Professional Documents
Culture Documents
Institusi
Pentadbiran
Tempatan
1
Senarai Kandungan
Muka
Bil Perkara
surat
1 Tajuk kajian 1
2 Senarai kandungan 2
3 Penghargaan 3
4 Objektif kajian 4
5 Kaedah kajian 5
6 Hasil kajian 6
7 Rumusan 21
8 Lampiran 22
9 Rujukan 26
2
Penghargaan
Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang telah
membantu saya menyiapkan tugasan Kerja Kursus Sejarah ini . Ribuan terima kasih , kepada
guru Sejarah saya , Puan xxx yang telah banyak membimbing dan mencurah ilmu kepada
saya serta rakan-rakan saya untuk menyiapkan tugasan ini . Tanpa budi baik beliau , sudah
tentu proses menjalankan kajian ini adalah lebih sukar .
Penghargaan saya juga dipanjangkan kepada kedua-dua ibu bapa saya, xxx dan xxx dan
adik-beradik yang sentiasa memberi bantuan serta sokongan dalam bentuk moral dan
material ketika saya amat memerlukan . Ibu bapa saya juga telah memberikan sokongan
dalam bentuk kewangan dengan membelikan saya bahan-bahan yang diperlukan untuk
membuat kajian ini .
Ucapan terima kasih juga kepada xxx , pengetua kanan SMK Raja Jumaat kerana memberi
kerjasama dan nasihat kepada kami sepanjang menjalankan tugasan ini . Beliau juga telah
membenarkan saya dan ahli kumpulan saya , iaitu Soo Leong Yun ,New Chun Kiat , Hoo Wai
Loon dan Shangkaran Radakrishnan untuk menjalankan kajian ini selepas sekolah . Sekian ,
terima kasih .
3
Objektif Kajian
Terdapat beberapa objektif kajian yang telah tercapai setelah melakukan kerja kursus ini .
Pertama sekali , saya telah mengenal pasti sumber yang sahih untuk menyokong kajian yang
dijalankan . Saya juga telah mengetahui tentang sumber – sumber sejarah yang pelbagai
seperti buku , majalah , internet akhbar dan gambar yang dapat membantu saya
mendapatkan maklumat yang benar dan boleh dipercayai semasa membuat kajian ini .
Selain itu, saya juga telah mengetahui tentang institusi pentadbiran tempatan , iaitu Majlis
Perbandaran Port Dickson ( MPPD ) dengan lebih terperinci . Melalui kajian ini juga saya
dapat mengetahui aspek latar belakang institusi pentadbiran tempatan ini , sumbangan
kepada penduduk Port Dickson serta keistimewaan institusi pentadbiran ini . Matlamat ,
objektif , misi , visi penubuhan Majlis Perbandaran Port Dickson juga dapat diketahui .
Pengetahuan saya tentang institusi pentadbiran tempatan juga bertambah luas selepas
kajian ini dihasilkan .
Saya juga telah berjaya mempelajari kaedah mengumpul , mengelas , membuat rujukan
serta merekod segala maklumat yang diperolehi ketika melakukan kajian ini . Pelbagai nilai
murni dan semangat patriotisme juga telah saya terapkan dalam diri saya dan juga rakan-
rakan seperti bekerjasama , cinta akan tanah air , bersyukur dan juga bertoleransi setelah
membuat kajian ini .
4
Kaedah Kajian
Saya menggunakan beberapa kaedah dalam kajian ini , seperti yang tercatat di bawah :
a) Analisis dokumen
Analisis dokumen telah dibuat oleh saya dan ahli kumpulan saya sepanjang menghasilkan
kerja kursus ini . Rujukan telah dibuat terhadap surat khabar , majalah dan buku-buku yang
berkaitan dengan Majlis Perbandaran Port Dickson . Laman web Majlis Perbandaran Port
Dickson juga telah saya lawat dan saya telah mendapat banyak dokumen yang berfaedah
seperti sejarah penubuhan , carta organisasi , struktur pentadbiran , dan keistimewaan
Majlis Perbandaran Port Dickson melalui penyelidikan internet .
c) Penyelidikan perpustakaan
Saya telah menjalankan penyelidikan di Perpustakaan Awam Port Dickson dan juga
Perpustakaan Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Jumaat untuk mendapatkan maklumat
dan bukti yang kukuh untuk dijadikan sebagai sumber kajian saya . Pelbagai buku yang
berguna tentang institusi pentadbiran tempatan telah diperoleh dan dikaji dengan teliti .
5
6
Pengenalan
Majlis Perbandaran Port Dickson merupakan sebuah institusi pentadbiran tempatan yang
telah saya pilih untuk Kerja Kursus Sejarah 2011 . Saya telah menjalankan kajian ini bersama
ahli kumpulan saya , New Chun Kiat , Soo Leong Yun , Hoo Wai Loon dan Shangkaran
Radakrishnan .
Dalam hasil kajian ini , terdapat banyak maklumat mengenai perkhidmatan yang disediakan
dan fakta-fakta penting Majlis Perbandaran Port Dickson .
Sebagai institusi pentadbiran tempatan di bandar Port Dickson , Majlis Perbandaran Port
Dickson tidak kurang pentingnya berbanding institusi lain . Institusi pentadbiran tempatan
merupakan aspek yang penting untuk mengintegrasikan penduduk dengan kerajaan
Malaysia . Secara tidak langsung juga MPPD mencerminkan kemajuan yang dicapai oleh
penduduk bandar dan juga kemajuan Port Dickson sebagai destinasi pelancongan .
7
Majlis Perbandaran
Port Dickson
1 .Nama rasmi / nama ringkas
Majlis Perbandaran Port Dickson merupakan nama rasmi institusi pentadbiran tersebut .
MPPD merupakan nama ringkas untuk institusi pentadbiran ini . Penduduk bandar Port
Dickson sering memanggil institusi ini dengan nama MPPD .
8
3 . Misi / Visi penubuhan
Misi
Menyediakan satu persekitaran
hidup yang sihat, selamat,
sejahtera dan indah dengan
pertumbuhan ekonomi dan
pembentukan masyarakat yang
cemerlang.
Visi
Mewujudkan persekitaran hidup
yang lengkap dan berkualiti
untuk kesejahteraan semua
lapisan masyarakat pada 2020.
4 . Objektif penubuhan
9
5 . Matlamat penubuhan
Setelah dinaik taraf sebagai Majlis Perbandaran, Majlis mendokong bersama misi dan
wawasan yang menentukan hala tuju arah pembangunan yang penuh cabaran
membangunkan satu identiti unik, tulen dan mempersonakan bagi Port Dickson sebagai
destinasi percutian yang tiada tandingannya sambil menyediakan produk kegiatan
pelancongan dan aktiviti riadah tepi pantai dan mempertingkatkan kemudahan asas dan
awam. Selain itu , memperkukuhkan ekonomi tempatan menerusi rancangan pembangunan
yang dirangka ke arah memanifestasikan Port Dickson sebagai bandar peranginan tepi pantai
yang moden dan terkenal juga menjadi matlamat yang penting .
Majlis juga ingin memperkukuh struktur pembangunan bagi pusat bandar-bandar utama
sejajar dengan aspirasi kerajaan memajukan pelancongan dan juga memenuhi citarasa
penduduk tempatan. Memperbaiki dan mempertingkatkan sistem pengangkutan dan jalan-
jalan sedia ada sealiran dengan rancangan pembangunan yang dicadangkan untuk seluruh
kawasan kajian dengan penekanan kepada kemudahan sampai ke destinasi pelancongan.
Merangka, merancang dan merealisasikan pembangunan sepanjang persisiran pantai dan
kawasan sekitarnya tanpa menjejaskan keharmonian alam semulajadi sambil mengambil kira
langkah-langkah pemuliharaan alam sekeliling bersesuaian dengan konsep mesra alam.
Majlis akan sentiasa memberi keutamaan kepada kebersihan dan keindahan di kawasan
perairannya.
10
6 . Senarai pentadbir
Abdul Wahab bin Shamsuddin (Yang Di Pertua, Majlis Perbandaran Port Dickson)
Hajjah Rohani bte Haji Ya'acob (Pegawai Kewangan Negeri)
Abu Bakar bin Md. Deli
Tun Hairudin Bin Abu Bakar
Yit Lee Kok
Mohd Faizal bin Haji Ramli
Yap Kin Foh
Yeong Seng Wong
Dato’ Dr. Lim Chin Fui
Dato' M. Veloo DNS., AMN., PMC., PJK
P. Karuppeiah ANS., AMN., PJK
Dr. P. Tanaletcthumy
Kok Chui Ling
Haji Sahul Hameed bin Shaik Mohaideen
11
12
Latar Belakang
1 . Sejarah penubuhan
Majlis Perbandaran Port Dickson telah di isytiharkan sebagai Majlis Perbandaran dengan
rasminya pada 2 Februari 2002. Ianya mempunyai kawasan seluas 140.32 km persegi (54.18
batu persegi). Kawasannya dibahagi kepada dua iaitu operasi seluas 35.87 km persegi
manakala kawasan kawalan seluas 104.45 km persegi.
Keluasan pusat bandar Port Dickson ialah 395.5 ekar atau 160.1 hektar. Sepanjang pantai
Port Dickson memaparkan ciri perbandaran peranginan tepi pantai yang serba moden,
kawasan pendalamannya pula menggabungkan adunan aktiviti pertanian, perdagangan dan
perindustrian.
3. Undang-Undang Kecil Kadar Bayaran Bagi Tangki Najis dan Membuang Sampah (Majlis
Daerah Port Dickson) 1982
5. Undang-Undang Kecil Bayaran Denda (Lesen) (Majlis Daerah Port Dickson) 1982
7. Undang-Undang Kecil Kawalan Lembu Kerbau (Majlis Daerah Port Dickson) 1983
8. Undang-Undang Kecil Kawalan dan Peruntukan Ruang Letak Kereta Di Luar Jalan (Majlis
Daerah Port Dickson) 1984
13
9. Undang-Undang Kecil Pemungutan, Pembuangan dan Pelupusan Sampah Sarap (Majlis
Daerah Port Dickson) 1984
10. Undang-Undang Kecil Mencegah Kekotoran (Majlis Daerah Port Dickson) 1986
11. Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam (Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Sembilan)
1986
12. Undang-Undang Kecil Tandas Awam (Majlis Daerah Port Dickson) 1990
16. Undang-Undang Kecil Kerja Tanah (Majlis Daerah Port Dickson) 1995
17. Undang-Undang Kecil Iklan (Pihakberkuasa Tempatan Negeri Sembilan) (Pindaan) 1996
19. Perintah (Kenderaan Berjalan Lambat) (Sekatan Penggunaan Jalan) Majlis Daerah Port
Dickson 1999
21. Peraturan-Peraturan Bagi Pegawai-Pegawai dan Kakitangan Majlis Daerah Port Dickson
(Kelakuan dan Tatatertib) 1999
23. Perintah Lalulintas Jalan (Peruntukan Mengenai Tempat Letak Kereta) (Majlis Daerah
Port Dickson) (Pindaan) 2001
24. Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam (Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Sembilan)
(Pindaan) 2001
25. Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam (Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Sembilan)
(Pindaan) 2007
26. Undang-Undang Kecil Pelesenan Tempat Letak Kereta Persendirian (Majlis Perbandaran
Port Dickson) 2008
14
29. Undang-Undang Kecil Pusat Siber Dan Kafe Siber (Majlis Perbandaran Port Dickson) 2010
30. Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan Dan Tatatertib) (Majlis Perbandaran Port
Dickson) 2010
31. Perintah Pengangkutan Jalan (Peruntukan Tempat Letak Kereta) (Majlis Perbandaran
Port Dickson) 2010
32. Undang-Undang Kecil Pengendali Makanan (Majlis Perbandaran Port Dickson) 2010
33. Undang-Undang kecil Pelesenan Anjing Dan Rumah Pembiakan Anjing (Majlis
Perbandaran Port Dickson) 2010
15
Peranan Majlis
Perbandaran Port
Dickson
1 . Ekonomi
Dalam membangunkan ekonomi bandar Port Dickson , pelbagai usaha telah diambil oleh
Majlis , dan kesemuanya amat efektif . Pertama , Majlis telah sentiasa berusaha untuk
memastikan kebersihan pantai Port Dickson . Dengan ini , Majlis dapat memastikan
kredibiliti pantai Port Dickson sebagai destinasi pelancongan setanding tempat – tempat lain
di Malaysia . Majlis Perbandaran Port Dickson juga telah menyediakan banyak lokasi untuk
berniaga ( gerai ) di tempat tersebut . Para peniaga kecil tidak akan kehilangan peluang
untuk memulakan perniagaan mereka dengan adanya peluang perniagaan yang disediakan
oleh Majlis Perbandaran Port Dickson .
Jika dilihat dari segi infrastruktur pula , pihak Majlis telah banyak berusaha untuk
memastikan bandar Port Dickson sentiasa berada di samping bandar – bandar lain di
Malaysia dengan membina pelbagai infrastruktur seperti bangunan dan wisma syarikat ,
kedai – kedai , pusat beli – belah dan juga taman tema air yang baru dibina . Semua ini ,
secara langsung dan tidak langsung telah menambahkan sumber pendapatan atau ekonomi
penduduk bandar tersebut .
2 . Pendidikan
Selain faktor ekonomi , Majlis Perbandaran Port Dickson tidak pernah lupa akan
kepentingan sektor pendidikan di bandar ini . Pelbagai jenis sekolah telah disediakan sama
ada sekolah rendah mahupun menengah . Terdapat sebanyak 15 buah sekolah kebangsaan ,
18 buah sekolah jenis kebangsaan Cina , 17 buah sekolah kebangsaan jenis Tamil dan juga 12
buah sekolah menengah kebangsaan . Semua ini telah membuktikan bahawa penduduk
bandar Port Dickson sentiasa setanding dengan bandar – bandar ataupun daerah – daerah
lain dari segi pendidikan .
16
3 . Kemasyarakatan
Majlis sentiasa memastikan bahawa penduduk Port Dickson hidup secara aman , selamat
dan sejahtera . Balai Bomba dan Penyelamat , Ibu Pejabat Polis , Pejabat Kastam Diraja
Malaysia , Klinik Kesihatan Port Dickson , dan juga Pejabat Penerangan Port Dickson telah
ditubuhkan . Ini akan memastikan bahawa bandar Port Dickson sentiasa akan berada dalam
keadaan yang aman dan sejahtera .
Penduduk Port Dickson juga berasa terjamin kerana berada di bawah penjagaan Majlis
Perbandaran Port Dickson . Segalah masalah dari segi keselamatan mahupun keselesaan
penduduk di bandar ini akan diselesaikan dengan secepat mungkin oleh Majlis .
4 . Pelancongan
Dari segi pelancongan, pantai Port Dickson merupakan destinasi pelancongan yang terkenal
di persada negara mahupun antarabangsa . Majlis sentiasa memastikan bahawa pantai ini
berada dalam keadaan yang bersih , selamat dan sesuai untuk pelancong – pelancong yang
datang untuk bercuti .
Pelbagai kemudahan awam disediakan untuk penduduk dan pelancong yang datang untuk
melawat bandar ini seperti tandas awam, kompleks sukan Teluk Kemang, Padang Merdeka ,
Taman Komuniti Awam , khemah dan bot untuk pelancong di pantai Port Dickson . Pihak
MPPD juga memastikan bahawa pelancong yang datang ke tempat ini akan dilayan secara
sebaik mungkin dan yang paling penting , keselamatan mereka di tempat ini juga akan
diambil kira .
Selain pantai , Port Dickson juga menyajikan tarikan pelancong yang lain seperti Rumah Api
Tanjung Tuan , Taman Burung Unta, Muzium Kota Lukut dan juga Pantai Teluk Kemang .
Rumah api Tanjung Tuan Taman Burung Unta Muzium Kota Lukut
17
Perkembangan
1 . Pembangunan prasarana / Fizikal
Majlis Perbandaran Port Dickson telah berusaha untuk membangunkan dan memajukan
prasarana di bandar ini . Pelbagai usaha seperti membina Taman Rekreasi , membangunkan
lebih banyak hotel untuk pelancong , membina kedai – kedai untuk penduduk bandar ,
menaik taraf sekolah , membaik-pulih jalan raya , memajukan kemudahan awam , membina
kompleks beli-belah dan juga pembinaan taman tema air yang baru . Ini bermakna Majlis
sangat mengambil berat akan keselesaan dan kesejahteraan penduduk di bandar tersebut .
2 . Keunikan
Berbanding majlis perbandaran ataupun institusi pentadbiran tempatan yang lain , MPPD
sangat bertuah kerana dapat memajukan destinasi pelancongan yang amat penting di
Malaysia . Ini bermakna Majlis telah bekerja dengan penuh tanggunggjawab untuk memikul
tugas yang berat ini . Majlis juga sangat efisien semasa menjalankan tugas mentadbir . Ini
dapat dilihat melalui penduduk Port Dickson yang sentiasa hidup dalam keadaan aman tanpa
sebarang masalah yang dihadapi .
MPPD juga mempunyai struktur pentadbiran yang sangat efektif , produktif dan cekap
untuk menjalankan pentadbiran . Semuda bidang tugas Majlis dijalankan dengan penuh
tanggunggjawab dan mengikut etika kerja yang betul . Ahli majlis juga mempunyai kredibiliti
untuk menjalankan tugas .
18
pendidikan , pelancongan dan kemasyarakatan akan terus berkembang . Majlis mengalukan-
alukan cadangan-cadangan atau idea-idea dari penduduk bandar ini untuk dijadikan inspirasi
dalam membawa satu senario baru yang akan memberi banyak kemudahan bagi kemajuan
Port Dickson sama ada dari segi pentadbiran mahupun pembangunan infrastrukturnya.
Bertepatan dengan moto MPPD ‘Port Dickson Bersih, Indah Dan Permai',MPPD menyeru
kepada semua pihak supaya penduduk Port Dickson dapat bersama-sama berganding bahu
merealisasikan inspirasi Majlis untuk meningkatkan tahap produktiviti terutama dalam
keupayaan dan kecekapan perkhidmatan.
19
Penutup
Konklusinya , semua ciri-ciri institusi pentadbiran tempatan di bandar Port Dickson , iaitu
Majlis Perbandaran Port Dickson ( MPPD ) menjadikannya sebagai institusi pentadbiran yang
sangat istimewa berbanding struktur pentadbiran yang lain di Malaysia .
Tanpa Majlis Perbandaran Port Dickson , sudah tentulah penduduk bandar Port Dickson
akan menghadapi kesusahan . Rakyat memerlukan pemimpin atau pentadbir yang cekap dan
berwawasan dalam mengendalikan tugasnya , dan Masjlis Perbandaran Port Dickson sudah
tentu layak untuk memikul tanggungjawab ini .
Tetapi , kita tidak seharusnya lupa tentang kepentingan rakyat kepada pemimpinnya ,
kerana tanpa sokongan rakyat , siapalah pemimpinnya .
20
Rumusan
Setelah menyiapkan folio ini , beberapa nilai patriotisme telah saya terapkan dalam diri
saya . Antaranya ialah saya amat berbangga sebagai rakyat Malaysia kerana mempunyai
institusi pentadbiran tempatan yang sangat cekap dan berwawasan . Segala kesusahan dan
ketidakselesaan penduduk bandar Port Dickson dapat diselesaikan oleh pihak MPPD dengan
cepat dan efisien .
Selain itu , saya juga dapat memupuk sikap bersemangat kekitaan dalam kalangan
penduduk tempatan . Masyarakat bandar Port Dickson sentiasa saling menolong antara satu
sama lain tidak kira kaum atau agama . Segala masalah yang dihadapi dapat diselesaikan
dengan sikap penduduk yang berganding bahu untuk menyelesaikan masalah .
Akhir sekali , nilai patriotisme berusaha dan produktif ditanam dalam diri saya setelah
membuat kajian ini . Semasa menghasilkan Kerja Kursus Sejarah 2011 ini , saya telah melihat
dan mempelajari sikap pihak Majlis Perbandaran Port Dickson yang sentiasa rajin dan gigih
semasa menjalankan tugas tanpa mengeluh walau sekali pun . Kesemua ahli-ahli majlis
sentiasa menyokong dan melibatkan diri dalam pembangunan negara . Nilai-nilai patriotisme
ini semestinya akan membantu saya menjadi orang yang taat dan cinta akan tanah air .
21
22
Peta
Peta : Lokasi Majlis Perbandaran Port Dickson di Port Dickson , Negeri Sembilan , Malaysia
23
Gambar
24
Dokumen
25
Rujukan
1 . Internet
http://www.mppd.gov.my/web/guest/perutusan
http://www.mppd.gov.my/web/guest/latar
http://www.mppd.gov.my/web/guest/sejarah
http://maps.google.com.my/maps
2 . Majalah
Buletin MPPD , 15 Oktober , 2010
3 . Buku
Majlis Perbandaran Port Dickson , Red October Malaysia , 2002 . Pengisytiharan Majlis
Perbandaran Port Dickson . Negeri Sembilan : Majlis Perbandaran Port Dickson .
4 . Akhbar
The Star , 16 Februari 2011 , halaman 24 .
26