You are on page 1of 36

PANDUAN PENULISAN ESEI, KERTAS KERJA,

LAPORAN DAN LATIHAN ILMIAH PROGRAM


GEOGRAFI.

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

DITERBITKAN OLEH :
PROGRAM GEOGRAFI,
FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
TANJONG MALIM, PERAK.
PANDUAN PENULISAN KERTAS KERJA / TUGASAN / LATIHAN ILMIAH PROGRAM
GEOGRAFI, UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

1. PENDAHULUAN

Penulisan tugasan, kertas kerja dan latihan ilmiah ialah satu keperluan penting bagi pelajar-
pelajar di universiti. Kebiasaannya pelajar perlu menyiapkan sebarang tugasan yang
melibatkan sama ada laporan praktikal, kertas kerja dan kertas ilmiah bagi melengkapi
kandungan kursus yang ditawarkan oleh pihak program/fakulti. Bagi pelajar tahun akhir pula
diwajibkan menyiapkan satu penulisan ilmiah sebelum dianugerahkan ijazah. Matlamat utama
latihan ilmiah adalah untuk menggalakkan dan melatih pelajar untuk menjalankan
penyelidikan sendiri dalam bidang keilmuan yang diminati. Di samping itu, latihan ilmiah
juga bertujuan untuk memberi kefahaman dan latihan kepada pelajar untuk menjalankan
penyelidikan dengan baik, tersusun dan terperinci. Latihan penulisan ini juga diharap akan
dapat membimbing pelajar menggunakan bahasa yang lebih gramatis, kritis, mantap
dan tepat serta melatih para pelajar cara yang terbaik dalam menyampaikan idea secara
sistematik dan sainstifik. Dengan adanya panduan penulisan ini diharap segala kertas kerja
/ latihan ilmiah dan tugasan yang dijalankan oleh Program Geografi akan menjadi lebih
seragam, kemas dan bersifat akademik. Peraturan yang ditetapkan dalam kertas panduan ini
hendaklah dipatuhi sebagai sebahagian daripada syarat yang telah ditetapkan oleh pihak
program.
2. KEPENTINGAN KAJIAN/PENYELIDIKAN

• Untuk memberitahu khalayak tentang dapatan terbaharu yang diperolehi daripada penyelidikan.

• Untuk menyakinkan khalayak tentang pentingnya dapatan baru terutama apabila wujudnya
dapatan dahulu yang berkontroversi dan tidak tepat.

• Untuk kepentingan menganalisis.


Menganalisis dengan jelas, terperinci dan tepat tentang sesuatu isu, komen, dapatan/rumusan
baru serta cadangan-cadangan yang berkaitan perlu dilakukan berdasarkan kajian/penyelidikan.

3. OBJEKTIF KAJIAN / PENYELIDIKAN

• Menyelesaikan masalah
• Menentukan kesahihan teori
• Mencari titik persamaan atau masalah
• Menentukan dan menyemak dapatan penyelidikan yang lalu
• Mengenalpasti isu-isu / masalah
FORMAT PENULISAN
Semua pelajar yang mengikuti Program Geografi UPSI diwajibkan menggunakan penulisan yang
telah ditetapkan untuk penulisan kertas kerja, esei, kertas ilmiah, laporan projek, laporan kerja
lapangan dan tugasan.

1. KERTAS
• Jenis dan Warna Kertas
Jenis kertas yang perlu digunakan untuk penulisan ilmiah, kertas kerja dan tugasan mestilah
kertas simili / fotostat yang berwarna putih dan baik mutunya. Pelajar hanya dibenarkan
menggunakan kertas berwarna pada kulit hadapan sahaja.

• Saiz Kertas
Ukuran kertas putih yang digunakan seperti yang diakui oleh standard antarabangsa iaitu
International Standard Organisation – A4 (210 mm x 297 mm)

• Berat Kertas
Berat kertas mestilah sekurang-kurangnya 70 gram hingga 100 gram.

2. BENTUK PENAIPAN
• Jenis Huruf dan Fonts
Pelajar perlu menggunakan satu jenis huruf sahaja bagi keseluruhan teks. Jenis huruf yang
dibenarkan ialah Times New Roman dengan saiz 12 dan ditaip dengan menggunakan
komputer. Bagi penulisan untuk jadual dan rajah, saiz font yang lebih kecil boleh digunakan.
Huruf timbul (bold) boleh digunakan untuk tajuk dan subtajuk. Nota kaki dan teks dalam jadual
hendaklah ditaiop tidak lebih daripada saiz 8.
• Selang Baris
Selang baris teks hendaklah 2 langkau bagi keseluruhan teks kecuali bagi petikan, rajah dan
jadual. Manakala satu (1) langkau dibenarkan untuk :
- Pengakuan
- Penghargaan
- Abstrak
- Senarai Kandungan
- Tajuk
- Senarai Jadual
- Rajah
- Foto
- Kependekan
- Tajuk Rajah
- Tajuk Jadual
- Rujukan

• Perenggan
Teks hendaklah ditaip dari santak kiri ke kanan (justify). Perenggan pertama bagi setiap tajuk dan
sub tajuk dimulakan dari santak kiri. Bagi perenggan baru hendaklah dimulakan dengan ketukan
yang kelima @ gunakan TAB dari jidar kiri. Perenggan baru hendaklah haruslah mempunyai jarak
4 langkau (2 x 2) di bawah ayat terakhir perenggan sebelumnya (Rujuk contoh perenggan)
Contoh Perenggan
1.0 PENGENALAN

Masalah perumahan di Malaysia bertambah buruk akibat daripada pembangunan khususnya di

bandar-bandar besar seperti Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Johor Bharu. Masalah ini semakin

Ketara pada awal 1990’an daripada pertambahan penduduk.

Kadar pertambahan penduduk di kawasan bandar sekarang ialah 4.1 peratus setahun. Kadar ini

dijangka akan meningkat kepada 5.1 peratus dalam tahun 1985.


• Penaipan Tajuk

Semua tajuk dan sub tajuk (kecuali sub kepada sub tajuk) ditaip dengan HURUF BESAR tebal (bold).

Contoh;-

BAB II

KAWASAN KAJIAN

2.1 PENGENALAN

2.2 METODOLOGI KAJIAN

2.2.1 Pemerhatian (sub (2.2.1) kepada sub tajuk (2.2)


• Keterangan Pada Kulit

Kulit hadapan dan Tulang Belakang latihan ilmiah ditaip dengan HURUF BESAR berwarna
emas berukuran saiz 24 dan mengikut susunan (Contoh Lampiran A dan B)

FORMAT PENULISAN

• Nombor Halaman

1. Nombor halaman hendaklah diletakkan di sebelah kanan pada sudut atas iaitu 1.5 cm dari birai
atas dan 2.5 cm dari birai kanan. Nombor haruslah menggunakan jenis huruf dan saiz yang
sama dengan teks.

2. Nombor halaman hendaklah menggunakan angka : 1,2,3 … Halaman pertama (untuk latihan
ilmiah) bagi bab dianggap sebagai halaman “1” tetapi nombornya tidak perlu ditaip. Bagi
nombor-nombor pertama setiap permulaan bab tidak perlu ditulis nombor tetapi diambil kira bagi
menomborkan halaman berikutnya.

3. Nombor halaman untuk pengakuan sehingga bermula teks mestilah dinomborkan dengan angka
kecil Roman secara berturut-turut seperti i, ii, iii dan seterusnya.

4. Setiap bab haruslah ditulis dengan HURUF BESAR dan dibold seperti BAB I, BAB II, BAB III,
BAB IV dan seterusnya.

5. Setiap rajah/jadual hendaklah diletakkan nombor halaman.


• Ukuran Tepi

Apabila menaip latihan ilmiah dan kertas kerja, kosongkan halaman sebelah kiri sekurang-
kurangnya 3.8 cm untuk memudahkan penjilidan dilakukan. Manakala bagi tepi kanan jarakkan
2.5 cm, jarak dari bawah 2.5 cm dan dari atas 3.0 cm. Bagi Latihan Ilmiah untuk halaman pertama
bab baru ukuran minimum seperti berikut:

Jarak dari tepi kiri = 3.8 cm

Jarak dari tepi kanan = 2.5 cm

Jarak dari atas = 6.0 cm

Jarak dari bawah = 2.5 cm


SUSUNAN DAN KANDUNGAN

Setiap latihan ilmiah/tugasan hendaklah mengikut susunan tertib seperti berikut :

