You are on page 1of 1

‫ﺍﺑﹺﻄﹶﺔ‬‫ﺎﺀ ﺭ‬‫ﻋ‬‫ﺩ‬

‫ﻚ‬‫ﺘ‬‫ﻠﹶﻰٰ ﻃﹶﺎﻋ‬‫ ﻋ‬‫ﻘﹶﺖ‬‫ﭐﻟﹾﺘ‬‫ ﻭ‬‫ﻚ‬‫ﺘ‬‫ﺒ‬‫ﺤ‬‫ﻠﹶﻰٰ ﻣ‬‫ ﻋ‬‫ﺖ‬‫ﻌ‬‫ﻤ‬‫ﺘ‬‫ ﭐﺟ‬‫ ﻗﹶﺪ‬‫ ﭐﻟﹾﻘﹸﻠﹸﻮﺏ‬‫ﻩ‬‫ٰﺬ‬‫ ﺃﹶﻥﱠ ﻫ‬‫ﻠﹶﻢ‬‫ﻌ‬‫ ﺗ‬‫ﻚ‬‫ ﺇﹺﻧ‬‫ﻢ‬‫ﭐﻟﻠﱠﻬ‬
‫ﺎ‬‫ﻼﹶﺋﹶﻬ‬‫ﭐﻣ‬‫ﺎ ﻭ‬‫ﻠﹶﻬ‬‫ﺒ‬‫ﺎ ﺳ‬‫ﻫ‬‫ﺪ‬‫ﭐﻫ‬‫ﺎ ﻭ‬‫ﻫ‬‫ﺩ‬‫ ﻭ‬‫ﻡ‬‫ﺃﹶﺩ‬‫ﺎ ﻭ‬‫ﻬ‬‫ﺍﺑﹺﻄﹶﺘ‬‫ ﺭ‬‫ﻢ‬‫ّﻖﹺ ﭐﻟﻠﱠﻬ‬‫ﺛ‬‫ ﻓﹶﻮ‬‫ﻚ‬‫ﺘ‬‫ﺮﹺﻳﻌ‬‫ ﺷ‬‫ﺓ‬‫ﺮ‬‫ﺼ‬‫ﻠﹶﻰٰ ﻧ‬‫ ﻋ‬‫ﺕ‬‫ﺪ‬‫ﺣ‬‫ﻮ‬‫ﺗ‬‫ﻭ‬
‫ﻚ‬‫ﻠﹶﻴ‬‫ﻛﱡﻞﹺ ﻋ‬‫ﻮ‬‫ﻴﻞﹺ ﭐﻟﺘ‬‫ﻤ‬‫ﺟ‬‫ ﻭ‬‫ ﺑﹺﻚ‬‫ﺎﻥ‬‫ﳝ‬‫ﺾﹺ ﭐﻻ‬‫ﺎ ﺑﹺﻔﹶﻴ‬‫ﻫ‬‫ﻭﺭ‬‫ﺪ‬‫ ﺻ‬‫ﺡ‬‫ﺮ‬‫ﭐﺷ‬‫ﻮﺍ ﻭ‬‫ﺒ‬‫ﺨ‬‫ﻱ ﻻﹶ ﻳ‬‫ ﭐﻟﱠﺬ‬‫ﺭﹺﻙ‬‫ﻮ‬‫ﺑﹺﻨ‬
ِ‫ﺮﹺ‬‫ﻴ‬‫ﺼ‬‫ ﭐﻟﻨ‬‫ﻢ‬‫ﻧﹺﻌ‬‫ﻟﹶﻰٰ ﻭ‬‫ﻮ‬‫ ﭐﻟﹾﻤ‬‫ﻢ‬‫ ﻧﹺﻌ‬‫ﻧﻚ‬‫ ﺇﹺ‬‫ﻚ‬‫ﻠ‬‫ﺒﹺﻴ‬‫ﻲ ﺳ‬‫ ﻓ‬‫ﺓ‬‫ﺎﺩ‬‫ﻬ‬‫ﻠﹶﻰ ﭐﻟﺸ‬‫ﺎ ﻋ‬‫ﻬ‬‫ﺘ‬‫ﺃﹶﻣ‬‫ ﻭ‬‫ﻚ‬‫ﺮﹺﻓﹶﺘ‬‫ﻌ‬‫ﺎﺑﹺﻤ‬‫ﻴﹺﻬ‬‫ﺃﹶﺣ‬‫ﻭ‬
Ya Allah, Engkau maha mengetahui bahawa hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihi-Mu,
bertemu untuk mematuhi perintah-Mu, bersatu memikul beban dakwah-Mu, hati-hati ini telah
mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariat-Mu, maka eratkanlah ya Allah akan
ikatannya. Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini. Tunjukkanlah kepada hati-hati ini akan jalan-
Nya (yang sebenar). Penuhkan hati ini dengan cahaya Rabbani-Mu yang tidak kunjung malap.
Lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan iman / keyakinan dan keindahan tawakkal kepada-
Mu. Hidup suburkanlah hati-hati ini dengan makrifat (pengetahuan sebenar) tentang-Mu. (jika
Engkau mentakdirkan mati) maka matikanlah pemilik hati-hati ini sebagai para syuhada’ didalam
perjuangan agama-Mu. Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong. Ya Allah,
perkenankanlah permintaan ini…

Lirik Nasyid Doa Rabitah

Sesungguhnya Engkau tahu


Bahawa hati ini telah berpadu
Berhimpun dalam naungan cinta Mu
Bertemu dalam ketaatan
Bersatu dalam perjuangan
Menegakkan syariat dalam kehidupan

Kuatkanlah ikatannya
Kekalkanlah cintanya
Tunjukilah jalan-jalannya
Terangilah dengan cahaya Mu
Yang tiada pernah padam
Ya Rabbi bimbinglah kami

Lapangkanlah dada kami


Dengan kurniaan iman
Dan indahnya tawakkal pada mu
Hidupkan dengan ma'rifatmu
Matikan dalam syahid di Jalan Mu
Engkaulah pelindung dan pembela

Kuatkanlah ikatannya
Kekalkanlah cintanya
Tunjukilah jalan-jalannya
Terangilah dengan cahaya Mu
Yang tiada pernah padam
Ya Rabbi bimbinglah kami (3X)

You might also like