You are on page 1of 3

Sejak mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, negara kita telah menyedari

kepentingan perpaduan antara kaum dalam menjamin kesejahteraan negara.


Dengan perpaduan semua bangsa, negara kita barulah akan maju dan dapat
bertanding di peringkat antarabangsa. Oleh itu, kerajaan sentiasa memastikan
pelbagai langkah telah diambil bagi merapatkan jurang perkauman demi
mewujudkan keharmonian dan keamanan di negara kita.

Perpaduan kaum amat penting dalam membangunkan negara di samping itu


dapat memberi sumbangan dalam menjamin keselamatan negara, menjamin
pertumbuhan sosial-ekonomi, DAN membekal sumber tenaga yang
berkecekapan tinggi demi mengecap ke wawasan 2020. Namun, masyarakat
kita masih tidak berhenti ditayang-tayangkan dengan pelbagai isu sentimen
perkauman yang membingungkan dan merunsingkan masyarakat kita.
Realitinya, perpaduan masih lagi belum berlaku sepenuhnya di negara ini.
Sebagai negara yang melaung-laungkan perpaduan antara kaum, adalah amat
memalukan apabila masih lagi timbul permasalahan sebegini di masyrakat
negara kita.

Sebagai jalan penyelesaian kepada masalah ini, pihak kerajaan telah giat
melaksanakan pelbagai dasar-dasar yang merapatkan jurang perkauman di
masyarakat kita dari segi pendidikan sejak kita mendapatkan kemerdekaan
sehinggalah ke masa kini. Antaranya, pihak kerajaan telah menyeragam Bahasa
Melayu sebagai bahasa kebangsaan serta memperkenalkan Laporan Razak,
dasar kependidikan kebangsaan, sekolah wawasan 2020 dan lain-lain.Sebagai
contoh, kerajaan mewujudkan konsep sekolah wawasan. Sekolah wawasan
dapat mengukuhkan hubungan antara kaum Melayu, Cina dan India. Langkah
ini lebih berkesan jika dimulakan sejak sekolah rendah lagi. Kanak-kanak dapat
bergaul dengan rakan-rakan berbilang kaum sejak kecil lagi. Kebudayaan dan
adat resam pelbagai kaum diperkenalkan antara satu sama lain. Usaha-usaha
ini dibuat untuk mendidik dan menyatupadukan golongan belia yang berlainan
kaum tentang pentingnya perpaduan kaum untuk mengecap ke arah
pembangunan negara.

Selain itu, pihak kerajaan jugapun telah memperkenalkan pelbagai dasar


ekonomi dari semasa ke semasa untuk merapatkan jurang perkauman.
Antaranya ialan Dasar Ekonomi Baru ,Dasar Pembangunan Nasional serta
Dasar Wawasan Nasional yang memainkan peranan penting dalam
menghapuskan pergeseran kaum yang disebabkan oleh pemisahan aktiviti
ekonomi ataupun faktor geografikal dengan melibatkan golongan bumiputera
dalam aktiviti komersial, mencampur-adukan orang dari pelbagai kaum untuk
melibatkan diri dalam pelbagai sektor misalnya pertanian, perkilangan,
perindustrian, perkhidmatan dan lain-lain. Memang tidak dapat dinafikan
bahawa usaha ini dapat merapatkan jarak hubungan antara satu kaum dengan
yang lain, dan seterusnya dapat membina persefahaman kaum dan bangsa
yang mana ini dapat mengkagumkan negara lain di tahap antarabangsa.

Dari segi budaya, pihak kerajaan telah memperkenalkan Dasar Kebudayaan


Kebangsaan dan menubuhkan Jabatan Perpaduan Negara. Pihak kerajaan
dengan kerjasama pihak berkuasa sentiasa menyeru rakyat kita supaya
melibatkan diri dalam aktiviti gotong-royong, hari perayaan terbuka,
persembahan-persembahan pada hari kemerdekaan atau hari perayaan , dan
kempen. Selain itu, pihak kerajaan juga berproaktif dalam menyampaikan
suara dan seruan perpaduan kaum melalui media massa, mereka berpendapat
bahawa media massa merupakan saluran yang dapat mencapai ke hati semua
orang daripada pelbagai tahap sosial masyarakat. Masyarakat merupakan
tonggak negara, masyarakat yang bersatu padu mampu menghadapi sebarang
rintangan dan permasalahan, bahkan kata "Bersatu padu, bercerai roboh"!

Di samping itu, pihak kerajaan juga telah memperkenalkan ideologi


kebangsaan iaitu Rukun Negara semenjak kemerdekaan untuk memupuk
semangat perpaduan antara kaum di kalangan masyarakat Malaysia. Dari segi
politik juga, parti-parti politik juga digabungkan melalui Barisan Nasional untuk
mewujudkan kesatuan kaum. Tambahan juga dengan slogan "1 Malaysia" yang
giat dilaung-laungkan oleh perdana menteri sejak kebelakangan ini. Amat
ketara bahawa perpaduan kaum dan keharmonian masyrakat merupakan
cabaran yang utama bagi kerajaan. Dengan adanya kerjasama masyrakat ,
barulah dapat menjayakan segala seruan kerajaan untuk menjana
pembangunan negara.

Perpaduan memainkan peranan penting dalam pembentukan keadaan politik


yang stabil. Rakyat haruslah bersatu-padu pada setiap masa. Dengan ini,
kerajaan barulah dapat menumpukan perhatian terhadap pembangunan
negara. Sebaliknya, sesebuah negara akan berada dalam keadaan kacau-bilau
maju jaya jika penduduknya tidak bersatu-padu. Tambahan pula. negara itu
akan mudah diambil alih oleh negara asing. Rakyat negara pasti akan hidup
dengan penuh sengsera atas jajahan negara asing seperti zaman
kependudukan Jepun.. Rakyat mungkin akan didera dan tidak dapat layanan
yang adil dan saksama.
Seterusnya, kempen, aktiviti dan program-program perpaduan juga harus
diperbanyakkan. Semangat kekitaan juga amat penting dalam mengekalkan
perpaduan di sesebuah negara. Semangat kekitaan dapat diamalkan dengan
memupuk amalan bertolak ansur dan bertoleransi antara masyarakat. Oleh itu,
aktiviti yang melibatkan penglibatan pelbagai kaum seperti gotong-royong
dapat memupuk semangat bermasyarakat antara kaum harus diperbanyakkan.
Dengan ini, sifat bersatu-padu barulah dapat disemai antara masyarakat
berbilang kaum dan mewujudkan keharmonian dan semangat berjuang untuk
negara, bukannya untuk bangsa atau kaum sendiri.

Pada kesimpulannya, dasar-dasar kerajaan mengenai perpaduan nasional


adalah bersifat integrasi, dan dapat diterima oleh semua kumpulan etnik dan
kaum dalam negara kita. Pelbagai langkah telah dikenalpasti untuk merapatkan
jurang perkauman demi mewujudkan keharmonian dalam kalangan masyarkat
majmuk di negara kita. Bahkan kata "Bulat air kerana pembetung, bulat kata
kerana muafakat", oleh itu, demi mengecap ke arah pembangunan dan
pemordenan negara, kita sebagai rakyat Malaysia perlulah mengamalkan sikap
bersatu padu dan bersiap sedia dalam menghadapi sebarang cabaran bersama-
sama.

You might also like