• Judul
• Pengakuan (Rujuk lampiran C)
• Penghargaan (Rujuk lampiran D)
• Abstrak (Rujuk lampiran E1)
• Abstrak (Rujuk lampiran E2)
• Senarai Kandungan (Rujuk lampiran F)
• Senarai Jadual (Rujuk lampiran G)
• Senarai Rajah (Rujuk lampiran H)
• Senarai Foto (Rujuk lampiran I)
• Senarai Kependekan (Rujuk lampiran J)
• Teks
• Senarai Rujukan
• Lampiran-lampiran
1. Judul

Judul haruslah ditaip mengikut piramid terbalik. Sebaik-baiknya sebuah judul kajian tidak
melebihi 15 patah perkataan. Penaipan judul haruslah dimulakan daripada tengah (center)
muka surat.

2. Pengakuan

Pengakuan daripada pelajar haruslah disertakan bagi membuktikan bahawa penulisan latihan
ilmiah adalah penulisan asli daripada pelajar dan bukannya plagiat (peniruan/penciplakan)
daripada kajian-kajian orang lain. Pelajar haruslah menandatangani pengakuan tersebut
beserta dengan tarikh pengakuan dibuat. Pelajar yang didapati plagiat akan DIGAGALKAN
kursus/latihan ilmiah tersebut.

3. Penghargaan

Penghargaan haruslah diberikan kepada individu dan organisasi yang terlibat dalam penulisan
ilmiah. Pelajar tidak digalakkan menulis penghargaan terlalu panjang dan dibenarkan hanya
satu halaman sahaja. Perkataan PENGHARGAAN hendaklah ditaip ditengah-tengah 3.0 cm
dari birai atas.

4. Abstrak

Panjang abstrak hendaklah di antara 200 hingga 250 patah perkataan. Abstrak hendaklah
dimulakan 3.0 cm dari birai atas. Abstrak seharusnya mengandungi tujuan kajian, kaedah
kajian yang digunakn, hasil kajian yang diperoleh dan penemuan baru daripada kajian.
5. Menomborkan Jadual dan Rajah

Jadual perlu dinomborkan mengikut bilangan dalam bab beserta dengan halamannya
sekali. Sebagai contoh Jadual 2.3 ialah angka 2 merujuk kepada bab dua (2) manakala
angka 3 merujuk kepada jadual tiga (3). Tajuk jadual haruslah sepenuhnya
sebagaimana yang terdapat di dalam teks.

Jadual 2.3
Bilangan Bandar Tradisional Mengikut Kelas, 1980

Kelas Bandar Definisi Bilangan


Bandar Besar 10,000 dan lebih 10
Bandar Sederhana 25,000 – 10,000 14
Bandar Kecil 10,000 – 25,000 32
Jumlah - 56

Sumber : Katiman Rostam 1983


• Peta, graf dan carta dianggap sebagai rajah hendaklah dinomborkan berdasarkan bilangan rajah
dalam bab tersebut. Contohnya rajah di bawah menunjukkan rajah tujuh (7) dalam BAB 1. Tajuk
rajah hendaklah ditulis di bahagian bawah rajah beserta dengan sumbernya ditaip dengan huruf
kecil.

CONTOH

Aspek Penting Penjagaan


Alam Sekitar

Kebersihan Pencemaran Recycle

Rajah 1.7 : Aspek-aspek penting dalam penjagaan alam sekitar.

Sumber : Ngui Kuan Sang (1993)


6. Senarai Foto

Senarai foto disarankan tidak ditulis mengikut bab kerana biasanya gambar foto yang
digunakan dalam latihan ilmiah adalah sedikit @ kecil bilangannya. Foto boleh dinomborkan
secara terus menerus sepanjang teks dengan menggunakan huruf Roman seperti : Foto I,
Foto II, Foto III dan seterusnya. Senarai foto hendaklah ditaip di tengah-tengah halaman.
Hanya dua foto sahaja dibenarkan dalam satu halaman.

