You are on page 1of 5

PANTANG LARANG DAN KEPERCAYAAN KAUM IBAN

Pengenalan

Kaum Iban merupakan kumpulan etnik yang terbesar di Sarawak ,mareka mendiami daerah
dan bahagian negeri Sarawak dari daerahLundu di barat dan Limbang di timur laut, tetapi
kepadatan penduduk iban adalah di bahagian Kota Samarahan, Sri
Aman, Sarikei, Sibu,Kapit, Bintulu dan Miri.

amalan cara hidup yang diamalkan adalah berlandaskan hukum adat ,pantang-larang, tolak-
ansur (toleransi), dan berteraskan perhubungan persaudaraan yang erat antara satu sama
lain.Kebanyakan masyarakat iban pada hari ini menerima agama Kristian sebangai pegangan,
tetapi dalam masa yang sama masih mengekalkan nilai adat resam dan ciri-ciri kebudayaan
yang menjadi lambang tradisi masyarakat Iban.

Kepercayaan

Dalam Kepercayaan Iban, mereka berpegang kepada adat yang diwarisi turun temurun dan
ditulis di dalam 'Papan Turai' oleh 'Tuai raban bansa' dengan berpandukan nasihat 'Beliau' dan
'Lemambang'. Contohnya

 hendak membuka penempatan dan mendirikan rumah, kawasan tanah yang hendak
didirikan rumah tersebut hendaklah disemak terlebih dahulu.
 percaya pada petanda-petanda lain seperti bunyi burung ketupung dan burung beragai.
Bunyi yang dikeluarkan oleh binatang-binatang ini adalah petunjuk dan alamat untuk
menentukan kesesuaian tapak.

Semua petanda akan ditafsirkan oleh 'Beliau' atau 'Manang' bagi mematuhi adat supaya tidak
mendatangkan malapetaka.

Mimpi merupakan salah satu sumber alamat tetang sesuatu yang bakal terjadi di masa akan
datang dan diterjemah oleh Beliau dan Manang. Bagi menghidar alamat yang boleh
mendatangkan malapetaka, biasanya upacara 'Ngintu Burung' dan 'belian' akan dijalankan
mengikut 'Adat' yang dirujuk kepada Tuai raban bangsa.
Setiap rumah panjang mesti mempunyai tokoh-tokoh pemimpin seperti ‘Tuai Rumah’ dan ‘Tuai
Burong’. 

 Tugas ‘Tuai Rumah’ biasanya melibatkan

 hubungan antara keluarga


 masalah hubungan lain-
 lain masalah yang berkaitan dengan alam nyata. 

Tugas ‘Tuai Burong’ berkaitan


 hubungan manusia dengan makhluk ghaib. 
  mengetuai sesuatu upacara ritual
 perubatan tradisional.  

Masyarakat Iban juga mengamalkan sistem perubatan ‘Manang’.  

‘Manang’ adalah

 seperti bomoh atau pawang di kalangan orang Melayu.  


 menganggap status Manang sebagai tinggi dan mesti dihormati.  
 Manang dianggap sebagai golongan istimewa. 
  Manang sering berperanan meyakinkan masyarakat Iban bahawa setiap penyakit  atau
keuzuran dapat diatasi dengan amalan penjagaan kesihatan yang diwarisi.  
 Sistem ini juga dapat diselaraskan dengan amalan pantang larang serta kepercayaan
tertentu.  Sesiapa yang melanggarnya akan disumpah dan dibalas dengan keuzuran
yang lebih teruk.

Faktor ghaib pula melibatkan semangat dan unsur ghaib, serta juga pantang larang seperti
‘kempunan’.  Masyarakat Iban percaya bahawa ala mini dikuasai oleh suatu kuasa yang
tertinggi dan dibantu oleh satu  organisasi dalam mengatur hal ehwal manusia. Selain kuasa
tertinggi, masyarakat Iban mempunyai kepercayaan animisme bahawa makhluk-makhluk lain
atau kuasa-kuasa ghaiblah yang sering mengganggu kesihatan mereka.  ‘Manang’ juga boleh
menggunakan makhluk-makhluk tersebut untuk mencapai hasrat mereka atau hasrat individu
tertentu, sehingga membawa kecelakaan atau keuzuran kepada seseorang.
PANTANG LARANG

PANTANG LARANG KETIKA MAKAN

Pantang larang sewaktu makan mesti diikut oleh masyarakat Iban jika mereka mahu sentiasa
sihat.

Contohnya:-

 Seseorang harus menjaga kebersihan diri dan tangan. 


  Mereka dilarang meminum air sebelum dan semasa makan. 
 Rasionalnya Minum sebelum makan boleh membuat mereka kurang makan nasi
sementara minum semasa makan boleh mengakibatkan mereka lemah tenaga
batin. 
 Selepas makan, mereka dilarang tidur atau mandi. 
 Rasionalnya kerana tidur sejurus selepas makan boleh menyebabkan proses
penghadaman terganggu dan perut menjadi buncit. 
  Mandi selepas makan pula boleh  mengakibatkan seseorang lemah sendi dan
sakit kepala.

PANTANG LARANG KETIKA TIDUR .

Pantang larang ketika tidur hanya tertakluk di luar rumah. 


Contohnya :-
 mereka dilarang menunjuk ke dahan reput di atas pokok.  
  Mereka juga dilarang tidur di kawasan yang terlalu bersih atau terlalu cantik kerana
mereka percaya kawasan sebegitu berpenunggu.
PANTANG LARANG UNTUK BERSUKAN 
 Dalam penjagaan kesihatan masyarakat Iban, bersukan juga mempunyai pantang larangnya. 
Contohnya :-
 Mereka tidak dibenarkan mandi selepas bersukan
o Rasionalnya kerana mandi boleh mengakibatkan seseorang itu mengalami
kembang badan, tangan dan khususnya kaki.  Mereka percaya bahawa air
mandian boleh masuk ke dalam liang roma yang terbuka selepas bersukan. 
 PANTANG LARANG UNTUK BUDAYA MENGURUT
Masyarakat Iban mengamalkan budaya mengurut untuk mengelakkan sakit badan dan tegang
urat.    .  Bagi mereka, mengurut dapat meredakan ketegangan perasaan, ketakutan, dan
seterusnya memberi kedamaian dan ketenangan
Contoh Pantang larangnya :-
 masyarakat Iban dilarang mandi selepas berurut kerana boleh menambahkan lagi
kesakitan dan keuzuran. 

PANTANG LARANG SEWAKTU MENGANDUNG 

Dalam tempoh tujuh bulan sewaktu mengandung, wanita Iban dan suaminya dikenakan
pelbagai pantang larang, antaranya seperti berikut;

 Mereka dilarang menggali parit di kawasan padi atau di mana-mana sahaja.

 Mereka dilarang memotong pokok yang menjalar di atas tanah, kerana dibimbangi akan
menghalang pendarahan yang berterusan semasa melahirkan anak.

 Wanita yang mengandung dilarang menuang minyak ke atas tapak tangan untuk disapu
pada rambut supaya bayi yang bakal lahir tidak akan bernanah.

 Kedua suami isteri tidak boleh mengetuk telur menggunakan pisau atau kayu kerana
dikhuatiri bayi itu akan cacat penglihatan.

 Mereka tidak boleh menanam pokok pisang supaya si bayi tidak berkepala besar.

 Mereka tidak boleh memikul batu-bata tajam di dalam raga kerana dikhuatiri bayi akan
lumpuh.

 Mereka tidak boleh membawa kura-kura ke dalam bilik supaya bayi tidak tersekat di
dalam rahim semasa dilahirkan.
RUJUKAN

http://noorhasnahadam.multiply.com/journal/item/13/KEUNIKAN_AMALAN_KESIHATAN_MAS
YARAKAT_IBAN_BH.10sept08

http://malaysiana.pnm.my/01/0104010101swkiban_mengandung.htm

http://ms.wikipedia.org/wiki/Iban

http://gnmawar.wordpress.com/adat-iban/

You might also like