarkan
oleh seseorang yang memang
mengharapkan sesuatu pertolongan itu
Ke tengah boleh, ke tepi pun boleh
Seseorang yang dapat menyesuaikan
diri dalam semua keadaan

Kuman di seberang laut nampak,


gajah di depan mata tak nampak
Kesalahan yang dilakukan oleh orang
lain, kita nampak tetapi kesalahan yang
dilakukan oleh diri sendiri dan lebih
bahaya tidak disedari

Kais pagi, makan pagi, kasi petang,


makan petang
Orang miskin yang terpaksa bekerja
sepanjang masa untuk hidup

Lembu punya susu, sapi dapat


nama
Orang lain yang berusaha kerasa tetapi
orang lain yang menerima pujian

Lain di mulut, lain di hati


Sesuatu yang dikatakan tidak sama
dengan apa yang terdapat di hati

Lepas dari mulut harimau, masuk


ke mulut buaya
Seseorang yang mendapat nasib
malang satu demi satu

Masuk telinga kanan, keluar telinga


kiri
Orang yang tidak mendengar nasihat
orang lain
Masuk kandang kambing
mengembek, masuk kandang
kerbau menguak
Kita hendaklah menyesuaikan diri
dengan adat tempat yang kita pergi

SIMPULAN BAHASA

Ada angin
Seseorang yang mempunyai sikap yang
tidak menentu.

Ada hati
Seseorang yang suka kepada seseorang
atau mempunyai keinginan tentang
sesuatu

Air muka
Maruah seseorang

Ajak-ajak ayam
Sikap mempelawa seseorang tanpa
kesungguhan

Alas cakap
Percakapan yang sopan

Alas perut
Makan sedikit supaya tidak lapar
Alim kucing
Seseorang yang berpura-pura baik

Ambil angin
Pergi bersiar-siar ke sesuatu tempat
yang menarik

Ambil hati
Perasaan tersinggung akibat perbuatan
orang lain

Anak bapa
Seseorang yang berani atau handal
atau kuat

Anak emas
Seseorang yang sangat disayangi oleh
orang lain

Anak jantan
Orang lelaki yang mempunyai sifat
keberanian

Angkat bakul
Seseorang yang suka memuji dirinya
sendiri

Angkat kaki
Melarikan diri dengan segera apabila
menghadapi sesuatu keadaan
bahaya/masalah
Angkat mata
Berani menentang atau melawan orang
lain

Angkat muka
Seseorang yang sombong kerana
kelebihan dirinya

Atas angin
Negeri-negeri yang berada di Barat

Atas pagar
Sikap seseorang yang enggan
menyokong mana-mana pihak/
berkecuali

Ayam tambatan
Orang yang menjadi harapan dalam
sesuatu pertandingan

Bahasa dalam
Bahasa yang digunakan oleh golongan
istana

Bangkai bernyawa
Seseorang yang kurus dan tidak
berguna pada diri sendiri serta
masyarakat

Banyak lemak
Seseorang yang enggan mendengar
nasihat orang lain setelah melakukan
banyak kesalahan
Banyak mulut
Seseorang yang suka bercakap
terutama perkara-perkara yang tidak
berfaedah

Batu loncatan
Seseorang yang dijadikan oleh orang
lain sebagai alat untuk mencapai
sesuatu kedudukan yang lebih tinggi

Bau-bau bacang
Hubungan saudara yang jauh

Bawah angin
Negara-negara yang terletak di sebelah
Timur

Bekas tangan
Hasil kerja yang dilakukan oleh
seseorang yang masih berkekalan

Berat bibir
Tidak suka bercakap/tidak peramah

Berat kepala
Mengalami pening kepala

Berat tangan
Seseorang yang malas berusaha atau
membuat kerja

Berendam air
Sering menangis
Beri muka
Membiarkan seseorang melakukan apa-
apa sahaja

Bermuka-muka
Sikap berpura-pura terutama ketika
berbuat baik kepada orang lain

Berpeluk tubuh
Malas untuk melakukan sesuatu
pekerjaan

Besar kepala
Sikap degil dan sombong

Buah pena
Karya sastera atau penulisan seseorang

Buah tangan
Pemberian berupa hadiah

Buat duit
Berusaha atau bekerja untuk
mendapatkan keuntungan

Buaya darat
Lelaki yang suka berpoya-poya dengan
wanita

Bulat fikiran
Seseorang yang mempunyai fikiran
yang tetap
Buruk makan
Orang yang gelojoh ketika makan

Buruk siku
Tindakan meminta semula barang yang
telah diberikan kepada orang lain

Buta hati
Orang yang tidak mengetahui perkara
yang buruk dan baik

Buta kayu
Orang yang tidak mempunyai
pendidikan

Cacing kepanasan
Orang yang sering gelisah kerana
bimbang rahsianya terbongkar

Cakap angin
Percakapan yang tidak menentu atau
tetap

Cakar ayam
Tulisan seseorang yang buruk atau
sukar dibaca

Cangkul angin
Melakukan kerja yang sia-sia
Cepat tangan
Seseorang yang suka mencuri atau
mengambil barang kepunyaan orang
lain

Cuci tangan
Orang yang tidak mahu
bertanggungjawab apabila berlaku
sesuatu perkara

Curi tulang
Malas bekerja atau mencari jalan untuk
berehat

Cencaru makan petang


Seseorang yang melakukan kerja yang
perlahan tetapi hasil kerjanya
memuaskan

Darah daging
Mempunyai hubungan keluarga atau
saudara

Darah muda
Seseorang yang mudah marah atau
tidak mempunyai kesabaran

Diam ubi
Orang yang berusaha secara senyap-
senyap
Dingin hati
Seseorang yang tidak gembira atau
memberi perhatian kepada orang lain

Duit kopi
Rasuah atau ganjaran secara tidak baik

Durian runtuh
Seseorang yang mendapat keuntungan
secara tiba-tiba dan banyak

Gaji buta
Mendapat gaji secara percuma atau
tidak melakukan sebarang pekerjaan

Gatal tangan
Sengaja mencari sebab sehingga
berlakunya sesuatu perkara lain

Gelap hati
Sukar menerima pelajaran guru

Gerak hati
Perasaan hati atau niat seseorang

Gigi air
Bahagian tepi tasik, sungai atau laut

Gila bayang
Seseorang yang ingin sesuatu yang
sukar atau tidak mungkin akan
diperoleh
Harga diri
Maruah seseorang

Harga mati
Harga yang tetap atau tidak boleh
ditawarkan

Harga pokok
Harga belian

Hati batu
Orang yang degil, tidak suka
mendengar cakap orang lain atau suka
menbantah

Hati emas
Sikap seseorang yang terlalu baik

Hati tikus
Penakut atau pengecut

Hidung belang
Lelaki yang suka menggoda wanita

Hidung tinggi
Sikap seseorang yang sombong atau
bongkak

Ibu keladi
Orang yang duduk di tengah-tengah
dalam satu kumpulan
Ikat perut
Cuba berjimat melalui mengurangkan
pemakanan

Jadi angin
Sesuatu yang sudah tidak boleh
digunakan lagi

Jadi kaki
Seseorang yang menjadi ejen kepada
orang lain dalam sesuatu pekerjaan

Jadi umang-umang
Seseorang yang suka berlagak atau
bergaya dengan menggunakan pakaian
orang lain

Jauh hati
Perasaan seseorang yang tersinggung

Jantung hati
Kekasih atau orang yang sangat
disayangi

Jinak merpati
Perempuan yang kelihatan ramah tetapi
sebenarnya masih mempunyai kawalan
diri atau batasan

Jual mahal
Seseorang yang tidak suka bercampur
dengan orang lain
Kacang hantu
Orang yang nakal

Kaki ayam
Orang yang tidak memakai kasut

Kaki bangku
Orang yang tidak tahu bermain bola
atau bersukan

Kaki botol
Orang yang suka minum atau sudah
ketagih minuman keras

Kepala angin
Sikap seseorang yang mudah berubah-
ubah

Kepala batu
Orang yang tidak mahu mendengar
nasihat orang lain

Kera sumbang
Orang yang tidak suka bergaul dan
mengasingkan dirinya

Kucing bertanduk
Perkara yang tidak mungkin akan
berlaku

Kucing kurap
Seseorang yang dianggap tidak penting
atau hina
Kutu embun
Orang yang suka merayau-rayau pada
waktu malam

Langkah kanan
Nasib baik yang menimpa seseorang

Langkah kiri
Nasib tidak baik yang berlaku kepada
seseorang

Lepas tangan
Orang yang enggan bertanggungjawab
terhadap sesuatu perkara atau kejadian

Lembut gigi
Orang yang pandai berkata-kata manis

Lidah biawak
Percakapan yang berubah-ubah

Makan suap
Rasuah

Makan darah
Orang yang mengambil keuntungan
berlebihan

Malu-malu kucing
Orang yang berpura-pura malu di
hadapan orang ramai
Mandi peluh
Bekerja dengan kuat atau keras

Mati akal
Meninggal dunia sebelum mencapai
impiannya

Mati celik
Mati sebelum mencapai impian

Mati katak
Mati secara sia-sia

Mata keranjang
Lelaki yang suka memandang atau
melihat wanita

Muka tembok
Orang yang tidak mempunyai perasaan
malu

Mulut tempayan
Orang yang tidak boleh menyimpan
rahsia

Mulut murai
Orang yang suka bercakap-cakap

Nyawa-nyawa ikan
Keadaan yang hampir-hampir mati

Orang rumah
Isteri
Otak udang
Seseorang yang bodoh

Paku belanda
Harga yang sudah ditetapkan atau tidak
boleh diturunkan

Panjang tangan
Seseorang yang suka mencuri

Pasang telinga
Seseorang yang mendengar dengan
teliti

Perang dingin
Pergaduhan yang berlaku setelah
masing-masing enggan bercakap

Pisau cukur
Perempuan yang suka menghabiskan
wang atau harta lelaki

Patah arang
Pergaduhan, pertengkaran atau
penceraian yang tidak boleh diredakan
atau diselamatkan

Puteri lilin
Perempuan yang tidak tahan panas

Putih mata
Perasaan kecewa
Pilih kasih
Memberi layanan yang lebih kepada
seseorang yang disayangi

Rabun ayam
Seseorang yang tidak dapat melihat
dengan jelas pada waktu malam

Ringan tulang
Seseorang yang rajin bekerja

Rambang mata
Seseorang yang tidak boleh atau tahu
untuk membuat pilihan

Sakit telinga
Tidak suka mendengar sesuatu berita,
cerita atau perkara

Senyum kambing
Senyuman yang mengejek

Serkap jarang
Tuduhan secara melulu atau meneka

Tawar hati
Tidak lagi mempunyai semangat atau
keinginan terhadap sesuatu benda atau
pekerjaan

Tangkap muat
Tindakan seseorang yang mengambil
apa-apa yang sempat
Tahi judi
Seseorang yang suka berjudi

Tangkai kering
Orang yang kedekut

Telinga lintah
Seseorang yang mempunyai
pendengaran yang baik

Telinga nipis
Orang yang mudah atau lekas marah

Telinga tempayan
Orang yang tidak mahu mendengar
nasihat atau cakap orang

Terang hati
Seseorang yang mudah menerima
pelajaran

Tin kosong
Orang yang bercakap besar tetapi tidak
mempunyai sebarang pengetahuan

Tidur mati
Tidur nyenyak atau tidak mudah
terbangun jika berlaku bunyi bising

Tua keladi
Orang tua yang mempunyai perangai
seperti orang muda
KATA-KATA HIKMAT

Bahasa jiwa bangsa


Bahasa lambang keperibadian sesuatu
masyarakat

Bersatu teguh, bercerai roboh


Persefahaman membawa kejayaan,
perbalahan membawa perpecahan
sesama sendiri

Hilang bahasa lenyaplah bangsa


Jika bahasa itu pupus, maka hilanglah
bangsa pula

Hidup ini adalah satu perlumbaan


Kehidupan ini penuh dengan pelbagai
cabaran

Ilmu itu pelita hati


Ilmu merupakan cahaya yang
menerangi kehidupan seseorang

Kata itu kota


Setiap janji hendaklah ditunaikan

Masa itu emas


Masa itu amat berharga

Membaca jambatan ilmu


Tabiat membaca dapat membantu kita
memperoleh ilmu pengetahuan
Muafakat itu berkat
Sikap bekerjasama banyak membawa
faedah kepada semua

Pandu cermat jiwa selamat


Memandu dengan berhati-hati supaya
semua selamat

Otak yang cerdas ada pada badan


yang sihat
Kesihatan yang baik memastikan
seseorang dapat memberikan fikiran
yang bernas

HAK CIPTA@CIKGU AZMAN


PAKEJ MUDAH DAN
EFEKTIF
Setiap minggu satu karangan bernilai
RM1. Begitu mudah dan murah serta
berupaya meningkatkan kemahiran anda
menulis karangan.

Karangan ini akan dihantar setiap minggu


sekali menerusi emel anda. Semua karangan
yang dihantar memenuhi keperluan PMR atau
SPM yang dihasilkan oleh guru-guru yang
berpengalaman.

Pakej ini bernilai RM50 untuk tempoh 10


bulan. (Anda akan menerima 50 buah
karangan contoh)

apa yang anda peroleh 
menerusi pakej ini?
 satu contoh karangan terbaik secara
mingguan
 satu rangka isi karangan
dan percuma
 e-buku Peribahasa yang berguna dalam
karangan anda kelak.

Jika anda mendapati bahawa pakej ini


bersesuaian dengan keperluan pendidikan anda
sila bank in bayaran kepada :

nama: noor azman mahat


nombor akaun maybank: 114084115174

Setelah bayaran dibuat, anda emelkan


maklumat bayaran kepada saya
(azmanukm@tm.net.my atau
azmanukm@gmail.com) bersama-sama nama
anda, alamat, emel, dan pakej yang diminta.
Jika anda tidak berminat dengan pakej ini, anda
boleh melayari blog saya azman-
duniaku.blogspot.com untuk maklumat
karangan.

You might also like