DOA SYAWAL

DOA ZIARAH HARI RAYA EIDUL FITRI

Ya Allah Ya Tuhan Kami, dengan keberkatan bulan Syawal yang mulia ini, turunkan lah rahmat dan keberkatan kepada kami semua, ampuni lah kami semua, masukkan lah kami semua ke dalam Syurga-Mu dan jauhkan lah kami dari seksaan api neraka-Mu. Ya Allah Ya Tuhan Kami, kurniakan lah kesihatan, keselamatan, kesejahteraan, kebahagiaan, ketenangan dan kegembiraan kepada kami semua, perbaiki lah hubungan di antara kami dan mesrakan lah di antara hati-hati kami dan tunjukkan lah kepada kami jalan-jalan yang membawa kebajikan di dunia ini dan lepaskan lah kami dari kegelapan dosa dan jauhkan lah kami dari segala kekejian sama ada zahir ataupun yang tersembunyi daripadanya. Ya Allah, Engkaulah yang maha terpuji, Engkaulah yang maha pemurah dan yang maha kaya, kurniakan lah keberkatan kepada rezeki yang Engkau kurniakan kepada kami semua khususnya rezeki yang Engkau Kurniakan kepada tuan rumah ini (sebutkan nama tuan rumah) seisi keluarga, dengan rahmatMu Ya Karim Ya Arhamarrahiminin Ya Allah Ya Tuhan Kami, jadikanlah usaha ziarah hari raya ini sebagai usaha yang diberkati dan dirahmati, segala amal perbuatan baik kami diterima dan jadikan lah kami semua hamba-hamba-Mu yang sentiasa bersyukur ke atas ni’mat kurniaan-Mu. Ya Allah Ya Tuhan Kami, jadikan lah pertemuan kami ini pertemuan yang dirahmati, dan perpisahan kami selepasnya nanti, perpisahan yang sentiasa terpelihara. Permudahkan lah urusan kami dan sempurnakanlah semua pekerjaan kami dengan segala kebaikan, dengan rahmat-Mu, Ya Arhamar Rahimin.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful