You are on page 1of 19

SPM 2008

KOLEKSI SOALAN
KERTAS 1

Peperiksaan Percubaan SPM Negeri &


Modul Topikal

Disusun oleh
sszma@hotmail.com
Unit Bahasa Melayu
Jabatan Bahasa
MAKTAB RENDAH SAINS MARA TRANSKRIAN
NIBONG TEBAL, PULAU PINANG
PULAU PINANG
Bahagian A
Huraikan pendapat anda tentang usaha-usaha mengatasi masalah obesiti
dalam kalangan pelajar.

Bahagian B
1 Penguasaan teknologi maklumat dan komunikasi penting dalam kehidupan
remaja kini. Sebagai seorang pelajar, anda seharusnya berkemahiran dalam
bidang tersebut.

Huraikan faedah-faedah yang dapat anda peroleh dengan menguasai teknologi


maklumat dan komunikasi.

2 Anda telah menghadiri sambutan Hari Ibu Peringkat Kebangsaan baru-baru ini.
Seorang ibu telah diberikan Anugerah Tokoh Ibu Mithali 2008 . Beliau telah
berjaya mendidik anak-anaknya hingga ke menara gading. Selaku editor majalah
sekolah, anda berpeluang menemu bual rahsia kejayaan tokoh tersebut.
Tuliskan wawancara anda selengkapnya.

3 Isu kesesakan lalu lintas di bandar semakin mendapat perhatian masyarakat dan
media massa pada hari ini.
Bincangkan langkah-langkah yang boleh diambil oleh pihak kerajaan untuk
mengatasi masalah tersebut.

4 Kerjasama serantau dalam bidang sains dan teknologi telah membawa perubahan
dalam pelbagai aspek kehidupan termasuklah dalam bidang perubatan.
Cadangkan bentuk kerjasama serantau yang dapat dilaksanakan bagi menangani
pelbagai penyakit.

5 Karya kesusasteraan Melayu dikenal pasti mampu melahirkan generasi yang


mempunyai semangat patriotik di negara ini.

Berikan ulasan anda untuk menyokong pernyataan di atas.

(c) JPN PULAU PINANG 2008 1


JOHOR DARUL TAKZIM

Bahagian A
Huraikan pendapat anda tentang sebab-sebab rakyal Malaysia memilih
untuk melancong di negara sendiri.

Bahagian B
1 Sekolah anda telah dipilih untuk menyertai pertandingan Kebersihan, Kesihatan
dan Keselamatan (3K) peringkat daerah.
Sebagai Ahli Jawatankuasa 3K, nyatakan persiapan yang anda lakukan untuk
menyertai pertandingan tersebut.

2 Anda ingin menulis sebuah rencana yang bertajuk "Keluarga Impian Saya" untuk
dimuatkan dalam ruangan akhbar tempatan.
Tulis rencana itu selengkapnya.

3 Semangat cinta akan negara perlu disemai dalam kalangan generasi muda sejak
kecil lagi.
Anda bersetuju dengan pemyataan di atas.
Jelaskan pendapat anda.

4 Dunia kini sedang menghadapi krisis makanan yang serius.


Berikan pendapat anda tentang cara-cara untuk meningkatkan bekalan
makanan dunia.

5 Anda bercita-cita menjadi penulis.


Huraikan persediaan yang dapat anda lakukan untuk menjadi penulis yang berjaya

(c) JPN JOHOR 2008 2


MELAKA DARUL AZIM

Bahagian A
Huraikan pendapat anda tentang faedah-faedah menyertai kegiatan
kokurikulum dalam kalangan pelajar.

Bahagian B
1. Setiap individu mempunyai impiannya tersendiri. Sebagai seorang pelajar yang
berwawasan, anda mempunyai impian untuk menjadi seorang angkasawan yang
dapat mengharumkan nama negara di persada dunia.
Jelaskan persediaan-persediaan yang perlu anda lakukan untuk mencapai cita-cita
tersebut.

2. Tradisi makan bersama-sama keluarga di rumah kini sudah semakin hampir luput.
Usaha menghidupkan kembali tradisi ini dapat membantu menyemaikan tabiat
makan yang sihat dan mengukuhkan hubungan kekeluargaan.
Berikan pendapat anda tentang kebaikan-kebaikan tradisi makan bersama-sama
keluarga.

3. Masyarakat kita sering digemparkan dengan kes penculikan dan kehilangan


kanak- kanak di negara ini semakin menjadi-jadi belakangan ini. Anda ingin
menulis surat kepada akhbar tempatan untuk mengemukakan cadangan tentang
usaha-usaha yang perlu dilakukan oleh pelbagai pihak dalam menangani kes
tersebut.
Tulis surat itu selengkapnya.

4. Program Pertukaran Pelajar antara negara jiran mendatangkan pelbagai faedah


kepada pelajar dan negara yang menyertainya.
Bincangkan.

5. Kekuatan sesebuah karya sastera terletak di tangan seseorang penulis. Bakat


semula jadi sahaja tidak cukup untuk menjadi seorang penulis yang berjaya.
Ulaskan pernyataan tersebut.

(c) JPN MELAKA 2008 3


SARAWAK

Bahagian A
Huraikan pendapat anda tentang ciri-ciri pengguna yang bijak.

Bahagian B
1. Belakangan ini, masalah gejala sosial dalam kalangan pelajar sekolah semakin
hangat diperkatakan dalam media massa.
Beri pendapat anda tentang pernyataan di atas.

2. Pertandingan syarahan telah diadakan di sekolah anda sempena Bulan Bahasa.


Tajuknya ialah ’Gaya Hidup Sihat Penjana Keluarga Bahagia’.

Tuliskan teks syarahan itu dengan selengkapnya.

3. Kehidupan masyarakat kota di negara kita seperti enau dalam belukar melepaskan
pucuk masing-masing.
Bincangkan pernyataan di atas.

4. Pelbagai usaha perlu dilaksanakan untuk mempopularkan industri desa ke


peringkat antarabangsa.
Jelaskan usaha-usaha tersebut.

5. Anda pernah menonton sebuah filem tempatan yang menarik.


Ulaskan filem tersebut dengan selengkapnya.

(c) JPN SARAWAK 2008 4


SABAH

Bahagian A
Huraikan pendapat anda tentang faedah mengamalkan gaya hidup sihat.

Bahagian B
1 Ibu bapa berperanan penting dalam membentuk disiplin anak-
anak bagi
melahirkan modal insan yang berkualiti pada masa akan datang.
Bincangkan.

2. Sahabat pena anda di luar negara ingin mengetahui destinasi pelancongan yang
terdapat di negara kita.
Balas surat sahabat pena anda itu.

3. Sebagai wartawan sebuah buletin pengguna, anda dikehendaki mewawancara


seorang penasihat Pelaburan Nasional Berhad (PNB) tentang kebaikan melabur
dalam skim amanah saham yang dianjurkan oleh kerajaan seperti Amanah Saham
Nasional (ASN), Amanah Saham Bumiputera (ASB), Amanah Saham Wanita
(ASNITA), Amanah Saham Wawasan 2020 (ASW 2020) dan banyak lagi.
Tulis wawancara itu selengkapnya.

4. Penganjuran sukan di peringkat antarabangsa dapat memupuk perpaduan sejagat.

Bahaskan pernyataan tersebut.

5. Generasi muda masa kini lebih berminat membaca majalah hiburan berbanding
buku-buku yang berunsurkan sastera.

Berikan komentar anda terhadap pernyataan tersebut.


(c) JPN SABAH 2008 5

KEDAH DARUL AMAN

Bahagian A
Huraikan pendapat anda tentang kesan-kesan kenaikan harga minyak di
negara kita.

Bahagian B
1 Kelulusan akademik semata-mata tidak lagi menjadi penentu kejayaan seseorang
pelajar setelah mereka meninggalkan instittusi pendidikan formal.
Berikan pandangan anda tentang kemahiran yang perlu dikuasai oleh seseorang
pelajar sebagai pelengkap diri memasuki alam pekerjaan.

2 Percutian bersama keluarga mampu mengeratkan kerukunan dan keharmonian


kekeluargaan.
Berdasarkan kebenaran di atas, jelaskan kebaikan-kebaikan percutian bersama
keluarga..

3 Kejadian penculikan, penderaan, dan pembunuhan dalam kalangan kanak-kanak


yang semakin serius merupakan akibat ketidakprihatinan masyarakat terhadap
hal-hal persekitarannya.
Bincangkan langkah-langkah yang berkesan untuk menyemai sikap prihatin dalam
kalangan masyarakat..

4 Pemanasan global merupakan isu yang dihadapi oleh masyarakat antarabangsa


kerana isu ini membawa impak negatif kepada kehidupan sejagat..
Tulis sebuah rencana tentang kesan-kesan negatif pemanasan global kepada
kehidupan sejagat seluruh dunia.

