You are on page 1of 4

KAQ1043

BIMBINGAN TINGKAHLAKU AWAL KANAK-KANAK

TAJUK JURNAL : SIMPTOM DISLEKSIA KANAK-KANAK PRASEKOLAH

NAMA : Nurul Ashinaz bt Abdul Majid

NO MATRIK : E20091000272

KUMPULAN : C

SEMESTER : Semester II Sesi 2010/2011

NAMA PENSYARAH : Cik Anis Norma bt Jaafar

Page 0
ULASAN JURNAL

Berdasarkan jurnal Simptom Disleksia Kanak-kanak Prasekolah, jurnal ini


membincangkan tentang peratusan kanak-kanak prasekolah yang berisiko mempunyai
simptom disleksia, peratusan berdasarkan gender dan subkajian yang paling sukar dikuasai
oleh kanak-kanak. Terdapat 10 subujian dalam set ini yang menguji ingatan memori,
pengetahuan, kemahiran motor halus, deria persepsi dan keseimbangan tubuh. Menurut
Drake (1989), antara ciri-ciri masalah disleksia yang dikenalpasti adalah seperti kesukaran
belajar berbahasa, ketidakseimbangan dan kebolehan intelektual, tidak lancar membaca
sesuatu bahan bercetak, tidak dapat menulis dengan lancar dan tepat, mata menjadi penat
setelah beberapa minit menumpu pada tulisan dan mempunyai tumpuan pendengaran serta
pengamatan visual yang terhad. Kanak-kanak disleksia seringkali ditempatkan di Kelas
Pemulihan Khas bagi mengatasi kegagalan menguasai kemahiran 3M iaitu membaca,
menulis dan mengira. Menurut Sofea (2000), disleksia bukanlah satu kecacatan dan tiada
kaitan dengan tahap kecerdikan seseorang, ia juga tidak boleh disembuhkan tetapi boleh
dirawat (BOLD 2000). Hasil kajian pakar perubatan pula mendapati dari segi fizikalnya,
kanak-kanak disleksia merupakan seorang yang aktif (Zabidi 2000). Menurut kajian lepas
oleh Norani, Abd Razak, Norazizah, Adnan @ Nan Khamis dan Siti Eshah (1999),
menunjukkan seramai 3,103 (9%) daripada 34,178 kanak-kanak prasekolah adalah terdiri
dari berkeperluan khas pelbagai kategori.

Menurut jurnal, populasi kajian ini melibatkan 40 orang pelajar dari dua kelas
prasekolah di dua buah sekolah berbeza di Negeri Sembilan yang terpilih secara rawak. 17
sampel terdiri pelajar lelaki, manakala 23 sampel adalah pelajar perempuan. Kajian ini
mengadaptasi instrumen The Dyslexia Early Screening Test (DEST) melalui kaedah
Terjemahan Brislin dan membentuk set Ujian Awal Pengesahan Disleksia (UAPD). Ujian
Awal Pengesahan Disleksia ini mengandungi 10 subujian iaitu ujian 1- menamakan dengan
pantas, ujian 2- mencucuk manik, ujian 3- membeza bunyi, ujian 4- keseimbangan tubuh,
ujian 5- mengenalpasti rima/sebutan huruf pertama, ujian 6- span digit ke hadapan, ujian 7-
menamakan angka, ujian 8- menamakan abjad/huruf, ujian 9- turutan bunyi, ujian 10-
menyalin bentuk berdasarkan contoh yang diberi. Data kajian ini dianalisis secara deskriptif
menggunakan peratusan.

Berdasarkan jadual 7 yang terdapat di dalam jurnal, jika dilihat dari peratusan sampel
yang berisiko mempunyai simptom disleksia, daripada 10 subujian yang dijalankan
mendapati 27.5% (11 orang) kanak-kanak dikesan menunjukkan simptom berisiko disleksia,
namun hanya 15% (6 orang) sampel sangat berisiko mempunyai simptom disleksia.
Dapatan ini juga dipengaruhi oleh beberapa aspek antaranya terdapat kemahiran yang diuji

Page 1
tidak merupakan elemen pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Keadaan ini
menjadikan sampel kurang terbiasa dan lemah dalam penguasaan. Ujian lain
mempengaruhi keputusan ujian ini adalah pengujian ‘Keseimbangan Tubuh’ yang tidak
menjadi keutamaan di kelas prasekolah. Elemen ini kerapkali dilibatkan secara tidak
langsung dalam gerakan semasa Pendidikan Jasmani contohnya seperti, pergerakan
berjalan di atas papan imbangan. Namun demikian, ia bukanlah bertujuan untuk
mengenalpasti dan memperbaiki kesan ketidakseimbangan tetapi sekadar riadah dan
rekreasi. Komponen pengajaran ini boleh menjadi satu alat pengukuran dalam membantu
kanak-kanak yang didapati tidak seimbang tubuh badannya agar dirujuk pada pihak
perubatan bagi mengenalpasti tahap kesihatannya terutama berkaitan saraf cerebrum yang
berkait rapat dengan keupayaan mental.

Jika dilihat dari peratusan simptom mengikut gender pula, bilangan pelajar lelaki
adalah sangat berisiko simptom disleksia berbanding pelajar perempuan. Ia berdasarkan
keputusan ujian yang ditunjukkan oleh indek pencapaian 1.5 iaitu seramai 3 orang sampel
lelaki (7.5%) dan tiada pelajar perempuan. Bagi indeks 1.4 sampel perempuan melebihi
pelajar lelaki iaitu 2 orang (5%) dan sampel lelaki seramai 1 orang (2.5%), tiada sampel
yang mencapai 1.3, bagi indeks 1.2 sampel pelajar perempuan melebihi sampel lelaki iaitu
seramai 3 orang (7.5%) dan tiada sampel lelaki. Bagi indeks 1.1 pula, pencapaian adalah
sama bagi kedua-dua sampel iaitu 1 orang (2.5%). Terdapatnya kajian dalam
perkembangan sistem saraf manusia mendapati kanak-kanak lelaki lebih lambat matang
berbanding kanak-kanak perempuan. Kelewatan ini memungkinkan faktor disleksia bagi
kanak-kanak lelaki dalam kajian ini tinggi.

Berdasarkan simptom disleksia mengikut risiko, daripada 10 subujian yang


dijalankan terdapat 3 subujian yang telah dikenalpasti sukar dikuasai oleh kanak-kanak
dalam ujian ini dan mencatatkan peratusan kegagalan melebihi 40% antaranya adalah
subujian 8 (Menamakan Abjad/Huruf), subujian 5 (Mengenalpasti Rima/Sebutan Huruf
Pertama) dan subujian 3 (Membezakan Bunyi). Bagi subujian 8, ketika ujian dijalankan
abjad/huruf yang dikemukakan sebagai bahan ujian adalah t,s,d,e,w,o,b,q,n,y. Beberapa
kemungkinan wujud dari dapatan ini antaranya adalah kerana abjad yang dikemukakan tidak
lengkap siri dan mengikut turutan dan ini menyukarkan sampel untuk mengenal abjad
melalui kaedah hafalan mengikut urutan a-z. Kemungkinan kedua adalah disebabkan abjad
o,w,q,n dan y merupakan abjad yang terkebelakang kedudukannya dalam siri turutan abjad
yang mengakibatkan memori sampel tidak berupaya memproses dan menyalurkan
maklumat dengan segera. Selain itu, tahap keintelektualan sampel itu sendiri termasuk
dalam lingkungan yang lemah disebabkan tahap kesihatan atau kurang pengetahuan yang
diterima.

Page 2
Bagi subujian 5, sampel kajian dalam subujian ini sering menghadapi masalah
membezakan antara bunyi huruf dengan nama huruf sebagai contoh ‘c’ dinyatakan
sebagai /si/ sedangkan sepatutnya /tf/. Kegagalan sampel dalam mengenalpasti bunyi rima
seringkali disebabkan masalah alat pendengaran atau kehadiran ‘glue ear’ yang
memerlukan pemeriksaan pakar perubatan Bradley dan Bryant (1983). Perkaitan kesukaran
yang menjadi faktor kegagalan ini juga dilihat dalam subujian 3. Dalam subujian 3
(Membezakan Bunyi) memperlihatkan kesukaran kepada sampel untuk mengingati semula
bunyi yang pernah didengar. Menurut Nocolson et al.(1994) permasalahan ini dikaitkan
dengan keupayaan ingatan jangka pendek dan ingatan jangka panjang kanak-kanak
disleksia yang sering menghadapi masalah terutama dalam membezakan bunyi.
Keseluruhannya, ketiga-tiga subujian ini merupakan subujian yang paling sukar dikuasai
sampel dan ianya melibatkan kemahiran deria-persepsi.

Berdasarkan jurnal yang diperolehi, jurnal ini bersesuaian untuk dikaji bagi
mengenalpasti kanak-kanak yang berisiko mempunyai simptom disleksia. Kelemahan yang
dikenalpasti dalam jurnal ini adalah jurnal ini hanya menggunakan dua kelas prasekolah di
dua buah sekolah yang berbeza di Negeri Sembilan. Bagi mengenalpasti peratusan kanak-
kanak yang bersimptom disleksia dengan lebih tepat, seharusnya kajian ini dijalankan di
setiap sekolah dalam setiap negeri yang berbeza. Selain itu, bagi mengatasi masalah
disleksia dalam kalangan kanak-kanak, guru perlu mengamalkan konsep pengukuhan positif
dengan memberi pujian kepada kanak-kanak disleksia. Guru juga perlu memastikan tulisan
mereka terang dan jelas bagi memudahkan kanak-kanak disleksia menyalin semula apa
yang ditulis. Di samping itu, perlunya satu program khusus untuk belajar membaca, menulis
dan mengeja. Hal ini demikian, program pengajaran biasa tidak selalunya efektif untuk
kanak-kanak yang mengalami disleksia. Penggunaan pelbagai jenis deria dalam pengajaran
dan pembelajaran juga perlu dititikberatkan guru. Cadangan yang seterusnya adalah, guru
perlu menggalakkan kemahiran atau bakat semula jadi kanak-kanak dan sentiasa
memberikan galakan serta membakar semangat mereka supaya sentiasa berusaha untuk
mencapai kejayaan. Tuntasnya, keperluan pengesanan simptom disleksia di peringkat
prasekolah amatlah dititikberatkan dan guru sebagai perancang cara dalam menangani
kesukaran yang dihadapi oleh kanak-kanak disleksia ini hendaklah dilaksanakan dengan
segera. Adalah menjadi harapan agar peluang “Pendidikan untuk Semua” yang dimeteri
melalui Pernyataan Salamanca (UNESCO 1994) akan menjadi lebih bermakna dengan
perhatian dan penglibatan semua pihak bangun dan membantu kanak-kanak disleksia
mencapai inspirasi masa depannya melalui pendidikan berkualiti.

Page 3

You might also like