LAPORAN KERTAS KERJA KES PEMBUANGAN BAYI

PENGENALAN Sebagai rakyat Malaysia, kita semestinya berbangga dengan kejayaan yang telah ditempa oleh rakyat Malaysia di peringkat dunia. Malaysia dengan bangganya menuju ke alaf baru yang berorientasikan sains dan teknologi. Namun begitu, di sebalik kegemilangan ini, masyarakat Malaysia masih dihantui satu penyakit sosial yang sudah lama bersarang dalam kalangan masyarakat kita, iaitu masalah pembuangan bayi. Saban hari,terdapat laporan bayi yang dijumpai di dalam tandas, di tepi longkang, dan lain-lain tempat tanpa ada perasaan perikemanusiaan. Persoalannya, apakah faktor pencetus utama masalah ini boleh berlaku? Tatkala ingin menyembunyikan perbuatan dusta itu mereka sanggup membuang bayi dengan harapan diberi peluang menjalani kehidupan baru. Hal ini turut diakibatkan oleh mereka tidak sanggup diejek dan dicaci oleh masyarakat setempat. Terdapat juga, ahli masyarakat yang hanya menuding jari terhadap golongan remaja. Pada pandangan mereka inilah pencetus berlakunya pembuangan bayi kerana pergaulan bebas. Lebih-lebih lagi remaja yang suka melepak dan membuang masa dengan sia-sia dianggap sebagai sampah masyarakat. Sebagai masyarakat, kita sepatutnya memberi teguran membina kepada remaja tersebut. Selain itu kesilapan yang paling nyata ialah sikap wanita dan lelaki yang melakukan perzinaan sesuka hati. Mereka tergolong dalam kalangan yang kurang pendidikan agamanya. Selepas itu, masing-masing hilang rasa tanggungjawab ke atas apa yang mereka lakukan hingga sanggup mengorbankan anak. Hukuman yang kurang berat juga menggalakkan kes-kes pembuangan bayi ini. Ibu bapa mangsa bayi yang dibuang tidak dikesan bersungguh-sungguh sehingga masalah penjagaan bayi diserapkan bulat-bulat kepada pihak hospital dan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Hukuman yang dikenakan hanya penjara dan denda yang mampu dllaksanakan oleh pesalah.

1

media massa dan media cetak merupakan faktor yang menyumbang ke arah berlakunya gejala ini. persekitaran.411 sijil pendaftaran kelahiran anak tidak sah taraf bermula dari tahun 2000 sehingga Julai 2008. Statistik ini telah didedahkan sendiri oleh Menteri Dalam Negeri. Yang Berhormat Datuk Seri Syed Hamid Albar ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Subang. Menurut statistik kes pembuangan bayi di Malaysia yang dikeluarkan oleh Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM). Sepanjang tempoh dua tahun sehingga 2006. ibu bapalah watak utama dalam mencorakkan sahsiah anak-anak mereka. Melihat akan statistik yang dikongsikan di atas. JMK menerima maklumat sejumlah 145 bayi luar nikah dibuang dan dijumpai. Majlis HEWI PKPIM juga melihat scenario pembuangan bayi yang berlaku sejak akhir-akhir ini sangat kritikal dan perlu ditangani habis-habisan oleh semua pihak. Bukit Aman. tidak bermakna kita sebagai anggota masyarakat membiarkan fenomena ini berlarutan. rakan-rakan. Walaupun statistik ini tidak mencecah ke angka ratusan kes. Beberapa kajian yang dilakukan di negara ini menunjukkan 27 peratus daripada remaja kita yang hari ini mengadakan hubungan seks luar nikah.Ekoran itu. sejumlah 257.Sivarasa di Dewan Rakyat pada 20 Oktober 2008. Manakala pada tahun 2006. Menurut statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara. Masalah pembuangan bayi ini pasti dapat ditangkis sekiranya wujud kesedaran dan rasa tanggungjawab dan masyarakat dengan mengambil tahu serta cuba membanterasnya seterusnya wujudnya masyarakat yang bersifat penyayang. terdapat banyak faktor yang mempengaruhi akan terjadi gejala sosial ini. 2 . ternyata kes pembuangan bayi dan kelahiran anak tidak sah taraf adalah implikasi daripada masalah sosial yang berlaku dalam kalangan masyarakat kita hari ini terutamanya dalam kalangan generasi muda. sejumlah 65 kes pembuangan bayi telah dilaporkan di seluruh Malaysia. Tidak kurang ada segelintir masyarakat yang menyalahkan keluarga sebagai punca utama kepada permasalahan tersebut. pada tahun 2000. Faktor keluarga. Seperti yang kita sedia maklum. R. kes pembuangan bayi bertambah 18 kes menjadi keseluruhan kes pada tahun tersebut berjumlah 83 kes. STATISTIK Fenomena seks bebas berlaku di mana-mana di seluruh dunia.