5 Karya-karya sastera semakin terpinggir walaupun peranannya besar sebagai citra


budaya bangsa.

Ulaskan faktor-faktor yang menyebabkan karya sastera semakin terpinggir dalam


kalangan generasi muda kini.
(c) JPN KEDAH 2008 6

KELANTAN DARUL NAIM

Bahagian A
Huraikan pendapat anda tentang usaha-usaha untuk memajukan industri
pelancongan di negara ini.

Bahagian B
1 Penghayatan nilai-nilai murni dapat membentuk pelajar yang berketerampilan.
Jelaskan langkah-langkah yang dapat dilakukan untuk menerapkan nilai-nilai
murni dalam diri pelajar.

2 Keselamatan pelajar pada hari ini semakin membimbangkan. Semua pihak perlu
memainkan peranan untuk memastikan keselamatan pelajar terjamin..
Huraikan peranan yang boleh dilaksanakan oleh pihak sekolah dan masyarakat
untuk menjayakan matlamat tersebut.

3 Sukan memberikan impak yang besar kepada individu, masyarakat dan negara.
Sebagai ahli badan redaksi majalah, anda ingin menulis sebuah rencana tentang
perkara tersebut.
Tuliskan rencana tersebut selengkapnya.

4 Kerjasama ekonomi antara negara semakin berkembang dan banyak negara


membuka peluang pelaburan kepada pelabur-pelabur asing untuk melabur di
negara mereka.
Huraikan kepentingan pelaburan kepada sesebuah negara.

5 Komponen Sastera (KOMSAS) yang diperkenalkan dalam subjek Bahasa Melayu


di sekolah menengah membolehkan pelajar mengetahui cara hidup masyarakat..

Bincangkan.
(c) JPN KELANTAN 2008 7

NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

Bahagian A
Huraikan pendapat anda tentang langkah-langkah meningkatkan mutu sukan
di Malaysia.

Bahagian B
1 Anda seorang pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia di peringkat kebangsaan.
Pihak sekolah telah mengundang anda untuk menyampaikan ceramah yang
bertajuk ‘Langkah-langkah Menjadi Pelajar Cemerlang’.
Tulis ceramah anda selengkapnya.

2 Pada zaman sains dan teknologi, gejala sosial dalam kalangan remaja semakin
serius dan banyak pihak berangapan bahawa institusi keluargalah yang
bertanggungjawab terhadap peningkatan masalah ini.
Beri pendapat anda tentang pernyataan di atas.

3 Sektor pelancongan merupakan salah satu penyumbang utama kepada kemajuan


ekonomi negara kita..
Tulis rencana tentang keistimewaan Malaysia sebagai destinasi pelancongan pada
masa ini.

4 Hubungan diplomatik yang telah terjalin dengan negara-negara lain sejak sekian
lama banyak memberi faedah kepada negara kita.
Huraikan peranan negara kita dalam mengekalkan hubungan baik dengan negara-
negara lain di dunia.

5 Kemajuan dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi menyebabkan minat


masyarakat terhadap sastera semakin berkurangan.

Huraikan langkah-langkah yang wajar dilakukan untuk mengembalikan minat


masyarakat terhadap bidang sastera.
(c) JPN NEGERI SEMBILAN 2008 8

PAHANG DARUL MAKMUR


Bahagian A
Huraikan pendapat anda tentang peranan masyarakat membantu golongan
warga tua menjalani kehidupan seharian.

Bahagian B
1 Kesedaran terhadap perlunya pengambilan makanan tambahan dalam kalangan
masyarakat Malaysia semakin meningkat. Terdapat pelbagai produk makanan
tambahan di pasaran. Anda telah dijemput untuk menyampaikan ceramah tentang
isu tersebut kepada penduduk sebuah taman perumahan. Tajuk ceramah ialah
‘Kepentingan Pengambilan Makanan Tambahan’.
Tulis ceramah anda selengkapnya.

2 Kemajuan bidang teknologi maklumat dan komunikasi membawa banyak manfaat


kepada kehidupan masyarakat di Malaysia .
Bincangkan.

3 Kegiatan cetak rompak yang semakin berleluasa boleh melumpuhkan industri


penerbitan dan hiburan tanah air.
Pada pendapat anda, apakah kesan-kesan kegiatan cetak rompak di negara kita
dan cadangkan usaha-usaha untuk mengatasinya.

