`

` `

PROGRAM PENDIDIKAN INSKLUSIF http://ppdlms.edu.my/pk/?p=200 Posted on April 20th, 2008 by hildaain Disediakan oleh Pn. SHAMSIAH BT MOHD JAIS, Penyelaras Pendidikan Khas SK. Matang (Setiausaha Biro Lawatan Panitia Pendidikan Khas LM&S)

`

Peluang bagi murid-murid yang mempunyai kecacatan seperti Slow Learner, terencat akal ringan, Down Sindrom, Autisme, Epilepsi dan sebagainya supaya dapat belajar di dalam kelas normal bersama rakan sebaya. Diberikan alat sokongan khas seperti mendapat bimbingan dari guru kelas yang bekerjasama dengan guru kelas khas bagi membolehkan mereka mengikuti pelajaran dengan lebih berkesan.

`

`

Faktor penting : Meningkatkan intelek, taraf hidup dan budaya untuk meluaskan peluang pendidikan kepada semua warganegara. Program Inklusif akan dapat memastikan : > Perkongsian kemudahan serta alat-alat tertentu dengan sepenuhnya. > Peluang berinteraksi antara kanak-kanak Istimewa dengan kanak-kanak lain dan menyesuaikan diri dalam masyarakat. > Pengagihan perkhidmatan dan sumber yang lebih adil. > Menerapkan nilai-nilai murni antara kanak-kanak istimewa dengan kanak-kanak lain.

` ` `

` `

`

Pendidikan Inklusif adalah merujuk kepada percampuran ( mainstreaming ) kanak-kanak Pendidikan Khas di sekolah-sekolah normal. Kanak-kanak istimewa berpeluang untuk belajar di sekolah-sekolah normal dan menyertai aktiviti-aktiviti yang ada. Sesuaikan diri dari awal lagi dalam semua aspek kemasyarakatan biasa dapat dialami dan seterusnya mewujudkan golongan yang berupaya, mampu berdikari dan berkeyakinan.

`

`

`

Apabila semua kategori kanak-kanak ditempatkan dalam kelas biasa bersama, mereka dapat membina suatu hubungan yang bermakna dan saling menguntungkan bersama. Murid-murid normal mendapat keuntungan daripada usahausaha mereka menyokong dan membantu mengendalikan rakan-rakan µKhasµ sekelas mereka. Mereka juga dapat belajar memahami rakan-rakan µKhas¶ ini tanpa mengira perbezaan, kekurangan dan kecacatan. Pendidikan Inklusif menyediakan peluang yang lebih kepada kanak-kanak istimewa untuk berdikari dan memperolehi peluang pekerjaan.

`

`

`

PENDIDIKAN KHAS DI MALAYSIA ADALAH SATU USAHA YANG BERTERUSAN UNTUK MELAHIRKAN INSAN YANG BERKEMAHIRAN, BERHALUAN, BERUPAYA, BERIMAN, BERDIKARI DAN MAMPU MERANCANG DAN MENGURUSKAN KEHIDUPAN SERTA MENYEDARI POTENSI DIRI SENDIRI SEBAGAI SEORANG INDIVIDU DAN AHLI MASYARAKAT YANG SEIMBANG DAN PRODUKTIF SELARAS DENGAN FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA

MISI MENYEDIAKAN PENDIDIKAN YANG BERKUALITI KEPADA MURID-MURID DENGAN KEPERLUAN KHAS UNTUK MENJADIKAN MEREKA INSAN YANG DAPAT BERDIKARI, BERJAYA DALAM HIDUP DAN MEMBERIKAN SUMBANGAN BAKTI KEPADA MASYARAKAT DAN NEGARA VISI MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN YANG BERKUALITI KEPADA MURID-MURID DENGAN KEPERLUAN KHAS KEARAH KECEMERLANGAN HIDUP SEJAJAR DENGAN HASRAT FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA

`

`

`

Ø Menyediakan peluang dan kemudahan pendidikan untuk murid-murid dengan keperluan khas Ø Menyediakan pendidikan yang sesuai dan relevan kepada setiap murid pendidikan khas Ø Menyediakan bahan-bahjan pengajaran dan pembelajaran yang mencukupi dan terkini

` `

` `

`

Ø Menyuburkan keupayaan intelek, emosi, sosial dan jasmani kanak-kanak luar biasa Ø Memperkembangkan kecekapan ekonomi yang asas supaya kanak-kanak khas menjadi pekerja berguna dalam masyarakat Ø Mencegah sesuatu ketidakbolehan supaya tidak menjadi suatu kecacatan Ø Mengubah sikap negatif terhadap pembelajaran dengan mengembang atau memulihkan perasaan yakin diri di kalangan kanak-kanak khas Ø Mengeratkan kanak-kanak khas dengan masyarakat biasa supaya mereka dapat diterima oleh masyarakat

` ` ` ` `

Sekolah Pendidikan Khas Takrif Sekolah Khas Pendidikan khas Kementerian Pelajaran Malaysia dilaksanakan melalui: Sekolah Khas bagi murid bermasalah penglihatan dan bermasalah pendengaran. Program Pendidikan Khas Integrasi disediakan untuk murid-murid berkeperluan khas bermasalah pembelajaran, bermasalah pendengaran dan bermasalah penglihatan. la diwujudkan di sekolah harian biasa rendah dan menengah dan sekolah menengah teknik/vokasional yang menggunakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran secara pengasingan dan separa inklusif.

` ` `

Prasekolah Syarat kemasukan murid ke Program Prasekolah di Sekolah Pendidikan Khas ialah: berumur 6+ hingga 14+ tahun disahkan oleh pengamal perubatan dan boleh mengurus diri tanpa bantuan orang lain. Pelajaran Rendah Syarat kemasukan murid ke Program Pendidikan Khas Kementerian Pelajaran Malaysia ialah: berumur 6+ hingga 14+ tahun disahkan oleh pengamal perubatan dan boleh mengurus diri tanpa bantuan orang lain Semua sekolah rendah pendidikan khas mengikuti aliran akademik. Kemudahan-kemudahan yang disediakan di peringkat sekolah rendah termasuklah asrama dan makan minum percuma. Murid yang mengikuti Program Pendidikan Khas Integrasi boleh mengikuti kurikulum kebangsaan atau kurikulum alternatif.

` ` `

`

`

`

Syarat kemasukan murid ke Program Pendidikan Khas Kementerian Pelajaran Malaysia ialah: Berumur 13+ hingga 19+ tahun disahkan oleh pengamal perubatan dan boleh mengurus diri tanpa bantuan orang lain Pelajaran menengah menyediakan 2 jenis aliran iaitu akademik dan vokasional.

` ` `

` ` ` ` ` ` ` ` `

Pendidikan Teknik dan Vokasional i) Sekolah Khas Sekolah Menengah Pendidikan Khas Persekutuan Pulau Pinang menawarkan elektif mata pelajaran vokasional (MPV) manakala Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional Shah Alam menawarkan Sijil Kemahiran Malaysia. ii) Program Pendidikan Khas Integrasi Masalah Pendengaran Sekolah Menengah Vokasional (EAT) Azizah, Johor Baru Sekolah Menengah Teknik Langkawi, Kedah Sekolah Menengah Teknik Batu Pahat, Johor Sekolah Menengah Vokasional Bagan Serai, Perak Sekolah Menengah Teknik Tanah Merah, Kelantan Sekolah Menengah Vokasional Keningau, Sabah Tempoh Pengajian Tempoh belajar bagi murid-murid berkeperluan khas rendah adalah enam (6) tahun. Tempoh belajar bagi murid-murid berkeperluan khas menengah adalah lima (5) tahun. Tempoh ini boleh dilanjutkan hingga dua (2) tahun maksimum di mana-mana peringkat iaitu sarna ada rendah atau menengah mengikut keperluan murid berkenaan. Sumber Maklumat: Kementerian Pelajaran Malaysia

`

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful