You are on page 1of 11

Modul 1 – Sains Perpustakaan

TAJUK 1 LITERASI MAKLUMAT

Definisi

Kemahiran maklumat dikenali sebagai literasi maklumat ( information literacy ). Literasi


maklumat boleh didefinisi secara amnya sebagai kemahiran perpustakaan (library skill),
kemahiran berkomunikasi (communication skill), kemahiran belajar (study skill), kemahiran
membaca (reading skill), kemahiran penyelidikan (research skill) dan kemahiran
penyampaian (presentation skill).

Literasi maklumat juga merupakan kemahiran mendapatkan maklumat data yang telah
disusun mengikut tertib yang berguna sama ada menggunakaan komputer atau secara
manual.

Maklumat ialah data yang telah diproses atau data yang memberi makna dan difahami.
Contoh bilangan murid yang telah lulus dalam peperiksaan yang dijalankan mengikut gred
yang telah ditetapkan . Berdasarkan data itu dapat dibuat kesimpulan mengenai kelemahan
murid-murid tersebut dan tindakan susulan dapat dibuat bagi meningkatkan prestasi.

Data yang telah diproses menjadi maklumat yang dapat membantu dalam proses membuat
keputusan atau menyelesaikan masalah. Maklumat ialah hasil dari sumber yang akhir (siap)
dan sedia untuk digunakan. Maklumat mempunyai nilai kerana ia membantu dalam proses
membuat keputusan dan mengurangkan ketidakyakinan dengan meningkatkan tahap
pengetahuan seseorang.

Tujuan

Dalam zaman ledakan maklumat, kemahiran mendapat dan menggunakan maklumat


merupakan ciri utama yang membezakan seseorang itu berpelajaran dan berpendidikan.
Seseorang yang bergelar profesional seharusnya mahir dalam mencari maklumat yang
berkaitan dengan bidang kepakaran masing-masing. Tanpa kemahiran maklumat ia tidak
mampu untuk membuat keputusan yang tepat dan betul, juga tidak mampu untuk
menyelesaikan masalah dengan bijak.

Secara ringkasnya literasi maklumat bertujuan untuk:

• Membolehkan seseorang individu berperanan dengan baik dan berkesan terutama


dalam era teknologi.
• Membolehkan individu memahami keupayaan dan kelemahan diri.
• Membolehkan komputer digunakan dalam sistem pengajaran dan pembelajaran.
• Maklumat boleh didapati dari pelbagai sumber seperti buku, jurnal, agensi kerajaan,
konferens, media, laporan penyelidikan dan pangkalan data elektronik.

Sumber maklumat ialah bahan atau terbitan yang digunakan bagi mendapatkan maklumat
tertentu. Ada sumber maklumat yang memberi maklumat yang berbentuk menunjuk arah
iaitu memberi panduan kepada pengguna supaya menggunakan sumber lain jika mereka
mahukan maklumat yang lebih lengkap atau terperinci. Contohnya bibliografi, senarai
perolehan, katalog pusat sumber, indeks dan abstraks. Ada juga sumber maklumat yang
berbentuk punca iaitu sumber ini mempunyai maklumat sebenar yang diingini pengguna
seperti buku, kamus, ensklipodia dan kertas kerja persidangan.

26
Modul 1 – Sains Perpustakaan

Latihan

Dengan ringkas nyatakan tujuan kemahiran literasi maklumat dipelajari di sekolah

Jawapan :

Perbezaan antara data, maklumat , ilmu pengetahuan dan hikmah

Data

“Data adalah nombor, abjad dan teks, grafik, bunyi dan video. Ia adalah sumber mentah yang tidak
membawa makna dan tidak membantu dalam membuat keputusan.”

P. Sellapan

“Data ialah fakta dan nombor yang lazimnya tidak membawa sebarang makna. Contohnya data
mungkin terdiri dari berapakah bilangan jam seorang pekerja bekerja dalam sebulan. “

Raymond McLeod JR

Berdasarkan definisi data yang diberi dapatlah disimpulkan bahawa data merupakan bahan
mentah yang tidak membawa sebarang makna yang telah dikumpulkan untuk tujuan
membuat analisis atau kesimpulan. Contohnya data mengenai markah peperiksaan murid
mengikut gred yang telah ditetapkan.

Maklumat

“Maklumat ialah data yang diproses atau data yang memberi makna yang difahami. Contoh bilangan
murid yang telah lulus peperiksaan yang dijalankan mengikut gred yang telah ditetapkan.
Berdasarkan data itu dapat dibuat kesimpulan mengenai kelemahan murid-murid tersebut dan
tindakan susulan dapat dibuat bagi meningkatkan prestasi.”

Raymond McLeod JR

“Data yang telah diproses menjadi maklumat yang dapat membantu dalam proses membuat
keputusan atau menyelesaikan masalah. Maklumat ialah hasil dari sumber yang akhir (siap) dan
sedia digunakan. Maklumat mempunyai nilai kerana ia membantu dalam proses membuat keputusan
dan mengurangkan ketidakyakinan dengan meningkatkan tahap pengetahuan seseorang.”

Raymond McLeod JR

27
Modul 1 – Sains Perpustakaan

Pengetahuan

Ilmu mempunyai fakta serta teori yang dapat memahami keadaan dan boleh menyelesaikan
masalah, yang mana dapat membantu kita memahami, menerang, mengenal, menjangka
dan menangani sesuatu masalah atau siatuasi. Ilmu merupakan satu tanggapan yang
mudah atau paling kompleks tentang sesuatu perkara dan akan disokong jika mempunyai
bukti yang kukuh hasil penyelidikan yang telah dijalankan. Ilmu sentiasa berkembang hasil
daripada penemuan fakta, imiginasi dan pengalaman baru.

Pengetahuan merupakan maklumat, kemahiran dan sikap diperolehi melalui pengalaman,


pembacaan, pendengan, pengajaran dan pembelajaran dan sebaginya dan digunakan
secara berterusan.

Hikmah

Segala maklumat atau ilmu pengetahuan yang boleh membawa pengetahuan dan faedah.

Latihan

Berikan perbezaan antara data, maklumat, ilmu pengetahuan dan hikmah.

Jawapan :

Kepentingan Literasi Maklumat

• Menjadikan manusia mengetahui cara mendapatkan maklumat dan ilmu


pengetahuan.

• Menjadikan seseorang individu bertambah maju

• Menjadikan seseorang individu mengetahui atau mengenali multimedia dan


kelebihannya dalam kehidupan.

• Dapat membimbing generasi ke arah haluan teknologi untuk membentuk generasi


baru yang bermaklumat.

28
Modul 1 – Sains Perpustakaan

Literasi Komputer

Memandangkan komputer akan menjadi sangat penting, maka kefahaman dalam bidang ini
adalah sangat penting bagi semua orang, mungkin sama pentingnya dengan kebolehan
untuk membaca atau menulis. Malah beberapa negara telah menyatakaan bahawa literasi
komputer sebagai “M” yang keempat tambahan kepada “Membaca”,”Menulis” dan
“Mengira”.

Tidak ada definisi yang jelas untuk literasi komputer. Definisi bergantung kepada individu
dan juga penggunaanya. Literasi membawa maksud kebolehan untuk membaca dan
menulis. Ia diertikan sebagai mempunyai kaitan dengan bahasa, tetapi bukan setakat
mengetahui bahawa dihasilkan daripada perkataan dapat mengenal sesuatu huruf atau
sedar akan peranan bahasa di dalam sesebuah masyarakat. Istilah literasi komputer ini
hampir sama bagi kebanyakkan orang tetapi definisinya berbeza. Ia boleh membawa makna
dari kebolehan bermain permainan komputer kepada kemahiran pemprogramkan dan
pengendalian sesebuah komputer.

Komponen Literasi Maklumat

Komponen literasi maklumat dikaitkan dengan kemahiran perpustakaandalam usaha


mengesan maklumat dengan berkesan dalam pusat sumber. Untuk menggunakan sumber
pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan seseorang pengguna perlu mengetahui
bagaimana buku dan bukan buku dikelaskan dan disusun supaya pengesanan mudah
dilakukan. Selain itu pengguna juga perlu mengetahui jenis bahan rujukan asas yang
terdapat dalam pusat sumber dan cara menggunakannya.

Antara kemahiran perpustakaan ialah:

a. Mengetahui lokasi atau bahan maklumat


b. Mengenali jenis bahan dan maklumat
c. Mengetahui susunan maklumat samada buku atau bukan buku.
d. Menggunakan katalog

a. Lokasi Bahan dan Maklumat

Terdapat pelbagai cara susunan lokasi bahan atau maklumat bergantung kepada
pengurusan atau saiz pusat sumber.

Secara amnya susunan lokasi bahan atau maklumat adlah hampir sama bagi setiap
pusat sumber.

Bahan Lokasi
Buku Rak buku
Surat khabar dan majalah Rak surat khabar, rak majalah
Alatan audio visual Bilik audio visual
Bahan 2D dan 3 D Bilik bahan 2D dan 3 D
Komputer Makmal komputer

29
Modul 1 – Sains Perpustakaan

b. Kenali jenis bahan / maklumat

Bahan-bahan rujukan pusat sumber boleh diklaskan seperti berikut:

i.Bahan Rujukan Asas

™ Buku rujukan
™ Atlas
™ Ensiklopedia
™ Kamus

ii.Makalah/terbitan berkala

™ Majalah
™ Jurnal

iii.Tesis

iv.Bahan bukan buku

™ Carta
™ Poster
™ Slaid
™ Transperansi
™ Pita Video
™ Filem
™ Kaset
™ Peta
™ Kad imbasan
™ CD ROM
™ VCD

v.Kit - Satu set bahan rujukan bukan buku, visual, audio


dan audio visual

c. Susunan Maklumat ( buku dan bukan buku )

Buku

Secara amnya buku-buku di susun pada rak yang sama berdasarkan perkara atau
subjek, contoh Agama, Sains, Matematik, Bahasa.

Seterusnya susunan yang sistematik dilakukan mengikut nombor panggilan yang


berturutan di atas rak . Contoh: Buku yang mempunyai nombor panggilan 621.38
disusun selepas nombor 621.37

30
Modul 1 – Sains Perpustakaan

621.37
621.38
621.387

Rajah 4.1 : Susuan Buku

Nombor panggilan dikelaskan pada 10 kelas dan diberikan angka 0,1,2,3,4,5,6,7,8,9


mengikut disiplin utama dan kumpulan disiplin yang berkaitan. Berikut adalah 10 kelas
utama berdasarkan sistem pengkelasan perpuluhan Dewey dengan nama khas masing-
masing .

0- KARYA AM
1- FALSAFAH DAN DISIPLIN YANG BERSANGKUTAN
2- AGAMA
3- SAINS KEMASYARAKATAN
4- BAHASA
5- SAINS TULEN
6- TEKNOLOGI (SAINS GUNAAN)
7- KESENIAN DAN REKREASI
8- KESUSASTERAAN
9- GEOGRAFI, SEJARAH AM DAN BIOGRAFI

Penyusunan bahan-bahan di atas rak adalah mengikut nombor pengkelasan bermula dari
kiri ke kanan dan dari atas ke bawah.

Bahan Bukan Buku

Bagi bahan bukan buku pula penyusunan maklumat ataupun bahan adalah sama seperti
yang digunakan untuk bahan buku.

Huruf singkatan ditulis di hadapan nombor pengkelasan untuk menentukan keadaan fizikal
bahan tersebut. Contoh: Bahan slaid berkenaan perlayaraqn bot dikelaskan dengan S797

31
Modul 1 – Sains Perpustakaan

Singkatan Bahan
F Filem
FJ Filem Jalur
G Gambar
GF Grafik
K Kit
KM Kamera
M Model
MF Mikrofon
P Peta
PS Poster
PK Pita Kaset
PV Pita Video
R Rekod
S Slaid

d. Katalog

Katalog merupakan maklumat bibliografi mengnai sesebuah bahan yang terdapat


dalam pusat sumber. Ianya membantu pengguna mencari maklumat dengan cepat
dn berkesan.

• Katalog ialah rekod kemaskini mengenai koleksi sesebuah pusat sumber dan
juga merupakan wakil buku dan bukan buku dalam pusat sumber.
• Katalog digunakan bertujuan untuk memudahkan pembaca mencari
bahan/maklumat.
• Terdapat beberapa jenis katalog seperti berbentuk kad, buku, visible indeks,
mikrofis dan data buku dalam komputer komputer (OPAC).
• Terdapat tiga jenis kad katalog iaitu kad pengarang, kad judul dan kad
perkara.
• Kad-kad tersebut disimpan atau disusun dalam laci-laci kabinet katalog yang
biasanya diletakkan pada sudut atau ruang yang mudah dilihat.
• Tiap-tiap laci dilabelkan dengan huruf dan perkataan yang menunjukkan
susunan kad-kad dan jenis indeks untuk memudahkan para pengguna
membuat rujukan.

Kemahiran Mengesan Maklumat

Menggunakan bahan buku, rujukan umum dan khusus

Bahan rujukan menyediakan maklumat-maklumat asas yang tulen atau boleh dipercayai
mengenai beberapa perkara. Ianya memberi penerangan ringkas dan gambaran
keseluruhan mengenai sesuatu idea . Ada juga mengandungi maklumat tentang sumber-
sumber rujukan seperti buku, majalah, serial, dokumen, akhbar dan bahan pandang dengar.

32
Modul 1 – Sains Perpustakaan

Bahan rujukan asas terbahagi kepada dua:

a. Bahan rujukan umum

™ Kamus
™ Ensiklopedia
™ Kamus Biografi
™ Almanak / Buku Tahunan
™ Direktori
™ Gazetir

b. Bahan rujukan khusus

™ Bibliografi
™ Indeks
™ Abstraks
™ Katalog

Bahan rujukan umum

i. Kamus

Buku yang mengandungi kata-kata yang disusun menurut abjad dengaan


keterangan tentang perkataan dinyatakaan dalaam bahasa yang sama ataaau
dalam bahasa yang lain. Bahan yang menerangkan tentang perkataan-
perkataan, sebutan, ejaan, asas perkataan, penggunaan perkataan tersebut
dalam ayat, imbuhan, makna seerti, terjemahan dan jenis perkataan.

Contoh-contoh Kamus
Kamus Dwibahasa, Kamus Dewan, Kamus Inggeris-Melayu Dewan, Kamus Arab
dan sebagainya.

ii. Ensiklopedia

Bahan yang mengandungi pelbagai maklumat dalam semua bidang ilmu


pengetahuan.
Menjelaskan prinsip-prinsip umum yang asas serta penerangan ringkas
mengenai definisi, gambaran, penjelasan, sejarah, kedudukan semasa, statistik
dan bibliografi.
Bertujuan untuk menjadi bahan rujukan: mengandungi artikel-artikel penyelidikan,
bibliografi bidang-bidang tertentu, data-data ringkas seperti nama orang, tarikh
lahir, tempat-tempat geografi dan peristiwa-peristiwa.
Bibliografi di akhir setiap artikel adalah bertujuan untuk pembaca membuat
rujukan lanjut.

Contoh-contoh Ensiklopedia

Encylopedia Britannica, The World Book Encyclopedia dan The Encylopedia of


Psychology.

33
Modul 1 – Sains Perpustakaan

iii. Kamus Biografi

Merupakan sketsa riwayat hidup yang disusun mengikut abjad menggunakan


nama keluarga (surname). Maklumat yang diberi adlah keterangan ringkas
mengenai tokoh-tokoh terkenal seperti kehidupannya, minat, pendidikan,
latarbelakang, kedudukan dan alamat yang dinyatakan secara gabungan.
Jenis-jenis kamus Biografi:
Universal (tidak terbatas kepada negara atau profesion)
Kebangsaan (meliputi negara tertentu bagi semua profesion)
Profesional (terhad kepada tokoh-tokoh di dalam bidang tertentu sama ada
universal atau kebangsaan)

iv. Almanak / Buku Tahunan

Almanak ialah satu komponen data-data dan statistik penting mengenai negara,
tokoh-tokoh, peristiwa dan sebagainya. Diterbitkan tiap-tiap tahun atau dua tahun
sekali. Almanak lebih umum dan Buku Tahunan lebih khusus (mengendalikan
perkara-perkara tertentu sahaja). Tujuan Buku Tahunan ialah untuk merekodkan
aktiviti tahunan nagi negara atau bidang-bidang tertentu:untuk menunjukkan
aliran (trend) perkembangan tamadun sebagai kunci kepada maklumat tambahan
kerana memberikan punca maklumat. Terdapat Buku Tahunan Khusus yang
mencatitkan nama tokoh-tokoh utama dlam sesuatu bidang dengan alamat dan
sejarah hidup ringkas.

Contoh-contoh Almanak / Buku Tahunan

Reader’s Digest Almanac and Yearbook, World Almanac and Book of Facts,
Malaysia Yearbook.

v. Direktori

Suatu senarai mengenai orang atau organisasi yang disusun secara sistematik,
mengikut susunan abjad atau nombor pengkelasan: mengandungi alamat: afiliasi
(affiliations) untuk individu. Ia juga mengandungi alamat, fungsi, staf dan lain-lain
data mengenai organisasi.

Contoh-contoh Direktori

The Foundation Directory, American Universities and Collages, Direktori Telefon,


Directory of Special Libraries and Information Centres.

vi. Gazetir

Sejenis kamus mengenai tempat-tempat. Memberikan maklumat-maklumat


tentang sejarah, statistik, kebudayaan dan lain-lain yang berkenaan mengenai
tempat-tempat. Ia juga memberikan sebutan nama-nama. Edisi baru memberikan
maklumat semasa dan edisi lama memberikan maklumat sejarah mengenai
tempat-tempat itu. Biasanya terdapat di dalam atlas dan ada juga dibuat
berasingan. Merupakan indeks tidak langsung untuk mengesan maklumat
mengenai tempat-tempat.

Contoh Gazetir

Columbia-Lippincott Gazzetter of the World.

34
Modul 1 – Sains Perpustakaan

Bahan Rujukan Khusus

i. Bibliografi

Nama yang diberikan untuk suatu senarai buku-buku, manuskrip dan lain-lain
penerbitan, diterang dan disusun secara sistematik. Bibliografi terdiri daripada
beberapa jenis. Bibliografi Umum tidak terhad kepada seseorang pengarang,
perkara, negara atau jangka masa. Bibliografi Pengarang adalah senarai karya-
karya yang dihasilkan oleh seseorang pengarang. Bibliografi perkara pula terhad
kepada suatu perkara sahaja. Bibliografi Kebangsaan atau Wilayah pula
mengandungi bahan berkaitan dengan sesebuah negara atau wilayah. Dan
Bibliografi Perdagangan tertumpu kepada perniagaan buku dan membekalkan
maklumat untuk membeli dan menjual buku.

ii. Indeks

Tidak memberikan maklumat tetapi menunjukkan di manakah maklumat itu boleh


didapati. Contoh Indeks buku menunjukkan muka surat yang mengandungi
maklumat yang dicari.

Indeks untuk bahan berkala terdiri daripada:

Indeks am: meliputi banyak jenis bahan berkala (umum atau khusus)
Indeks perkara: mengandungi bahan bukan sahaja dari bahan berkala tetapi juga
buku, risalah, laporan dan lain-lain dokumen.
Indeks surat khabar
Indeks Serials
Indeks bahan dalam koleksi sajak, drama, fiksyen, lagu-lagu dan lain-lain.
Indeks online: CD ROM

iii. Buku Laporan Tahunan

Buku Laporan tahunan merupakan rujukan yang berguna dan mudah tentang
negara dan industri. Memuatkan maklumat-maklumat pentadbiran, pengurusan,
peristiwa, aktiviti-aktiviti yang sebagainya tentang sesebuah negara, pertubuhan
dan industri yang dijalankan sepanjang tahun itu. Segala maklumat mutakhir
dibuatkan secara jelas dan tepat untuk memudahkan pembaca
memanfaatkannya. Buku ini biasanya diterbitkan oleh dewan perniagaan, jabatan
kerajaan atau syarikat perniagaan.

Maklumat yang terkandung di dalam Buku Laporan Tahunan termasuklah:

Information Malaysia Year Book dan Buku Rasmi tahunan Malaysia


Buku Tahuanan Perangkaan Malaysia

iv. Buku Panduan / Direktori

Buku Panduan atau Direktori lebih terkenal sebagai buku alamat. Buku ini
memuatkan maklumat tentang orang ramai, tmpat, organisasai individu,
keahliannya, data organisasi, alamat dan nombor telefonnya sekali. Maklumat
disusun secara sistematik berdasarkan urutan abjad atau kelas.

35
Modul 1 – Sains Perpustakaan

v. Peta / Atlas

Peta ialah gambaran alam yang sebenar tetapi telah dikecilkan dalam bentuk
yang mudah dikaji melaui penggunaan grafik. Atlas pula ialah kumpulan peta
yang telah dijilid dalam bentuk buku. Peta merupakan sumber maklumat
terperinci yang mengguinakan simbol-simbol dan gambaran grafik untuk
menerangkan sesuatu idea, kedudukan bandar, sungai, jenis tumbuh-tumbuhan,
taburan penduduk dan sebaginya. Ada berbagai-bagai jenis peta yang boleh
didapati dari perbagai sumber. Peta boleh didapti dalam ensklopedia, laporan,
buku panduan dan sebaginya.

Bahan Pandang Dengar ( Audio Visual )

Bahan-bahan bukan bercetak merupakan peralatan yang terdiri daripada :

™ Bahan-bahan bukan tayangan iaitu papan tulis, papan flannel, carta


dinding, papan pamer dan lain-lain
™ Bahan-bahan pendengaran, radio kaset dan sebaginya
™ Bahan-bahan tayang dan dengar seperti television, projektor filem dan
lain-lain.
™ Software iaitu slaid, video, cakera dan lain-lain.
™ Bahan tiga dimensi (3D) seperti globe, model, permainan dan lain-lain.

Latihan

Anda ingin mencari maklumat untuk menyiapkan kerja kursus yang diberikan oleh
pensyarah. Senaraikan tiga langkah kemahiran perpustakaan yang boleh anda gunakan
sewaktu mencari maklumat di pusat sumber.

Jawapan :

36

You might also like