4 Pelancong-pelancong seluruh dunia mula menjadikan negara-negara Asia


Tenggara sebagai destinasi pelancongan pilihan mereka. Hal ini menunjukkan
bahawa kerajaan negara-negara tersebut telah berupaya menawarkan pakej-pakej
istimewa yang mampu menarik kemasukan pelancong-pelancong antarabangsa.
Jelaskan sumbangan industri pelancongan terhadap negara-negara berkenaan.

5 Peribahasa ‘Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya’ bermaksud


usaha yang bersungguh-sungguh perlu dilakukan untuk membolehkan seseorang
itu berjaya dalam hidupnya..

Tulis sebuah cerpen berdasarkan peribahasa di atas.


(c) JPN PAHANG 2008 9

PERAK DARUL RIDZUAN


Bahagian A
Huraikan pendapat anda tentang kegiatan pertanian di negara kita.

Bahagian B
1 Kegiatan lumba motosikal haram masih berlaku di negara ini. Kegiatan ini
kebanyakanya melibatkan golongan remaja.
Sebagai seorang remaja yang prihatin, bincangkan peranan yang dapat anda
lakukan untuk membanteras kegiatan tersebut.

2 Kejayaan anak-anak dalam pelbagai bidang sering kali dikaitkan dengan


sokongan daripada institusi keluarga.
Beri komen anda tentang pernyataan tersebut.

3 Kerajaan menggalakkan rakyat negara ini menggunakan pengangkutan awam


tetapi mutu perkhidmatannya sering menjadi rungutan pelbagai pihak.
Tulis rencana tentang usaha-usaha yang perlu dilakukan oleh pihak berkenaan
untuk meningkatkan mutu perkhidmatan awam di negara ini..

4 Penganjuran sukan bertaraf dunia seperti Perlumbaan Kereta Formula 1 dan ‘Le
Tour de Langkawi’ wajar diteruskan kerana banyak faedah yang diperoleh
melalui penganjurannya.
Jelaskan faedah-faedah penganjuran sukan bertaraf dunia.

5 Penulis yang berwibawa dapat menghasilkan karya sastera yang bermutu.

Berikan saranan anda tentang langkah-langkah yang perlu diambil oleh pelbagai
pihak untuk melahirkan penulis yang berwibawa.
(c) JPN PERAK 2008 10

PERLIS INDERA KAYANGAN


Bahagian A
Huraikan pendapat anda tentang usaha-usaha untuk mempertahankan budaya

warisan bangsa di negara kita.

Bahagian B
1 Penglibatan pelajar dalam kegiatan kokurikulum dapat membina sifat
kepimpinan, disiplin diri yang tinggi, dan perpaduan dalam kalangan pelajar.
Ulaskan pernyataan di atas.

2 Anda mewakili Jabatan Perpaduan dan Integrasi telah ditugaskan untuk


menyampaikan ceramah kepada penduduk setempat. Ceramah anda berkaitan
dengan peranan institusi keluarga dalam pembentukan sahsiah remaja.
Tulis ceramah anda selengkapnya.

3 Sejak akhir-akhir ini , gejala kanak-kanak hilang semakin menjadi-jadi.Pelbagai


pihak mula memberikan perhatian serius terhadap isu ini.
Bincangkan peranan yang harus dipikul oleh ibu bapa dan masyarakat dalam
usaha menangani gejala tersebut.

4 Penganjuran sukan bertaraf antarabangsa dapat memupuk kerjasama serantau dan


mendatangkan pelbagai kebaikan.
Huraikan kebaikan penganjuran sukan bertaraf antarabangsa kepada rakyat dan
negara..

5 Sastera tradisional seperti pantun,syair,gurindam, dan seloka merupakan khazanah


bangsa yang wajar dihayati oleh generasi muda. Malangnya dewasa ini, khazanah
tersebut semakin dipinggirkan.

Berikan cadangan anda tentang langkah-langkah untuk menarik minat golongan


muda terhadap sastera tradisional.
(c) JPN PERLIS 2008 11

TERENGGANU DARUL IMAN


Bahagian A
Huraikan pendapat anda tentang kepentingan memiliki generasi cemerlang
kepada negara.

Bahagian B
1 Selain menumpukan bidang pelajaran, setiap pelajar digalakkan menyertai aktiviti
kokurikulum di sekolah, malah penglibatan pelajar dalam kokurikulum diambil
kira untuk kemasukan ke institusi pengajian tinggi.
Huraikan kepentingan menyertai kokurikulum kepada para pelajar.

2 Aktiviti riadah dan rekreasi bersama-sama keluarga sangat digalakkan kerana


dapat mengeratkan hubungan keluarga selain dapat menyihatkan badan.
Ulas pernyataan di atas.

3 Kesibukan bekerja menyebabkan masyarakat meminggirkan semangat


kejiranan.Oleh itu, usaha-usaha mempertingkatkan semangat tersebut perlu
dilaksanakan.
Tulis sebuah rencana tentang usaha-usaha mempertingkatkan semangat kejiranan
dalam kalangan rakyat.

4 Kesepakatan dan tolak ansur antara Malaysia dengan negara jiran banyak
membantu dalam kemajuan ekonomi dan kestabilan politik negara-negara
serantau.
Berikan komen anda tentang pernyataan tersebut.

5 Unsur-unsur sindiran yang terdapat dalam sastera rakyat dapat dijadikan


pengajaran dalam kehidupan.

Bincangkan pernyataan di atas.


(c) JPN TERENGGANU 2008 12

WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR


Bahagian A
Huraikan pendapat anda tentang kepentingan pengangkutan awam di negara
kita.

Bahagian B
1 Dunia remaja dikatakan sebagai dunia yang penuh dengan cabaran dan dugaan.
Bincangkan pernyataan di atas.

2 Teknologi dan kemajuan sains berkembang dengan pesat sehingga membawa


kepada perubahan yang besar dalam kehidupan masyarakat Malaysia pada hari
ini. Pelbagai rancangan pembangunan telah diusahakan untuk memajukan dan
memodenkan masyarakat dan negara..
Huraikan rancangan-rancangan pembangunan tersebut.

3 Dewasa ini, bidang muzik didapati menyediakan pelbagai kerjaya menarik yang
menawarkan pendapatan yang lumayan. Selaku wartawan sebuah majalah
hiburan, anda dikehendaki mewawancara seorang komposer terkenal tanah air
untuk meminta pendapat beliau tentang hal tersebut.
Tulis wawancara itu selengkapnya.

4 Kerjasama ekonomi antara negara semakin berkembang dewasa ini. Sehubungan


itu, banyak negara membuka pelaburan kepada pelabur asing.
Huraikan kepentingan pelaburan antarabangsa dalam menjana ekonomi sesebuah
negara.

5 Sebagai penulis remaja yang telah meraih kejayaan dalam bidang penulisan
kreatif, anda ingin menggalakkan lebih ramai remaja menceburi bidang ini.

Jelaskan keistimewaan bidang ini.


(c) JPN WP KUALA LUMPUR 2008 13

SELANGOR DARUL EHSAN


Bahagian A
Huraikan pendapat anda tentang usaha-usaha mempopularkan permainan
tradisional di negara kita.

Bahagian B
1 Gejala buli yang berlaku di sekolah semakin membimbangkan semua pihak.
Langkah-langkah yang drastik perlu diambil bagi menangani masalah tersebut
daripada terus berleluasa serta mengancam generasi akan datang.
Berikan pendapat anda tentang cara-cara menangani gejala buli di sekolah..

2 Keruntuhan institusi keluarga sering dibincangkan sejak kebelakangan ini.


Masalah ini harus diselesaikan supaya masyarakat penyayang dapat diwujudkan.
Anda bercadang untuk mewawancara seorang tokoh yang arif dalam hal ini dan
menanyakan ciri-ciri keluarga bahagia.
Tulis hasil wawancara itu selengkapnya.

3 Walaupun sistem pengangkutan awam di negara kini dikatakan antara yang


termoden di dunia, namun tidak ramai rakyat yang menggunakan kemudahan
tersebut.
Jelaskan usaha-usaha yang dapat dilakukan untuk menggalakkan rakyat negara
kita menggunakan kemudahan awam tersebut.

4 Keganasan dan kekacauan yang berlaku di dunia sering menimbulkan suasana


menakutkan masyarakat antarabangsa.
Nyatakan langkah-langkah yang boleh diambil oleh masyarakat antarabangsa bagi
mengatasi masalah ini.

5 Puisi Melayu Tradisional seperti pantun, gurindam, syair dan seloka kurang
diminati oleh golongan remaja masa ini.
Sarankan usaha-usaha yang wajar dilakukan untuk menarik minat golongan
remaja meminati puisi tersebut.

(c) JPN SELANGOR 2008 14

SEKOLAH BERASRAMA PENUH (SBP)


Bahagian A
Huraikan pendapat anda tentang langkah-langkah untuk mengatasi masalah
keracunan makanan di Malaysia.

Bahagian B
1 Persatuan Bahasa Melayu di sekolah anda telah mengadakan lawatan sambil
belajar ke beberapa tempat pelancongan di Malaysia. Sebagai setiausaha
persatuan, anda diminta menulis laporan tentang lawatan tersebut.
Tulis laporan itu selengkapnya

2 Kini ibu bapa terlalu mementingkan pencapaian akademik anak-anak mereka.


Oleh hal yang demikian, mereka tidak memberikan galakan kepada anak-anak
dalam aktiviti kokurikulum terutamanya sukan.
Huraikan pendapat anda tentang peranan ibu bapa menggalakkan anak-anak
menceburi bidang sukan.

3 Isu kenaikan harga barang hangat diperkatakan oleh masyarakat pada hari ini.
Sebagai seorang pengguna yang prihatin, tulis sebuah rencana tentang kesan-
kesan daripada kenaikan tersebut kepada masyarakat dan negara, serta cadangkan
langkah-langkah untuk mengatasinya.
Tuliskan rencana tersebut selengkapnya.

4 Peranan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) adalah untuk memastikan


keamanan sejagat. Namun, banyak negara di dunia mengalami masalah
peperangan, kemiskinan dan kebuluran.
Bahaskan penyataan di atas

5 Pada hari ini, banyak buku hasil karya penulis muda di Malaysia seperti Faisal
Tehrani dan Nisah Haron telah mendapat tempat dalam kalangan remaja. Karya
yang berkualiti ini telah berjaya menambah bahan bacaan di pasaran.
Huraikan ciri-ciri sebuah karya sastera yang menarik pada pandangan anda.
(c) BHG PENGURUSAN SBP/KLUSTER 2008 15

MAKTAB RENDAH SAINS MARA (MRSM)


Bahagian A
Huraikan pendapat anda tentang langkah-langkah yang boleh diambil untuk
mencegah keracunan makanan.

Bahagian B
1. Kampung anda berpotensi menjadi sebuah kawasan pelancongan yang menarik
dan terkenal. Anda bercadang untuk menulis surat kepada pihak yang berkenaan
menyatakan keistimewaan-keistimewaan yang terdapat di kampung anda dan
cadangan-cadangan bagi menjadikan kampung tersebut sebagai destinasi
pelancongan yang terkenal.
Tulis surat itu selengkapnya.

2. Usaha untuk mengumpulkan ahli keluarga yang ramai dari satu generasi ke satu
generasi terutamanya pada hari-hari perayaan merupakan suatu usaha yang murni.
Jelaskan kebaikan-kebaikan yang diperoleh daripada usaha tersebut.

3. Siswazah pada hari ini kurang berminat menceburkan diri dalam bidang
pertanian. Oleh itu, pelbagai pihak perlu mengambil inisiatif untuk menarik minat
para siswazah menceburkan diri dalam bidang tersebut.
Huraikan peranan pihak-pihak berkenaan .

4. Isu pemanasan global semakin membimbangkan masyarakat dunia pada hari ini.
Bersempena dengan Hari Bumi, anda terpanggil untuk menulis sebuah rencana
berkaitan dengan punca-punca dan kesan-kesan pemanasan global.
Tulis rencana tersebut selengkapnya

5. Puisi tradisional seperti pantun, gurindam dan syair masih popular hingga hari ini
dalam kalangan masyarakat Malaysia.
Bincangkan sumbangan puisi tradisional kepada masyarakat.

(c) BPL(M) MARA 16

Kalau tak dapat menjadi pohon cemara di puncak bukit,


jadilah
belukar di bawah lembah…
Tetapi, jadilah belukar terbaik di pinggir sungai sempit,
Jadilah belukar ,kalau tak dapat menjadi pokok.

Kalau tak dapat menjadi belukar selingkar, Jadilah rumput sederet,


dan serikanlah sebatang jalan raya.

Kalau tak dapat menjadi ikan temoleh, jadilah seluang,


Tetapi seluang terlincah di tasik terbentang.

Tidak semua boleh menjadi nakhoda, Sesetengah kita berbaju


kelasi,
Namun setiap tubuh punya kerja, tugas besar dan kecil,
Dan tugas segera adalah tugas yang terdekat.

Kalau tak boleh menjadi jalan raya,Jadilah sekerat lorong.

Kalau tak boleh menjadi matahari,Jadilah sebutir bintang…

Besar bukan ukuran gagal jaya,


Tetapi , jadilah ‘YANG TERBAIK’ dalam segala

© Soalan Peperiksaan Percubaan JPN Negeri/Modul Topikal


17

You might also like