P. 1
Amalan Gaya Hidup Sihat

Amalan Gaya Hidup Sihat

|Views: 1,550|Likes:
Published by syafiq

More info:

Published by: syafiq on Mar 20, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

01/12/2013

pdf

text

original

Amalan Gaya Hidup Sihat

Gaya hidup sihat bolehlah ditakrifkan sebagai satu amalan kehidupan yang membawa impak positif kepada diri seseorang, keluarganya dan masyarakat. Antara contoh kehidupan yang sihat ialah individu tersebut hidup dengan penuh ceria tanpa mengalami sebarang masalah yang boleh menjejaskan kehidupannya untuk satu tempoh tertentu pula. Sudah pasti dalam kehidupan era moden yang begitu banyak tekanan ini gaya hidup sihat menjadi satu matlamat yang perlu dicapai segera. Oleh itu, terdapat pelbagai tindakan yang boleh dilakukan untuk mencapai matlamat ini. Tindakan awal ialah seseorang itu perlu mengamalkan satu bentuk pemakanan yang seimbang dalam kehidupannya. Dalam keadaan kehidupan sebenar, orang ramai lebih suka mengambil makanan yang bersifat mudah seperti mengamalkan pengambilan makanan ringan ataupun makanan segera. Tidak kurang juga masyarakan kita hari ini yang lupa kesan pengambilan makanan berlemak ataupun makanan yang mempunyai kandungan garam, gula atau sodium glutamit yang tinggi. Hal ini boleh mendatangkan pelbagai penyakit kronik seperti sakit jantung, darah tinggi ataupun kencing manis yang juga menjadi punca kematian tertinggi di negara kita. Orang ramai juga mesti menjauhi amalan buruk seperti merokok atau meminum arak kerana kesannya amat membahayakan. Jelaslah, diet yang seimbang membolehkan kita semua mencapai kehidupan yang ceria kerana semua nutrien yang diperlukan oleh badan diperoleh menerusi pemakanan yang seimbang. Selain itu, aktiviti senaman yang berkala mampu menjadikan kehidupan yang dijalani oleh seseorang itu lebih sihat dan menceriakan. Kita boleh menjalankan aktiviti seperti bersukan, berekreasi, berjalan atau berlari bersendirian atau bersama-sama keluarga ketika hujung minggu. Aktiviti senaman seperti ini diakui oleh pakar perubatan mampu menjadikan sistem peredaran darah manusia lebih baik serta menjadikan sistem imunisasi mereka tinggi. Mereka yang gemar bersukan biasanya memiliki badan yang sihat dan minda yang cerdas berbanding dengan orang yang jarang bersukan. Jelasnya, semakin kerap senaman dilakukan maka semakin tinggilah tahap kesihatan seseorang itu kerana minda yang cerdas datangnya daripada badan yang cergas. Orang ramai juga perlu mengutamakan kebersihan diri pada setiap masa bagi memastikan mereka terhindar daripada sebarang penyakit. Keperluan asas seperti menggosok gigi, mandi, berpakaian bersih, waktu tidur dan rehat yang cukup juga perlu dijadikan amalan hidup seharian. Bagi mengelakkan jangkitan kuman atau penyakit, mereka juga perlulah mengamalkan budaya mendisiplinkan diri dengan asas-asas kebersihan seperti mencuci tangan dengan bersih sebelum makan, menutup makanan dengan baik agar tidak diharung lalat mahupun memilih gerai atau tempat makan yang bersih semasa menjamu selera. Sikap sambil lewa masyarakat dalam aspek berkenaan mungkin boleh membawa padah. Justeru, amalan sebegini harus diutamakan agar dapat membentuk gaya hidup yang sihat dalam kalangan masyarakat. Pada masa yang sama selain mengutamakan kesihatan diri dan makanan, masyarakat juga perlu menjaga kebersihan persekitaran mereka. Persekitaran yang bersih perlu dijadikan amalan dan gaya hidup agar kita terhindar daripada sebarang penyakit. Umpamanya, orang ramai d igalakkan mengadakan gotong-royong untuk membersihkan kawasan taman perumahan dengan membersihkan sampah-sarap atau memastikan kawasan persekitaran mereka sentiasa bersih.

Pada masa yang sama sikap atau mentaliti positif penting untuk dimiliki oleh seseorang itu bagi menangani tekanan kehidupan dalam era moden ini. lipas.Amalan seperti ini dapat mengelakkan pembiakan agen-agen pembawa penyakit seperti nyamuk. Dengan cara demikian. Hubungan baik yang berkekalan biasanya dapat melahirkan satu bentuk kehidupan yang ceria dan menggembirakan. aspek psikologi dan sosial manusia perlu dipenuhi bagi memperoleh gaya hidup yang sihat ini. orang ramai akan dapat menjauhkan diri mereka daripada pelbagai penyakit serta membentuk kehidupan yang sihat. mereka mungkin boleh mendapatkan bantuan daripada pakar motivasi ataupun rakan-taulan di sekeliling mereka. Kehidupan zaman moden yang penuh cabaran terutama tekanan di pejabat memerlukan satu persepsi positif daripada ahli masyarakat kita. Pemikiran yang positif menjadikan seseorang itu mampu menyelesaikan pelbagai kemelut yang melanda kehidupannya dengan baik tanpa tertekan. Mereka yang lebih terbuka dan bersedia untuk berkongsi masalah dengan orang lain didapatilebih bermakna kehidupannya berbanding dengan individu yang suka bersendirian atau menyimpan masalah mereka. semakin positif minda seseorang itu maka semakin tinggilah gaya hidup sihat yang mampu dicapainya kelak. Gaya hidup sihat hanya boleh dicapai sekiranya masyarakat mengamalkan semua aspek kehidupan berlandaskan ciri-ciri manusia sihat. Tempat-tempat pembiakan nyamuk di dalam atau di luar rumah seperti pelapik pasu bunga ataupun tempat takungan air mestilah kerap dibersihkan ataupun ditukar. lalat dan sebagainya. Gaya hidup yang sihat juga melibatkan aspek psikologi dan sosial seseorang itu. Sikap berkawan dan menghabiskan masa bersama -sama mereka menjadikan keperluan psikologi manusia dipenuhi dengan efektif. menagih dadah atau melakukan sesu perkara atu di luar jangkaan. Hal ini perlu kerana tekanan yang dialami boleh menjuruskan seseorang pada perlakuan negatif seperti mendera. Sesungguhnya. Jadi. . Kepada mereka yang menghadapi tekanan hidup. Cuma sikap masyarakat yang masih memandang rendah kepentingan gaya hidup sebeginilah yang menyebabkan pelbagai masalah kesihatan timbul kelak. Masyarakat digalakkan men jalin hubungan komunikasi yang mesra bersama-sama rakan atau jiran tetangga. gaya hidup yang sihat ini boleh diperoleh menerusi semua amalan yang dipaparkan tadi. Kesimpulannya. Kita semua perlulah memahami bahawa mencegah lebih baik daripada mengubatinya.

ibu bapa era ini hendaklah menunjukkan model dan postur yang baik kepada anak-anak mereka supaya tidak digelar bagai Ketam mengajar anaknya berjalan dengan betul . Sementelahan itu. Persoalannya. tetapi tempat tinggal seharusnya diberi keutamaan. Kerajaan telah merangka dan merencana pelbagai formula dan strategi yang pragmatik lagi komprehensif dalam usaha untuk membolehkan negara Malaysia Duduk sama rendah. Namun di sebalik tabirnya. begitulah kuihnya. ibu bapa hendaklah memberikan ajaran dan didikan agama yang mantap kepada anak-anak mereka sejak kecil lagi bak kata pepatah Melayu. Pihak sekolah perlu menyelami dan memahami apa masalah yang dihadapi oleh para pelajar pada masa kini. sebaik-baiknya berterusan. jalinan kemesraan antara suami isteri juga mesti kukuh. guru-guru dapat menerangkan kepada para pelajar faktor-faktor berlakunya masalah tersebut dan seterusnya langkah -langkah untuk mengatasinya. Penerangan walaupun tidak mendalam tetapi akan memberi kesan yang mendalam kepada para pendengar.Sun Yat San. Ibu bapa sendiri seharusnya menunjukkan teladan yang baik dan tidak melakukan perkara yang negatif di hadapan anakanak mereka kerana Bagaimana acuan. Antara pekerjaan yang paling susah ialah memahami dan mengerti. Ibu bapa juga hendaklah sering meninjau dan memantau kelakuan dan kegiatan yang dilakukan oleh anakanak mereka ketika berada di luar rumah. Memang menjadi lumrah bahawa ibu bapa bertanggungjawab untuk memasang telinga dan tajam hati untuk mengawasi gerak -geri si anak. Apabila telah faham dan mengerti. Bagi membendung masalah ini. Dalam mengharungi arus pemodenan yang kian deras ini. Agama Islam. agar anak-anak dapat membesar dalam suasana yang selesa dan harmoni. berdiri sama tinggi dengan negara-negara gergasi lain dalam era siber ini. kejayaan dalam bidang teknologi maklumat ini turut meninggalkan pelbagai impak n egatif yang menyebabkan masalah sosial dalam kalangan pelajar meningkat saban hari. apakah langkah-langkah proaktif yang dapat dilakukan untuk menangani kemelut ini daripada bertambah parah? Bertitik tolak daripada manifestasi itu. Negara kita gagah dan bangga dengan kejayaan yang kita tempa dalam bidang teknologi maklumat.Masalah Sosial Dalam Kalangan Pelajar. dan Pendidikan Sivik dan . Sehubungan dengan itu. Menurut kata Dr. Secara tuntasnya. Dalam konteks yang sama. Anak-anak kecil ini juga diibaratkan sebagai kain putih yang tidak mengenal apa-apa dan terpulanglah kepada ibu bapa untuk mencorakkan mereka. Jadi tidak hairanlah dengan memahami masalah yang menempa para pelajar. agar segenap perhatian dan kasih sayang dapat diberikan ke pada anak-anak yang menempuh alam remaja. ibu bapa juga mestilah menyemaikan benih-benih nilai murni ke dalam sanubari anak-anak supaya mereka dapat bertindak dengan rasional dengan berpandukan norma-norma masyarakat. ibu bapa sebagai saudara yang terdekat kepada anakanak sememangnya memainkan peranan yang signifikan sebagai nakhoda kapal dalam membentuk peribadi anak-anak mereka. Melentur buluh biarlah dari rebungnya . ibu pertiwi kita kini mengalami revolusi gelombang ketiga iatu gelombang teknologi maklumat. ibu bapa sewajarnya menyediakan tempat tinggal yang selesa kepada anak-anak mereka. segala pekerjaan mudah sahaja untuk dilaksanakan . Oleh itu. Biarlah berkereta sederhana. Guru-guru mata pelajaran Pendidikan Moral. sekolah sebagai rumah kedua kepada para pel jar hendaklah memainkan a peranan sebagai mata dan telinga dalam membendung masalah ini. Permehatian ini bukanlah sekadar bermusim. ibu bapa sememangnya memainkan peranan yang dominan dalam mengatasi fenomena yang kian meruncing ini. Setelah umat mengorak langkah memasuki alaf baru yang penuh dengan pancaroba hidup.

Walau bagaimanapun. jelaslah kepada kita bahawa masa amat berharga dan haruslah kita menggunakan masa yang terluang dengan berfaedah. Dalam hal ini. para pelajar boleh membuat refleksi diri untuk mengetahui kelemahan diri dan berusaha untuk membaikinya. Unit bimbingan dan kaunseling sekolah pula perlu kerap mengadakan sesi kaunseling dengan para pelajar yang mempunyai masalah disiplin untuk membentuk jati diri yang ampuh dalam jiwa mereka. yang dapat mempengaruhi mereka dengan gejala negaitif. seorang ahli falsafah pernah berkata. menagih dadah. Daripada kata-kata tersebut. meragut. Seiringan itu. Hal ini secara tidak langsung dapat menghindari pelajar daripada terjerat dengan kegiatan yang negatif. di manakah pelajar ini memperoleh idea untuk bertindak? Salah satu sebab yang tidak dapat dinafikan ialah faktor media. melalui radio ataupun internet. jika kamu tidak memancungnya. Jika kita menyelak akhbar tahun 1980-an dan sebelum itu. Oleh itu. Justeru. Seseorang pelajar itu juga haruslah berhati-hati dalam pergaulan seharian. pihak sekolah hendaklah menyumbangkan tenaga dalam usaha untuk mengatasi permasalahan global ini. Lantaran itu. Para pelajar juga perlulah mngisikan masa senggang mereka dengan perkara yang berfaedah. Berdasarkan kata hikmat ini. pergaulan membentuk kepercayaan dan keyakinan. orang yang kita dapat manfaat daripadanya . Para pelajar haruslah mempunyai kesedaran diri supaya dapat mengikiskan sikap-sikap negatif yang terdapat dalam diri mereka. Media massa bercetak juga boleh memaparkan kemudaratan yang dibawa apabila . Pelajar sendiri juga hendak lah menginsafi kesilapan diri dan beriltizam untuk menjadi insan yang salih dan kamil agar dapat menjadi mentor kepada masyarakat yang lain. para pelajar haruslah bijak memilih rakan dan menjauhi kumpulan yang berakhlak buruk. usaha untuk menangani masalah disiplin dalam kalangan pelajar haruslah bermula daripada individu berkenaan. pihak sekolah perlulah memanggil kedua-dua ibu bapa pelajar terbabit untuk mengatasi masalah ini agar tidak terus menjadi duri dalam daging. berl mba haram. Akibatnya. media massa elektronik ha ruslah sentiasa menyiarkan iklan tentang kesan-kesan buruk gejala sosial di televisyan. pelajar itu akan terpengaruh dengan perbuatan rakannya yang tidak baik. Pihak sekolah juga haruslah mengadakan ceramah untuk mendedahkan kepada para pelajar tentang implikasi-implikasi buruk apabila terlibat dalam gejala negatif. Lembaga Penapis Filem perlu lebih peka untuk mengelakkan babak yang berunsur negatif disiarkan ke udara. kita tidak akan menemui berita tentang salah laku pelajar yang sanggup merompak. sejak akhir-akhir ini. malah jauh sekali berbunuhan. Pendedahan ini diyakini dapat menyedarkan para pelajar supaya menjauhkan diri daripada anasir-anasir yang negatif. untuk kebersihan jiwa hendaklah bergaul dengan orang yang berbudi. Ironinya. bermulalah dari meja besar syarikat sehinggalah ke meja kedai kopi. Jika usaha ini tidak berjaya. Pergaulan mempengaruhi didikan otak.Kewarganegaraan pula hendaklah memberikan didikan moral serta agama kepada para pelajar. Seterusnya. kesedaran diri dalam pelajar adalah amat penting. Masa itu umpama pedang. Menurut pepatah Arab. Hamka. jelaslah bahawa pergaulan penting untuk mempengaruhi akhlak dan peribadi seseorang individu. u merogol. pasti masa akan memancung kamu . Media massa sepatutnya menyiarkan rancangan yang bertemakan kebudayaan dan bukannya rancangan dari barat yang berunsurkan keganasan dan negatif. sebagai langkah alternatif untuk membendung gejala sosial daripada menular. maka buruklah impaknya. kejadian seperti ini sudah menjadi perkara yang semakin hangat diperdebatkan di seantero ibu pertiwi kita malah telah menjadi tajuk perbualan yang kian hebat dibincangkan. Tegasnya. Nescaya seseorang yang mempunyai pegangan agama yang kukuh tidak akan goyah untuk melakukan perbuatan yang negatif meskipun diajak dan dipujuk oleh rakan -rakan sebaya mereka. Pendek kata. Sekiranya seseorang pelajar itu tersalah memilih rakan yang rosak akhlak.

Kesimpulannya. Selain itu. Pihak polis pula haruslah meningkatkan rondaan dan pemantauan di sekitar bandar dan taman perumahan yang sering dilanda kes gejala sosial. semua pihak haruslah menggembleng tenaga untuk menangani kemelut ini sebelum bertambah parah. Masyarakat perlulah mengamalkan sikap Menjaga tepi kain orang dengan melaporkan gejalagejala sosial yang berlaku kepada pihak berkuasa supaya tindakan yang lebih lanjut dapat diambil. Hal ini adalah kerana. masalah sosial dalam kalangan pelajar perlu dipandang serius oleh ibu bapa. Di samping itu. .pelajar terlibat dalam gejala sosial di halaman surat khabar. disambut dengan alam yang menyenangkan di luar. Semuanya bertujuan untuk menggerunkan masyarakat yang melibatkan diri dalam gejala sosial. kita tidak mahu generasi pelapis ini. masyarakat setempat hendaklah berganding bahu dengan pihak kerajaan seperti kata pepatah. kerajaan hendaklah menguatkuasa kan undang-undang dan mengenakan hukuman yang setimpal ke atas individu yang didapati terlibat dalam gejala sosial yang melanggari Akta Undang-Undang Negara. Hal ini secara langsung dapat membanteras gejala-gejala sosial yang berlaku di sekitar taman perumahan. sekurang -kurangnya masalah sosial tidak seruncing sekarang. pemudi tiang negara . Dalam usaha untuk menrealisasikan konsep Wawasan 2020. Kerajaan seharusnya bertindak tegas. Jika alam di sekolah indah. pelajar-pelajar inilah yang bakal menjadi peneraju negara pada masa hadapan bak kata pujangga. Kerajaan juga hendaklah melancarkan kempen-kempen kesedaran dan ceramah bergerak sehingga ke seluruh pelosok negara. sama ada pelajar mahupun belia yang melebihi umur 18 tahun. Kempen-kempen dan ceramah ini haruslah dipertingkat dan diperluas ke kawasan -kawasan pedalaman. Kerjasama antara masyarakat dan kerajaan diyakini dapat membuahkan hasil yang lebih bermakna dan bererti. Bagai aur dengan tebing untuk menangani masalah ini sepenuhnya. bukan hangat-hangat tahi ayam dalam usaha untuk menutup pusat-pusat perjudian dan pub-pub haram yang menyumbang gejala sosial kepada pelajar. masyarakat dan pucuk pimpinan. majalah dan ensiklopedia. kerajaan juga memainkan watak yang penting dalam menangani fenomena ini. Pusat-pusat hiburan lain yang masih halal perlulah dibatal lesen perniagaan jika me reka membenarkan pengunjung di bawah umur memasuki premis perniagaan mereka. media massa haruslah memainkan peranan sebagai penggerak utama untuk memastikan pelajar berada di landasan yang betul. Walau bagaimanapun. Usaha-usaha ini bertujuan untuk membuka mata para pelajar tentang impak -impak negatif apabila melibatkan diri dalam gejala sosial. Oleh itu. Jabatan Rukun Tetangga juga perlu diwujudkan di setiap taman perumahan supaya kes-kes sosial dapat dikawal dan keamanan penduduk dapat dijaga. yang bakal mewarisi kepimpinan nagara dipenuhi oleh mereka yang tidak berdisiplin. demi melahirkan pelajar yang berakhlak dan bersahsiah baik. Natijahnya. Pemuda harapan bangsa.

Sebagai contohnya. kerajaan juga telah mengambil inisiatif bagi menjalankan usaha pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah di seluruh negara. Kerajaan turut mengorak langkah untuk mengekalkan bangunan bangunan bersejarah ini bagi memastikan bangunan tersebut terus utuh sebagai bangunan yang bakal menjadi kebanggaan generasi akan datang. Sebagai contohnya. bangunan bersejarah yang memiliki seni bina yang unik ini dapat dijadikan satu tarikan kepada para pelancong untuk berkunjung ke negara kita. manakala struktur dan bentuk bahagian luar bangunan tersebut masih dikekalkan dengan ciriciri lamanya. Pada masa yang sama. bangunan-bangunan yang kebanyakannya dibina pada era penjajah dan berusia ratusan tahun. telah meletakkan Bangunan Sultan Abdul Samad sebagai bangunan bersejarah yang perlu dipertahankan dalam Pelan Induk Pembangunan Kuala Lumpur. Bangunan Sultan Abdul Samad turut dilengkapi dengan kemudahan lift . Antara usaha yang telah dilaksanakan oleh pihak kerajaan ialah mengorak langkah bagi mewartakan bangunan bersejarah ini sebagai satu warisan kebangsaan yang perlu dipelihara. Kerajaan memperuntukkan sejumlah wang yang bukan kecil jumlahnya dem menjalankan usaha membaik pulih bangunan i bangunan lama tetapi mempunyai nilai sejarah yang tinggi. Antaranya adalah dengan mengindahkan taman-taman bunga daripada pelbagai jenis flora yang terdapat di negara kita. Dewan Bandaraya Kuala Lumpur umpamanya. Bagi memenuhi impian seluruh masyarakat yang ingin melihat bangunan bersejarah di negara kita terus kekal. pelbagai usaha telah dilaksanakan bagi memelihara dan memulihara keunikan bangunan tersebut agar tidak pupus ditelan zaman. usaha membaik pulih Bangunan Sultan Abdul Samad pada sekitar tahun 2007 yang diselia oleh Jabatan Kerja Raya telah menelan belanja sebanyak RM20 juta. alat keselamatan serta tempat meletak kenderaan kepada para pengunjung. tersergam indah bangunan Sultan Abdul Samad yang menjadi mercu tanda kebanggaan penduduknya. hasrat masyarakat untuk melihat bangunan bersejarah di negara kita terus kekal akan dapat dicapai. dapat dijamin kewujudannya dan terhindar daripada sebarang usaha pemusnahan. Kesannya. Perlu diingat bahawa segala kerja baik pulih tersebut hanya melibatkan bahagian dalam bangunan sahaja. Hal ini meliputi kerja-kerja menambah kemudahan asas di bangunan tersebut serta menambah baik struktur bangunan yang telah rosak. Bagi memastikan bangunan tersebut terus kekal.Langkah-langkah bagi mengekalkan bangunan bersejarah Dalam era permodenan yang dihambat dengan pelbagai kemajuan. bangunan-bangunan bersejarah . Di kota raya Kuala Lumpur sahaja. dengan usaha yang bersungguh-sungguh ini. bangunan kebanggaan negara tersebut kini tersergam indah menanti kunjungan pelancong sama ada dari dalam atau dari luar negara. Dengan pewartaan ini. Pada masa yang sama. Kemudahan-kemudahan awam yang terdapat di bahagian dalam mahupun di bahagian persekitaran turut diperbaiki atau ditambah nilai. malaksanakan usaha bagi mengindahkan kawasan persekitaran bangunan bersejarah yang terdapat di negara kita dengan lanskap yang menarik. Dengan usaha yang bersungguh -sungguh ini. Hal ini bertujuan untuk memastikan bangunan tersebut sentiasa mendapat kunjungan daripada orang ramai. Maka. Justeru. usaha menginda hkan semula bangunan ini telah dilaksanakan sejak tahun 2002 lagi. Malaysia masih mampu mengekalkan bangunan-bangunan bersejarah sebagai warisan budaya yang unggul.

Budaya silam adalah cerminan masyarakat kita hari ini kerana budaya menunjukkan bangsa. Jabatan Arkitek Malaysia dan Jabatan Kerja Raya sebagai contohnya sentiasa memantau perkembangan usaha -usaha pengekalan bangunan-bangunan bersejarah di seluruh negara. Langkah memperkenalkan bangunan bersejarah seperti Bangunan Sultan Abdul Samad. Istana Jugra dan sebagainya mampu merealisasikan hasrat kita bagi mengekalkan bangunan bersejarah tersebut agar terus kekal di persada dunia. Lantas. Kota A famosa. Selain itu. Usaha ini turut ditanamkan dalam jiwa kalangan pelajar yang mengambil mata pelajaran sejarah di mana mereka turut menjalankan kajian tentang bangunan bangunan bersejarah di negara kita. Bagi menyempurnakan cita-cita luhur untuk mengekalkan bangunan-bangunan bersejarah di negara kita. Justeru. salah satu elemen penting yang mendasari usaha pemuliharaan bangunan bersejarah di negara kita adalah keterlibatan semua agensi yang berkaitan dengan kerja -kerja penyelidikan dan pembangunan. pemeliharaan bangunan bersejarah ini dapat mengekalkan fakta-fakta yang lebih jelas tentang budaya masyarakat kita yang hidup dan berkembang dalam lingkungannya yang begitu unik. Usaha ini didepani oleh Kementerian Pelancongan dan juga Lembaga Penggalak Pelancongan Malaysia yang sentiasa merintis jalan bagi memperkena lkan tempat-tempat menarik di Malaysia. mengambarkan kepelbagaian corak hidup masyarakat dahulu kala. beberapa buah universiti di tanah air kita sering kali menjalankan penyelidikan bagi mengenal pasti struktur dan reka bentuk bangunan ini men epati ciri-ciri yang diharapkan oleh masyarakat Malaysia. Melalui usaha ini. tanggungjawab kita adalah perlunya memberi kerjasama kepada pihak yang terbabit agar usaha memelihara dan memulihara bangunan bersejarah tersebut akan terus kekal padu dan berpanjangan. Intihanya. . Penyelidikan yang berterusan ini mampu menanamkan sikap cinta akan warisan budaya kita sesuai dengan matlamat kerajaan membangunkan nilai patriotism dalam jiwa remaja kita hari ini. usaha untuk mengekalkan bangunan tersebut bagi tatapan generasi akan datang adalah amat perlu dilaksanakan demi kesinambungan budaya masyarakat kita. kewujudan bangunan bersejarah di negara kita yang wujud sejak abad ke dua puluh lagi. bangunan-bangunan bersejarah dijadikan sebagai tempat lawatan wajib bagi pelancong yang mengikuti pakej anjuran Kementerian Pelancongan. Tida cukup dengan usaha tersebut. Pada masa yang sama.tersebut mampu menggamit kehadiran pengunjung sekali gus memperkenalkan budaya kita kepada masyarakat luar negara. Hal ini adalah bagi tujuan memastikan agar semua bangunan yang telah diwartakan sebagai warisan kebangsaan sentiasa terpelihara dan selamat dikunjungi. kerajaan turut bertindak memperkenalkan bangunan warisan tersebut kepada pelancong dari seluruh dunia.

ada juga golongan yang cuba meraih keuntungan mudah dengan mengeksploitasi para remaja khususnya golongan pelajar agar melibatkan diri dalam dunia hiburan biarpun sepatutnya mereka perlu menggalas wadah memajukan diri dalam bidang pendidikan. Penglibatan mereka juga menyebabkan pelajar terpaksa mengambil cuti untuk melaksanakan kehendak penganjur hiburan mengadakan pertunjukan di mana-mana juga. Namun apa yang amat dikesali. penglibatan pelajar dalam Program Realiti Hiburan seperti yang kerap kita lihat di kaca televisyen akan menjejaskan peluang pelajar bergiat dalam aktiviti yang dijalankan di sekolah. dunia pelajar seharus ditumpukan sepenuhnya untuk memperoleh ilmu sebagai menggalas aspirasi menjadi insan yang berilmu dan berpengetahuan. Persoalannya. mereka memerlukan masa yang panjang bukan sahaja untuk mengikuti penggambaran atau pertunjukan yang diadakan malah masa untuk berlatih juga perlu diambil kira. yang dikendong keciciran .Keburukan penglibatan pelajar dalam industri hiburan tanah air Dewasa ini. Sekiranya seseorang pelajar terlibat secara langsung dalam bidang nyanyian atau lakonan. apakah kewajaran yang membolehkan golongan pelajar melibatkan diri dalam dunia hiburan dan apakah pula kesannya? Antara kesan negatif yang bakal timbul ialah kesukaran pelajar untuk membahagikan waktu di antara melibatkan diri dalam dunia hiburan dengan tugas utama mereka iaitu menuntut ilmu. Dalam usia yang masih terlalu muda. Akibat terikat dengan kontrak bersama dengan syarikat hiburan. Bayangkanlah. Dalam usia setahun jagung. Hal ini sudah tentu akan menjejaskan keupayaan mereka meluangkan waktu pada pelajaran dan kesannya bakal memberi impak yang tidak baik kepada pelajar itu sendiri. Mampukah golongan semuda ini berdepan dengan kegagalan? Kita amat bimbang. lantas mereka berdepan pula dengan kemungkinan menghadapi kegagalan. Menyertai bidang hiburan memerlukan sese orang yang mampu mendepani segala rintangan. masa yang ada terpaksa dibahagikan pula dengan tanggungjawab mereka untuk memajukan diri dalam bidang hiburan. Lantaran budaya berhibur melebihi keutamaan menuntut ilmu. Namun jika mereka terlibat dengan dunia hiburan. kesannya akan menyebabkan kesukaran kepada mereka untuk memperuntukan waktu yang secukupnya pada pelajaran. Hal seperti ini akan menyebabkan para pelajar yang terbabit ketinggalan dalam pelajaran dan menjejaskan prestasi mereka dalam peperiksaan. Justeru. industri hiburan tanah air semakin berkembang maju. Kemajuan industri ini dapat dilihat melalui monopoli media massa tempatan baik media cetak mahupun media elektronik yang lebih cenderung pada berita-berita bercorak keseronokan berbanding dengan berita bercorak pengetahuan. . apa yang bakal berlaku kepada generasi kita pada masa depan jika rakyatnya tidak berilmu lantaran memilih bidang hiburan dan mengetepikan ilmu pengetahuan. Realiti hidup sebagai seniman sebenarnya adalah terlalu kompleks dan penuh dengan tipu muslihat. Pada masa yang sama. Justeru. mampukah golongan remaja seperti pelajar mengharungi kehidupan dan menyahut cabaran dalam dunia artis yang penuh cabaran? Bakat yang dimiliki sahaja mungkin tidak mencukupi jika ilmu di dada tidak seberapa. situasi kini sudah p asti memberi impak yang negatif kepada generasi akan datang. apatah lagi dunia hiburan masa kini berdepan dengan pelbagai saingan yang terlalu rumit. para pelajar terpaksa melupakan tugas utama mereka dalam usia muda iaitu melaksanakan aspek pembelajaran dan mengikuti aktiviti kokurikulum yang telah ditetapkan. kemungkinan untuk menempa nama dalam dunia hiburan adalah terlalu kecil. Janganlah pula sampai yang dikejar tak dapat.

bergaya. pergaulan bebas sesame peminat. Lihat sahaja perlakuan seorang artis remaja ketika bercakap dengan seorang jururawat di sebuah hospital. n remaja khususnya pelajar perlulah bijak menilai dan memilih sebelum membuat keputusan. Lihat sahaja pertuturan seorang artis. Natijahnya. Malangnya. sek bebas dan sebagai ya. Persoalannya nanti. . pakaian malah keseluruhan gaya hidup mereka. sebelum menceburi bidang hiburan. mahukah golongan golongan pelajar yang telah masuk dalam golongan artis berpakaian kemas. nilai -nilai moral sebegini terus dilupakan. Justeru. dunia hiburan masa kini bukanlah dunia seorang pelajar. berilah ruang untuk memenuhi ilmu di dada terlebih dahulu kerana hanya ilmu yang mampu membina impian masa depan gemilang. Hal ini amat bertentangan dengan kehendak didiplin yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Hal ini amat berbeza sama sekali dengan objektif pendidikan yang berperanan melahirkan insan yang seimbang dari segi rohani.kegagalan akan menjerumuskan golongan pelajar dalam gejala sosial yang tidak sihat seperti penyalahgunaan dadah. mereka perlu mempunyai acuan sendiri iaitu menyahut cabaran mendepani bidang ilmu yang terlalu luas dan tidak bertepi. Selain itu. Ada pula pandangan yang mengatakan bahawa mereka yang menyertai bidang hiburan adalah individu yang mementingkan glamour dan bersifat meterialistik. Apa pula pandangan anda jika seorang artis remaja mengherdik seorang pengawal di sebuah lapangan terbang di Sepang? Sikap bongkak ini lahir apabila mereka merasakan diri mereka terlalu glamour sehingga memandang rendah orang lain yang bukan golongan artis. Kenyataan ini mungkin ada kebenarannya jika dilihat dari situasi industry hiburan kita pada hari ini. dunia hiburan dan pendidikan dilihat sebagai dua dunia yang begitu berbeza. Intihanya. sikap negatif sebegini lahir disebabkan kurangnya nilai-nilai moral yang sepatutnya mereka pelajari di sekolah. oleh sebab terlalu banyak waktu digunakan untuk dunia hiburan. emosi dan jasmani. Ambil sahaja contoh rambut seorang artis. Sebagai pelajar. Kejayaan seseorang pelajar dalam dunia hiburan mungkin bakal melahirkan pelajar yang bersifat bongkak. Andai terbuka hati untuk menyertai industri hiburan. Hal inilah yang perlu difikirkan dengan serius sebelum mengambil pendirian untuk menyertai bidang hiburan. panjang dan berwarna. berambut pendek dan menggayakan perlakuan sopan di khalayak ramai? Mampukah mereka merendahkan rasa ego mereka apabila berada di sekolah bersama rakan-rakan mereka yang lain? Kesannya lebih menjurus pada keburukan dan boleh mewujudkan konflik dalam diri pelajar terbabit. Menuntut ilmu memerlukan komitmen yang menyeluruh dan bukan sekadar melepaskan batuk di tangga. sombong dan memandang rakan dan guru sebagai m anusia yang tidak patut dihargai.

penganjuran pertandingan akan dapat mengembalikan populariti permainan tradisional bangsa kita. . Untuk menjadikan permainan tradisional lebih popular. permainan tradisional dapat diperkenalkan kepada pelancongasing dengan lebih berkesan Satu lagi langkah untuk memperkenalkan permainan tradisional adalah dengan memasukkan permainan tradisional sebagai satu aktiviti kokurikulum di peringkat sekolah atau institusi pengajian tinggi. pihak berwajib perlu menjadikan permainan tradisional sebagai satu acara untuk menarik pelancong kerana jika tidak dipecahkan ruyung. Kerjasama dan iltizam semua pihak aka dapat mempopularkan n kembali warisan bangsa kita sampai bila-bila. konsep inap desa turut memasukkan permainan tradisional sebagai acara wajib dalam program berkenaan. Semua pihak hendaklah berganding bahu untuk mempopularkan kembali warisan bangsa yang tidak ternilai harganya ini. galah panjang. kanak-kanak di peringkat prasekolah juga wajar didedahkan dengan permainan tradisional kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Pelbagai pihak telah berusaha untuk mengembalikan populariti permainan tradisional masyarakat kita. Kebanyakan pelancong mancanegara sudah tentu berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang permainan tradisional Malaysia yang pelbagai jenis. permainan tradisional memang wajar dikembalikan kegemilangannya dalam kalangan generasi muda. Selain itu. bulat air kerana pembetung. Jika tidak permainan tradisional warisan berzaman ini hanya tinggal nama sahaja pada suatu masa nanti. Tambahan pula. dan sebagainya sesuai untuk dipertandingkan. Oleh yang demikian. Bak kata pepatah. Pertandingan ini wajar dijadikan acara bulanan atau tahunan agar pendedahannya lebih kerap dan bukan sekadar hangat-hangat tahi ayam. gasing. Namun begitu. Jadi. beberapa langkah yang sesuai wajar dilaksanakan untuk menghidupkan kembali warisan budaya bangsa ini. Malahan. Kerajaan wajar menganjurkan pertandingan-pertandingan permainan tradisional di semua peringkat sosial. bulat manusia kerana muafakat. manakan mendapat sagunya. Kelab-kelab permainan tradisional hendaklah ditubuhkan dan murid-murid diwajibkan menjadi ahli mana-mana kelab permainan tradisional yang digemari oleh mereka. belum ada tanda-tanda permainan tradisional akan kembali diminati. congkak. Pelbagai hadiah yang menarik wajar disediakan keranaada gula ada semutnya. Permainan tradisional seperti wau.Langkah-langkah Melestarikan Permainan Tradisional Permainan tradisional merupakan warisan bangsa yang tak lapuk dek hujan. Kementerian Pelancongan wajar melatih generasi muda untuk menjadi duta kecil untuk memperkenalkan permainan tradisional ke pada pelancong asing. Langkah ini sudah tentu dapat menghidupkan kembali kegemilangan permainan tradisional dalam kalangan generasi muda di negara kita Kesimpulannya. tak lekang dek panas walaupun popularitinya semakin berkurangan. pertandingan permainan tradisional antara sekolah-sekolah akan menyemarakkan lagi semangat murid untuk memahirkan diri dengan permainan-permainan tradisional tertentu. Jadi. Generasi muda hari ini tidak mengenali permainan tradisional dengan mendalam kerana kemajuan teknologi yang begitu pesat. Langkah ini bertujuan untuk menarik minat masyarakat untuk bergiat cergas dalam bidang sukan tradisional yang semakin dilupakan.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->