You are on page 1of 15

Akhlak Dalam Pembentukan jatidiri Muslim

5. 1 Pendahuluan
Perbincangan mengenai akhlak, etika dan moral menarik perhatian pelbagai pihak sejak zaman
berzaman. Umumnya ketiga-tiga istilah ini berkaitan dengan perangai, tabiat, sikap, tingkah laku,
budi pekerti dan lain-lain aktiviti perlakuan manusia. Seterusnya perlakuan tersebut diberi
ukuran atau nilai sama ada baik atau buruk, jahat atau tidak dan sebagainya. Namun,
persoalannya ialah apakah standard (piawaian) dalam menentukan sesuatu perbuatan itu baik
atau buruk ?, jahat atau tidak ?. Pelbagai jawapan kita akan peroleh apabila kita mengkaji dan
memahami konsep etika, moral dan akhlak itu sendiri. Ini sesuai dengan pepatah "lain padang,
lain belalang". Lain perlakuan, lain penilaian yang diberikan oleh komuniti masyarakat.

Etika berasal daripada perkataan Yunani, iaitu ethos yang bermaksud hukum, adat resam,
kebiasaan dan budi pekerti. Bahasa Latin yang banyak mewarisi budaya Yunani pula
menggunakan perkataan mores bagi konsep yang sama. Mores ialah kata dasar bagi moral yang
ditakrifkan sebagai kesusilaan, adab, sopan santun, tradisi dan sebagainya yang menentukan
piawaian atau norma. Bagaimanapun terdapat sesetengah orang mengaitkan etika dan moral
dengan peraturan masyarakat yang terdiri daripada tatahukum, tatasusila atau tatatertib
masyarakat. Peraturan masyarakat biasa juga dimaksudkan sebagai tradisi, norma, kebiasaan atau
adat, nilai dan pantang larang masyarakat. Walau apapun, peraturan masyarakat wujud di luar
diri individu. Peraturan juga bersifat wujud atau konkrit serta ditetapkan oleh autoriti dalam
masyarakat tersebut (Abdul Rahman Md Aroff, 1999:10).

Bagi Gazalba (1983:89) etika ialah teori tentang laku perbuatan manusia dipandang dari segi
baik atau buruk sejauh yang dapat ditentukan oleh akal. Nilai-nilai yang dipandang baik oleh
etika itulah disebut moral yang baik, manakala nilai-nilai yang dipandang buruk oleh etika, ia
disebut moral yang buruk atau tidak bermoral. Ini membawa maksud bahawa etika dan moral
merupakan dua perkara yang saling berkaitan dan berhubungan antara satu sama lain. Justeru,
terdapat para pengkaji etika yang samaertikan antara moral dengan etika. Mohd Nasir Omar
(1986:18) memetik kata-kata Peter Baelz, antara lain menulis: "Moral dan etika selalunya
mempunyai makna yang sama. Walau bagaimanapun, adalah berfaedah jika dapat dibezakan
antara keduanya, sekalipun kita selalu tidak berjaya membezakannya".

jika kedua-dua perkataan itu digabungkan, maka moral dapat diertikan sebagai satu disiplin yang
menjelaskan kepada kita apakah sistem moral yang dihayati oleh satu-satu kelompok manusia
tertentu; manakala etika pula mengkaji, menganalisa dan mengkritik sistem moral tersebut. -
Etika bersifat reflektif dan teoritikal, sementara moral pula bersifat praktikal. Etika adalah
penyelidik atau pengkaji, manakala moral merupakan bahan yang diselidik atau dikaji oleh etika
(Mohd Nasir Omar, 1986:19-20).

Disebabkan etika merupakan teori-teori yang dihasilkan oleh pemikiran manusia, kita dapati
telah muncul pelbagai mazhab dengan teori-teori etika atau kemoralan berdasarkan fahaman
masing-masing. Teori-teori tersebut antaranya ialah teori kemoralan sosial, etika keperibadian
mulia, utilitarianisme, egoisme, prinsip kewajipan, eksistensialisma, naturalisme, hendoisme,
idealisme, teologi dan sebagainya (Abdul
Rahman Md Aroff, 1999: 10-43; Mustafa Hj Daud, 1996:17-25).

Akhlak dalam Islam bukanlah teori, kerana itu konsepnya tidak sama dengan konsep etika yang
dibawa oleh Barat. Akhlak dalam Islam ialah sikap rohaniah yang memuliakan tingkah laku
(perbuatan) manusia terhadap Allah s.w.t. dan terhadap diri sendiri dan makhluk lain, sesuai
dengan suruhan dan larangan serta petunjuk al-Quran dan Hadis. Nilai yang baik disebirt akhiak
mahmudah dan nilai yang keji disebut akhlak mazmumah. Bagi Gazalba (1983: 89), moral dalam
Islam ditentukan oleh akhlak.

Moral dalam masyarakat bukan Islam ditentukan oleh etika. Etika ialah falsafah mengenai teori
nilai (axiologi).

5. 2 Pengertian Akhlak
Akhlak adalah perkataan Arab, iaitu kata jamakplural dari perkataan al-khuluqun yang
bermaksud budi pekerti, tingkah laku dan tabiat (Mustafa Hj Daud, 1996: 4). Perkataan ini pula
adalah pecahan daripada perkataan al-khalaq yang bererti ciptaan (Harun Din, 1985: 143). Al-
Quran menyatakan hakikat ini, bermaksud : "Yang menciptakan tiap-tiap sesuatu dengan sebaik-
baiknya dan dimulakannya kejadian manusia berasal dari tanah". (al-Sajdah 32: 7)

Manusia dicipta dengan penuh keindahan (sebaik-baik kejadian). Keindahan tersebut meliputi
lahiriah (fizikal) dan batiniah (spiritual - dalaman) diri manusia. Keindahan ciptaan fizikal
dustilahkan sebagai al-khalqu seperti raut muka, warna kulit, tinggi rendah tubuhnya dan
sebagainya. Sementara keindahan dalaman diri manusia terangkum dalam istilah al-khuluq yang
menggambarkan keindahan jiwa, meliputi kehendak, inspirasi dan sebagainya. Oleh itu apabila
seseorang dikatakan baik khuluq dan khalqunya maka ia bermaksud orang tersebut baik sifat
lahiriah dan batiniahnya (Lebih lanjut lihat Humaidi Tatapangarsa, 1983). Dari sudut istilah,
Imam al-Ghazali dalam Ihya Ulumuddin (Tk. H Ismail Yakub, jId 4, 1988: 143) mendefinisikan
akhlak sebagai sifat yang tertanam dalam jiwa seseorang dan darinya terbentuk perbuatan dengan
mudah tanpa berkehendakkan pertimbangan fikiran teriebih dahulu. Apabila keadaan jiwa
tersebut terbit perbuatan yang baik dan terpuji menurut akal dan syariah, ia dinamakan akhlak
yang baik. Sekiranya yang keluar itu perbuatan yang buruk, ia dinamakan akhlak yang buruk.
Menurut Ibn Miskawayh (lihat lebih lanjut Mohd Nasir Omar, 1986: 23 - 25), keadaan jiwa
seseorang itu terbahagi kepada dua bahagian, iaitu: Pertama: Natural (tabie) - keadaan jiwa yang
tabie ini berpusat di sifat semula jadi seseorang, umpamanya perasaan cepat marah terhadap
perkara yang kecil-kecil; panas baran; cepat terkejut dengan berita yang didengar; cepat ketawa;
cepat berputus asa dan sebagainya. Kedua: Keadaan jiwa yang dibentuk melalui latihan dan
kebiasaan. Keadaan jiwa dalam kategori ini terbahagi kepada dua peringkat;

i. Peringkat pertimbangan dan pemikiran yang teliti


ii. Peringkat mempraktis satu-satu kebaikan sehingga menjadi kebiasaan dalam amalan hidup
seseorang. Akhlak dalam Islam adalah tindakan yang merangkumi aspek lahiriah dan batiniah
seseorang.

Aspek lahiriah melibatkan laku perbuatan luaran. Manakala aspek batiniah pula merupakan
keadaan dalaman (spiritual) seseorang. Dengan kata lain, aspek batiniah ialah keimanan yang ada
dalam diri seseorang sehingga mereka melakukan sesuatu berdasarkan suruhan iman tersebut.
Ringkasnya, akhlak haruslah mempunyai tiga ciri berikut:

i. Aspek batin atau keadaan jiwa seseorang yang merupakan tenaga penggerak kepada
pembentukan tingkah laku (aspek luaran)

ii. Aspek luaran atau tingkah laku itu sendiri, yang dilakukan bukan kerana tekanan emosi atau
desakan-desakan dari luar seperti paksaan dan sebagainya.

iii. Perbuatan-perbuatan itu pula hendaklah dilakukan secara berterusan hingga menjadi
kebiasaan dan darah daging kepada seseorang (lihat Mohd Nasir Omar, 1986: 23).

Aspek kejiwaan (kerohanian) perlu dititik beratkan oleh setiap insan yang inginkan kesejahteraan
dalam hidup. Ini sebagaimana disebutkan dalam surah as- Syams ayat 9-10 bermaksud:
"Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang menyucikan jiwanya dan rugilah orang-orang
yang mengotorinya".

5. 3 Kategori Akhlak
Umumnya perlakuan atau aktiviti manusia boleh dibahagikan kepada dua kategori utama, iaitu
perlakuan baik dan perlakuan buruk. Perlakuan baik apabila mereka melakukan perbuatan yang
bercirikan akhlak atau sifat mahmudah (terpuji). Perlakuan buruk puia terhasil apabila
melakukan sesuatu perkara yang bercirikan akhlak atau sifat mazmumah (keji).

5. 3. 1 Akhlak Mahmudah
Akhlak mahmudah adalah akhlak yang dituntut dalam Islam, la merupakan segala bentuk
kebaikan yang dilakukan oleh manusia daripada sekecil-kecil perkara sehinggalah sebesar-besar
perkara seperti keimanan yang mutlak kepada Allah s.w.t., taqwa, ihsan, benar, jujur, amanah,
menyampaikan, bijaksana, pemurah, menundukkan pandangan, memelihara lidah, lemah lembut,
sabar dan tabah serta lain-lain sifat yang menggambarkan kebaikan.

Sifat mahmudah adalah semua perbuatan yang menggambarkan pelaksanaan tanggungjawab


kepada perintah Allah s.w.t. dan akur kepada larangan-Nya dengan cara tidak melanggar
larangan tersebut. Dengan kata lain, ia melaksanakan suruhan dan meninggalkan larangan walau
di mana ia berada; di khalayak atau keseorangan.

Malah bukan sahaja dari sudut perbuatan zahir, tetapi juga hatinya (batin) akur dengan tuntutan
tersebut.

5. 4. 2 Akhlak Mazmumah
Akhlak mazmumah adalah akhlak yang keji dan cela sebagai lawan kepada akhlak mahmudah. la
merupakan segala bentuk perlakuan, sifat, tabiat dan perangai buruk yang dicela oleh syarak.
Sifat-sifat tersebut antaranya ialah syirik, derhaka kepada ibubapa, khianat (pecah amanah),
sombong, mencela, benci membenci, fitnah, tomohan, hasad, dengki, rasuah, mengintai-intai
kesalahan dan kesilapan orang lain dan sebagainya. Sifat mazmumah adalah semua perbuatan
yang melaksanakan larangan Allah s.w.t. dan meninggalkan suruhan-Nya. Terpuji atau tercela
sesuatu perlakuan (perkara) bukannya berdasarkan ukuran akal, tetapi berdasarkan standard yang
digariskan oleh al-Quran dan al-Sunnah.
Al-Quran sebagai sumber mutlak merupakan wahyu Allah s.w.t., sedangkan manusia adalah
makhluk ciptaan-Nya, dengan itu sudah past! Dia menurunkan panduan yang sesuai dengan
ciptaan-Nya itu. Firman-Nya dalam surah al-Rom ayat 30, bermaksud: "Hadapkanlah clirimu
(engkau dan pengikut- pengikutmu wahai Muhammad) ke arah agama yang jauh dari kesesatan;
(turutlah terus) "agama Allah" iaitu agama yang Allah menciptakan manusia (dengan keadaan
bersedia dan semula jadinya lagi) untuk menerimanya; tidak patut ada sebarang perubahan pada
ciptaan Allah itu; itulah agama yang betul lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui".
Dalam konteks akhlak, al-Quran menggunakan pelbagai pendekatan untuk menjelaskan
hakikatakhlak yang baik dan akhlak yang buruk, kepentingan akhlak baik dan celaka serta
ancaman kepada mereka yang berakhlak buruk. Antara pendekatan tersebut ialah:

i. Menjelaskan konsep kebaikan dan keburukan secara terperinci. Al-Quran menggunakan suatu
susunan istilah yang menyeluruh bagi menjelaskan konsep kebaikan. Istilah-istilah tersebut ialah
al-khayr (kebaikan), 6rr(kebenaran), qist (kesaksamaan), adi (kesamaan dan keadilan), haqq
(benar dan betul), maaruf (diketahui dan disahkan baiknya), taqwa (takut dan harap), ihsan dan
sebagainya. Amalan-amalan taat dan warak ini disebut sebagai salihat (Rafik Issa Beekun, 1998:
3). Mereka yang melakukan amalan kebaikan adalah orang yang berjaya. Firman Allah s.w.t.,
bermaksud: "Wahai orang-orang yang beriman! Rukulah serta sujudlah (mengerjakan solat) dan
beribadatlah kepada Tuhan kamu (dengan mentauhidkan-Nya), serta kerjakanlah amal-amal
kebajikan (al-khayr) supaya kamu berjaya di dunia dan diakhirat". (al-Hajj 22: 77) Bagi
menggambarkan konsep keburukan pula, al-Quran telah menggunakan istilah-istilah seperti al-
sayyiat (keburukan), al-suu (kejahatan), al-fahsya (perkara-perkara yang keji), al-mungkar
(kemungkaran), rijsun (najis), amalan syaitan dan lain-lain. Mereka yang mengamalkan amalan
ini adalah orang-orang yang rugi di dunia dan di akhirat. Firman Allah s.w.t., bermaksud:
"Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arafyjudi, pemujaan berhala,
mengundi nasib dengan batang-batang panah (bertenung nasib) adalah perbuatan keji (rijsu) dari
perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya". (al-Maidah 5:
90)

ii. Pujukan dan ancaman: kebaikan dan keburukan adalah untuk mereka yang melakukannya. Al-
Quran menerangkan bahawa kebaikan dan keburukan yang manusia lakukan adalah untuk diri
mereka sendiri. Kesan kedua-dua perbuatan tersebut kembali kepada diri mereka sendiri. Hakikat
ini dijelaskan dalam surah al-lsra ayat 7 bermaksud: "jika kamu berbuat kebaikan, (maka faedah)
kebaikan yang kamu lakukan ialah untuk diri kamu; dan jika kamu berbuat kejahatan, maka
(kesannya yang buruk) berbalik kepada diri kamujuga. . . " Kebaikan dan keburukan merupakan
dua perkara yang tidak sama walaupun keburukan itu menarik hati manusia. Firman Allah s.w.t.,
bermaksud: "Katakanlah (wahai Muhammad) "tidak sama yang buruk dengan yang balk,
walaupun banyaknya yang buruk itu menarik hatimu. Maka bertaqwalah kepada Allah wahai
orang-orang yang berakal fikiran, supaya kamu berjaya". (al-Maidah 5:100)

iii. Pensejarahan atau penceritaan. Banyak kisah-kisah silam yang menarik untuk dijadikan
iktibar oleh urnat kini. Dalam konteks akhlak, aI-Quran menceritakan pembalasan yang drterima
oleh manusia yang berakhlak bucuk, menzalimi din sendiri, menolak kebenaran. hidup
berasaskan hawa nafsu dan bertentangan dengan frtrah semulajadi dengan melakukan
homoseksual dan sebagainya. Dalam surah Yunus ayat 13 disebutkan, bennaksud: "Dan
sesungguhnya kami telah membinasakan umat-umat yang terdahulu danpada kainu apabHa
mereka beflaku zaum pacte hal telah datang kepada mereka rasuf-rasul mereka membawa
keterangan- keterangan, dan mereka masih juga tidak benman. Demikianlah kami membalas
kaum yang melakukan kesalahan Bagi kaum Thamud, Allah s.w.t. menjelaskan, bennaksud:
Maka apabHa datang azab Kami, Kami selamatkan Nabi Saleh berserta umatnya yang beriman,
dengan rahmat dan Kami, dan Kami selamatkan mereka dari azab serta kehinaan hari. itu.
Sesungguhnya Tuhanmu, Dialah yang Mafia Kuat lag! Maha Kuasa. Dan orang-orang yang
zaum itu (kaum Thamud), dibinasakan oleh satu letusan Guana yang menggempakan bumi, lalu
menjadilah mereka mayat-mayat yang fersungkur ditempat tinggal masing-masing. (Mereka
punah ranah) sedah-ofah mereka tidak pemah tinggal di situ. Ketahuilah sesungguhnya kaum
Thamud itu kufurkan Tuhan mereka. Ketahuilah! Sesungguhnya kebinasaanlah akhimya bagi
kaum Tbamud. (Hudi 1:66-68) AI-Quran juga telah menggambarkan kehancuran penduduk
negeri Sadum kerana mengikut hawa nafsu. Kisah ini dirakamkan dalam surah al-Arafayat 80-
84. bermaksud: Dan Nabi Lut (juga Kami utuskan), (ingatlah) apabila ia berkata kepada
kaumnya: "Patutkah kamu melakukan pertuatan yang keji, yang tidak pemah dilakukan oleh
seorangpun dari penduduk alam sebelum kamu?. "Sesungguhnya kamu mendatangi {elaki untuk
memuaskan nafsu syahwat kamu dengan meninggalkan pensmpuan, bahkan kamu ini adalah
kaum yang melampaui bates". Dan tidak ada jawapan kaumnya melainkan mereka berkata:
Usinah mereka (Nabi Lut dan pengikut-pengikutnya yang taat) dari bandar kamu Ini.
Sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang (mendakwa) menyucikan dn". Maka Kami
selamatkan dia dan ablinya (keluarganya dan pengikut-pengikutnya) melainkan istennya, adalah
la dan orang-orang yang dibinasakan. Dan Kami telah menghujani memka dengan hujan (batu
yang membinasakan). Ofeh itu, lihatlah bagaimana akibat orang-orang yang melakukan
kesalahan.

Selain danpada ciri-ciri di atas, terdapat banyak tagi metod yang digunakan oleh at-Quran bagi
menggambarkan akhlak baik dan akhlak buruk seperti nasihat menasihati sebagaimana yang
dilakukan oteh Lukman kepada anaknya, perbandingan atau perumpamaan antara mereka yang
melakukan kebaikan dengan keburukan, gambaran batasan dan tain-lain. Manakala Al-Sunnah,
sebagaimana Al-Quran, juga menjelaskan secara terperinci akhtak yang baik dan akMak yang
buruk. Al-Sunnah adatah segala yang dinukitkan daripada Rasullullah s.a.w sama ada dalam
bentuk perkataan, perbuatan, taqrir (pengakuan terhadap apa yang dilakukan oleh sahabat), sifat
kelakuan dan perialanan hidupnya (AI-Qattan, Manna, 1992: 13-15). Rasutlullah s.a.w adalah
ikutan terbaik dalam setnua aspek hidup. Kehidupan Baginda berasaskan nitai dan etika mumi
(akhlak) yang dipandu oleh Allah s.w.t. . Ini sesuai dengan status Baginda s.a.w sebagai pesuruh
Allah s.w.t. yang membawa konsep "penyempuma akhlak yang mulia (Lihat al-Baihaqi,
1980:192). Terdapat pelbagai hadis (Nabi Muhammad s.a.w) yang menyuruh supaya berakhlak
baik dan meninggalkan akhlak buruk. Begitu juga dengan hadis-hadis yang menjelas, menganjur,
menyaran dan memberi gambaran kebaikan kepada pelaku akhlak baik. di samping hadis-hadis
yang menggesa supaya menjauhi dan meninggalkan akhlak buruk serta balasan mereka yang
melakukan perbuatan tidak baik; keji dan mungkar. Imam Nawawi (1988) telah mengemukakan
hadis-hadis tersebut antaranya, bennaksud:

i. Bertaqwalah kepada Allah di mana sahaja engkau berada, dan ikutilah kejahatan dengan
mengerjakan kebaikan, nescaya menghapuskannya. Dan berakhlaklah kepada mahusia dengan
akhlak yang baik" (Riwayat Tarmizi)
ii. Tiada beriman seseorang kamu hingga ia mencSntal untuk saudaranya apa yang la cmtai
untuk difinya" (Riwayat Bukhari dan Muslim)

iii. Janganlah kamu dengan mendengki, tipu menipu, benci membenci, belakang membelakang!
(musuh memusuhi), dan janganlah setengah kamu menjual di atas penjualan setengah kamu.
Jadilah kamu hamba Allah yang bersaudara. Orang-orang Islam bersaudara, tidak boleh ia
menganiayai dan memblarkan saudaranya (dalam kehlnaan) serta tfdak boiQh mendustainya dan
menghinakannya. "Takwa itu di sini". Kata Nabi - sambif imnunjuk ke dadanya tsga kali.
Kejahatan seseorang itu, bahawa ia merendabkan saudaranya orang Islam. Orang Islam ke atas
orang Islam lain haram darahnya, hartanya dan kehonnatannya. (Riwayat Muslim)

iv. Tidak akan masuk syurga sehingga kamu beriman. Dan tidak (dikata) kamu beriman sehingga
kamu berkaslh-kasih. Mahukah ku tunjukkan kepada kamu satu perkara yang apabila kamu
perbuat akan dia nescaya kamu befkasih-kasih ? laitu siarkanlah salam di antara kamu. (Riwayat
Muslim) Dengan itu jelaslah bahawa wahyu clan sunnah Rasul[ullah SA. W. merupakan dua
rangkaian panduan yang tidak dapat dipisankan. Kedua-duanya menyatakan secara jelas apa
yang disebutkan sebagai kebaikan (terpuji) dan keburukan (tercela). Kebaikan dan keburukan itu
bukan sekadar srfat atau perbuatan yang dilakukan oteh seseorang tetapi ia adalah sesuatu" yang
datang dan dalam din manusia; keadaan kejiwaan yang mendorong manusia melakukan sesuatu
tindakan.

5. 4 Pemblnaan dan Pemantapan Akhlak


Membina dan memantapkan akhlak bukan pefkara yang mudah. Seluruh potensi dan kekuatan
periu digarap secara bersama dan berterusan ke arah acuan yang sudah dftentukan. Acuan dan
landasan yang berdasarkan sumber autentik Islam; AI-Quran dan AI-Sunnah, seterusnya
berasaskan realiti kehidupan; ibubapa, keluarga, persekitaran, adat resam, pendidikan dan
sebagainya. Walaupun terdapat pelbagai kaedah dan metod dalam pembinaan akhlak dan
pemantapannya, namun di sini disarankan beberapa langkah sahaja, antaranya:

6. 4. 1 Penghayatan AI-Quran
Al-Quran periu dijadikan wind harian dengan membiasa did membaca dan memahami ayat-ayat
yang tersurat dan makna yang tersirat sama ada pada waktu pagi atau petang. Abdullah Nasth
Utwan (1989:381-382) telah menasihati para pendidik supaya mwnberikan didikan al-Quran
kepada anak didik mereka, kerana: "apabila lidah kita terbiasa dengan ayat-ayat at-Quran, roh
berkembang, hati khusyuk, air mata mengalir, iman dan Islam mengukuh di dalam)iwa. Sesudah
itu, krta tiada kenal lagi selain dan al- Quran dan Islam sebagai undang-undang, dasar dan
pensyariatan. Peanbaca al-Quran akan diberi naungan Arasy Allah pada hari yang tiada naungan
melainkan naungan-Nya. Ini sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ath-Thabarani daripada
Syaidina Ali -karramalahu- wajhah, bahawa Nabi s.a.w bersabda, bermaksud: Didiklah anak-
anak kaimi atas tiga perkara: Cinta kepada Nabi kamu, cinta kepada kaum keluarganya serta
membaca al-Quran. Sesungguhnya para pembaca al-Quran itu berada di dalam naungan Arasy
Allah pada hari tiada naungan mefainkan naungan-Nya bersama- sama para Nabi-Nya dan
orang-orang sucf. Penghayatan al-Quran mendidik hati-hati supaya sentiasa akur dan patuh
kepada Allah s.w.t. Takut pada ancaman-Nya dan gembira dengan janji Allah yang sentiasa
benar.
6. 4. 2 Uswah Hasanah
Nabi Muhammad s.a.w. adalah sumber rujukan dan uswah hasanah (ikutan terbaik). Ini
disebabkan:

i. Baginda SA. W. telah mempraktis dan menjalani kehidupan berasaskan didikan al-Quran. Ini
dapat dilihat dalam firman Allah s.w.t., bermaksud: "Hendaklah engkau mQnjodi pemaaf dan
fnenyuruh nwngorjakQn yang balk dan tinggalkanlah orang-orang yangjahil (tidak
berpengetahuan)1 (Al-Araf7:199) Sesungguhnya Allah memeuntahkQn supaya menjafankan
keadifan, bQituat kebaikan dan memberi kepada kaum kerabat dan Allah melarang dan Allah
melarang pefbuatan key, peianggaran dan pendumakaan. Dia mengajarkamu supaya kamu
mengetahur (al-NaM 16: 90) janganlah kamu befjalan di bum! dengan sombong, kersna engkau
Wak akan dapat menembusi bumi ini dan engkau tidak akan sampai setinggi gunung" (al-
lsra17:37)
ii. Pengiktiran, pujian dan anjuran Allah s.w.t. (al-Quran) supaya berakhlak sebagaimana akhlak
RasuHultah s.a.w. Hakikat ini dpiaskan dalam ayat-ayat berikut, yang bermaksud: "Dan
sesungguhnya engkau mempunyai budi pekerti yang agung" (al-Qalam68:4) "Sesungguhnya
RasuHultah itu menjadi ikutan ftefadan) yang balk untuk kamu dan untuk orang yang
mengharapkan menemui Allah dan Hau Kemudian dan mengingatj Allah sebanyak-banyaknya.
(al-Ahzab 33:21) Praktis hidup seharian baginda s.a.w. adalah berasaskan al-Quran. Baginda
tidak memperkatakan sesuatu menurut hawa nafsu.

Hakikat ini disebut oleh Allah s.w.t, bermaksud: "Dan ia tidak memperkatakan (sesuatu yang
berhubung dengan agama Islam) menurut kemahuan dan pendapatnya sendiri. Segala yang
diperkatakannya itu (sama ada al-Quran atau hadis) tidak lain melainkan wahyu yang
diwahyukan kepadanya". (al-Najm 53:3-4) Aisyah r. a., isteri baginda s.a.w. apabila ditanya
mengenai akhlak baginda telah menjelaskan bahawa ":Sesungguhnya akhlak Rasullullah s.a.w.
adalah menurut al-Quran". Dengan kata ini, baginda s.a.w. telah mempraktis al-Quran dalam
hidup baginda.

Praktis tersebut dukuti oleh para sahabat yang bukan sahaja dalam soal-soal ibadat khusus seperti
solat, puasa, zakat dan haji tetapi meliputi sistem politik, pentadbiran, pemerintahan, ekonomi,
sosial, ilmu dan teknik, falsafah, seni dan sebagainya.

Sebagai utusan Allah s.w.t. dan ikutan terbaik, baginda memiliki sifat-sifat mulia dan hebat yang
terlalu banyak untuk dijadikan teladan. Ini- dapat dilihat daripada perjalanan hidup baginda
s.a.w. yang begitu cemerlang walaupun berada di kalangan masyarakat jahiliah. Masyarakat
yang terkenal dengan kerosakan akhlak seperti membunuh, menanam anak perempuan hidup-
hidup, perjudian, pelacuran, arak, pergaduhan, asobiyyah dan lain-lain. Baginda berjaya
mengubah masyarakat tersebut kepada suasana berakhlak. ; berhati mulia, beriman, tolong
menolong ke arah kebenaran, mencegah kemungkaran dan sebagainya.

Pada diri baginda terdapat sifat-sifat kenabian seperti sidiq, amanah, tabligh, fatanah dan
pelbagai sifat terpuji yang lain antaranya syajaah (berani), pemurah, lemah lembut, kasih sayang,
peramah, tenang, sabar, tegas dan lain-lain. Semuanya dilaksanakan di atas dasar keimanan
kepada Allah s.w.t. . Contoh akhlak baginda, umumnya dapat dibahagikan kepada tiga kategori
yang utama iaitu; i. Akhlak baginda dengan Allah s.w.t.

ii. Akhlak baginda dengan sesama manusia

iii. Akhlak baginda dengan alam

i. Akhlak Baginda Dengan Allah s.w.t. Baginda s.a.w. menghubungkan seluruh hidupnya kepada
Allah s.w.t. Dalam soal akhlak, baginda memohon dari Allah s.w.t. supaya memperelokkan
akhlak dan menjauhi akhlak yang buruk. Hakikat ini digambarkan melalui doa baginda
dipermulaan solat sebagaimana diriwayatkan oleh Muslim, bermaksud: "Wahai Allah Tuhanku!
Berikanlah aku petunjuk kepada akhlak yang sebaik-baiknya. Tiada yang member! petunjuk
kepada akhlak yang sebaik-baiknya itu, selain engkau. Jauhkanlah daripadaku akhlak yang jahat,
tiada yang menjauhkan akhlak yang jahat itu daripadaku selain engcai"(LihatlmanAI-Ghazali,
1988: 138). Selain daripada itu, keimanan baginda s.a.w. begitu kental dan teguh dalam semua
keadaan. Sebagai contoh, Abobakar Atjeh (1979: 9-10) telah menggambarkan hakikat ini melalui
satu kisah iaitu: "Pemah suatu ketika baginda digertak dan diacukan dengan pedang oleh Dasur
seorang musuh yang gagah sasa sambil bertanya: "sekarang siapakah yang berkuasa dan dapat
melepaskan engkau dari tanganku?". Nabi s.a.w. melihat ke kin dan ke kanan, tetapi tiada
seorangpun pengikutnya yang kelihatan. Walaupun begitu baginda tidak takut dan gentar, malah
dengan tegas berkata; "Allah yang Maha Kuasa". Mendengar jawapan tersebut. Dasur yang
gagah perkara menjadi gementar. Pedang ditangan terjatuh ke bumi tanpa disedari. Nabi
Muhammad s.a.w. mengambil pedang tersebut dan mengacukannya kepada Dasur sambil
berkata: "Sekarang jawablah oleh mu, siapakah yang sanggup membela dirimu dari tanganku?.
Dasur dalam ketakutan yang amat sangat dan tidak berkata sepatahpun. Walau bagaimanapun,
Nabi Muhammad s.a.w. sambil mengembalikan pedang telah berkata:"Aku ini diutuskan bukan
untuk menyembelih manusia, tetapi menanam kasih sayang di antara mereka ttu". Kerana akhlak
yang baik tersebut, Dasur memeluk Islam dan menjadi pengikut Nabi".

Dalam soal ibadah pula, baginda s.a.w. telah melaksanakan ibadah dengan penuh ketaatan dan
ketaqwaan. Aisyah r. a. pernah ditanya oleh Aswad bin Yazid bagaimana solat Rasullullah s.a.w.
di malam hari. Jawab Aisyah: Baginda tidur dahulu pada permulaan malam. Kemudian baru
bangun apabila waktu sahur serta solat witir, sesudah itu baginda tidur lagi. Kalau baginda
berkeperluan dengan isterinya, maka pada waktu itulah baginda memilih saatnya. Maka apabila
baginda mendengar azan suboh, baginda bangun dan kalau berjunub maka bersiramlah ia dengan
air, sedang jika tidak, baginda hanya berwudu dan terus keluar pergi solat (Abobakar Atjeh 1979:
288). Kesungguhan baginda dalam ibadah boleh dilihat dalam anjurannya supaya umat Islam
beribadah solah-olah akan mati esok hari dan bekerja seolah-olah akan hidup seribu tahun lagi.
Dengan itu tidak hairanlah apabila baginda sujud kepada Allah s.w.t. dengan begitu lama, malah
air matanya mengalir apabila mengingati azab Allah s.w.t.

ii. Akhlak Baginda Sesama Manusia


Dalam konteks ini, terlalu banyak amalan atau perlakuan terpuji baginda s.a.w. . Aboebakar
Atjeh (1988: 267-302) telah mengemukakan beberapa kisah mengenainya, antaranya:

i. Anas meceritakan "Aku melayani Nabi selama sepuluhtahun lamanya. Demi Allah belum
pemah aku mendengar ia berkata ah kepadaku dan tidak pula pernah ia menegur: mengapa kamu
perbuat beg ini dan alangkah baiknya kalau kamu buat begitu".

ii. Anas bin Malik menceritakan, Rasullullah s.a.w. gemar mengunjungi orang sakit, menghadiri
upacara jenazah, mengenderai keldai biasa dan memperkenankan undangan hamba sahaya yang
memanggilnya.

iii. Kekejian dan berbuat keji tidak ada harganya dalam Islam. Orang yang baik dalam Islam
ialah orang yang baik kelakuannya.

iv. Baginda menganjurkan supaya tidak berdendam dan membalas kejahatan dengan kebaikan.
Anjuran ini bukan kata-kata kosong, malah baginda telah mempraktiskannya. Sebagai contoh,
terdapat seorang penduduk yang sentiasa melakukan perkara yang tidak baik kepada baginda
dengan cara menghalang baginda ke masjid setiap pagi. Berbagai-bagai halangan yang
dilakukan. Pada suatu pagi, baginda ke masjid seperi biasa, dan pada pagi itu terdapat kelainan
kerana tiada halangan yang diterima. Selepas solat, baginda semasa dalam perjalanan pulang
telah singgah di rumah penduduk yang sentiasa memusuhi baginda itu. Baginda masuk setelah
diberi keizinan dan mendapati ia sedang sakit. Lalu baginda menolong dengan sewajarnya.
Melihat keadaan tersebut, penghuni rumah itu menangis kerana terharu. Bagi Rasullullah s.a.w.
apa yang dilakukan tersebut adalah suruhan Islam.

Catatan-catatan di atas adalah sebahagian kecil contoh perlakuan terpuji baginda s.a.w. .
Sebenarnya terlalu banyak amalan terpuji baginda s.a.w. yang terserlah dalam pergaulan baginda
sama ada dengan keluarga; isteri dan anak-anak, para sahabat, para pembesar, musuh dan
sebagainya.

iii. Akhlak Baginda Dengan Alam Akhlak mulia yang baginda tunjukkan bukan sahaja
melibatkan manusia, malah juga kepada makhluk lain sama ada nampak atau tidak. Makhluk-
makhluk tersebut seperti haiwan, tumbuh-tumbuhan, muka bumi, jin dan sebagainya. Sebagai
contoh, baginda telah menjelaskan terdapat perempuan tua yang akan dibakar dalam api neraka
kerana memelihara kucing, mengurungnya dan tidak memberi makan sehingga kucing tersebut
mati. Dan terdapat perempuan yang dalam hidupnya melakukan berbagai kemaksiatan tetapi
mendapat balasan syurga kerana kebaikan hatinya iaitu memberi minum anjing yang kehausan.

Selain daripada itu, baginda juga mendidik umat Islam supaya tidak membuang air kecil di
dalam lubang-lubang kerana ia adalah kediaman jin. Begitu juga bila menyembelih haiwan,
hendaklah dengan pisau yang tajam dan tidak menunjukkan senjata tersebut kepada haiwan yang
hendak disembelihnya.

Sebagai kesimpulan, catatan di atas adalah sekelumit daripada contoh-contoh akhlak terpuji
baginda s.a.w. Kehidupan baginda yang begitu agung dan hebat dapat dukuti apabila kita
mengkaji buku-buku yang berkaitan dengan sirah hidup baginda s.a.w. Baginda mempraktiskan
a1-Quran dan dukuti oleh para sabahat sehingga mereka digelar sebagai "al-Quran yang
bergerak".

5. 4. 3 Pelaksanaan Ibadah
Bagi umat Islam, penghayatan akhlak terpancar melalui pe!aksana?. n rukun Islam yang lima.
Rukun-rukun tersebut ialah:
i. Kalimah syahadah
ii. Solat ui. Puasa
iv. Zakat
v. Haji

Menurut Aboebakar Atjeh (1988: 2-7), rukun Islam adalah pokok-pokok akhlak dalam Islam,
kerana ia bukan sahaja merupakan latihan lahiriah tetapi juga latihan batiniah yang lebih
mendalam dan mempunyai tujuan untuk memperbaiki akhlak manusia. Segaia ibadah yang
terkandung dalam rukun Islam, jika dikerjakan dengan sebaik-baiknya akan membangkitkan
suatu pembangunan budi pekerti dalam diri seseorang yang tidak hanya menambah kuat
ikatannya dengan Allah s.w.t. Penciptanya tetapi juga menyihatkan badannya dan
menyelamatkan hidupnya.

I. Kallmah Syahadah
Dalam Islam, katimah syahadah adalah kalimah thalyyibah. Kalimah yang menggambarkan
keislaman seseorang. Kalimah ini terdiri daripada dua ungkapan pengakuan:

i. Aku bersaksi tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah


ii. Aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad s.a.w. adalah pesuruh Alllah.

Ungkapan pertama dikenali sebagai ungkapan tauhid, Kalimah yang mengesakan Allah s.w.t.
dan sudut Rububiyyah, Uluhiyyah dan Asma wa al-Sifat. Ungkapan ihi diyakini dan dihayati
bahawa sesungguhnya tiada tuhan yang disembah metainkan Allah s.w.t. yang satu (Esa).
Pengabdian diri tanpa berbetah bagi cuma pada-Nya semata-mata. Dalam hidup, umat Islam
cuma patuh pada suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya dengan berpandukan al-Quran.
Segala perbuatan yang bertentangan dengan suruhan-Nya ditinggalkan. Kesyirikan dijauhi,
Manusia memerdekakan diri daripada sebarang bentuk penjajahan, terutamanya penjajahan dan
ketundukan terhadap sesama manusia.

Ungkapan kedua dikenali sebagai pengakuan terhadap kerasutan Nabi Muhammad SA. W. Umat
Islam yakin dan percaya bahawa baginda adalah ikutan di dalam semua hat dan keadaan.
Sesungguhnya baginda adalah Rasul terakhir dan tiada lagi rasul setepasnya. Sebagai Rasul
penutup, baginda adalah pemberi rahmat ke seluruh alam. Akhlak yang baik akan terbentuk
apabila manusia mengikut akhlak Rasullullah s.a.w.

ii. Solat
Solat fardu didirikan (ima waktu sehari semalam. la diumpamakan seperti sungai yang aimya
jemih dan mengalir dengan tenang. Apabila manusia mandi lima kali sehari sudah past! hilang
segala kekotoran, debu, daki dan sebagainya. Selain daripada itu, solat yang keriakan dengan
sempuma dapat mendidik diri manusia dengan didikan akhlak yang balk dan menjauhi dari
fahsya serta mungkar. Ini dijamin oteh Allah s.w.t. melalui firman-Nya, bermaksud: "Dan
dirikanlah soat (dngan tekun); sesungguhnya solatitu mencegah dan perbuatan yang keji dan
mungkar, dan sesungguhnya mengingati Adah adalah lebioh besar (faedah dan kesannya), dan
fngatlah Allah mengetanui akan apa yang kamu kerjakan1. (al-Ankabut 29:45)
iii. Puasa
Puasa bykan sahaja menahan diri daripada lapar dan dahaga bermula daripada fajar sehingga
terbenam matahari. Puasa sebenamya mendidik manusia supaya memiliki stfat taqwa kepada
Tuhan. Firman Allah s.w.t., bermaksud: Wanai orang-orang yang benman! Kamu diwajibkan
berpuasa sebagaimana diwajfbkan atas orang-orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu
bertakwa. (al-Baqarah2:183)

Selain bersrfat dengan sifat takwa, puasa juga mendidik manusia supaya menahan lapar, dahaga,
nafsu syahwat, percakapan yang sia-sia, mengumpat, dan berbagai-bagai dugaan yang sentiasa
dihadapi sehanan. Nafsu mereka dididik dan dilatih supaya tunduk kepada kebenaran. Dengan
kata lain, puasa mendidik manusia supaya bersabar dalam semua hal, keadaan dan suasana.

Menurut Imam aM3haza!i (Assy-Syaikh Muhamad jamaludin, 1975: 139-150) puasa adalah
amalan yang dapat digunakan untuk menolak tipu daya syartan, mengecewakan angan-angan,
mematahkan usaha yang jahat dan ia adalah benteng serta perisai bagi manusia yang beriman.

iv. Zakat
Secara umumnya para fuqaha mentakrifkan zakat sebagai "penyerahan wajib sebahagian harta
kekayaan kepada segolongan orang yang bemak menerimanya melatui amil yang bertauliah bagi
mencari keredaan Allah s.w.t., penyucian diri dan harta kekayaan untuk membangunkan
masyarakat berdasarkan syarat-syarat yang ditentukan oleh syarak" (Muajini Tarimin, 1999: 5).

Zakat adalah tanggungjawab yang tidak boleh diabaikan. Dalam Islam, zakat adalah sumber
ekonomi dan sekaligus mewujudkan keadilan sosial. Ini disebabkan dalam harta orang kaya ada
hak orang miskin. Dengan mengelurkan zakat, sifat kasih sayang, kerjasama, saling bantu
membantu sesama manusia dapat dibentuk. Ini bererti zakat mendidik manusia supaya
membersihkan harta dan diri daripada sifat-sifat yang keji seperti kikir, tamak dan haloba.
Pembersihan tersebut dilakukan cara dengan memberikan harta yang dimiliki kepada insan lain
yang memerlukan secara sukareia dan untuk mencari keredaan Allah s.w.t. . Ini sesuai dengan
firman Allah s.w.t., bermaksud: "Ambilah (sebahagian) dan harta mereka menjadi sedekah,
supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dan dosa) dan menyucikan mereka (dari
akhlak yang buruk); dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu itu menjadi
ketenteraman bagi mereka, dan (ingatlah), Allah amat mendengar, lagi amat mengetahui". (al-
Taubat9:103)

v. Haji
Haji memainkan perarian penting sebagai pokok akhlak Islam. . . Ibadat haji mewujudkan insan
yang bertaqwa dan berakhlak mulia; menghubungkan saliturahim di kalangan umat Islam
sedunia, mewujudkan kesepaduan dan kerjasama, membersih hati, menjaga lidah daripada
percakapan yang tidak berfaedah, sia-sia, bertengkar; terhindar daripada melakukan kemaksiatan,
dan berusaha menjaga keaiban diri. Ini dijelaskan dalam al- Quran (al-Baqarah 2: 179),
bermaksud; "(Masa untuk mengerjakan ibadat) haji itu ialah beberapa bulan yang termaklum.
Oleh yang demikian sesiapa yang telah mewajibkan dirinya (dengan niat mengerjakan) ibadah
haji itu, maka tidaklah boleh menyetubuhi isteri, dan tidka boleh berbuat maksiat, dan tidak
boleh bertengkar, dalam masa mengerjakan ibadah haji. Dan apa jua kebaikan yang kamu
kerjakan adalah diketahui oleh Allah, dan hendaklah kamu membawa bekal dengan cukupnya,
kerana sesungguhnya sebaik-baik bekalan itu ialah memelihara din (dari keaiban meminta
sedekah). Dan bertaqwalah kepada Aku, wahai orang-orang yang berakal (yang dapat memikir
dan memahaminya)".

Dengan itu jelaslah bahawa Rukun Islam yang lima apabila dilaksanakan dan dihayati dengan
sepatutnya dapat mewujudkan akhlak yang baik (mahmudah) dan menjauhi akhlak yang buruk
(mazmumah).

5. 4. 4 llmu Pengetahuan:
Didikan dan latihan Akhlak dapt dibina, dimantap dan diperkasa melalui Hmu pengetahuan,
didikan dan latihan. llmu pengetahuan di sini ialah ilmu pengetahuan mengenai akhlak yang
baik, yang diperintah agama dan akhlak yang keji yang dicela oleh agama (Abdul Karim Zaidan,
1979:132-144). . llmu pengetahuan hi didkjik, dilatih dan ditanam dalam diri manusia supaya
mereka tidak teriupa. Bagi Abdullah Nasih Ulwan (1989), pendidikan yang berkesan tersusun di
atas tima perkara; pendidikan dengan contoh tauladan, pendidikan dengan adat kebiasaan,
pendidikan dengan nasihat dan bimbingan. pendidikan dengan pemerhatian dan pengawasan
serta pendidikan dengan denda dan hukuman. Semua ini boleh dilaksanakan melalui kaedah
pengikatan2 dan kaedah pengancaman.

Latihan juga penting, Apa yang dididik perlu dilatih. Jika dibiasakan dengan kebaikan dan
diajarkan dengannya, ia akan membesar dengan kebaikan. Begitulah sebaliknya. Sahl bin
Abdullah at-Tusturi bercerita: Sewaktu berusia 3 tahun, saya bangkit di waktu malam dan
melihat bapa saudara saya bemama Muhammad Siwar bersembahyang. Pada suatu hari ia
berkata kepada saya, Tidakkah engkau ingat akan Allah yang menciptamu? Lalu saya pun
bertanya, Bagaimanakah cara saya dapat fnengingathNya?" Dia pun menjawab, "Katakanlah di
dalam hatimu ketika engaku menukar pakaianmu sebanyak Vga kali tanpa nwnggerakkan
lidahmu: Allah bersamaku, Allah mQmandangku, Allah menjQdi sacsT. Saya pun berbuat
demikian di waktu malam, kemudian memberitahunya perkara itu. Dia pun menyuruh,
"Sebutkan setiap malam sebanyak tujuh kali". Saya terus membuat seperti yang disuruhnya
kemudian memberitahunya perkara tersebut. Lalu dia meminta saya melakukannya setiap malam
sebanyak sebelas kali. Saya melakukan seperti yang dimintanya dan saya terasa kemanisannya.
Setahun kemudian bapa saudara saya itu berkata kepada saya, "Simpaniah apa yang telah aku
ajarkan kepadamu, kerana ia akan mendatangkan manfaat kepadamu di duna dan akhiraf. Aku
terus

2 Ikatan kepercayaan, ikatan kerohanian, ikatan peribadatan, ikatan meniakmurkan rumah Allah,
ikatan pemildran, ikatan kemasyarakatan, ikatan riyadnah dan lain-lain. mengamalkannya
bertahun-tahun lamanya dan aku merasa keindahan dan kemanisannya secara diam-diam.
Kemudian pada suatu hari bapa saudaraku berkata, Sahl, adakah orang yang ABah ada bQrsama-
sama-Nya, hwrnandang kepada-Nya dan menyaksikan-Nya Qkan melakukan rnaksiat? jauhifah
engkau akan maksiat!" (Muhd Labib Ahmad, 1981:68).

Dalam konteks yang lain, Nabi s.a.w tdah mengajar kKa bagaimana mendidik dan melatih anak
supaya beribadah kepada Allah s.w.t. Baginda telah menyuruh supaya anak kedl (berusia 7
tahun) dididik supaya membiasakan din melakukan sdat, tetapi apabBa berusia 10 tahun, kita
disuruh mendenda (inerotan) apabila si anak tersebut tidak melakukannya,
5. 4. 5 Tarbiyyah Ruhiyyah
Serentak dengan pendidikan (ahiriah ialah pendidikan batiniah (dalaman - ruhiyah). Pendidikan
kerohanian atau hati iaftu pendidikan yang mengikat jiwa manusia dengan Allah S-W. T. melalui
lidah yang basah dan tembut mengingaU-Nya, apabila disebut nama-Nya, akan gementar hati
mereka dan apabila dibaca ayat-ayat-Nya bertambah iman mereka (at-Anfal: 2). Hati menjadi
tenang dan tenteram dengan mengingatr-Nya (a(-Rad: 28).

Petbagai cara boteh dilakukan untuk mendidik rohani, antaranya melalui zikrulLah. Abdullah
Nasih Ulwan (1989:387-393) meTiyatakan: Zikir ttu maknanya mengingati din tentang
keagungaa Allah s.w.t. daam sogala hal-ehwal yang berfiubung rapat dengan din seorang
mukmin, sama ada penngatan itu dalam otak. atau di dalam hati, di dalam din, pada lisan. atau
pada peibuatan. Ataupun dalam keadaan berdiri, duduk, berbaring, bfjalan dan berusaha di atas
muka bum!.

Ataupun ketika mGneliti dan memahami ayat-ayat al-Quran, ketika mendengar nasihat, atau
berbukum kepada syariat Allah, staupun ketika mengerjakan sesuatu amal yang diharapkan
mendapat kei6daan AHah Taala dan sebagainya". Hati juga dapat dilembutkan melalui fetigfar,
selawat, tasbih, tahmid, zikir munajat (lihat lampiran 1) dan berdoa dengan doa-doa yang mathur
seperti Masuraat dan lain-lain. Lebih indah dan manis apabila dilaksanakan waktu malam yang
hening - qiamulail dan bermujahadah.

5. 4. 6 Muhasabah Diri
Firman Allah s.w.t. dalam surah al-Hasyr ayat 18 (lihatjuga surah al-Zariyat ayat 21),
bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah (dengan mengenakan
suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya); dan hendaklah tiap-tiap diri mefihat dan
memerhatikan opa yang ia telah sediakan (dan amal-amalnya) untuk hart esok (ban akhirat). Dan
(sekaK lagi dungatkan); bertaqwalab kepada Allah, Sesvngguhnya Allah amat meliputi
pengetahuan-Nya akan segala yang kamu kerjakan". Pesan Sakjina Umar "Hitungiah din kamu
sebelum kamu dihitung, dan bersiaplah untuk menghadapi pembentangan yang besar.
Sesungguhnya hisab (perhitungan) yang nngan pada hari kiamat falah bagi sesiapa yang
menghttung (menghisab) dirinya didunia fAbdul Rauf, 1991:142). Ingatan Imam al-Ghazali
(Muhd Labib Ahmad, 1981:45-48); KtahuUah jika Allah Taala mahukan seseorang hamba-Nya
mendapat kebaikan, Dia akan menampakkan kepadanya segala kelemahan dan kecacatan dirinya.
Siapa yang mata hatinya tajam, maka segafa kelemahan dan kecacatan dilinya tidak akan
tenindung darinya.

Apabila ia telah mengetahui kelemahan dan kecacatannya, bolehlah ia rawati dan ubatf.
Mengikut Imam al-Ghazali lagi, terdapat empat kaedah untuk mengenali kelemahan dan
kecacatan diri, iaitu:

i. Berguru dengan seseorang yang dapat metihat kecacatan diri dengan mata hatinya dan dapat
mengesan penyakit-penyakit yang tersembunyi dalam jiwa. Seterusnya ia berusaha merwati
penyakit tersebut.
ii. Mencari teman yang sentiasa benar, bermata hati yang tajam serta kuat beragama. Jadikannya
sebagai pengawas yang mengawasi tingkahlaku ktta. Apabila ia melihat kecacatankeburukan
akhlak pada diri kita, ia segera menegur dan mengingatkan keburukan tersebut. Berterima
kasihiah kepada sesiapa yang menunjukan keburukan diri krta!!!

iii. Metalul mulut musuh-musuh kerana mata yang membenci dan marah itu sering
menampakkan keburukan-keburukan. Manusia yang bijak akan sentiasa mengambll manfaat dari
musuhnya untuk mengenali kecacatan dirinya dan seterusnya memperbaiki keburukan tersebut.

iv. Bercampur gaul dengan orang lain. Setiap perkara keji yang dilihatnya di kalangan makhluk,
maka ia hendaklah mencarinya pada dirinya sendiri. Dari keburukan akhlak orang lain, ia
melihat keburukan akhlak dalam dirinya. Sesungguhnya, setiap orang mukmin itu adalah cermin
kepada orang mukmin yang lain. Kesimpulannya, kenalilah din anda dan lihatiah potensi yang
ada pada diri anda, siapa anda sebenamya: Adakah anda membalas kebaikan dengan keburukan.
Adakah anda membalas kebaikan dengan kebaikan ? Adakah anda membalas keburukan dengan
kebaikan ? Sekiranya anda membalas keburukan dengan keburukan, itu dendam namanya.

Sekiranya anda membalas kebaikan dengan keburukan, ftu zaum namanya. Sekiranyan anda
membalas kebaikan dengan kebaikan, biasa la tuu. . Sekiranya anda membalas keburukan
dengan kebaikan, anda seorang yang hebat

RUJUKAN
Abdullah Nasih Ulwan. 1989. Pendidlkan anak-anak dalam Islam. Terj. Syed Ahmad Semait.
jilid 2. Singapura: Pustaka Nasiortal Pte. Ltd.
Abdul Karim Zaidan. 1979. Dasar-dasar llmu dakwah. Terj. H. M-Asywadi Syukur Lc. Jilid 1.
Jakarta: Media Dakwah.
Abdul Rahman Md. Aroff. 1999. Pendidikan moral: teori etika dan amalan soslal. Serdang:
Universiti Putra Malaysia.
AboebakarAtjeh. 1979. Akhlak dalam Islam. Kota Bharu: Pustaka Aman Press Sdn. Bhd.
AI-Baihaqi, Abu Bakr Ahmad bin Hussain Bin Alt. 1980. Sunan al-kubra. Juz 10. AI-Qahirah:
Dar
al-Fikr.
At-Ghazali. 1988. Ihya Ulumuddin. Terj. Prof. Tk. H. Ismail Yakub Sh. Kuala Lumpur Victory
Ajenst.
AKahazali. 1981. Penyakit-penyakft hati. Terj. Muhd. Labib Ahmad. Kota Bharu: Syarikat Dian
Sdn Bhd.
Al-Ghazali. 1975. Bimbingan muminin. Susunan Assysyaikh Muhammad jamaludin Alqasimi
Addimasyqi. Klang: Klang Book Centre.
Gazatba, Drs. Sidi. 1983. Islam dan perubahan sosio-budaya. Kuala Lumpur Pustaka Arrtara.
Haron Din, Sulaiman Yasin, Hassan salleh dan Sidi Gazalba. 1985. Manusia dan Islam. PoHs
diraja Malaysia.
Humaidi Tatapanogarsa. 1983. Pengantar Kuliah Akhlak. Singapura: Pustaka Nasional PTE.
LTD.,
Mohd Nasir Omar. 1986. Falsafah Etika, perbandingan pendekatan Islam dan Barat Kuala
Lumpur BAHEIS.
Mujaini Tarirttin. 1999. Zakat pendapatan hukum dan persoalannya. Kuala Lumpur Khaisha
Services Sdn. Bhd.
Mustafa Haji Daud. 1996. Etika pengumsan. Kuala Lumpur Utusan Publications & Distributors
Sdn. Bhd.
Al-Nawawi. 1988. Hadis empat puluh. Terj. Mustafa Abd Rahman. Kuala Lumpur Dewan
Pustaka Fajar.
AI-Qattan, Manna. 1992. Mabahtth fi ufum al-hadith. Misr Maktabah Wahbah.
Qutb, Sayyid. 1979. Petunjuk sepanjang jalan. Terj. H. Salahuddin Abdullah. Cet. U. Kuala
Lumpur: El-lkhwan Enterprise.
Rafik Issa Beekun. 1998. Etika Pemiagaan Islam. Terj. Zainab Ab Kadir Kuala Lumpur:
International Institute of Islamic Thouhgt Malaysia.
Sheikh Abdullah Muhammad Basmieh. 1988. Tafsir Pimpinan al-Rahman

You might also like