Terdapat beberapa faktor-faktor yang menyebabkan berlaku masalah ini. Tidak dapat dinafikan bahawa kesedaran agama dan semangat beragama akhir-akhir ini begitu menonjol tetapi ia tidak menyeluruh. membuatkan orang merasakan untuk mendirikan rumah tangga itu amat menyusahkan kerana mereka tidak mampu. kurangnya didikan agama. pengaruh Fenomena pembuangan bayi ini semakin menjadi-jadi dan membimbangkan. dirangsang pula dengan gambar-gambar lucah dan menggairahkan yang mudah didapati dalam media elektronik dan bahan-bahan cetakan. umumnya masing-masing menjauhkan diri daripada mendalami agama. persiapan perkahwinan. Sebenarnya malu pada masyarakat ada batasnya tapi malu pada Allah s. Apabila didikan agama tidak ada. Faktor utama berlakunya pemasalahan ini ialah kurangnya kefahaman agama di kalangan masyarakat secara menyeluruh. Majlis Islam Sarawak merasakanbahawa adalah menjadi satu keperluan untuk menyediakan modul dan menganjurkanprogram yang dapat memberikan kesedaran kepada generasi muda tentang pentingnya menjaga maruah dan keselamatan diri sendiri agar tidak terjebak dalam masalah sosial terutamanya yang melibatkan kes kelahiran anak tidak sah taraf dan pembuangan bayi. pengaruh rakan sebaya. ada yang mengatakan malu menjadi faktor utama dan biasanya kerana hasil hubungan yang tidak sah. Keadaan ini sebenarnya sukar diterima oleh akal manusia yang sempurna. Biro Perkhidmatan Pendidikan. umpamanya yang melibatkan hantaran. Jadi anak muda yang 3 . hanya terbatas pada golongan tertentu sahaja sedangkan golongan muda terutama belia.. sikap masyarakat. Faktor yang menyusahkan perkahwinan juga menjadi faktor masalah pembuangan bayi. kurang pengawasan ibu bapa.t tidak ada batasnya.w. dengan sendirinya anak muda akan mudah terjebak dalam melakukan gejala tidak sihat ini.Unit Sosiobudaya. Selain itu. Budaya masyarakat Melayu. Jadi mereka malu pada masyarakat. PUNCA-PUNCA BERLAKUNYA KES PEMBUANGAN BAYI Punca-punca berlakunya kes pembuangan bayi seperti media massa. Lebih menyedihkan kerana angka yang tinggi dikaitkan pula dengan masyarakat Melayu.

walaupun menyesal tetapi tidak berani untuk mendekati orang di masjid untuk meminta pertolongan. Duong Rhi Ngoc Nhieu. semakin berantakan kerana tindakan 4 . mengejar kebendaan hingga mereka lupa akan tanggungjawab sebenar dalam membina satu keluarga yang bahagia. Sesetenggah masyarakat memandang kotor orang yang melakukan dosa seperti zina. Kerana itulah wujudnya kes pembuangan bayi dikalangan orang Islam sendiri. 25. bagaimana sibuk sekalipun. semakin meningkat masalah ini dikalangan pekerja-pekerja kilang terutama remaja yang datang dari kampung. rumah tangga wanita itu. harus memperuntukkan waktu bersama anak. dan sebagainya. Universiti Malaya. Ibu bapa mesti sedar dan meluangkan waktu. Menurut Harian Metro. Pengabaian dalam memberi kasih saying adalah salah satu jenis penderaan yang meninggalkan risiko lebih besar yang banyak berlaku dalam masyarakat. Mereka yang terjerumus ini menganggap diri mereka tidak diterima ahli masyarakat lagi. Kerana itu timbul perumpamaan. tidak dapat mengawal shahwatnya terpesong dan melakukan zina. seorang wanita mahu menggugurkan kandungannya kerana percaya bayi itu bakal membawa nasib malang kepada keluarganya. Pensyarah di Akademik Islam. alang-alang menyeluk pekasam. Hal ini dapat dilihat dimana. biar sampai ke pengkal lengan. dengan lelaki tempatan Goh Ping Ming. 10 Mac 2010. Prof. Umat Islam mungkin pada saat ini sibuk dengan pembangunan. mereka akan mudah terpengaruh dengan kawan. seorang gadis Vietnam. Keruntuhan institusi keluarga islam juga menjadi faktor berlakunya masalah pembuangan bayi. Faktor yang terakhir yang menyebabkan berlaku masalah pembuangan bayi ini ialah faktor masyarakat.anak.terlalu ghairah.Tidak ada pengawasan iaitu jauh daripada ibu bapa. Ini kerana orang yang telah melakukan kejahatan. KUALA LUMPUR: Gara-gara taksub dengan ramalan kaji bintang. Akibatnya. pembuangan anak. dan menghasilkan anak luar nikah. beliau tidak menafikan gejala sosial yang kedengaran hari ini adalah antara tanda-tanda yang menunjukkan masyarakat Islam sudah mula tidak mengambil berat tentang betapa pentingnya institusi keluarga. Madya Hashim Yahya. Remaja yang kurang kasih saying ini akan cuba mencari orang lain dan akhirnya terjebak dengan masalah ini. 50.

kami sering bertengkar. Kosmo. Apabila gagal dengan perkahwinan pertama yang hanya bertahan lima tahun. Dia ingin menggugurkannya tapi saya bantah. dia tidak menyangka perkahwinan yang baru memasuki tiga bulan menjadi huru-hara kerana kepercayaan karut isterinya. katanya pada sidang media di Wisma MCA di sini. Goh membuat laporan di Balai Polis Selayang. 5 .000 selepas Mahkamah Majistret di sini mendapatinya bersalah membuang bayinya pada 2008. namun saya merasakan dia sudah melampau kerana tidak ingin melahirkan anak. ramalan horoskop Cina tahun ini tidak sesuai kerana kelahiran bayi itu boleh membawa sial kepada ahli keluarganya di Vietnam. hubungan mereka berjalan dengan baik apatah lagi apabila isterinya disahkan mengandung. katanya.nya itu dihalang oleh suaminya. Gombak. Namun. katanya yang bekerja sebagai pemborong ikan. semalam. Menurut Goh. KUALA TERENGGANU – Seorang bekas pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) dekat sini dijatuhi hukuman penjara setahun dan denda RM7. 22. namun tidak dan dia keluar membawa bersama pakaian serta barangan peribadinya. Saya yakin dia masih berada di negara ini kerana pasport tidak dibawanya. Majistret Wan Nor Aklima Wan Salleh menjatuhkan hukuman tersebut ke atas Zarina Sulaiman. kebahagiaan itu tidak bertahan lama gara-gara sikap isterinya yang mudah terpengaruh dengan kepercayaan karut. 8 Jun 2010. Saya sangka dia mungkin akan pulang selepas bertenang. Goh berkata. Pada mulanya saya menyangka ia gejala biasa wanita mengandung apabila dia menjadi pemarah. meskipun wujud perbezaan umur yang begitu ketara. akhirnya saya dipertemukan dengan seorang gadis oleh agensi terbabit dan kami mendaftar perkahwinan Januari lalu. Alasannya. jadi sejak itu. perasaan bimbangnya menjadi kenyataan apabila dia pulang ke rumahnya Taman Sunway Batu Caves dikejutkan dengan kehilangan isterinya itu pada Februari lalu. selepas dia didapati secara rahsia telah membuang seorang bayi perempuan yang dilahirkannya di asrama universiti itu di Chendering dekat sini. Menurut Goh. Selepas setahun hidup kesunyian. melaporkan. saya mengambil keputusan mencari pasangan hidup baru menerusi agensi mencari jodoh kerana terlalu inginkan cahaya mata.

cadangan menguatkuasakan larangan remaja bawah umur 18 tahun keluar rumah selepas jam 12 6 . Pembuangan bayi juga disebabkan kurang pendidikan agama dan nilai murni serta tiada pengetahuan mengenai khidmat bantuan sosial yang disediakan agensi kerajaan serta badan bukan kerajaan (NGO). atau selepas dilahirkan. Berita Harian. berdasarkan kajian yang dilakukan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). sebanyak 20 kes dikesan PDRM membabitkan individu berusia bawah 18 tahun dan sebanyak 33 kes buang bayi dicatatkan individu berumur 25 tahun ke atas. katanya. Tan Sri Ismail Omar.Mengikut fakta kes. 2 Julai 2010 KUALA LUMPUR: Sebilangan besar individu yang terbabit dengan kes pembuangan bayi dikesan berusia antara 18 hingga 25 tahun mengikut statistik bermula 2004 hingga 2009 yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia (PDRM). Timbalan Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat. semasa. status bayi luar nikah menjadi faktor utama bayi dibuang. Katanya. PDRM menyarankan satu kajian dan perbincangan lebih mendalam dilakukan pelbagai pihak sebelum sebarang peruntukan undang-undang sedia ada diperketat dan dikuat kuasakan bagi membendung penularan gejala seks bebas yang mendorong berlaku pembuangan bayi. Zarina telah membuang mayat bayi itu yang dilahirkan olehnya sama ada telah mati sebelum. Timbalan Ketua Polis Negara. berkata usaha menangani gejala sosial golongan muda ketika ini perlu diteliti bagi mencari penyelesaian terbaik untuk mengelak kes itu daripada berleluasa.Sebagai contoh. Faktor lain yang turut dikenal pasti adalah kerana perasaan takut dan malu oleh remaja dan wanita yang hamil luar nikah kerana tidak mendapat sokongan keluarga dan masyarakat mengenai kehamilan mereka. manakala 403 individu gagal dikesan peringkat umur mereka. katanya. Senator Heng Saei Kie berkata. Sementara itu.

Ismail berkata. secara umumnya golongan tersasar ini boleh dibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu kumpulan pertama ialah mereka yang tiada langsung asas.malam. Kumpulan yang ketiga ialah golongan yang tahu agama. katanya. beliau menyatakan ciri-ciri remaja yang sering terlibat dalam kes pembuangan bayi antaranya adalah terdapat kecelaruan identiti remaja. Sebenarnya. Kumpulan ketiga ini walaupun mempunyai agama tetapi kurang meresap dalam diri. perlu dibincangkan dengan mendalam kerana ia membabitkan hak kebebasan individu. maka mereka akan memilih jalan yang menyeleweng. pada lelaki yang tidak bertanggungjawab begitu meluap-luap sehingga tidak ada perasaan keibuan pada anak. Rasa kebencian dan kesan dari segi psikologi mengenai penolakan ini amat kuat pada bayi yang dikandung hingga sedikit pun mereka tidak mempunyai perasaan kasih walaupun bayi itu dilahirkan dengan selamat. Selain itu. Tidak salah jika remaja keluar lewat malam bersama keluarga tetapi jika keluar bersendirian atau bersama kawan. 7 . Oleh itu. tetapi kerana sesuatu yang mengecewakan. Kedua pula ialah golongan yang mempunyai pendidikan agama. TEMUBUAL DENGAN PEGAWAI KEBAJIKAN MASYARAKAT Berdasarkan temubual dengan Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Kubanag Pasu iaitu En Mohd Zahir bin Daut. tidak bermakna mereka membuat perkara tidak elok. mengetahui hukum-hakam agama. tidak kira malam atau siang. sifat benci pada anak. polis mempunyai hak secara sah untuk memeriksa sesiapa saja yang mencurigakan termasuk golongan remaja. polis sedia menguatkuasakan undang-undang ditetapkan dan terpulang kepada pihak berkaitan untuk menggubal undang-undang yang difikirkan perlu. Terdapat banyak faktor yang dapat dikesan menyebabkan wujudnya kecelaruan. remaja tersebut apabila mengetahui dirinya mengandung. katanya. Salah satunya ialah keluarga tidak memainkan peranan yang wajar dalam pembentukan watak anak-anak. pendidikan dan perasaan terhadap agama. tetapi masih memilih jalan yang tersasar. mereka memilih untuk melakukan perkara yang menyeronokkan tanpa mengira larangan agama.

anakanak yang dibuang adalah perempuan. Kedua.w. pihak yang bertanggungjawab perlulah membanteras pengedaran bahan-bahan lucah daripada tatapan anggota masyarakat terutama golongan remaja. Akhirnya adalah diingatkan bagi mereka yang sudah terlanjur. manusia mutakhir sanggup membuang anak tidak kira lelaki dan perempuan. Semoga Allah s. Langkah yang lebih berkesan perlu diambil oleh semua pihak untuk membendung gejala sosial itu agar tidak ada kelahiran anak-anak yang terbiar dan tidak mendapat kasih sayang yang sewajarnya.Malah haiwan lebih baik kerana mengasihani dan memelihara anak dan sanggup mati demi keselamatan anak-anak . semua pihak dinegara ini agar sama-sama memainkan peranan dalam menangani kemelut ini dengan mengambil langkah-langkah berikut iaitu institusi keluarga perlulah diperkukuhkan dengan berlandaskan konsep rumahku syurgaku.Kesimpulannya dalam sejarah ada dua macam pembuangan bayi iaitu yang pertama pada zaman Firaun di mana bayi lelaki dibunuh dan kedua pada zaman jahiliah.Usaha-usaha pencegahan kegiatan tidak bermoral perlulah dipertingkatkan oleh semua pihak. hendaklah segera bertaubat dan menjauhi segala perbuatanperbuatan terkutuk tersebut.t menerima taubat hamba-hambanya. Justeru. usaha pencegahan perlu bermula dari dalam diri anak-anak remaja agar mereka mampu bertindak bijak menjauhi zina selain bimbingan agama diterapkan untuk dijadikan sebagai perisai diri. Ketiga. program-program dakwah perlulah dipertingkatkan dan digerakkan secara bersepadu. program-program hiburan melampau yang merosakkan akhlak perlulah dihentikan dan ibu bapa perlulah mengawal pergerakkan anak-anak daripada terlibat dengan pergaulan bebas. Tetapi pada zaman sekarang. 8 . berilah mereka peluang untuk hidup.Janganlah membunuh bayi.Inilah kesannya apabila rohani seseorang tidak diisi dengan ajaran agama. Seterusnya. LANGKAH-LANGKAH MENGATASI Perbuatan membuang bayi dimerata tempat dan menjadi mangsa binatang buas adalah satu jenayah yang amat zalim dan keji serta lebih hina tarafnya daripada haiwan. Jelasnya.

terdapat masalah lain iaitu sumbang mahram. anak-anak remaja yang hamil luar nikah mesti dibantu bagi menjalani pemulihan yang bukan sahaja menyediakan bantuan menjaga ketika merekahamil tetapi yang paling utama ialah membina kekuatan dalaman serta rohaniah semua pihak agar turut memberi penekanan kepada bimbingan terhadap kaum lelaki dalam usaha mendidik golongan tersebut untuk tidak mengambil kesempatan terhadap wanita. KESAN TERHADAP PEMBINAAN SEMULA PERSONALITI Pembinaan semula personaliti dapat memberi kesan positif terhadap diri individu.Selain itu. Sekiranya penyakit masyarakat ini dapat diubati dikalangan komuniti Islam maka secara tidak langsung akan menarik minat komuniti bukan Islam untuk menangani gejala sosial di komuniti mereka dengan berpandukan kepada kaedah yang dibentangkan di sini. jiwa dan minda mereka yang terjebak ke dalamnya. mengamalkan pergaulan bebas. maka cadangan yang disampaikan ini. Justeru. budaya gangsterisma dan vandelisma. Personaliti yang baik adalah cermin kepada peribadi seseorang individu. hidup tidak tenang. penagihan dadah. Kesan terhadap pembinaan semula personaliti adalah seseorang akan merasa lebih berkeyakinan dengan personaliti yang baru. Individu yang membuang bayi mempunyai personaliti yang negatif seperti bersikap liar. pembinaan semula personaliti dapat memberi kekuatan pada seseorang. Rasa rendah diri dapat dikurangkan dan individu akan menjadi lebih selesa dengan diri sendiri. 9 . Di sini digunakan terminologi penyakit masyarakat kerana gejala sosial ini bukan hanya memberi kesan negatif terhadap fizikal. Selain masalah pembuangan bayi. SOKONGAN UNTUK MENJAYAKAN MODEL Memandangkan penyakit gejala sosial ini dihidapi kebanyakannya oleh bangsa Melayu yang beragama Islam . Personaliti yang baik akan membuatkan orang sekeliling lebih selesa apabila berada di sampingnya. Personaliti merupakan suatu yang amat penting untuk menggambarkan akhlak atau sahsiah diri seseorang. lebih menjurus kepada penyelesaian yang lebih tertumpu kepada komuniti Islam. malah ianya memberi kesan negatif terhadap pembentukan masyarakat dan peradaban manusia.

adalah disarankan Kerajaan Negeri membentuk satu Jawatankuasa dan Pelan Tindakan Bersepadu yang menyeluruh yang melibatkan pelbagai lapisan masyarakat dari pelbagai latar belakang fahaman politik. Antara perkara-perkara penting yang perlu diambil kira bagi mempastikan kejayaan dan keberkesanan Pelan Tindakan Bersepadu tersebut adalah seperti berikut MENGGERAKKAN KOMUNITI Setiap usaha yang dilakukan dalam apa-apa permasalahan masyarakat tidak akan berjaya jika masyarakat di tempat di mana masalah itu berlaku tidak turut sama menggembeling tenaga untuk menggerakkan masyarakat Melayu ataupun komuniti Islam. 10 . tempat yang paling sesuai dalam mendapat komitmen mereka ialah di masjidmasjid atau di surau-surau. jabatan serta agensi kerajaan yang berkaitan bagi menangani dan seterusnya membendung gejala sosial daripada terus berakar umbi di dalam masyarakat. Diatas kesedaran dan keinsafan tentang bahayanya gejala sosial kepada masa hadapan bangsa dan negara. Kaedah ini adalah seperti mana yang ditunjukkan oleh Rasulullah saw dimana masjid dijadikan tempat untuk menyelesaikan segala permasalahan masyarakat. Apabila masjid-masjid dan surau-surau mula membincangkan mengenai cara-cara untukmenangani penyakit masyarakat ini. setidak-tidak pada waktu malam sekiranya mereka sibuk bekerja pada siang harinya. Apabila mandat diberikan kepada pihak masjid serta surau dan seterusnya komuniti setempat untuk melaksanakan program ini. sudah pastilah Pelan Tindakan yang disusun oleh kerajaan negeri melalui agensi-agensi kerajaan dan jabatan yang berkaitan akan menjadi lebih mudah. dan mereka akan melihat hubungan jambatan antara komuniti setempat dengan kerajaan negeri. sumber rujukan. Kerana di sinilah masyarakat berkumpul pada setiap hari . tekanan jiwa dan banyak lagi penyakit lain yang kita sendiri merasa terkedu lidah untuk menyebutnya. pusat kaunseling dan sebagainya.keganasan rumah tangga. Pelan Tindakan Bersepadu ini perlu mengenal pasti punca sebenar berlakunya gejala sosial dan juga mengenal pasti kaedah penyelesaian yang berkesan. sudah pasti masyarakat akan memandang tinggi terhadap institusi masjid serta surau.

