You are on page 1of 7

BPME 1013 ASAS KEUSAHAWANAN

1.a) APAKAH YANG ANDA FAHAM BERKAITAN DENGAN SEJARAH,

KONSEP DAN TEORI KEUSAHAWAN?

SEJARAH KEUSAHAWANAN

Usahawan adalah orang yang mengusahakan sesuatu perusahaan dan ia dikenali sebagai

pengusaha. Keusahawanan merupakan factor penting bagi pembangunan Negara. Malaysia

mewujudkan pelbagai agensi untuk menyemai nilai-nilai keusahawanan seperti :-

 Agensi kerajaan-kem pembangunan usahawan , kem belia dan sukan, kem


pembangnan Luar Bandar
 Badan berkanun

 Pihak swasta

Masyarakat primitive menggunakan system barter. Zaman kerajaan melayu Melaka ,orang

yang menjalankan perniagaan barter dipanggil pedagang. Islam galakkan manusia terlibat

dengan perniagaan. Kesannya,lahirlah usahawan muslim yang Berjaya seperti Abdul rahman

bin Auf dan Zubir bin Awwam.

KONSEP KEUSAHAWANAN

Konsep keusahawanan iaitu Inisiatif berterusan mengambil risiko, mendapat pulangan,

menggembeleng sumber.

 Inisiatif berterusan-memulakan atau mencipta sesuatu yang baru dan terus

mengembangkan usaha tersebut.

1
BPME 1013 ASAS KEUSAHAWANAN

 Usahawan perlu mempunyai semangat dan cita-cita yang


tinggi,berfikiran,dinamik,mempunyai idea yang bernas serta berwawasan untuk terus
maju.

 Usahawan peka kepada keperluan dan masalah masyarakat,megambil


inisiatif,mencipta idea dan membuat inovasi untuk memenuhi keperluan dan
menyelesaikan masalah masyarakat.

Mengambil risiko

Mesti berani menanggung risiko akibat ketidaktentuan permintaan ke atas barang yang

dikeluarkan / perniagaan yang dijalankan. Usahawan sentiasa membuat keputusan yang telah

diambilkira risikonya berdasarkan ganjaran yang dijangkakan. Risiko perlu diurus dengan

baik.

Mendapat pulangan

Aktiviti yang dijalankan oleh usahawan mestilah mendapat pulangan.Pulangan keuntungan

yang diperolehi setelah mengambilkira segala belanja operasi dan juga risiko yang

munasabah.Pulangan lumayan mendorong seseorang menceburi bidang keusahwanan.

Mengembeleng sumber

Sumber diperlukan untuk menghasilkan produk bernilai bagi memenuhi keperluan pengguna.

Sumber seperti tanah,modal,sumber manusia,bahan mentah,teknologi dan maklumat

Pengembelenagn sumber dilakukan dengan merancang,menyusun,mengarah dan mengawal.

2
BPME 1013 ASAS KEUSAHAWANAN

Teori keusahawanan

Dalam bidang keusahwanan,tidak terdapat satu definisi usahawan yang konklusif kerana

sifatnya yang merentas disiplin (multidisplinary) Secara amnya, takrif usahawan boleh

dikelompokan kepada empat kategori iaitu ekonomi,sosiologi psikologi dan pengurusan.

Ekonomi

Mentakrifkan usahawan melalui sumbangan dan peranan yang dimainkan dalam

pembangunan ekonomi.Contohnya ,pengagihan sumber ekonomi yang efisien,penyediaan

peluang pekerjaan,mencetuskan inovasi dan lain-lain.

Sosiologi

Mentakrifkan usahawan sebagai satu generasi atau kelompok masyarakat yang menjadikan

keusahawanan sebagai satu bidang kerjaya mandiri yang boleh mengubah status

kehidupan.Contohnya,survival masyarakat cina,Indonesia dan sebagainya.

Psikologi

Mentakrifkan usahawan dengan melihat kepada gelagat (behaviour) serta ciri-ciri peribadi

dan personality. Contoh,cara pengambilan risiko,punca kawalan diri,kehendak terhadap

pencapaian,takut kepada kegagalan dan sebagainya.

Pengurusan

Mentakrifkan usahawan sebagai pengurus strategic dimana peranan usahawan ialah untuk

memastikan perniagaan memperolehi keuntungan dan berkembang. Contoh,Alat-alat

pengurusan strategic digunakan untuk mencapai objektif perniagaan.


3
BPME 1013 ASAS KEUSAHAWANAN

1.C) BINCANGKAN PENDEKATAN-PENDEKATAN YANG PERLU

DIGUNAKAN UNTUK MEMULAKAN DAN MEMBANGUNKAN PERNIAGAAN.

MEMULAKAN PERNIAGAAN

1.Modal

Usahawan mesti mempunyai modal yang cukup untuk memulakan dan menjalanakan

perniagaan. Jumlah modal yang diperlukan bergantung kepada saiz dan jenis

perniagaan,lokasi perniagaan dan jumlah kredit yang hendak diberikan kepada para

pelanggan.

2.Lokasi

Pemilihan lokasi perniagaan amat penting dalam memulakan perniagaan.Usahawan mesti

bijak memilih lokasi strategic atau sesuai bagi menjaminkejayaan perniagaan.Perniagaan

hatus diletakan di tempat yang mempunyai daya kuasa beli yang tinggi dan kurang

persaingan.

3.Jenis dan saiz perniagaan

Usahawan mesti menentukan jenis dan saiz perniagaan yang hendak dijalankan. Jenis

pperniagaan hendaklah bersesuaian dengan kebolehan,pengetahuan dan pengalamanya.

4.Pesaingan

Usahawan juga mesti memikirkan tentang persaingan yang akan dihadapinya. Kajian perlu

dibuat untuk mengenal pasti pesaing-pesaing,bilangannnya,saiz perniagaan mereka,kekuatan

dan kelelmahan mereka dan sambutan para pelanggan terhadap perniagaan mereka.

5.Undang-undang dan peraturan


4
BPME 1013 ASAS KEUSAHAWANAN

Mesti mengetahui undang-undang,peraturan-peraturan serat akta-akta yang mengawal

perjalanan perniagaan dalam Negara kita agar tidak melanggar undang-undang,peraturan,atau

akta yang boleh menghalang perjalanan perniagaan.

Sumber bekalan

Usahawan perlu mengetahui tempat-tempat di mana ia mendapat bekalan barang-barang

dengan seberapa murah dan mudah.

Membangunkan perniagaan

Usahawan mesti membuat perancangan Organisasi/Pengurusan seperti Matlamat dan strategi

syarika, Struktur/carta syarikat,Senarai kakitangan pengurusan,Senarai perjawatan.

tanggungjawab setiap jawatan imbuhan/gaji bagi setiap jawatan

Rancangan Pemasaran

Analisis Pasaran untuk membuat ramalan jualan yang baik, maka perlu buat analisis keatas

pelanggan,pasaran da nbarangan/ perkhidmatan.mengkaji arah aliran pasaran dalam industri

bagi perniagaan yang dijalankan.mengukur saiz pasaran iaitu jumlah potensi pasaran dalam

sesuatu kawasan dalam jangkamasa tertentu (eg. setahun).Barangan/Perkhidmatan - ciri-ciri

serta kelebihan yang dimilikinya serta faedah-faedahnya. Mengenalpasti pelanggan/pengguna

barangan atau perkhidmatan tersebutPersaingan bagi barangan/perkhidmatan tersebut.

• Ramalan Jualan pasaran bagi barangan/perkhidmatan.

• Strategi Pemasaran -Strategi pemasaran secara keseluruhan bagaimana syarikat akan


menghadapi persaingan kelebihan perniagaan jika dibandingkan dengan pesaing dari segi,
kualiti, harga, lokasi, imej dan sebagainya

5
BPME 1013 ASAS KEUSAHAWANAN

• Strategi barangan -faktor-faktor yang boleh menarik pelanggan

• Strategi harga penentuan harga tawaran harga dan sebagainya.

• Strategi Pengedaran cara pengedaran dibuat kos-kos yang terlibat rancangan jangka pendek
dan jangka panjang jualan tersebut

• Strategi promosi-teknik-teknik promosi yang akan dijalankan

Belanjawan pemasaran

Rancangan Pengeluaran/Operasi

• Barangan/perkhidmatan yang dikeluarkan termasasuk kuantitinya.

• Proses pengeluaran (jika bidang pembuatan)

• Keupayaan pengeluaran

• Rancangan pengeluaran jumlah pengeluaran keupayaan maksimum penyimpanan stok

• Senarai bahan mentah (jika ada)

• Senarai buruh/pekerja terlibat dalam pengeluaran/perkhidmatan

• Pengendalian mesin/peralatan

Rancangan Kewangan

Bahagian ini bertujuan untuk mempastikan sejauh mana kebenaran andaian-andaian yang

dibuat berkaitan dengan pasaran, jualan dan kos-kos yang terlibat. Ramalan/andaian yang

dibuat perlu realistik supaya ia boleh digunakan untuk penilaian dayamaju projek dan juga

sebagai alat kawalan belanjawan. Bahagian ini merangkumi

• Kos pelaksanaan projek


6
BPME 1013 ASAS KEUSAHAWANAN

• Sumber pembiayaan modal sendiri,pinjaman bank,sewa beli dan lain-lain.

Kesimpulan

Setiap perniagaan yang dijalankan haruslah memerlukan satu perancangan yang teliti dari

setiap sudut. Memberi alasan kukuh bagi meyakinkan pihak-pihak tertentu tentang dayamaju

projek/perniagaan tersebut.

You might also like