You are on page 1of 20

TEKNIK DIAGNOSIS & ALAT-ALAT PENGUJIAN E3005/UNIT 1/1

UNIT 1 : TEKNIK DIAGNOSIS DAN ALAT-ALAT PENGUJIAN

Objektif am : Mengenali alat-alat kelengkapan pengujian.

Objektif khusus : Di akhir unit ini pelajar sepatutnya dapat :

• Mengenal dan mengendali Osiloskop dan Osiloskop Storan.

• Mengenal dan mengendali Meter Pelbagai Analog dan Meter Pelbagai Berdigit.

• Mengenal dan mengendali Titi RCL.

• Mengenal dan mengendali Penguji Transistor.

• Mengenal dan mengendali Kuar Logic,Klip Logic dan Penyurih arus.

• Mengenal dan mengendali Penjana Logik,Pendenyut Logik dan Penganalisis Logik.

1.1 OSILOSKOP DAN OSILOSKOP STORAN

Osiloskop - alat pengukuran elektronik yang berkeupayaan untuk memaparkan isyarat di atas screen.
Isyarat

berubah dengan masa (voltan lawan masa) untuk mengetahui nilai parameter isyarat.

1.1.1 Prinsip asas:

• Ia terdiri daripada komponen utama, Tiub Sinar Katod (Cathod Ray Tiub (CRT)) dan beberapa
bahagian seperti

senapang elektron (electron gun), skrin fluorescent dan 2 pasang plate pemesongan Harizontal (H)
dan Vertical (V).

• Apabila voltan diberikan pada horizontal plate, elektron akan bergerak secara mendatar dan
apabila voltan

diberikan pada vertical plate, elektron akan bergerak secara menegak .

Rajah1.1: Binaan asas Tiub Sinar Katod (Cathod Ray Tube)

• Plate H disambungkan kepada satu isyarat Mata Gergaji (Saw Tooth Signal), menyebabkan elektron
bergerak dari

kiri ke kanan pada paksi X. Plate V disambungkan kepada satu isyarat ujian, ini menyebabkan
pergerakkan

elektron akan mengikut plate ini.


• Hasil dari voltan yang dibekalkan pada plate H dan V secara berterusan menyebabkan ia dapat
menghasilkan satu

lengkok atau gelombang yang tajam pada skrin menyamai gelombang ujian. Isyarat yang dipaparkan
pada skrin

adalah sangat laju dan mungkin gelombang tersebut tidak dapat dilihat. Jadi penstabilan paparan
adalah diperlukan

untuk satu jangka masa yang lama. Maka osiloskop melakukan paparan ulangan di atas lakaran
isyarat yang sama.

Maka isyarat yang dipaparkan mesti diberi isyarat perkalaan (periodical signal) yang sesuai untuk
paparan yang

vertical

horizontal

Electron

Gun

Deflection Planes

Fluorescent

screen

Spot

Electron

Beam TEKNIK DIAGNOSIS & ALAT-ALAT PENGUJIAN E3005/UNIT 1/2

stabil. Bagi membantu proses ini lebih cekap terdapat satu litar istimewa iaitu “trigger circuit” untuk
memastikan

elektron tadi dilakarkan pada skrin seperti isyarat asal.

1.1.2 Fungsi asas Bahagian Osiloskop

Di bawah menunjukkan gambarajah blok utama sebuah Osiloskop

Rajah 1.2: Gambarajah blok utama Osiloskop


• VOLTAGE/DIV Knob: Untuk menukarkan skala pembesaran penguat (amplifier) Channel Y dan juga
menukarkan

skala paksi Y pada skrin. [amplitude]

• TIME/DIV Knob: Untuk menukarkan tempoh masa (skala) ‘saw tooth signal’ yang menentukan
berapa lama

elektron bergerak dari kiri ke kanan pada skrin dan menukarkan skala paksi X pada skrin.[masa]

• TRIGGER LEVEL Knob: Menukarkan paras rujukan bagi isyarat ujian untuk menentukan skala bagi
‘saw tooth

signal’

1.1.3 Jenis-Jenis Osiloskop

1.1.3.1 Osiloskop Storan.

Berkeupayaan untuk mengingati isyarat ujian melalui ingatan yang ada padanya. Jadi ia boleh
memaparkan

isyarat ujian secara jelas tanpa memerlukan isyarat persekalaan.

1.1.3.2 Multichannel Osiloscope.

Berkeupayaan memaparkan 2 atau lebih isyarat ujian dalam satu masa. Ia menggunakan prinsip
‘multiplexer’.

Setiap isyarat dipaparkan satu demi satu oleh senapang elektron tetapi dalam jangka masa yang
amat pendek.

Jadi ini sudah mencukupi untuk melihat isyarat ujian tersebut dipaparkan dalam satu jangka masa.

1.1.3.3 Digital Osiloskop.

Menggunakan prinsip digital. Isyarat ujian akan ditukarkan kepada digital yang diproses oleh litar
digital (seperti

sistem komputer) dan dipaparkan pada skrin. Ia berkeupayaan untuk membuat pengukuran
tambahan dengan

ketepatan yang tinggi dan mudah digunakan.

SAWTOOTH

OSCILLATOR

X - deflection

Y - deflection

X - deflection
Y - deflection

Y - Amplifier

X - Amplifier

comparator

Trigger Level

Voltage/DIV

Frequency

Time / DIV

Trigger Circuit

Input TEKNIK DIAGNOSIS & ALAT-ALAT PENGUJIAN E3005/UNIT 1/3

1.2 MULTIMETER (VOM- Volt, Ohm dan Miliampere)

Berbagai-bagai pengukuran pengukuran termasuk voltan DC/AC. Pengukuran arus, rintangan,


kapasitor, diod

dan transistor.

1.2.1 Pengukuran Voltan DC/AC

Pilih skala DC/AC yang sesuai pada VOM Skala tersebut mestilah lebih besar daripada nilai voltan
yang diukur

untuk mengelakkan kerosakan pada VOM.

Rajah 1.3: Pengukuran Voltan DC/AC

1.2.2 Pengukuran Miliampere (arus)

Pilih skala DC mA yang sesuai pada VOM. Nilai skala mestilah lebih besar dari nilai yang diukur.
Potongkan

litar yang hendak diukur dan sambungkan VOM seperti gambarajah di bawah:-

Rajah 1.4: Pengukuran Arus ( milliampere)

1.2.3 Pengukuran rintangan

Pilih skala yang sesuai, laraskan VOM pada 0 ohm(tentukurkan). Sambungkan objek yang hendak
diukur

seperti di bawah:- TEKNIK DIAGNOSIS & ALAT-ALAT PENGUJIAN E3005/UNIT 1/4


4

Rajah 1.4: Mengukur rintangan

1.2.4 Menguji Kapasitor

Tidak semua VOM berkeupayaan untuk menguji kapasitor, namun ia masih dapat dilakukan oleh
VOM. Bagi

VOM yang mempunyai kemudahan menguji kapasitor lakukan seperti gambarajah di bawah. Tetapi
kapasitor

tersebut mestilah discaskan dahulu sepenuhnya.

Rajah 1.5: Menguji Kapasitor pada MOV

Bagi VOM yang tidak mempunyai kemudahan ini, pengujian boleh dilakukan menggunakan kaedah
‘quick and

dirty’ seperti berikut. Sambungkan litar seperti di bawah. TEKNIK DIAGNOSIS & ALAT-ALAT
PENGUJIAN E3005/UNIT 1/5

Rajah 1.6: Menguji kapasitor pada VOM secara ‘quick and dirty’

Bagi kapasitor yang dipasang pada litar, potong atau bukakan paterinya pada salah satu kaki
kapasitor

tersebut. Matikan bekalan kuasa pada litar tersebut. Semasa menguji kapasitor tersebut
sambungkan VOM

seperti litar di atas, dan perhatikan nilai rintangan. Bagi kapasitor yang baik VOM akan mengecas
kapasitor

tersebut dan diakhir ujian nilai rintangan adalah infiniti atau seperti graf di bawah.

Sekiranya kapasitor tersebut rosak seperti di bawah:-

1. Open circuit : R = Infiniti, tetap.

2. Short circuit : R = Sifar, tetap.

Rajah 1.7: Graf menguji kapasitor

1.2.5 Menguji Diod

Bagi menguji diod VOM mestilah mempunyai ‘diode check’ atau ‘high-ohm’ skala. Ini kerana VOM
tersebut
mestilah boleh mengaktifkan diod (forward bios). Gambarajah di bawah menunjukkan cara
pengujian diod

forward-bios dan reverse-bios. TEKNIK DIAGNOSIS & ALAT-ALAT PENGUJIAN E3005/UNIT


1/6

Rajah 1.8: Pengujian diod a) Forward-bios b) Reverse-bios

Setkan VOM pada diod test dan offkan bekalan litar, bagi pengujian forward-bios keputusan ujian
bagi diod

adalah seperti berikut:-

Diod jenis biasa : 200 hingga 700 ohm

Small-signal diod : 200 ohm

Rectifire diod : 600 ohm

Bagi reverse-bias keputusannya bagi diod yang baik adalah R = Infinite. Bagi diod yang rosak seperti
di

bawah keputusannya untuk kedua-dua ujian adalah seperti di bawah:

Open Circuit : R = Infinite

Short Circuit : R = sifar

1.3 Pengujian Transistor

Suatu transistor dapat diuji sama ada masih berfungi atau tidak dengan menggunakan meter ohm.
Untuk tujuan

pengujian ,transistor dianggap sebagai dua diod yang disambung secara membelakang. Diod
mempunyai rintangan

kedepan yang kecil dan ringtangan balikkan yang tinggi. Oleh itu , transistor NPN yang normal akan
menunjukkan sifat

rintangan seperti yang di terangkan pada rajah dibawah. TEKNIK DIAGNOSIS & ALAT-ALAT
PENGUJIAN E3005/UNIT 1/7

Rajah 1.9 : Cara menguji transistor dengan meter ohm.

Jika bacaan meter ohm kedepan dan balikan sangat tinggi bermakna taransistor terbuka, dan
sebaliknya jika bacaan
rendah bermakna transistor terpintas. Jika bacaannya sama, transistor dikira rosak. Biasanya
rintangan kedepan

mempunyai nilai diantara 300 hingga 700 ohm dan rintangan balikan mempunyai nilai diantara 10
hingga 60 kOhm.

1.3.1 KUAR LOGIK (LOGIC PROBE)

Ia adalah alat pengujian yang diguna untuk menguji paras logik pada litar digital seperti paras ‘0’, ‘1’
dan rangkaian

denyut (pulse). Ia amat berguna pada litar digital. Ia berbeza daripada MOV dari segi isyarat yang
diukur, di mana logik

probe berkeupayaan untuk mengukur isyarat yang mempunyai kadar perubahan yang tinggi.

Penggunaan kuar logik bergantung kepada jenis dan pembuatnya. Kerosakan dapat dikesan dengan
menguji keadaan

logik pada tempat-tempat yang diketahui keadaan logiknya. Sebagai contoh, kuar logik boleh
digunakan untuk

memeriksa kehadiran denyut klok pada mikro pemproses.

Semasa membuat pengujian adalah penting untuk memastikan logik probe dibumikan pada bumi
litar yang diuji. Ini

untuk mengelakkan kerosakan pada probe logik atau ketidaktepatan bacaan yang disebabkan
gangguan bekalan

kuasa.

Di bawah menunjukkan penggunaan 2 jenis logik probe;

a. Logik probe PRB-50

• Logik ‘1’ ditunjukkan oleh ‘HI’ LED

• Logik ’0’ ditunjukkan oleh ‘LO’LED

• Pulse ditunjukkan oleh ‘pulse’ LED

• Sekiranya ‘pulsing’ dan ‘LO’ LED menyala, maka duty cycle logik ‘0’ lebih panjang dari logik ‘1’.

• Sekiranya ‘pulsing’ dan ‘HI’ LED menyala, maka duty cycle logik ‘1’adalah lebih panjang dari logik
‘0’.

b. Logik Probe LP-1

• Logik ‘1’ dikesan oleh ‘high’ led


• Logik ‘0’ dikesan oleh ‘low’ led

• Pulse dikesan oleh Pulse led

• Sekiranya logik ‘low’ dan pulse ‘blinking’, maka titik tersebut adalah logik ‘0’ dengan duty cycle
pulse adalah < 15%.

• Sekiranya logik ‘high’ dan pulse ‘blinking’, maka titik tersebut adalah logik ‘1’ dengan duty cycle
pulse adalah > 85%

• Memory/pulse suis: Untuk memegang pulse. TEKNIK DIAGNOSIS & ALAT-ALAT PENGUJIAN
E3005/UNIT 1/8

1.3.2 KLIP LOGIK (MONITOR LOGIK)

Ia digunakan untuk menunjukkan paras logik pada kesemua kaki litar sepadu (IC) secara serentak.
Dengan itu

perubahan dikeluaran dan masukan dapat diperhatikan dengan serentak. Di bawah menunjukkan
penggunaan Klip

Logik pada IC.

Rajah 1.9: Penggunaan Klip Logik Pada IC

1.3.3 PENYURIH ARUS (CURRENT TRACER)

Ia digunakan untuk mengesan aktiviti arus dalam litar logik. Dengan melaraskan kepekaan pada
penyurih arus, surihan arus dapat

dibuat dengan memerhatikan kecerahan pada lampu pada penyurih arus. Di bawah menunjukkan 2
contoh penggunaan penyurih

arus:

a. Stuck wired-end circuit.

Di bawah menunjukkan cara pengujian kerosakan jenis stuck wired-end circuit dengan menggunakan
penyurih arus.

Rajah 1.10: Pengujian kerosakan stuck wired-end circuit

Letakkan penyurih arus pada sebelah ‘pull-up’ perintang dan laraskan sensitiviti penyurih arus
sehingga lampu padanya

menyala. Bawakan penyurih arus sepanjang laluan yang ditunjukkan.Apabila sampai dititik X, maka
kecerahan penyurih

arus akan bertambah.Tidak pada titik-titik lain. Ini menunjukkan terdapat kerosakan pada titik ini.
TEKNIK DIAGNOSIS & ALAT-ALAT PENGUJIAN E3005/UNIT 1/9
9

b. Multiple get input problem

Di bawah menunjukkan pengujian kerosakan jenis Multiple get input yang menggunakan penyurih
arus.

Rajah 1.11: Pengujian kerosakan jenis ‘multiple get input’.

Dengan membawa penyurih arus seperti laluan pada litar, apabila sampai di titik Z, penyurih arus
akan sama terang

pada lampunya, tetapi sepatutnya ia semakin malap. Ini menunjukkan berlaku litar pintas ke bumi
pada titik tersebut.

1.3.4 PENDENYUT LOGIK (LOGIC PULSER

Digunakan untuk menyuntik denyut terkawal ke dalam litar logik. Menggunakan denyut atau
rangkaian denyut dengan

polariti yang diperlukan tanpa memutuskan litar. Denyut yang dihasilkan mempunyai lebar denyut
dan frekuensi yang

tetap dan amplitudnya bergantung kepada bekalan kuasa yang digunakan, oleh itu bagi menyuntik
denyut pada litar

logik, logik probe mestilah mengambil punca bekalan yang sama dengan litar tersebut. Pendenyut
berkeupayaan

sebagai sumber atau sinki bagi arus yang tinggi. Ini membolehkan ia mengatasi keadaan logik pada
tempat ia

diletakkan dan mengeluarkan denyut yang berlawanan logik. Gambarajah di bawah menunjukkan
bagaimana logik

pulser menghasilkan denyut berlawanan dengan logik pada titik ujian.

Rajah 1.12: Gambarajah Logik Pulser mengubah logik pada sesuatu titik.

Pendenyut logik biasanya digunakan bersama dengan Logik Probe. Litar di bawah menunjukkan
penggunaan logik

pulser dengan logik probe. TEKNIK DIAGNOSIS & ALAT-ALAT PENGUJIAN E3005/UNIT 1/10

10

Rajah 1.13: Litar contoh penggunaan logik pulser dengan logik probe

Terdapat banyak jenis logik pulser. Contoh yang akan digunakan adalah Digital Pulser jenis DP-1. Ia
mempunyai satu
‘pulse indicator LED’, suis pulse dan ttl/CMOS. Penggunaannya bergantung kepada jenis litar samada
TTL/CMOS, dan

tekan suis pulse, maka LED pulse indicator akan berkelip.

1.3.5 PENGANALISA LOGIK (LOGIC ANALYSER)

Penganalisa Logik digunakan untuk melihat paras logik bagi litar digital pada beberapa titik (lebih
daripada satu) secara

serentak. Logik-logik ini boleh dilihat melalui ‘timing diagram’ atau ‘state diagram’.

Penggunaannya akan dilihat dalam makmal.

1.3.6 PENJANA DENYUT (PULSE GENERATOR)

Digunakan untuk menjana denyut yang boleh dikawal parameter pulsenya, bergantung kepada
keperluannya,seperti

Delay,width,period,single/double lain-lain lagi. Di bawah menunjukkan ciri-ciri pulse dan


terminologinya.

Rajah 1.14: Terminologi pulse.


TEKNIK DIAGNOSIS & ALAT-ALAT PENGUJIAN E3005/UNIT 2/1

UNIT 2 : TEKNIK DIAGNOSIS DAN ALAT-ALAT ENGUJIAN

Objektif khusus : Di akhir unit ini pelajar sepatutnya dapat :

• Mengenalpasti kerosakan dengan menggunakan teknik suntikan dan

surihan isyarat.

