You are on page 1of 38

Sri damai tuition centre 2011

Bahasa Malaysia

Tingkatan 4

Isu Remaja
tatabahasa
Nama:____________________
Sri Damai Tuition Centre 1
Rumusan 1: Gejala Sosial
Baca petikan di bawah kemudian buat satu rumusan tentang gejala-gejala
sosial dalam kalangan remaja dan langkah untuk mengatasinya. Panjang
rumusan anda hendaklah tidak lebih daripada 120 patah perkataan.

Pada abad ke-21, masalah yang kian meruncing dan sukar dibendung
kewujudannya ialah masalah sosial dalam kalangan remaja. Hal ini kerap
disuarakan oleh orang ramai malah turut disiarkan berulang kali di media-
media masa tempatan. keadaan ini amat membimbangkan kita kerana
golongan remaja merupakan pemimpin pelapis yang bakal mentadbir dan
memimpin negara pada masa depan. Dalam laporan terbaru yang disiarkan di
televisyen, gejala sosial paling membimbangkan dalam kalangan mereka ialah
pertambahan jumlah remaja yang terjebak dalam najis dadah. Hal ini perlu
ditekankan kerana Malaysia memandang bahawa dadah adalah musuh nombor
satu negara pada masa ini.

Penglibatan remaja dalam kancah penyalahgunaan dadah ini kerap kali


menimbulkan masalah berterusan. Kini, timbul pula golongan Mat Rempit
dalam kalangan remaja yang tidak segan silu menunjukkan kehebatan
bermotosikal tanpa mengikut undang-undang yang ditetapkan. persoalannya
ialah mereka bukan sahaja membahayakan nyawa mereka sendiri tetapi turut
membahayakan keselamatan pengguna jalan raya yang lain. Semasa isu mat
Rempit ini sedang heboh diperkatakan, lahir pula gejala yang tidak sehat dalam
kalangan remaja apabila sebahagian besar daripada mereka terlibat dengan
jenayah ragut sehingga menyebabkan kematian. Hal ini bukan sahaja
memeranjatkan kita tetapi kita dapat merasakan bahawa keruntuhan nilai moral
serta nilai-nilai kemanusiaan yang dianggap murni semakin menipis dalam jiwa
remaja kita.

Sri Damai Tuition Centre 2


Selain itu, mengikut laporan yang diberi oleh pihak polis, pada masa ini
semakin ramai remaja khususnya remaja perempuan yang terlibat dengan
masalah lari dari rumah ekoran berlaku masalah dalaman di antara keluarga
mereka. Golongan ini mudah terdedah dengan gejala yang tidak sihat
termasuklah melibatkan diri dalam sek bebas ataupun melacurkan diri demi
mendapatkan kepuasan diri mahupun untuk mendapatkan wang bagi menyara
kehidupan mereka setelah terpisah daripada keluarga. Kesannya bukan sahaja
dirasai dalam jangka masa pendek tetapi lebih parah dalam jangka masa
panjang.

Sementara itu, beberapa buah akhbar tempatan turut melaporkan bahawa


ramai remaja terutamanya remaja di bawah umur gemar menghabiskan masa
melepak di pusat-pusat membeli belah mahupun di kafe siber. Golongan
remaja seperti ini akan lebih mudah melakukan kesalahan disiplin sekolah
kerana terlibat dengan gejala ponteng sekolah dan ada pula yang terjebak
dalam kegiatan gangsterisme. Justeru, tindakan seperti ini akan lebih
menyukarkan hasrat kerajaan dalam usaha untuk melahirkan rakyat minda
kelas pertama pada masa depan. Apatah lagi dengan sikap golongan remaja
yang terlalu terikut-ikut dengan budaya barat yang dianggap tidak sopan dari
pandangan masyarakat timur. Natijahnya, kita sedang berhadapan dengan satu
masalah yang bukan sahaja perlu diatasi tetapi memerlukan kerjasama semua
pihak bagi membawa remaja kita kembali semula ke pangkal jalan.

Rumusan 2: Keburukan Merokok


Baca petikan di bawah. Buat satu rumusan tentang keburukan-keburukan
merokok dan kekangan mengatasi masalah merokok dalam kalangan pelajar .
panjang rumusan hendaklah tidak lebih daripada 120 patah perkataan.

Sri Damai Tuition Centre 3


Bagi sesetengah pihak, merokok umpama makanan harian yang tidak
dapat dipisahkan. Ada juga dalam kalangan mereka yang mengaitkan
perbuatan menghisap rokok sebagai status yang menunjukkan seseorang
individu tersebut telah matang atau sebagai melambangkan imej yang bersifat
kemegahan. Biar apapun pandangan dan pendapat daripada individu tersebut,
seluruh makhluk yang mampu berfikir dengan waras tetap berpandangan
bahawa perbuatan menghisap rokok adalah sesuatu yang perlu dielakkan
kerana perbuatan ini merupakan satu pembaziran wang secara jelas, apatah
lagi dengan kenaikan harga rokok yang melambung tinggi. Rokok yang dibakar
adalah umpama membakar wang kertas yang sepatutnya dapat digunakan
untuk tujuan lain yang lebih berfaedah.

Ramai sedia maklum bahawa menghisap rokok menjadi punca pada


pelbagai penyakit yang digolongkan dalam kategori penyakit berbahaya.
Antaranya, penghisap rokok terdedah pada penyakit kanser paru-paru dan
penyakit jantung. Kedua-dua penyakit berbahaya ini telah diisytiharkan sebagai
pembunuh nombor satu negara. Perokok bukan sahaja membahayakan diri
mereka sendiri malah pada masa yang sama turut membahayakan kesihatan
keluarga mereka dan orang lain di sekeliling mereka. Asap rokok yang
dikeluarkan setelah dihisap adalah lebih berbahaya kepada orang lain dan
kesannya adalah sama dengan siperokok.

Bau busuk yang dikeluarkan oleh penghisap rokok juga boleh


mengganggu keselesaan orang lain sehingga dapat menjejaskan pergaulan
siperokok dengan orang lain. Hal ini sudah pasti akan menimbulkan suasana
yang kurang selesa malah menjejaskan komunikasi seseorang. Bayangkanlah
jika anda terpaksa berhadapan dengan siperokok dalam suasana tempat
menjamu selera tertutup dan berhawa dingin! Oleh itu, kerajaan telah
menguatkuasakan undang-undang bagi melarang orang ramai menghisap
rokok ditempat-tempat awam dan di premis-premis kerajaan.

Sri Damai Tuition Centre 4


Bagi siperokok, masalah yang timbul ialah mereka akan menghadapi
gejala ketagihan yang bukan mudah untuk diatasi. Hanya dengan usaha dan
azam yang kuat sahaja perlakuan ini mampu dibanteras tetapi menurut kajian
yang dijalankan oleh FOMCA hanya 12 peratus sahaja daripada jumlah yang
ingin berhenti merokok mampu berbuat demikian. Sementara itu, pihak Bomba
dan Penyelamat Malaysia menganggarkan jumlah kebakaran yang disebabkan
oleh api rokok di negara kita mencecah hampir 23 peratus daripada punca
kebakaran yang berjaya diselesaikan. Hal ini berpunca daripada sikap perokok
yang suka membuang puntung rokok di merata-rata tempat.

Natijahnya, merokok bukanlah sesuatu yang perlu dibanggakan. Bukan


juga simbol yang menunjukkan kedewasaan tetapi sikap negatif yang
menggambarkan ketidakwarasan seseorang individu. Justeru, katakan tak nak
untuk sebatang rokok!

Rumusan 3
Baca petikan di bawah dan buat rumusan tentang punca-punca peningkatan
jenayah di kalangan remaja serta langkah-langkah untuk mengatasinya .
Panjang rumusan hendaklah tidak lebih 120 patah perkataan.

Berita kematian seorang pelajar terbunuh akibat dibuli oleh sekumpulan


pelajar lain di sebuah sekolah berasrama baru-baru ini amat menyayat hati.
Walaupun begitu, kita dapat membuat kesimpulan awal bahawa kadar jenayah
dalam kalangan remaja di negara kita semakin meningkat. Hal ini amat
membimbangkan dan merupakan satu petanda bahawa sesuatu tindakan tegas
perlu dilaksanakan bagi mengekang perkara tersebut daripada terus berleluasa.
Dalam hal ini, peranan semua pihak sama ada ibu bapa, pihak sekolah,
masyarakat dan kerajaan perlu digembeling bersama.

Sri Damai Tuition Centre 5


Kajian yang dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran pada tahun 2006
menunjukkan bahawa kebanyakan pelajar atau remaja yang terlibat dengan
gejala yang tidak sihat itu dipengaruhi oleh rakan sebaya yang negatif ataupun
”orang luar”. Hal ini disebabkan remaja tidak dapat memilih sesuatu perbuatan
itu sama ada betul atau salah. Dalam beberapa hal yang lain, masyarakat lebih
mudah memperkatakan bahawa kesilapan ini adalah disebabkan oleh
kurangnya peranan ibu bapa dan pihak sekolah untuk memberi didikan agama
serta moral kepada golongan remaja. Sama ada benar atau tidak, hal ini
memang saling berkait rapat.

Selain itu, pembabitan remaja dalam kejadian itu turut dikaitkan dengan
sikap ibu bapa. Ramai ibu bapa yang terlalu mengutamakan kerjaya serta wang
ringgit tanpa mengambil kira kepentingan keluarga. Keperluan harta benda
yang semakin meningkat menyebabkan ibu bapa melupai tugas mereka sebagai
penjaga kepada anak-anak mereka. Anak-anak yang kesunyian dan kebosanan
akan mudah terpengaruh dengan gejala yang tidak sihat apatah lagi jika
mereka tidak memiliki didikan agama yang sempurna. Ibu bapa juga kurang
memberi perhatian kepada perbuatan anak-anak yang kerap melayari internet
atau media masa yang lain. Masalah yang timbul ialah ada media tersebut
mempengaruhi remaja dengan unsur-unsur negatif yang terdapat di dalamnya.

Menurut pegawai khas UNESCO pula, kemungkinan besar jenayah dalam


kalangan remaja di Asia adalah berkait rapat dengan kadar kemiskinan yang
tinggi dalam kalangan keluarga remaja. Kemiskinan menyebabkan remaja
terbeban dan kerap mengakibatkan mereka terjebak dalam situasi yang tidak
sihat. Beliau turut menambah bahawa situasi ini akan bertambah buruk
sekiranya keadaan keluarga remaja tersebut tidak aman. Keadaan keluarga
yang berpecah-belah seperti pertengkaran ibu bapa atau perceraian mampu
meningkatkan kadar jenayah kepada golongan ini. Walaupun begitu, apa-apa
jua pendapat yang diberi oleh semua pihak, kesannya tetap membimbangkan

Sri Damai Tuition Centre 6


kita. Proses pengajaran dan pembelajaran di sesebuah institusi pendidikan
bakal terjejas malah perkara yang lebih membimbangkan kita ialah negara
bakal kehilangan tenaga muda serta pemimpin masa depan yang berkualiti.
Justeru, hal ini tidak boleh dipandang ringan atau dipandang dengan sebelah
mata.

Rumusan 4
Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan tentang
punca remaja bersikap liar dan langkah menanganinya . Panjang rumusan
hendaklah tidak melebihi 120 perkataan.

Alam remaja penuh dengan pancaroba. Pelbagai perkara yang baik dan
buruk sering melingkungi hidup mereka. Di negara kita kini, masalah remaja
liar mungkin belum dianggap begitu serius, namun kebanyakan kes remaja liar
atau kes jenayah dalam kalangan remaja biasanya dikaitkan dengan penagihan
dadah.

Kes kecurian sepatu di masjid atau di rumah-rumah pangsa sudah


dianggap kejadian biasa dan bukan sebagai satu keanehan lagi. Sudah
diketahui umum bahawa kebanyakan jenayah kecil seperti ini adalah perbuatan
penagih dadah yang gian dan tiada wang untuk membeli dadah. Justeru,
golongan ini sanggup mencuri dan barang curi tersebut dijual di pasar malam.

Ternyata dadah antara punca gejala sosial yang melibatkan para remaja.
Oleh itu, jika masalah dadah dapat diatasi, secara tidak langsung kebanyakan
masalah remaja liar mungkin turut dapat diatasi.

Masalah remaja nakal biasanya berpunca daripada ketiadaan didikan


moral atau agama. Kepincangan ini kian ketara akhir-akhir ini kerana hubungan
ibu bapa kian renggang dengan anak-anak mereka. Ibu bapa sibuk dengan

Sri Damai Tuition Centre 7


urusan masing-masing sehingga mengabaikan tanggungjawab terhadap
tanggungan mereka.

Para ibu yang dulu berperanan sebagai suri rumah dan pengasuh anak
sepenuh masa kini, lebih ramai yang keluar meninggalkan rumah untuk
bekerja. Oleh itu, anak-anak yang sudah remaja biasanya berasa kesunyian di
rumah. Menjelang petang mereka mencari kawan untuk bersembang atau
bermain bola atau sebagainya. Pengaruh kawan mudah menyeret mereka ke
lubuk dadah, menjadi kutu rayau atau terlibat dengan vandalisme.

Tanpa disiplin di rumah dan tanpa didikan agama atau akhlak, golongan
remaja hari ini lebih terdedah pada dorongan nafsu sendiri hingga menjadi
perogol atau penjenayah. Ternyata disiplin berkala dalam program sekolah
sahaja belum berjaya meninggalkan kesan yang mendalam, kecuali disiplin
sepenuh masa yang biasanya diadakan di sekolah agama.

Paling membimbangkan akhir-akhir ini golongan remaja muslim semakin


terdedah kepada pengaruh luaran yang berbau politik atau bersifat anti akhlak,
anti disiplin dan anti undang-undang. Media massa juga dikatakan menjadi
punca remaja bersikap liar kerana mereka terpengaruh dengan adegan negatif
yang dipaparkan. Ibu bapa pula tidak mampu untuk menyekat anak-anak
mereka daripada menonton apa-apa rancangan yang disiarkan di kaca
televisyen.

Sri Damai Tuition Centre 8


Format Karangan Surat Rasmi

A. Jenis surat rasmi:


i. Surat aduan – sampah, gejala sosial, kafe siber, masalah pencemaran, kilang
haram dan sebagainya.
ii. Surat permohonan – pekerjaan, kemudahan asas, kemudahan sekolah dan
sebagainya.
iii. Surat bantahan – bantahan sesuatu perkara yang mendatangkan masalah
atau kesan negatif.
iv. Surat cadangan – cadangan mengadakan sesuatu, cadangan mengatasi
sesuatu masalah dan sebagainya.
v. Surat jemputan – perkahwinan, menghadiri majlis dan sebagainya.

B. Penerima dan alamat surat rasmi


i. Penerima surat rasmi – penerima perlu sesuai dengan situasi surat yang
ditulis. Contohnya, jika kebakaran (bomba – Ketua Balai Bomba), kecurian (polis
– Ketua Balai Polis XXXXXX), sampah sarap (Dewan Bandaraya Kuala Lumpur –
Ketua Penguat Kuasa), jabatan kerajaan (Pengarah) dan sebagainya.

ii. Alamat penerima – Jika anda tidak pasti alamat penerima, jangan bimbang
kerana anda boleh menciptanya sendiri. Contohnya, jika alamat individu (ada
nombor rumah, ada nama jalan, ada nama taman, ada poskod, ada nama
bandar, ada negeri). Jika alamat jabatan kerajaan atau agensi kerajaan (ada
tingkat, ada nama bangunan, ada nama jalan, ada poskod, ada nama bandar,
ada nama negeri).

Sri Damai Tuition Centre 9


Contoh : Masalah sampah sarap tidak diangkut.

Ketua Penguat Kuasa


Dewan Bandaraya Kuala Lumpur,
Tingkat 5, Bangunan Menarajaya,
Jalan Bunga Raya,
56000 Kuala Lumpur.

B. Format Surat Rasmi:

1. Nama dan alamat pengirim – di sudut kiri surat.


(Selepas itu langkau sebaris dan lukis garisan panjang)
(Sebaiknya selepas setiap perenggan berakhir, langkau satu baris)
2. Penerima dan alamat penerima – di sudut kiri surat.
3. Tarikh dengan huruf besar – di kanan dan selari dengan baris terakhir
alamat penerima.
4. Panggilan hormat (Tuan/ Puan/ Datuk dan sebagainya yang sesuai) – di kiri
dan tanda koma.
5. Tajuk surat – Semua perkataan awal dengan huruf besar, kecuali untuk kata
hubung, sendi dan kata bantu. Garisi tajuk dan jangan letak tanda titik pada
akhir ayat.
6. Pengenalan surat – nyatakan siapa anda + mewakili siapa (jika anda sebagai
wakil) + tujuan surat ditulis. (tulis rapat di kiri surat dan jangan letak
sebarang nombor)
7. Isi surat: (Bermula dari perenggan kedua dan seterusnya, letak nombor
bermula dengan 2 dan seterusnya pada setiap perenggan dan mulakan
perenggan agak ketengah – 2 ½ sm dari nombor)
a. Huraian isu atau huraian masalah yang ditulis (di mana + sejak bila +
nama pihak penyebab masalah + masa masalah berlaku + siapa

Sri Damai Tuition Centre 10


terlibat + dan apa-apa juga maklumat awal tentang isu atau masalah
itu yang dapat digunakan bagi membantu pihak yang anda beritahu)
b. Kesan daripada isu atau masalah itu kepada anda atau orang yang
anda wakili. Kesan ini mesti diulas, sama seperti anda menulis
karangan biasa (ada isi, huraian, contoh dan kesimpulan kecil) Sebaik-
baiknya, 1 kesan ditulis dalam satu perenggan)
c. Cadangan mengatasi masalah – anda boleh memberi cadangan awal
untuk mengatasi masalah atau isu yang anda tuliskan.
8. Penutup surat – tuliskan harapan anda dan iringan terima kasih.
9. Tulis ucapan terima kasih – di kiri dan rapat dengan garisan. (Jangan letak
nombor) (Selepas itu, langkau 3 hingga 4 baris)
10. Tulis pengesahan:
- “Yang menjalankan tugas” (jika tujuan rasmi) dan “Yang benar” (jika
tujuan persendirian)
- Tandatangani
-(NAMA) dengan huruf besar dan dalam kurungan
-Nama jawatan (Ikut kehendak soalan jika dinyatakan), jika tidak tulislah
Setiausaha. Jika tujuan persendirian, tidak perlu menulis jawatan.
-Nama institusi, persatuan atau taman perumahan yang anda wakili.
11. Pastikan anda menggunakan frasa gramatis, peribahasa atau kata-kata
hikmat seperti anda menulis karangan yang lain.

CONTOH: MENULIS SURAT KIRIMAN RASMI

Soalan :
Di kawasan tempat tinggal anda terdapat pelbagai masalah keselamatan yang
timbul berpunca daripada pendatang asing yang terlalu ramai di kawasan itu.
Sebagai wakil penduduk di tempat anda. tulis sepucuk surat kepada pihak yang
berkuasa bagi mengadukan hal tersebut agar masalah ini dapat diselesaikan.

Sri Damai Tuition Centre 11


Contoh jawapan surat rasmi.

Lin Cheng Heng,


No.6, Jalan Limau Purut 3,
Taman Cheras Perdana,
52400 Kuala Lumpur.

Ketua Balai,
Balai Polis Cheras,
Jalan Ikan Emas 2,
53000 Cheras,
Kuala Lumpur 16 JULAI 2008

Tuan,

Aduan Tentang Masalah Pendatang Tanpa Izin di Taman Cheras Perdana

Merujuk perkara di atas, saya Lin Cheng Heng selaku setiausaha penduduk
Taman Perdana, ingin membuat aduan tentang masalah pendatang tanpa izin
yang begitu ramai bilangannya di kawasan tempat tinggal kami. Akibat
bilangannya yang terlalu ramai, pelbagai masalah sosial telah timbul sehingga
mengganggu ketenteraman hidup penduduk di kawasan ini.

2.Untuk makluman pihak tuan, kawasan ini menjadi tumpuan pendatang tanpa
izin kerana banyak bangunan baru didirikan di kawasan ini. Hal ini
menyebabkan ramai pekerja tanpa izin bertumpu di kawasan ini untuk bekerja
sebagai pekerja bangunan kerana di mana ada gula, di situ ada semut.
Kebanyakan daripada pendatang tanpa izin itu tertumpu di Jalan Limau Manis 4
dan Jalan Tembikai 3. Mereka tinggal di dalam pondok-pondok sementara yang

Sri Damai Tuition Centre 12


disediakan oleh pemaju dan didirikan daripada kayu. Perkara yang
membimbangkan kami ialah sebahagian daripada pendatang tanpa izin
tersebut melakukan pelbagai jenayah dan mengancam keselamatan penduduk
tempatan di kawasan ini.

3.Sebelum kedatangan mereka di kawasan ini, kehidupan kami amat aman dan
makmur. Namun begitu, kehadiran mereka sejak lima bulan yang lalu telah
mengubah segala-galanya. Kejadian kecurian dan rompakan sering kali berlaku
di kawasan tempat tinggal kami. Sehingga kini terdapat 6 kejadian pecah
rumah dan rompakan yang telah diadukan kepada pihak polis. Kebanyakan
rompakan tersebut melibatkan senjata tajam seperti parang dan senjata tajam
yang lain. Hal ini menyebabkan kami berasa takut sekiranya kejadian seperti itu
berulang semula. Kami juga percaya bahawa kejadian jenayah tersebut
melibatkan pendatang tanpa izin melalui pertuturan mereka semasa kejadian
jenayah itu berlaku. Hal seperti ini amat merungsingkan penduduk di kawasan
ini.

4.Selain itu, sebahagian pendatang tanpa izin di kawasan ini turut berkelakuan
tidak sopan terhadap penduduk tempatan di sini. Beberapa orang gadis yang
pulang lewat daripada bekerja telah diganggu dengan kata-kata yang tidak
menyenangkan. Mereka juga sering mengeluarkan kata-kata berbau lucah
kepada penduduk di kawasan ini sehingga pernah menyebabkan pergaduhan di
antara pendatang tanpa izin dengan penduduk di taman ini. Sebagai ibu bapa
di kawasan ini, kami berasa bimbang jika berlaku sesuatu perkara yang tidak
diingini ke atas keluarga kami. Justeru, kami berharap agar pihak tuan
mengambil tindakan awal seperti kata pepatah, sediakan payung sebelum
hujan. Kami tidak mahu ada di antara penduduk di kawasan ini yang akan
menjadi mangsa akibat kelewatan kita mengambil tindakan kerana nasi sudah
menjadi bubur.

Sri Damai Tuition Centre 13


5.Pada masa yang sama, sebahagian daripada pendatang tanpa izin tersebut
juga melakukan pelbagai jenayah seperti berjudi dan menyalahgunakan dadah.
Hal ini telah kami maklumi melalui beberapa orang penduduk yang pernah
terserempak dengan mereka ketika melakukan jenayah tersebut. Sebelum ini,
kejadian seperti itu tidak pernah berlaku di kawasan tempat tinggal kami.
Keadaan ini juga amat membimbangkan penduduk di kawasan ini kerana kami
takut sekiranya ada di antara anak-anak kami yang akan terpengaruh dengan
gejala yang tidak sihat tersebut. Justeru kami meminta agar pihak tuan
mengambil tindakan awal kerana mencegah lebih baik daripada mengubati.

6.Sehubungan dengan itu, kami mencadangkan agar pihak tuan dapat


mengambil tindakan dengan secepat mungkin. Antara cadangan kami
termasuklah meminta pihak tuan membuat serbuan dan menangkap pendatang
tanpa izin di kawasan kediaman kami. Kami juga mencadangkan agar pihak
tuan dapat membuat rondaan dengan lebih kerap supaya kejadian jenayah yang
membimbangkan kami tidak berlaku di sini. Sekiranya pihak tuan memerlukan
bantuan dan kerjasama daripada penduduk di kawasan ini, kami sedia
menghulurkan bantuan yang diperlukan.

7.Akhir kata, saya berharap agar pihak tuan dapat mengambil tindakan yang
sewajarnya dengan segera demi keselesaan dan keselamatan penduduk di
kawasan ini. Kerjasama daripada pihak tuan amat kami hargai dan didahului
dengan jutaan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Yang menjalankan tugas,

Sri Damai Tuition Centre 14


Linchengheng
(LIN CHENG HENG)
Setiausaha,
Persatuan Penduduk Taman Cheras Perdana.

LATIHAN: SURAT KIRIMAN RASMI

Soalan 1:
Kawasan tempat tinggal anda masih tidak mempunyai kemudahan
pengangkutan awam. Hal tersebut amat menyukarkan penduduk yang tinggal
di kawasan ini. Selaku wakil penduduk, tulis sepucuk surat kepada pihak
terbabit untuk memohon kemudahan pengangkutan awam itu.

Rangka jawapan:

Isi 1:
- di mana kedudukan kawasan tersebut + berapa ramai penduduk + sejak bila
dibuka + bagaimana penduduk keluar masuk ke kawasan itu + nyatakan
kesukatan penduduk secara umum + bandingkan dengan taman lain yang
berhampiran yang memiliki kemudahan tersebut.

Isi 2:
- kesukaran yang dihadapi + sukar ke tempat kerja pada waktu ditentukan +
sering terlewat dan menjejaskan prestasi kerja + terpaksa menaiki kereta sapu
+ keselamatan tidak terjamin + menaiki motosikal + selalu berlaku
kemalangan + menyukarkan penduduk.

Sri Damai Tuition Centre 15


Isi 3:
- Sukar apabila menghadapi kecemasan + terpaksa meminta bantuan jiran
tetangga + menyusahkan jiran tetangga + contoh kejadian pesakit lewat di
bawa ke hospital kerana tiada pengangkutan awam + membebankan kerana
ada kereta sapu yang disewa mengenakan tambang yang keterlaluan dan cekik
darah + menyukarkan penduduk yang kebanyakannya berpendapatan miskin.

Isi 4:
- sukar dikunjungi oleh saudara mara kami kerana tidak ada pengangkutan
awam + juga menyukarkan warga tua yang hendak ke bandar atau hospital
mendapatkan rawatan + kanak-kanak sekolah terpaksa menaiki van tanpa
permit + keselamatan tidak terjamin + keadaan lebih parah apabila musim
tengkujuh (hujan) + sukar untuk bergerak kerana tiada kenderaan awam.

Isi 5:
- Mencadangkan agar pihak terbabit menyediakan beberapa buah bas awam +
serta pondok menunggu bas yang secukupnya + jumlah bas perlu mencukupi
kerana ramai penduduk memerlukannya + memohon perkhidmatan dijalankan
tiap-tiap setengah jam sekali.

Soalan 2:
Persatuan yang anda sertai di sekolah ingin mengadakan lawatan sambil belajar
ke sebuah kilang. Selaku setiausaha persatuan tersebut, tulis sepucuk surat
kepada pengusaha kilang tersebut untuk memohon kebenaran agar persatuan
anda dapat melawat kilang berkenaan.

Rangka karangan:
Pengenalan:
- Siapa anda + mewakili siapa + tujuan anda menulis + member sebab
mengapa kilang ini dipilih + terkenal/ terbaik + berhampiran dengan sekolah.

Sri Damai Tuition Centre 16


Isi 1:
- Tarikh lawatan + jumlah peserta + jumlah guru + masa lawatan + jangkaan
berada di kilang berkenaan.

Isi 2:
- Tujuan lawatan 1 – menambah pengetahuan + mengetahui teknologi
terbaharu + berguna kerana anda mengambil pelajaran yang berkaitan

Isi 3:
- Tujuan lawatan 2 – ingin mendapat maklumat tentang apa? + dikehendaki
menjalankan kajian tentang apa? Oleh guru + maklumat tepat hanya dapat
diperoleh melalui lawatan itu.

Isi 4:
- Cadangan lawatan + tempat yang ingin dilawati di kilang itu (tempat
pengeluaran/ tempat pembungkusan/ pentadbiran dan lain-lain) + meminta
kebenaran mengambil gambar berkaitan + untuk dimasukkan dalam laporan.

Isi 5:
- memohon bantuan seorang kakitangan kilang + untuk memberi tunjuk arah
di kawasan kilang + member penerangan yang diperlukan + memohon
sebarang bahan-bahan maklumat tambahan tentang kilang itu + untuk rujukan

Isi 6:
- Janji anda – mematuhi peraturan yang ditetapkan pihak kilang + mematuhi
disiplin + akan bertanggungjawab sekiranya timbul masalah yang disebabkan
oleh lawatan tersebut.

Sri Damai Tuition Centre 17


Penutup:
- harapan anda + ucapan pendahuluan terima kasih.

Surat Rasmi: Aduan Lumba Haram


Anda hendak membuat aduan tentang masalah lumba haram di tempat
kamu.Tulis sepucuk surat aduan kepada pihak yang bertanggungjawab tentang
masalah tersebut.

No. 123, Jalan Sopan,


Kampung Skudai Lama,
81200, Johor Bharu,
Johor.

Ketua Cawangan Trafik,


Balai Polis Trafik Johor Bharu,
81230, Johor Bharu,
Johor.
15 MAC 2011
Tuan,

Aduan Kegiataan Lumba Haram


Merujuk perkara di atas, saya mewakili penduduk Kampung Skudai Lama ingin
membuat aduan tentang kegiatan perlumbaan haram motosikal di sekitar jalan
raya Kampung Skudai Lama. Masalah ini sudah lama menganggu ketenangan
dan keselamatan penduduk di sini.

2. Untuk makluman pihak tuan, kebanyakan golongan remaja menjadikan


kawasan jalan raya di jalan susur Kampung Skudai Lama sebagai kawasan untuk
berlumba motosikal. Golongan pelumba haram ini akan berlumba bermula dari
tengah malam hingga awal pagi setiap hari. Bilangan remaja yang menyertai

Sri Damai Tuition Centre 18


lumba haram ini akan bertambah pada malam minggu. Sebahagian besar
remaja tersebut masih bersekolah dan dipercayai tidak mempunyai lessen
memandu yang sah.

3. Kegiataan perlumbaan haram ini, telah mendatangkan banyak masalah


kepada penduduk di kampung ini. Bunyi bising ekzos dan deruman enjin
motosikal serta sorak-sorai mereka menganggu penduduk kampung untuk
beristirahat dan tidur. Anak-anak yang ingin mengulang kaji pelajaran juga
terganggu. Selain itu, bagi penduduk yang mempunyai anak-anak kecil, bunyi
bising ini menyebabkan anak-anak kecil sering terjaga dan menangis pada
waktu malam.

4. Untuk makluman pihak tuan lagi, beberapa orang anggota rukun tetangga di
kampung ini pernah menegur perbuatan golongan remaja ini. Malangnya
teguran yang diberikan seolah-olah mencurah air ke daun keladi. Malahan,
nasihat dan teguran yang diberikan ini sering juga menimbulkan pertengkaran.
Kami dapati golongan remaja ini bukan berasal dari kampung ini tetapi dari
kawasan sekitar.

5. Sehubungan itu, saya amat berharap agar pihak tuan dapat mengambil
tindakan yang sewajarnya bagi mengatasi masalah ini. Di atas kerjasama dan
pertolongan daripada pihak tuan, kami mengucapkan ribuan terima kasih.

Yang benar,

Mohd Faizal
(MOHD FAIZAL DAUD)

Sri Damai Tuition Centre 19


Karangan: Gejala Sosial
Globalisasi & Modenasasi : Punca Gejala Sosial

Punca – punca utama yang mendatangkan gejala sosial adalah globalisasi dan
modenasasi. Perubahan-perubahan pantas tahap nasional berlaku kerana
perubahan pada arus global yang digelar globalisasi. Globalisasi tidak saja
ditandai dengan dominasi ekonomi tetapi ia merentasi ke arah budaya dan
pemikiran. Pembudayaan kota (city culture) menuruti landasan Barat berlaku
dengan lebih pantas dan agresif dengan adanya teknologi maklumat dan multi
media sebagai kenderaan yang amat berkesan untuk melakukan agenda
globalisasi.

Lazimnya, kita sebagai manusia mempunyai sifat ingin tahu terhadap perkara
baru dan trendy, yakni bukan dari budaya ketimuran. Tidak mustahil kita akan
jatuh terpengaruh dan mengikut arah aliran kebaratan, terutama sekali
golongan belia. Contohnya seperti mewarnakan rambut, memakai anting-
anting atau tattoo bahkan sampai kepada hal-hal yang sangat teruk seperti
pengambilan minuman keras dan pergaulan bebas yang boleh menjurus kepada
masalah – masalah gejala sosial yang lebih serius. Mungkin sesetengah orang
menganggap ini merupakan satu fenomena yang biasa namun di negara yang
masih berpegang teguh pada falsafah Melayu Islam Beraja (MIB) seperti Brunei
Darussalam, ia merupakan satu perkara yang keterlaluan dan perlu dielakkan. 

Globalisasi bergerak seiringan dengan modenasasi. Dalam dunia serba moden


ini, masyarakat mementingkan prestij dan kemewahan; oleh sebab itu, mereka
menjadi semakin individualistik dan materialistik. Bandingkan dengan
masyarakat tradisional, masyarakat moden mempunyai cita-cita tinggi,
kompetitif dan tidak lagi menganggap saudara-mara atau jiran-jiran sebagai
kelompok rujukan, bahkan adat tradisional seperti memuncang-muncang juga
sudah ditinggalkan. Bukan saja ini berpaling daripada budaya kita sebagai

Sri Damai Tuition Centre 20


orang Melayu tetapi juga daripada tuntutan agama Islam.Ukhuwah atau
persaudaraan adalah sesuatu yang amat dituntut dalam Islam memandangkan
ianya akan dapat mengukuhkan perpaduan sesama manusia, khususnya
sesama muslim.

Bentuk - Bentuk Manifestasi Globalisasi & Modenasasi Yang Membawa Kepada


Gejala Sosial Dalam Masyarakat

 Media Massa
Pengaruh modenisasi dan globalisasi in lebih terasa dan ketara dengan bantuan
berbagai alat media-massa yang serba canggih. Media massa merupakan
sumber maklumat yg cukup berkesan dalam penyebaran berbagai informasi.
Melalui teknologi yang semakin canggih ini, golongan belia mudah terdedah
kepada banyak maklumat, namun tidak semua maklumat- maklumat itu sesuai
untuk kesemua peringkat umur.Ini menjadi masalah kerana lazimnya golongan
belia mudah meniru dan mengikut hal yang dilihat di sekeliling mereka.
Paparan adegan-adegan negatif dari filem barat menimbulkan perasaan ingin
tahu dan ingin cuba sendiri mengikut apa yang ditonton.

 Internet
Teknologi Informasi dan Komunikasi (ICT) juga turut menyumbang kepada
pemaparan gejala-gejala negatif selain peranannya yang begitu penting bagi
kemajuan sesebuah bangsa dan negara. Melalui internet umpamanya,
masyarakat yang berfikiran kurang sehat dengan mudahnya boleh akses
kepada maklumat-maklumat yang boleh menjurus ke arah pemikiran negatif.

 Institusi Kekeluargaan Yang Goyah


Institusi kekeluargaan yang bermasalah juga boleh menimbulkan gejala sosial.
Ibu bapa seharusnya menerap dan mendidik anak-anak mereka dari kecil.
Sekiranya, ibu bapa bersikap sambil lewa terhadap pendidi kan agama anak-

Sri Damai Tuition Centre 21


anak mereka, ini akan menjadi satu faktor punca gejala sosial.Dan lagi, dengan
bertambahnya komitmen ibu bapa terhadap kerjaya mereka, masa diluangkan
untuk keluarga itu terhad. Ini akan membuat anak - anak kurang mendapat
kasih sayang dan tidak mustahil mereka akan mencari alternatif lain untuk
mengisi kegersangan kasih sayang. Selain daripada itu, rumahtangga yang
bermasalah juga, seperti perceraian dan pergaduhan turut mempengaruhi
remaja untuk terlibat dalam aktiviti-aktiviti yang tidak sihat.

 Cara Berpakaian
Jika kita perhatikan pakaian sesetengah golongan muda di masa ini cukup
memalukan. Cara berpakaian mereka bertentangan dengan cara pakaian
budaya melayu sekali gus bertentangan dengan cara pemakaian yang
digariskan Islam, agama rasmi negara kita. Mereka begitu ghairah untuk
mengikut budaya asing yang dianggap moden dan maju. Mereka takut dan
terlalu ego untuk dikatakan ketinggalan zaman, kuno, dan berfikiran sempit.

 Dunia Cinta Remaja


Di zaman moden ini, pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan yang bukan
mahram telah dilihat sebagai satu kemajuan dalam pembentukan masyarakat
yang lebih maju tetapi bukan sebagai pelanggaran perintah Allah SWT. Memang
lumrah, perasaan ingin berpasangan semakin memuncak ketika berada di alam
remaja. Tetapi sekiranya perasaan ini tidak dikawal, sudah tentu ini akan
menimbulkan gejala - gejala sosial seperti pergaulan bebas, anak luar nikah,
zina dan sebagainya.

Bercinta tidak pernah dianggap salah malahan orang yang tidak percaya akan
cinta kepada insan lain dan pencipta-Nya merupakan golongan manusia yang
rugi. Islam sendiri menggalakkan umatnya saling kenal mengenali antara satu
sama lain tanpa mengira jantina, bangsa dan agama. Mungkin ada cara untuk
menangani masalah percintaan. Remaja diingatkan supaya berkawan atau

Sri Damai Tuition Centre 22


bercinta dengan cara yang telah digariskan oleh Islam yang diantaranya adalah
mengelakkan pergaulan tanpa batas, berdua-duaan di tempat sunyi dan
sebagainya.

 Terlalu Banyak Masa Lapang


Sekiranya masa lapang golongan belia terbatas,mereka akan rasa kurang
berminat pada kegiatan-kegiatan yang tidak berfaedah. Pengisian masa lapang
yang kurang terarah, akan mendesak remaja untuk melakukan aktiviti yang
tidak bermanfaat seperti perbuatan negatif.

Karangan: Peranan keluarga dalam mengatasi masalah sosial


Pada alaf globalisasi dan modenisasi ini, gejala sosial sentiasa menghiasi
lembaran akhbar.  Gejala sosial yang semakin meruncing telah menggusarkan
masyarakat. Fenomena  ini diibaratkan duri dalam daging dalam sosial kita.
Kenapa pembangunan mentaliti rakyat kita tidak selaras dengan pembangunan
fizikal kita sehingga penyakit sosial sentiasa menjadi-jadi bagai cendawan
tumbuh selepas hujan?  Tampaknya, masalah gengsterisme,  vandalisme,
samseng jalanan,  pembuangan bayi,  remaja lari dari rumah sering berkait
rapat dengan kebejatan institusi keluarga. Walhal, peranan keluarga amat
signifikan untuk  mengekang sindrom sosial terutamanya masalah remaja.

Salah satu peranan institusi keluarga adalah ibu bapa perlu memberikan
didikan agama dan moral kepada anak mereka sejak kecil kerana melentur
buluh biarlah dari rebungnya.  Didikan agama dan moral bagaikan perisai yang
berupaya menghalang segala godaan maksiat . Senario ini dapat membantu
anak-anak mengelakkan diri daripada terlibat dengan gejala sosial.  Sebagai
contoh, bapa boleh mengajar anak-anak mereka sendiri atau menghantar
mereka ke sekolah agama.  Ketua keluarga perlu membimbing anggota
keluarga untuk menjalankan solat sembahyang dan mengaji kitab-kitab. 

Sri Damai Tuition Centre 23


Sehubungan dengan itu, anak-anak dapat membezakan antara kaca dengan
permata kerana mempunyai jati diri yang kukuh sebagai pedoman hidupnya.

Selain itu, ibu bapa juga bertanggungjawab  untuk mengawasi


pergerakan anak-anak. Ibu bapa perlulah mengawasi tingkah laku anak mereka
sama ada di sekolah mahu pun di luar kawasan sekolah. Hal ini  terjadi
demikian kerana  banyak pengaruh luaran seperti pengaruh rakan sebaya akan
menghasut jiwa remaja yang bertelinga nipis dan pantang dicabar.  Jika rakan
sebaya mereka tidak berperibadi mulia,  remaja yang setahun jagung dan darah
setampuk pinang pasti akan mengikut jejak langkah rakan mereka, seperti
melepak, berlumba haram dan sebagainya.  Lantarannya, pergaulan anak tidak
boleh dipandang enteng oleh ibu bapa. Dengan kata lain , ibu bapa perlu
mewujudkan keluarga yang bahagia demi membentuk personaliti anak-anak
yang mulia sehingga berjaya.

Tidak dapat disangkal lagi bahawa ibu bapa dan ahli keluarga yang lebih
tua perlu menjadi contoh dan  teladan yang baik kepada anak-anak. Suri
teladan ibu bapa  mampu membentuk sahsiah  anak-anak. Tambahan pula,
sikap anak-anak yang suka meniru apa-apa sahaja yang dilihatnya. Bak kata
peribahasa, “bagaimana acuan begitulah kuihnya”.  Ibu bapa perlu menjauhi
kegiatan yang negatif seperti merokok, minum alkohol, mengakses laman web
lucah dan lain-lain lagi.   Bapa borek anak rintik merupakan peribahasa yang
perlu dihayati oleh ibu bapa. Sikap ibu bapa yang ego, individualistik,
materialistik, dan bongkak  akan mencanai generasi  muda yang berakhlak
biadab dan berbudaya sumbang.

Dalam pada itu, kasih sayang yang sempurna  dan kamil amat diperlukan
oleh anak-anak. Ekoran daripada itu , ibu bapa wajar memberikan kasih sayang
yang sepenuhnya kepada anak-anak. Kejadian  ini berlaku  kerana anak-anak
yang kurang mendapat kasih sayang akan mudah terpengaruh oleh  gejala

Sri Damai Tuition Centre 24


sosial. Ibu bapa perlu sentiasa melayani anak mereka bagai  menatang minyak
yang penuh. Sebagai contoh, ibu bapa sewajarnya membelai dan mengucapkan
kata-kata sayang kepada anak-anak mereka. Sementelahan, ibu bapa perlu
memberikan pujian yang ikhlas ketika anak mereka mencapai sesuatu kejayaan
atau melakukan perkara yang betul. Dengan itu, anak-anak akan berasa
gembira dan seronok berada di rumah bersama-sama keluarga mereka. Mereka
pun sanggup meluahkan isi hati ketika mengalami kemusykilan kerana ibu
bapa mereka bersedia mendengar rintihan jiwa mereka. Ternyata keluarga yang
harmoni  berdominan untuk  membanteras kegiatan negatif.

Di samping itu , setiap ahli keluarga juga perlu sentiasa berkongsi


masalah. Ibu bapa harus  sentiasa bertanyakan masalah anak-anak.
Seterusnya, ibu bapa perlu membantu anak-anak menyelesaikan masalah yang
dihadapi. Sebagai contoh, ibu bapa boleh meluangkan masa untuk membantu
masalah pelajaran anak-anak. Sebaliknya anak-anak perlu memahami
tanggungjawab dan bebanan ibu bapa mereka. Anak-anak perlu sentiasa
membantu ibu bapa membuat kerja rumah tangga untuk meringankan tekanan
mereka. Dengan itu,  setiap anggota keluarga akan berasa diri mereka
diberikan perhatian oleh ahli keluarga yang lain. Aktiviti keluarga seperti
gotong-royong dan hari keluarga patut diadakan dari semasa ke semasa
supaya mengeratkan silaturahim sekeluarga.

Secara tuntasnya, segala langkah di atas tidak akan berjaya sekiranya


tidak mendapat kerjasama daripada semua ahli keluarga seperti ibu bapa,
abang dan kakak. Slogan “Keluargaku, syurgaku”, dan “Semakin hari semakin
sayang” patut dihayati oleh seisi komuniti kita supaya melahirkan masyarakat
madani dan sakinat.

Sri Damai Tuition Centre 25


Karangan: Kes Pembuangan Bayi
Kes pembuangan bayi sering menjadi tajuk utama akhbar-akhbar perdana di
negara kita. Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang perlu diambil
untuk menangani kes ini.

Dewasa ini, masalah sosial dalam kalangan masyarakat semakin menjadi-


jadi bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Antaranya termasuklah kes
pembuangan bayi yang semakin leluasa di negara kita. Dalam siaran berita di
radio atau di televisyen, berita-berita seperti ini begitu kerap dilaporkan. Hal ini
bukan sahaja menyusahkan banyak pihak malah imej negara kita akan terjejas.
Oleh hal yang demikian, pelbagai langkah harus diambil untuk membendung
masalah ini.

Satu daripada langkah yang perlu dilaksanakan ialah semua lapisan


masyarakat hendaklah diberi pendidikan keibubapaan melalui pelbagai
program. Pendidikan ini bertujuan memberikan buah fikiran mengenai
perkahwinan yang sah kepada rakyat. Melalui cara ini, orang ramai akan
menjadi lebih berhati-hati supaya tidak melakukan perbuatan sumbang.
Perkara ini harus ditekankan kepada seluruh rakyat Malaysia terutamanya para
remaja. Sebagai contohnya, program pendidikan keibubapaan perlu diadakan
untuk mendidik remaja tentang perkara yang perlu diamalkan dalam kehidupan
berkeluarga. Tegasnya, orang ramai perlu diberi kesedaran tentang kesan
buruk aktiviti pembuangan bayi.

Selain itu, pihak berkenaan hendaklah mengadakan ceramah atau


kempen pada peringkat sekolah mahupun peringkat taman-taman perumahan.
Melalui program tersebut, masyarakat dapat diberi kesedaran tentang
keburukan pergaulan bebas. Seperti yang kita ketahui, kes pembuangan bayi
berpunca daripada pergaulan bebas yang dianggap sebagai suatu perkara biasa
bagi warga urban kini. Kita seharusnya mengelakkan diri daripada unsur negatif

Sri Damai Tuition Centre 26


tersebut supaya tidak menjadi seperti sudah terhantuk baru nak tengadah.
Sebagai contohnya, kempen kesedaran ini perlu dilakukan secara besar-
besaran melalui iklan, risalah dan lain-lain. Usaha dinamik dan secara konsisten
ini diperlukan untuk membimbing rakyat supaya sentiasa berada di landaan
yang betul dalam kehidupan.

Langkah yang seterusnya ialah menyediakan perkhidmatan kaunseling


yang perlu diurus oleh pihak kebajikan masyarakat. Khidmat nasihat hendaklah
diberikan kepada mangsa rogol dan individu yang mengandung tanpa nikah.
Hal ini disebabkan mangsa mengalami ketidakstabilan emosi dan mungkin
akan cuba mencederakan diri sendiri. Sebagai contohnya, mangsa rogol
sanggup membunuh diri kerana tidak dapat menerima kenyataan sebenar. Oleh
hal yang demikian, pusat kaunseling perlu diperbanyak di seluruh negara untuk
membantu mangsa-mangsa tersebut.

Di samping itu, pesalah yang disabitkan kesalahan berzina atau kes rogol
perlu dikenakan hukuman yang berat. Sebagai contohnya, hukuman bagi
kesalahan berzina dan merogol adalah seperti penjara dan hukuman sebat.
Perogol atau orang yang mencabul kehormatan wanita merupakan manusia
yang tidak berperikemanusiaan. Mereka perlu dijatuhi hukuman yang berat
sebagai peringatan kepada orang lain. Hal ini menyebabkan wanita-wanita ini
kehilangan harga diri dan terpaksa menanggung malu sepanjang hayatnya. (AH)
Perkara tersebut juga akan menconteng arang ke muka ahli keluarga mangsa.
Oleh sebab itu, undang-undang negara perlu dikuatkuasakan supaya perogol
atau mereka yang berzina berasa serik atau takut untuk melakukan perkara
tersebut.

Seterusnya, pendidikan agama dan moral harus dititikberatkan oleh ibu


bapa untuk menyedarkan anak-anak tentang dosa dan balasan yang akan
diterima. Ibu bapa hendaklah menitikberatkan pendidikan agama dan moral

Sri Damai Tuition Centre 27


kepada anak-anak dan proses ini hendaklah diteruskan walaupun seseorang itu
telah meningkat umur dewasa. Pendidikan agama dan moral amatlah penting
dan perlulah disemaikan dalam sanubari rakyat. Sebagai contohnya, anak-anak
perlu diberi didikan agama sejak kecil kerana melentur buluh biarlah dari
rebungnya. Cara ini adalah amat efektif untuk mewujudkan masyarakat yang
bebas daripada kes pembuangan bayi.

Kesimpulannya, pelbagai pihak perlu berganding bahu bagai aur dengan


tebing untuk menyelesaikan dan mengurangkan kes pembuangan bayi yang
berlaku di negara kita. Masalah tersebut akan menular dan menjadi duri dalam
daging jika tidak ditangani segera ketika negara sedang berusaha untuk
mencapai wawasan 2020. Kerjasama daripada semua pihak adalah amat
penting untuk membendung maalah ini kerana ke bukit sama-sama didaki, ke
lurah sama-sama dituruni. Melalui usaha ini, hasrat kerajaan untuk melahirkan
masyarakat yang sihat dari segi lahiriah dan rohani dapat direalisasikan.

Karangan: Punca Remaja Lari Dari Rumah


Masalah remaja lari dari rumah bukan hanya berpunca daripada kurangnya
kasih sayang ibu bapa.

Cahaya matahari menyilau mata,


Rasa pedih berusaha menahan;
Lafaz bismllah pembuka kata,
Gelanggang pertandingan segera dimulakan.

Assalamulaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada Tuan Pengerusi


Majlis, TuanPengetua Sekolah Menengah Kebangsaa Perempuan Temenggung
Ibrahim, barisan hakim yang adil lagi bijaksana, barisan pembangkang, guru-
guru, dan rakan pelajar sekalian. Terlebih dahulu. kami barisan pencadang
tetap berpendirian bahawa tajuk perbahasan ini, "Masalah Remaja Lari dari

Sri Damai Tuition Centre 28


Rumah Bukan Hanya Berpunca daripada Kurangnya Kasih Sayang Ibu Bapa"
memang tepat dan tidak pcrlu dipersoalkan lagi. Sebelum saya membahaskan
lebih lanjut. elok sekiranya saya menyimpulkan makna remaja lari dari rumah.
Remaja yang lari dari rumah ialah remaja yang meninggalkan rumah tanpa
restu daripada ibu bapa menuju ke satu lempat yang biasaanya tidak diketahui
oleh ahli keluarganya. Mereka bertindak sedemikian kerana perasaan tidak puas
hati atau didorong keinginan memperoleh sesuatu. Manakala kurangnya kasih
sayang meliputi perhatian dan belaian kemesraan. Dewasa ini, akhbar-akhbar
menyiarkan berita tentang remaja yang lari dari rumah. Walaupun pelbagai
usaha telah diambil untuk membendung masalah ini. tetapi nampaknya
sehingga kini masalah remaja lari dari rumah belum juga berakhir.

Hadirin yang dimuliakan,


Hujah saya yang pertama, remaja yang berusia lingkungan 12 hingga 21
tahun merupakan golongan yang menempuh alam kritikal; penuh perasaan.
menganggap segala tindakannya betul, kurang mendengar nasihat orang lain,
dan suka mencuba sesuatu yang baru. Dalam meniti usia ini, golongan ini
menganggap segala tindakannya adalah benar dan tiada sesiapa yang holeh
melarang. Kata-kata orang yang lebih dewasa dan berpengalaman, baik ibu
bapa, guru, mahupun saudara mara tidak diendahkan. Mereka tidak takut untuk
meninggalkan rumah kerana banyak tempat yang boleh didiami; rumah rakan
ataupun bekerja yang diyakini majikan mereka akan menyediakan tempat
tinggal. Berbekalkan keyakinan yang tidak semua benar, mereka akan berasa
selamat tinggal di luar rumah. Atas alasan yang longgar mereka tidak berasa
bersalah meninggalkan rumah, mengecewakan ibu bapa, sakali gus menepikan
masa depan. Mereka tidak kisah sama ada ibu menangis atau meratap, ayah
kecewa atau marah,. Yang penting, kata hati perlu dituruti.

Hujah saya yang kedua, faktor rakan-rakan boleh dibahagikan kepada


dua; rakan yang sama aliran atau teman lelaki bagi remaja perempuan. Rata-

Sri Damai Tuition Centre 29


rata dipengaruhi oleh teman lelaki. Teman lelaki mereka mempunyai
kedudukan yang baik dari segi fizikal: bergaya dengan pakaian berjenama,
berketerampilan menarik. dan berkereta mewah. Pemuda yang kita tidak tahu
hati budinya, biasanya bagaikan musang berhulu ayam, akan memerangkap
remaja dengan kata-kata yang indah, selain memberi hadiah. Remaja
perempuan yang tidak pernah menikmati kemewahan akan mudah
terperangkap dengan pujuk rayu yang boleh menggetarkan perasaan. Mereka
dijanjikan dengan pekerjaan yang menarik dan gaji melebihi RM2,000.00
sebulan, berpeluang melancong, dan mendiami rumah mewah. Remaja yang
akalnya Cuma sejengkal dan bosan pula menghadapi timbunan buku, tanpa
berfikir panjang akan terpengaruh dengan pujukan jejaka idaman hati. Kata
orang, buang emak buang saudara, kerana kasih hamba turuti.

Hadirin yang dikasihi,


Hujah saya yang ketiga, kurangnya didikan agarna. Sebaik-baiknya, anak
yang berusia selewat-lewatnya tujuh tahun telah dihantar ke sekolah agama
dan diajar membaca al-Quran. Tetapi disebabkan ibu bapa sibuk dengan
kerjaya dan menghadapi kesukaran untuk menghantar dan mengambil anak di
sekolah agama, mereka berasa cukup menghantar anak ke sekolah
kebangsaan. Sebenarnya agama yang dipelajari dan jika dihayati di hati dan di
jiwa boleh menjadi benteng seseorang itu daripada melakukan sesuatu perkara
yang buruk. Apa yang berlaku sekarang, sudahlah pendidikan agama kurang,
ibu bapa pula tidak memberi teladan yang baik kepada anak-anak. Mintalah
anak hersolat dan berpuasa sebagai contoh, tidak akan dituruti oleh sianak jika
si ibu atau ayah tidak melakukannya. Disebahkan kurangnya didikan agama,
anak-anak yang terabai ini tiada sempadan dalam bertindak lalu perbuatan lari
dari rumah dianggap perkara biasa bagi remaja yang jiwanya telah kosong
dengan roh keagamaan.

Sri Damai Tuition Centre 30


Hujah saya yang keempat ialah pengaruh media massa. Media massa kita,
baik televisyen, akhbar, dan majalah sering menyiarkan berita dari Barat yang
memaparkan remaja yang rosak akhlaknya. Jika pun tidak berita dari Barat,
paparan artis tempatan yang berpakaian menjolok mata sudah cuknp
membuatkan pembaca yang terdiri daripada golongan remaja memikirkan hal-
hal yang negatif. Keadaan diburukan lagi dengan paparan daripada internet;
paparan maklumat seluas-luasnya dan apa sahaja yang ingin dicapai hanya
perlu menekan butang pada papan kekunci. Bagi remaja dari Barat. hidup
bersama kekasih tanpa nikah bukanlah sesuatu kesalahan. Malah, perbuatan
lari dari rumah, terutamanya golongan artis Barat juga sesuatu yang lazim.
Disebabkan bahan yang dihaca selalu memaparkan unsur yang negatif, sedar
atau tidak, segala tindakan yang bakal diambil sering bertentangan dengan
nilai-nilai hudaya tempatan.

Hadirin yang dikasihi,


Hujah saya yang kelima, sikap masyarakat juga menyebabkan remaja lari
dari rumah. Jika dulu. terutamnnya apabila anak-anak dara herkelakuan tidak
senonoh, masyarakat kampung akan menegur ataupun rnembuat aduan terus
kepada ibu bapa mereka. Kini, keadaan ini boleh dikatakan tiada lagi, bukan
sahaja berlaku di bandar-bandar besar, malahan di kampung-kampung. Sikap
seperti enau dalam belukar yang melepaskan pucuk masing-masing menjadi
amalan sesetengah masyarakat. Ini berpunca daripada kesibukan menumpukan
perhatian terhadap kerjaya sehinggakan masalah jiran di sebelah rumah pun
tiada siapa yang tahu. Jika mereka mengamalkan sikap seperti aur dengan
tebing, sudah tentu mereka akan tegur sekiranya terlihat seorang pemuda yang
tidak dikenaii berbual-bual dengan anak dara jiran sehingga larut malam. Sikap
masyarakat yang negatif ini seakan-akan memberi ruang kepada remaja
melakukan perkara yang dirasakan betul, tetapi sebenarnya bersalahan
daripada nilai kehidupan masyarakat madani.

Sri Damai Tuition Centre 31


Izinkan saya membidas hujah pembangkang pertama tadi. Menurutnya,
ibu bapa yang kurang memberi perhatian terhadap anak mereka menyebabkan
anak menjadi liar. Sebenamya, dalam kesibukan ibu bapa memberi tumpuan
terhadap kerjaya, anak-anak memang kurang diberi perhatian. Kalaulah ini
menjadi asas remaja lari dari rumah, sudah tentu ribuan lagi remaja saban hari
akan meninggalkan rumah. sebab boleh dikatakan rata-rata ibu bapa sekarang
menumpukan perhatian terhadap kerjaya sehinggakan anak terasa terabai.
Kalau sekadar alasan ibu bapa kurang memberi perhatian, tiada sebab si anak
mahun lari dari rumah. Anak tahu ibu bapa mereka bekerja untuk mencari
nafkah dan menyediakan yang terbaik untuk masa depan mereka. Jadi,
mengapakah remaja lari dari rumah? Inilah persoalan yang pihak kami barisan
pencadang hujahkan. Mereka lari kerana ada faktor-faktor di luar rumah yang
sudah tersedia menanti.

Hadirin yang dimuliakan,


Berdasarkan hujah-hujah yang saya berikan, sudah terang lagi bersuluh,
kini sudah terbukti bahawa masalah remaja lari dari rumah bukan hanya
berpunca daripada kurangnya kasih sayang ibu bapa, sebaliknya banyak faktor-
faktor lain yang berpunca daripada faktor di luar rumah. Jadi, kami menyeru
barisan pembangkang agar menyertai barisan kami yang lebih berani
mengemukakan hujah yang benar, tepat, dan meyakinkan. Yang benar tetap
benar dan yang salah tetap salah. Hujah saya ini akan disambung oleh rakan
saya yang lain. Sebelum saya menangguhkan perbahasan ini, izinkan saya
lafazkan serangkap pantun yang berbunyi,
Dari runtuhnya kota Melaka,
Bersama kita dirikan Putrajaya;
Hujah palsu bohong belaka,
Akan ditangkis seberapa daya.

Sekian, terima kasih.

Sri Damai Tuition Centre 32


Rumusan: Penagihan Dadah
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang
punca-punca pengambilan dadah dalam kalangan remaja dan usaha yang
dilakukan oleh pihak tertentu untuk menanganinya. Panjang rumusan
hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Sejak bermulanya era globalisasi ini, banyak isu telah dibangkitkan


termasuk gejala pengambilan dadah dalam golongan remaja di negara kita.
Gejala ini semakin berleluasa dan menjadi semakin sukar untuk ditangani.
Selama ini, penagihan najis dadah jelas membuktikan bahawa bahan ini boleh
memusnahkan kehidupan seseorang dalam sekelip mata sahaja. Musibah yang
melanda golongan ini turut dijadikan iktibar kepada para remaja oleh ibu bapa,
namun usaha-usaha tersebut umpama mencurahkan air ke daun keladi.

Antara faktor yang menyebabkan masalah ini terus mempengaruhi


remaja ialah kekurangan perhatian daripada ibu bapa. Hal ini memang tidak
dapat dinafikan terutamanya dalam era mengejar kesenangan hidup pada hari
ini. Para ibu bapa sentiasa sibuk mencari nafkah bagi menampung kehidupan
serta menyediakan keperluan asas yang bertaraf tinggi untuk keluarga. Secara
tidak langsung, masa yang sepatutnya diluangkan bersama anak-anak menjadi
terhad. Hal ini akan mengakibatkan remaja menikmati kebebasan yang
keterlauan kerana kegiatan mereka tidak lagi diambil tahu oleh ibu bapa.
Lama-kelamaan, kebebasan yang dikecapi akan membawa mereka ke lembah
penagihan najis dadah.

Di samping itu, pengaruh rakan sebaya turut menyumbang masalah ini.


Hal ini demikian kerana kebanyakan masa remaja diluangkan bersama dengan
rakan sebaya mereka. Oleh itu, pemilihan rakan yang sesuai haruslah dilakukan
dengan bijaksana oleh setiap remaja. Sekiranya rakan sebaya yang digauli oleh
mereka terlibat dalam pengambilan dadah, secara tidak langsung mereka

Sri Damai Tuition Centre 33


sendiri akan terikut-ikut dengan sikap rakan mereka.Budaya ini harus dikikis
kerana hanya akan menyebabkan gejala ini menjadi lebih serius. Para remaja
perlu bersikap rasional pada setiap masa.

Tekanan yang dialami oleh remaja pada hari ini turut menjadi salah satu
faktor kewujudan masalah ini. Kini, remaja bukan hanya berhadapan dengan
cabaran untuk belajar di sekolah semata-mata. harapan yang tinggi oleh ibu
bapa agar mereka mencapai prestasi yang cemerlang dalam pelajaran telah
menjadi suatu tekanan yang hebat kepada remaja. Selain menghadiri kelas di
sekolah, mereka terpaksa menghadiri kelas-kelas yang lain seperti kelas
tuisyen, muzik, tarian, seni pertahanan diri dan sebagainya bagi memenuhi
kehendak ibu bapa. Akibatnya, mereka tidak mempunyai masa yang tersendiri
untuk beristirahat dan melakukan hobi yang digemari oleh mereka. Tekanan ini
akan mendorong mereka mengambil dadah kerana kononya ingin mencari
ketenangan jiwa. Mereka berpendapat bahawa pengambilan dadah dapat
mengurangkan tekanan yang dihadapi oleh mereka dalam sekelip mata sahaja.
Namun, sedarkah mereka bahawa hal ini hanya akan memusnahkan kehidupan
dan masa depan mereka?

Natijahnya, kita harus berusaha dan bekerjasama bagi membanteras


gejala ini agar tidak membawa akibat yang lebih buruk. Para remaja juga harus
membuat pertimbangan yang wajar setiap kali menghadapi sebarang masalah.
Sekiranya terdapat komitmen yang tinggi dan berterusan untuk mengatasi
masalah ini, masalah penagihan najis dadah dalam kalangan remaja pasti dapat
dibendung dengan jayanya.

1. Berikan maksud rangkai kata umpama mencurahkan air ke daun keladi. 2m


2. Bagaimanakah remaja dapat mengelakkan diri daripada terlibat dalam
penagihan najis dadah? 3m

Sri Damai Tuition Centre 34


3. Pada pendapat anda, wajarkah ibu bapa menghantar anak-anak menghadiri
pelbagai jenis kelas sampingan seperti kelas muzik, kelas tarian dan lain-
lain? Berikan alasan anda untuk menyokong pendapat anda. 4m

Tatabahasa: Bina Ayat


Latihan 1:
Tulis dua ayat bagi setiap perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan
bahawa anda faham akan perbezaan maksud dan penggunaanya. Anda tidak
boleh menambahkan imbuhan, serta menggunakan perkataan tersebut sebagai
peribahasa atau nama khas.
i ahli
ii haus
iii habis

Latihan 2:
Tulis satu ayat bagi tiap-tiap kata di bawah ini untuk menunjukkan bahawa
anda faham akan maksud dan penggunannya. Anda tidak boleh menambahkan
imbuhan, menukarkan imbuhan, serta menggunakan perkataan itu sebagai
peribahasa dan nama khas.
i hias
ii berhias
iii menghiaskan
iv menghiasi
v perhiasan
vi penghias

Tatabahasa: Gabungan Ayat


Latihan 1 :
Tulis semula ayat-ayat di bawah ini supaya menjadi tiga ayat sahaja tanpa
mengubah maksud asal ayat-ayat tersebut.

Sri Damai Tuition Centre 35


 
Bukan semua anak muda berjaya dalam hidup. Mereka berhijrah ke kota.
Mereka meninggalkan kampong halaman. Ada antara mereka yang tidak
mendapat kerja. Mereka hidup melarat. Mereka mengharapkan belas kasihan
orang ramai. Ada juga yang mengharapkan kiriman wang dari kampung.
Mereka sepatutnya tinggal di kampung. Mereka boleh mengusahakan sawah
dan bendang. Mereka tidak harus mengejar sesuatu yang tidak pasti.

Latihan 2
Cerakinkan setiap ayat majmuk di bawah kepada dua ayat tunggal.
(i) Adakah Encik Azman hendak ke Muzium Negara atau ke Putrajaya?.
(ii) Pendebat itu petah berhujah dan bijak mematahkan hujah lawan.
(iii) Siswazah yang berpandangan jauh tidak mengharapkan kerja makan gaji
sahaja.
 
Tatabahasa: Kesalahan Imbuhan & Ejaan
Latihan 1:
Dalam setiap ayat di bawah terdapat dua kesalahaan penggunaan ejaan dan
imbuhan. Kenal pasti kesalahan-kesalahan itu dan betulkan dengan menulis
ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud cahaya.
 (i) Pemerhatian serius serta sikap perihatin masyarakat berhubung
  dengan masalah keruntuhan akhlak mestilah dilakukan agar
  masalah itu tidak terus merebak.
(ii)  Kerajaan telah mengkhaskan kawasan peranginan itu untuk para
  pelawat beristirehat.
 (iii)  Golongan remaja mungkin mempamirkan tingkah laku yang negatif
  untuk menunjukkan kepada orang-orang dewasa tidak puas hati
  mereka.

Latihan 2:
Sri Damai Tuition Centre 36
Dalam setiap ayat di bawah terdapat dua kesalahaan penggunaan ejaan dan
imbuhan. Kenal pasti kesalahan-kesalahan itu dan betulkan dengan menulis
ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud cahaya.
 (i) Pelbagai jenis alatulis dijual dengan harga yang rendah semasa
  berlangsungnya pameran buku dianjur Gabungan Persatuan Penulis
  Remaja Malaysia di Kangar baru-baru ini.
   
(ii) Bekalan elektrik diputuskan sebaik-baik sahaja rancangan sukan itu
  hendak disiarkan oleh stesyen televisyen itu.
   
(iii) Pelajar hendaklah mempunyai daya pimpinan yang tinggi dan
  ketrampilan dalam pergaulan seharian.
 
Latihan 3:
Dalam setiap ayat di bawah terdapat dua kesalahaan penggunaan ejaan dan
imbuhan. Kenal pasti kesalahan-kesalahan itu dan betulkan dengan menulis
ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud cahaya.
 (i) Abu tidak mengindahkan nasihat bapanya agar tidak melibat diri
  dalam perlumbaan haram.
 (ii  Baju kebaya berwarnakan merah jambu iu memang cucuk dengan
) Fatimah.
   Kawasan yang disyaki menjadi tempat bersembunyi kuncu-kuncu
(iii) pemberontak itu sedang diawasi oleh pihak tentera.

 Latihan 4:

Sri Damai Tuition Centre 37


Dalam setiap ayat di bawah terdapat dua kesalahaan penggunaan ejaan dan
imbuhan. Kenal pasti kesalahan-kesalahan itu dan betulkan dengan menulis
ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud cahaya.
 
(i) Karya-karya sastra sama ada Melayu atau Inggeris ialah hasil
  cetusan fikiran yang lahir daripada peninggian daya kreativiti.
 (ii  Dalam kehidupan moden, ibubapa perlu berkomunikasi dengan
) anak-anak, terutamanya apabila mereka dimasukkan sekolah
  menengah.
   Penuturan Mek Zainab dalam dialek Terengganu itu amat ketara
(iii) walaupun dia sudah tinggal di Johor melebihi dua puluh tahun.

Latihan 5:
Dalam setiap ayat di bawah terdapat dua kesalahaan penggunaan ejaan dan
imbuhan. Kenal pasti kesalahan-kesalahan itu dan betulkan dengan menulis
ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.
  
(i) Kempen anti-dadah peringkat daerah telah dilancarkan oleh Menteri
  Besar kerana masalah penyalahgunaan dadah dijejaskan imej
  negara.
(ii)  Menurut membanci, kanak-kanak yang tingal berhampiran stesyen
  minyak lebih empat kali berpotensi untuk mendapat penyakit
  leukemia berbanding kanak-kanak di kawasan lain.
(iii)  Pada zaman modern ini, masyarakat Malaysia perlu bersedia
menghadapi ledakkan teknologi yang semakin mencabar.

KERTAS SOALAN TAMAT


DISEDIAKAN OLEH: Mr. Saw

Sri Damai Tuition Centre 38

You might also like