You are on page 1of 24

Kelebihan Surah-surah Tertentu

Sememangnya terdapat banyak hadith yang menceritakan kelebihan surah-surah


tertentu. Semua hadith berikut telah diyakini bukan tergolong dalam hadtih dho'if jauh
sekali hadith maudhu' :-

SURAH AL-FATIHAH
Sabda Rasulullah s.a.w.,"Sebaik-baik Al-Quran adalah ......(iaitu surah al-Fatihah (H.R.
Baihaqi)

SURAH AL-BAQARAH
Sabda Rasulullah s.a.w.,"Bacalah surah al-Baqarah di rumahmu kerana sesungguhnya
syaitan tidak akan masuk rumah yang dibaca di dalamnya surah al-Baqarah."(H.R. Al-
Hakim)

SURAH AL-KAHFI
Sabda Rasulullah s.a.w. ,"Barangsiapa membaca surah al-Kahf pada hari Jumaat nescaya
cahaya meneranginya selama di antara 2 Jumaat."(H.R. al-Baihaqi)

SURAH YASIIN
Sabda Rasulullah s.a.w. ,"Barangsiapa membaca surah Yasiin di permulaan hari akan
dipenuhi hajat pada hari itu."(H.R. Al-Darimi)

SURAH AL-DUKHAN
Sabda Rasulullah s.a.w. ,"Barangsiapa membaca surah al-Dukhan di waktu malam maka
meminta ampun baginya 70000 para malaikat di waktu pagi."(H.R. al-Tirmidzi)

SURAH AL-MULK
Sabda Rasulullah s.a.w. ,"Sesungguhnya dalam Al-Quran ada satu surah yang mempunyai
30 ayat yang memberi syafaat kepada seorang lelaki sehingga ia diberi keampunan
iaitu.......(iaitu surah Al-Mulk)."(H.R, al-Nasai')

SURAH AL-KAFIRUN
Sabda rasulullah s.a.w. ,"Apabila kamu hendak tidur di waktu malam maka hendaklah
kamu membaca ...(surah al-Kafirun) kemudian tidurlah bila selesai membacanya kerana
ia adalah pembebasan daripada syirik."(H.R. al-Tirmidzi)
SURAH AL-IKHLASH
Sabda Rasulullah s.a.w. ,"Barangsiapa membaca .....(surah Al-Ikhlash) seolah-olah ia
membaca sepertiga Al-Quran."(H.R. al-Tirmidzi)

KELEBIHAN SURAH AL-MULK

Surah Al Mulk adalah surah keamanan dan keselamatan, kerana ia


menyelamatkan pembaca-pembacanya dari siksa kubur. Sejarah telah
membuktikan seperti yang berlaku di zaman Rasulullah Shallallahu 'Alaihi
Wasallam. Ibnu Abbas menceritakan:

"Pernah suatu ketika setengah para sahabat berkhemah di atas kubur. Mereka
sebenarnya tidak menyangka tempat itu adalah kubur. Setelah beberapa ketika
berada di dalam khemah, mereka tiba-tiba terdengar suara orang membaca
Surah Al Mulk dari mula hinggalah akhirnya. Suara itu datangnya dari dalam
tanah. Tahulah mereka, sebenarnya mereka sedang berkhemah di atas kubur.
Kemudian hal itu diadukan kepada Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam lalu
baginda bersabda yang bermaksud: "Surah Al Mulk adalah surah pelepasan
kerana ia menghindar pembacanya dari azab neraka."(direkodkan oleh Imam
tirmidzi)

Meskipun begitu, Surah Al Mulk juga mempunyai kelebihan-kelebihan yang lain.


Di sini penulis bentangkan sebahagian daripadanya sahaja. Diantaranya:

1. Abu Hurairah meriwayatkan hadis, katanya yang bermaksud: "Sesungguhnya


di dalam Al-Quran itu, ada satu surah yang mengandungi 30 ayat, ia mensyafaat
bagi lelaki yang membacanya. Maka selagi mana lelaki itu membacanya, selagi
itu pula ia meminta ampun unutuknya. Surah itu ialah surah Al Mulk."
(Direkodkan oleh Imam Ahmad)

2. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Aku


sungguh gembira, sekiranya orang mukmin sentiasa membaca surah Al Mulk
sehingga seolah-olah surah itu tertulis di dalam hatinya." (direkodkan oleh
tabrani)

3. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud:


"Sesungguhnya di dalam Al-Quran ada satu surah yang terkandung 30 ayat.
Surah itu ialah surah Al Mulk. Ia akan datang kepada pembacanya untuk
membantu bersoal jawab dalam kubur sehinggalah mereka selamat masuk ke
dalam Syurga."

4. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud:


"Sebahagian surah-surah yang terdapat di dalam Al-Quran ada satu surah yang
mengandungi 30 ayat. Surah itu surah Al Mulk. Ia memberi syafaat kepada orang
yang membacanya dengan mengeluarkannya dari Neraka dan memasukkannya
ke dalam Syurga."

5. Ulama berkata: "Sesungguhnya Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam tidak


akan beradu melainkan setelah membaca surah As Sajadah dan surah Al
Mulk."(Direkodkan oleh Imam Tirmidzi)

6. Ulama berkata: "Sesungguhnya surah Al Mulk itu melepaskan pengamal-


pengamalnya dari kena azab. Ia akan bersoal jawab pada hari kiamat di hadapan
tuhan kerana menuntut kelepasan mereka yang mengamalkannya dari azab api
Neraka."

7.Daripada Abi Hurairah r.a dari Rasulullah SAW bersabda :”Sesungguhnya di


dalam Al-Quran ada tiga puluh ayat memberi shafaat kepada pembacanya hingga
diberi keampunan untuknya iaitu surah Al-Mulk “(Tabaraarakal-Lazi).”
(Direkodkan oleh Imam Ahmad)

8.Daripada Anas Ibnu Malik berkata: “rasulullah SAW telah bersabda: Satu surah
di dalam Al-Quran menghujahkan kepada pembacanya sehingga memasukkannya
ke dalam syurga. Iaitu (Tabaraakal-Lazi)(HR.Riwayat At-Tabarani)

9.Daripada Ibnu Abbas r.a berkata: “adakah kamu mahu saya khabarkan
kepadamu satu hadis yang menggembirakan kamu, ia berkata bahkan!”Beliau
(Ibnu Abbas) berkata bacalah surah Al-Mulk dan ajarkanlah kepada ahli kamu
dan semua anak kamu dan kepada anak-anak kamu yang belum baligh
dirumahmu dan jiranmu sesungguhnya yang menyelamatkan dari berdebat hari
kiamat di depan Allah SWT memohon kepada pembacaannya supaya Allah SWT
menyelamatkan dia daripada api neraka dan pembacaannya juga selamat
daripada siksaan kubur.(Oleh Abd Humaid dalam Musnadnya)

HADITH KELEBIHAN AL QURAN


1. Daripada Abu Umamah r.a berkata : Aku mendengar Rasulullah S.A.W.
bersabda: Bacalah Al Quran sesungguhnya ia akan datang di  hari
kiamat sebagai syafa'at kepada pembacanya. ( Riwayat Muslim )

2. Daripada Nawwas Bin Sam'an r.a. telah berkata : Aku mendengar


Rasulullah S.A.W. bersabda : Di hari akhirat kelak akan didatangkan Al
Quran dan orang yang membaca dan mengamalkan isi kandungannya,
didahului dengan Surah Al Baqarah dan Surah A-li 'Imraan, kedua-dua
surah ini menghujah ( mempertahankan ) orang yang membaca dan
mengamalkannya. ( Riwayat Muslim )

3. Daripada Osman Bin 'Affan r.a. telah berkata: Rasulullah S.A.W.


bersabda : Sebaik manusia di antara kamu orang yang mempelajari  Al
Quran dan mengajarnya kepada orang lain.( Riwayat Bukhari )

4. Daripada Aisyah r.a. telah berkata: Bersabda Rasulullah S.A.W. :


Orang yang membaca Al Quran dan susah untuk menyebut ayatnya  ia
mendapat dua pahala.( Riwayat Bukhari & Muslim )

5. Daripada Abu Musa Al Asy'ari r.a. telah berkata : Rasulullah S.A.W.


bersabda : Umpama orang mukmin yang membaca Al Quran seperti
buah Utrujjah ( seperti limau besar ) baunya wangi dan rasanya sedap.
Umpama orang mukmin yang tidak membaca Al Quran seperti buah
tamar tidak ada bau dan rasanya manis, dan umpama orang munafik
yang membaca Al Quran seperti Raihanah (sejenis pokok) baunya
wangi dan rasanya pahit dan umpama orang munafik yang tidak
membaca Al Quran seperti buah labu yang tiada bau dan rasanya
pahit.( Riwayat Bukhari & Muslim )

6. Daripada Omar Bin Al Khattab r.a. Bahawa Nabi Muhammad S.A.W.


bersabda : Sesungguhnya Allah mengangkat martabat beberapa
golongan dan merendahkan martabat yang lain dengan sebab Al
Quran. ( Riwayat Muslim )

7. Daripada Ibnu Omar r.a. daripada Nabi Muhammad S.A.W. telah


bersabda: Tidak boleh berhasad dengki kecuali di dalam dua perkara :
Lelaki yang dianugerahkan kefahaman yang sahih tentang Al Quran, ia
menunaikan ibadat siang dan malam , lelaki yang dianugerahkan
kemewahan harta lalu dinafkahkannya siang dan malam.( Riwayat
Bukhari & Muslim )

8. Daripada Barra' dan daripada 'Azib r.a. telah berkata : Seorang lelaki
membaca Surah Al Kahfi dan di sisinya seekor kuda yang diikat dengan
dua tali, maka awan di langit mula melindunginya dan semakin hampir,
dan kudanya mula menjauhinya. Apabila menjelang pagi beliau pergi
berjumpa Nabi Muhammad S.A.W. dan menceritakan peristiwa
tersebut maka baginda bersabda : Itulah ( sakinah ) ketenangan yang
turun disebabkan bacaan Al Quran.( Riwayat Bukhari & Muslim )

9. Daripada Ibnu 'Abbas r.a. beliau berkata : Rasulullah


S.A.W.bersabda : Sesungguhnya orang yang tidak ada di dalam
ingatannya sesuatu pun daripada ayat Al Quran seperti rumah yang
roboh.( Riwayat Tarmizi dan beliau berkata: Hadis ini hasan sahih )

10. Daripada Abdullah Bin 'Umru Bin Al 'As r.a. Nabi Muhammad
S.A.W. bersabda : Satu masa nanti akan dikatakan kepada orang yang
membaca Al Quran: Bacalah, perbaikkilah dan perelokkanlah bacaan Al
Quran sepertimana engkau memperelokkan urusan di dunia,
sesungguhnya tempat engkau akan ditentukan di akhir ayat yang
engkau bacakan.( Riwayat Abu Daud dan Tarmizi dan beliau berkata :
Hadis ini hasan sahih )

11. Daripada 'Uqbah Bin 'Amir r.a. menceritakan : Rasulullah S.A.W


keluar dan kami berada di tempat duduk masjid yang beratap. Maka
beliau bersabda: Siapakah di antara kamu yang suka keluar di pagi
hari pada setiap hari menuju ke Buthan atau 'Atiq, dan dia mengambil
darinya dua ekor unta yang gemuk dalam keadaan dia tidak melakukan
dosa dan tidak putus hubungan silaturrahim. Kami menjawab : Kami
suka demikian itu. Sabda Rasulullah S.A.W kenapakah kamu tidak
pergi ke masjid belajar atau membaca dua ayat Al Quran lebih baik
dari dua ekor unta, tiga ayat lebih baik dari tiga ekor, empat ayat lebih
baik dari empat ekor unta demikianlah seterusnya mengikut bilangan
ayatnya.( Riwayat Muslim )
12. Daripada Ibnu Mas'ud r.a bahawa Nabi Muhammad S.A.W
bersabda : Orang yang paling layak mengimami kaum di dalam
sembahyang ialah mereka yang terfasih membaca Al Quran.( Riwayat
Muslim )

13. Daripada Jabir Bin Abdullah r.a. bahawa Nabi Muhammad S.A.W.
menghimpun antara dua lelaki yang terbunuh di peperangan Uhud
kemudian beliau bersabda : Yang mana satukah antara keduanya yang
paling kuat berpegang teguh dengan Al Quran maka apabila aku
tunjukkan kepada salah seorang daripada keduanya maka dialah orang
yang pertama masuk ke liang lahad.( Riwayat Bukhari, Tarmizi, Nasa'ie
& Ibnu Majah )

14. Daripada 'Imran Bin Husain Bahawa beliau lalu di hadapan qari
yang sedang membaca Al Quran kemudian dia berdoa kepada Allah
kemudian ia kembali membaca kemudian ia berkata aku mendengar 
Rasulullah S.A.W. bersabda : Barangsiapa yang membaca Al Quran
maka berdoalah kepada Allah dengan Al Quran maka sesungguhnya
akan datang beberapa kaum yang membaca Al Quran dan mereka
berdoa dengannya.( Riwayat Tarmizi, beliau berkata : Hadis ini hasan )

15. Daripada Ibnu Mas'ud r.a. ia berkata : Barangsiapa yang membaca


satu huruf daripada Al Quran maka baginya satu kebaikan, satu
kebaikan menyamai dengan sepuluh pahala, aku tidak bermaksud : Alif
, Lam , Mim ialah satu huruf, tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan
Mim satu huruf.( Riwayat Ad Darimi Tarmizi, beliau berkata hadis ini
hasan sahih )

Kelebihan Surah-surah Di Dalam Al-Quran

Tuesday
Dalam Quran ada 114 surah. Setiap surah mempunyai takwil tertentu.
Di bawah ini disebutkan takwil setiap surah secara tertib:

o Al-Fatihah: Dibukakan baginya pintu-pintu kebaikan dan ditutup pintu


keburukan.
o Al-Baqarah: Panjang umurnya dan baik agamanya.
o Ali Imran: Bersih diri dan bersih jiwanya serta sanggup menghujah pihak-
pihak yang batil.
o An-Nisa': Menjadi pembagi-bagi harta warisan, mewarisi wanita dan
mewariskan harta kerana umurnya yang panjang.
o Al-Ma'idah: Tinggi darjatnya,kuat keyakinannya dan baik kewarakannya.
o Al-An'am: Banyak binatang peliharaannya dan dia menjadi pemurah.
o Al-A'raf: Tidak akan keluar dari dunia sebelum dia menginjak bukit
Turisina.
o Al-Anfal: Menang melawan musuh dan dia mendapat harta ghanimah.
o At-Taubah: Hidup terpuji di tengah-tengah masyarakat dan mati dalam
keadaan bertaubat.
o Yunus: Bagus ibadatnya dan man daripada tipudaya serta ilmu sihir.
o Hud: Berhasil tanam-tanamannya dan berkembang binatang ternaknya.
o Yusuf: Pada mulanya dia dianiaya orang tetapi kemudian pergi merantau
dan berhasil di perantauan.
o Al-Ra'du Ibrahim: Menghafaz banyak doa dan cepat beruban. Bagus agama
dan urusannnya di sisi Allah.
o Al-Hijr: Terpuji di sisi Allah SWT dan di sisi manusia.
o An-Nahl: Diberikan ilmu dan kalau dia sedang sakit bererti dia akan
sembuh.
o Bani Israil: Mulia di sisi Allah SWT dan menang melawan musuh-musuhnya.
o Al-Kahfi: Tercapai cita-citanya dan panjang umurnya sehingga dia bosan
hidup dan rindu akan mati.
o Maryam: Menghidupkan sunah para nabi, dituduh dan dihinakan tetapi
akhirnya terbukti kesuciannya.
o Taha: Kebal dari khianat tukang-tukang sihir.
o Al-Anbiya': Mendapat kemudahaan dan kebahagiaan setelah menghadapi
pelbagai kesusahan dan mendapat ilmu dan khusyuk.
o Al-Haj: Dapat mengerjakan haji berulang-ulang insya-Allah.
o Al-Mukminun: Kuat imannya dan mati dalam iman.
o An-Nur: Allah SWT menerangi hati dan kuburnya.
o An-Furqan: Menjadi pemisah antara yang hak dan batil.
o As-Syu'ara: Allah SWT melindunginya dari kejahatan.
o An-Naml: Diberikan kerajaan atau kekuasaan.
o Al-Qasas: Diberikan perbendaharaan yang halal.
o Al-Ankabut: Dia dalam penjagaan Allah SWT sehingga matinya.
o Ar-Rum: Allah SWT memberikan kekuatan kepadanya untuk menakluki
negeri kaum musyrikin ramai umat yang mendapat pertunjuk di tangannya.
o Luqman: Diberikan hikmah.
o As-Sajdah: Mati di atas sejadahnya dan menjadi orang yang berjaya di sisi
Allah SWT.
o Al-Ahzab: Menjadi kelompok orang bertakwa dan pengikut kebenaran.
o Saba': Zuhud di dunia dan suka beruzlah (mengasingkan diri dari
masyarakat yang banyak mengerjakan dosa).
o Fatir: Allah SWT membukakan pintu-pintu nikmat kepadanya.
o Yasin: Dijadikan sebagai pencinta pengikut Rasulullah SAW.
o As-Saffat: Mendapat anak yang taat dan mempunyai keyakinan.
o Sad: Pandai bertukang dan banyak hartanya.
o Al-Zumar: Bersih agamanya dan baik akhir hayatnya.
o Al-Mukmin: Diangkat darjatnya di dunia dan akhirat dan mengalir
kebaikan-kebaikan melalui tangannya.
o Hamim As-Sajdah: Menjadi penyeru kepada yang hak dan ramai yang
mencintainya.
o Hamim Ain Sin Qaf: Panjang umurnya.
o Al-Zukhruf: Jujur dalam percakapannya.
o Al-Dhukan: Diberikan kekayaan.
o Al-Jasiah: Menjadi khusyuk dan takut kepada Allah SWT.
o Al-Ahqaf: Melihat perkara-perkara ajaib di dunia.
o Muhammad: Menjadi baik sirah (perjalanan hidupnya).
o Al-Fath: Diberi taufik untuk berjihad.
o Al-Hujurat: Allah SWT merahmatinya.
o Qaf: Dimurahkan rezekinya.
o Al-Zariat: Menjadi tanam-tanamnya.
o Al-Tur: Bererti dia sudah dekat dengan Makkah Al-Mukarramah.
o An-Najm: Mendapat anak yang cantik dan terpandang.
o Al-Qamar: Kebal daripada ilmu-ilmu sihir.
o Ar-Rahman: Mendapat nikmat di dunia dan mendapat rahmat di akhirat.
o Al-Waqi'ah: Bersegera kepada taat.
o Al-Hadid: Sihat badan dan dipuji orang.
o Al-Mujadalah: Membantah pihak-pihak yang batil serta sanggup
memberikan hujah-hujah bernas.
o Al-Hasyar: Dia mengancurkan musuh-musuhnya.
o Al-Mumtahanah: Mendapat rintangan dan cubaan tetapi diberi ganjaran.
o As-Saff: Ingin mati syahid.
o Al-Jum'at: Allah SWT mengumpulkan pelbagai kebaikan baginya.
o Al-Munafiqun: Lepas daripada kemunafikan.
o At-Taghabun: Tetap di atas petunjuk.
o At-Talaq: Terjadinya pertengkaran antara suami dan isteri dan terkadang
sampai kepada perceraian.
o Al-Mulk: Besar kerajaannya.
o Nun al-Qalam: Diberi kefasihan dan pandai menulis.
o Al-Haqqah: Dia berdiri di atas hak.
o Al-Ma'arij: Berada dalam keadaan aman di ditolong.
o Nuh: Menjadi penyeru kepada kebaikan dan pencegah dari yang mungkar
serta mengalahkan musuh-musuhnya.
o Al-Jin: Terpelihara dari gangguan syaitan.
o Al-Muzammil: Diberi taufik untuk mengerjakan solat tahjud.
o Al-Mudassir: Baiklah tempat tidurnya dan dia menjadi orang sabar.
o Al-Qimayah: Tidak mahu bersumpah untuk selama-lamanya.
o Al-Insan: Menjadi orang yang pemurah, bersyukur dan baik
penghidupannya.
o Al-Mursalat: Diluaskan rezekinya.
o 'Amma Yatussalun: Menjadi mulia dan masyur kemuliaannya.
o An-Nazi'at: Dicabut kesusahan dan sifat khianat dari hatinya.
o 'Abasa: Dia memberikan zakat dan sedekah.
o Al-Takwir: Banyak melancong dan banyak mendapat keuntungan.
o Al-Infitar: Dekat kepadanya raja-raja dan pembesar serta mereka
menghormatinya.
o Al-Mutaffifin: Allah SWT memberikan sifat amanah kepadanya, sifat adil
dan menyempurnakan janji.
o Al-Insyiqaq: Ramai anak dan keturunannya.
o Al-Buruj: Lepas dari dukacita dan mendapat ilmu. Ada yang mengatakan
ilmu yang dimaksud ialah ilmu nujum.
o At-Tariq: Diberi taufik untuk banyak bertasbih.
o Al-A'la: Mudah segala urusannya.
o Al-Ghasiyah: Naik pangkat atau martabatnya.
o Al-Fajr: Diberi pakaian yang cantik-cantik.
o Al-Balad: Allah SWT memberikan taufik kepadanya sehingga dia suka
memberi makan kepada orang lain, memuliakan anak yatim dan menyayangi
orang-orang daif.
o As-Syams: Diberikan kepintaran, kecerdikan dan kefahaman.
o Al-Lail: Diberi taufik untuk qiyamullail dan terpelihara daripada
terbongkarnya rahsianya.
o Ad-Dhuha: Dia memuliakan orang-orang miskin dan anak yatim.
o Al-Alaq: Dijadikan atau menjadi orang yang tawaduk, fasih dan cantik
tulisannya.
o Al-Qadar: Panjang umur serta tinggi martabatnya.
o Al-Bayyinah: Dengan izin Allah, mendapat pertunjuk di tangannya kaum
yang zalim.
o Al-Zalzalah: Allah mengoncongkan dengannya tumit orang-orang kafir.
o Al-'Adiyat: Mendapat kuda.
o Al-Qariah: Menjadi mulia kerana bertakwah dan banyak beribadah.
o At-Takasur: Menjadi zuhud dan tidak menumpuk harta.
o Al-Asr: Dijadikan orang yang sabar dan mentaati kebenaran. Dan juga dia
rugi dalam perniagaan tetapi akhirnya mendapat keuntungan yang banyak.
o Al-Humazah: Dia mengumpul harta yang banyak yang bermanfaat baginya
untuk amal-amal kebajikan.
o Al-Fil: Ditolong untuk menentang musuh-musuhnya dan di tangannnya
Islam dapat menakluki kawasan musuhnya.
o Al-Quraisy: Dia memberi makan orang-orang miskin dan terjadi hubungan
erat di antaranya dan hamba Allah yang lain.
o Al-Ma'un: Berjaya mangalahkan orang-orang yang menentangnya.
o Al-Kausar: Banyak kebaikannya di dua negeri.
o Al-Kafirin: Diberi taufik untuk menentang orang-orang kafir.
o An-Nasr: Allah SWT menolongnya untuk melawan musuh-musuhnya.
Bermimpi membaca surat Al-Nasr juga menandakan dekatnya ajal orang
yang bermimpi itu kerana ini merupakan surah pemberitahuan Rasulullah
saw akan dekatnya ajalnya.
o Al-Lahab: Sebahagian orang munafik memusuhinya tetapi akhirnya
dikalahkan oleh Allah SWT.
o Al-Ikhlas: Mendapat kesenangan, mulia dan terpelihara akidahnya.
Menurut satu pendapat sikit keluarganya, tetapi senang hidupnya. Ada yang
mengatakan bermimpi membaca surat ini menunjukkan dekatnya ajalnya.
o Al-Falaq: Allah SWT memeliharanya daripada kejahatan manusia dan jin,
daripada gangguan binatang dan dengki manusia.
o Al-Nas: Selamat daripada gangguan syaitan dan tenteranya.

KELEBIHAN SURAH YAASIN

Atho Bin Abi Rabaah 'Rahmatullah alaih' telah berkata bahawa beliau telah mendapati sebuah hadith 
menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda, " Sesiapa yang membaca Surah Yaasin di awal hari, maka
hajatnya akan ditunaikan (oleh Allah s.w.t).

Sheikh Zakaria 'Rahmatullahi alaih' telah menjelaskan syarahan tentang hadith ini; "Berbagai-bagai kelebihan
Yaasin telah disebutkan di dalam berbagai-bagai hadith, diantaranya ialah; Setiap sesuatu mempunyai hati, hati
Al-Quran ialah Yaasin. Sesiapa yang membaca Yaasin, Allah akan menuliskan ganjaran baginya seolah-olah dia
telah membaca sebanyak 10 kali khatam Al-Quran"
Dalam sebuah hadith lagi, menyatakan bahawa Allah s.w.t membacakan Surah Taha dan Surah Yaasin seribu
tahun sebelum menciptakan langit dan bumi. Apabila para malaikat mendengar berita ini, mereka telah berkata,
"Amat bertuahlah ummat yang akan menerima Nuzul Al-Quran, bertuahlah hati-hati mereka yang menghafaz Al-
Quran dan bertuahlah lidah-lidah mereka yang membacakan Al-Quran."

Sebuah hadith lagi, "Sesiapa yang membaca Yaasin semata-mata kerana Allah s.w.t, segala dosanya yang
terdahulu akan terampun, oleh itu bacalah Surah Yaasin ini  untuk orang yang telah meninggal dunia."

Menurut sebuah hadith, di dalam kitab Taurah, Surah Yaasin dinamakan sebagai mun'imah (pemberi ni'mat)
kerana surah ini membawa kebaikan kepada pembacanya di dunia dan akhirat, menghindarkan penderitaan di
dunia dan akhirat serta menjauhkan kedahsyatan akhirat.

Surah Yaasin juga dikenali sebagai Rafi'ah Khafidhoh maknanya yang meninggikan darjah mu'min dan
merendahkan darjah orang kafir.

Sebuah riwayat menyatakan, Rasulullah s.a.w bersabda, "Hatiku mahu supaya Surah Yaasin berada di dalam
setiap hati ummatku.". Dalam hadith yang lain pula, jika seseorang itu membaca Surah Yaasin setiap malam, dan
kemudiannya mati, kematiannya dikira sebagai syahid.

Suatu hadith mafhumnya, "Sesiapa yang membaca Surah Yaasin, dosanya akan diampunkan, jika dibaca ketika
kelaparan, kelaparannya akan pergi. Jika dibaca ketika sesat jalan, dia akan kembali ke pangkal jalan, jika dibaca
ketika hilang kenderaannya, kenderaannya akan ditemui kembali, jika dibaca kerana khuatirkan makanan tidak
cukup, makanannya akan dicukupkan, jika dibaca kepada pesakit yang sedang nazak, kesakitan nazaknya akan
dikurangkan, jika dibaca kepada wanita hamil yang sukar melahirkan anaknya,  kelahirannya dipermudahkan, jika
dibaca kerana takutkan pemerintah dan musuh yang kejam, ketakutannya akan dihilangkan."

Dalam sebuah hadith, jika seseorang itu membaca Surah Yaasin dan Shoffat pada hari Jumaat lantas dia berdoa,
doanya akan dimaqbulkan.

Khidmat, rahsia da khasiat surah-surah

1) BISMILLAH (Dengan Nama Allah) Barangsiapa membaca sebanyak 21 kali


ketika hendak tidur, nescaya terpelihara dari godaan dan gangguan syaitan, dari
bencana manusia dan jin, daripada kecurian dan kebakaran, dan daripada
kematian terkejut. Dan barang siapa membaca sebanyak 50 kali diahadapan
orang yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah
keberanian dan kehebatan kepada pembaca.

(2) SURAH AL-FATIHAH (Pembukaan) Barangsiapa membacanya sebanyak


41 kali diantara sembahyang sunatnya, nescaya permintaannya di perkenankan,
jika sakit lekas sembuh dan nescaya dikasihi oleh makhluk dan ditakuti oleh
musuh. Barang siapa membaca 20 kali sesudah tiap-tiap sembahyang fardhu,
nescaya rezkinya dilapangkan oleh Tuhan dan bertambah baik keadaannya, serta
bercahaya rohaninya.

(3) AYAT AL-KURSI (Kekuasaan Allah) Barangsiapa membacanya sekali


selepas setiap sembahyang fardhu, nescaya terpelihara dari tipudaya dan
ganguan syaitan. Dengan membacanya, seorang yang miskin akan menjadi kaya,
dan jika dibaca ketika hendak tidur nescaya akan terselamat dari kecurian,
kebakaran dan kekaraman. Barangsiapa sentiasa membaca ayat Al-Kursi,
nescaya Allah akan kurniakan kepada ahli rumahnya kebaikkan yang tidak
terhitung banyaknya. Barangsiapa berwudhuk lalu membaca sekali, nescaya Allah
Akan meninggikan darjatnya setinggi 40 darjat dan Allah akan mendatangkan
para malaikat menurut bilangan hurufnya, seraya berdoa untuk sipembaca
sehinggalah ke hari Qiamat. Dan tersebut dalam hadith yang lain : Barangsiapa
membacanya ketika hendak tidur, nescaya Allah akan membuka pintu rahmat
baginya hingga kesubuh, dan mengurniakan kota nur menurut bilangan rambut
dibadannya. Jika sipembacanya meninggal dunia pada malam itu, ia dikira mati
syahid. Hadith yang lain mengatakan: Barangsiapa membacanya selepas setiap
sembahyang fardhu, nescaya akan terpelihara dari kekerasan malakul-maut, dan
Allah sendiri yang mencabut rohnya, dan dia akan dibangkitkan bersama para
Mujahid yang berjihad beserta para Anbiya hingga ia gugur mati Syahid. Imam
Jaafar Shadiq r. a. mengatakan: Barangsiapa membaca sekali, nescaya Allah
akan menghindar darinya 1,000 kesukaran duniawi, yang terkecil sekali ialah
kemiskinan dan kepapaan, dan 1,000 kesukaran ukhrawi, yang terkecil sekali
ialah azab neraka.

(4) SURAH AL-BAQARAH (Sapi Betina) Barangsiapa membaca dua ayat


terakhir dari surah ini (Amanarrasulu) sebelum tidur, ia akan terselamat dari
segala bala bencana dan mara bahaya.

(5) SURAH ALI-IMRAN (Keluarga Imran) Barangsiapa membaca tiga ayat


yang pertama dari surah ini, Nescaya ia akan mencapai kesihatan dari segala
penyakit dan terselamat dari gangguan jin.

(6) SURAH AN-NISSA' (Perempuan) Barangsiapa yang membaca ayat yang


ke 75 dari surah ini, nescaya ia akan terselamat dari kejahatan para penjahat.

(7) SURAH AL-MAIDAH (Hidangan) Barang siapa membaca ayat yang ke 7


dari surah ini, sebanyak yang mungkin selama 3 hari berturut -turut, insya Allah
akan terselamat dari was-was semasa wudhu dan sembahyang. Barang siapa
membaca ayat
89 hingga ayat 101dari surah ini, keatas air lalu diberi minum kepada orang yang
bercakap dusta, nescaya ia tidak akan bercakap dusta lagi.

(8) SURAH AL-AN'AM (Binatang Ternak) Barang siapa membacanya


sebanyak 7 kali, nescaya akan terhindar dari segala bala bencana. Jika ayat 63
dan 64 dari surah ini, dibaca oleh penumpang kapal, ia akan terselamat dari
karam dan tenggelam.

(9) SURAH AL-A'RAAF (Benteng Tinggi) Barang kali membaca ayat 23 dari
surah ini, selepas tiap-tiap sembahyang fardhu, lalu beristighfar kepada Allah,
nescaya akan terampun segala dosanya. Barang siapa membaca ayat 47 dari
surah ini, ia akan terpelihara dari kekacauan para penzalim serta ia akan
mendapat rahmat Allah.

(10) SURAH AL- ANFAL (Rampasan) Barang siapa membaca ayat 62 dan 63
dari surah ini, nescaya dia akan di cintai dan dihormati oleh sekalian manusia.

(11) SURAH AL-BARAAH (AT-TAUBAH) (Pemutus perhubungan)


Barangsiapa membacanya, nescaya akan terselamat dari kemunafiqan dan akan
mencapai hakikat iman. Barang siapa membaca ayat 111 dari surah ini, dikedai
atau ditempat-tempat perniagaan, nescaya akan maju perniagaannya itu.

(12) SURAH YUNUS (Yunus) Barangsiapa membaca ayat 31dari surah ini, ke
atas Perempuan yang hamil, nescaya ia melahirkan anak dalam kandungannya
itu dengan selamat. Barangsiapa membaca ayat 64 dari surah ini, nescaya ia
akan terhindar dari mimpi-mimpi yang buruk dan mengigau.

(13) SURAH AL-HUD (Hud) Barang siapa membaca, nescaya ia akan mendapat
kekuatan dan Kehebatan serta ketenangan dan ketenteraman jiwa. Barang siapa
membaca ayat 56 dari surah ini, pada setiap masa, nescaya ia akan terselamat
dari gangguan manusia yang jahat dan binatang yang liar. Barang siapa
membaca ayat112 dari surah ini, sebanyak 11 Kali selepas tiap-tiap sembahyang,
nescaya akan mencapai ketetapan hati.

(14) SURAH YUSUF (Yusuf) Barang siapa membacanya, akan di murahkan


rezekinya dan diberikan kemuliaan kepadanya. Barang siapa membaca ayat 64
dari surah ini, ia akan terhindar dari kepahitan dan kesukaran hidup. Barang
siapa membac ayat 68 dari surah ini, nescaya Allah akan mengurniakan
kesalehan kepada anak-anaknya.

(15) SURAH AR-RA'D (Petir) Barang siapa membaca ayat 13 dari surah ini, ia
akan terselamat dari petir. Dan barangsiapa membaca ayat 28 dari surah ini,
nescaya Penyakit jantungnya akan sembuh.

(16) SURAH IBRAHIM (Ibrahim) Barang siapa membaca ayat-ayat 32 hingga


34 dari surah ini, nescaya anak-anaknya akan terhindar dari perbuatan-
perbuatan syirik dan bida'ah.

(17) SURAH AL-IIIJ'R (Batu Gunung) Barang siapa membaca 3 ayat yang
terakhir dari surah ini, ke atas perempuan yang selalu anak kandungannya
gugur, nescaya anak kandungannya itu akan terselamat, dari gugurnya.

(18) SURAH BANI ISRAIL (anak-anak Israil) Barang siapa membacanya ke


atas air, lalu diberi minum kepada orang yang bercakap gagap insya Allah akan
hilang gagapnya itu. Barang siapa membaca ayat 80 dari surah ini, ketika ia
pulang dari perjalanan, nescaya dia akan dimuliakan dan dihormati oleh orang-
orang yang setempat dengannya.

(19) SURAH AL-KAHF (Gua) Barang siapa membacanya, akan terhindar dari
kemiskinan dan kepapaan. Barang siapa membacanya pada malam Jumaat,
nescaya dia akan mendapat rezeki yang murah.

(20) SURAH MARYAM (Maryam) Barang siapa membacanya, nescaya akan


mendapat kejayaan di dunia dan di akhirat.

(21) SURAH THAAHAA (Hai Manusia) Barang siapa membacanya, nescaya


Allah akan mengurniakan kepadanya ilmu pengetahuan dan akan tercapai segala
maksudnya. Barang siapa membaca ayat-ayat 25 hingga 28 sebanyak 21 kali,
tiap- tiap hari selepas sembahyang subuh nescaya otaknya akan cerdas dan
akalnya akan sempurna.

(22) SURAH AL ANBIYA (Nabi-Nabi) Barang siapa membaca ayat 83 dari


surah ini, nescaya dia akan mendapat sebesar-besar pangkat di sisi Allah s. w. t .

(23) SURAH AL-HAJ (Haji) Barang siapa membacanya, Allah akan


membinasakan musuh-musuhnya.

(24) SURAH AL-MU'MINUN (Orang-orang Mukmin) Barang siapa


membacanya ke atas air, lalu diberi minum kepada orang yang selalu minum
minuman keras, nescaya dia tidak akan meminumnya lagi. Barang siapa
membaca ayat 28 dari surah ini, nescaya perahunya akan terselamat daripada
karam dan rumahnya akan terselamat dari kecurian dan serangan musuh.

(25) SURAH AN-NUUR (Cahaya) Barang siapa membacanya, nescaya ia akan


terhindar dari mimpi-mimpi yang buruk. Barang siapa membaca ayat 35 dari
surah ini, pada hari Jumaat sebelum sembahyang Asar, nescaya dia akan
disegani oleh orang ramai.
(26) SURAH AL-FURQAN (Pembaca) Barang siapa membacanya sebanyak 3
kali ke atas air yang bersih, lalu air itu dipercikkan di dalam rumah, nescaya
rumah itu akan terselamat dari gangguan binatang-binatang yang liar dan ular-
ular yang bisa.

(27) SURAH ASY-SYU A'RA (Ahli-ahli Syair) Barang siapa membaca ayat 130
dari surah ini, sebanyak 7 kali dengan senafas ke atas orang-orang yang digigit
oleh binatang-binatang yang berbisa nescaya akan hilang bisa-bisa itu.

(28) SURAH AN-NAML (Semut) Barang siapa membacanya nescaya nikmat-


nikmat Allah akan kekal kepadanya.

(29) SURAH AL-QA-SHASH (Cerita) Barang siapa membacanya ke atas


pekerja-pekerjanya, nescaya Mereka tidak akan mencuri dan mengkhianat.
Barang siapa membaca ayat-ayat 51 hingga 55 dari surah ini, Nescaya otaknya
akan cergas, akalnya akan sempurna dan budi pekertinya akan halus.

(30) SURAH AL-ANKABUT (Labah-labah) Barang siapa membacanya,


nescaya demamnya akan sembuh. Barang siapa membacanya, nescaya ia akan
terhindar dari gelisah dan keluh kesah.

(31) SURAH AR-RUM (Rum) Barang siapa membacanya, nescaya Allah akan
membinasakan orang yang hendak menzaliminya.

(32) SURAH LUQMAN (Luqman) Barang siapa membacanya, nescaya ia akan


terhindar dari segala-gala penyakit terutama dari penyakit-penyakit perut.
Barang siapa membaca ayat 31 dari surah ini, nescaya akan terselamat dari
bencana banjir.

(33) SURAH AS-SAJ DAH (Sujud) Barang siapa membaca ayat-ayat 7 hingga
9 dari surah ini, ke atas kanak-kanak yang baru lahir, nescaya ia akan terhindar
dari segala- gala penyakit ruhani dan jasmani.

(34) SURAH AL-AHZAB (Golongan-golongan) Barang siapa membaca ayat-


ayat 45 hingga 48 dari surah ini, nescaya ia akan mendapat kemuliaan dan
kehormatan sejati. Dan barang siapa membaca ayat-ayat 60 hingga 66 dari
surah ini, nescaya Allah akan membinasakan musuh-musuhnya.

(35) SURAH SABA' (Saba') Dengan membacanya, terselamatlah ia dari segala-


gala bala bencana, terutamanya dari rosaknya tanam-tanaman.

(36) SURAH FAATHIR (Pencipta) Barang siapa membaca ayat-ayat 29 dan


30, nescaya Allah Akan memberkati perniagaannya.

"Au zubillah himinashsyaitan nirrajim...bismillahirrahmannirrahim"

Tafsirannya:

Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam, dengan nama
Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Bacalah ayat ini sebelum memulakan apa2 saja kerja kerana dengan bacaan
ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita dan juga di
sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan.
Sebelum masuk rumah, bacalah ayat di atas,kemudian bacalah surah Al-Ikhlas
(iaitu ayat: Qulhuwallahu Ahad. Allahussamad. Lam yalid walam yu-lad.
wa lam yakul lahu kufuwan ahad.) sebanyak 3 kali.

Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah. Berilah
salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah, berilah
salam kerana malaikat rumah akan menyahut.

Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan


pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur. Apabila malaikat
memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam
tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada salam
yang diucap di akhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu.

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas


sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di
dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat
akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu
menuju ke syurga. (Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby).

Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya :


Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangka masa dua-tigaminit?
Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah
mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur'an dalam begitu
cepat.

Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara


kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu
itu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca
surah Al-Ikhlas 3 kali.

Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali


betul.Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10
juz kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali
qatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.

Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Ketika saya
(Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas
360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000
tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak
12,000 dan luasnya setiap satu padang sahara itu seluas dari timur hingga
ke barat. Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana
kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca
surah tersebut maka berkata mereka: Wahai Tuhan kami,sesungguhnya pahala dari
bacaan kami ini kami berikan kpd orang yang membaca surah Al-Ikhlas
baik ianya lelaki mahupun perempuan.

Sabda Rasulullah SAW lagi : Demi Allah yang jiwaku ditanganNya,


sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu itu tertulis di sayap malaikat Jibrail
a.s, Allahhus Somad itu tertulis di sayap malaikat Mikail a.s, Lamyalid
walam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s, Walam yakullahu
kufuwan ahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s.

Nota :

Jika sekiranya kawan-kawan ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah


ilmu ini kepada kawan2 yang lain. Seperti mana sabda Rasulullah SAW
'Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat'.
Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara
yang
akan dibawanya bersama :

1) Sedekah/amal jariahnya
2) Doa anak-anaknya yang soleh
3) Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

~Wallahualam~

Kelebihan Al-Quran
Al-Quran ialah Kitabullah yang terakhir yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. Al-Quran merupakan
senjata yang paling mujarab yang melimpah ruah, mata air yang tidak mungkin kering, di dalamnya penuh
dengan nur hidayah rahmat dan zikir.

Al-Quran diturunkan untuk mengajar manusia tentang pengesaannya kepada Allah (tauhid). Konsep ibadat
yang jelas dan menyeluruh agar manusia sentiasa mendapat bekalan yang baru dan segar. Mengajak
manusia berfikir tentang ciptaan, pengawasan dan penjagaan yang ditadbirkan oleh yang Maha Agong agar
dapat mengenal sifat-sifatNya yang Unggul.

Di dalam Al-Quran dipaparkan juga contoh tauladan dan juga kisah-kisah yang benar berlaku sebelum
turunnya Al-Quran dan pada masa penurunan Al-Quran. Dengan itu manusia mendapat pengajaran dan
panduan dalam mengharungi kehidupan sebagai muslim yang sejati dan benar dalam semua bidang
kehidupan.

Al-Quran menjelaskan juga persoalan tentang akhir kehidupan manusia, situasi terakhir yang akan dirasai
oleh manusia sebelum bumi ini dihancurkan oleh Allah untuk bermulanya hari qiamat dan nasib tiap-tiap
insan sama ada ke syurga atau ke neraka.

Sebelum Al-Quran diturunkan ada banyak kitab suci dan suhuf yang diturunkan oleh Allah S.W.T kepada
nabi-nabi dan rasul-rasulNya. Antara yang termasyhur ialah kitab Zabur yang diturunkan kepada nabi Daud
a.s, kitab Taurat yang diturunkan kepada nabi Musa a.s, dan kitab Injil yang diturunkan kepada nabi Isa a.s
tetapi tidak syak lagi bahawa Al-Quran adalah kitab yang paling utama dan termulia di sisi Allah S.W.T.

Dalam sebuah hadis, Rasulullah s.a.w telah bersabda yang berbunyi:

Dari Aisyah r.a telah bersabda Rasulullah s.a.w:


Sesungguhnya tiap-tiap sesuatu itu mempunyai kemegahan yang mana manusia berbangga dengannya dan
menjadi kemegahan kebanggaan umatku ialah Al-Quran yang mulia.

Al-Quran terpelihara dan susunannya tidak berubah-ubah dan tidak boleh dipinda atau dihapuskan.
Walaupun banyak usaha dilakukan oleh musuh-musuh Islam untuk mengubah dan meminda isi kandungan
Al-Quran atau memutar belit ayat-ayat dan surah-surah, setiap kali usaha itu dibuat ia tetap dapat diketahui
termasuk juga usaha golongan-golongan kuffar.

Al-Quran adalah satu perlembagaan yang lengkap bagi semua aspek kehidupan, mengandungi semua yang
dihajati oleh manusia walaupun sebahagian daripada huraiannya tidak terperinci. Tujuannya Allah menyuruh
manusia menggunakan fikiran yang sihat dan sempurna untuk mencari dan mengkaji berpandukan saranan
yang diberi oleh Allah S.W.T.

Dalam Al-Quran Allah S.W..T berfirman:

Sesungguhnya telah datang kepada kau cahaya kebenaran (Nabi Muhammad s.a.w) dari Allah dan sebuah
Kitab (Al-Quran) yang jelas nyata kebenarannya dengan itu Allah menunjukkan jalan keselamatan serta
kesejahteraan kepada sesiapa yang mengikut keredhaanNya dan denganya Tuhan keluarkan mereka dari
kegelapan (kufur) kepada cahaya (iman) yang terang benderang dengan izinNya dan dengannya juga Tuhan
menunjukkan mereka ke jalan yang betul dan harus.
(Surah Al-Maidah: 14 &15)

Firman Allah S.W.T lagi:

Kitab Al-Quran ini tidak ada sebarang syak padanya dan ianya menjadi petunjuk bagi orang yang bertaqwa.
(Surah Al-Baqarah: 2)

Sebuah hadis dari Rasulullah s.a.w berbunyi:

Abu Zar r.a berkata bahawa beliau meminta Rasulullah s.a.w memberi satu pesanan yang berpanjangan.
Rasulullah s.a.w bersabda:
“Semaikanlah perasaan taqwa kepada Allah kerana ia adalah sumber bagi segala amalan-amalan baik. Aku
meminta supaya baginda menambah lagi. Tetapkanlah membaca Al-Quran kerana ia adalah nur untuk
kehdupan ini dan bekalan untuk hari akhirat.”

Kita dikehendaki membaca, mendalami dan menghayati isi kandungan Al-Quran kerana ia diturunkan bukan
untuk dijadikan perhiasan sahaja, dengan itu kita mendapat faedah yang besar bukan sahaja pahala da
keredhaan Allah tetapi juga kegunaan lain dalam kehidupan sehari-hari.

Membaca Al-Quran dikira sebagai berzikir dan zikir membaca Al-Quran lebih afdal dan utama daripada zikir-
zikir yang lain. Oleh itu membaca Al-Quran adalah sebagai ibadat tetapi tidaklah melebihi daripada ibadat-
ibadat yang wajib.

Dalam sebuah hadis Rasulullah bersabda:

Semulia-mulia ibadat umatku ialah membaca Al-Quranul Karim ( ibadat yang bukan wajib).

Membaca Al-Quran disifatkan sebagai santapan rohani kepada tiap-tiap orang Islam.

Rasulullah s.a.w bersabda dalam sebuah hadis berbunyi:

Sesungguhnya Al-Quran ini ialah hidangan Allah S.W.T maka hendaklah kamu terima hidangan Allah
sebanyak mana yang kamu boleh.

Al-Quran juga merupakan senjata yang paling berkesan untuk membersihkan jiwa dan menyinarkannya.

Dalam sebuah hadis Rasulullah s..a.w bersabda:

Daripada Ibnu Umar r.a berkata:


“Rasulullah s.a.w telah bersabda, hati manusia akan berkarat seperti besi yang dikaratkan oleh air. Apakah
cara untuk menjadikan hati bersinar semula. Katanya dengan banyak mengingati mati dan membaca Al-
Quran.”

PAHALA MEMBACA AL-QURAN

Allah S.W.T. Yang Maha Pemurah memberi pahala yang amat besar kepada orang yang membaca Al-Quran,
tiap-tiap satu huruf ada pahalanya dan tiap-tiap satu ayat pun ada ditentukan pahalanya yang tidak sama
antara satu dengan yang lain.

Pahala tiap-tiap huruf Al-Quran dijelaskan dalam sebuah Hadis dari Ibnu Masud r.a dari Rasulullah s.a.w:

Daripada Ibnu Masud r.a telah berkata bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda/;
Barangsiapa membaca satu huruf daripada Kitabullah maka baginya satu kebajikan dan setiap kebajikan
sepuluh kali gandanya. Aku tidak mengatakan Alif Laam Miim satu huruf tetapi Alif satu huruf, Lam satu
huruf dan Mim satu huruf.

Mengenai pahala tiap-tiap ayat telah disebut dalam beberapa hadis antaranya yang diriwayatkan daripada
Abi Hurairah r.a telah bersabda Rasulullah s.a.w:

Sesiapa yang membaca Al-Quran sepuluh ayat dalam satu malam tidak dimasukkan ke dalam golongan yang
lalai.

Sesiapa yang memelihara sembahyang fardu tidak termasuk dalam golongan yang lalai dan sesiapa yang
membaca 100 ayat pada satu malam dimasukkan ke dalam golongan yang taat.

Barangsiapa yang mendengarkan satu ayat daripada Al-Quran ditulis baginya satu kebajikan yang berlipat
kali ganda dan barang siapa yang membacanya adalah baginya cahaya pada hari Qiamat.

Adapun pahala membaca surah-surah banyak diriwayatkan dalam hadis-hadis Rasulullah s.a.w antaranya:

Sesiapa yang mambaca surah Yasin dipermulaan hari, segala hajatnya bagi hari itu dipenuhi.

Sesiapa yang membaca surah al-Waqiah pada tiap-tiap malam kebuluran/kepapaan tidak akan menima
dirinya.

Selain daripada pahala yang disebut sebelum ini, pahala membaca dalam solat dan pahala membaca dengan
berwuduk lebihbesar ganjarannya daripada tidak berwuduk. Berpandukan Hadis Rasulullah s.a.w yang
panjang dapat disimpulkan seperti berikut:

1. Pahala membaca Al-Quran dalam solat bagi tiap-tiap satu huruf seratus kebajikan.
2. Pahala membaca dengan berwuduk di luar solat bagi tiap-tiap satu huruf sepuluh kebajikan.

KELEBIHAN MEMBACA AL-QURAN

Orang yang selalu membaca Al-Quran semata-mata kerana Allah diberi kelebihan yang tinggi dan berbeza
semasa mereka masih hidup ataupun sesudah berada di akhirat di samping kemuliaan yang dikurniakan
kepada orang yang membaca Al-Quran kelebihan melimpah juga kepada kedua ibubapanya.

Hadis dari Rasulullah s.a.w yang berbunyi:

Sesiapa yang membaca Al-Quran dan beramal dengan apa yang terkandung di dalamnya, ibubapanya akan
dipakaikan mahkota pada hari kiamat yang sinarannya akan melebihi daripada cahaya matahari jika
matahari itu berada di dalam rumah-rumahnya di dunia ini. Jadi bayangkanlah bagaimana pula orang yang
dirinya sendiri mengamalkan dengannya.

Al-Quran juga dapat memberi syafaat (pertolongan) yang paling tinggi di sisi Allah S.W.T di hari qiamat. Ini
berpandukan kepada Hadis Rasulullah s.a.w yang berbunyi:

Tidak ada syafaat yang paling tinggi melainkan Al-Quran yang bukan Nabi dan bukan malaikat dan
sebagainya.

Hadis lain daripada Othman Ibnu Affan r.a dari Rasulullah s.a.w yang berbunyi:

Sebaik-baik kamu yang mempelajari Al-Quran dan mengajarnya kepada orang lain.

KERUGIAN MEREKA YANG TIDAK MEMBACA AL-QURAN

Dalam hadis Rasulullah s.a.w baginda ada menyebut tentang orang yang tidak ada langsung membaca Al-
Quran dan rongga mulutnya kosong dengan ayat-ayat Al-Quran seperti rumah yang kosong dari penghuni.

Hadis dari Rasulullah s.a.w berbunyi:

Sesungguhnya orang yang tidak ada pada rongganya sedikitpun daripada Al-Quran seperti rumah yang
ditinggalkan kosong.

ADAB MEMBACA AL-QURAN

Seseorang yang membaca Al-Quran seolah-olah ia berada di sisi Allah S.W.T dan bermunajat kepadaNya
maka hendaklah menjaga adab-adab yang tertentu yang layak di sisi tuhan Yang Maha Agong lagi Maha
Mulia. Ulamak-ulamak muktabar telah menggariskan beberapa adab sebagai panduan sepeti berikut:

1. Hendaklah sentiasa suci pada zahir dan batin kerana membaca Al-Quran adalah zikir yang paling afdal
(utama) dari segala zikir yang lain.

2. Hendaklah membaca di tempat yang suci dan bersih yang layak dengan kebesaran Yang Maha Agong dan
ketinggian Al-Quranul Karim. Para Ulamak berpendapat sunat membaca Al-Quran di Masjid iaitu tempat yang
bersih dan mulia di samping dapat menambah kelebihan pahala-pahala iktiqaf.

3. Hendaklah memakai pakaian yang bersih, cantik dan kemas.

4. Hendaklah bersugi dan membersihkan mulut. Melalui mulut tempat mengeluarkan suara menyebut ayat
Al-Quran. Hadis Rasulullah s.a.w berbunyi:

Sesungguhnya mulut-mulut kamu adalah merupakan jalan-jalan lalunya Al-Quran maka peliharalah dengan
bersugi.

Berkata Yazid bin Abdul Mallek:


Sesungguhnya mulut-mulut kamu adalah merupakan jalan-jalan lalunya Al-Quran maka peliharalah dengan
bersugi.

5. Hendaklah melahirkan di dalam ingatan bahawa apabila membaca Al-Quran seolah-olah berhadapan
dengan Allah dan bacalah dalam keadaan seolah-olah melihat Allah S.W.T. Walaupun kita tidak dapat
melihat Allah sesungguhnya Allah tetap melihat kita.

6. Hendaklah menjauhkan diri dari ketawa dan bercakap kosong ketika membaca Al-Quran.

7. Jangan bergurau dan bermain-main ketika sedang membaca Al-Quran.

8. Hendaklah berada dalam keadaan tenang dan duduk penuh tertib. Jika membaca dalam keadaan berdiri
hendaklah atas sebab yang tidak dapat dielakkan adalah harus.
9. Setiap kali memulakan bacaan lebih dahulu hendaklah membaca Istiazah: (A'uzubillahiminasy
-syaitannirrajim ).

Kerana memohon perlindungan dari Allah dari syaitan yang kena rejam.

10. Kemudian diikuti dengan membaca basmallah: (Bismillahirrahmani rrahim).

Hendaklah membaca Bismillah itu pada tiap-tiap awal surah kecuali pada surah At-Taubah.

11. Hendaklah diulang kembali membaca Istiazah apabila terputus bacaan di luar daripada Al-Quran.

12. Hendaklah membaca dengan Tartil (memelihara hukum Tajwid). Secara tidak langsung menambah lagi
minat kepada penghayatan ayat-ayat yang dibawa dan melahirkan kesan yang mendalam di dalam jiwa.

Firman Allah S.W.T:

Kami membaca Al-Quran itu dengan tartil.

(Surah Al-Furqan: 32)

Hendaklah kamu membaca Al-Quran dengan tartil.

(Surah Al-Muzammmil: 4)

Pengertian Tartil pada bahasa:

Memperkatakan sesuatu perkara itu dengan tersusun dan dapat difahami serta tanpa gopoh-gopoh.

Menurut Istilah Tajwid ialah membaca Al-Quran dalam tenang dan dapat melahirkan sebutan huruf dengan
baik serta meletakkan bunyi setiap huruf tepat pada tempat-tempatnya.

Saidina Ali k.w berkata:

Pengertian tartil ialah mentajwidkan akan huruf-huruf Al-Quran dan mengetahui wakaf-wakafnya.

13. Hendaklah berusaha memahami ayat-ayat yang dibaca sehingga dapat mengetahui tujuan Al-Quran
diturunkan oleh Allah S.W.T.

Allah S.W.T. berfirman:

Inilah Al-Quran yang memimpin jalan yang lurus.


(Surah Al-Israi’: 9)

Firman Allah S.W.T.:

Kami turunkan Al-Quran sesuatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang mukminin.

(Surah Al-Isra’: 82)

Firman Allah S.W.T. lagi:

Ini adalah sebuah kitab yang Kami turunkan kepadamu dengan penuh barakah supaya mereka
memperhatikan ayat-ayatnya dan supaya mendapat pelajaran orang-orang yang mempunyai fikiran.
(Surah Sad: 29)

14. Hendaklah menjaga hak tiap-tiap huruf sehingga jelas sebutannya kerana tiap-tiap satu huruf
mengandungi sepuluh kebajikan. Hadis dari Rasulullah s.a.w berbunyi:

Diriwayatkan dari Tirmizi dari Abdullah bin Masud daripada Rasulullah s.a.w telah bersabda sesiapa yang
membaca satu huruf daripada Kitabullah (Al-Quran) maka baginya satu kebajikan dan setiap kebajikan
sepuluh kali gandanya. Aku tidak mengatakan Alif Laam Miim satu huruf tetapi Alif satu huruf, Lam satu
huruf dan Mim satu huruf.

15. Hendaklah membaca al-Quran mengikut tertib Mashaf. Dilarang membaca dengan cara yang tidak
mengikut susunan kecuali diceraikan surah-surah dengan tujuan mengajar kanak-kanak adalah diharuskan.
16. Hendaklah berhenti mambaca apabila terasa mengantuk dan menguap kerana seseorang yang sedang
membaca Al-Quran ia bermunajat kepada Allah dan apabila menguap akan terhalang munajat itu kerana
perbuatan menguap adalah dari syaitan.

Berkata Mujahid:
Apabila kamu menguap ketika membaca Al-Quran maka berhentilah dari membaca sebagai menghormati Al-
Quran sehingga selesai menguap.

17. Hendaklah meletakkan Al-Quran di riba atau di tempat yang tinggi dan jangan sekali-kali meletakkannya
di lantai atau di tempat yang rendah. Sabda Rasulullah s.a.w berbunyi:

Ubaidah Mulaiki r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:


“Wahai kaum ahli-ahli Al-Quran jangan gunakan Al-Quran sebagai bantal tetapi hendaklah kamu
membacanya dengan teratur siang dan malam.”

18. Hendaklah memperelokkan bacaan dan menghiaskannya dengan suara yang baik.

Sabda Nabi s.a.w dalam sebuah hadis:

Telah bersabda Nabi Muhammad saw, hiasilah Al-Quran dengan suara-suara kamu.

19. Setiap bacaan hendaklah disudahi dengan membaca:

(Sadaqallahul’ azim).

20. Disunatkan berpuasa di hari khatam Al-Quran dan diikuti dengan mengumpul ahli keluarga dan sahabat
handai bersama-sama di dalam hari khatam Al-Quran. Dalam sebuah hadis ada menjelaskan kelebihan orang
yang telah khatam Al-Quran menerusi sebuah hadis yang berbunyi:

Telah bersabda Nabi Muhammad s.a.w, sesiapa yang telah khatam Al-Quran baginya doa yang dimakbulkan.

KELEBIHAN AYAT-AYAT ALQURAN...

1. Surah Al Baqarah – Ayat 285 – 286 :- Baca sebelum tidur,


terselamat dari segala bala bencana dan mara bahaya.

2. Surah Ali ‘Imran – Ayat 1 – 3 :- Baca, akan tercapai kesihatan


dari segala penyakit dan terselamat dari gangguan jin.

3. Surah Ali ‘Imran – Ayat 16 :- Baca untuk memohon


keampunan dari Allah swt.

4. Surah Annisaa’ – Ayat 75 :- Nescaya ia akan terselamat dari


kejahatan para penjahat.

5. Surah Al Maidah – Ayat 7 :- Baca 3 hari berturut-turut selamat


dari was-was masa wudhu dan solat..
6. Surah Al Maidah – Ayat 89 – 101 :- Baca dalam air dan beri
minum pada orang yang berdusta, nescaya tidak akan bercakap
dusta lagi

7. Surah Al An’aam :- Baca 7 kali akan terhindar dari segala bala


bencana

8. Surah Al An’aam – Ayat 63 – 64 :- Dibaca oleh penumpang


kapal akan terselamat dari karam dan tenggelam.

9. Surah Al A’Raaf – Ayat 23 :- Baca tiap-tiap solat fardhu lalu


istighfar akan terampun dosa.

10. Surah Al A’Raaf – Ayat 47 :- Baca akan terpelihara dari


kekacauan para penzalim dan mendapat rahmat Allah.

11. Surah Al Anfal – Ayat 62 – 63 :- Nescaya akan dicintai dan


dihormati oleh sekalian manusia

12. Surah Al Baraah :- Terselamat dari kemunafikan dan tercapai


hakikat iman.

13. Surah Al Baraah – Ayat 111 :- Baca di kedai atau tempat


berniaga, nescaya akan maju.

14. Surah Al Baraah – Ayat 128 – 129 :- Baca untuk orang


sukakan kita. Selalulah menghafal bacaan ini dan sekiranya pada
seketika waktu kita terlupa membaca walaupun berulang-ulang kali
masih tidak mengingatinya, itu menandakan ajal kita semakin
hampir.

15. Surah Yunus – Ayat 31 :- Baca pada wanita hamil, lahir anak
dengan selamat

16. Surah Yunus – Ayat 64 :- Nescaya terhindar dari mimpi-


mimpi buruk dan mengigau.

17. Surah Al Hud :- Mendapat kekuatan dan kehebatan serta


ketenangan dan tenteram jiwa.

18. Surah Al Hud – Ayat 56 :- Baca setiap masa akan terselamat


dari gangguan manusia jahat dan binatang liar.

19. Surah Al Hud – Ayat 112 :- Baca 11 sekali selepas solat 5


waktu akan mencapai ketetapan hati.
20. Surah Yusuf :- Baca dimurahkan rezeki dan diberi kemuliaan
disisi Allah .

21. Surah Yusuf – Ayat 64 :- Baca akan terhindar dari kepahitan


dan kesukaran hidup.

22. Surah Yusuf – Ayat 68 :- Baca nescaya Allah akan kurniakan


kesolehan pada anak-anak.

23. Surah Ar Ra’d – Ayat 13 :- Baca akan selamat dari petir.

24. Surah Ar Ra’d – Ayat 28 :- Baca nescaya sakit jantung akan


sembuh.

25. Surah Ibrahim – Ayat 32 - 34 :- Baca nescaya anak-anak


akan terhindar dari syirik dan bidaah.

26. Surah Al Hijr – Ayat 97 – 99 :- Baca pada wanita yang selalu


keguguran, nescaya kandungan akan selamat.

27. Surah Al Isra – Ayat 45 - 46 :- Baca untuk pendinding diri


dari kejahatan manusia

28. Surah Al Kahf :- Baca surah ini setiap malam Jumaat,


dimurahkan rezeki.

29. Surah Maryam :- Nescaya mendapat kejayaan di dunia dan


akhirat

30. Surah Thaha :- Allah akan kurniakan ilmu pengetahuan dan


tercapai segala maksud.

31. Surah Thaha – Ayat 25 - 28 :- Baca 21 kali setiap solat


Subuh, nescaya otak akan cerdas dan akal sempurna.

32. Surah Al Anbia – Ayat 83 :- Baca nescaya mendapat sebesar-


besar pangkat disisi Allah.

33. Surah Al Hajj :- Allah akan binasakan musuh-musuhnya

34. Surah Al Mu’Minun :- Baca dalam air beri minum pada orang
yang minum minuman keras, nescaya berhenti minum

35. Surah Al Mu’Minun – Ayat 28 :- Perahu selamat dari karam


dan rumahnya akan selamat dari kecurian dan dari serangan
musuh.
36. Surah An Nur :- Baca nescaya terhindar dari mimpi-mimpi
buruk

37. Surah An Nur – Ayat 35 :- Baca setiap hari Jumaat sebelum


solat Asar, nescaya disegani oleh orang ramai.

38. Surah Al Furqan :- Baca 3 kali dalam air dan percikkan dalam
rumah, nescaya selamat dari gangguan binatang liar dan ular

39. Surah Asy Syu’ara’ – Ayat 130 :- Baca 7 kali dengan senafas
pada orang-orang yang digigit binatang bisa, nescaya akan hilang
bisanya

40. Surah An Naml :- Baca nescaya nikmat-nikmat Allah akan


kekal kepadanya.

42. Surah Ar Rum :- Baca nescaya Allah akan binasakan orang-


orang yang hendak menzaliminya.

41. Surah Al Ankabut :- Nescaya demam sembuh dan juga


terhindar dari gelisah.

43. Surah Luqman :- Baca nescaya terhindar dari segala penyakit-


penyakit perut.

44. Surah Luqman – Ayat 31 :- Baca nescaya terselamat dari


bencana banjir

46. Surah As Sajadah – Ayat 7 – 9 :- Baca ke atas kanak-kanak


baru lahir, nescaya terhindar dari segala penyakit rohani dan
jasmani

47. Surah Al Ahzab – Ayat 45 - 48 :- Baca nescaya mendapat


kemuliaan dan kehormatan sejati.

48. Surah Al Ahzab – Ayat 60 - 66 :- Baca nescaya Allah akan


membinasakan musuh-musuhnya.

49. Surah Saba :- Baca nescaya terselamat dari segala bala


bencana

50. Surah Fathir – Ayat 29 - 30 :- Baca nescaya Allah akan


memberkati perniagaannya.

51. Surah Yasin :- Baca setiap malam Jumaat, baca 41 kali


nescaya tercapai segala hajat. 21 kali, doa istighfar untuk ibubapa
akan diampunkan oleh Allah.
52. Surah As Saffat :- Insyallah akan memelihara daripada
gangguan jin.

53. Surah Shad – Ayat 42 :- Nescaya mendapat kebahagiaan


sejati. 54. Surah Al Furqan :-

55. Surah Asy Syura – Ayat 15 :- Memohon perlindungan dan


untuk menegakkan keadilan. Baca 3 kali dalam air dan percikkan
dalam rumah, nescaya selamat dari gangguan binatang liar dan ular

57. Surah Al Waqiah :- Baca setiap malam jauh dari papa. Baca
40 kali setiap hari akan dipermudahkan rezeki.

58. Surah Al Mulk :- Baca setiap hari solat Isyak akan mendapat
keampunan. Terlepas dari siksa kubur dan terkeluar dari neraka
masuk ke syurga.

KELEBIHAN SURAH AL-WAQIAH

H ari keenam kita berpuasa. Sekadar nak kongsi satu bacaan Al-

Quran Suratul Waqiah. Pada aku, alunan bacaannya sungguh merdu,


terpesona dan terpegun bila mendengarnya juga menginsafkan. Surah Al-
Waqi’ah adalah surah yang ke -56 di dalam Al-Quran, terletak pada juzuk ke
27 dan terdiri dari 96 ayat. Dinamakan Al-Waqi’ah kerana di ambil dari lafal
Al-Waqi’ah yang terdapat pada ayat pertama surah ini, yang ertinya kiamat.
Close your eyes and listen this voice for your heart.

Bacaan Surah Al Waqiah itu disampaikan oleh Mishary Rashid Al Afasy yang merupakan
Imam Masjid Nabawi Madinah dan juga penyanyi nasyid.

Sabda Rasulullah s.a.w.: “Sesiapa membaca surah Al-Waqi’ah setiap hari, ia tidak akan
ditimpa kefakiran.”
Sabda Rasulullah s.a.w. : “Siapa membaca surah Al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan
ditimpa kesusahan atau kemiskinan selama-lamanya. (Diriwayatkan oleh Baihaqi dari Ibnu
Mas’ud r.a.)
Sabda Rasulullah s.a.w. : “Ajarkanlah surah Al-Waqi’ah kepada isteri-isterimu. Kerana
sesungguhnya ia adalah surah Kekayaan.” (Hadis riwayat Ibnu Ady)
Sabda Rasulullah s.a.w. : “Barang siapa yang membaca surah Al-Waqi’ah setiap malam
maka dia tidak akan tertimpa kefakiran dan kemiskinan selamanya. Dan surah Al-Waqi’ah
adalah surah kekayaan, maka bacalah ia dan ajarkan kepada anak-anakmu semua.”
Menurut fatwa sebahagian Ulama’ katanya: “Barangsiapa membaca surah Al-Waqi’ah pada
setiap hari dan malam dalam satu majlis sebanyak 40 kali, selama 40 hari pula, maka Allah
akan memudahkan rezekinya dengan tanpa kesukaran dan mengalir terus dari pelbagai
penjuru serta berkah pula.”
Senarai Surah

Senarai 114 Surah adalah:

1. Surah Al-Fatihah (Pembukaan) ‫سورة الفاتحة‬


2. Surah Al-Baqarah (Sapi Betina) ‫سورة البقرة‬
3. Surah Ali 'Imran (Keluarga Imran) ‫سورة آل عمران‬
4. Surah An-Nisaa' (Wanita) ‫سورة النساء‬
5. Surah Al-Maa’idah (Hidangan) ‫سورة المائدة‬
6. Surah Al-An'aam (Binatang Ternakan) ‫سورة األنعام‬
7. Surah Al-A’raaf (Tempat Tinggi) ‫سورة األعراف‬
8. Surah Al-Anfaal (Rampasan Perang) ‫سورة األنفال‬
9. Surah At-Taubah (Taubat) ‫سورة التوبة‬
10. Surah Yunus (Nabi Yunus a.s.) ‫سورة يونس‬
11. Surah Hud (Nabi Hud a.s.) ‫سورة هود‬
12. Surah Yusuf (Nabi Yusuf a.s.) ‫سورة يوسف‬
13. Surah Ar-Ra’d (Guruh) ‫سورة الرعد‬
14. Surah Ibrahim (Nabi Ibrahim a.s.) ‫سورة إبراهيم‬
15. Surah Al-Hijr (Kawasan Berbatu) ‫سورة الحجر‬
16. Surah An-Nahl (Lebah) ‫سورة النحل‬
17. Surah Al-Israa’ (Perjalanan Malam) ‫سورة اإلسراء‬
18. Surah Al-Kahfi (Gua) ‫سورة الكهف‬
19. Surah Maryam (Siti Maryam) ‫سورة مريم‬
20. Surah Taahaa ‫سورة طه‬
21. Surah Al-Anbiyaa’ (Para Nabi) ‫سورة األنبياء‬
22. Surah Al-Hajj (Haji) ‫سورة الحج‬
23. Surah Al-Mu’minun (Golongan yang Beriman) ‫سورة المؤمنون‬
24. Surah An-Nuur (Cahaya)‫سورة النّور‬
25. Surah Al-Furqaan (Pembeza Kebenaran dan Kebatilan) ‫سورة الفرقان‬
26. Surah Asy-Syu’araa (Para Penyair) ‫سورة الشعراء‬
27. Surah An-Naml (Semut) ‫سورة النّمل‬
28. Surah Al-Qasas (Cerita-cerita) ‫سورة القصص‬
29. Surah Al-‘Ankabut (Labah-labah) ‫سورة العنكبوت‬
30. Surah Ar-Rum (Masyarakat Rom) ‫سورة الرّوم‬
31. Surah Luqman (Luqman) ‫سورة لقمان‬
32. Surah As-Sajdah (Sujud) ‫سورة السجدة‬
33. Surah Al-Ahzab (Golongan yang Bersekutu) ‫سورة األحزاب‬
34. Surah Saba’ (Kaum Saba’) ‫سورة سبأ‬
35. Surah Faatir (Pencipta) ‫سورة فاطر‬
36. Surah Yaasin ‫سورة يس‬
37. Surah As-Saaffat (Yang Berbaris Dengan Teratur) ‫سورة الصافات‬
38. Surah Saad ‫سورة ص‬
39. Surah Az-Zumar (Rombongan) ‫سورة الزمر‬
40. Surah Al-Mu’min (Orang yang Beriman) ‫سورة غافر‬
41. Surah Fussilat (Dijelaskan) ‫سورة فصّلت‬
42. Surah Asy-Syuraa (Permesyuaratan) ‫سورة الشورى‬
43. Surah Az-Zukhruf (Perhiasan Emas) ‫سورة الزخرف‬
44. Surah Ad-Dukhaan (Kabut/Asap) ‫دخان‬ ّ ‫سورة ال‬
45. Surah Al-Jatsiyah (Yang Berlutut) ‫سورة الجاثية‬
46. Surah Al-Ahqaaf (Bukit-bukit Pasir) ‫سورة األحقاف‬
47. Surah Muhammad (Nabi Muhammad s.a.w.) ‫سورة محمد‬
48. Surah Al-Fat-h (Kemenangan) ‫سورة الفتح‬
49. Surah Al-Hujurat (Bilik-bilik) ‫سورة الحجرات‬
50. Surah Qaf ‫سورة ق‬
51. Surah Adz-Dzariyaat (Angin yang Menerbangkan) ‫سورة الذاريات‬
52. Surah At-Tur (Gunung) ‫سورة الطور‬
53. Surah An-Najm (Bintang) ‫سورة النجم‬
54. Surah Al-Qamar (Bulan) ‫سورة القمر‬
55. Surah Ar-Rahman (Yang Maha Pemurah) ‫سورة الرحمن‬
56. Surah Al-Waqi’ah (Peristiwa yang Tidak Dapat Dielakkan) ‫سورة الواقعة‬
57. Surah Al-Hadid (Besi) ‫سورة الحديد‬
58. Surah Al-Mujadilah (Perempuan yang Merayu) ‫سورة المجادلة‬
59. Surah Al-Hasyr (Pengusiran) ‫سورة الحشر‬
60. Surah Al-Mumtahanah (Perempuan yang Diuji) ‫سورة الممتحنة‬
61. Surah As-Saf (Barisan) ‫سورة الصف‬
62. Surah Al-Jumu’ah (Hari Jumaat) ‫سورة الجمعة‬
63. Surah Al-Munafiquun (Golongan Munafik) ‫سورة المنافقون‬
64. Surah At-Taghabun (Saling Untung dan Rugi) ‫سورة التغابن‬
65. Surah At-Talaq (Cerai) ‫سورة الطالق‬
66. Surah At-Tahrim (Mengharamkan) ‫سورة التحريم‬
67. Surah Al-Mulk (Kerajaan) ‫سورة الملك‬
68. Surah Al-Qalam (Pen) ‫سورة القلم‬
69. Surah Al-Haaqqah (Keadaan Sebenar) ‫سورة الحاقة‬
70. Surah Al-Ma’arij (Tempat-tempat Naik) ‫سورة المعارج‬
71. Surah Nuh (Nabi Nuh a.s.) ‫سورة نوح‬
72. Surah A-Jin (Jin) ‫سورة الجن‬
73. Surah Al-Muzammil (Yang Berselimut) ‫سورة المزّ ّمل‬
74. Surah Al-Muddathir (Yang Berselimut) ‫دثر‬ ّ ‫سورة الم‬
75. Surah Al-Qiamah (Kebangkitan) ‫سورة القيامة‬
76. Surah Al-Insaan (Manusia) ‫سورة اإلنسان‬
77. Surah Al-Mursalat (Yang Diutus) ‫سورة المرسالت‬
78. Surah An-Naba’ (Berita Besar) ‫سورة النبأ‬
79. Surah An-Naazi’aat (Yang Mencabut) ‫سورة النازعات‬
80. Surah ‘Abasa (Dia Bermasam Muka) ‫سورة عبس‬
81. Surah At-Takwiir (Menggulung) ‫سورة التكوير‬
82. Surah Al-Infitar (Pecah Belah) ‫سورة اإلنفطار‬
83. Surah Al-Mutaffifiin ( Golongan yang Curang) ‫سورة المط ّففين‬
84. Surah Al-Insyiqaaq (Terbelah) ‫سورة اإلنشقاق‬
85. Surah Al-Buruj (Gugusan Bintang) ‫سورة البروج‬
86. Surah At-Taariq (Pengunjung Malam) ‫سورة الطارق‬
87. Surah Al-A’laa (Yang Tertinggi) ‫سورة األعلى‬
88. Surah Al-Ghaasyiah (Peristiwa yang Menggelisahkan) ‫سورة الغاشية‬
89. Surah Al-Fajr (Fajar/Sinar Mentari) ‫سورة الفجر‬
90. Surah Al-Balad (Negeri) ‫سورة البلد‬
91. Surah Asy-Syams (Matahari) ‫سورة الشمس‬
92. Surah Al-Lail (Malam) ‫سورة الليل‬
93. Surah Adh-Dhuha (Pagi yang Cemerlang) ‫سورة الضحى‬
94. Surah Al-Insyirah/Al-Syarah (Kelapangan) ‫سورة الشرح‬
95. Surah At-Tin (Buah Ara) ‫سورة التين‬
96. Surah Al-‘Alaq (Gumpalan Darah) ‫سورة العلق‬
97. Surah Al-Qadr (Kemuliaan) ‫سورة القدر‬
98. Surah Al-Baiyinah (Bukti yang Nyata) ‫سورة البينة‬
99. Surah Al-Zalzalah (Kegoncangan) ‫سورة الزلزلة‬
100. Surah Al-‘Aadiyaat (Yang Berlari Kencang) ‫سورة العاديات‬
101. Surah Al-Qari’ah (Hari Yang Hingar Bingar) ‫سورة القارعة‬
102. Surah At-Takathur (Bermegah-megah) ‫سورة التكاثر‬
103. Surah Al-‘Asr (Waktu) ‫سورة العصر‬
104. Surah Al-Humazah (Pengumpat) ‫سورة الهمزة‬
105. Surah Al-Fiil (Gajah) ‫سورة الفيل‬
106. Surah Quraisy (Kaum Quraisy) ‫سورة قريش‬
107. Surah Al-Ma’un (Barangan Berguna) ‫سورة الماعون‬
108. Surah Al-Kauthar (Melimpah-ruah) ‫سورة الكوثر‬
109. Surah Al-Kafirun (Golongan Kafir) ‫سورة الكافرون‬
110. Surah An-Nasr (Pertolongan) ‫سورة النصر‬
111. Surah Al-Lahab (Nyalaan Api) ‫سورة المسد‬
112. Surah Al-Ikhlas (Tulus Ikhlas) ‫سورة اإلخالص‬
113. Surah Al-Falaq (Subuh/Dinihari) ‫سورة الفلق‬
114. Surah An-Nas (Manusia) ‫سورة النّاس‬

You might also like