• Menganalisa kerosakan dari nilai voltan dan rintangan pada litar

• Menganalisa kesan komponen rosak pada nilai voltan dan rintangan

2.0 PENDAHULUAN

Sebelum mengetahui teknik-teknik dalam mengesan kerosakan seharusnya diketahui dahulu

keperluan sesebuah sistem. Dalam mana-mana sistem ia mempunyai hierarki yang tersendiri.

Lebih-lebih lagi dalam sistem komputer. Ia amatlah perlu terutama kepada juruteknik atau

pembantu jurutera dalam mengesan dan membaikpulih sesebuah sistem komputer. Begitu juga

dengan mengesan kerosakan pada alat-alat elektronik.

Beberapa soalan yang harus dijawab, sebelum kita memulakan kerja-kerja membaikpulih:-

i. Apakah jenis alat yang akan dibaikpulih?

ii. Apakah kerosakan (simpton) pada alat tersebut?

iii. Adakah alat tersebut mempunyai litar skematik?

iv. Apakah teknik yang sesuai untuk digunakan?

Dalam soalan pertama, kita harus mengenal alat serta fungsi (cara kerja). Contohnya penjana

isyarat yang mana fungsinya menghasilkan isyarat berbentuk sinus atau segiempat. Radio

berfungsi sebagai menerima isyarat, proses kemudian menghasilkan audio. Televisyen berfungsi

sebagai menerima isyarat proses kemudian menghasilkan gambar dan audio. Dari sini, barulah

boleh kita tentukan kerosakan alat.

Manakala yang kedua melibatkan dari hasil yang dikeluarkan oleh alat itu. Misalnya tiada ayunan

di keluaran penjana isyarat, tiada suara dari speaker radio, tiada gambar dari layar TV. Inilah
yang kita panggil simpton.

Dari sini, barulah kita tentukan bahagian mana dalam litar itu yang dijangka tidak berfungsi. Kita

tidak akan membuang masa jika jangkaan kita tepat. Kita hanya boleh membayangkan litar dan

fungsinya jika kita tahu bahagian yang rosak, tetapi litar yang sebenar belum pasti. Oleh itu kita

memerlukan litar skematik. Dari litar skematik kita boleh menumpukan perhatian kepada

komponen yang dijangka rosak.

2.1 TEKNIK MENGESAN DAN MENGANALISA KEROSAKAN

Cara mengesan alat elektronik biasanya berpandukan pada kegunaan alat tersebut. Sebelum

mencari kerosakan kita harus mengetahui fungsi asas sesuatu alat yang akan dirawat. Dari sini,

kita akan dapat menganalisa apakah kerosakan atau simpton. Setiap teknik yang dilakukan ada

hubungan antara satu sama lain atau sebagai pilihan lain agar tidak membuang masa.

Teknik-teknik mengesan bolehlah kita susunkan seperti berikut:-

i. Mengesan simpton

ii. Teknik surihan dan suntikan isyarat

iii. Mengukur voltan

iv. Mengukur kerintangan kerintangan atau sambungan dalam litar

v. Mengesan dengan cara fizikal

2.1.1 Simpton

Setiap alat yang rosak tentunya ada simpton yang boleh memberikan panduan kepada kita

menentukan kerosakan bahagian, penyambungan atau komponen. Di sini seorang perawat

harus mempunyai pengetahuan tentang operasi dan fungsi sesuatu alat. Contohnya bagi
TEKNIK DIAGNOSIS & ALAT-ALAT PENGUJIAN E3005/UNIT 2/2

seorang pengguna, kerosakan alat terima radio hanya dapat dikesan jika bunyi tidak normal,

atau tiada bunyi langsung. Bagi seorang mekanik apabila alat itu tiada bunyi, dia boleh

mengagak di bahagian mana yang rosak. Di bawah adalah satu contoh rajah menunjukkan

simpton yang diperolehi dan fungsi sesebuah alat.


Alat Simpton dari fungsi

1 TV Warna Gambar warna dan suara

2 Radio Suara stereo

3 Osiloskop Paparan

4 Penjana Audio Keluaran isyarat audio

2.1.2 Teknik Surihan dan Suntikan Isyarat

Setiap simpton kerosakan yang diketahui oleh sesuatu alat, kita boleh membuat perangkaian di

bahagian mana yang rosak. Sebagai contohnya alat terima radio yang tiada suara atau bunyi

tidak kedengaran di speaker tetapi penunjuk bekalan ada. Kita boleh mengagak bahagian mana

yang rosak atau tempat di mana kita perlu periksa dahulu. Disini kita boleh katakan bahawa

speaker atau penguat kuasa atau kawalan tone atau kawalan bahan (volume control).

