You are on page 1of 21

GAMELAN

Nama: Nor Rof Izyanti bt Shaharuddin


Kelas: 2 Kristal 2011
Guru Pendidikan Muzik: Cik Yew Sook Fong
Kandungan…
Sejarah
Gamelan…
Gamelan adalah himpunan alat muzik yang biasanya menonjolkan
metalofon, gambang, gendang, dan gong. Orkes gamelan kebanyakan
terdapat di Pulau Jawa, Madura, Bali, dan Lombok di Indonesia dalam
pelbagai jenis ukuran dan bentuk ensembel. Pada hari ini,istilah gong
dianggap lebih sinonim dengan gamelan di Bali,Lombok,Jawa pada
lewat abad ke-18.
Perkataan "gamelan" berasal daripada perkataan Jawa "gamel",
bermaksud memukul ataupun tukul. Gamelan telah diperkenalkan di
Pahang ketika pemerintahan Sultan Ahmad Muadzam Shah. Tengku
Ampuan iaitu Wan Fatimah bersama isteri kedua Sultan Muadzam
Shah,Che Bedah telah meningkatkan muzik gamelan.Pada 1913, Tengku
Ampuan Mariam telah berkahwin dengan Sultan Sulaiman Badrul Alam
Syah .Mereka telah membawa gamelan ke Terengganu.

Pada tahun 1914,apabila Sultan Ahmad Mangkat, isterinya Cik


Zubedah telah berangkat ke Terengganu untuk tinggal bersama
puterinya, Tengku Ampuan Mariam di istana. Tengku Ampuan Mariam
amat meminati gamelan.Oleh sebab itu,pada 1915 set gamelan di bawah
jagaanya di Pahang telah dibawa ke Istana Maziah, Terengganu. Beliau
telah melatih pemuda-pemudi Terengganu untuk bermain dan menari
tarian gamelan.

Pada 1920, selepas kemahkotaan Sultan Sulaiman, usaha dipergiatkan


dengan membawa bekas penari Pahang, Yang Khoja dan Cik Meriam
untuk melatih para penari di Terengganu.Usaha tersebut telah dibimbing
oleh Tengku Ampuan Mariam sendiri. Selain itu En Wan Mohd,
En.Wan Ahmad dan En.Ahin, bekas pemain muzik Pahang telah
bersama-sama melatih kumpulan Terengganu yang dikelolakan oleh
Sultan Sulaiman. Sehingga tahun 1936, sultan dan permaisuri berjaya
memiliki set gamelan sendiri.Berbagai-bagai lagu dan tarian dicipta
termasuk lambang sari, geliung, ketam renjong,togok,gagak seteru,
lancang kuning dan sebagainya.Tengku Ampuan Mariam telah menulis
sebuah manuskrip mengenai tarian sementara Sultan Sulaiman telah
bertanggungjawab menukarkan nama "Joget Pahang" kepada "Joget
Gamelan Terengganu".

Bagaimanapun gamelan Terengganu mengalami kejatuhan akibat zaman


penaklukan Jepun,1941 serta kemangkatan Sultan Sulaiman pada tahun
1942. Tengku Mariam berpindah ke Istana Kolam dengan membawa set
gamelan bersama dua orang bekas penarinya, Cik Adnan Abdul. Set
gamelan telah dikembalikan ke Pahang , 1973 setelah berlakunya tawar-
menawar yang tidak menyenangkan antara kerajaan Pahang dan
kerajaan Terengganu. Set Gamelan tersebut telah dianugerahkan kepada
Muzium Pahang di Pekan dan telah dipamerkan.
Asal-Usul
Gamelan…
Gamelan adalah salah satu genre muzik yang amat popular di
dunia. Ia dikatakan berasal dari kepulauan Jawa dan Bali di Indonesia.
Gamelan sendiri berasal daripada perkataan Jawa Gamĕl yang
bermaksud “pukul” atau “tabuh”. Ia bersempena dengan kebanyakan
peralatan muzik atau Ricik dari jenis pukulan.

Muzik Gamelan menjelaskan kepercayaan dan perasaan yang


mendalam terhadap kehidupan dalam masyarakat Indonesia. Ia selalu
dikaitkan dengan upacara ritual kelahiran, perkahwinan dan kematian.
Di kampung-kampung Gamelan dimainkan di berandar khas berbentuk 4
segi di hadapan rumah. Berbeza dengan Gamelan yang dimainkan di
istana, Gamelan yang dimainkan di kampung adalah lebih mudah –
ianya dibuat daripada logam tembaga, kayu dan buluh sahaja.

Secara tradisionalnya Gemalan dimainkan oleh lelaki sahaja. Ianya


dimainkan secara berkumpulan, dan tidak ada seorang pun pemain yang
kelihatan menonjol dalam sesuatu persembahan.
Gamelan diturunkan ke generasi berikutnya dengan cara peniruan
dan ingatan sahaja. Namun hari ini teknik pengajaran yang lebih
sistematik telah diwujudkan, antaranya dengan penulisan notasi
menggunakan huruf dan nombor-nombor sebagai panduan pemain.
Namun begitu notasi seperti ini tidak melambangkan bunyi sebenar
kerana apa yang dicatat hanyalah melodi asas sahaja. Ianya perlu
dianalisis oleh pemain terlebih dahulu sebelum dimainkan. Notasi
tersebut perlu dianalisis kerana setiap alat dimainkan secara berbeza
diantara satu sama lain.

Alat muzik Gamelan dibuat dalam satu set. Ini menyebabkan tiada
keselarasan diantara satu set gemelan dengan set gamelan yang lain –
dari segi picnya.
Gamelan di
Malaysia...
Terdapat 2 jenis gamelan yang terkenal iaitu Gamelan Johor dan
Gamelan Terengganu. Kedua-dua gamelan ini berasal dari Jawa
Indonesia. Gamelan Johor lebih dekat dengan gamelan asal yang
terdapat di Jawa Indonesia. Ia didatangkan bersama penghijrahan kaum
Jawa di Indonesia pada abad Ke-14 dan Ke-15. Gamelan Jawa ini
terkenal di Johor dan Selangor dimana penempatan kaum Jawa berada.

Gamelan Terengganu dikaitkan dengan muzik istana. Pada


mulanya ia dibawa masuk ke Pahang selepas perkahwinan Raja Ahmad
(Pahang) pada 1811 dengan puteri dari kerajaan Riau Lingga. Permaisuri
Raja Ahmad, membawa set alat dan pemain gamelan dan ia
kemudiannya menjadi terkenal di istana Pahang. Gamelan di Pahang
menjadi malap selepas kematyian Sultan Ahmad. Puteri Sultan Ahmad
membawa gamelan ke Terengganu apabila berkahwin dengan Tengku
Zainal Abidin Terengganu. Sejak itu ia menjadi terkenal dan dimainkan
dalam istana sahaja.
Tahun 1970an Tan Sri Mubin Shepperd, berjaya membawa keluar
muzik ini untuk menjadi muzik yang diterima oleh rakyat kebanyakan.
Sejak itu gamelan ini mengalami banyak perubahan dan ianya lebih
bercirikan Melayu dan akhirnya juga dikenali sebagai Gamelan Melayu.

Jenis-jenis
Gamelan…
Gamelan Melayu asalnya bertujuan untuk hiburan eksklusif  Diraja serta
mengiringi majlis-majlis tertentu istana dan tergolong sebagai 'Royal
Regalia".

     Namun kini gamelan berubah fungsi sebagai salah satu alat dalam
pelajaran subjek Muzik, mengiringi majlis-majlis rasmi seperti
konvokesyen IPT, perkahwinan atau persembahan kepada para
pelancong.Terdapat pelbagai jenis set gamelan,antaranya ialah:

x Gamelan Jawa

x Gamelan Bali

x Gamelan Sunda

x Gamelan Banyuwangi

x Gamelan Kromong
x Gamelan Amerika(American Gamelan)

Pengenalan alat-alat muzik


gamelan…

BONANG PENGETUK KAYU BERBALUT

1.Bonang

Dikenali juga sebagai Keromong. Diistilahkan sebagai gong yang


berukuran kecil dan diperbuat daripada 'perunggu'. Merupakan alat
melodi utama. Mengandungi 2 oktafyang berlaras "anhemitomik
pentatonik" dan disongsangkan.Secara fizikalnya alat ini mempunyai
bentuk seperti kendi dan sifat bunyinya "dengung". Dalam bahasa jawa
bonang yang beroktaf rendah,sifat bunyi yang berprinsip dengung secara
kontomi dikenali sebagai "Wedok"(perempuan) manakala yang beroktaf
tinggi dikenali sebagai "Lanang"(lelaki).Ianya menggunakan sistem
notasi angka yang dikenali sebagai "French Cheve System" sempena
nama pengasasnya iaitu Dr Emile Cheve dari Perancis.

Bonang merupakan alat terpenting dalam essemble yang


menvariasikan melodi pokok ataupun satu melodi pendek yang juga
berfungsi sebagai intro lagu khususnya untuk gendhing bonang
(penghias lagu).Bonang dimainkan dengan menggunakan pengetuk kayu
yang hujungnya berbalut. Bonang membunyikan bunga-bunga melodi
dan dimainkan secara oktaf, ketukan bergilir nod pertama diketuk
sebelum rentak dan kedua selepas rentak.

A[65321]

__________

B[12356]

Bonang mempunyai 2 rancak, satu rancak adalah untuk bonang


laras slendro yang berisi 12 pencon dan satu lagi adalah untuk laras
pelog yang berisi 14 pencon. Slendro mempunyai 10 buah pencon yang
setiap satunya berbeza nada yang diapung di dalam ruang rak segiempat
di atas dan mempunyai 2 baris atas(nada tinggi) dan bawah (nada
rendah). Ia dimainkan menggunakan 2 belah tangan, tangan kanan dan
kiri memegang alat pemukul.
2.Gambamg Kayu

GAMBANG KAYU PENGETUK

Terdiri daripada bilah-bilah kayu yang disusun mengikut pic yang diatur
diatas kotak kayu yang berfungsi sebagi Kotak Gema (resonator). Ada
juga yang diperbuat daripada buluh dan kayu nibong yang dikatakan
dapat menghasilkan suara atau bunyi yang lebih mantap. Ia
mengandungi beberapa oktafyang dijadikan sebagai alat
melodi.Menggunakan dua bilah alat pemukul khas bagi menghasilkan
bunyi.

Gambang adalah sejenis alat muzik 'metallaphone' yang diperbuat


daripada kayu keras seperti cengal, medang atau dari batang
nibong.Gambang mempunyai 4 oktaf panjang dan mempunyai 21 keping
kayu berbentuk 4 segi panjang dan tiap-tiap satu berbeza panjangnya
dan tebalnya. Kepingan kayu ini terletak di atas kotak kayu panjang
yang diasingkan setiap bilahnya dengan sebatang paku. Gambang
biasanya dimainkan oleh seorang pemain sahaja. Pemain memerlukan 2
bilah pengetuk yang diperbuat daripada tanduk kerbau ( pemegang) dan
bahagian pemukulnya berbentuk bulat pipih dengan tepinya disalut
dengan lilitan kain.Alat pemukul ini juga dikenali sebagai 'mallet'.Cara
permainannya ialah dengan mengetuk menggunakan kedua-dua belah
tangan secara serentak mengikut not-not lagu Bunyi gambang berbeza
daripada alat lain kerana bunyinya adalah paling rendah berbanding
alatan lain yang diperbuat daripada alat lain kerana bunyinya adalah
paling rendah berbanding alatan lain yang diperbuat daripada logam.

3.Kenong

KENONG PENGETUK

Diperbuat daripada perunggu dan sebagai alat kolotomik yang


dominan dalam rangkaian Gamelan Melayu di Malaysia. Kenong adalah
sejenis alat idiophone yang ditemui di Asia Timur Selatan. Kenong
mempunyai satu set alat yang menyerupai gong tetapi lebih nipis dan
bulat berbanding gong yang berbentuk pipih dan lebih tebal. Alat ini
diletakkan di atas tali tang diikat pada kayu yang diperbuat daripada
kayu keras untuk menghasilkan nada merdu setelah diketuk dengan
menggunakan alat pengetuk seperti alat pengetuk bonang. Alat pengetuk
kenong terdiri daripada kayu dan tali yang dililit pada bahagian atas
kayu tersebut.Kenong dimainkan dengan cara mengetuk sekali setiap not
lagu. Peranannya adalah untuk mengeluarkan bunyi yang lebih lembut
daripada bunyi yang dihasilkan oleh gong.
Not pada alat kenong:
1 2 3 5 6 --------------------------

4.Saron
Alat idiofon yang berbentuk bilahan ataupun 'slap-type' yang diperbuat
daripada perunggu. Bilah-bilah tadi disusun di atas tapak kayu dan
disokong oleh bahan pengalas sebagai memenuhi prinsip ekustiknya.
Pada tapak berkenaan satu ruang udara telah dibuat bagi mengimbangi
suaranya dan sekaligus bertindak sebagai ruang gema bagi alat saron
berkenaan. Bilahan bagi alat saron lazimnya dibuat daripada besi yang
menggunakan teknik kikir dan tempa.

a)Saron Demong

SARON DEMONG KAYU PEMUKUL

Saron demong berperanan sebagai alat yang membawa melodi pokok


dan melodi cincang sebagai bunga-bunga lagu dalam persembahan dan
mempunyai oktaf yang terendah dalam keluarga saron. Ianya dilaraskan
mengikut sistem skala 'anhemitonic pentatonic'.Dalam proses
penghasilan bunyi, kayu pemukul khas digunakan lasimnya dari jenis
yang lembut.

b)Saron Baron
SARON BARON ALAT PEMUKUL

Mempunyai bentuk yang hampir sama dengan saron penerus. Juga


berperanan sebagai alat yang membawa melodi pokok dan cincang. Alat
pemukul diperbuat dari jenis kayu yang lembut.
Alat ini mempunyai oktaf tengah yang juga berperanan membawa
melodi pokok dan cincang. Pada fizikalnya, bilah-bilah bagi alat saron
barung berukuran lebih kecil daripada saron demong dan mampu
menghasilkan suara yang lebih nyaring daripada saron demong. Dari
segi pemakaian alat, teknik 'perdam' digunakan pada nada-nada tertentu
mengikut konteks lagunya. lni bagi mengelakkan daripada berlakunya
pencemaran bunyi setelah ianya dimainkan secara serentak.Alat
pemukulnya yang berbentuk seperti penukul (hammer) diperbuat
daripada jenis kayu yang lembut.

c)Saron Pekin
SARON PEKIN ALAT PEMUKUL

Dikenali juga sebagi saron penerus. Seabagai alat melodi yang


menggandakan melodi pokok.Dalam permainan ini teknik perdam dan
cincang sering digunakan dan mampu menghasilkan suara yang lantang
dan nyaring. Alat pemukul diperbuat daripada tanduk kerbau.
Alat ini pula merupakan alat penambahan baru bagi essemble Gamelan
Melayu. Teknik perdam juga diamalkan dalam konteks pemakaiannya
dan ianya mempunyai oktaf tertinggi dalam keluarga saron serta mampu
menghasilkan suara lantang dan nyaring. Dari segi fizikalnya, saron
pekin mempunyai bilah yang berukuran lebih kecil tetapi lebih menebal
jika dibandingkan dengan bilah yang ada pada saron penerus. Alat
pemukul bagi saron pekin juga berbentuk penukul yang diperbuat
daripada tanduk kerbau.

5.Gong
GONG ALAT PEMUKUL

Dalam Ens Muzik Gamelan Melayu terdapat 2 buah gong digunakan


iaitu gong Agung dan gong Suwukan.
Gong adalah sejenis alat muzik 'idiophone' berasal dari Asia Timur
Selatan. Gong penting berperanan sebagai bunyi tulang belakang dalam
essemble persembahan muzik gamelan. Alat ini terdiri daripada pelbagai
saiz untuk menghasilkan bunyi yang berbeza setiap satunya dan
dimainkan bersama-sama mengikut rentak lagu. Kebiasannya, 1 atau 2
drum turut dimainkan serentak untuk mempelbagaikan irama muzik
yang lebih unik. Gong telah banyak dijumpai di seluruh Malaysia
sebagai alat utama dalam upacara khas dan persembahan muzik
tradisional. Alat ini terjamin berkualiti tinggi kerana cara penbuatannya
adalah sukar dan memerlukan kos yang agak tinggi. Alat ini diimport
dari Indonesia, Filipina dan Brunei. Gong tempatan mempunyai 'shallow
rims' dan 'small boss'. Melodi yang dihasilkan adalah untuk memberi
isyarat pada permulaan dan penghabisan sesuatu lagu.
6.Gendang
GENDANG

Berperanan sebagai peyokong irama. Merupakan jenis gendang dua


muka seperti tempayan. Ia dipukul dengan kedua belah tangan dan
mampu menghasilkan suaramnemonik asas seperti "doh" pada
permukaan besar dan mnemonik "tak'pada permukaan kecil.

Gendang merupakan salah satu alat yang perlu dimainkan dalam


setiap persembahan gamelan.Tanpa pukulan gendang, irama gamelan
akan menjadi tidak lengkap malah pincang. Gendang dalam gamelan
mempunyai fungsi tersendiri yang sifatnya tiada pada alat-alat lain.
Gendang merupakan alat membraphone. Membraphone merupakan alat
muzik yang terdiri daripada selaput-selaput kulit. Alat-alat
membraphone dimainkan dengan cara tabuhan.. Oleh itu gendang
merupakan alat tabuhan yang istimewa yang mempunyai sejarah
pembuatan yan lama dan berkembang kepada variasi alat-alat tabuhan
istimewa dan pelbagai.

Komposisi Gendang:

· Diperbuat daripada kayu,kulit binatang dan tumbuhan rotan.

· Badan gendang diperbuat daripada batang nangka atau batang


cempedak.

· Boleh diperbuat daripada batang kelapa yang sederhana besar.


· Batang dikorek untuk dilubangkan bahagian tengahnya, hinggga
tinggal bahagian kulit batang setebal lebih kurang setengah inci.

· Bahagian depan (sebelah umbi) ditarah dan dikecilkan sedikit dari


bahagian tengah dan bahagian hujungnya ditarah lebih kecil lagi
hingga menjadikannya berbentuk bujur membesar bahagian
tengahnya.

· Kedua-dua hujung rangka ditutup dengan kulit binatang sama ada


kulit kambing, lembu atau kerbau.

· Sebelah tepi dicucuk dengan rotan dan ditarik sehingga tegang


selari dengan batang yang menjadi kerangka gendang.

· Kebiasaanya bahagian yang kecil dicucuk dengan 6 urat rotan,


manakala bahagian yang besar dengan 9 urat rotan.

· Antara rotan -rotan ini dikaitsilangkan dengan tali rotan.Fungsi


Gendang

Gendang adalah alat penting di dlaam memimpin rentak bunyian


baik rendah ataupun tinggi. Ia dianggap alat yang paling sukar
dimainkan, dan memerlukan kemahiran yang tinggi di dalam
permainan lantaran tidak mudah untuk diberi notasi.

Cara-cara
Menjaga Alat-alat
Gamelan...

You might also like