P. 1
AKTA PENDIDIKAN 1996

AKTA PENDIDIKAN 1996

|Views: 1,135|Likes:
Published by ahmad_armi

More info:

Published by: ahmad_armi on Mar 19, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

07/19/2013

pdf

text

original

1

1. Pendahuluan. Akta Pendidikan 1996 merupakan akta yang sedang diguna pakai dalam sistem pendidikan masa kini. Akta ini menjadi panduan dalam melaksanakan sistem pendidikan dan menjadikan sistem pendidikan relevan dengan era permodenan ilmu. Ini boleh dibuktikan dengan menyingkap sejarah perundangan dalam pendidikan negara serta huraian sebahagian daripada akta-akta yang telah dilaksanakan.

2. Perundangan Dalam Bidang Pendidikan. Menurut Tie Fatt Hee (2002), kemampuan menyediakan suatu sistem pendidikan yang berkualiti dalam sesebuah masyarakat majmuk bergantung pada rangka perundangan pendidikan negara tersebut. Di Malaysia, dasar pendidikan yang disarankan dalam Akta Pelajaran 1961 berusaha untuk mewujudkan suatu sistem pendidikan kebangsaan yang boleh memenuhi kehendak Negara dan menggalakkan perkembangan budaya, sosial, ekonomi dan politik.

3. Perubahan Rangka Perundangan Malaysia. Sebelum Akta Pendidikan 1996 digubal, perundangan pendidikan negar telah melalui beberapa fasa perkembangan. Secara umumnya, perkembangan rangka perundangan pendidikan di Malaysia boleh dibahagikan kepada empat fasa iaitu: a) fasa pendidikan pada peringkat awal di bawah pentadbiran Inggeris; b) fasa selepas Perang Dunia Kedua apabila 2 ordinan pelajaran telah digubal dan diluluskan; c) fasa perlaksanaan Akta Pelajaran 1961 ; dan d) fasa perlaksanaan Akta Pendidikan 1996. (Tie, F. H. 2002)

langkah awal untuk mewujudkan suatu sistem pendidikan yang bersepadu telah bermula.1 Fasa Pentadbiran Inggeris Pada fasa pertama. 2002) Bagi mengatasi masalah tersebut. Akhirnya. proses Malaysianisasi.3 Akta Pelajaran 1961 Dasar pelajaran di negara kita sekarang berasaskan pada pendahuluan kepada Akta Pelajaran 1961 seperti berikut : Bahawasanya dasar pelajaran seperti yang . Sistem pendidikan sebelum Perang Dunia Kedua yang menekankan pendidikan kepada pelajar berdasarkan kaum telah membawa kepada satu masalah yang serius kerana dasar tersebut telah mewujudkan unsur perkauman di sekolah. (Tie. cadangan Laporan Razak telah di luluskan dan diimplimentasikan sebagai Ordinan Pelajaran 1957. F. semangat nasionalisme yang semakin membara telah membawa perubahan dalam arena politik negara. Ini bermakna. dan kepentingan pendidikan sebagai suatu alat perpaduan kebangsaan. Cadangan laporan jawatankuasa yang diketuai oleh Dato¶ Abdul Razak bin Dato¶ Hussein yang juga dikenali sebagai Laporan Razak telah diterima oleh Majlis Perundangan dan diterbitkan.pelbagai laporan kajian seperti Laporan Barnes dan Laporan Fenn-Wu dibentangkan. 3. Pada tahun 1957.Proses pembentukan semula sistem pendidikan bermatlamat untuk manyatupadukan ketiga-tiga kaum utama di Malaysia. Walaubagaimanapun. Ordinan Pelajaran 1952 telah diperkenalkan. H. Cadangan dalam kedua-dua laporan tersebut telah diterima dan diluluskan oleh kerajaan dan hasilnya. Cina dan India. (Tie. F. 2002) 3. pendorong terpenting dalam reformasi pendidikan ialah usaha pembentukan satu identiti kebangsaan (common nationality).2 Fasa Selepas Perang Dunia Kedua Selepas Perang Dunia Kedua. masalah peruntukan kewangan yang sangat terhad pada masa itu telah menghalang pelaksanaan Ordinan Pelajaran 1952 dengan sepenuhnya. Ini digalakkan melalui semangat nasionalisme. H. Keadaan ini meninggalkan kesan tertentu terhadap dasar pendidikan negara. iaitu kaum Melayu.2 3.

(Hasan. Dalam Akta Pendidikan 1996 pula. H. perhatian hendaklah diberi kepada prinsip am bahawa murid-murid hendaklah dididik mengikut kemahuan ibu bapa mereka. dengan mengadakan pengajaran yang cekap dan dengan mengelakkan perbelanjaan awalan yang tidak berpatutan. ekonomi . Oleh itu Akta Pendidikan 1996 dikuatkuasakan bagi menggantikan Akta Pelajaran 1961.org/wiki/Akta_Pendidikan_1996 ) Akta Pendidikan 1996 merupakan salah satu daripada akta yang telah diluluskan oleh Parlimen untuk menstrukturkan semula sistam pendidikan Negara. F.wikipedia. Tujuan menggubalkan Akta Pendidikan 1996 untuk memperluaskan skop dan memperkenalkan perundangan mengenai pendidikan. sosial. rangka kurikulum untuk pengajaran dan menetapkan suatu standard yang sesuai untuk pendidikan guru. Akta ini menyediakan satu rangka perundangan yang sesuai untuk sistem pendidikan kebangsaan. (Tie. Walaubagaimanapun. Akta baru ini juga banyak mengekalkan peruntukan yang masih relevan daripada Akta Pelajaran 1961. Dasar pendidikan lama seperti yang dinyatakan dalam akta pelajaran 1961 adalah untuk membentuk sistem pendidikan kebangsaan yang memfokuskan kepada pembangunan Negara.3 diisytiharkan dalam Ordinan Pelajaran 1957 ialah untuk menubuhkan suatu sistem pelajaran yang akan dapat memenuhi keperluan negara dan menggalakkan perkembangan kebudayaan. fokus ini telah bertukar kepada perkembagan potensi individu. ia tidak lagi dipandang relevan bagi menghadapi proses perubahan yang pesat dan dinamik. A. (http://ms. 3. selepas 35 tahun sistem pendidikan kebangsaan ditadbir dibawah peruntukan Akta Pelajaran 1961. dan politiknya : dengan dasar itu .4 Akta Pendidikan 1996 Akta ini berpaksi kepada perakuan-perakuan utama Penyata Razak 1956 yang menjadi asas dasar pendidikan kebangsaan. 2002) . 2003). F.

Dalam Akta Pendidikan. Kurikulum semua jenis dan kategori sekolah akan selaras dengan kehendak negara apabila Kurikulum Kebangsaan. Pendidikan Islam akan diperluaskan utnuk meliputi murid-murid Islam di semua kategori sekolah termasuk sekolah swasta dan diperkukuhkan dengan menjadi pelajaran tersebut sebagai salah satu daripada pelajaran teras di sekolah-sekolah. Sejajar dengan penumpuan terhadap usaha membudayakan pendidikan sains dan teknologi. Perkara Penting Yang Terlaksana Dalam Akta Pendidikan 1996.4 4. Dengan adanya peruntukan yang membolehkan Menteri Pendidikan menubuhkan dan menyenggara tadika. maka dari keluarga yang kurang berada di bandar-bandar. Ini diperkuatkan lagi dengan menjadikan bahasa tersebut sebagai mata pelajaran yang wajib diajar di semua sekolah dan institusi pendidikan. konsep sistem pendidikan kebangsaan dimantapkan dengan meliputi semua peringkat persekolahan dari peringkat pra sekolah hingga ke peringkat pendidikan tinggi. iaitu sekolah kerajaan . yang diperuntukkan dalam Akta Pendididkan 1996 wajib diguna oleh semua pihak. akan berpeluang mendapat pendidikan prasekolah yang menjadi asas yang baik bagi memulakan pendidikan rendah. Kedudukan Bahasa kebangsaan diperkukuhkan dengan memperuntukkannya sebagai bahasa pengantar utama dalam sistem pendidikan kebangsaan. Murid-murid dari semua jenis dan kategori sekolah akan disediakan untuk mengambil peperiksaan yang ditetapkan oleh kerajaan dan oleh itu akan memudahkan kita menggunakan penilaian atau pengukuran yang sama tentang pencapaian murid-murid dari sekolah-sekolah di negara kita. sekolah bantuan kerajaan dan sekolah swasta. dan meliputi semua kategori sekolah. pendidikan teknik akan dipertingkatkan di sekolah menengah teknik . Mutu Program pendidikan di semua tadika juga akan dapat dipertingkatkan kerana tadika-tadika ini akan diwajibkan menggunakan Garis Panduan Kurikulum Prasekolah yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan.

manakala politeknik boleh mengadakan program kerjasama dengan mana-mana institusi. perbadanan atau organisasi perindustrian untuk mengendalikan kursus teknik atau vokasional atau program latihan. Di samping itu Unified Examination yang diambil oleh sekolah-sekolah ini serta lembaga pengelola sekolah conforming dan sekolah mission dikekalkan.5 dan politeknik. Akta Pendidikan 1996 memudahkan sekolah vokasional ditukartarafkan ke sekolah teknik. dan berdasarkan pemuafakatan politik yang telah dibuat oleh pemimpin-pemimpin negara yang dahulu. institusi pendidikan swasta juga boleh dikehendaki mengadakan pengajaran Bahasa Kebangsaan. Pendidikan swasta akan dapat berkembang secara lebih sistematik dengan adanya peruntukan yang spesifik bagi mengawal taraf pendidikan dan perjalanan institusi-institusi tersebut. tetapi juga di peringkat diploma dan ijazah. Akta Pendidikan 1996 mengambilkira kepentingan semua kaum dengan cara mengekalkan status quo sekolah rendah jenis kebangsaan dan juga 60 buah sekolah Cina swasta. Akta Pendidikan 1996 juga turut memperuntukkan pengajaran bahasa suku kaum di negara ini sekiranya didapati munasabah dan praktik diadakan. . Politeknik juga boleh mengadakan program bekembar bagi kursus peringkat diploma dan ijazah dengan institusi-institusi pendidikan tinggi. Pendidikan khas akan diberi perhatian yang lebih dengan adanya peruntukan yang cukup bagi pendidikan tersebut. sama ada dalam negeri atau luar negeri Pendidikan guru akan dapat diperkukuhkan dengan adanya peruntukan yang membolehkan Kementerian Pendidikan mengadakan progam pendidikan guru bukan sahaja di peringkat sijil. Kelas -kelas agama seperti bible classes tidak diperlukan mendaftar di bawah Akta Pendidikan 1996. Dalam pada itu. Pengajian Malaysia dan Pendidikan Islam atau Moral untuk memupuk semangat cintakan negara dan nilainilai murni. iaitu secara berkembar. termasuk program pertukaran. Menyedari bahawa Malaysia adalah sebuah negara berbilang kaum.

itgo. b) Sisitem Pendidikan Kebangsaan Didefinisikan secara jelas yang meliputi semua peringkat termasuk prasekolah. k) Pendidikan teknik dan politeknik dipertingkatkan.com/text/AktaPendidikan. e) Kurikulum kebangsaan diperuntukkan. sekolah menengah. l) Peruntukan pendidikan khas. sekolah rendah. Datuk Dr.Syed Othman Al-Habshi juga dalam pembentangan kertas kerjanya yang bertajuk Dasar dan Perlaksanaan Dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan di dalam Kongres Pendidikan Melayu 2001 telah menyenaraikan beberapa perkara penting yang terlaksana dalam Akta Pendidikan 1996 iaitu : a) Landasan dan wawasan pendidikan adalah berlandaskan Falsafah Pendidikan Negara. d) Pendidikan swasta dikawal selia melalui akta lain. pendidikan pasca menengah dan pendidikan tinggi. f) Peruntukan peperiksaan awam perlu dipatuhi. g) Bahasa kebangsaan sebagai mata pelajaran wajib. i) Tempoh pendidikan rendah antara 5 hingga 7 tahun.6 (http://yik. dan Bahasa Orang Asli. Tamil. h) Peruntukan bahasa Cina. c) Pengukuhan kedudukan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar dalam system pendidikan kebangsaan .html#_Toc456785593) Menurut Jawatankuasa Kongres Pendidikan Melayu (2001). . m) Maktab-maktab perguruan. j) Pendidikan lepas menengah. n) Pengajaran Agama Islam dan Moral.

menyatakan di dalam Akta Pendidikan 1996 (Akta 550).7 Secara kesimpulannya Akta Pendidikan yang dilaksanakan telah memastikan proses pengajaran dan pembelajaran dapat dinikmati bukan sahaja kepada pelbagai lapisan masyarakat. 5. Bab 6 . . dan (c) sekolah menengah daripada apa-apa perihal lain yang ditentukan oleh Menteri dari semasa ke semasa. (2) Tertakluk kepada peruntukan Akta ini. akta-akta mengenai Pendidikan Teknik dan Vokasional boleh didapati di Bahagian IV. Menteri boleh mengadakan pendidikan menengah atas di mana-mana sekolah menengah kebangsaan. Institusi pendidikan lain. Lembaga Penyelidikan Undang-Undang (2003).Institusi Pendidikan Lain Seksyen 34. tetapi juga kepada semua kaum yang ada di Malaysia. (1) Hendaklah menjadi kewajipan Menteri untuk mengadakan pendidikan menengah di sekolah menengah kebangsaan yang berikut: (a) sekolah menengah akademik. Akta Pendidikan yang berkaitan dengan Tek nik dan Vokasional. Akta ini juga memberi peluang kepada peningkatan dan memantapkan program lepasan sekolah seperti di polteknik dan maktab-maktab perguruan. Menteri hendaklah mengadakan pendidikan menengah. Kurikulum yang telah diselaraskan juga menjadikan sistem pendidikan negara lebih sistematik dan seragam. (b) sekolah menengah teknik.Pendidikan Menengah Seksyen 30. Sistem Pendidikan Kebangsaan iaitu: Bab 4 .

(b) latihan khusus yang berhubungan dengan pekerjaan tertentu. (c) latihan bagi meningkatkan kemahiran yang sedia ada. Pendidikan teknik di sekolah menengah kebangsaan dan institusi pendidikan lain. (3) Menteri boleh memberikan sumbangan bantuan kepada institusi pendidikan. (c) politeknik. Menteri boleh menubuhkan dan menyenggarakan institusi pendidikan yang berikut: (a) maktab-maktab. yang penubuhan atau penyenggaraannya tidak diperuntukkan di bawah Akta ini atau Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971. selain daripada maktab-maktab yang bertaraf Universiti atau Kolej Universiti yang ditubuhkan atau disifatkan telah ditubuhkan di bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971. Bab 7²Pendidikan Teknik dan Politeknik Seksyen 35. dan (d) apa-apa latihan teknik atau vokasional lain yang diluluskan oleh Menteri. yang termasuk dalam perenggan (1)(a) atau (1)(b). (1) Menteri boleh mengadakan pendidikan teknik di ² (a) mana-mana sekolah menengah kebangsaan yang diperihalkan dalam seksyen 30.8 (1) Tertakluk kepada peruntukan Akta ini. atau (b) institusi pendidikan lain yang diperihalkan dalam perenggan 34(1)(a) atau (1)(c). (2) Bagi maksud subseksyen (1). yang Tidak ditubuhkan olehnya. . (b) sekolah khas. dan (d) apa-apa institusi pendidikan lain. pendidikan teknik termasuklah penyediaan² (a) latihan kemahiran.