Jika litar skematik tidak ada, pilihan lain adalah dengan menyurih litar di bahagian tersebut. Litar

skematik adalah sangat penting untuk menunjukkan nombor komponen dan sambungannya. Ini

akan mempercepatkan proses surihan litar atau mengesan kerosakan pada komponen.

Setelah kita tahu bahagian mana dan jenis kerosakan litar, kita harus memikirkan apakah teknik

yang harus kita lakukan. Mekanik yang berpengalaman biasanya menggunakan teknik ringkas

iaitu meneliti litar skematik dan terus kepada simpton.

2.1.2.1 Surihan litar tercetak

Sebelum kita membincangkan tentang teknik mencari kerosakan, kita seharusnya boleh

membuat surihan papan litar tercetak. Ini adalah penting kerana walaupun kita mempunyai litar

skematik, kerja-kerja mencari komponen adalah berasaskan surihan litar.

Beberapa peraturan harus ditentukan sebelum surihan litar dibuat:-

i. Tentukan punca masukan dan keluaran

ii. Tentukan punca bekalan dan bumi

iii. Tentukan nombor komponen

Surihan boleh dimulakan dari titik masukan. Jika sukar ditemui kerana lebih dari satu masukan,

kita boleh memulakan dari bahagian keluaran. Contohnya pada litar di bawah
Contoh TEKNIK DIAGNOSIS & ALAT-ALAT PENGUJIAN E3005/UNIT 2/3

Rajah 2.2: Litar pesungan pugak sebuah TV

Rajah 2.3: Litar pesongan pugak sebuah TV (sambungan)

Kita boleh mencari wayar yang disambung ke gelung pesongan di yoke TV sebagai rujukan

keluaran, kemudian sureh ke dalam sehingga bertemu dengan litar penguat.

Jika litar mudah seperti penguat audio, pra-penguat, litar tone dan sebagainya, surihan

keseluruhan perlu. Oleh itu surihan dari punca bekalan kuasa juga boleh dilakukan. Contohnya

litar penguat suapbalik pada rajah 2.4 di bawah :

Rajah 2.4: Penguat suapbalik pada PCB TEKNIK DIAGNOSIS & ALAT-ALAT PENGUJIAN
E3005/UNIT 2/4

Rajah 2.5: Litar penguat suapbalik

Nombor komponen pada papan litar tercetak, juga boleh menunjukkan bahagian mana tempat

permulaan litar, contohnya C1 danR1 adalah komponen yang mula-mula dalam litar. Jika

nombor besar, angka yang mula menunjukkan bahagian yang sama. Contohnya C447 dan

C440. Nombor yang mempunyai nombor siri 4 adalah dari bahagian yang sama misalnya

nombor siri 400 adalah bahagian pugak dalam litar TV.

2.1.2.2 Suntikan Isyarat

Rajah 2.6: Blok penguat audio dalam TV

Apabila kita pastikan bahagian penguat kuasa keluaran rosak , kita tidak perlu lagi membuat

semakan di kawasan penerima RF dan IF. Teruskan dengan menyemak kawasan penguat

audio.

Untuk lebih dekat kepada tempat (bahagian) yang rosak, teknik surihan / suntikan isyarat adalah

cara yang tepat. Setengah mekanik menggunakan jari atau pengalir sebagai penjana gelombang

dan disuntik di bahagian yang dijangka rosak. Cara ini kurang baik kerana isyarat mempunyai
hingar dan susah menentukan keluaran tanpa erutan

Untuk melakukan teknik surihan dan suntikan kita harus menyediakan alat-alat penguji seperti

osiloskop, penjana audio dan bekalan kuasa arus terus (a.t) boleh ubah.

Berikut adalah langkah-langkah untuk melakukan teknik surihan

1. Tentukan bahagian-bahagian dalam kawasan penguat seperti dalam rajah di bawah

2. Tentukan bekalan voltan pada nilai yang betul dan bekalkan kepada litar. Perhatikan arus

bekalan tidak menunjukkan arus lampau.

3. Tentukan keluaran penjana pada aras yang sesuai dan frekuensi 1kHz atau 400 Hz TEKNIK
DIAGNOSIS & ALAT-ALAT PENGUJIAN E3005/UNIT 2/5

Kemudian kita boleh mulakan dengan menyemak di bahagian keluaran iaitu bermula dari

speaker (jika ada) atau gunakan skop sebagai alat pengesan keluaran

Rajah 2.7 : Rajah blok alat pengesan keluaran

1. Semak kefungsian speaker – boleh dibuta dengan menggunakan meter ohm atau penjana

isyarat

Rajah 2.8 : Gambarajah menguji pembesar suara (speaker)

2. Jika speaker berfungsi baik, suntikan boleh dimulakan dengan memasukkan penguat

kuasa (keluaran pemacu)

Rajah 2.9: Litar Penguat Tolak Tarik

3. Jika normal, alihkan prob penjana audio ke masukan pemacu iaitu sebelum atau selepas C3.

Perhatikan keluaran

4. Jika isyarat normal, kita boleh terus menyemak pada masukan litar tone. Litar ini terdiri

daripada litar penapis. Keluaran mungkin ada sedikit susutan jika pelaras tone diubah. Jika

litar ini rosak keluaran menjadi rendah atau tone tidak boleh dilaras. TEKNIK DIAGNOSIS & ALAT-
ALAT PENGUJIAN E3005/UNIT 2/6

6
Rajah 2.10: Litar Pra Penguat

5. Jika litar ini normal. Suntikan isyarat ke masukan pra penguat boleh terus dilakukan. Untuk

mendapat keluaran tanpa erutan, level keluaran penjana harus diturunkan kerana jika litar ini

normal, isyarat keluaran jadi maksimum. Titik uji boleh dikenakan selepas itu sebelum

pemuat C5. Perhatian perlu diambil bila menyelaras kawalan bahan kerana ia akan memberi

kesan kepada isyarat suntikan. Kerja-kerja surihan isyarat ini sebenarnya cepat dan tidak

perlu mengambil masa yang lama kerana jika kita telah mengetahui atau kenalpasti

kawasan-kawasan penguat yang perlu diuji dalam litar cetak. Kita teruskan suntikan

berulang kali adalah lebih baik dan kita boleh membandingkan isyarat serta menganalisa.

Langkah-langkah ini boleh kita ringkaskan melalui carta aliran seperti di rajah 2.11 di bawah

Rajah 2.11: Rajah blok bagi carta mengesan kerosakan

O.K

Tidak normal

Tiada keluaran

Tidak normal

Tiada normal

Speaker

Penguat kuasa

keluaran

Pemacu

Litar Tone

Pra penguat

Uji Voltan

Baikpulih

Uji Kerintangan

Dalam Litar

Baik
Mula

O.K

O.K

O.K

Tiada bunyi TEKNIK DIAGNOSIS & ALAT-ALAT PENGUJIAN E3005/UNIT 2/7

2.1.3 Teknik Ukuran Voltan

Teknik mengukur voltan dibuat sesudah kita mengetahui bahagian kerosakan. Voltan yang mulamula
sekali yang perlu diketahui ialah bekalan ke bahagian tersebut. Contohnya seperti dalam litar rajah

10, bekalan +12V seharusnya ada di sambungan R1 dan R3. Jika rendah atau tiada , ini bermakna

bekalan tidak normal

Jika voltan bekalan normal, langkah-langkah seterusnya bersekitar pada komponen aktif iaitu

transistor Q1.

Rajah 2.12: contoh litar penguat

Untuk menganalisa voltan yang diukur, kita harus tahu voltan normal (tanpa kerosakan ) litar
tersebut.

Sebagai contoh, litar di atas , voltan normal di

Pemungut C (Vc) = 5.5V

Tapak B ( VB) = 2.5V

Pengeluar E (VE) = 1.7V

Di sini kita boleh menganalisa kerosakan sekitar komponen sekitar dan jenis kerosakan .Sila lihat
contoh

di bawah:

Contoh 1

Jika voltan C = 0.1V, komponen mana dan apakah jenis kerosakannya?

Jawapan : R3 terbuka (tiada bekalan sampai ke pemungut)

Contoh 2

Jika voltan C = 11.8V, apakah kerosakan yang berlaku?


Jawapan :

i. R1 terbuka atau

ii. CE Q1 terbuka atau

iii. R4 terbuka

Contoh 3

Jika voltan B 0.1V

Jawapan :

i. BE Q1 pintas atau

ii. R1 terbuka

Contoh 4

Jika voltan E = 0V

Jawapan :

i. C2 pintas atau

ii. E Q1 terbuka TEKNIK DIAGNOSIS & ALAT-ALAT PENGUJIAN E3005/UNIT 2/8

Bagi bahagian litar sepadu sukatan voltan sangat penting jika bahagian ini dijangka rosak kerana

dalam litar sepadu tidak semestinya pintas atau terbuka. Sebelum mengesaki kerosakan litar sepadu,

jika voltan pada kakinya didapati tidak normal, kita harus menyemak komponen-komponen pasif

disekitarnya.

2.1.4 Mengukur Kerintangan dalam litar

Cara ini dibuat untuk komponen yang boleh ditentukan kerintangannya seperti rintangan, diod,

transistor dan sebagainya. Beberapa ketentuan harus diperhatikan apabila membuat pengukuran

kerintangan dalam litar.

2.1.4.1 Rintangan

Apabila mengukur nilai rintangan dalam litar tentukan tiada rintangan rendah, aruhan dan

pengubah dalam sambungan yang berkaitan. Untuk menentukan rintangan terbuka, pastikan
nilainya
yang tercatit bermakna rintangan itu terbuka atau berubah nilai tinggi. Ukuran sekurang-kurangnya

dibuat dua kali iaitu dengan menukar-nukar polarity.

2.1.4.2 Diod

Seperti juga rintangan ketentuan komponen berintangan rendah harus diperhatikan, kemudian ukur

pincang depan dan balikan. Sekiranya didapati bacaan seperti diod biasa (di luar litar), maka diod itu

boleh dianggap berkeadaan baik.

2.1.4.3 Transistor

Ukuran kerintangan transistor dibuat seperti mengukur di luar litar. Kita harus menentukan jenis

transistor sama ada NPN atau PNP, tiada komponen rintangan bersambung di antara kaki. Jika

pengukuran didapati normal bermakna transistor berkeadaan baik.

Dalam transistor kuasa , masukan di tapak disuap oleh pengubah pacu, seperti keluaran ufuk

(TV), litar bekalan kuasa jenis pensuisan (switching power supply). Dari rajah 11, jika mengukur

kerintangan TR501 kita dapati rintangan antara tapak dan pengeluar adalah rintangan rendah.
Ketentuan

boleh dibuat dengan hanya mengukur kerintangan antara pemungut dan tapak sahaja.

Rajah 2.13: Litar keluaran ufuk

2.1.5 Teknik mengesan cara fizikal

Mengesan cara fizikal melibatkan beberapa jenis deria yang kita gunakan, di antaranya ialah deria

pandang/lihat , dengar, hidu, dan rasa/sentuh. TEKNIK DIAGNOSIS & ALAT-ALAT PENGUJIAN
E3005/UNIT 2/9

a. Pandang

Apabila kawasan atau bahagian yang disyaki telah rosak diketahui, sebelum membuat ujian-ujian

lain, kita kesan dengan memerhatikan komponen atau papan litar tercetak sekitar bahagian sama

ada baik atau terbakar, longgar, patah dan sebagainya. Contohnya : fius yang terputus boleh dilihat

secara fizikal semasa sesuatu alat dihidupkan, kita juga boleh memerhatikan jika ada kesan

berasap, ‘sparkling’ atau terbakar.


b. Dengar dan Hidu

Kadang-kadang komponen yang terbakar atau ‘sparkling’ tidak dapat dilihat dengan mata kasar,

tetapi ia kedengaran atau terbau. Contohnya pengubah voltan tinggi sering ada sparkling jika

penebatnya retak tetapi tidak boleh kelihatan hanya terdengar bunyi ‘hiss’ atau pengubah yang

terlampau panas hanya mengeluarkan bau hangit.

c. Rasa

Ini bukan bermakna kita harus kita harus merasakan gegaran atau operasi komponen, kita boleh

mengesan dengan rasa komponen yang lampau panas tetapi pengesanan dibuat harus mengambil

kira keselamatan. Misalnya komponen yang hampir kepada voltan tinggi, voltan bekalan a.u, pemuat

nilai besar bercas dan sebagainya. Selain dari pandang, kita juga boleh menggunakan deria rasa

untuk mengetahui sama ada komponen yang terpatah, longgar pateri, tercabut, terputus dan

sebagainya.

Berdasarkan litar di atas, diberi voltan normal pada Vc = 5.5V, VB = 2.5V, dan VE = 1.7V. Tentukan

komponen-komponen yang mungkin rosak jika bacaan yang diambil pada Vc, VB, dan VEadalah
seperti

berikut :

i. Bacaan Vc = 11.8V

ii. Bacaan VB = 0.1V

iii. Bacaan VB = VE

iv. Bacaan VE = 0V

You might also like