You are on page 1of 7

CETAK BAJU TSHIRT

Jomcetakbaju.com 2011
Cara mudah mencetak baju
Silkscreen
 Silkscreen adalah kaedah memindahkan hasil rekaan seni atau grafik terus
ke medium berbeza sama ada kotak, barangan dan juga tshirt khususnya.
Cara penyediaan adalah berlainan mengikut kaedah yang besesuaian
dengan individu yang mengendalikannya dan juga bahan serta peralatan
yang akan digunakan.

 Cetak saring adalah salah satu teknik proses cetak yang menggunakan
layar (screen) dengan kaedah tertentu dan umumnya bahan dasarnya
Nylon atau sutera. Skrin ini akan menghasilkan blok yang berasal dari
negatif rekabentuk yang dibuat sebelumnya. Kain ini direntangkan dengan
kuat agar menghasilkan skrin layar dan hasil cetakan yang mendatar.
Setelah diberi penchahyaan, akan terbentuk bahagian yang boleh
ditembusi dye dan tidak. Proses pengakhirannya adalah dengan
menuangkan dye di atas skrin dan kemudian disapu menggunakan sekuji
yang dibuat daripada bahan bergetah. Satu skrin atau blok digunakan
untuk satu warna.
Peralatan
 Terdapat berjenis peralatan yang perlu digunakan untuk projek
silkscreen. Ya dalam ebook ini setiap bab akan disarankan alat
yang perlu untuk setiap langkah. Peralatan ini biasanya mudah
didapati di bandar-bandar besar dan dapatkan panduan dan tips
daripada pekerja yang menjual alat ini tidak keberatan
memberikan sedikit penerangan tentang alatan yang perlu dibeli
dan diguna. Ianya mudah untuk difahami mudah lagi-lagi dengan
minat yang mendalam dan tidak malu untuk bertanya.

 Kos untuk semua peralatan akan dinyatakan dan ianya bergantung


kepada pengguna untuk memilih jenis alatan dan kualiti setiap
pembelian bahan di kawasan masing-masing. Anggaran semua kos
peralatan di atas kira-kira RM450.00 sahaja
Proses-proses terlibat
 Buat blok kayu
 Rentangkan mesh (silkscreen)
 Sapu emulsion dan keringkan
 Pencahayaan dan biarkan selama 4 minit
 Sembur dengan air yang kuat
 Keringkan blok
 Sapu dengan hardener
 Tutup tepi blok dengan masking tape
 Buat penandaan
Proses Silkscreen
 Langkah pertama adalah dengan melekatkan masking tape di sekeliling
lubang tepi blok demi mengelakkan kebocoran rubber dye pada baju
nanti. Pastikan lekatan meyeluruh tanpa sebarang lubang kecil sekalipun.

 Tanda pada blok bahagian tengah, jika cetakan adalah berada di


tengah-tengah dan seterusnya letakkan blok pada kedudukan yang
dikehendaki. Ukuran jarak dan penandaan perlu dibuat jika perlu bagi
memastikan cetakan adalah berkedudukan serupa pada semua baju.

 Sebelum itu dapatkan plywood atau papan lapis yang dipotong mengikut
jarak keluasan muat baju untuk menjadi alas baju. Gam baju yang boleh
didapati di kedai silkscreen disapukan ke atas papan untuk mencetak dan
biarkan kering. Semburan spray mount (boleh dibeli di kedai alat tulis yang
besar-besar) juga boleh dilakukan ke atas papan mencetak.
Turutan Langkah Mudah
Maklumat Lanjut

 Dapatkan Sementara Tawaran Masih Terbuka

 JOMCETAKBAJU.COM

You might also like