(1) Politeknik yang ditubuhkan di bawah Akta ini boleh. suatu politeknik yang ditubuhkan di bawah Akta ini boleh. (b) meningkatkan kemahiran teknik dan vokasional guru-guru. (2) Kelulusan yang diberikan di bawah subseksyen (1) adalah tertakluk kepada apa-apa Terma dan syarat yang dikenakan oleh Menteri. Kerjasama dengan institusi lain dan organisasi perindustrian dalam pendidikan teknik dan vokasional. Politeknik boleh menawarkan kursus pengajian dan menganugerahkan kelayakan yang diluluskan oleh Menteri. dan (c) melaksanakan apa-apa program latihan yang dianggap oleh Menteri sesuai dan bermanfaat bagi politeknik atau murid-muridnya atau guru-gurunya. dsb. perbadanan atau organisasi perindustrian.9 Seksyen 36. Seksyen 37. dengan kerjasama mana-mana institusi. Seksyen 38. Peruntukan tentang kursus pengajian berkenaan dengan ijazah yang diberikan oleh universiti. Politeknik yang ditubuhkan di bawah perenggan 34(1)(c) boleh² (a) menawarkan kursus pengajian dan program latihan yang diluluskan oleh Menteri. mengendalikan kursus pengajian atau program latihan bagi diploma. diploma atau apa-apa kelayakan lain yang ditetapkan. sijil atau pengiktirafan daham bentuk lain bagi kelayakan yang . pekerjapekerja dan murid-murid politeknik itu. dan (b) menganugerahkan sijil. mengendalikan kursus teknik atau vokasional atau program latihan (termasuklah program pertukaran) yang disifatkan suaimanfaat oleh Menteri bagi maksud² (a) melaksanakan pemindahan teknologi. dengan kelulusan Menteri. (1) Tertakluk kepada kelulusan Menteri.

Menteri boleh membuat peraturan bagi melaksanakan peruntukan Bab ini dan.mana majlis badan atau jawatankuasa bagi kegiatan luar kurikulum di politeknik.10 diberikan oleh mana-mana universiti atau institusi pendidikan tinggi lain di dalam Malaysia atau di luar Malaysia. (2) Kelulusan yang diberikan di bawah subseksyen (1) boleh dijadikan tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat yang difikirkan oleh Menteri patut dikenakan. Kuasa untuk membuat peraturan berhubungan dengan politeknik. tanpa menjejaskan keluasan kuasa itu. dan . penyusunan. (b) penubuhan lembaga atau badan untuk menghasilkan. Seksyen 39. (d) disiplin murid. peraturan-peraturan sedemikian boleh mengadakan peruntukan bagi² (a) penubuhan lembaga atau badan untuk menjalankan pengukuran atau penilaian atau untuk mengendalikan peperiksaan untuk politeknik. pengawalan dan pembubaran mana. (3) Menteri tidak boleh memberikan kelulusannya di bawah subseksyen (1) melainkan jika dia berpuas hati bahawa politeknik itu telah membuat segala perkiraan yang perlu dengan universiti atau institusi pendidikan tinggi lain yang terlibat dengan pengendalian kursus pengajian atau program latihan itu. pengurusan. (c) penganugerahan sijil atau diploma atau apa-apa kelayakan lain. (e) penubuhan. mengawasi dan mengubahsuaikan kurikulum kursus pengajian dan program latihan yang ditawarkan oleh politeknik.

Internet http://ms.com/text/AktaPendidikan. BHD. 2003. PTS PUBLICATIONS AND DISTRIBUTOR SDN. 6.org/wiki/Akta_Pendidikan_1996.html#_Toc456785593 . Jawatankuasa Kongres Pendidikan Melayu.wikipedia.11 (f) apa-apa perkara lain yang difikirkan oleh Menteri suaimanfaat atau perlu bagi maksud Bab ini. Tie Fatt Hee. Rujukan Dato¶ Abdul Fatah Hasan.peraturan terpilih. Pusat Dagangan Dunia Putra. Fajar Bakti SDN. 2001. 2002. 1-2 September 2001. 2003. Kementerian telah diberi tanggungjawab untuk membantu pendidikan teknik dan vokasional di peringkat sekolah mahupun pasca sekolah. Kesimpulannya. Pengenalan Falsafah Pendidikan. http://yik. . International Law Book Services. Pendidikan Teknik dan Vokasional dapat dimantapkan dengan adanya perlaksanaan Akta Pendidikan 1996. BHD. Laporan Kongres Pendidikan Melayu.itgo. Menteri juga diberikuasa untuk meluluskan dan memastikan program yang disediakan oleh politeknik adalah bersesuaian. Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) & Peraturan. Lembaga Penyelidikan Undang-Undang. Bantuan boleh diberikan dalam bentuk sumbangan kewangan dan juga penubuhan serta penyelenggaraan institusi pendidikan. Undang-undang Pendidikan di Malaysia.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->