FAKULTI BAHASA DAN KOMUNIKASI TEORI DAN KRITIKAN KESUSASTERAAN BSS 3033

( TUGASAN KUMPULAN) KUMPULAN A

NAMA SITI KAMALIAH BINTI ABDUL MUIN KARTINI BINTI ANDI PADELI MAZLIA BINTI MAT JUSOH NUR IZATI BINTI SULAIMAN RINA RASDIANA BINTI SAHAR

NO.MATRIK D20091034276 D20091034298 D20091034300 D20091034330 D20091034369

TAJUK: TEORI MORAL SEMESTER 2 (SESI 2010/2011) DR. ABDUL HALIM ALI

KANDUNGAN
1.0 PENDAHULUAN 1

2.0 OBJEKTIF

3

3.0 KAEDAH YANG DIGUNAKAN • • • Kaedah Penulisan Sumber Data (Metodologi) Penulisan Laporan Kajian 3 4 4

4.0 HASIL KAJIAN


• • • • • • • • • • •

Asal-usul teori moral Ciri-ciri teori moral Perkembangan teori sebelum merdeka Teori Etika Perkembangan Teori Etika Penyataan Dalam Teori Etika Teori dan Aliran Pemikiran Penilaian dalam Etika Aspek dalam Etika Subjektivisme Etika Objektivisme Etika Kelas Am Teori Etika

5 6 9 10 11 12 13 15 15 15 16 16 2

Falsafah-falsafah moral ini didasarkan kepada falsafahfalsafah umum. watak. moral ialah unsur mendidik dan memberi pengajaran yang mempunyai nilai yang baik atau buruk serta menjadi dasar sesebuah karya sastera.0 RUMUSAN 21 BIBLIOGRAFI 22 1. tabiat. kelakuan. benar atau salah dan tepat atau tidak tepat. mos. Premis yang menjadi kayu ukur kepada pemikiran teori moral dan etika barat ialah pemikiran yang rasional. Maksud tersebut mempunyai beberapa pengertian iaitu moral dihubungkaitkan dengan kegiatankegiatan manusia yang dipandang sebagai baik atau buruk. adil. cekap dan berkebajikan. Dengan kata lain. Realisme. Hal ini termasuklah kemampuan untuk menginsafi yang benar dan salah serta mendidik orang lain dengan peraturan yang sesuai sama ada tingkah laku itu betul atau salah semasa berhubungan dengan orang lain. kebiasaan. cara. 3 . istiadat. Pengertian lain termasuklah unsur yang sesuai dengan peraturan atau prinsip yang diterima berhubung dengan yang benar. Falsafah-falsafah umum yang utama ialah Idealisme. Pragmatisme dan Eksistensialisme. tingkah laku. akhlak dan cara hidup. Moral dalam bahasa Latin disebut moralis.• • Sumbangan teori moral Tokoh 17 20 5. moris atau mores merujuk kepada adat.0 PENDAHULUAN Teori-teori moral dan etika barat didasarkan kepada falsafah-falsafah moral yang telah wujud sejak zaman Yunani kuno lagi.

Oleh sebab itu.pertimbangan yang menentukan baik. teori moral yang berlandaskan pemikiran rasional manusia semata-mata sudah pasti bersifat tentatif dan relatif kerana pemikiran akal manusia adalah berubah-ubah dan bukannya bersifat statik. Oleh itu. Pemikiran rasional yang hanya berlandaskan penggunaan akal manusia adalah terbatas kerana manusia sememangnya diciptakan dengan kekurangan dan kelemahan. Metafizik yang berada di bawah lembayung ontologi merupakan salah satu daripada cabang utama ilmu falsafah atau ilmu pengetahuan mengenai segala yang di luar alam tabii yang tidak diketahui rahsia isi keseluruhannya. Premis yang menjadi kayu ukur kepada pertimbangan. buruk. Sedangkan perkara-perkara yang tidak dapat dicapai oleh akal (metafizik) adalah lebih luas skopnya. iaitu ‘ethos’ membawa maksud ilmu berkenaan prinsip-prinsip akhlak atau moral yang menjadi pegangan seseorang individu atau sesuatu kumpulan. Para pengkritik moral berpendapat bahawa kesusasteraan sesuai dijadikan alat untuk mengajar dan mendidik masyarakat atau manusia agar menerima nilai-nilai yang baik. Teori-teori moral yang wujud walau bagaimana rencam sekalipun adalah semata-mata berdasarkan pemikiran yang rasional. manusia hanya mampu menggunakan pancaindera yang ada untuk melihat sesuatu perkara itu secara zahir dan terhad. Aspek moral melalui kesusasteraan sering dikemukakan oleh pengkritik yang bersikap komited terhadap masyarakat atau terhadap manusia seluruhnya. pengkritik akan mencari nilai-nilai yang baik dalam karya sastera yang dikajinya dan jika nilai itu amat kurang maka pengkritik akan menegur dan berpesan kepada pengkarya agar menghasilkan karya-karya yang 4 .Etika yang berasal daripada perkataan Greek. Ini kerana. benar dan salah sesuatu tindakan moral atau etika ialah pemikiran rasional (rational thinking) yang berlandaskan akal fikiran manusia semata-mata.

3. 2. 2. Laporan kajian atau penyelidikan ialah penulisan ilmiah yang 5 . sesebuah karya sastera yang baik itu harus bermoral.3 Mengkaji tentang perkembangan teori moral dalam bidang kritikan kesusasteraan di Malaysia dari sebelum merdeka hingga selepas merdeka.0 KAEDAH YANG DIGUNAKAN a) KAEDAH PENULISAN Kaedah penulisan yang digunakan dalam kajian kami ialah laporan kajian atau penyelidikan. Hal ini subjektif kerana jika karya itu mementingkan gaya tanpa moral. 2.bermoral pada masa akan datang.2 Mengenal pasti sumbangan teori moral dalam perkembangan teori dan kritikan kesusasteraan. Menurut Muslim Burmat (1999). sebagai hasil sastera.0 OBJEKTIF 2. apa jua bentuk tulisan itu harus kita bahaskan dalam konteks sastera walaupun yang kita lihat adalah moral. Dalam konteks dunia kritikan kesusasteraan. Justeru dalam pendekatan ini.1 Mengkaji dan memahami tentang teori moral melalui sejarah dan perkembangannya. sudah pasti isinya hambar dan tidak ada sumbangan kepada bangsa. ditegaskan bahawa pendekatan moral itu bertolak dari dasar pemikiran karya sastera itu tanpa mengira genre apa pun dianggap sebagai sebagai wacana yang ampuh dan efektif dalam usaha membina moral dan keperibadian sesuatu kelompok masyarakat.

Penghuraiannya juga bersandarkan kepada metodologi saintifik dan berdasarkan data kerja lapangan dan rujukan perpustakaan. b) SUMBER DATA (METODOLOGI) Metodogi kajian merupakan suatu proses. Ciri-ciri teori moral 3. Fielding dan Schreier (2001) telah mengklasifikasikan bahawa terdapat tiga jenis metodologi kajian iaitu kajian kuantitatif.Perkembangan teori sebelum merdeka 4. Teori Etika 6 . c) PENULISAN LAPORAN KAJIAN 1. 1985). suatu set perkakasan bagi melaksanakan suatu penyelidikan dan perolehan maklumat. 1997). 2000). Kajian kuantitatif merupakan suatu pertanyaan terhadap masalah yang telah dikenal pasti berdasarkan kepada pengujian suatu teori yang digubah oleh pembolehubah. diukur melalui perwakilan nombor dan dianalisa menggunakan teknik statistik (Neuman. Berdasarkan kajian kami. kajian kualitatif dan kajian hybrid.menyampaikan maklumat atau fakta tentang sesuatu kepada pihak lain. Secara umumnya. Asal usul teori moral 2. Kaedah kajian kuantitatif juga dikenali sebagai kajian eksperimental dan kajian tinjauan (Fellow dan Liu. Kumpulan kami telah banyak menggunakan bahan-bahan rujukan di perpustakaan semasa menjalankan kajian kami ini. serta juga suatu seni bagi melaksanakan suatu karya sains (Adam dan Schvaneveldt. kami telah menggunakan kaedah kajian kuantitatif.

Kelas Am Teori Etika 13. dan T. Antara tokohnya adalah seperti D. Dalam kritikan sastera. pendekatan moral ini boleh dianggap tua. sementara Plato pernah menggunakan pendekatan ini dalam membuat penilaian puisi pada zamannya.R. Tokoh 4.Elliot. menggambarkan kebenaran dan memperlihatkan kesungguhan yang tinggi serta sesuai dengan iklim dan amalan masyarakat pada zaman itu. Objektivisme Etika 12. G. Teori dan Aliran Pemikiran 8. Penilaian dalam Etika 9. golongan moralis adalah merupakan golongan pengkritik yang sangat aktif. Sumbangan teori moral 14. Leavis.5. Kebanyakan mereka berpendapat kritikan moral bergantung pada nilai baik dan buruk di mata masyarakat. Perkembangan Teori Etika 6. F.H. Sasterawan Barat berpendapat bahawa hasil kesusasteraan yang baik mestilah bermutu. Pendekatan ini pernah digunakan oleh Aristotle. 7 .0 • HASIL KAJIAN Asal-usul teori moral.Lawrence. Penyataan Dalam Teori Etika 7. Pendekatan ini telah digunakan sejak dari zaman Greek lagi. John Middleon Murray. Dalam tahun-tahun 1950-an. Subjektivisme Etika 11.S. Ornell. Aspek dalam Etika 10.

Pada zaman ini karya sastera harus menghidupkan watak yang benarbenar rasional dan bermoral. telah muncul genre Morality Play. disiplin dan batasnya. humanisme dan moral mulai mendapat perhatian daripada para pengkritik yang berpendekatan moral untuk dijadikan dasar kritikan. Oleh itu. pendekatan moral bertolak dari dasar pemikiran bahawa sesuatu karya sastera dianggap sebagai suatu medium yang paling berkesan dalam membina moral dan 8 . Adakah unsur-unsur itu bertentangan dengan agama. Penekanan dalam kritikan lebih kepada soal baik buruknya sesuatu unsur yang terdapat dalam sesebuah karya. membicarakan tanggungjawab paderi di gereja dan mengemukakan cara-cara untuk memperbaiki perangai manusia. Sejak dari itu. kebudayaan dan falsafah. Kemudian muncul zaman Renaissance iaitu zaman kebangkitan Eropah yang meletakkan manusia mempunyai taraf lebih tinggi daripada haiwan dan yang membezakannya ialah sifat taakulan dan moralnya. Karya sastera khasnya drama pada masa itu memberikan panduan kepada pengkaji untuk membina teori nilai dan sastera dalam kritikan sehingga prinsip kritikan ditentukan oleh isi dan moralitinya. Pendekatan moral lebih menekankan kepada penilaian moral dan hubungan budaya iaitu penilaian bercorak agama. Ketinggian taraf manusia menentukan itu adalah ditentukan oleh moral dan moral itu manusia perlu mempunyai peraturan. kebudayaan dan falsafah. yang menceritakan kisah-kisah nabi daripada Bible. Unsur-unsur negatif akan dikecam sebaliknya unsur-unsur yang positif dan membina akan disanjung dan dipuji.Dalam zaman Kegelapan Eropah atau Dark Ages. terciptalah aliran humanisme atau kemanusiaan yang meletakkan manusia ialah pusat kehidupan alam yang bertaraf tinggi dibanding dengan makhluk yang lain. • Ciri-ciri teori moral Menurut Atar Semi.

Aspek isi ialah cerita dan persoalan yang menjadi isu semasa dan bentuk hanyalah sebagai alat untuk menyampaikan isi atau moral.S. teks kesusasteraan bukan sahaja sebagai satu hasil seni tetapi melalui isi dan matlamatnya mampu menyumbang kepada pembentukan masyarakat yang baik dan sempurna. Hal ini berlaku kerana para pengkritik moral 9 . Karya yang baik seharusnya bermoral dan keunggulan sesebuah karya adalah bergantung kepada ketinggian moral dalam karya tersebut manakala karya yang tidak bermoral pula dianggap tidak bernilai. thought we must remember that whether it is literature or not can be determined only by literary standard. Pengkritik akan menghubungkan isi teks dengan realiti di luar teks untuk mengukuhkan signifikasi moral yang dikritik. Pendekatan moral juga berpendapat bahawa hasil sesebuah karya sastera adalah ciptaan yang harus disanjung dan dimuliakan. Hal ini dapat dilihat melalui pernyataan T. Eliot seperti yang dinyatakan oleh Rahman Shaari (1994:74) : The greatness of literature cannot be determined solely by literary standards. Moral dihubungkaitkan dengan kegiatan-kegiatan manusia yang dipandang baik atau buruk. Aspek moral merupakan salah satu unsur mendidik yang memberi pengajaran dan perlu menjadi dasar sesebuah karya sastera. Para pengkritik moral berpendapat bahawa kesusasteraan sesuai dijadikan alat untuk mengajar dan mendidik masyarakat atau manusia untuk menerima nilai-nilai yang baik. T. 1994:72). Mereka beranggapan bahawa.Eliot berpendapat bahawa terdapat fungsi lain dalam kesusasteraan selain daripada fungsi seni atau fungsi estetik.S.keperibadian sesuatu kelompok masyarakat (Rahman Shaari. Antara pendekatan yang digunakan dalam teori moral adalah dengan memberikan penekanan kepada isi teks yang dihubungkan dengan prinsip-prinsip moral berbanding bentuknya. Melalui pernyataannya.

T. Oleh itu. nilai sastera perlu dilihat melalui aspek etika dan agama dan pendekatan moral perlu diiringi dengan pendekatan keagamaan. Hal ini demikian kerana kesusasteraan dikatakan mempunyai tanggungjawab etika iaitu sebagai alat untuk memperbaiki dan meningkatkan nilai moral masyarakat. pengkritik perlu berusaha mengkaji dan menganalisis teks serta menilai sesuatu teks kesusasteraan dengan memberi penekanan kepada nilai moral dan kesan didaktiknya kepada masyarakat. didikan dan pembentukan akhlak yang baik yang boleh dijadikan panduan kepada pembacanya. Dalam membicarakan pemikiran teori moral. Oleh itu. maka pengkritik akan berpesan kepada penulis agar menghasilkan karya yang lebih bermoral pada masa akan datang. Dalam teori moral juga mereka menganalisis sesebuah karya sastera melalui sudut didaktik. seringkali pemikiran agama ditonjolkan. (1994:114) : 10 . Menurut beliau dalam Rahman Shaari. Didaktik merujuk kepada karya-karya sastera yang mempunyai unsur pengajaran. pengkritik akan mencari nilai-nilai yang baik dalam sesebuah karya yang dikaji dan sekiranya tiada atau kurangnya nilai yang baik dalam sesuatu karya. T. Ukuran moral merupakan sesuatu yang subjektif dan bergantung kepada nilai sesuatu masyarakat kerana setiap masyarakat mempunyai nilai dan etikanya yang tersendiri. Eliot turut mengakui hakikat bahawa penilaian moral ini bersandar pada etika sesuatu masyarakat. Horace turut menitikberatkan unsur didaktik sebagai keperluan yang perlu ada dalam karya dan bukan sekadar hiburan semata-mata.S. Pendekatan moral mengambil kira idea Plato yang sangat menekankan aspek moral dalam karya seni sastera. untuk melakukan kritikan berdasarkan teori moral.S.beranggapan bahawa kesusasteraan sesuai dijadikan alat untuk mengajar dan mendidik masyarakat untuk menerima nilai-nilai yang baik. Eliot yang merupakan seorang penyair dan pengkritik Inggeris turut merujuk kepada aspek agama ketika membicarakan tentang kesusasteraan. Pada pendapat beliau.

karya yang baik haruslah bermoral. dan tuhan. Dalam kritikannya. Kehidupan tanpa pegangan pula dikatakan seperti anak yang tidak mengenang jasa ibu bapa. and our behavior towards our fellow men. kebudayaan. Beliau menganalisis sajak ‘Manusia Liar’ karya Merayu Rawan. Hal ini terbukti melalui tulisan yang dihasilkan oleh beberapa orang pengkritik antaranya Abdul Salam. bangsa. dan falsafah. Penekanan dalam kritikan lebih kepada soal baik buruknya sesuatu unsur yang terdapat dalam sesebuah karya. our judgement and criticism of ourselves. dalam kucupan di malam berpisah dulu. Menurut Abdul Salam. negara. agama.Our religion imposes our ethics. apabila dikaitkan kesusasteraan dengan moral. Pendekatan moral lebih menekankan kepada penilaian moral dan hubungan budaya iaitu penilaian bercorak agama. beliau menerangkan tentang manusia yang tidak mempunyai pegangan agama diibaratkan sebagai haiwan liar. Kritikan berdasarkan teori moral mementingkan isi berbanding bentuknya dan sesebuah karya haruslah disanjung tinggi dan dimuliakan. Persoalan moral juga jelas tergambar dalam kritikan Abdul Salam melalui sajak ‘Kasih dan Rindu’ karya Tongkat Warrant dengan memberi tumpuan kepada dua baris berikut: Masih terasa lagi panas bibirmu. Penulisan kritikan yang mementingkan penilaian isi karya berdasarkan pendekatan yang telah lama muncul ini lebih mudah dan sesuai digunakan oleh para pengkritik. kebudayaan dan falsafah. Unsur-unsur negatif akan dikecam manakala unsur-unsur positif dan membina akan disanjung dan dipuji. Melihat sama ada unsur – unsur tersebut selari atau bertentangan dengan agama. • Perkembangan teori sebelum merdeka Menurut Mana Sikana dalam buku sejarah kritikan puisi melayu moden (1995). maksud yang cuba disampaikan oleh penulis dalam kedua-dua baris tersebut tidak dapat diterima umum kerana keinginan penyair untuk menyuarakan kebebasan 11 .

jiwanya bukan bererti bebas daripada landasan nilai-nilai agama dan peradaban mulia. dan puisi Melayu pada awal pertumbuhan sastera Melayu moden memang cenderung menerapkan nilai-nilai moral dalam karya mereka. • Teori Etika Etika adalah satu bidang mengenai melakukan perkara yang betul. Hal ini disebabkan kerana konsep pendekatan sosiologi itu sendiri lebih luas dan turut merangkumi bidang moral. Dalam kesusasteraan Melayu. Abdul Salam memberi perhatian terhadap karya yang bermoral iaitu unsur yang dapat memberikan kesedaran dan keinsafan kepada masyarakat. Contohnya. Penulis-penulis novel. dalam bidang kritikan kita lebih banyak menemui kritikan yang menggunakan pendekatan sosiologi. Teori etika sebenarnya cuba meningkatkan maruah. keamanan. Teori etika diasaskan kepda andaian bahawa manusia adalah rasional dan bebas membuat pilihan. Namun. cerpen. kegembiraan dan kesejahteraan manusia. Abdullah Basmeh ada menyentuh aspek moral dalam memberi kritikan terhadap novel Atheis karya Achdiat K. Beliau amat menyenangi dan menerima sajak itu sebagai sebuah karya yang baik kerana mengemukakan isi tentang pembangunan. kritikan dalam tahun 30-an hingga 40-an adalah tidak begitu berkembang tetapi masih dapat dilihat kecenderungan membicarakan aspek moral dalam sastera. Peraturan etika melibatkan semua orang. Hakikat ini jelas tergambar apabila Abdul Salam mengkritik sajak ‘Ombak’ karya Kalam al-Mahmudi Kedah. Ia 12 . Ahli falsafah mendapati ia adalah subjek yang rumit. Oleh itu kritikan menggunakan pendekatan moral dan sosiologi adalah saling melengkapi antara satu sama lain.Mihardja yang dikatakan dapat merosakkan kesucian agama Islam. iaitu pembangunan jiwa rakyat agar insaf akan penderitaan golongan nelayan yang hidup dalam serba kedaifan.

kaedah moral dan tindakan serta kelakuan manusia yang betul.bertujuan untuk mencapai keputusan yang baik untuk manusia sejagat. Beliau turut menambah. Etika juga merupakan satu disiplin ilmu yang mengkaji tentang moral. prinsip moral. Terdapat beberapa tokoh dalam teori etika ini yang menyatakan pendapat masing-masing mengenai teori etika ini iaitu Socrates. Perilaku yang tidak beretika. Socrates menyatakan bahawa kebahagiaan adalah mustahil diperoleh tanpa memiliki kebaikan moral dan tindakan yang tidak beretika yang akan menganggu orang lain. walaupun tidak melanggar undang-undang boleh menjejaskan kerjaya dan reputasi kita. kebaikan moral adalah suatu imbangan dan harmoni dalam kalangan perbezaan yang wujud dalam roh. Plato pula telah menjalankan kajian terhadap hubungan etika dengan personaliti manusia. Socrates menggunakan pendekatan yang mencabar dan menggalakkan rakan-rakannya untuk berfikir tentang kebaikan dan kesihatan roh. Menurutnya lagi. French dan Granrose (1995) menyatakan teori etika sebagai set panduan atau peraturan bertingkah laku iaitu menyelesaikan konflik terhadap keinginan. • Perkembangan Teori Etika Etika bermula di zaman purba Greek apabila ahli-ahli falsafah hanya memberikan tumpuan kepada kebaikan moral. Shea (1988) menyatakan pendapatnya dengan menyatakan bahawa teori etika merupakan prinsip bertingkah laku yang mengawal individu atau profesion dan sebagai satu standard tingkah laku. Idea utama Socrates tentang etika adalah berhubung dengan menyakinkan orang agar berakhlak mulia. malah beliau menganggap orang yang tidak beretika sebagai orang yang lemah dan mempunyai psikologi yang tidak sihat. kebaikan moral berada pada bahagian dalaman 13 . Buchnloz (1989) pula menyatakan teori etika sebagai sistem kepada panduan tingkah laku. Plato dan Aristotle.

Penyataan Dalam Teori Etika Etika deskriptif Etika deskriptif merupakan suatu disiplin yang membicarakan tentang sejarah sistem moral. apakah peraturan yang digunakan dan dianuti dalam sesebuah masyarakat dan sebagainya. Etika moden telah membentuk dua persaingan. pengadilan dan keputusan terhadap sistem tersebut. Sekiranya pada zaman terdahulu etika dahulu menekankan kebaikan moral dan rasionalnya.intelektual. iaitu tindakan yang mempunyai sifat etika dalaman dan memerlukan status moral daripada akibat (consequences) yang dibuat dan tindakan itu sama ada betul atau salah. beliau mempunyai pendapat yang berbeza dengan Plato dan Socrates dengan menyatakan bahawa kebaikan moral mempunyai hubungan yang sedikit dengan intelektual tetapi lebih kepada sifat (character) atau personaliti. • I. Islam. Dahulunya ia dikenali sebagai Teologikal dan kini dikenali sebagai Deontologikal iaitu pendekatan kepada etika. 14 . etika moden banyak memfokuskan kepada menentukan sifat-sifat beretika menerusi tindakan. Hindu dan sebagainya. Plato dan Socrates pula mengatakan beretika itu mempunyai hubungan rapat antara kebaikan moral dan personaliti yang sihat. Berdasarkan pendapat Aristotle pula. Bagaimanapun. Etika deskriptif memberitahu bagaimana ahli masyarakat harus bertingkah laku. Yahudi. ketiga-tiga ahli falsafah ini berpendapat bahawa kebajikan seseorang itu bergantung sepenuhnya dan berada dalam tangan seseorang itu. Etika deskriptif menyedarkan manusia bahawa terdapat pelbagai sistem moral yang bersifat relatif di muka bumi ini iaitu etika Kristian. Budhha. Etika deskriptif menyatukan bentuk atau karektor sesuatu sistem moral yang ada tanpa membuat penilaian.

Etika Normatif Merujuk kepada panduan dan peraturan yang berkaitan dengan tingkah laku yang baik dan jahat. Ianya juga menjurus kepada kenyataan yang memberitahu apa yang mesti dilakukan dan apa yang betul. Golden Rule merupakan contoh prinsip etika normatif klasik. bukan undang-undang moral sedia ada dan sedia diterima. 15 . mengkritik dan membuat keputusan terhadap sistem moral yang ada disamping menerangkan sesuatu undang-undang moral yang dianggap terbaik. Etika normatif menyedarkan kita bahawa tidak semua nilai moral berubah mengikut perubahan masa tetapi ada yang terus kekal dipelihara meskipun budaya mengalami perubahan. Etika normatif mengemukakan sistem moral yang piawai berpandukan sistem sedia ada. maka kita perlu melakukan perkara yang baik juga kepada orang lain. II. • I. Sesuatu perbuatan itu tidak diketahui sama ada baik atau buruk sehinggalah melihat kepada kesannya. Jika mahu orang melakukan perkara yang baik kepada kita. Ia menilai. Teori dan Aliran Pemikiran Teologi Teori ini melihat kebaikan dan keburukan sesuatu tindakan.II. deon iaitu duty yang merujuk kepada kewajipan individu. Teori ini berasal daripada perkataan Greek. Inilah yang dikatakan sebagai nilai mutlak dan biasanya berkait rapat dengan agama. Deontologi atau non consequentialist Teori ini berasaskan kepada prinsip asas iaitu kewajipan manusia.

16 . IV. VII. Ini bererti masyarakat yang berlainan memberikan nilai moral yang berbeza bagi tingkah laku yang serupa. Subjektif Penilaian terhadap sesuatu etika berdasarkan kepada penilaian diri sendiri. Relativisme Sesuatu yang dianggap baik oleh suatu masyarakat tidak mungkin dianggap sedemikian oleh masyarakat yang lain. Perasaan peribadi terlibat dalam menilai dan menentukan baik buruk sesuatu tindakan. Baik dan buruk tidak bersandar kepada sikap individu tetapi wujud dengan sendirinya. Baik perlu dijelaskan dalam bentuk kualiti fakta alam seperti memenuhi keperluan manusia.III. Sesuatu perlakuan itu baik kerana ianya memang baik. Objektif Kod moral adalah bebas daripada kepentingan individu. Naturalisme Sesuatu perbuatan itu baik atau buruk bergantung kepada pengalaman keseronokan. V. Non Naturalisme Moral adalah sesuatu yang unik dan tidak boleh dikelaskan. mendatangkan kebahagiaan. Individu berhak meletakkan nilai sama ada baik atau sebaliknya. kenikmatan dan sebagainya kepada manusia. VI.

Jika manusia merupakan kemahuannya. Etika mengambil kira penilaian ke atas suatu tindakan itu berbanding hanya dengan melabelkan perbuatan yang baik jika ianya memenuhi kehendak dan keperluan manusia sahaja. Aspek yang kedua pula melibatkan komitmen dalam melakukan apa yang baik dan bersesuaian. Aspek pertama iaitu keupayaan menilai yang baik dan buruk. • Penilaian dalam Etika Penilaian terhadap perbuatan yang baik adalah melalui peningkatan terhadap kesedaran dan pembangunan rohani individu hasil daripada perbuatannya. Bagaimanapun. semua masyarakat meletakkan nilai yang tinggi kepada kebaikan. Misalnya. dosa dan pahala atau sesuai dan sebaliknya. badan perundangan akan 17 . Absolutisme Prinsip moral berbeza dari satu budaya dengan budaya yang lain. • Subjektivisme Etika Subjektivisme etika adalah bergantung kepada faktor kemahuan sama ada individu atau pencipta sebagai subjeknya. Etika tidak lagi semata-mata satu topik perbualan dan isu yang diperdebatkan tetapi memerlukan tindakan dan susulan. • Aspek dalam Etika Terdapat dua aspek dalam etika. melabelkan perbuatan jika ianya meningkatkan kehidupan dan melabelkan sebaliknya jika perbuatan itu memusnahkan kehidupan.VIII. prinsip asas sejagat adalah sama.

etika. Hukum Karma dan kelahiran semula merupakan gambaran kehidupan dalam objektivisme etika yang mencapai sifat lengkapnya. Salah satu bentuk objektivisme etika ialah nilai mutlak moral (moral absolutism). normative dan etika gunaan. Jika kemahuan itu menjadikan Tuhan sebagai subjeknya. homoseksual dan 18 . Etika gunaan pula melibatkan penyelesaian ke atas isuisu kontroversi seperti isu pengguguran. Pengampunan dan pembalasan atas dosa yang dilakukan atau pahala atas kebaikan yang dibuat adalah antara manusia dan Tuhan. seseorang perlulah melengkapkan kehidupan masingmasing serta mematuhi undang-undang. Etika normatif lebih kepada praktikal. pembunuhan anak. Misalnya dalam menentukan piawai moral terhadap tindakan yang betul atau salah. Adakah prinsip etika merupakan suatu rekaan sosial? Adakah prinsip-prinsip etika ini merupakan gambaran hasil daripada emosi individu? Meta etika menjawab persolan ini yang memfokuskan kebenaran universal. ketentuan Tuhan. • Kelas Am Teori Etika Ahli falsafah lazimnya membahagikan teori etika kepada tiga kelas am iaitu meta etika. Undang-undang tidak dicipta dan tidak berasaskan subjek sama ada manusia atau tuhan.menentukan suatu keputusan itu dari segi undang-undang. • Objektivisme Etika Menurut objektivisme etika. maka hukuman lebih berbentuk kepada pembalasan Tuhan. Metaetika mengkaji asal prinsip-prinsip etika dan penggunaannya. Untuk mengelakkan hukuman. nila-nilai moral merupakan suatu kebaikan. Hukuman yang dikenakan adalah muktamad. pencemaran alam. alasan kepada penilaian etika dan definisi istilah-istilah berkaitan etika itu sendiri.

19 . Oleh itu. pemikiran atau premis yang menjadi tulang belakang karya tersebut. lukisan dan tarian. Teori ini mengatakan bahawa karya sastera adalah ciptaan yang harus disanjung dan dimuliakan. • I. Etika gunaan mengaplikasikan garis panduan konseptual dalam meta etika dan etika normatif untuk menyelesaikan isu-isu ini. maka sastera bercorak seks tidak boleh diterima masyarakat. Teks yang tidak bermutu dan bermoral dianggap sebagai teks yang tidak ada nilainya pada pandangan teori moral. sesebuah karya sastera itu wajib mempunyai moral kerana ia sebagai neraca yang menentukan nilainya. Tuntasnya. Karya yang baik haruslah bermoral dan ketinggian sesebuah karya pula bergantung kepada ketinggian moral tersebut. Karya-karya yang tidak mementingkan moral dianggap tidak bernilai. Sumbangan teori moral Mengiktiraf sesebuah karya sastera. ukiran. Kemuliaan sesebuah karya adalah disebabkan oleh adanya unsur-unsur falsafah. kemudian dituliskan dengan penuh kesedaran. malahan seseorang pengarang itu harus juga mempunyai visi. dalam sesuatu zaman yang menganggap bahawa moral yang baik terletak pada pemeliharaan maruah jantina. Ilham yang datang terlebih dahulu mestilah diteliti dan difikirkan buruk baiknya. bukannya diisi dengan perkara-perkara yang remeh dan sia-sia. Sumbangan pertama teori moral dalam dunia kesusasteraan ialah teori ini mengiktiraf sesebuah karya sastera. Contohnya. aspirasi dan perjuangan dalam penyuguhan karyanya. karya sastera yang dihasilkan mestilah penuh dengan nilai moral yang tinggi.peperangan nuklear. Bidang penulisan bukan sahaja memerlukan bakat dan kemahiran sastera semula jadi. Ia berbeza dengan hasil seni yang lain seperti nyanyian.

Mendidik para penulis Selain pembaca. Arah tersebut sama ada arah dan tujuan kepada sosial. Mereka sanggup berkorban demi kedaulatan negara mereka. Menurut Karl Beckson dan Arthur Ganz (1972). di samping menggunakan bahan-bahan yang memabukkan bagi melahirkan karya yang baik. tetapi pendekatan moral ini mengkhususkan penilaiannya terhadap aspek tersebut. bersih hati dan sedia untuk belajar. Sesungguhnya moral itu bererti mendidik. III. Sesuai dengan fungsi didaktisnya. pengarang juga mestilah menjadi golongan moralis. yang penting karya itu mempunyai unsur-unsur yang boleh mengajak para pembaca untuk berfikir dan mengikut landasan yang telah ditentukan. Walaupun kriteria pengalaman dan kebijaksanaan satu cara biasa mendekati hasil sastera. Masyarakat sebeginilah yang ingin dilahirkan oleh sesebuah negara. pendidikan dan politik atau apa jua.II. Teori moral juga tidak dapat menerima pengarang yang mengalami ‘neorosis’ atau ‘psikosis’ di bawah kesedaran mereka. Masyarakat yang mempunyai nilai-nilai moral yang jitu dan sayang akan negaranya. Hal ini disebabkan bukan sahaja karya sastera menjadi contoh ikutan oleh 20 . didaktis dalam sastera ialah karya yang mengandungi unsur-unsur pengajaran dan doktrin yang boleh memandu para pembaca ke sesuatu arah dan tujuan. Membentuk masyarakat dengan sifat sastera yang didaktis. teori ini memberi keutamaan kepada karya yang penuh dengan pengalaman benar dan fakta serta berisi dengan kebijaksanaan dan kepintaran yang akan dijadikan sebagai bahan pemikiran oleh para pembacanya. Masyarakat sebegini juga sanggup untuk mempertahankan negaranya daripada ancaman musuh luar. mengajar dan membimbing serta memandu pembaca dan penulisnya juga. Setiap pengarang hendaklah berkarya dengan penuh kejujuran.

berdaulat dan dihormati. IV. Inilah yang telah diaplikasikan oleh Leo Tolstoy. moralis menekankan norma yang menentukan sikap dan contoh itu ditentukan oleh masyarakat zaman penulis itu sendiri. Tidak sahaja genrenya berbentuk sejarah. malah gaya hidup penulisnya demikian juga. Cumanya. Teori moral memberikan penghargaan yang tinggi kepada pengarang yang menyumbangkan baktinya 21 . Oleh itu.masyarakat. Karya yang besar selalunya mempunyai motif moral yang dapat merangkumi ketiga-tiga aspek ini. melalui karya besarnya War And Peace atau Harun Aminurrasyid dalam Panglima Awang. Teori moral melihat sejauh mana sesebuah karya itu dapat memberikan sumbangan ke arah mencemerlangkan persejarahan sesuatu bangsa. Shakespeare dengan 43 buah drama sepanjang hayatnya telah dapat mengangkat bangsa Inggeris sebagai bangsa besar. Hal ini terbukti apabila manusia. Shahnon Ahmad dengan novel-novelnya yang cemerlang seperti Ranjau Sepanjang Jalan dan Renting telah menjadikan bangsa Melayu sesuatu bangsa yang bermaruah. tetapi karya-karya tersebut telah membina sejarahnya sendiri dalam posisi dan hierarki karya yang baik dan menjadi lambang zaman. Kesusasteraan sebenarnya mempunyai fungsi pensejarahan. tamadun dan sejarah itu tidak dapat dipisahkan. ia umpama mencemarkan karya moral yang telah dihasilkan tadi. Mencemerlangkan aspek pensejarahan sesuatu bangsa. Penulis yang menulis sesebuah karya yang penuh dengan unsur moral perlulah menunjukkan gaya hidup yang sihat sesuai dengan karya yang dihasilkannya. para penulis juga sebenarnya terdidik melalui teori moral ini. Penulis mesti bermoral dan tidak memakai bahan-bahan yang mengkhayalkan seperti alkohol bagi menghasilkan karya yang penuh bermoral. Sekiranya terjadi juga keadaan seperti itu.

R Elliot. karya-karya yang tidak mengkhususkan skop pembacanya. karya itu boleh diterima atau difahami oleh semua kerana sumber dan fokusnya adalah mengenai alam kehidupan. Plato tidak menginginkan karya sebegini. Plato dalam Republic sudah menegaskan syarat bahawa mesej atau perutusan sesebuah karya adalah penting. Karya tanpa mesej tidak menyumbang langsung dalam membentuk personaliti mesej yang bermoral.sehingga bangsa itu menjadi besar dan menghargai karya yang telah mencipta sejarahnya sendiri. Karya sebegini hanya dibaca untuk hiburan dan mengisi masa lapang semata-mata. Horace juga menitikberatkan unsur-unsur didaktif sebagai keperluan yang perlu ada dalam karya di samping untuk tujuan berhibur. Horace dalam Ars Poetica menegaskan bahawa di samping unsur hiburan. karya itu tidak mempunyai apa-apa pengertian. Plato amat mementingkan karya yang penuh dengan pengisian yang berguna untuk masyarakat. Paul Elmer More telah menggunakan teori moral pada abad ke-20. Tanpa mesej. Graham Munson dan ramai lagi. Sementara itu. 22 . sesebuah karya sastera mestilah mengandungi unsur pendidikan. Plato sangat menekankan aspek moral dalam karya seni sastera. G. Sebaliknya. malah untuk seluruh manusia sejagat dan selalu menyuguhkan persoalan-persolan yang berbentuk universal dalam pengertian. Karya yang tidak bermesej seperti karya yang tidak ada fungsinya. Kemudian. Aspek universalisme bererti karya itu diterima oleh umum. Karya seumpama ini akan diberi penghormatan oleh teori moral. Sering pula ia melontarkan pemikiran-pemikiran yang berbentuk universal. • Tokoh Kaya sastera yang telah dinilai berdasarkan moral sebenarnya telah dibicarakan sejak zaman Greek lagi. usaha itu telah dilanjutkan oleh Norman Forester. sama ada dari aspek temanya atau karya itu telah diiktiraf oleh dunia antarabangsa. Robert Shafer. Selain itu.

0 PENUTUP Kesimpulannya. salah satu ciri sastera ialah mengandungi sikap hidup dan semangat zaman yang dibentuk oleh zaman masyarakat. maka ia tidak dapat dianggap sebagai sebuah karya yang besar. teori moral menekankan aspek nilai murni yang tinggi dalam proses menghasilkan karya sastera oleh para penulisnya. moral ditentukan oleh nilai masyarakat. Tegasnya. Dalam banyak hal. Apabila para pembaca membaca karya sastera yang berunsurkan moral yang tinggi.5. Undang-undang sastera terbentuk ke arah memberikan perkhidmatan yang cemerlang supaya manusia sentiasa berbaik-baik antara satu sama lain. tetapi jika sekiranya karya itu kekurangan moral. Sesungguhnya kritikan teori moral mahukan hasil karya yang bertindak sebagai guru dan menjadi contoh untuk diamalkan oleh pembaca. maka pembaca tadi dapat dibentuk sahsiahnya menjadi sahsiah yang cemerlang. 23 . Menurut teori ini. Teori ini amat mementingkan nilai dan pengajaran yang baik demi tamadun bangsanya. Sekalipun sesebuak karya itu baik. teori ini melihat kesusasteraan sebagai suatu gerakan ke arah memenuhi keperluan kemanusiaannya.

Kritikan sastera melayu moden. Kritikan sastera masalah dan penigkatan. Dlm. B.). Vol 6. L (1971).BIBLIOGRAFI Elias. Diperoleh pada Mac 2. New York: McGraw Hill Companies. Kumpulan kritikan sastera: Timur dan Barat. (1987). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. New york & London: Longman Inc. Mana Sikana (2006). Singapura: UTS Network Service. Teori moden sastera dan permasalahan sastera Melayu.S. Krieger Publishing Co. Kohlberg. Sejarah kritikan puisi Melayu moden. Florida: Robert E. Kuala Lumpur: Universiti Malaya. Mana Sikana (1998). Dlm. Teori dan kritikan sastera pascamodenisme. & Sullivan. et al (1979). Cooperative Learning in The Science Classroom.(pnyt. Crittenden. Sohaimi Abdul Aziz (2003). Teori dan kritikan sastera. Mohamad Mokhtar Hassan (1995).. Moral education: interdisciplinary approaches: 23-92. L. Moral Education of psychological view. Kohlberg. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 24 . C. Promoting moral growth from piaget to kohlberg. Moral education: secular and religious.my. 2011 daripada http://www. The cognitive-developmental approach to moral education. Kohlberg. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Reimer. Bhd.ukm.ftsm. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn. D. Umar Junus (1996). Mana Sikana (Ed.V. J.).). J. Stages of moral development as a basis of moral education. L (1971). Issues Lungdren. Inc. Kritikan sastera Melayu pendekatan dan pemikiran. Deighton : The Encyclopedia of Education. Kritikan kesusasteraan. Beck. Muhammad Salleh (Ed.M. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hashim Awang (1988). (1988). Teori etika (2011). 1994. Rogrs. New York: Newman Press. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.. L (1977). Dlm Lee C. Rahman Shaari (1994). The Macmillan Company. E. L (1989). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.