You are on page 1of 12

List Hutan Lipur

LOKASI :
Terletak 17km dari Bandar Mersing dan 22km dari Pekan Endau, Johor melalui Jalanraya Mersing-Endau,
141km dari Bandaraya Johor Baharu.

HUTAN LIPUR GUNUNG ARONG mempunyai keindahan semulajadi hutan


Dipterokap Pamah dengan suasana yang segar dan nyaman. Hutan lipur ini sesuai sebagai tempat
berehat disamping dapat menikmati kesejukan dan kejernihan air sungai yang mengalir. Terdapat
berbagai kemudahan disediakan bagi memenuhi citarasa pengunjung di sini.

BAGI mereka yang gemar menerokai kawasan hutan, denai hutan telah disediakan di sekitar kawasan
ini. Di samping menikmati keindahan alam semulajadi, pengunjung juga dapat mengenali pokok-pokok
hutan tropika yang terdapat di sepanjang denai tersebut. Di sini juga pengunjung boleh bersiar-siar,
mendaki gunung dan melihat kepelbagaian spesis burung di kawasan ini.

SEBUAH Galeri Informasi yang mengandungi pelbagai koleksi hasil hutan dan kegunaannya serta bahan-
bahan sejarah yang berkaitan Jabatab Perhutanan turut dibina di sini. Bagi mereka yang gemar
berkhemah, tapak perkhemahan telah sedia menanti. Terdapat juga sebuah medan perbincangan yang
disediakan bagi menjalankan berbagai aktiviti berkumpulan.

UNTUK sampai ke hutan lipur ini, pengunjung boleh menggunakan kenderaan sendiri atau pengankutan
awam seperti bas atau teksi.

RUJUKAN :
Buku Panduan Hutan Lipur Semenanjung Malaysia. Terbitan Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia
(m/s 6).
LOKASI:
Baling, Kedah. Terletak 45km dari Pekan Baling, 42km dari Bandar Kulim, 45km dari Bandar Sungai
Petani dan 110km dari Bandar Alor Setar.

HUTAN LIPUR BUKIT HIJAU terletak dalam Hutan Simpan Bukit Hijau berjenis
Hutan Dipterokap Pamah mempunyai ketinggian 150-200 meter dari aras laut. Hutan lipur ini
mempunyai keunikan air terjun 5 tingkat yang mempersonakan serta menambat hati pengunjung.
Terdapat denai hutan menuju ke Gunung Inas, Gunung Bintang Utara, Bukit Baubak dan Bukit Hijau.

BEBERAPA kemudahan asas yang disediakan adalah untuk mandi-manda, berkelah, berkhemah, trekking
dan jogging. Selain daripada itu kemudahan seperti chalet, gerai makanan serta surau juga disediakan.
Di sini juga pengunjung boleh bersiar-siar, mendaki gunung, melihat hidupan liar dan "arboretum",
selain itu, padang juga disediakan di sini untuk kegunaan pengunjung.

PELBAGAI flora dan fauna boleh ditemui dalam hutan di sini. Tumbuhan utama yang terdapat di sini
adalan meranti seraya, meranti tembaga serta meranti melantai. Di antara fauna yang terdapat di
kawasan ini ialah gajah, tapir, rusa kijang, lotong kekabu, tupai serta pelbagai spesis burung dan unggas.

UNTUK sampai ke hutan lipur ini pengunjung boleh menggunakan kenderaan sendiri atau teksi dari
Pekan Kuala Ketil atau dari Bandar Kulim.

RUJUKAN :
Buku Panduan Hutan Lipur Semenanjung Malaysia. Terbitan Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia
(m/s 15).
LOKASI:
Rawang, Selangor. Terletak 7km dari Pekan Rawang, 23km dari Kuala Lumpur dengan melalui jalan Kuala
Lumpur - Rawang.

HUTAN LIPUR KANCHING terletak di Hutan Simpan Kanching yang mempunyai


jenis Hutan Diterokarp Pamah dan Bukit. Hutan lipur ini terletak lebih kurang 2km dari Templer Park.
Keunikan kawasan ini ialah mempunyai 7 strata air terjun yang cantik. Pada setiap strata air terjun
terdapat kolam yang cantik dan sangat sesuai untuk mandi-manda. Pengunjung-pengunjung boleh juga
berkhemah dan menyusuri denai hutan sambil menikmati suasana hijau di sekeliling air terjun.

KEMUDAHAN awam turut disediakan seperti tempat letak kereta, tandas awam dan surau. Di samping
itu juga kawasan mandi yang disediakan sesuai untuk aktiviti perkhelahan secara berkumpulan. Plot
demontrasi juga disediakan untuk tujuan pembelajaran.

UNTUK sampai ke hutan lipur ini pengunjung boleh menggunakan kenderaan sendiri atau pengnkutan
awam seperti bas dan teksi dari Pekan Rawang ke Kuala Lumpur.

RUJUKAN :
Buku Panduan Hutan Lipur Semenanjung Malaysia. Terbitan Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia
(m/s 112).
LOKASI:
Bentong, Pahang. Terletak 9 km dari Bandar Bentong di laluan utama Bentong - Raub menuju ke
Kampung Perting. Boleh di hubungi melalui jalan raya.

HUTAN LIPUR SUNGAI CHAMANG terletak di Hutan Simpan Bukit Tinggi


yang mempunyai jenis Hutan Dipterokarp Bukit. Keunikan hutan lipur ini ialah deruan air terjun dan
jeram yang mengalir deras serta pelbagai rupa dan bentuk hamparan batu yang terdapat di sini.
Kawasan hutan lipur ini juga terdapat pelbagai spesis tumbuh-tumbuhan, serangga, burung, reptilia yang
unik lagi mengkagumkan.

PELBAGAI aktiviti boleh dijalankan di sini seperti mandi-manda, berkhelah, berkhemah, trekking dan
jogging. Pengunjung juga boleh bersiar-siar dan melihat hidupan liar yang terdapat di kawasan ini.

UNTUK sampai ke hutan lipur ini pengunung boleh menggunakan kenderaan sendiri atau teksi dari
Pekan Bentong.

RUJUKAN:
Buku Panduan Hutan Lipur Semenanjung Malaysia. Terbitan Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia
(m/s 79).
LOKASI:
Machang, Kelantan. Terletak 7km dari Bandar Machang melalui Jalanraya Machang - Kota Bahru, 63km
dari Kota Bahru.

HUTAN LIPUR BUKIT BAKAR merupakan kawasan rekreasi di jajahan Machang


yang terdiri dari jenis Hutan Dipterokarp Bukit. Pemandangan disekeliling sungai dan anak sungai yang
mengalir ke kawasan ini menjadikan tempat ini sesuai untuk berehat dan menikmati alam semulajadi.
Beberapa kemudahan disediakan seperti pondok rehat gerai makan, kolam air tempat berkelah
disamping tanah lapang yang dinaungi oleh pokok-pokok sesuai untuk aktiviti berkumpulan.

PENGUNJUNG boleh menuju ke tempat ini dengan berbagai kenderaan sendiri atau teksi dari Pekan
Machang, kerana ianya terletak di tepi jalan saya.

RUJUKAN:
Buku Panduan Hutan Lipur Semenanjung Malaysia. Terbitan Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia
(m/s 40).
LOKASI:
Gopeng, Perak. Terletak 7km dari Pekan Gopeng melalui Jalanraya Ipoh ke Gopeng, 32km dari
Bandaraya Ipoh.

HUTAN LIPUR SUNGAI SALU terletak dalam Hutan Simpan Bujang Melaka dan
mempunyai jenis Hutan Dipterokarp Bukit. Tarikan utama di kawasan ini ialah keindahan kawasan hutan
asli, sungai dan air terjun bertingkat. Air sungai yang sejuk dengan jeram-jeram yang kecil mengalir di
celah batu-batuan amat sesuai untuk mandi dan berendam bagi menyegarkan badan.

KAWASAN ini telah dimajukan sebagai tempat perkelahan dan berehat terutamanya kepada penduduk-
penduduk tempatan. Lorong kaki disediakan untuk kemudahan pengunjung menikmati keindahan hutan
serta merasai kesegaran udaranya. Di antara kemudahan asas lain yang disediakan ialah pondik rehat,
tandas awam dan gerai makan.

UNTUK sampai ke hutan lipur ini, pengunjung boleh menggunakan kenderaan sendiri atau pengankutan
awam seperti bas atau teksi dari Pekan Gopeng atau Pekan Kampar ataupun Bandar Ipoh.

RUJUKAN:
Buku Panduan Hutan Lipur Semenanjung Malaysia. Terbitan Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia
(m/s 98).
LOKASI
Jelebu/Kuala Kelawang, N. Sembilan. Terletak 10km dari Pekan Jelebu/K. Kelawang ke Serting, 28km dari
Bandar Seremban.

HUTAN LIPUR JERAM TOI terletak di Hutan Simpan Berembun adalah terdiri dari
jenis Hutan Dipterokarp Bukit. Hutan jenis ini kaya dengan pelbagai fauna dan flora. Sungai Batang Toi
yang mengalir melalui bongkahan-bongkahan batuan besar membentuk beberapa jeram dan kolam
yang sesuai untuk mandi-manda. Beberapa kemudahan asas seperti chalet, surau dan pondok rehat
disediakan untuk kemudahan pengunjung.

SUASANA berkabus di sebelah pagi dan awal senja merupakan satu ciri istimewa di Hutan Lipur ini. Air
terjun yang bertingkat-tingkat turut mewujudkan suasana tiupan bayu yang dingin. Laluan merentas
denai hutan menuju ke Gunung Telapak Buruk cukup mencabar bagi mereka yang gemarkan aktiviti
lasak.

UNTUK sampai ke hutan lipur ini pengunjung boleh menggunakan kenderaan sendiri atau pengankutan
awam seperti bas atau teksi dari Pekan Jelebu.

RUJUKAN
Buku Panduan Hutan Lipur Semenanjung Malaysia. Terbitan Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia
(m/s 55).
LOKASI
Yan, Kedah. Terletak 5km dari Pekan Yan, 35km dari Bandar Alor Setar. Boleh dihubungi melalui jalan
raya.

HUTAN LIPUR SERI PERIGI terletak dalam Hutan Simpan Gunung Jerai yang
mempunyai jenis Hutan Dipterokarp Pamah. Hutan jenis ini kaya dengan pelbagai flora dan fauna. Hutan
lipur ini mempunyai air terjun yang tertinggi di Negeri Kedah iaitu melebihi dari 100 meter. Air terjunnya
boleh kelihatan dari jalan raya Guar Cempedak ke Yan Kecil. Terdapat batu dinding yang sesuai untuk
aktiviti lasak dan mencabar.

BERBAGAI aktiviti boleh dijalankan di sini seperti mandi-manda, berkelah, berkhemah, trekking, bersiar-
siar, mendaki gunung serta melihat hidupan liar yang terdapat di kawasan ini.

PERJALANAN ke hutan lipur ini amat mempesonakan dengan pemandangan sawah padi, perkampungan
tradisional Melayu dan dusun buah-buahan. Tumbuhan utama boleh ditemui ialah meranti melantai,
meranti langgong, meranti tembaga dan palma.

UNTUK sampai ke hutan lipur ini pengunjung boleh menggunakan kenderaan sendiri atau pengankutan
awam seperti bas atau teksi dari Pekan Yan.

RUJUKAN:
Buku Panduan Hutan Lipur Semenanjung Malaysia. Terbitan Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia
(m/s 28).
LOKASI:
Kangar, Perlis. Taman Negeri Perlis terletak 1km dariPekan Wang Kelian, 30km dari Bandar Kangar.

TAMAN NEGERI PERLIS terletak di Hutan Simpan Mata Ayer dan Hutan Simpan
Wang Mu. Ianya berada di sebelah Barat Negeri Perlis yang mana berkedudukan di atas benjaran bukit
batu kapur yang terpanjang di Malaysia.

TAMAN negeri ini juga merupakan salah satu hutan separuh-luruh (semidecious) yang sangat sedikit
jumlahnya, serta mempunyai spesis tumbuhan yang menyamai spesis tumbuhan yang terdapat di
Thailand. Taman ini merupakan khazanah kepada kepelbagaian biologi di mana hutan batu kapurnya
juga kaya dengan flora dan fauna seperti burung-burung, mamalia dan reptilia sesuai untuk aktiviti
pembelajaran.

TERDAPAT satu trek hutan yang mencabar daripada kawasan perkhemahan melintasi sebuah air terjun
hingga ke sebuah gua bernama Gua Wang Burma. Di sini juga pengunjung boleh mendaki Gunung Perlis
yang menjadi sempadan Malaysia - Thailand. Beberapa kemudahan seperti chalet dan domitri turut
disediakan.

UNTUK sampai ke hutan lipur ini pengunjung boleh menggunakan kenderaan sendiri atau pengankutan
awam seperti bas atau teksi dari Bandar Kangsar.

RUJUKAN:
Buku Panduan Hutan Lipur Semenanjung Malaysia. Terbitan Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia
(m/s 105).
LOKASI:
Kota Tinggi, Johor. Terletak 8km dari bandar Kota Tinggi melalui Jalanraya Kota Tinggi - Mersing.

HUTAN LIPUR PANTI terletak di Hutan Simpan Panti merupakan Hutan Dipterokarp
Pamah yang kaya dengan pelbagai spesis pokok. Keindahan hutan ini sesuai untuk beristirahat sambil
menikmati keindahan suasana sambil menikmati keindahan. Bagi memenuhi citarasa pengunjung,
beberapa kemudahan asas seperti pondok dan bangku telah disediakan.

HUTAN Lipur ini sesuai dikunjungi untuk aktiviti seperti berehat, berkhelah, bersiar-siar, treking,
berkhemah dan menjalankan aktiviti-aktiviti berbentuk pendidikan seperti mengenal pokok, memerhati
burung, batu-batan dan lain-lain.

UNTUK sampai ke hutan lipur ini pengunjung boleh menggunakan kenderaan sendiri atau pengankutan
awam seperti bas atau teksi.

RUJUKAN:
Buku Panduan Hutan Lipur Semenanjung Malaysia. Terbitan Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia
(m/s 8).
LOKASI:
Kuala Lipis, Pahang. Terletak 9km dari Pekan Kuala Lipis, 256km dari Bandar Kuantan. Boleh dihubungi
melalui jalan raya.

HUTAN LIPUR TERENGGUN mempunyai Hutan Dipterokarp Pamah. Hutan lipur


ini mempunyai 3 buah tasik buatan yang merupakan kawasan takungan air utama bagi bekalan air. Di
sekitar kawasan hutan lipur ini terdapat petak-petak contoh tanaman spesis pokok hutan seperti Damar
Minyak, Jelutong, Petai, Chengal, Kepayang dan lain-lain.

PELBAGAI aktiviti boleh dijalankan di sini seperti berkayak, bersiar-siar dab berkhemah. Selain itu aktiviti
riadah di atas laluan dan pelantar yang diperbuat daripada kayu disediakan untuk pengunjung
berjogging.

UNTUK sampai ke hutan lipur ini pengunjung boleh menggunakan kenderaan sendiri atau teksi dari
Pekan Kuala Lipis.

RUJUKAN:
Buku Panduan Hutan Lipur Semenanjung Malaysia. Terbitan Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia
(m/s 82).
LOKASI:
Yan, Kedah. Terletak 3km dari Pekan Yan, 40km dari Bandar Alor Setar. Boleh dihubungi melalui jalan
raya.

HUTAN LIPUR TITI HAYUN berada dalam Hutan Simpan Gunung Jerai dan
mempunyai jenis Hutan Dipterokarp Pamah pada aras ketinggian 200 - 300 meter aras laut. Hutan lipur
ini mendapat nama sempena keujudan titi gantung berdekatan kawasan tersebut.

IANYA sangat strategik dan terletak dipermulaan anak Tangga Kenari Seribu Tahun. Antara tumbuhan
utama yang terdapat di hutan ini adalah Meranti Melantai, Meranti Langgong dan Meranti Tembaga.

BERBAGAI aktiviti boleh dijalankan di sini seperti mandi-manda, berkhelah dan trekking. mendaki
gunung serta melihat hidupan liar yang terdapat di kawasan ini. Terdapat denai hutan melalui hutan asli
menuju ke Air Terjun Puteri Mandi sejauh 1km.

UNTUK sampai ke hutan lipur ini, pengunjung perlu menyusuri dusun buah-buahan, perkampungan
tradisional Melayu dan ladang getah. Pengunjung boleh menaiki kemudahan sendiri atau teksi dari
Pekan Yan.

RUJUKAN:
Buku Panduan Hutan Lipur Semenanjung Malaysia. Terbitan Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia
(m/s 37).

You might also like