Professional Documents
Culture Documents
(Subseksyen 43(1))
KADAR CARUMAN BULANAN
BAHAGIAN A
(1) Kadar caruman bulanan yang dinyatakan dalam Bahagian ini hendaklah terpakai bagi
(b) pekerja yang bukan warganegara Malaysia tetapi merupakan pemastautin tetap
di Malaysia; dan
(c) pekerja yang bukan warganegara Malaysia yang memilih untuk mencarum
sebelum 1 Ogos 1998.
dan bagi bulan-bulan apabila upahnya melebihi RM20,000.00, kadar caruman oleh pekerja
hendaklah dikira pada 11% daripada amaun upah bagi bulan itu, dan kadar caruman oleh
majikan ialah 12% daripada amaun upah bagi bulan itu. Jumlah caruman yang termasuk
wang sen hendaklah digenapkan kepada ringgit berikutnya.
(a) amaun upah bagi bulan itu yang hendaklah dicarumkan kepada Kumpulan Wang
oleh setiap majikan bagi setiap pekerja hendaklah mengikut apa-apa had amaun
upah dan caruman yang ditentukan oleh Lembaga; dan
(b) amaun caruman bagi bulan itu bagi maksud subsksyen 43(3) dan seksyen 44A
adalah terhad kepada apa-apa had jumlah caruman yang ditentukan oleh
Lembaga.
BAHAGIAN B
(1) Kadar caruman bulanan yang dinyatakan dalam Bahagian ini hendaklah terpakai bagi
pekerja yang bukan warganegara Malaysia
(a) yang memilih untuk mencarum pada atau selepas 1 Ogos 1998;
(b) yang memilih untuk mencarum di bawah perenggan 3 Jadual Pertama pada atau
selepas 1 Ogos 1998; dan
(c) yang memilih untuk mencarum di bawah perenggan 6 Jadual Pertama pada atau
selepas 1 Ogos 2001.
dan bagi bulan-bulan apabila upah melebihi RM20,000.00 kadar caruman oleh pekerja
hendaklah dikira pada 11% daripada amaun upah bagi bulan itu, dan jumlah caruman yang
termasuk wang sen hendaklah digenapkan kepada ringgit berikutnya. Kadar caruman oleh
majikan ialah RM5.00.
(a) amaun upah bagi bulan itu yang hendaklah dicarumkan kepada Kumpulan Wang
oleh setiap majikan bagi setiap pekerja hendaklah mengikut apa-apa had amaun
upah dan caruman yang ditetapkan oleh Lembaga; dan
(b) amaun caruman bagi bulan itu bagi maksud Subseksyen 43(3) adalah terhad
kepada apa-apa had jumlah caruman yang ditetapkan oleh Lembaga.
BAHAGIAN C
(1) Kadar caruman bulanan yang dinyatakan dalam Bahagian ini hendaklah
terpakai bagi
dan bagi bulan-bulan apabila upah melebihi RM20,000.00 kadar caruman oleh pekerja
hendaklah dikira 5.5% daripada upah bagi bulan itu, dan kadar caruman oleh majikan ialah
6% daripada upah bagi bulan itu. Jumlah caruman yang melibatkan wang sen hendaklah
digenapkan kepada ringgit berikutnya.
(a) Amaun upah bagi bulan itu yang kena dicarumkan ke Kumpulan Wang
oleh setiap majikan bagi setiap pekerja hendaklah mengikut apa-apa
had amaun upah dan caruman yang ditentukan oleh Lembaga.
(b) Jumlah caruman bagi bulan itu bagi maksud seksyen 43(3) adalah terhad
kepada apa-apa had jumlah caruman yang ditentukan oleh Lembaga.
BAHAGIAN D
(1) Kadar caruman bulanan yang dinyatakan dalam Bahagian ini hendaklah
terpakai bagi pekerja bukan warganegara Malaysia
(a) yang memilih untuk mencarum pada atau selepas 1 Ogos 1998;
dan bagi bulan-bulan apabila upah melebihi RM20,000.00 kadar caruman oleh pekerja
hendaklah dikira 5.5% daripada upah bagi bulan itu, dan jumlah caruman yang melibatkan
wang sen hendaklah digenapkan kepada ringgit berikutnya. Kadar caruman oleh majikan
ialah RM5.00.
(2) Dalam Bahagian ini
(a) Amaun upah bagi bulan itu yang kena dicarumkan ke Kumpulan
Wang oleh setiap majikan bagi setiap pekerja hendaklah mengikut
apa-apa had amaun upah dan caruman yang ditentukan oleh
Lembaga.
(b) Jumlah caruman bagi bulan itu bagi maksud seksyen 43(3) adalah
terhad kepada apa-apa had jumlah caruman yang ditentukan oleh
Lembaga.”.