KERJASAMA DENGAN AGENSI KERAJAAN DAN BADAN SUKARELA Beberapa agensi kerajaan dan badan sukarela telah pun dibentuk sejak sekian lama dalam menangani penyakit masyarakat. Meninggalkan solat bermakna kita merobohkan tiang agama.. Dalam menangani kes lepak. penagihan arak dan sebagainya . kerjasama boleh dilakukan dengan Pihak Berkuasa Tempatan dengan memberi maklumat mengenai pusat-pusat hiburan yang beroperasi tanpa lesen. melebihi had masa. Penyakit masyarakat dan gejala sosial yang disebutkan tadi adalah merupakan perkara keji dan mungkar. Antaranya ialah Agensi Dadah Kebangsaan. pengiklanan arak tanpa permit dan seterusnya. Dalam menangani masalah ini. Betapa beratnya suruhan mengerjakan solat ini hinggakan ianya wajib dilakukan dalam apa jua keadaan sekali pun. Kempen solat dalam apa jua keadaan dan masa. selagi mata boleh berkelip. Maka kempen solat hendaklah menjadi agenda utama dalam Pelan Tindakan Bersepadu. Dalam Al Quran disebutkan "Solat itu mencegah daripada pekerjaan keji dan mungkar". Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia. Ini menunjukkan betapa solat bukan hanya membentuk peribadi Islam malah ianya membentuk masyarakat serta komuniti Islam.KEMPEN SOLAT Sembahyang adalah merupakan tiang agama. ponteng sekolah. Rasulullah saw mengajar kita agar menyuruh anak-anak kita mendirikan solat sejak dari usia 7 tahun lagi. Polis Di Raja Malaysia. duduk ataupun terbaring. kempen solat di gedung-gedung perniagaan. kempen solat di tempat kerja malah kempen solat di pusat-pusat peranginan dan rekreasi serta di stadium-stadium. penjualan arak tanpa lesen. kempen solat di masjid dan surau. Pihak Berkuasa Tempatan juga boleh memberi penerangan kepada masyarakat setempat mengenai peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi oleh pusat-pusat hiburan. 11 . selagi akal kita masih waras samada dalam keadaan berdiri. Majlis Agama Islam Negeri. selagi hati boleh berdetik. Pihak Berkuasa Tempatan dan seterusnya. Tidak ketinggalan juga kempen solat semasa perjalanan terutama di musim perayaan baik dalam keretapi ataupun mereka yang membawa kenderaan sendiri. Apabila tiang agama itu roboh maka tiadalah sudah pegangan hidup. jalinan kerjasama dan pertukaran maklumat boleh dilakukan dengan pihak PDRM.

maka syaitan akan menguasai jiwa mereka. Apabila syaitan sudah menguasai jiwa mereka . dosa-dosa besar sudah menjadi perkara biasa. apabila terlanjur berlakulah pula kes bunuh apabila bayi yang dilahirkan dibuang begitu sahaja tanpa perasaan belas kasihan. iaitu Islam itu adalah mudah. Sebagai menarik usaha golongan mudamudi untuk berkahwin beberapa insentif boleh dikemukakan antaranya ialah 12 .kedai menjual arak. Oleh yang demikian masyarakat haruslah diberi pemahaman. KEMPEN MEMUDAHKAN PERKAHWINAN Jenayah seksual semakin ketara sekarang ini. mengapa tidak ianya dijadikan tempat menyelesaikan segala permasalahan yang disebutkan tadi selagi ianya menurut apa yang dikehendakki oleh Islam dan tidak melanggar batas-batas syarak. mulanya hanya naik motor bersama. seperti kewajaran mengadakan kedaikedai menjual arak serta kedai-kedai judi di kawasan yang majoritinya Islam. kedai judi dan seterusnya. Ini adalah untuk menghindari mereka daripada terjebak ke lembah yang hina. Apabila pegangan agama semakin luntur dan nafsu dari hari ke sehari semakin memuncak . Kemajuan sains dan teknologi dengan dunia tanpa sempadannya menyebabkan anakanak muda sekarang ini begitu mudah untuk mendapatkan bahan-bahan yang memberahikan nafsu. Sesuai dengan apa yang diperkatakan. kemudian tinggal bersama . Islam menyuruh ibu bapa apabila sudah sampai masanya anak-anak mereka berkeinginan untuk berkahwin maka hendaklah ianya disegerakan. Dan perkahwinan ini hendaklah dipermudahkan agar pasangan suami isteri boleh hidup bahagia selepas majlis perkahwinan. Jika selama ini masjid dan surau hanya dijadikan tempat penyampaian ceramah atau kuliah agama. bahawa perkahwinan adalah salah satu cara yang disyorkan oleh Islam untuk menangani penyakit masyarakat sekiranya mereka tidak mampu menahan nafsu mereka dengan berpuasa. Yang demikian itu sifat mereka lebih teruk daripada haiwan. malah ianya melibatkan mereka yang berada di bangku sekolah lagi.

“melentur buluh biarlah dari rebungnya”. 13 . Kesimpulannya. semua pihak haruslah bekerjasama dan menggembleng tenaga untuk menyelesaikan masalah ini kerana bak kata peribahasa Melayu. Dalam hal ini. kemudahan pinjaman perumahan dan pinjaman kewangan.kemudahan untuk mendapat pekerjaan. Masalah ini seharusnya diketengahkan dan diselesaikan dengan menjalankan langkah-langah yang efektif sebelum keadaannya menjadi lebih teruk lalu menggugat masa depan negara. terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan kes pembuangan bayi berlaku.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful