You are on page 1of 7

Konsep Dakwah Dalam Islam

Pendahuluan
Dakwah merupakan istilah yang khusus dalam islam. Ia merupakan satu kewajipan yang
dipertanggungjawabkan ke atas setiap muslim yang mempunyai kemampuan, dalam sebarang
bentuk dan dalam setiap kesempatan. Dakwah merupakan tugas para Rasul dan perintah yang
diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW yang merupakan juru dakwah pertama semenjak
agama Islam diturunkan. Banyak perintah Allah yang ditujukan kepada Rasullullah supaya
melaksanakan tugas tersebut secara kesinabungan, seperti Firman Allah yang bermaksud:“Dan
serulah ia kepada tuhan engkau, sesungguhnya engkau di atas petunjuk yang luirus” (Al-Haj; 67)

Walaupun banyak ayat-ayat dalam Al-Quran menyuruh Nabi Muhammad SAW supaya
berdakwah, tetapi ayat tersebut juga ditujukan untuk seluruh manusia muslim dan hanya
dikecualikan bagi mereka yang dikecualikan oleh syara’.

Dakwah merupakan perlaksanaan terhadap perintah Allah, iaitu menyeru manusia ke arah ajaran
Islam yang meliputi persolan teologi, syariah, akhlak, dan institusi. Dakwah merupakan satu
usaha untuk mengajar kebenaran kepada mereka yang lalai, membawa berita baik tentang nikmat
dunia dan nikmat syurga, memberi amaran tentang balasan neraka di akhirat dan
kesengsaraannya. Melaksakan tugas dakwah merupakan puncak kebaikan dan kebahagiaan
sepertimana Firman Allah yang bermaksud:“Siapakah yang lebih baik pertuturannya daripada
mereka yang menggunakannya untuk menyeru manusia ke jalan Allah” (Fusilat 41; 33)

Definisi dakwah

Dari Sudut Bahasa


Dakwah kepada Islam merupakan satu teknik untuk menarik manusia kepada ajarannya sama ada
secara teoritikal atau praktikal. Perkataan “DAKWAH” berasal daripada perkataan arab yang
bererti mengajak, menyeru, menjemput, memanggil kepada sesuatu perkara sepertimana yang
terdapat dalam Firman Allah:Ertinya: dan Allah menyeru kepada negara kesejahteraan….

Manakala orang yang menyampaikan dakwah disebut sebagai “PENDAKWAH” atau


“PENDUKUNG DAKWAH”.

Dari erti perkataan dakwah dari segi bahasa tersebut memperlihatkan bahawa dakwah
merupakan satu perkara yang memerlukan satu usaha atau kesungguhan sama ada secara amali
atau teori bagi mencapai objektif yang digariskan, justeru itu di dalamnya terdapat tuntutan jihad
dan amal.

Dari Segi Istilah


Banyak definisi dakwah dari sudut istilah telah diberikan oleh para Uamak Islam, antaranya:Ibn.
Taimiyah: Dakwah kepada Allah ialah menyeru manusia agar beriman dengan Allah serta
beriman dengan apa yang telah dibawa oleh para Rasul-Nya dengan membenarkan apa yang
telah diberitakan oleh mereka dan taat kepada perintah mereka.

Abul Ala’Al-Mawdudi: Dakwah adalah panggilan Ilahi dan Rasul mengajak manusia memiliki
nilai-nilai suci dan agong. Dakwah adalah menghidupkan manusia, iaitu menghidupkan
pancaindera, daya pemerhatian, daya rasa, daya ciptanya, menghidupkan dhamir, hati nurani dan
bashirah. Menghidupkan manusia yang seimbang dari segi ilmu, iman dan amal. Ibadah, ikhtiar
dan doa.

Definisi dakwah dapat disimpulkan:

Dakwah ialah menyeru manusia supaya taat dan beriman kepada Allah dan Rasul. Dakwah ialah
mengajak manusia mengamalkan nilai-nilai yang dibawa oleh Islam bagi menghidup dan
menyeimbangkan manusia. Dakwah adalah usaha mengingati fitrah manusia dan seruan kepada
pembebasan manusia dari ilah-ilah palsu dan kuasa tirani. Dakwah ialah usaha-usaha pembaikan
dan pembangunan masyarakat yang berkesinabungan.

Kewajipan Berdakwah
Dakwah merupakan kewajipan yang dipertanggungjawabkan untuk umat islam seluruhnya tanpa
kecuali mengikut kemampuan dan keupayaan masing-masing seperti Firman Allah yang
bermaksud: “Kamu adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan untuk manusia, supaya kamu
menyuruh kepada kebaikan dan melarang dari kejahatan”

Ayat di atas menerangkan dua perkara, iaitu tentang kebaikan umat Islam(Khaira Ummatin) dan
kebaikan umat Islam itu terletak kepada tugasnya menyuruh dan mengajak manusia berbuat
kebaikan dan mencegah dari kemungkaran. Menurut Imam Al-Qurtubi, Allah telah menjadikan
amar makruf nahi mungkar sebagai garis pemisah di antara orang beriman dengan orang
munafik. Ia merupakan ciri orang beriman yang paling istimewa yang membezakannya dengan
golongan munafik. Apabila umat Islam melalaikan tanggungjawab berdakwah maka Allah akan
mengharamkan kedudukannya sebagai Khaira Ummatin(sebaik-baik umat), kerana Allah
memberikan status umat mulia ke atas umat Islam kerana perlaksanan terhadap tanggungjawab
dakwah.

Tanggungjawab berdakwah diletakkan ke atas setiap muslim sama ada lelaki atau perempuan,
baligh, berakal, sama ada ulamak atau tidak, tetapi peranan ulamak lebih ditekankan dalam
memperincikan ajaran agama kerana pengetahuan mereka yang luas. Ia boleh dilakukan sama
ada secara perseorangan sepertimana Hadis Nabi yang bermaksud:“Maka hendaklah yang telah
menyaksikan antara kaum memyampaikan ilmu kepada orang yang tidak hadir” (Hadis Riwayat
Bukhari; Kitab Sahih Bukhairy)

Dan juga boleh dilakukan berorganisasi terutama apabila terdapat aspek-aspek kerja dakwah
yang tidak dapat dilakukan secara individu sepertimana Firman Allah yang
bermaksud:“Hendaklah ada diantara kamu umat yang menyeru kepada kebaikan dan menyuruh
membuat kebaikan dan mencegah dari kemungkaran, mereka itulah orang-orang yang mendapat
kemenangan”. (Ali Imran; 104)

Bagaimanapun, terdapat pendapat yang menyatakan wajib ke atas setiap umat Islam berdakwah,
tetapi ia menjadi fardu kifayah iaitu tanggungjwab yang tertanggung kepada orang orang yang
tertentu yang mempunyai syarat-syarat keahlian dalam sesuatu bidang yang tertentu yang
memerlukan syarat-syarat tersebut yang tidak ada pihak lain menyempurnakannya.
Bagaimanapun, hukum fardu kifayah ini tidak bermaksud umat Islam yang lain harus berpeluk
tubuh sekiranya kemungkaran terus berlaku dalam masyarakat. Fardu kifayah bemaksud,
sekiranya masyarakat tersebut sudah meninggalkan kemungkaran dan membuta kebaikan, tetapi
jika sekiranya masyarakat masih lagi melakukan kemungkaran, maka setiap muslim wajib
memikul tanggungjawab tersebut atau memberi sokongan kepada pendakwah. Setiap orang
wajib menambah kekuatan dan memberi Sokonngan kepada para pendakwah, meramaikan
bilangan mereka sehingga mereka menjadi kuat, hebat, dan mempunyai pengaruh yang cukup
untuk mencegah kemaksiatan.

Ciri-Ciri Pendakwah
Pendakwah mempunyai kedudukan yang sangat penting sekali dalam agama. Allah berfirman
bahawa dakwah itu adalah sebaik-baik perkataan:“Siapakah yang terlebih baik perkataannya dari
orang yang menyeru kepada Allah serta beramal salih seraya berkata saya seorang muslim”
(Fushilat; 33)

Pendakwah merupakan golongan yang mewarisi peranan para Nabi dan Rasul yang
menyampaikan ajaran agama kepada setiap manusia dan menyeru manusia kepada Allah. Justeru
itu, mereka sudah semestinya lebih wajar dari orang lain dalam menghiasi diri mereka dengan
akhlak Islam seperti mempunyai sifat benar, amanah, pemaaf, lemah-lembut, tawadu’,
memudahkan, mulia dan pemurah. Di samping itu, mereka harus menjauhkan diri dari sifat-sifat
bohong, munafik, pemarah, sombong, megah, bakhil dan kedekut. Pendakwah yang beramal
dengan akhlak islami ini akan membawa pengaruh yang sangat besar dalam perubahan yang
dikehendaki dan mendapat penghormatan yang tinggi dalam masyarakat.

Abul A’la Al-Mawdudi telah mernggariskan sifat-sifat yang perlu ada kepada para pendakwah.
Pertama, pendakwah harus mempertingkatkan kualiti dirinya sehingga ia betul-betul taat kepada
Allah dan Rasul, serta tunduk kepada apa yang dibawa oleh Rasul. Ia harus terlebih dahulu
memerangi musuh dalam dirinya melalui jihad nafs sebelum berhadapan dengan musuh-musuh
lain. Kedua, seorang pendakwah harus berpegang teguh dengan prinsip yang dipoegangnya dan
matlamat perjuangan, mengajak orang yang diseru dengan cara yang lembut, tidak kasar atau
bermusuhan, tidak menghina mereka, tidak menanamkan rasa kebencian tetapi tanamkan rasa
kasih sayang, persaudaraan dan perikemanusiaan.

Di samping sifat-sifat tertentu yang perlu ada kepada pendakwah, setiap pendakwah juga perlu
mempunyai persiapan-persiapan dalam menjalankan tugasnya agar perjuangannya memperolehi
kejayaan. Beberapa persiapan yang perlu ada bagi seorang pendakwah ialah menguasai ilmu
pengetahuan yang luas terutama dalam bidang agama, memahami kandungan al-Quran, halal-
haram, memahami hakikat dunia, tipu dayanya dan sebagainya. Pendakwah juga harus
mempunyai keimanan yang kuat bagi menghadapi pelbagai cabaran dan halangan dalam
berdakwah. Selain itu, seoarang pendakwah perlu mempunyai sifat sabar seperti teliti, tidak
tergopoh gapah dalam semua tindakan, mempunyai tekad yang kuat, tidak bersifat pesimis atau
berputus asa, pendirian yang teguh dan selalu memelihara keseimbangan antara akal dan emosi,
di mana akal akan tetap mengawal emosi, bukan sebaliknya. Persiapan yang lain ialah mesti
mempunyai sifat sedia memberi pertolongan dan bersedia berkorban masa, tenaga, fikiran, dan
harta. Mereka juga perlu, mempunyai perasaan cinta kepada perjuangan dan memiliki semangat
yang tinggi dalam mencapai tujuan serta menyediakan diri untuk terus bekerja terus menerus,
secara teratur dan berkesinabungan.

Methodologi Dakwah
Pada dasarnya dakwah mestilah dilakukan tanpa kekerasan kerana Islam tidak membolehkan
kekerasan atau paksaan dalam agama seperti Firman Allah:“Tiada paksaan dalam
beragama(masuk Islam). Sesungguhnya sudah nyata petunjuk dari kesesatan”(Al-Baqarah; 256)

Menurut al-Mawdudi, paksaan akan melahirkan nifaq dan munafiq kerana dakwah adalah
mengajak dengan kesedaran. Namun demikian, terkadang diperlukan kekerasan untuk menjaga
kemuliaaan agama atau untuk memelihara masyarakat, negara dan sebagainya. Sebagaimana
yang ditegaskan oleh Rasulullah:“Barang siapa di antara kamu yang melihat kemungkaran
hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya. Jika ia tidak sangggup dengan lidahnya. Jika ia
tidak sanggup, maka dengan hatinya dan ini adalah iman yang paling lemah. ” (Hadis Sahih
Muslim)

Dakwah yang hendak dilakukan hendaklah mengikut metodologi yang diikuti oleh para Nabi dan
Rasul, disamping menyesuaikannya dengan perubahan zaman dan persekitaran, mengikut apa
yang terbaik untuk zaman dan masyarakat tersebut. Dakwah boleh disampaikan secara lisan,
tulisan atau memanfaatkan dari perkembangan teknologi maklumat yang wujud pada masa kini.
Secara dasarnya, al-Quran telah memperjelaskan tiga cara dakwah yang efektif, seperti Firman
Allah yang bermaksud: “Serulah kepada jalan tuhan kamu dengan cara hikmah, nasihat yang
baik dan berdebatlah dengan mereka dengan cara yang baik. ” (Al-Nahl; 125)

Ahli tafsir tela menghuraikan maksud tiga cara tersebut:

Hikmah
Iaitu keterangan yang jitu dan tepat yang dapat meyakinkan dan menghilangkan keraguan,
dengan memasukkan roh tauhid dengan akidah iman, dalil-dalil dan keterangan-keterangan yang
jelas sehingga meyakinkan akal. Termasuk dalam hikmah ialah dengan menggunakan susunan
kata-kata yang biasa dan senang diterima akal dan bukannya menggunakan kata-kata yang tidak
difahami atau sukar difahami oleh penerima dakwah sepertimana yang dilakukan oleh
Rasullullah SAW.

Nasihat Yang Baik(Mauizah Hasanah)


Iaitu huraian–huraian yang memberi petunjuk dan nasihat yang dapat menyedarkan dan
membuka pintu hati untuk mentaati semua pertunjuk Islam. Huraian-huraian ini dilakukan
dengan jelas dan tanpa menyakitkan hati orang lain. Metode ini ditujukan kepada orang-orang
yang menerima dan sudah komited dengan prinsip dan fikrah Islam. Mereka tidak memerlukan
kecuali nasihat untuk mengingatkan, memperlembutkan hati, dan menjernihkan segala
kekeruhan yang wujud.

Berdialog Dengan Cara Yang Baik


Iaitu memberi hujah atau bukti-bukti yang dapat menolak sanggahan dan pendapat lawan.
Menurut Amin Ahsan Ishlahi, metode mujadalah hasanah adalah metode yang diizinkan oleh al-
Quran, iaitu dengan pendakwah memberi penjelasan kepada pihak lawan dengan menggunakan
prinsip-prinsip dan kesimpulan logik agar dapat agar mereka dapat merenungkannya, menerima
kebenaran atau tidak menentang seruan dakwah lagi.

Cara Berdakwah
Telah kami jelaskan di dalam pendahuluan bahawa tugas dakwah bererti melaksanakan tugas
yang besar di bumi ini menegakkan agama Allah di bumi iaitu dengan menegakkan negara Islam
di seluruh dunia yang berteraskan khilafah Islamiyyah,. Kita perlu berusaha mendapatkan sebuah
negara baru Islam untuk penyebaran agama Allah di muka bumi ini.

“Sehingga tidak ada fitnah dan jadilah agama semuanya untuk Allah” (Surah Al-Baqarah; 193)

Telah dijelaskan juga bahawa binaan yang besar ini memerlukan contoh teladan yang baik dalam
setiap peringkat pembangunan dari setiap individu, keluarga, masyarakat muslim, kerajaan islam,
negara islam dan khilafah Islmamiyyah. Di sini terdapat perbezaan di antara menegakkan
kerajaan Islam yang lemah di dalam kelompok negara Islam yang asas lemah, yang tidak ada
satu jalinan yang kukuh di antara kerajaan–kerajaan dengan menegakkan negara Islam di seluruh
dunia yang kuat dan bersepadu berdasarkan asas yang kukuh dan jitu. Satu perkara yang perlu
diperhatikan ialah bahawa kita tidak boleh menbangunkan manusia dengan cara yang mudah
yang tersedia untuk dimajukan tetapi kita perlu bersihkan segala ranjau dan halangan untuk
pembangunan manusia.

“Allah tidak akan mengubah apa pada kaum itu sehingga mereka itu sendiri mengubah apa yang
ada pada diri mereka” (Surah al-Ra’d; 11)

Ada Cita-Cita Yang Tidak Putus Asa


Di dalam dakwah kita tidak harus ada perasaan putus asa disebabkan kerana banyaknya ranjau
dan halangan yang ada dalam masyarakat kita. Sebaliknya perlu ada cita-cita agar kita dapat
mengatasi ranjau dan halangan yang ada itu dengan pertolongan Allah. Kita juga perlu
mempunyai sifat-sifat bersih hati, takwa dan baik supaya kita dapat membina masyarakat yang
sejahtera dan kukuh.

Kalau kita lihat masyarakat jahiliah pada masa Rasulullah kita dapati keadaan mereka amat
dasyat sekali. Walaupun begitu keadaannnya, beliau boleh berubah hingga menjadi masyarakat
yang baik, berkasih sayang, mementingkan sahabat dari dirinya dan bekerjasama untuk kebaikan.
Semua ini didasarkan pada aqidah, tauhid kepada Allah dan pengabdian diri terhadap-Nya.
Sebagai kesan dari ajaran Al-Quran dan Rasulullah yang menjadi contoh teladan di dalam
berdakwah. Sekiranya kita mengikut cara yang digariskan oleh Rasulullah iaitu dengan
berpegang pada Al-Quran dan Sunnah, maka dengan pertolongan Allah, masyarakat kita pasti
akan berubah dan terhindar dari wabak yang melanda masyarakat kita hari ini Oleh itu, generasi
yang terkemudian ini tidak akan berjaya kecuali dengan mengikut cara orang-orang terdahulu.
Imam Al-Syahid Hassan Al-Banna telah menggambarkan keadaan orang-orang Islam masa kini
dan cara mengatasinya.

“Sesungguhnya ummat ini telah ditimpa satu keadaan yang mengancam kedudukan dan
menggoncang bangunannya pada zahirnya seolah-olah ia sedang dilanda ombak penyakik, hina
dan lemah yang menjadi buruan orang-orang yang tamak dan perampas. Ianya tidak berdaya
untuk mempertahankan diri dari pencerobohan kebudayaan. Cara mengatasinya ialah dengan tiga
cara: Mengenal pasti punca penyakit, sabar dalam kesakitan untuk diubati oleh doktor yang
mahir yang mengendalikannya sehingga Allah melaksanakan apa yang dikehendaki dan sembuh
dengan sempurnanya serta mendapat kemenangan. ”

Setelah dibentangkan tentang keadaan setengah dari negara Islam yang sedang dilanda wabak
penyakit dan kerosakan beliau menambah: “Apa yang diharapkan oleh ummat Islam yang sedang
diserang dari segenap penjuru dari segala kekuatan yang ada pada mereka, yang terdiri dari
penjajahan, kepartian, riba, syarikat-syarikat asing, pemikiran bebas, pendidikan dan
perundangan yang kucar-kacir, putus asa, kikir, pengecut, penakut, mengagungkan musuh yang
mempengaruhi mereka menyebabkan mereka menurut apa sahaja yang dibawa oleh musuh
mereka terutama dalam perkara yang buruk. Satu dari penyakit-penyakit ini sudah cukup untuk
membunuh ummat secara terang-terang, bagaimana nhalnya jika penyakit itu ada pada semua
ummat. Kalaulah tidak ada benteng dan perisai yang kuat di dalam ummat ini nescaya hanya
tinggal kesannya sahaja, tetapi Allah dan juga orang-orang yang beriman tidak menghendakinya.

Setelah hilangnya rasa putus asa dari hati orang-orang Islam ia berkata: “Apa yang ada disekitar
kita ini memberi harapan baik walaupun orang lain menganggapnya buruk. Sesungguhnya
ummat Timur ini telah dilanda zaman beku sehingga dipenuhi dengan kebekuan dan dilanda
dengan diam sehingga terlena dengan diam. Tetapi sekarang ia bangkit dalam keadaan
menggelegak dan menyeluruh di dalam setiap aspek kehidupan serta mempunyai semangat yang
kuat. Kalaulah tidak kerana ikutan-ikutan dari satu segi dan strategi yang tidak teratur nescaya ia
telah meninggalkan kesan yang menakjubkan. Ikutan-ikutan itu tidak akan berlanjutan sepanjang
zaman tetapi masa itu akan berubah dengan kehendak Allah. Semuanya di dalam kekuasaan
Allah sama ada bagi yang telah lalu atau yang akan datang. Oleh itu, kita tidak putus asa selama-
lamanya. ”

Inilah yang telah diperkatakan oleh Imam Al-syahid Hassan Al-banna. Kita sekaranng berjalan
mengikut uslub dawah dan kita tidak putus asa dan berusaha untuk mengubah keadaan yang ada
dan mengubah penyakit yang menimpa masyarakat walau banyak mana pun penyakit tersebut
dengan perpandukan contoh teladan iaitu Rasullah SAW dan para sahabatnya dengan cara
hikmat, nasihat yang baik praktikal dan usaha yang berterusan dengan pertolongan Allah. Usaha-
usaha kea rah menbersihkan akidah tauhid dari pencemaran dan khurafat yang telah banyak
dilakukan dan terus di laksanakan. Tuntutkan media massa di bersihkan dari unsur-unsur yang
merosakkan sering kedengaran semuanya ini menberikan harapan yang baik pada perubahan
yang mengalakkan.

Kesimpulan
Dari perbincangan di atas dapat difahami bahawa dakwah merupakan satu kewajipan yang perlu
dipikul oleh setiap muslim bagi menyeru manusia ke arah kebenaran dan hidayat. Dakwah yang
hendak dilakukan hendaklah mengikut metologi yang ditunjukkan oleh para Nabi dan Rasul,
panduan al-Quran dan Hadis Nabi atau dakwah yang hendak dijalankan mencapai matlamatnya.
Di samping itu, dakwah tidak hanya terhad kepada seruan secara lisan, tetapi juga harus
menggunakan media yang luas dan terkini asalkan tidak bercanggah dengan ajaran islam.
Golongan pendakwah yang menyeru manusia ke arah kebenaran haruslah terlebih dahulu
mempraktikkan akhlak islam dan mempunyai sifat-sifat yang ditunjukkan. Pendakwah akan terus
berhadapan dengan pelbagai tribulasi dalam usahanya untuk menyampaikan kebenaran kerana ia
merupakan satu sunnah perjuangan.

You might also like