7. Rujukan (Citation) dalam Teks.

Program Geografi UPSI menggunakan sistem Pengarang Tarikh yang harus digunakan secara
berterusan dalam teks. Sebarang rujukan yang dilakukan mestilah dinyatakan pengarang dan
tarikh (tahun) lebih sempurna lagi jika dinyatakan halaman. Nama pengarang Melayu dan Cina
boleh ditulis lengkap atau disingkatkan kepada nama diri untuk pengarang Melayu dan nama
keluarga bagi pengarang Cina. Setiap penulisan rujukan hendaklah tidak ada koma (,) selepas
nama pengarang.

Contoh :

1. Mazdi Marzuki 1999 … dirujuk sebagai


Mazdi Marzuki (1999) atau Mazdi (1999)

2. Lee Ah Kim 1999 … dirujuk sebagai


Lee (1999) atau Lee Ah Kim (1999)
a. Bagi Pengarang Tunggal

Nama pengarang tunggal dalam penerbitan hendaklah ditulis dalam teks seperti
berikut :

a. David Slater (1978) menyarankan …


b. …seperti yang dikaji oleh Mohamad Suhaily Yusri (1998)
c. …78 peratus pengguna Transit Aliran Ringan ialah mereka yang tidak memiliki
kenderaan sendiri (Mazdi Marzuki 1998: 56)-rujukan yang dinyatakan halaman.

b. Bagi Pengarang Bersama

Jika terdapat dua orang pengarang, kedua-dua pengarang perlu dinyatakan di dalam teks
setiap kali melakukan rujukan.

a. Abdul Jalil Ishak dan Mohamad Suhaily (1999) telah mentakrifkan …


b. … merupakan pencemaran yang paling banyak di Cameron Highlands
(Abdul Jalil Ishak & Mohamad Suhaily Yusri 1999:45)-rujukan yang dinyatakan
halaman.
Bagi rujukan yang mempunyai pengarang tiga orang atau lebih, nama pengarang pertama
sahaja ditaip dan diikuti dengan “et.al” dan tahun atau “et.al tahun: halaman”

a. Mazdi et.al (2000) membuktikan….


b. … masyarakat asli di Cameron Highlands kini tidak “seasli” dulu lagi
(Mohamad Suhaily Yusri et.al 2000:30)- rujukan yang dinyatakan halaman.

* Namun begitu, apabila penulisan senarai rujukan, semua nama pengarang berkenaan
hendaklah ditulis sepenuhnya.

b. Tanpa Pengarang dan Tanpa Tarikh

Rujukan tanpa pengarang boleh ditulis seperti berikut:

a. … melebihi piawai yang ditetapkan (Jabatan Alam Sekitar 1998:50).


b. Kementerian Pertahanan Malaysia (1995) …
c. Kementerian Kesihatan Malaysia (t.th) – bagi rujukan tiada tarikh.
c. Multi Rujukan

Dua rujukan atau lebih boleh ditulis bersama dan dipisahkan oleh semicolon :

a. … seperti yang dikaji oleh pengkaji lain (Suhaily 1988; Abdul Jalil Ishak 1999
dan Asmah 1991)

b. Untuk pengarang yang sama tetapi pelbagai tahun boleh dipisahkan dengan
tanda koma. Contohnya : (Katiman Rostam et.al. 1991, 1992, 1997).

Rujukan bagi pengarang yang sama dan penerbitan yang banyak dalam satu tahun, boleh
dinomborkan sebagai a, b, c dan seterusnya.

a. … seperti kajian oleh pengkaji lain (Jamaluddin Md.Jahi 1991a, 1991b, 1991c)
8. Cara Menulis Senarai Rujukan

Senarai rujukan mestilah ditulis mengikut format berikut :

Nama Pengarang (semua) noktah.


Tahun penerbitan mesti dalam kurungan (1999). Noktah.
Judul buku (condong/italic). Noktah.
Penyunting, Penyusun, penterjemah (jika ada). Noktah.
Tempat terbit. Titik bertindih (jika terdapat lebih dari satu, ambil yang pertama sahaja).
Penerbit. Noktah.

Contoh :

Jamaluddin M.J & Ismail Ahmad. (1990). Pengantar geografi fizikal. Kuala Lumpur:
Tropical Press.

*Bagi tajuk, huruf pertama sahaja dibesarkan hurufnya KECUALI nama khas.

Contoh:

Sham Sani. (1979). Aspect of air pollution climatogy in tropical city : a case of Kuala Lumpur-Petaling
Jaya, Malaysia. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia Press.

Senarai rujukan mestilah disusun mengikut abjad dan bagi pengarang yang sama mestilah
disusun berdasarkan tahun yang terawal. Senarai rujukan boleh ditulis “single spacing”.
Perkataan RUJUKAN mestilah ditaip di tengah-tengah 3.0 cm dari birai atas dengan HURUF
BESAR DIHITAMKAN (bold).
a. Pengarang Tunggal

Beinfield, E. C. (1958). The moral basic of a backward society. New York: Free Press.

b. Pengarang Bersama (semua nama pengarang perlu ditulis, tidak memadai dengan et.al
sahaja).

Jamaluddin Mohd Jahi & Ismail Ahmad. (1990). Pengantar geografi fizikal. Kuala Lumpur: Tropical
Press.

c. Karya mengikut judul.

Al-Quran al-Karim.

Beck, S.D.(1962). The simplicity of science. Harmondsworth: Penguin Books.

d. Karya Susunan (pnys), Suntingan (pnyt), Selenggaraan (pngr) dan Terjemahan (terj.)

Bagi rujukan yang disusun oleh pengarang mestilah rujukannya ditulis seperti:

Farid M.Onn (pnys).(1982). Dinamisme dalam pengajaran penyelidikan dan pentadbiran universiti.
Kumpulan Kertas Kerja 2. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
Bagi rujukan yang disunting oleh pengarang mestilah rujukannya ditulis seperti:

Zakri A. Hamid, Ismail Sahid & Mohd Nor Embi (pnyt).(1990). Prioriti penyelidikan untuk kemajuan
sains dan teknologi. Kumpulan Kertas Kerja 16. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan
Malaysia.

Bagi rujukan yang diselenggarakan oleh pengarang mestilah rujukannya ditulis seperti:

Sulaiman Masri & Zainal Abidin Bakar (pngr). (1989). Kertas kerja seminar penggunaan istilah sains.
Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.

Bagi rujukan yang diterjemah oleh pengarang mestilah rujukannya ditulis seperti:

Battle J.A & Shannon, R.L. (1978). Gagasan baru ilmu pendidikan. Terj. Abu Osman& Sahid Ali.
Jakarta: Penerbit Mutiara.

e. Dokumen Kerajaan, Laporan dan Akta.

Bagi dokumen kerajaan hendaklah ditulis seperti berikut:

Malaysia. (1974). Akta kualiti alam sekeliling. Akta 127.

Malaysia. (1991). Rancangan Malaysia Keenam (1990-1995). Kuala Lumpur: Jabatan Percetakan
Negara.
f. Makalah/Artikel dalam Majalah/Akhbar, Berita dalam Akhbar.

Bagi makalah dan berita dalam akhbar dan majalah hendaklah ditulis seperti berikut:

Nama pengarang. Tahun dalam kurungan. Tajuk artikel/berita. Majalah/Akhbar (italic/condong), tarikh:
Halaman.

Ismail Hamid. (1990). Sastera kitab. Dewan Bahasa, Mei:79-83.

Maizura Ismail. (2001). Pembesaran anak sungai atasi banjir. Berita Harian, 9 Jun:17.

Jika berita atau artikel tersebut tanpa pengarang. Rujukan hendaklah ditulis seperti berikut:

Tajuk artikel/berita. Tahun dalam kurungan. Majalah/akhbar, tarikh : halaman.

Contoh:

Mata pencarian 200 nelayan terjejas. (2001). Utusan Malaysia, 14 Jun:13.

Bagi rujukan umum dalam akhbar perlu ditulis seperti berikut:

Berita Minggu. (2001). 15 Jun.


Utusan Malaysia. (2001). 3 & 7 Mei.
g. Bahan tidak terbit.

Bahan-bahan yang tidak terbit kebiasaannya adalah tesis-tesis pelajar.

Tesis pelajar yang dijadikan bahan rujukan haruslah ditulis seperti berikut:

Nama pengarang. Tahun dalam kurungan. Tajuk Tesis (tidak di italickan).


Program/Jabatan. Institut Pengajian Tinggi (tidak diterbitkan).

Contoh:

Mazdi Marzuki. (1999). Keberkesanan Transit Aliran Ringan dalam menangani kesesakan lalulintas di
Bandat raya Kuala Lumpur. Projek Sarjana. Jabatan Geografi. Universiti Kebangsaan
Malaysia (tidak diterbitkan).

h. Jurnal, Prosiding, Bab dalam Buku dan Monograf.

Penulisan jurnal hendaklah seperti berikut:

Nama pengarang. Tahun dalam kurungan. Tajuk. Nama Jurnal dan No. siri: halaman.

Contoh:

Mohamad Suhaily Yusri Che Ngah. (2001). Peranan UPSI dalam memartabatkan disiplin Geografi.
Fassa (vol 1): 42-48
Penulisan prosiding hendaklah seperti berikut:

Abdul Rahim Md Nor & Mazdi marzuki. (2000). Pengangkutan awam dan pelestarian hidup di bandar
:Menilai kemampuan LRT. Prosiding Seminar Kebangsaan Alam, Manusia dan Pembangunan di
Malaysia, hlm. 251-268.

Penulisan bab dalam buku.

Nama pengarang. Tahun dalam kurungan. Tajuk bab dalam buku (tidak diitalickan). Dlm. Nama
penyunting/penyelenggaraan buku. Tajuk buku (diitalickan). Halaman. Tempat Terbit: Penerbit.

Contoh:

Abdul Samad Hadi. (1998). Mobiliti penduduk dan aliran kekayaan. Dlm. Chamcuri Siwar dan Mohd.
Haflah Piei (editor). Isu, konsep dan kemiskinan. Hlm. 101-127. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.

i. Bahan Rujukan Elektronik.

Rujukan elektronik merujuk kepada bahan-bahan yang diterbitkan secara elektronik CD-ROM, internet
(laman sesawang), pengkalan data sesawang, jurnal elektronik dan mel elektronik. Penulisan bahan
rujukan elektronik seperti berikut:
Nama pengarang. Tahun dalam kurungan. Tajuk Makalah, Nama Jurnal/buku (condong/italic) Nombor
jilid Nombor keluaran (dalam kurungan) titik bertindih Halaman keseluruhan makalah (noktah). Jenis
media (dalam kurungan). Tapak/jejak/fail/alamat sesawang. Tarikh akses (dalam kurungan). Noktah.

Contoh :

Clark, J.K. (1999). Humidity sensor. Journal of Physics 2 (2): 9-13. (atas talian)
http://www.cit.edu/phys/sensor.html (30 Mei 2001).

j. Rujukan untuk peta.

Rujukan yang dilakukan pada peta perlu ditaip seperti berikut:

Nama Pengarang (tahun). Tajuk peta (italic). Helaian. Skala peta. Tempat Terbit dan Penerbit.

Contoh.

Jones C.R. (1996). Pulau Langkawi. Helaian 15. Skala 1: 63,360. Kuala Lumpur. Jabatan Penyiasatan
Kajibumi Malaysia.

Bagi peta yang tiada pengarang ditaip seperti berikut:

Tajuk peta (condong/italic) (tahun). Tempat terbit:Nama penerbit.

Empayar Islam. (1981). Peta. Kuala Lumpur: Anthonian Book Store.


k. Temu bual.

Nama orang yang ditemu bual. (Tahun). Tajuk temu bual. Tarikh.

Mohamad Suhaily Yusri Che Ngah. (2001). Sejarah penubuhan Jabatan Geografi di UPSI. Tanjong
Malim. Temu bual, 9 April.

Menulis Lampiran.

Lampiran-lampiran boleh ditaip langkau dua baris (double spacing). Lampiran hendaklah dinyatakan
sebagai Lampiran A, B dan seterusnya. Taipkan perkataan LAMPIRAN dan tajuk di tengah-
tengah (HURUF BESAR DIHITAMKAN) 3.0 cm dari birai atas. (Rujuk lampiran F).
LAMPIRAN A
CONTOH KETERANGAN PADA KULIT HADAPAN

Birai

6.0 cm

PENGARUH TEKNOLOGI MAKLUMAT TERHADAP SISTEM


PENTADBIRAN PUTRAJAYA SEBAGAI SATU SISTEM
BANDAR PINTAR

NOOR LAILANI NAWAWI

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

6.0 CM

Birai
LAMPIRAN B
Contoh Tajuk Latihan Ilmiah

Tepi kertas

6.0 cm

KEBERKESANAN TRANSIT ALIRAN DALAM MENANGANI KESESAKAN


LALULINTAS DI BANDAR RAYA KUALA LUMPUR

MAZDI BIN MARZUKI

LATIHAN ILMIAH YANG DIKEMUKAKAN KEPADA UNIVERSITI PENDIDIKAN


SULTAN IDRIS BAGI MEMENUHI SEBAHAGIAN DARIPADA SYARAT- SYARAT
IJAZAH SARJANAMUDA KEPUJIAN PENDIDIKAN DALAM BIDANG GEOGRAFI

PROGRAM GEOGRAFI
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
TANJONG MALIM

2000

4.0 cm

Tajuk hendaklah ditulis dalam bentuk piramid terbalik. Halaman ini tidak perlu
dinomborkan tetapi dikira sebagai halaman (I)
LAMPIRAN D
CONTOH PENGHARGAAN

PENGHARGAAN

Terlebih dahulu dipanjangkan kesyukuran kepada Ilahi atas limpahan rahmat-Nya dan hidayah-Nya,
segala usaha yang dijalankan telah terhasil dengan jaya walaupun dalam situasi yang serba
kekurangan.

Jutaan terima kasih untuk penyelia Tuan Haji Abdul Jalil Ishak yang telah banyak berkorban masa
memberi teguran, nasihat dan tunjuk ajar yang berguna sehingga kajian ini dapat dihasilkan dengan
sebaiknya. Ucapan terima kasih juga dihulurkan buat Encik Mohamad Suhaily Yusri Che Ngah
sebagai pembaca kedua yang telah banyak memberi komen yang membina terhadap latihan ilmiah
ini.

Buat ayahanda, bonda dan keluarga terima kasih yang tidak terhingga atas pengorbanan, doa, restu
dan semangat yang diberikan sepanjang tempoh pengajian ini.

Sekalung penghargaan ditujukan kepada pensyarah-pensyarah Program Geografi yang telah banyak
mencurahkan khazanah ilmu selama tempoh pengajian ini. Ribuan terima kasih kepada Bahagian
Perpustakaan UPSI atas segala bantuan yang diberikan.

Ribuan terima kasih ditujukan untuk agensi-agensi kerajaan dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
kerana membenarkan penulis menggunakan bahan-bahan dan data untuk tujuan penyelidikan ini.

Kepada semua jasa kalian akan tetap dikenang. Tanpa kalian mungkin kajian ini tidak sempurna ini.
Hanya Tuhan yang
mampu membalasnya. Terima kasih.

MOHD IHSAN HAIDZIR


23, Kg. Ketoyong
35900 Tanjong Malim
Perak.

05-4552936
LAMPIRAN C
Contoh Halaman Pengakuan

PENGAKUAN
Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali
nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan
sumbernya.

1 Ogos 2000 AHMAD ALI


3455

Pengakuan ditaip di tengah-tengah halaman.


LAMPIRAN E1
CONTOH ABSTRAK

Pengenalan Sistem Transit Aliran Ringan (LRT) bertujuan untuk menangani kesesakan lalulintas di
ruang Bandar raya Kuala Lumpur di samping bagi meningkatkan lagi perkhidmatan pengangkutan
awam. Projek penyelidikan ini cuba meninjau keberkesanan sistem ini dalam menangani kesesakan
lalu lintas di Bandar raya Kuala Lumpur. Kajian ini meliputi tiga laluan iaitu laluan STAR Fasa I
(Ampang ke Sentul Timur), STAR fasa II (Chan Sow Lin ke Sri Petaling) dan PUTRA (Pasar Seni ke
Kelana Jaya). Kaedah data primer yang telah digunakan adalah pemerhatian dan catatan serta kaji
selidik. Pemerhatian dan catatan telah dilakukan di enam buah stesen (dua stesen setiap laluan) yang
direkod selama 10 jam 30 minit yang berterusan dari 7.30 pagi sehingga 6.00 petang. Hasilnya
Menunjukkan, peratus pengguna perempuan mengatasi pengguna lelaki di semua stesen kecuali di
stesen Pasar Seni dan Abdullah Hukum (kedua-duanya di bawah kendalian PUTRA). Pengguna
dewasa pula mendominasi penggunaan LRT di semua stesen. Kebanyakan pengguna LRT ialah
mereka yang berpendidikan SPM dan STPM dan mereka yang berpendapatan kurang daripada RM
1,000. Keputusan juga menunjukkan hampir 65 peratus pengguna LRT merupakan pengguna-
pengguna yang rutin menggunakan pengangkutan awam seperti bas mini.
LAMPIRAN E2
CONTOH ABSTRACT

THE EFFECTIVENESS OF LIGHT RAPID TRANSIT (LRT) IN OVERCOMING THE TRAFFIC


CONGESTION IN THE KUALA LUMPUR CITY.

ABSTRACT

Light Rapid Transit (LRT) aims to overcome traffic congestion in the Kuala Lumpur. It is also aimed at
Improving the citys public transportation services. This research project attempted to investigate the
Effectiveness of the LRT system. This research focussed on three main LRT system namely STAR
Phase I (From Ampang to Sentul Timur), STAR Phase II (From Chan Sow Lin to Sri Petaling) and
PUTRA (From Central Market to Kelana Jaya). Two primary method of data collection were used, first
through observation plus notetaking and secondly through questionaire. The observation was done
from 7.30 am until 6.00 pm continuously at six stations (two stations for each passageway). The result
showed that the percentage of women using LRT was higher than men for all roads expect at Central
Market and Abdullah Hukum stations. It was also noted that men and women, aged between 15 until
55, dominated the services. Most of the LRT users were those with SPM and STPM educational level
and their income were less than RM 1,000. The result also showed that almost 65 percent of the users
were those who had no means of personal transportation and totally depended on public
transportation. Almost 90 percent of the LRT users used public transport such as buses before
changing to LRT.
LAMPIRAN F
CONTOH KANDUNGAN

KANDUNGAN

Halaman
PENGAKUAN ii

PENGHARGAAN iii

ABSTRAK iv

ABSTRACT v

KANDUNGAN vi

BAB I PENGENALAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Sejarah Permulaan Pengangkutan di Malaysia 5

BAB II KAWASAN KAJIAN

RUJUKAN 120

LAMPIRAN

A Borang kaji selidik

B Bentuk-bentuk perumahan di Perak


LAMPIRAN G
CONTOH SENARAI JADUAL

SENARAI JADUAL

No. Jadual Halaman

2.1 Keluasan gunatanah semasa Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 32


Lumpur pada tahun 1995.

2.2 Keluasan gunatanah semasa Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 35


pada tahun 1998.

2.3 Peratus sungai-sungai yang tercemar di Kuala Lumpur. 40

3.1 Taraf pendapatan responden 50

3.2 Peratus pemilikan kenderaan pengguna LRT 55


LAMPIRAN H
CONTOH SENARAI RAJAH

SENARAI RAJAH

No. Rajah Halaman

1.1 Aliran trafik yang optimun 11

2.1 Pembesaran struktur Bandar raya Kuala Lumpur dari tahun 32


1895 – 1974.

2.3 Pola gunatanah di Kuala Lumpur 36

2.4 Peta stesen-stesen kajian 40

3.1 Peta laluan bagi perkhidmatan STAR-LRT 42


LAMPIRAN I

CONTOH SENARAI FOTOGRAF

SENARAI FOTOGRAF

No. Fotograf Halaman

3.1 Reka bentuk perumahan di Kuala Lumpur 55

3.2 Reka bentuk rumah Melaka 55

3.3 Reka bentuk rumah Perak 70


LAMPIRAN J

CONTOH SENARAI KEPENDEKAN

SENARAI SINGKATAN

DBKL Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

JAS Jabatan Alam Sekitar

LRT Transit Aliran Ringan @ Light Rapid Transit

STAR Sistem Transit Aliran Ringan

PUTRA Projek Usahasama Transit Ringan Automatik

You might also like