You are on page 1of 12

Impak ibadah dalam kehidupan

Pendahuluan:
Islam adalah agama yang dibawa oleh seorang Nabi mulia yang mempunyai akhlak terpuji, iaitu
Nabi kita Muhammad bin Abdullah sebagai penutup para nabi dan rasul. Baginda mendapat
wahyu dari Allah Taalah yang merupakan mukjizat yang paling besar iaitu al-Quran.

Al-Quran adalah sebuah kitab yang tiada keraguan padanya dan menjadi petunjuk bagi orang-
orang yang bertaqwa. Kitab al-Quran merupakan panduan dan petunjuk yang lengkap bagi
kehidupan manusia di dunia dan akhirat. Kelengkapan al-Quran adalah mengandungi petunjuk
umum iaitu berupa prinsip-prinsip yang sesuai bagi segala tempat dan zaman. (Syeik Ali
Ahmad:2005:25)

Bagi setiap orang yang mengaku dirinya sebagai muslim mestilah muslim dari segi aqidah,
syariah dan akhlak. Demikianlah juga ibadah dalam Islam merupakan kemuncak dari perasaan
tunduk dan patuh kepada Allah dan klimaks dari perasaan yang merasakan kebesaran Allah
sebagai tempat pengabdian diri. Ibadah dalam Islam adalah penyambung antara makhluk dan
Penciptanya. Selain dari itu ibadah dalam Islam juga mempunyai impak-impak atau kesan-kesan
yang mendalam dalam kehidupam muslim terutama dalam konteks hubungan makhluk dan
Penciptanya. Tidak ada perbezaan antara rukun-rukun Islam dalam bidang ini. Dalam ertikata
solat, puasa, zakat, haji dan semuanya amal-amal yang dilakukan manusia adalah untuk
mendapat keredaan Allah dan memelihara syariatnya adalah sama. Logik Islam menuntut supaya
seluruh kehidupan ini adalah ibadat dan taat kepada Allah. Hal inilah yang dimaksudkan dengan
firman Allah yang bermaksud:

" Dan Aku tidak menciptakanjm dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku. Aku
sekali-kali tidak menghendaki rezeki sedikit pun dari mereka dan tidak mengehendaki mereka
memberi Aku makan. " (Surah Adz-Dzaariy at, ayat 56-57)

Untuk menjadikan seseorang itu muslim mestilah menjadikan kehidupan ini memenuhi tuntutan
dalam bentuk peribadatan yang telah ditetapkan oleh Islam. Samaada dari sudut hati, lidah dan
seluruh anggota serta segala amal perbuatannya mengikut ketetapan syariat Islam. (Fathi Yakan:
2000: 32-33)

Konsep Ibadah Dalam Islam:


Konsep ibadah dalam Islam sangat luas untuk dibincangkan. Walau bagaimanapun perbincangan
secara ringkas dalam keterbatasan ruang ini akan menyentuh tentang makna atau definisi ibadah,
iman dan ibadah, nilai ibadah dalam Islam, syarat sesuatu amalan atau pekerjaan dikira sebagai
ibadah, pembahagian ibadah dan impak-impak atau kesan-kesan ibadah dalam kehidupan
muslim terutama berkaitan dengan ibadah khusus.

Makna Ibadah:
Menurut bahasa, perkataan ibadah dari bahasa Arab yang terbentuk dari kata dasar "Ain", "Baa"
dan "Dal" Pengertiannya ialah patuh, taat, setia, tunduk, menyembah, menghina dan
memperhambakan diri. Defmisi ibadah adalah: "bertaqarrub kepada Allah dengan mentaati
segala perintah Allah, berusaha menjauhi larangan Allah serta mengamalkan segala yang
diperbolehkan oleh Allah. " Menurut Ibn Taimiyah, "Ibadah adalah semua perkara yang disukai
dan diredai Allah, samada perkataan, perbuatan zahir dan batin. "

Makna ibadah secara umum adalah merupakan bukti kepatuhan manusia kepada Allah, kerana
didorong dan digerakkan oleh aqidah tauhid. Ibadah itu merupakan tujuan hidup manusia,
sebagamana firman Allah Taalah yang bermaksud:

" Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan mannsia melainkan untuk mereka menyembah
dan beribadat kepadaKu. . . " (Surah Adz-Dzariyat, ayat 56)

Menyembah Allah, bermakna memusatkan penyembahan kepada Allah semata-mata, tiada


disembah selain dari Allah Taalah. Manakala pengabdian pula bermakna penyerahan sepenuhnya
secara zahir dan batin kepada kehendak Allah serta dilakukan dengan penuh kerelaan tanpa
paksaan.

Semua aktiviti manusia adalah dikira ibadah tanpa melihat besar atau kecil yang penting adalah
diniatkan kerana Allah. Solat seseorang yang dilakukan tanpa niat kerana Allah, hanya untuk
mendapat pujian manusia, tidaklah dikira ibadah, sebaliknya seorang yang membuang duri
dijalan, jika diniatkan sebagai ibadah maka ia termasuk sebagai ibadah.

Ibadah dalam Islam bukan bermakna menjauhkan pekerjaan ynag bersifat duniawi. Oleh itu
Islam mencela kepada mereka yang berpendapat ibadah sebagai melakukan uzlah, menjauhi
masyarakat dengan pergi ke gua-gua untuk betapa, sementara problem masyarakat yang
menuntut penyelesaian terbiar begitu sahaja.

Islam menutut supaya umatnya agar hidup seimbang dan harmoni di dunia dan akhirat, seperti
Firman Allah yang bermaksud:

"Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikumiakan Allah kepadamu akan pahala dan
kebahagian hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan
bekalanmu) dari dunia, ." (Surah Al-Qashash, ayat 77)

Berdasarkan maksud ayat di atas, maka dapatlah diambil kesimpulan bahawa ibadah adalah
merangkumi hubungan manusia dengan Allah, hubungan manusia dengan manusia dan manusia
dengan makhluk lain. Dengan demikian ibadah dalam Islam adalah kepatuhan seorang hamba
kepada Allah, kedua perlakuan baik sesama manusia dan ketiga adalah berusaha melestarikan
alam ini, iaitu memelihara alam dan isinya agar tidak mengalami kerosakan. Tujuan penting
ibadah tidak lain adalah mencari keredan Allah Taalah.

Iman dan Ibadah.


Asas ajaran Islam ialah iman dan ibadat kepada Tuhan Maha Esa iaitu Allah Taalah yang wajib
disembah secara sukarela tidak dalam bentuk paksaan. la adalah menjadi lumrah sebagai nalud
manusia iaitu menyerah diri yang mendorong mereka mencari Tuhan atau kuasa yang tertinggi.
Jika naluri itu tidak dusi dengan atau disalur kepada menyembah Allah, maka ia boleh
mendorong mereka menyembah selain dari Allah seperti dewa-dewa, matahari, bulan bintang,
hantu dan syaitan dan sebagainya.

Beriman dan beribadat kepada Tuhan tidak akan memberi faedah kepada manusia dan tidak
dapat menyelamatkan mereka melainkan melalui tiga tingkatan dasar, iaitu:

1. Iman yang bersih daripada sebarang syirik.


2. Ibadat menurut cara yang ditetapkan Tuhan dan dengan ikhlas.
3. Mematuhi hukuman Tuhan.

Ibadat hanya menjadi seperti riadah badan sekiranya tidak lahir dari iman yang sejati. Iman sejati
itu tidak diakui sekiranya tidak ada kepatuhan kepada perintah dan hukumanNya.

Memang jelas Tuhan itu Maha Esa lagi Maha Perkasa. Dialah yang menjadikan segala petala
langit dan bumi. Dialah juga memberi nikmat dan rezeki dari dahulu hingga sekarang. Oleh itu
tidaklah patut manusia itu berlaku syirik atau sekutu kepadaNya kerana manusia juga sedar
Tuhan Maha Kuasa itu tiada bandingan dengan yang lain.

Dengan demikian iman dan ibadah adalah mempunyai hubungan yang sangat erat sekali kerana
ibadah itu lahir dari keimanan, sedangkan keimanan itu lahir adalah bukti kebesaran Tuhan di
hadapan manusia dan keimanan jugalah akan melahirkan kepasrahan, ketaatan, ketundukan dan
itulah ibadah. (Muklas Asy- Syarkani:2002:8-14)

Nilai Ibadah Dalam Islam.


Manusia dicipta tiada lain adalah untuk menyembah atau beribadah kepada Allah Taalah. Ibadah
dalam ajaran Islam bukanlah seperti yang terdapat dalam agama lain. Bagi agama-agama
tersebut, ibadah lebeh kepada amalan ritual yang dilakukan pada hari-hari tertentu dan di tempat-
tempat tertentu samaada di rumah-rumah ibadat atau tanah perkuburan dan sebagainya- Ibadah
agama-agama tersebut sekadar amalan ritual untuk tujuan tertentu atau rasmi dan tidak berlaku
dalam kehidupan sehari-hari. Ertinya, amalan agama dengan cara hidup jauh berbeza.

Ibadah dalam Islam adalah satu cara hidup yang merangkumi segala persoalan aqidah, ibadah,
akhlak, kekeluargan, kemasyarakatan, pentadbiran, perdagangan, budaya, pendidilan, siasah,
perhubungan kenegaraan, perhubungan antarabangsa dan sebagainya-Ertinya, dalam
mengamalkan semua tuntutan atau perintah Allah Taalah dalam semua perkara yang disebut itu
adalah dikira sebagai ibadah.

Daripada perkara-perkara yang kecil seperti masuk ke tandas, makan, minum, memberi salam,
perhubungan silaturrahim dan sebagainya sampai kepada perkara-perkara yang besar-besar
seperti perdagangan, siasah, kewangan, pentadbiran kenegaraan dan perhubungan antarabangsa,
jika dilaksanakan seperti yang dikehendaki dalam Islam, ia adalah ibadah kita kepada Allah
Taalah. Dengan kata lain segala kegiatan seharian kita yang berlandaskan syariat adalah dikira
sebagai ibadah.

Perkara yang pasti sesuatu itu menjadi ibadah, ia diterima di sisi Allah Talah sebagai amal bakti
kita sebagai amal soleh. Apabila Allah Taalah menerimanya sebagai amal bakti, ganjarannya
ialah pahala di sisi Allah Taalah, sekalipun yang kita lakukan itu bukanlah untuk mendapat
pahala tetepi semata-mata kerana hendak melaksanakan tuntutan Allah Taalah bagi mendapat
keredaanNya, namun Allah Taalah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Dia akan membalas
setiap amal kebaikan hamba-hambanya.

Di sinilah letaknya keadilan Allah Taalah memberi ganjaran kepada yang berbuat baik dan
memberi hukuman kepada yang berbuat jahat. Dalam kehidupan di dunia ini pun jika kita lihat
sebuah pemerintah itu menjalankan hukuman kepada yang bersalah dan memberi balasan baik
kepada yang berbuat kebajikan, kita kira kerajaan itu adalah sebuah kerajaan yang adil, inikan
pula pemerintahan Allah Taalah. Keadilan dapat dirasakan sampai ke hati kecil seseorang itu.
Hal ini akan dilihat jelas diakhirat kelak, bila yang terhukum itu sendiri merasakan Maha
Adilnya Allah Taalah.

Firman Allah Taalah yang bermaksud:

"Adapun mereka yang beriman dan beramal soleh bagi mereka itu Syurga Makwa sebagai
tempat tinggal sebab perbuatan mereka itu, dan adapun bagi mereka yang fasik (perosak), maka
tempat mereka adalah neraka" (As-Sajadah, ayat 20)

Maka sebagai khalifah Allah di muka bumi ini sewajamyalah kita menyusun seluruh usaha
ikhtiar dan amalan kita sehari-hari agar menjadi ibadah kepada kita, kerana setiap yang kita
lakukan dalam kehidupan ini adalah perintah menurut al-Quran dan Sunnah. (Abdul Aziz:2005:
27-30)

Syarat-syarat Sesuatu KerjaAmalan Dikira Sebagai Ibadah.


Segala kerja atau amalan yang kita lakukan dalam kehidupan ini jika menurut hukuman yang
telah ditentukan oleh Islam adalah dikira sebagai ibadah. Maka sekiranya ibadah yang dilakukan
tanpa syarat-syaratnya, maka pastilah ibadah itu tertolak atau sia-sia sahaja. (Muklas Asy-
Syarkani:2002;20-21) Perkara-perkara yang menjadi syarat suatu kerja atau amalan itu sebagai
ibadah ialah:

i. Niat mesti betul kerana Allah.


ii. Perkara yang dibuat tidak melanggar hukum syarak.
iii. Ibadah asas tidak diabaikan.

Jangan sesuatu ibadah dilakukan kerana niat yang lain dari Allah seperti niat untuk menunjuk-
nunjuk, riak sombong diri, wujub dan sebagainya-Maka pastikan kerja yang kita lakukan
samaada fardu am atau fardu kifayah niat tidak lain kerana Allah.

Dalam pada niat yang betul mestilah juga tidak melanggar syariat. Misalnya jika kita bemiaga
pastikan bahan jualan itu halal untuk umat Islam, janganlah kita bemiaga arak, atau menjual
nwor ekor, menjual barang curi atau barang palsu. Kalau jualan itu salah dari segi syarak, niat
yang betul sekalipun tidak diterima Allah Taalah. Samalah seperti orang yang membaca
Bismillah ketika minum arak atau belt nombor ekor dengan berdoa kepada Allah supaya menang
nombor itu. Perbuatan tersebut sama seperti mempersendakan Allah Taalah.
Seterusnya dalam melaksanakan kerja-kerja atau perkara-perkara yang kita lakukan tidak
menyalahi hukum Allah Taalah. Misalnya semasa kita -bemiaga barang nmeit atau ikan dan
sayur-sayuran, janganlah pula dalam masa kita bemiaga itu, ada unsor penipuan, penindasan atau
penzaliman. Barang yang kita jual jangan terlalu mahal hingga dilihat macam menindas dan
menzalimi. Begitu juga jangan kita menipu harga. Begitulah juga kalau kita bekerja dengan
majikan janganlah kita mencuri tulang. Jangan menipu atau tidak jujur dalam melaksanakan
kerja kerana semua ini adalah perlaksanaan yang salah. Kalau sakit tidak dapat melaksanakan
kerja cakaplah dengan benar kepada majikan. janganlah kita tidak sakit, kita mendakwa sakit.
Takut-takut kita memakan rezeki haram. Maka sebab itu kita perlu berhati-hati dalam
pedaksanaan kerja- kerja kita.

Natijah kerja yang kita lakukan mestilah disalurkan ke jalan yang betul dan sesuai dengan
syariat. Misalnya seseorang belajar mencari ilmu menurut tuntutan Allah, jangalah pula setelah
memiliki ilmu pengetahuan, ia menjadi seorang yang sombong, meninggi diri, ego dan
sebagainya. Ilmu yang terhasil itu tidaklah juga menjadikan seseorang itu rosak akhlaknya,
seperti pandai menipu orang, makan rasuah, memutarbelit orang lain dan sebagainya. Sepatutnya
ilmu yang diperolehi itu memberi manafaat kepada masyarakat, keluarga dan diri sendiri.
Begitulah jika kita bemiaga, hasilnya dapat kita membayar zakat, menolong orang yang susah,
sedekah kepada fakir miskin, anak yatim dan sebagainya, Tidaklah hasilnya digunakan untuk
bennain judi, minum arak atau melibatkan diri dalam kerja-kerja haram dan sebagainya.

Akhir sekali dalam menjaga kerja-kerja kita supaya menjadi ibadah, jangan pula dalam masa
menjalankan usaha-uasah itu, kita cuaikan ibadah-ibadah asas seperti sembahyang, puasa,
berzakat dan haji. Janganlah terlalu sibuk bemiaga tinggalkan sembahyang, tinggal puasa di
bulan Ramadhan, tidak berjamaah dengan umat Islam, tidak menutup aurat, terlibat dengan
pergaulan bebas dan sebagainya.

Jelaslah kelima-lima syarat yang tersebut hendaklah menjadi landasan untuk melaksanakan
sesuatu pekerjaan. Jika tidak tindakan atau kerja yang sudah jelas ibadah seperti membaca al-
Quran, bersedekah, membangunkan kerja amal seperti memungut derma dan sebagainya, tidak
memenuhi syarat maka ia tidak dikira ibadah di sisi Allah Taalah. Manakala kerja yang dibuat
tidak dinilai sebagai ibadah, jadilah ia sia-sia sahaja, bahkan kerja-kerja itu boleh jatuh kepada
haram, dosa pula yang terimaAbdul Aziz: 2005: 49-70)

Pembahagian Ibadah.
Pembahagian ibadah banyak telah dibincangkan oleh para ilmuwan dan para ulamak. Di
antaranya membahagikan ibadah itu kepada tiga bahagian:

i. Ibadah-ibadah asas.
ii. Ibadah-ibadah furuk atau ibadah cabang
iii. Ibadah-ibadah fardhailuamal atau ibadah-ibadah amalan utama.

Ketiga-tiga ketegori ibadah di atas akan merangkumi semua tindakan kita. Ertinya apa sahaja
yang kita lakukan boleh diketogorikan dalam bentuk sedemikian.

Ketogori asas merangkumi segala yang berkaitan dengan rukun Islam dan rukun iman yang
bersifat fardu ain. Manakala ibadah-ibadah furuk iaitu ibadah-ibadah dalam bentuk fardu kifayah
seperti membangunkan ekonomi, pendidikan Islam, kebudayaan Islam, kewangan Islam dan
sebagainya hinggalah kepada kenegaraan dan perhubungan antarabangsa menurut Islam. Ibadah
yang diketegorikan fardhailulamal atau amalan-amalan utama, ia tennasuk semua amalan sunat,
lahir dan batin. la merupakan amalan yang terbanyak dalam ajaran Islam. Misalnya membaca al-
Quran, sembahyang sunat, berdoa, berwirid, zikir dan sebagainya. (Abdul Aziz: 2005: 52-53)

Ada juga ilmuwan Islam membahagikan ibadah kepada:


i. Ibadah Zahiriyah.
ii. Ibadah Batiniyah (Hakikat).

i. Ibadah Zahiriah.
Ibadah zahiriyah atau juga disebut syariah adalah adalah amalan zahiriyah yang diperintahkan
kepada umat Islam samaada ia berupa perkara wajib atau sunat atau juga meninggalkan perkara
yang dilarang oleh Allah Taalah. Ibadah ini dengan jelas diatur dalam al-Quran dan Sunnah yang
kemudian dibukukan dan dipeqelas dan menjadi satu kajian displin ilmu tersendiri.

Ibadah zahiriyah itu terbahagi menjadi dua bahagian iaitu:

a. Hablum minallah, atau juga disebut ibadah makhdhah, iaitu ibadah yang langsung
berhubungkait dengan Allah, seperti solat, puasa, zakat, haji, membaca al-Quran dan sebagainya.

b. Hablum minannas, atau disebut sebagai ghairu makhdhah, ialah ibadah zahiriyah
berhubungkait dengan perkara muamalah, iaitu perbuatan yang ada hubungan langsung dengan
manusia seperti munakahat, sosial, siasah, ekonomijihak dan sebagainya.

Ibadah Batiniyah (Hakikat)


Ibadah batiniyah adalah amalan yang bersifat batiniyah iaitu melakukan apa yang dilakukan dan
meninggalkan apa yang dilarang. Amalan yang diperintah disebut mahmudah (amalan terpuji)
sedangkan amalan yang dilarang adalah disebut mazmumah (amalan yang tercela). Ibadah
batiniyah terbahagi kepada dua iaitu itu:

Pertama akhlak dengan Allah.


a. Mengenal Allah dengan yakin.
b. Merasakan kehebatan Allah.
c. Merasa gementar dengan neraka Allah.
d. Merasa sentiasa diawasi Allah.
e. Merasa hina diri dan malu dengan Allah.
f. Merasa redha dengan setiap takdir dan ketentuan Allah Taalah
g. Sabar dengan berbagai ujian Allah.
h. Mensyukuri nikmat pemberian Allah.
i. Mencintai Allah.
j. Merasa takut kepada Allah.
k. Merasa harap pada rahmat Allah.
1. Rindu pada Allah.
m. Sentiasa mengingati Allah.
n. Rindu pada syurga Allah kerana ingin bertemu dengannya.

Kedua adalah akhlak dengan manusia iaitu merangkumi:


a. Mengasihinya sebagaimana mengasihi diri sendiri.
b. Merasa gembira apabila mereka bergembira dan merasa dukacita apabila mereka berduka cita.
c. Menginginkan kebahagian untuknya di samping berharap agar musibah menjauhinya.
d. Benci kepada kejahatannya tetapi kasihan kepadanya sehingga timbul perasaan untuk
menasihatinya.
e. Pemurah padanya.
f. Mengenangjasa dan berusaha membalasnya kerana Allah.
g. Memaafkan kesalahannya dan sanggup meminta maaf jika bersalah dengannya.
h. Kebaikannya disanjung dan dukuti, kejahatannya dinasihati dan dirahsiakan dan bersifat
berlapang dada.
i. Bersikap baik sangka terhadap sesama Islam.
j. Tawadu dengan sesama manusia.

Kedua-duanya penting antara syariat dan hakikat kerana kedua perkara dapat membentuk
manusia yang bertaqwa dan dapat menjaga dari sifat munafiq, kufur dan syirik. Ibadah zahiriah
dan batiniah sangat berhubung rapat, wajib diamalkan secara bersamaan. Tidak boleh ajaran itu
diamalkan sepotong-sepotong kerana ia boleh menghilangkan kesempumaan amal. Kedua-dua
sama penting seperti kulit dan isi buah-buahan. Kedua-dua mesti ada untuk kesempumaan wujud
buah itu sendiri. Tanpa kulit, isi tidak selamat malah isi tidak mungkin ada kalau kulit tidak ada,
sebaliknya tanpa isi kulit menjadi tiada erti apa-apa, sebab buah yang dimakan adalah isinya dan
bukan kulitnya. (Muklas Asy-Syarkani: 2002:16-18)

Sebahagian ulamak telah juga membahagikan ibadah kepada ibadah khusus dan ibadah umum:

i. Ibadah Khusus Formal:


Ibadah khusus atau formal adalah ibadah yang struktur, sistem dan peraturan- peraturan
mengenainya telah ditentukan oleh syariat Islam secara yang lengkap dan terperinci serta mesti
dipenuhi dengan sempuma. Bentuk ibadah ini tidak boleh direka-reka dan dicipta sendiri oleh
manusia mengikut kehendak hati mereka seperti sembahyang, puasa, zakat dan haji. Dengan erti
kata yang lain ia mestilah ditunaikan mengikut syarat-syarat yang telah ditentukan tanpa ada
pilihan. Ibadah ini juga digelar dengan fardu ain. Ibadah ini sangat penting kepada aqidah dan
keimanan seseorang yang juga merupakan medan latihan yang amat berkesan untuk membentuk
keperibadian muslim yang sebenamya.

Syarat-syarat ibadah khusus diterima sekira ibadah tersebut mengandungi:


a. Niat ynag ikhlas kerana Allah.
b. Melakukannya dalam bentuk yang ditentukan untuk ibadah itu.

ii. Ibadah umum tidak formal:


Ibadah umum ialah pengabdian diri secara tidak lansung kepada Allah Talah menerusi semua
urusan kehidupan duniawi yang berkaitan dengan hubungan sesama manusia dan makluk lain
yang berlandaskan akidah dan syariat Islam. Antara urusan tersebut termasuklah aktiviti atau
amalan manusia di ladang, di kilang, di pejabat, di rumah dan di mana sahaja ia berada dan
padabila-bila masa sahaja tanpa terikat dengan satu-satu jangka masa tertentu. Syarat sesuatu
kerja sebagai ibadah seperti ini telah pun disentuh sebelum ini. Antaranya niat dan ihklas kerana
Allah, pekerjaan itu mestilah dibenarkan oleh syarak, tidak menghalang tanggungjawab asasi
berkaitan dengan rukun Islam, dilakukan dengan sempuma serta dilakukan dengan rasa syukur
kepada Allah dan dilakukan dengan cara yang sederhana-(Che Kamarudin: 1996: 15-24)

Impak Ibadah Khusus Dalam Kehidupan Muslim.


Adalah jelas sekarang kita telah dapat memahami konsep ibadah yang sebenar seperti yang
dikehendaki oleh ajaran Islam. Walaupun kita telah dapat memahami konsep ibadah yang
sebenamya, namun satu aspek yang tidak boleh dikesamping dan berkaitan dengan impak ibadah
itu sendiri dalam kehidupan seorang insan muslim. Menurut Kamus Dewan Edisi Baru impak
ialah kesan yang kuat yang terbit daripada atau dihasilkan oleh sesuatu. (Kamus Dewan:
1994:449).

Pentingnya impak atau kesan dan ibadah dalam kehidupan seorang muslim dapat dilihat dari
sudut amalan ibadah khusus dan ibadah umum. Dalam perbincangan ini kita fokus satu persatu
dari ibadah khusus iaitu yang berkaitan dengan rukun Islam, terutama ibadah sembahyang,
puasa, zakat dan haji.

Impak Ibadah Solat Dalam Kehidupan Muslim:


Sembahyang adalah ibadah utama di sisi Islam. Hal ini begitu ditegaskan dalam al-Quran kerana
amalan awal yang ditanya diakhirat kelak ialah ibadah sembahyang. Jika baik solatnya baiklah
yang lain dan sebaliknya jika rosak, maka yang lain iktu rosak. Di antara impak solat itu ialah:

a. Solat Mendisplmkan Diri Seseorang.


b. Solat Menjadikan Hidup Teratur dan sistematik.
c. Solat Menjadikan Seseorang Rendah hati.
d. Solat Menjadikan Seseorang Semboh.
e. Solat Menghalang Perbuatan Keji dan Munkar.
f. Solat Memperoleh Kebahagiaan.
g. Solat Menjadikan Ingatan Selalu Kepada Allah Taalah
h. Solat Mengikis Sifat tercela Menumbuh Sifat Terpuji.
i. Solat Mendatangkan Rezeki.
j. Solat Mendapat Kemuliaan dan Membangunkan Martabat Manusia.
k. Solat Memberi keyakinan Dalam Menentukan Pilihan.
1. Solat Memperkuhkan Keimanan.
m. Solat Menumbuhkan Perpaduan dan Persaudaraan.

Impak Ibadah Puasa Dalam Kehidupan Muslim:


Di dalam ibadah puasa terdapat banyak impak yang boleh diperolehi antaranya
a. Puasa Menyucikan Batin Manusia.
b. Puasa Memelihara Kesihatan dan Penyembuhan Penyakit.
c. Puasa Boleh mencapai kepada Taqwa.

Impak Ibadah Zakat Dalam Kehidupan Muslim:


Zakat adalah termasuk rukun Islam, di dalam al-Quran perintah zakat sering bersamaan dengan
solat. Zakat adalah ibadah zahiriah yang mengandungi hikmah yang besar, di dalamnya terdapat
keajaiban yang amat besar. Antara impak ibadah zakat dalam kehidupan seoarang Islam ialah:
a. Zakat dapat membersihkan Harta.
b. Zakat Boleh Menumbuhkan Rasa Syukur.
c. Zakat Boleh Menyucikan Rohani.
d. Zakat Sebagai Cara Menolong Orang Yang Lemah.
e. Zakat Boleh Mencegah Timbulnya Kerawanan Sosial.
f. Zakat Mendatangkan Keberkatan.

Impak Ibadah Haji Dalam kehidupan Muslim:


Pengertian ibadah haji ialah "Mengkasadkan Baitullah Al-Haram di Mekah untuk mengerjakan
ibadat dengan syarat-syarat tertentu. " Ibadah Haji adalah rukun Islam yang kelima yang
mempunya nilai-nilai yang istemewa, Antara impak yang dapat dilihat dari ibadah tersebut ialah:
a. Haji Menjadikan Seseorang Sedia Untuk berkorban.
b. Haji Memperkukuh jiwa Tauhid.
c. Haji Mengingatkan Akan Kematian.
d. Haji Mengikis Sifat Egois dan Sombong.
e. Haji Mendorong Untuk Menteladani Perjuangan Para Nabi. (Mukhlas Asy-Syarkani: 2002:
27-55)

Impak Ibadah Dalam Kehidupan Muslim:


Secara keseluruhan ibadah dalam Islam samaada ada ibadah khusus atau pun ibadah umum yang
pastinya ia memberi kesan yang positif kepada din insan untuk kehidupan mereka untuk
kehidupan individu, kehidupan bennasyarakat dan bemegara. Antara kesan atau impak ibadah itu
sendiri ialah:

a. Melahirkan Kesatuan Matlamat:


Ibadah melahirkan kesatuan matlamat dalam kehidupan individu dan masyarakat. Melalui ibadah
menjadikan mereka dapat memusatkan kepada Allah segala usaha amalan duniawi dan ukhrawi.
la juga menjadikan asas perpaduan umat Islam kerana dalam menunaikan ibadah kepada Allah
semua umat Islam dari seluruh pelusuk dunia melafazkan niat, gerak dan bacaan yang sama,
malah menggunakan bacaan yang satu dalam bacaan al-Quran. (Che Kamaruddin: 1996)

b. Membentuk Budaya Hidup Islam.


Ibadah boleh mencorakkan budaya hidup seseorang muslim berdasarkan celupan Allah Taalah,
kerana mereka sentiasa terikat dan patuh kepada hukum dan peraturan Allah Taalah. Dalam.
Budaya yang membentuk keyakinan dalam segala aspek atau sudut kehidupan. Samaada dari
sudut aqidah, ibadah, akhlak, keluarga dan yakin dengan masa depan Islam yang gemilang.
Mereka yakin hanya sistem hidup Islam yang dapat menyelamat dan menyelesaikan mereka
samaada dari sudut politik, ekonomi, social dan sebagainya. (Fathi Yakan:2000: 14-88)

c. Mendidik Seseorang Berlaku Jujur:


Ibadah menididik seseorang berlaku jujur. Pastinya ibadah itu memerlukan seseorang yang ikhlas
yang tidak mengharapkan balasan dari manusia. Bukan mengharapkan pujian tetapi memenuhi
tuntutan dan syarat-syarat sah seseuatu ibadah sekalipun tidak dilihat ataupun diperhatikan oleh
makhluk kerana yakin hanya Allah Talah Yang Maha Melihat lagi Maha Mengetahui.

d. Ditakuti Syaitan:
Syaitan adalah makhluk Allah yang pada asalnya dekat dengan Allah, selalu berzikir kepada
Allah sehingga ada riwayat syaitan atau ibus pada asalnya malaikat yang sujud bertahun-tahun,
sehingga ibus dekat sekali kepada Allah. Namun seperti diketahui ibus menjadi terkutuk setelah
Adam a.s. dicipta Syaitan akhimya menjadi musuh utama manusia yang sentiasa berusaha
menyesatkan manusia kecuali orang yang ikhlas. Orang yang ikhlas dalam beribadah
umpamanya mempunyai kekuatan dan kehebatan di atas syaitan. Firman Allah Taalah yang
bermaksud:

" Ibus berkata: "Demi kekuasaanmu (wahai Tuhanku), dku akan menyesatkan mereka semuanya,
kecuali hamba-hambaMu di antara zuriat-zuriat Adam itu yang dibersihkan dari sebarang
kederhakaan dan penyelewenmgan. " (Surat Shah, ay at 82-83)

e. Selamat Dari Pengaruh Kejahatan Dan Kemaksiatan:


Orang yang beribadah adalah orang yang ihklas. Orang yang ikhlas akan diselamatkan dari
pengaruh kejahatan dan juga pengaruh kemaksiatan, hal ini dijelaskan oleh Allah Taalah
FirmanNYa yang bermaksud: ". . . Demikianlah (takdir Kami) untuk menjauhkan dari Yusuf
perkara-perkara yang tidak baik dan perbuatan-perbuatan yang keji, kerana sesungguhnya ia dari
hamba-hamba Kami yang dibersihkan dari segala dosa. " (Surah Yusuf, ayat 24) (Mukhlas Asy-
Syarkani: 2002:132-134)

f. Menghasilkan Pekerjaan Yang Berkualiti


jika sesuatu pekerjaan didasrkan kepada ibadah, maka kerja itu akan menghasilan pekerjaan yang
berkuatliti, iaitu pekerjaan yang jauh dari kecurangan, pekerjaan yang jauh dari kemaksiatan dan
juga jauh dari kemunkaran, dan sebaliknya mereka akan menghasilkan pekerjaan yang memberi
kemanfaatan bagi umat manusia, pekerjaan yang mendatangkan kemaslahatan bagi seluruh alam
ini. Sebagaimana tujuan dari Islam adalah sebagai rahmatan 111 Woww. (Mukhlas Asy-
Syarkani: 2002: 5)

g. Melahirkan Perasaan Bebas.


Ibadah dapat melahirkan perasaan bebas dari sebarang perhambaan kepada yang lain daripada
Allah Taalah. Seorang abid tidak mudah tunduk kepada segala perintah yang bercanggah dengan
perintah Allah Taalah kerana diri danjiwanya telah diserahkan kepada mentaati Allah Taalah
semata-mata. Iman dan keyakinannya tidak boleh dibeli dengan wang ringgit. Tindakan dan
perlakuannya bukan kerana takut kepada makhluk tetapi sekima hidupnya adalah pengabdian diri
kepada Tuhan Maha Berkuasa.

h. Membentuk Akhlak dan Melatih jxwa Yang Murni.


Ibadah dapat membentuk akhlak dan melatih jiwa yang mumi kerana orang- orang yang
beribadah sentiasa melatih dirinya untuk tunduk dan patuh kepada segala perintah dan ingin
mencari kereda Allah Taalah dalam semua aspek kehidupan.

i. Melahirkan Masyarakat Yang Produkktif. Ibadah dapat membina masyarakat yang produktif
lantaran ibadah dilaksanakan dalam semua aspek kehidupan seperti bidang ekonomi, sosial,
pendidikan dan k sebagainya. Manusia akan berusaha bersungguh untuk mencapai matlamat
yang mumi lagi baik kerana semua aktiviti yang dilakukan tergolong di dalam ibadah dan ingin
mendapat keredaan Allah Taalah.

j. Mewujudkan Negara Yang Melaksanakan Ajaran Islam.


Ibadah dapat melahirkan sebuah negara yang benar-benar melaksanakan hukum-hukum
pentadbiran dan perundangan Islam. Keadaan ini hasil dari kesedaran, ketaatan, penghayatan
Islam oleh pihak rakyat dan golongan pemerintah yang inginkan sistem hidup Islam yang
berlandaskan al-Quran dan Sunnah. (Che Kamaruddin: 1996:29-30)

k. Mendapat Kebaikan Dunia dan Akhirat:


Segala perintah Allah Taalah kepada umat manusia, samaada individu atau masyarakat
semuanya mengandungi hikmah. Semua perkara yang diperintahkan oleh Allah Taalah jika
dikerjakan pasti mempunyai kebaikan kepada yang melakukan. Sebaliknya segala larangan Allah
Taalah adalah perkara-perkara yang boleh mendatangkan kesosakan atau keburukan kepada
manusia. Segala perlakuan yang baik mempunyai nilai yang diberi ganjaran pahala yang sangat
bergunan terutama untuk kehidupan di akhirat kelak ((Syeikh Ali:2005: 1)

l. Mendapat PertolonganAIlah Taalah:


Orang yang beribadah dengan ikhlas pastinya akan mendapat pertolongan Allah Taalah di atas
perbuatannya. Maka Allah akan mencintainya dan juga menolongnya. Hadis yang bermaksud:

"Sesiapa yang meninggalkan dunia dengan ikias kerana Allah tanpa mempersekutukannya,
mendidirkan solat dan membayar zakat, nescaya dia akan pergi dari dunia, di mana Allah sangat
senang kepadanya. "

Kesimpulan:
Sesungguh Islam adalah agama yang sempuma kerana ia mencakupi segenap aspek kehidupan.
Dalam Islam seluruh pekerjaan itu adalah dikira ibadah sekiranya memenuhi segala peraturan
dan syarat-syarat yang telah ditetapkan. Tidak seperti dalam kebanyakkan agama di dunia yang
menganggap hanya penyembahan dalam bentuk ritual sahaja dikira ibadah, sedangkan
pekerjaan- pekerjaan yang lain tidaklah dikira sebagai ibadah. Bagi ajaran Islam ibadah-ibadah
yang dilakukan terutama ibadah khusus sebenamya tidak dapat dipisahkan dari kehidupan
manusia kerana impak atau kesan ibadah itu sangat besar kepada kehidupan seseorang muslim,
samaada di dunia mahu pun akhirat. Sebenamya tidak timbul konsep 50% untuk dunia dan 50%
untuk akhirat, kerana seluruh kehidupan ini bagi seorang muslim adalah untuk dunia dan akhirat
kerana dunia ini adalah ibarat ladang tempat kita menanam atau bercucuk tanam dan akhiratlah
tempat kita menuai dan mengutip hasil. Segala yang diperintahkan oleh Allah Taalah pastinya
manfaatnya kepada manusia, bukan untuk Allah. Allah Taalah tidak akan rugi atau berkurang
sedikitpun jika manusia memboikot Allah, sebaliknya yang akan rugi manusia sendiri. Oleh itu
baik sekali sekiranya kita mengkaji dengan teliti dan mendapatkan hikmah dari ibadah yang
diperihtahkan kepada kita untuk melakukannnya.
Rujukan:
Abdul Aziz Ismail, Rahsiah Ibadah Di sisi Allah s.w.t, Selangor, Progress Publishing, Cetakan
Pertama, 2005.

Che Kamaruddin Md Daud, Asas-asas Islam 11, Shah Alam, PPI, 1996.

Fathi Yakan, Apa Erti Soya Menganut Islam, Kuala Lumpur, Pustaka Salam, 2000.

Kamus Dewan Edisi Baru, Kuala Lumpur, 1996.

Mukhlas Asy-Syarkani, Kejaiban Ibadah :Membungkar Rahsia dan Hikmah Ibadah, Kuala
Lumpur, Al-Hidayah Publisher, 2002.

Syeikh Ali Ahmad Al-jarjawi, Hikmah Di Sebalik Ibadah, (Terj. ) Kuala Lumpur Darul Nukman,
Cetakan Pertama, 2005.

You might also like